Friday 18 July 2014

Faktor Khalid Ibrahim!

1. Masa sembang teh tarik dengan beberapa sahabat di Selangor, salah seorang dikalangan kami yang bekerja sebagai pegawai tinggi kerajaan bertanyakan soalan, siapakah dikalangan pemimpin Malaysia hari ini yang difikir paling layak pegang portfolio Menteri Kewangan?

2. Ada dikalangan kami yang sebut Mukhriz, ada yang sebut Mustapa Mohamed, ada juga yang sebut Mohamad Hasan, dan tak kurang juga menyebut Daim Zainuddin perlu dibawa masuk semula ke kebinet sebagai Menteri Kewangan.

3. Sahabat kami itu menggeleng sambil beralasan Mukhriz masih belum buktikan kebolehan, Mustapa pula ikut telunjuk Amerika dalam isu TPPA, Mohamad Hasan terpalit dengan skandal RM10 juta dan adik beradiknya, manakala Daim sudah 'out of the picture'.

4. Seterusnya sahabat kami itu menegaskan orang yang paling layak terajui Kementerian Kewangan hari ini tak lain tak bukan ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

5. Khalid Ibrahim bukan orang politik, apatah lagi nak bergelumang dalam dunia politik kotor tajaan DAP dan Pkr. Mungkin ramai maklum yang Khalid Ibrahim adalah ahli perniagaan, ahli ekonomi yang pernah diberi pelbagai anugerah antaranya CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times, Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001, anugerah "AAAB Captain of Industry Award 2002" serta pernah menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford. Jadi jelaslah Khalid Ibrahim mungkin hancus dalam bab politik, tetapi tidak begitu hancus dalam bab pengurusan ekonomi dan kewangan.

6. Khalid bernasib baik sebab menang di DUN Ijok pada 2008 disebabkan sentimen rakyat yang benci dengan kepimpinan Paklah dan Menantu walaupun sebelumnya pernah kalah di DUN yang sama di PRK 2007; dan disebabkan tiada pilihan berwibawa di kalangan komplot pembangkang, maka Khalid Ibrahim dipilih untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

7. Sebagai Menteri Besar yang tak pandai berpolitik, tugas politik di Selangor diserahkan kepada rakan sekomplot mereka iaitu DAP dan Pas; lagipun itu memang kelebihan DAP dan Pas selain Pkr yang hanya tahu berpolitik, tapi bab buat kerja hampeh. Jadi Khalid hanya menumpukan kepada urus tadbir Selangor. Malas nak cerita apa yang Khalid dah buat di Selangor, anda boleh semak sendiri, tapi perancangannya tampak membuahkan hasil. Mungkin itu antara sebab utama rakyat Selangor kekal menolak BN di PRU-13 iaitu "Faktor Khalid Ibrahim".

8. Ramai mengatakan sejak di PNB dan Kumpulan Guhtrie Bhd, Khalid memang jenis kedekut. Malah selepas jadi Menteri Besar Selangor pun, Khalid tetap 'maintain' sikap kedekut yang beliau sendiri pernah akui. Kedekut ini bermaksud, Khalid secara lurus bendulnya mengurus dana rakyat secara berhemah dan bijak berlandaskan prinsip ketelusan dan mengikut tata tertib undang-undang; malah mampu pula bawa ekonomi Selangor selangkah lebih berdaya saing berbanding di zaman Khir Toyo. Inilah sebab utama mengapa komplot pembangkang terutamanya ADUN DAP dan Pkr menyampah dengan Khalid disebabkan Khalid terlalu 'jujur' dalam mentadbir Selangor yang sangat kontra dengan sikap sebahagian besar pemimpin komplot pembangkang yang penuh dengan korupsi dan skandal.

9. Jelas bahawa agenda komplot pembangkang untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tak lain tak bukan sebab ADUN DAP dan Pkr serta sebahagian kecil ADUN Pas tak dapat nak memenuhkan poket dan tembolok memasing. Itu saja!! Segalanya sebab WANG dan HARTA dunia, dan Khalid Ibrahim adalah penghalang kepada cita-cita sekelompok manusia haloba yang berhasrat untuk menjahanamkan rizab dan ekonomi Selangor.

10. Khalid Ibrahim mungkin tidak pandai berpolitik, tetapi dia adalah jenis orang yang ada 'otak' dan berkebolehan terutama dalam pembangunan ekonomi kewangan. Orang seperti Khalid inilah yang sepatutnya di tarik masuk ke dalam UMNO, bukannya macam Ezam atau Lokman Adam etc. yang buek habih bogheh sesajo.

11. Sepertimana arwah Azizan Razak, Khalid Ibrahim tidak pernah menjadi fokus kritikan Dr Mahathir. Mengapa agaknya?

SUMBER : www.paneh.blogspot.com

Wednesday 16 July 2014

DAH-DAH LA TU NAJIB!

1. Sebelum ni Najib buat analogi kekalahan 1-7 Brazil kepada Germany. Kata Najib - "Kalau itu yang berlaku kepada satu pasukan bola sepak, bayangkan kepada satu negara yang tiada kepimpinan berkesan, mampu menjiwai aspirasi pastinya menjadi seperti apa yang berlaku kepada pasukan Brazil."

2. Agaknya selama ni pasukan Harimau Malaya tak pernah masuk finalis World Cup sebab tiada kepimpinan berkesan yang mempunyai visi dan menjiwai aspirasi rakyat macam Najib. Ironinya, kepimpinan Najib sendiri pun selalu dikritik kerana membiarkan banyak isu kontroversi berlarutan. Banyak la kau punya kepimpinan berkesan!!

3. Semalam, sekali lagi Najib buat analogi pasal pasukan Germany yang baru menang World Cup 2014. Kali ni Najib cakap di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Perbendaharaan Malaysia di Kompleks Kementerian Kewangan. Kata Najib;

"Pada pendapat saya, kejayaan pasukan Jerman boleh kita simpulkan sebagai kecemerlangan individu dan komitmen berpasukan yang luar biasa. Apabila kita dapat kumpulkan atau satukan prestasi individu dalam konteks pemuafakatan sebagai satu unit yang padu dan bekerjasama atas semangat pemuafakatan, maka pencapaian kita lebih besar daripada jumlah individu." - (klik di sini)

4. Berbelit tak ayat Najib? Kalau bab bercakap guna ayat retorik, bombastik, fantastik, plastik..serah jelah kat Najib..ke konsetan yang tulis teks?

5. Bagi Najib, Malaysia mampu capai tahap lebih tinggi daripada sekarang hanya dengan menggunakan analogi bolasepak. Cerita pasal pasukan Germany, dah boleh setel masalah negara. Heh!

6. Pedulikan agama Islam yang dihina saban hari. Pedulikan hak Melayu yang dipersoal Chauvinist setiap minggu. Pedulikan sempadan yang kerap diceroboh. Pedulikan kadar jenayah dan harga barang sama saja naiknya. Pedulikan BNM umum kenaikan OPR 3.25% yang bakal membebankan peminjam. Pedulikan konflik kaum yang semakin nak meletup. Dengan hanya tengok World Cup saja, semua masalah boleh selesai guna analogi. Satu corak 'kepimpinan mantap' oleh Najib?!

7. Rasanya kalau sebut pasal Flo Pass, Revie Plan, Push and Run, One-Touch, Total Football, Anti-Football, Catenaccio dan Tiki-Taka etc.; sah-sahlah Najib tak akan tau apa ke benda semua tu! Kalau strategi permainan bolasepak pun Najib tak tau, macamana dia boleh guna analogi bolasepak sebagai rujukan kepimpinan negara dan organisasi? Adakah Najib benar-benar faham apa yang dia sendiri cakap?

8. Oklah, memandangkan Najib suka guna analogi permainan bolasepak akhir-akhir ni, apa kata kita guna analogi yang sama pula untuk nilai kepimpinan PM Najib.

9. Ramai tahu pasukan Germany guna konsep 'Total Football' dalam permainan mereka. Konsep 'Total Football' bertumpu kepada pergerakan pasukan tanpa mempunyai posisi yang tetap. Ini bermakna seorang penyerang tidak semestinya menjadi penyerang pada setiap masa. Bergitu juga dengan pemain pertahanan dan pemain di bahagian tengah. Pergerakan tanpa posisi yang tetap ini membuatkan pemain-pemain lawan mempunyai kekangan untuk menyekat pergerakan seseorang pemain yang menggunakan sistem ini. Inilah yang menjadi kunci kejayaan pasukan Germany.
..agaknya gambar atas ni guna konsep Total Football atau...Syok Sendiri?

10. Jika dibandingkan corak kepimpinan Najib sejak 2009, adakah menyamai konsep 'Total Football'? Jika Islam, Hak Melayu atau UMNO sendiri diserang, berapa ramaikah dikalangan menteri atau kepimpinan UMNO di bawah Najib yang bangkit mempertahankan? Berapa ramaikah pula yang bersungguh mempertahankan Islam, hak Melayu dan UMNO di bawah kepimpinan Najib? Adakah Najib cakap serupa bikin?!

11. Sedangkan saman terhadap Tian Chua pun UMNO boleh tarik semula, Rayer kata UMNO CELAKA pun KJ boleh minta maaf senyap-senyap, TPM aka Timbalan Presiden UMNO kena serang pun tiada siapa yang bangkit pertahankan, isu Al-Kitab dan kalimah "Allah" pun kepimpinan Najib boleh main playsafe, Cina tak mintak apa pun Najib tetap bagi, apa saja tuntutan pembangkang pun Najib tunaikan hingga tergadai hak Islam dan Melayu, dan banyak lagilah kalau nak disenaraikan. Bak kata TDM; 
"Seorang pemimpin yang kuat akan tunjuk kekuatan apabila diuji. Jika kuat, pemimpin itu akan menangkis serangan bertubi-tubi dari dalam dan luar." Sejujurnya, adakah Najib kuat?

12. Dan siapakah dikalangan kepimpinan UMNO hari ini yang turut bermain dalam posisi pertahanan dan penyerang sekaligus macam konsep 'Total Football' pasukan Germany? ADAKAH INI YANG DIKATAKAN KEPIMPINAN BERKESAN JAJAAN NAJIB?

13. Apa yang Najib tak sedar sebenarnya corak kepimpinan dia selama 5 tahun ini lebih kepada konsep 'Anti Football'. Strateginya cukup mudah iaitu sesebuah pasukan akan bermain secara bertahan untuk 90 minit tanpa cubaan untuk menyerang. Cuma bezanya corak kepimpinan Najib hari ini bukan setakat bertahan saja, malah siap bagi gol percuma untuk pasukan lawan menang. Apa barang...

14. Terus-terang cakaplah yang Najib kena kurangkan bercakap, sebab makin banyak dia bercakap, makin ramai yang anggap dia paloi. Seriously bro...dah ramai yang mengolok dan mempersenda apa saja yang Najib cakap di khalayak umum. Dahlah kebanyakan pemimpin UMNO terutama Menteri apabila bercakap memang terserlah kepaloian memasing..sebab ketuanya pun lebih kurang sama..abih camno?!

15. Sudah-sudahlah tu Najib...

SUMBER : http://paneh.blogspot.com/

Monday 14 July 2014

APA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG YAHUDI DAN ISRAEL


RAMAI dalam kalangan masyarakat yang menyamakan istilah Zionis dengan bangsa Yahudi dan negara Israel, namun hakikatnya ia berbeza walaupun masih mempunyai kaitan secara langsung. Istilah Zionis sebenarnya merujuk kepada satu gerakan yang mendukung idelogi penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi di negara Palestin. Penulis mengatakan istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara keseluruhannya kerana bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi mendukung fahaman Zionis ini. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari perkataan zion yang mana merujuk kepada sebuah gunung di Jerussalem yang mana akhirnya membawa kepada makna Land of Israel. 
Gerakan Zionis ini muncul secara nyata apabila tumbangnya kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki pada 29 Oktober 1923 hasil percaturan negara-negara kuasa dunia ketika itu. Ketika inilah dominan gerakan Zionisme mula menampakkan sifatnya. Biasanya kita hanya mengaitkan nama Kamal Al-Tarturk terhadap insiden ini, tetapi hakikatnya terdapat beberapa faktor yang lebih besar yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Islam ketika itu. Antara faktor-faktor utamanya ialah:

1. Faktor ekonomi

Kerajaan Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar hutang kepada bank-bank di Eropah. Pinjaman ini diuruskan oleh pihak Perancis dan British dengan beberapa syarat-syarat tertentu dan akhirnya membawa kepada kehilangan wilayahnya kepada pihak Eropah. Kebanyakan negara islam merupakan jajahan takluk kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu, termasuklah wilayah Palestin.

2. Arab Revolt 1916

Kebangkitan semangat nasionalis dalam kalangan masyarakat Arab telah mewujudkan satu usaha untuk memisahkan negara Arab daripada kawalan kerajaan Islam Uthmaniyyah. Gerakan ini mendapat sokongan yang kuat daripada pihak penjajah secara rahsia. Pihak British memainkan peranannya dengan cukup baik apabila menyedari terdapat sentimen anti-Uthmaniyyah dalam kalangan masyarakat arab. Arab Saudi dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk pihak British memulakan gerakan pemisahan apabila berlakunya ‘exchanged corresponde‘ oleh sherif Makkah iaitu Hussein Ibn Ali dengan McMahon selaku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Mesir.

3. Perjanjian Sykes-Picot 1916

Perjanjian rahsia ini berlaku di antara pihak Perancis, Russia dan British pada 16 Mei 1916 dengan jangkaan bahawa Kerajaan Islam Uthmaniyyah akan tumbang. Perjanjian ini membahagikan kawasan tanah arab kepada beberapa kek wilayah. Pihak British dibenarkan untuk menguasai wilayah Trans-Jordan, Perancis menguasai Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria manakala Russia menguasai Konstantine, selat Turki dan wilayah Uthmaniah Armani. Palestin pada awalnya dijadikan wilayah antarabangsa namun akhirnya jatuh ke tangan British. Setelah wilayah Palestin jatuh ke tangan British, maka bermulalah kemasukkan ‘Jewish People‘ ke dalam negara Palestin secara terancang. Walaupun pada awalnya ramai dalam kalangan masyarakat Yahudi di serata dunia tidak yakin, namun akhirnya akur apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pihak Nazi Jerman terhadap kaum Yahudi di Eropah. Balfour Declaration Mandate dilaksanakan bagi memberikan pihak British mandat:
“His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the jewish people, and will use their best endeavour to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious right of existing non-Jewish communities in Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any other country.”

Sejarah Awal Gerakan Zionis

Nama tokoh Yahudi selaku Pioneers gerakan Zionis seperti Theodore Herzl (1860-1904) pastinya dikenali ramai, namun hakikatnya ia telah dipelopori sejak ratusan tahun lalu oleh tokoh seperti Shabbetai Zvi (1626-1676), Judah Alkalai (1798-1878), Moses Hess (1812-1875), dan Leo Pinsker (1821-1871). Gerakan Zionis telah dilancarkan oleh Theodore Herzl pada tahun 1897 dan diperakui dalam ‘World Zionist Congress’ di Basle pada 27-29 Ogos 1897. Gerakan ini telah menjadi satu usaha di peringkat global untuk mewujudkan sebuah negara Israel di Palestin dan seterusnya mendapatkan sokongan kepada kewujudannya. Herzl mewujudkan hubungan diplomatik yang kuat bagi mendapatkan sokongan kuasa besar ketika itu dan memujuk British untuk terlibat sama dalam Jewish Project.

Sebenarnya, negara Palestin merupakan bukan pilihan utama sebagai tempat penubuhan negara Yahudi, tetapi Herzl memilih sebuah negara di Afrika iaitu Uganda sebagai pilihannya namun ditolak sewaktu Second Zionist Conference. Pada tahun 1898 sewaktu lawatannya ke Palestin, dia tidak merasa berminat dengan Palestin kerana negara Palestin ketika itu kotor dan telah berlaku pencemaran. Akhirnya, untuk mengekalkan strategi agar terus berkuasa, Herzl bersetuju memilih Palestin sebagai pilihan penubuhan negara Israel. Antara usaha yang dilakukan oleh Herzl adalah menawarkan bantuan kewangan kepada Sultan Abdul Hamid (Kerajaan Uthmaniyyah) sebagai pertukaran kepada kewujudan negara Israel di Palestin, namun Sultan Abdul Hamid mengambil keputusan untuk menolak cadangan itu. British mengambil alih Zionist Project apabila World Zionist Organization tajaan Herzl gagal mencapai kejayaan yang besar dan akhirnya British berjaya mendapatkan negara Palestin pada september 1918.

Semasa kekuasaan British di Palestin (1918-1948), pintu negara Palestin telah dibuka dengan seluas-luasnya untuk menerima kemasukan pelarian Yahudi dari seluruh dunia. Bilangan penduduk Yahudi meningkat secara mendadak dari 55 000 orang (1918) kepada 646 00 orang (1948). Selepas perang Dunia ke-2 dan penubuhan negara Israel di Palestin, pihak Zionis mengalami kesukaran untuk memujuk lebih ramai bangsa Yahudi masuk ke dalam Palestin. Jika hal ini berterusan, negara Israel akan mengalami masalah dari segi demografi penduduk apabila rakyat asal Palestin berjumlah jutaan orang. Namun peristiwa Holocaust yang berlaku di Eropah seakan satu konspirasi untuk kembali memaksa bangsa Yahudi di Eropah kembali memikirkan semula perpindahan mereka ke Palestin.

Kristian Zionis

Mungkin istilah ini sesuatu yang baru dan asing, hakikatnya ia merupakan tulang belakang yang banyak membantu penubuhan dan seterusnya mengekalkan negara Israel di bumi Palestin. Kristian Zionism ini boleh diertikan sebagai penganut Kristian yang menyokong kepulangan bangsa Yahudi ke wilayah Palestin mengikut ramalan Bible. Ia merupakan satu kepercayaan dalam kalangan sebahagian penganut agama Kristian yang mana mempercayai kedatangan Messiah ke bumi dan pemerintahannya sebagai Raja. Kristian Zionis menafsirkan Torah dan New Testament sebagai ramalan masa hadapan bagaimana dunia ini berakhir dengan kedatangan Jesus dari syurga yang akan memerintah dunia. Kewujudan negara Israel dianggap sebagai titik pusat terhadap visi mereka itu. Merujuk kepada risalah yang dikeluarkan oleh Prebyterian Church (AS), golongan Kristian Zionis ini mengaitkan tafsiran literal Genesis 12:3 adalah merujuk kepada Israel iaitu, “I will bless those who bless you, and the one curses you will curse.“

Sokongan golongan ini bukan baru, tetapi bermula seawal tahun 1880 apabila William Hechler membentuk satu komuniti Kristian Zionis untuk membantu pemindahan bangsa Yahudi Rusia ke Palestin. Beberapa tahun kemudian, dia berkawan dengan Theodor Herzl selepas membaca buku Herzl yang bertajuk The Jewish State dan turut membantu meningkatkan sokongan terhadap gerakan Zionism. Pada tahun 1980, Jerry Falwell iaitu pengasas Moral Majority (gerakan pro-Zionism) berkata tentang negara Israel, “I firmly believe God has blessed America because America has blessed the Jew. If this nation wants her fields to remain white with grain, her scientific achievements to remain notable, and her freedom to remain intact, America must continue to stand with Israel.“
Melalui kerja-kerja kebajikan, sokongan politik dan bantuan kewangan kepada Israel, Kristian Zionis telah menunjukkan bahawa mereka adalah seteru terbaik kepada kewujudan negara Israel. Terdapat beberapa contoh yang membuktikan fakta ini, antaranya ialah; Pastor John Hagee telah berjaya memungut USD 4.7 Million untuk disalurkan kepada United Jewish Communities, Pat Robertsons daripada Christian Broadcasting Network telah mendermakan ratusan ribu dolar untuk membantu Yahudi diseluruh dunia untuk berpindah ke Israel. Dalam konteks semasa, kita dapat melihat sokongan kerajaan Amerika Syarikat dan barat secara amnya terhadap negara Israel dengan pemberian bantuan kewangan berbillion dollar dan sokongan ketenteraan atas alasan keselamatan.

Naturei Karta

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak semua Yahudi adalah Zionis dan begitu juga sebaliknya. Kewujudan kumpulan Neturei Karta (The Guardians of The City) telah membuktikan kebenaran fakta ini. Menurut kefahaman mereka, gerakan Zionis dan penubuhan negara Israel adalah bertujuan untuk merosakkan agama Yahudi. Mereka juga mendakwa gerakan Zionism tidak sesekali mewakili bangsa Yahudi secara keseluruhan dan mereka yang berpegang kepada fahaman Zionis ini dianggap kafir oleh mereka. Gerakan ini diasaskan di Jerusalem, Palestin pada tahun 1938 hasil dari serpihan pecahan kumpulan Agusdas Yisroel. Agusda Yisroel pada awalnya wujud menentang aliran Zionism, tetapi akhirnya mula melemahkan pegangnya apabila ramai dalam kalangan pengikutnya mulai terpengaruh dengan gerakan Zionisme. Masalah ini berlarutan apabila Rabbi Cook the Elder mengeluarkan fatwa wajib bagi bangsa Yahudi seluruh dunia menyokong gerakan Zionism berdasarkan tafsiran semula Talmud. Bagi mereka yang masih berpegang teguh pada kepercayaan asal dan meneruskan penentangan terhadap Zionis, mereka menyisihkan diri daripada kumpulan Agusdas Yisroel dan membentuk Neturei Karta.

Antara perbezaan yang ketara di antara Neturei Karta dengan golongan Zionis adalah sikap mereka terhadap isu negara Israel di Palestin. Kumpulan Neturei Karta sama sekali menentang pembinaan negara Israel (Erez Yizrael) kerana beranggapan bahawa ini hak Tuhan mereka untuk menentukannya, apatah lagi pembinaan negara Erez Yizrael menumpahkan banyak darah serta mengambil hak orang lain. Mereka berpegang pada apa yang disebut di dalam Tenach, “not with armed force and not with power, but in My spirit says the Lord of Hosts.” Mereka sebenarnya yakin terhadap kedatangan Messiah yang telah dijanjikan Tuhan untuk pulang bersama ke Palestin dan hidup aman dan harmoni dengan penduduk lain dalam keadaan beriman kepada Tuhan. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama, terdapat kisah Messiah dalam versi agama Kristian, Yahudi dan juga Islam, namun apakah kebenaran disebalik cerita Messiah ini dari sudut Islam?

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, kumpulan ini bukan hanya tidak mengiktiraf gerakan Zionism, mereka banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyatakan kerelaan mereka untuk bernaung di bawah kerajaan Islam berbanding di bawah pemerintahan Zionis. Kenyataan ini dibuat di dalam akhbar-akhbar mereka sejak dari tahun 1944 lagi. Mereka juga sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengutuk kerajaan Israel dan sering kali menggantung bendera Israel separa tiang apabila tiba hari sambutan kebangsaan penubuhan negara Israel yang dilakukan pada setiap tahun. Kenyataan paling berani yang pernah dikeluarkan oleh mereka adalah mengenai kesediaan mereka untuk hidup bersama-sama kaum Muslimin di dalam sebuah negara Islam Palestin. Hal ini telah mendatangkan tindak balas yang negatif oleh pihak Zionis apabila penempatan mereka di Mea Sherim telah dikacau dan dihuru-harakan oleh rejim Zionis. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk keluar berhijrah meninggalkan wilayah Palestin.

Gerakan Neturei Karta kini telah mempunyai 60 000 keahlian di serata dunia dan berpusat di Brooklyn, AS. Mereka juga sering berhubung dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyuarakan pandangan-pandangan mereka terhadap isu Palestin dan menggesa PBB agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Usaha mereka juga meliputi masyarakat antarabangsa apabila ia menyeru masyarakat dunia agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel dan ia perlu digantikan dengan negara Palestin yang merdeka.

Terdapat juga segelintir golongan Yahudi yang merasa tidak selesa dengan gerakan Zionis terutamanya Christian Zionist. Mereka merasa tidak selesa disebabkan oleh beberapa isu seperti Christian replacement theology, evangelical proselytizing dan hal-hal berkaitan dengan isu politik domestik. Mereka juga merasakan bahawa Kristian Zionis adalah lebih konservatif terhadap isu di Palestin lebih daripada orang Yahudi sendiri. Apabila kerajaan Israel memberi sebahagian kawasan Israel kepada penduduk Palestin, berlaku kritikan yang hebat daripada golongan Kristian Zionis. Golongan Kristian Zionis beranggapan bahawa negara Israel adalah pemberian kepada bangsa Yahudi oleh Tuhan. Pat Robertson menyatakan bahawa, “It’s an absolute disaster…I don’t think the holy God is going to be happy about someone giving up his land.” Dia juga mendakwa bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon jatuh sakit adalah sebagai balasan kerana menyerahkan sebahagian Israel kepada rakyat Palestin.

Kesimpulan

Isu yang melibatkan negara Palestin bukan membabitkan pertempuran di antara umat islam dengan bangsa Yahudi semata, hakikatnya jika isu ini dinilai dari kaca mata yang lebih luas, umat Islam sebenarnya berhadapan dengan hampir keseluruhan kuasa besar dunia yang menganuti akidah Zionis. Usaha untuk melahirkan kembali tokoh pahlawan Islam sehebat Sallehudin Al-Ayubi hasil usaha tajdid oleh Imam Al-Ghazali bukan mampu untuk direalisasikan dalam masa puluhan tahun, bahkan ia mungkin mengambil masa ratusan tahun. Kewujudan negara haram Israel moden masih boleh dianggap terlalu baru, sejarah telah membuktikan hal ini. Usaha menyedarkan umat islam tentang hakikat pertempuran yang sedang berlaku di antara ideologi Zionisme (terutamanya Kristian Zionis) dengan agama Islam perlu dicanangkan secara meluas. Suka juga untuk penulis ingatkan, usahlah kita terlalu mendabik dada dengan sejumlah besar bantuan kewangan yang disumbangkan saban tahun kepada rakyat Palestin, kerana belum pasti sumbangan kita itu sampai ke kumpulan sasaran. Di sekeliling bumi Palestin, ramainya jasad Islam yang mati jiwanya namun Zionis mindanya kerana sentiasa ingin memenuhi kantong poket dengan darah saudaranya!

Sumber : http://antiyahudi-zionis.blogspot.com

Thursday 3 July 2014

LAGI ARTIKEL PUKULAN MAUT KEPADA MELAYU...!!!


Oleh : Tun Abdul Hamid Mohamad

Pada pandangan saya, hubungan antara kaum di Malaysia masih baik. Rakyatberbagai kaum masih menjalani hubungan seperti biasa. Tidak ada ketegangan di antara kaum dalam hubungan mereka seharian. Hubungan sosial di antara sesama orang Melayu juga baik, tidak kira apa parti politik mereka. Apa yang berlaku semenjak PRU 12 ialah “political divide”.

PAS, melalui janji syurga yang tidak perlu ditepati, mengkafirkan penyokong UMNO dan memburukkan pemimpin-pemimpin UMNO dan lain-lain, telah berjaya menarik sebilangan besar orang Melayu untuk menjadi penyokongnya, bukan lagi di kawasan pedalaman tetapi juga di kawasan bandar, bukan lagi dikalangan orang- orang yang berkelulusan Syari’ah tetapi juga di kalangan professional. Ini telah melemahkan UMNO.

Tetapi, selagi PAS kekal bersendirian dan tertumpu kepada negeri-negeri Pantai Timur, ia tidak menjadi ancaman yang serius kepada kerajaan BN di peringkat Persekutuan. Keadaan berubah dengan penubuhan PKR. PKR telah berjaya menarik orang- orang yang kecewa, yang tidak mendapat tempat dalam UMNO, golongan oportunis dan yang marah kepada pemimpin-pemimpin UMNO tidak kira samada alasannya munasabah atau tidak. PKR telah membuktikan bahawa ia hanya mempunyai satu matlamat iaitu berjuang untuk menjatuhkan Kerajaan BN untuk membolehkan Dato’Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai hasrat mereka, termasuk mengorbankan hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Melihat perpecahan orang Melayu, orang Cina khususnya, yang memang pandai membuat perkiraan, telah bersatu di belakang DAP, mengambil faedah daripada undi penyokong PKR dan PAS untuk menjatuhkan BN dan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah. Negeri Perak selepas PRU12 adalah misalan yang baik.

Wakil PAS dijadikan sebagai Menteri Besar menyebabkan penyokong-penyokong PAS merasa bahawa mereka telah berjaya menubuhkan sebuah “Kerajaan Islam”. Maka bertakbirlah mereka disepanjang jalan menunjuk perasaan. Hakikatnya majoriti ahli Exco adalah ahli-ahli DAP dan merekalah yang sebenarnya berkuasa. Jika dulu “Pak Kadok menang sorak kampung tergadai, sekarang Haji Kadok menang takbir negeri tergadai.” Semua ini orang Melayu, khususnya dalam PAS, mesti sedar.

Melihat keadaan ini, NGO-NGO Cina mula menunjukan sikapnya yang sebenar: tamak dan “kiasu”. Mereka mula membuat tuntutan-tuntutan yang tidak berpatutan yang melanggar peruntukan-peruntukan Perlembagaan khususnya mengenai hak orang Melayu dan kedudukan Islam. Tindakan Gereja Katholik juga sangat merbahaya. Semua perbuatan itu bukan sahaja boleh menggugat perpaduan negara, malah ketenteraman negara. Semua ini tidak berlaku semasa orang Melayu teguh di belakang UMNO.
 Perbuatan itu mesti dibendung. Untuk itu Kerajaan hendaklah memikir semula mengenai keperluan mengadakan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kita tidak patut takut kepada kritikan mengenainya. Singapura dan Brunei mempunyai undang-undang yang serupa. Tidak pula dikritik. Apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Guantanamo adalah lebih teruk dari penahanan dibawah ISA. (Lihat Conflict of Interests Between Different Basic Rights dan juga Legal and judicial Transformation in Malaysia: http://www.tunabdulhamid.my.)

Disamping itu, kerajaan tidak patut terlalu berlembut apatah lagi takut kepada mereka sehingga tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Tidak guna mempunyai undang-undang jika tidak berani menggunakannya.

UMNO juga mesti berusaha untuk menarik balik pengundi yang telah lari kepada PAS dan PKR malah sanggup mengundi DAP kerana taat kepada PKR dan PAS. PAS dan UMNO perlu berfikir untuk bekerjasama, sekurang-sekurangnya di peringkat Persekutuan untuk mempertahankan Kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada PKR dan DAP. PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam; bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa DAP akan menjadi parti dominan, bukan PKR atau PAS; bahawa PKR tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan agama Islam; bahawa DAP adalah lebih chauvinistic daripada MCA atau Gerakan; bahawa PKR atau PAS tidak boleh mengawal cita-cita DAP seperti UMNO mengawal MCA atau Gerakan. Maka jika PAS tidak mahu hak Melayu dan kedudukan agama Islam digugat, ia hendaklah berkerjasama dengan UMNO.  Sebenarnya, diantara PAS dengan UMNO sudah tidak ada apa bezanya lagi. Demikian juga tidak ada apa bezanya di antara Kelantan yang diperintah oleh PAS selama lebih kurang 40 tahun, dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia selain daripada mengadakan kaunter bayaran berasingan untuk lelaki dan perempuan. Dulu Qari’ah haram mengambil bahagian dalam tilawah Al-Qur’an. Sekarang ia sudah harus! Apa yang menjadi “penghalang” bukan ideologi tetapi kepentingan diri. Pemimpin-pemimpin di kedua buah parti takut hilang kedudukan, jawatan dan pendapatan masing-masing, jika bercantum. Soalan: adakah itu asas perjuangan mereka? Masalah ini pun boleh diatasi jika kedua parti bekerjasama untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, selepas keputusan pilihanraya di  Anak Negeri Sabah dan Sarawak juga patut sedar bahawa kedudukan mereka dalam Perlembagaan adalah serupa dengan kedudukan orang Melayu. Jika mereka mahu kedudukan mereka selamat, mereka hendaklah bersama-sama orang Melayu, UMNO dan BN. Bahawa sebahagian daripada mereka beragama Kristian tidak pernah menjadi masalah. Mereka boleh terus mengamalkannya seperti biasa dalam Bahasa Kadazan dan sebagainya. Yang dibantah oleh orang Islam, terutama sekali di Semenanjung Malaysia, ialah cubaan untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam bible dan upacara agama dalam Bahasa Melayu, kerana motifnya adalah untuk mempengaruhi orang Melayu menganut agama Kristian. Ini jelas dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.

Jika PAS dan parti-parti Anak-Anak Negeri Sabah dan Sarawak boleh bersama- sama dengan UMNO dan BN, Kerajaan Persekutuan akan selamat walau pun orang Cina bersatu di belakang DAP. Apabila mereka merasa bahawa keadaan itu akan merugikan mereka, mereka akan mula berfikir semula untuk berkerjasama denganBN. Orang Cina membuat perkiraan mengikut untung-rugi. Itu sahajalah prinsip.

Kita sekali-kali tidak hendak meminggirkan orang Cina. Semenjak PRU 1955, UMNO memberi kawasan-kawasan majoriti Melayu yang selamat kepada calon-calon MCA dan MIC semata-mata untuk memberi representasi yang lebih kepada mereka. Apa yang berlaku selepas PRU13 pun adalah pilihan mereka sendiri. Pengundi-pengundi Cina yang berdiri sebulat suara di belakang DAP mungkin akan berfikir semula apabila mereka menimbang semula untung-ruginya.

Pengundi-pengundi India patut bertanya diri mereka samada Kerajaan Pakatan Rakyat akan menjaga kepentingan mereka lebih baik daripada rekod BN selamalebih daripada lima dekad. Umur PKR terikat dengan umur Dato Seri Anwar Ibrahim, tidak lebih dari itu.

Kerajaan mestilah bersikap tegas dan tidak melayan tuntutan-tuntutan melampau itu. Malah tindakan undang-undang hendaklah diambil terhadap mereka jika mereka melanggarnya. Di kebelakangan ini, Kerajaan nampak seolah-olah takut mengambil tindakan undang-undang terhadap aktivis yang menyebabkan mereka semakin melampau. Malah ada aktivis yang menghina lagu Kebangsaan yang bukan sahaja tidak dihadapkan ke mahkamah tetapi diberi bantuan kewangan untuk membuat filem yang memburukkan Malaysia. Cuba bayangkan bagaimana Singapura akan bertindak dalam keadaan yang serupa. Seperti disebut tadi, Kerajaan mestilah memberi pertimbangan serius untuk mengadakan semula ISA. Pelampau hanya faham ketegasan, bukan diplomasi.

Pemimpin-pemimpin UMNO juga patut sedar diri. Sebenarnya UMNO sebagai sebuah parti Melayu berada diatas landasan yang betul. Yang dipersoalkan ialah pemimpin-pemimpinnya. Mereka, isteri dan anak-anak mereka dilihat sebagai hidup mewah di luar kemampuan mereka yang membangkitkan isu rasuah. Saya dapati, politik wang dan tertutupnya pintu untuk “orang baru” memasuki dan memenangi apa-apa jawatan dalam hirarki UMNO adalah faktor utama mengapa kalangan profesional tidak menyertai UMNO. Mereka lebih mendapat tempat dalam PAS. Jika hal ini berterusan UMNO akan ketandusan pemimpin. Hal ini telah pun dirasai hari ini.

22.04.2014
Bilik Cempaka,Wad 28, Hospital Kuala Lumpur

Sumber : http://www.tunabdulhamid.my