1. Masa sembang teh tarik dengan beberapa sahabat di Selangor, salah seorang dikalangan kami yang bekerja sebagai pegawai tinggi kerajaan bertanyakan soalan, siapakah dikalangan pemimpin Malaysia hari ini yang difikir paling layak pegang portfolio Menteri Kewangan?
2. Ada dikalangan kami yang sebut Mukhriz, ada yang sebut Mustapa Mohamed, ada juga yang sebut Mohamad Hasan, dan tak kurang juga menyebut Daim Zainuddin perlu dibawa masuk semula ke kebinet sebagai Menteri Kewangan.
3. Sahabat kami itu menggeleng sambil beralasan Mukhriz masih belum buktikan kebolehan, Mustapa pula ikut telunjuk Amerika dalam isu TPPA, Mohamad Hasan terpalit dengan skandal RM10 juta dan adik beradiknya, manakala Daim sudah 'out of the picture'.
4. Seterusnya sahabat kami itu menegaskan orang yang paling layak terajui Kementerian Kewangan hari ini tak lain tak bukan ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
5. Khalid Ibrahim bukan orang politik, apatah lagi nak bergelumang dalam dunia politik kotor tajaan DAP dan Pkr. Mungkin ramai maklum yang Khalid Ibrahim adalah ahli perniagaan, ahli ekonomi yang pernah diberi pelbagai anugerah antaranya CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times, Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001, anugerah "AAAB Captain of Industry Award 2002" serta pernah menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford. Jadi jelaslah Khalid Ibrahim mungkin hancus dalam bab politik, tetapi tidak begitu hancus dalam bab pengurusan ekonomi dan kewangan.
6. Khalid bernasib baik sebab menang di DUN Ijok pada 2008 disebabkan sentimen rakyat yang benci dengan kepimpinan Paklah dan Menantu walaupun sebelumnya pernah kalah di DUN yang sama di PRK 2007; dan disebabkan tiada pilihan berwibawa di kalangan komplot pembangkang, maka Khalid Ibrahim dipilih untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
7. Sebagai Menteri Besar yang tak pandai berpolitik, tugas politik di Selangor diserahkan kepada rakan sekomplot mereka iaitu DAP dan Pas; lagipun itu memang kelebihan DAP dan Pas selain Pkr yang hanya tahu berpolitik, tapi bab buat kerja hampeh. Jadi Khalid hanya menumpukan kepada urus tadbir Selangor. Malas nak cerita apa yang Khalid dah buat di Selangor, anda boleh semak sendiri, tapi perancangannya tampak membuahkan hasil. Mungkin itu antara sebab utama rakyat Selangor kekal menolak BN di PRU-13 iaitu "Faktor Khalid Ibrahim".
8. Ramai mengatakan sejak di PNB dan Kumpulan Guhtrie Bhd, Khalid memang jenis kedekut. Malah selepas jadi Menteri Besar Selangor pun, Khalid tetap 'maintain' sikap kedekut yang beliau sendiri pernah akui. Kedekut ini bermaksud, Khalid secara lurus bendulnya mengurus dana rakyat secara berhemah dan bijak berlandaskan prinsip ketelusan dan mengikut tata tertib undang-undang; malah mampu pula bawa ekonomi Selangor selangkah lebih berdaya saing berbanding di zaman Khir Toyo. Inilah sebab utama mengapa komplot pembangkang terutamanya ADUN DAP dan Pkr menyampah dengan Khalid disebabkan Khalid terlalu 'jujur' dalam mentadbir Selangor yang sangat kontra dengan sikap sebahagian besar pemimpin komplot pembangkang yang penuh dengan korupsi dan skandal.
9. Jelas bahawa agenda komplot pembangkang untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tak lain tak bukan sebab ADUN DAP dan Pkr serta sebahagian kecil ADUN Pas tak dapat nak memenuhkan poket dan tembolok memasing. Itu saja!! Segalanya sebab WANG dan HARTA dunia, dan Khalid Ibrahim adalah penghalang kepada cita-cita sekelompok manusia haloba yang berhasrat untuk menjahanamkan rizab dan ekonomi Selangor.
10. Khalid Ibrahim mungkin tidak pandai berpolitik, tetapi dia adalah jenis orang yang ada 'otak' dan berkebolehan terutama dalam pembangunan ekonomi kewangan. Orang seperti Khalid inilah yang sepatutnya di tarik masuk ke dalam UMNO, bukannya macam Ezam atau Lokman Adam etc. yang buek habih bogheh sesajo.
11. Sepertimana arwah Azizan Razak, Khalid Ibrahim tidak pernah menjadi fokus kritikan Dr Mahathir. Mengapa agaknya?
SUMBER : www.paneh.blogspot.com
No comments:
Post a Comment