Tuesday 26 August 2014

SELEPAS SEMINGGU...NAJIB OHH NAJIB...!!!

 
1. Pasti ramai tak lupa bagaimana wajah Najib sebaik saja SPR umumkan BN menang tipis pada awal pagi 6 Mei 2013 yang disiarkan secara langsung di televisyen seluruh negara.

2. Dengan wajah sugul, tak percaya, terkejut, sedih, keliru..bla..bla..bla..terpancar jelas di muka Najib ketika itu. Sampai terkeluarlah perkataan "Tsunami Cina" dek terkilannya Najib dengan pembelotan kaum Cina terhadap BN.

3. Lepas tu kira-kira 3 bulan jugalah Najib 'senyap' seolah berkabung dengan prestasi buruk sendiri di PRU-13 yang bukan saja gagal mengembalikan majoriti 2/3 BN sejak 1974, malah lebih buruk berbanding keputusan PRU-12.

4. Tapi lepas 100 hari sejak 6 Mei 2013, Najib dah 'happy' balik macam biasa. Tiada unsur atau riak yang beliau akan buat perubahan walaupun dasar dan polisinya sebelum itu ditolak mentah-mentah oleh lebih 52% pengundi di PRU-13, apatah lagi mengambil ikhtibar dengan apa yang telah berlaku. Malah dasar dan polisi Najib tetap kekal sama. Semuanya sebagaimana asal ketika Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009.

5. Bukan saja dasar dan polisi Najib tak berubah, malah sifat blur beliau dalam menangani isu-isu sensitif terutama yang melibatkan Islam, Melayu, Raja Melayu dan keselamatan negara juga kekal sama. Blur sepanjang masa. Seolah negara ini sudah tiada pemimpin atau orang yang berkepimpinan. Semua isu sensitif dibiarkan hingga menjadi barah yang sedang memakan 'jantung' negara ini perlahan-lahan. Nak tau apa dia 'jantung negara' boleh klik sini.

6. Sehinggalah 18 Ogos 2014, Che Det melalui blognya telah meluahkan apa yang selama ini terbuku dan menjadi bualan, bukan saja dikalangan segelintir blogger, tapi turut menjadi perdebatan umum dikalangan akar umbi UMNO dan rakyat Malaysia mengenai hala tuju serta dasar Najib yang kelihatan 'membunuh' Melayu dan Malaysia secara perlahan.

7. Ada 6 perkara UTAMA mengenai dasar Najib yang disentuh Che Det di blognya iaitu mengenai ISA, kerajaan terlalu ikut cakap negara barat dan Singapore, layanan kerajaan yang berbeza terhadap orang Melayu yang menyokong BN berbanding kaum Cina, pemberian BR1M untuk meraih undi dengan menyalahgunakan wang kerajaan, keutamaan berlebihan kepada import berbanding produk tempatan, serta isu gaji minimum; yang kesemuanya telah merosakkan hubungan antara kaum, ekonomi dan kewangan negara.

8. Kini sudah seminggu berlalu, namun tiada seorang pun pembodek serta pengampu Najib yang mampu membalas hujah secara ilmiah berkenaan 6 perkara pokok yang menjadi asas teguran Che Det.

9. Antara yang cuba menjawab ialah Hisham 'Awww' yang menyentuh mengenai 'kehebatan' Najib dalam menangani isu MH17 padahal ia tiada kena mengena pun dengan 6 perkara utama yang dibangkit Che Det. Yang peliknya kenapa Hisham tak guna hujah MH370 untuk pertahankan Najib? Takut nanti kena bambu sebab kes MH370 hakikatnya ada kaitan dengan pemansuhan ISA ke?

10. Sorang lagi yang cuba mempertahankan Najib ialah 'panglima pemilihan UMNO' yang hanya 'tunjuk taring' masa pemilihan jawatan dalam UMNO saja, tapi bila dah menang...terus MENIKUS!! Yang kelakarnya apabila Zahid suruh semua termasuk Che Det untuk menghormati Najib; tapi siapa boleh lupa bagaimana Zahid sendiri pernah secara terbuka menghentam Che Det dalam PAU 1998! Masa tu tak pulak timbul cerita suruh hormat pemimpin..kan Zahid? Heh!

11. Maka terserlah la dalang sebenar 'dato-dato yang ingin menyenangkan hati Raja' sebaik saja mereka buat komen mempertahankan Najib. Bukan saja rakyat dah tahu siapa pembodek Najib, malah rakyat juga mula sedar akan tahap dungu pengampu Najib ketika menjawab hujah Che Det. Hijab kebodohan orang keliling Najib kini terbuka. Tuhan nak tunjuk agaknya..

12. Terbaru semalam apabila Muhyiddin juga selaku timbalan Najib mula bersuara mempertahankan bosnya. Muhyiddin menegaskan yang kononnya Najib bukan diktator. Najib selalu berbincang dan tanya pendapat sebelum buat keputusan. Kiranya Najib ni tak buat keputusan berseorangan lah! Maknanya 'final say' setiap dasar dan polisi kerajaan sejak 2009 bukan daripada Najib lah...gitu? Maknanya segala yang silap tu bukan salah Najib sorang la..tapi juga salah semua anggota Jemaah Menteri dan konsetan? Adakah itu yang dimaksudkan Muhyiddin?

13. Tapi pada masa sama Muhyiddin turut mengakui beberapa polisi perlu dikaji dan diperbaiki serta turut memohon sokongan dan peluang untuk Najib memperbaiki pentadbiran negara - yang jika ditafsir sepintas lalu, Muhyiddin secara tak langsung telah membenarkan segala kritikan Che Det terhadap Najib. Sama ada akan berlaku perubahan atau tidak dalam dasar dan polisi Najib selepas ini, hanya masa yang akan menentukan.

14. Ramai yang mengharapkan posting "Menegur" Che Det dikeluarkan sebelum pemilihan jawatan dalam PAU tahun lepas. Ramai yang beranggapan posting Che Det itu sudah terlambat memandangkan tiada apa lagi yang boleh dilakukan kini untuk menjatuhkan Najib dalam pemilihan UMNO. Tapi rasanya niat Che Det bukanlah untuk menjatuhkan Najib kerana jika beliau berniat begitu, mesti Najib dah kena 'sound' sebelum PAU tahun lepas lagi.

15. Rasanya Che Det maklum bahawa minggu ini bahagian-bahagian UMNO seluruh negara sudah mula bersidang. Mungkin Che Det mahu kritikannya terhadap Najib dibahaskan para perwakilan di setiap bahagian UMNO yang bersidang. Tidak dinafikan sejak posting "Menegur" Che Det, akar umbi UMNO agak kecoh membincangkan isi kandungan teguran tersebut. Rentetan daripada kekecohan itu, buktinya dapat dilihat apabila semalam timbul usul dalam persidangan UMNO Bahagian Rembau yang diketuai oleh MBNS, Mohamad Hasan serta timbalannya Khairy Jamaluddin mengenai ISA.

16. Kata Mohamad Hasan, "Hari ini UMNO Bahagian Rembau membuat satu usul yang amat kuat, kita menghantar satu mesej kepada UMNO Pusat, bahawa UMNO bahagian ini mahu penguatkuasaan undang-undang sedia ada ini perlu diperkemaskan. Apa guna ada undang-undang, tetapi tak ada penguatkuasaan, maka ini dipersoalkan oleh masyarakat luar yang bimbang keselamatan mereka." Tahniah Mohamad Hasan dan tahniah juga kepada UMNO Bahagian Rembau. Jarang nak dapek Paneh Miang puji Mohamad Hasan ni. Kalaulah usul seperti ini disuarakan sebelum ISA dimansuhkan pada September 2011, musti dah lamo selosai masalah. Tapi yolah kan..tembolok memasing nak kono jago. Heh!

17. Adakah bahagian-bahagian UMNO yang lain turut berkongsi semangat "Menegur" yang sama dalam persidangan mereka, sekaligus membawa usul "Menegur" masing-masing untuk dibahaskan secara terbuka dalam PAU tahun ini, sama-sama kita tungguuu..

18. Baru-baru ni Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengatakan, "Kami tidak mempunyai bukti kukuh untuk menangkap mereka di bawah undang-undang baru SOSMA yang menggantikan ISA," apabila mengulas mengenai rakyat Malaysia yang ditembak kereta kebal di Syria. Inilah yang dimaksudkan Che Det dengan 'pembebasan ketua-ketua geng' rentetan pemansuhan ISA.
19. Agaknya mereka yang menghapuskan ISA ini terlupa bahawa akta tersebut bukan saja menjamin keselamatan negara dengan menangkap pengganas atau perisik, tapi turut mampu menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia daripada terlibat dengan aktiviti pengganas.

20. Ingat lagi kes Nik Adli anak Nik Aziz yang pernah di tahan bawah ISA? Nik Adli asalnya adalah buruan CIA untuk ditangkap bawah Patriot Act. Tapi apabila Che Det dapat tahu, beliau arahkan polis untuk tahan Nik Adli dan rakan-rakannya terlebih dulu bawah ISA kerana bimbang akan keselamatan mereka yang tidak akan diketahui hidup mati sekiranya ditangkap CIA. Kata Che Det ketika itu, "Lebih baik dia (Nik Adli) ditahan bawah jagaan kita dari tak tau apa nasib kalau duduk dalam penjara Amerika." Hakikatnya Nik Aziz sedar bahawa akta itulah yang pernah menyelamatkan nyawa anaknya suatu ketika dulu. Jika situasi sama yang pernah dialami Nik Aziz turut berlaku dalam keluarga kita, mungkin kita pun berharap agar ISA dikekalkan.

21. Perwakilan UMNO di setiap bahagian serta G7 yang terpilih ke Perhimpunan Agong UMNO 2014 punya tugas berat. Najib perlu ditegur!! Dah lama sangat Najib syok sendiri!! Jika dato-dato dalam kabinet dan punahsehat sekeliling Najib tak mampu tegur, maka tanggungjawab itu harus dipikul oleh akar umbi UMNO.

22. "Jantung" Malaysia perlu dijaga, dan UMNO-lah harapan "Jantung" negara untuk pertahankan hak mereka. Jika Saidina Umar Al-Khattab yang dijamin syurga pun sanggup ditegur dengan pedang, apalah yang payah sangat nak tegur Najib?!

SUMBER : www.paneh.blogspot.com

Friday 22 August 2014

HANYA MENUNGGU MASA...!

1. Bangsa Melayu harus sedar bahawa Tanah Melayu adalah satu-satunya tanahair mereka. 

2. Mereka tidak seperti orang India yang mempunyai negara India untuk bergantung. Jika sesuatu berlaku, contohnya kes Hindraf, pemimpin mereka ke India sebagai tempat untuk melarikan diri. Kerajaan India turut menyediakan biasiswa kepada rakyat Malaysia keturunan India (Indian diaspora). Kerajaan India juga membenarkan rakyat Malaysia keturunan India (Indian diaspora) untuk mengundi dalam pilihanraya di negara India.

3. Kaum Cina pula...faham-faham sajalah. Kita tengok di bulan kemerdekaan ini, berapa banyak premis dan kenderaan milik kaum Cina yang akan menggantung bendera Malaysia. Tema hari kemerdekaan ke-57 ialah "Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta", namun bagi kaum Cina..lahir?..ya!..cinta?..soli meh!!

4. Orang Melayu diminta melupakan sejarah 13 Mei 1969 tetapi sebaliknya orang bukan Melayu kini terang-terangan sedang mencipta sejarah 13 Mei versi mereka sendiri.

5. "Are we measured by exam scores?" - (The Sun - 14 Mac 2008, MS 20). Inilah komen orang bukan Melayu apabila ada pelajar Melayu yang memperoleh 20A1 dalam SPM. Pencapaian pelajar Melayu diperkecilkan.

6. Orang Melayu harus sedar bahawa kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam untuk menarik orang bukan Melayu berkhidmat dengan kerajaan, bukannya kerana prestasi kakitangan kerajaan itu sendiri. Agaknya apa tanggapan orang bukan Melayu di luar sana pada orang Melayu yang bekerja kerajaan?

7. Orang Melayu memang jenis malas nak komplen-komplen. Orang Cina dan India pula sikit-sikit nak komplen. Selagi orang Melayu malas nak komplen, mereka akan ketinggalan. Tanpa komplen, masalah tak akan dikenalpasti dan ditangani. Bertambah pelik apabila orang Cina atau India komplen, pemimpin dan penguatkuasa Melayu cepat pula bertindak, tapi kalau orang Melayu yang komplen, mereka buat tak endah saja.

8. Ramai generasi muda Melayu hari ini tidak berminat mempertahankan hak mereka sebagai bangsa Melayu di Tanah Melayu. Mereka sedia berkongsi samarata dengan orang bukan Melayu kerana mendapati orang Cina dan India sudah ramai disekeliling mereka hingga terbiasa menggunakan semuanya yang terdapat di Tanah Melayu secara bersama. Analoginya macam Mamat ada basikal, tapi kerana Lee dan Bala biasa gunakan basikal tu bersama disebabkan kebaikan hati Mamat, lama-kelamaan Mamat pun lupa yang basikal tu dia yang punya.

9. Ramai orang bukan Melayu tersalah anggap bahawa peruntukan dalam Perlembagaan yang memberi keistimewaan kepada bangsa Melayu itu bermakna orang Melayu 'Super'; tetapi sebenarnya peruntukan itu digubal hanya untuk mempertahankan HAK Bangsa Melayu sebagai pribumi dan bukannya kerana menganggap orang bukan Melayu sebagai warga kelas dua.

10. Bangsa Melayu harus sedar bahawa orang bukan Melayu sering menggunakan faktor masa untuk mempertahankan identiti mereka sepertimana kewujudan kuil, tokong, bahasa ibunda dan sekolah vernakular, tetapi mereka cuba melupakan faktor masa apabila menidakkan asal-usul bangsa Melayu di Malaysia.

11. Sifat orang Cina atau India, apabila berada lebih lama berbanding orang lain di sesuatu tempat, contohnya sebagai senior di tempat kerja, mereka akan bermati-matian berbangga dengan kesenioran mereka dan sedaya upaya mempertahankan kedudukan sebagai senior atau 'orang yang lebih awal'. Tetapi bangsa Melayu tidak pula bersungguh mahu mempertahankan kesenioran mereka di Tanah Melayu.

12. Di awal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, rata-rata orang Melayu miskin, namun mereka bersatu dan saling membantu. Wujud perasaan penyatuan yang amat mendalam dikalangan bangsa Melayu. Kemudian atas usaha para pemimpin Melayu, maka lahirlah golongan Melayu bijak pandai. Tapi akhirnya golongan Melayu bijak pandai dan kaya ini mula berasa bangga dan lupa diri terhadap nasib bangsa sendiri yang masih miskin serta tidak sepandai mereka. Golongan ini kemudiannya bersekongkol pula dengan orang Cina dan India yang pandai dan kaya hingga tergamak menyisihkan orang Melayu yang miskin dan kurang pandai. Bagi golongan pengkhianat bangsa Melayu ini, hanya mereka saja yang berhak menjadi kaya dan pandai kerana usaha mereka sendiri, dan orang Melayu yang masih miskin dan kurang pandai pula layak jadi miskin dan tak pandai kerana kononnya tak mahu berusaha seperti mereka.

13. Orang Melayu yang pernah bekerja dengan kaum Cina akan mengetahui bahawa kaum Cina tidaklah secekap dan sepandai mana pun. Cuma orang Cina ni lebih suka menonjol, mempromosi diri, lebih vokal dalam menyuarakan pandangan, tak mahu mengalah walaupun jelas yang mereka dah tewas. Sangat kontra jika dibandingkan dengan sikap Melayu yang cepat mengalah, bersikap tidak apa, tak mahu promosi diri, tidak vokal dan agak malas, sekaligus membolehkan kaum Cina kelihatan pandai. Penyudahnya kaum Cina semakin maju kehadapan, dan bangsa Melayu pula ketinggalan.

14. Sebelum kedatangan kaum Cina dan India ke Tanah Melayu, bangsa Melayu bebas nak buat apa yang mereka mahu, sama ada nak melaungkan azan dengan kuat atau perlahan. Tapi selepas kedatangan puak kafirun ini, mereka pula yang buat aturan itu tak boleh..ini tak boleh; dan paling sadis apabila aturan kafirun ini disokong oleh segelintir Melayu. Sepatutnya kalau mereka tak suka dengan apa yang orang Melayu buat, mereka boleh berambus saja ke negara asal mereka.

15. Kementerian Sumber Manusia sekian lama diterajui oleh pemimpin bukan Melayu. Sebab itulah sebarang aduan mengenai ketidak-adilan yang berlaku ke atas pekerja Melayu yang bekerja di syarikat asing atau tempatan yang pengurusannya terdiri dikalangan orang bukan Melayu, TIADA sebarang tindakan sewajarnya daripada pihak berkuasa. Pekerja Melayu di syarikat bukan Melayu sudah terlalu lama menerima tahap gaji yang sangat ketara perbezaannya berbanding pekerja kaum Cina atau India walaupun mereka dalam bidang tugas dan jawatan yang sama. Perbezaan bukan saja dari segi gaji, malah turut melibatkan kemudahan serta faedah lain seperti ex-gratia, perubatan, cuti etc.

16. Orang Cina dan India sering menggunakan isu teknikal terutama yang melibatkan undang-undang dan politik untuk mencapai matlamat mereka; maka bangsa Melayu sewajarnyalah menggunakan kaedah teknikal juga untuk mematahkan hujah mereka.

17. Sebahagian besar orang Melayu suka membantu dan memberi peluang pada orang bukan Melayu. Bila orang bukan Melayu itu berjaya, maka orang Melayu pun memuji orang bukan Melayu itu. Kemudian apabila orang bukan Melayu itu mengutuk bangsa Melayu, orang Melayu hanya mampu tersengih.

18. Namun hakikatnya bagi orang Melayu yang pernah berurusan dengan kaum Cina akan mendapati bahawa kebanyakan kaum Cina adalah bingai. Seringkali kebingaian mereka ditambah dengan kesombongan. Bak kata kamus Melayu - Bodoh Sombong!!

19. Bangsa Melayu harus sedar bahawa kebanyakan bangsa atau kaum di dunia ini memperkuatkan diri dengan memperkasakan sifat kebangsaan dan perkauman mereka. Contohnya orang India di India memperkasakan kaum mereka dengan bersikap lebih India, begitu juga dengan orang Cina, Jepun, Inggeris etc. Bangsa Melayu tidak akan jadi kuat jika mereka cuba untuk mengurangkan sifat keMelayuan mereka sendiri. Terimalah hakikat bahawa Allah SWT menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa, maka kuatkanlah rasa bangsa itu. Namun ia juga bukan bermaksud untuk kita bergaduh dengan bangsa lain.

20. Akhirnya yang akan mempertahankan Melayu bukanlah parti politik Melayu atau Raja Melayu, tetapi rakyat jelata yang berbangsa Melayu-lah yang akan mempertahankan kelangsungan Bangsa Melayu. Rakyat jelata keturunan Melayu-lah yang diletakkan segala harapan oleh orang terdahulu serta generasi masa hadapan untuk menyelamatkan bangsa Melayu, parti politik Melayu dan Raja Melayu.

21. Bangsa Melayu kini sedang dikepung melalui laut (pelabuhan), darat (hartanah) serta udara (telekomunikasi dan penerbangan) oleh orang bukan Melayu. Terlalu ramai keturunan si kitol dan raja mendaliar yang sedang mengelilingi bangsa Melayu kini. Jika keadaan ini terus dibiarkan tanpa kawalan, maka tak mustahil Malaysia akan mengulangi sejarah kehancuran Kesultanan Melaka.

22. Andai negara ini dilanda perang, mampukah bangsa Melayu mempertahankannya?

SUMBER : www.paneh.blogspot.com

Wednesday 20 August 2014

..dan ApabiLa Ayahanda Tun Dr Mahathir menegur...

1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa ke atas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Al-kesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, "Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku."

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya. Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata "Ya Tuanku".

12. Hanya seorang budak yang berkata, "Tuanku bogel."

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut di sini:

"Sayangkan anak tangan-tangankan,
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan."
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
"Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan."

16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.
18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke-13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke-13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.

30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak berdaya saing dengan barangan import.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.


-CheDet-


SUMBER : www.paneh.blogspot.com

Monday 4 August 2014

SEPINTAS LALU TENTANG YAHUDI, ISRAEL & ZIONIS (Zionazi)

Sumber - Blog Persatuan Mahasiswa FST UKM

1.    Yahudi berasal dari perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (Semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi, Arab, Chaldaen dan Assyrian. 

2.    Bermula dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada para nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu, hasil dari perkahwinan dengan Siti Sarah lahir Nabi Ishak. Dari keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.

3.    Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel, Nabi Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian dari mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan nama Yahudi; bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. Keturunan Yahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.

4.    Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi, ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel Raya. Oleh itu, ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel Raya.

5.    Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol, Oriental Jews di Arab dan Ethiopia; dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan 3 kelompok ini hasil dari perpindahan pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim (manusia selain Yahudi).

6.    Keturunan Yahudi yang tulen adalah dari jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya dari keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan dari keturunan jurai ibu tapi bapa.

7.    Tetapi bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana, Rejim Zionis bersifat sekular, tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman.

8.    Di Amerika, telah wujud gerakan baru iaitu New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut gerakan ini dan sangat agresif  terhadap Palestin.

9.    Berikut merupakan nama Yahudi di seluruh dunia:
•    Berg” ( Goldberg)
•    Man” (Goldman,Ligthman)
•    Stein” (Einstein)
•    Ler” (Adler)
•    Ner” (Asner)
•    Ilin” (Gitlin)
•    Witz” (Horowitz)
•    Baum” (Teitelbaum)
•    Off” (Chartoff)
•    Nik” (Resnik)
•    Thal” (Rosenthal)
•    Ling” (Spelling)
•    Sky” (Linsky)
•    Farb”(Himmelfarb)
•    Feld”(Seinfeld)

Sebagai contoh Arnold Swarzenegger, seorang pelakon Hollywood terkenal merangkap Gabenor California sebenarnya adalah Yahudi kelahiran Austria. Bapanya pula ialah Parti Nazi Austria yang pernah menjawat jawatan penting dalam pasukan keselamatan Austria.

10.    Dalam Kitab Injil Bahagian 01 telah dinyatakan ’tanah yang dijanjikan’ antara Sungai Nil, Mesir hingga ke Sungai Eupharates, Mesopotamia di Iraq untuk keturunan Ibrahim atau Abraham.

11.    Manakala Zionis merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess yang menubuhkan sebuah negara haram, Israel. Yahudi mula berpindah pada tahun 1897. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

12.    Pada 1903 – 25,000 Yahudi tiba dari Eropah Timur. Antara  1904-1914 sudah ada 40,000 orang Yahudi.

13.    Israel diisytiharkan pada 14 Mei 1948. Negara Arab serang Israel. Gerila lebih berperanan dari pemimpin Arab. Mesir dapat Semenanjung Gaza manakala Jordan dapat Timur Jerusalem (Tebing Barat). Sejak itu, perang terus berlaku dan sehingga kini telah mencecah 60 tahun.

14.    Sejak itu rakyat Palestin tersepit dalam siri peperangan :  

•    Perang 1948- ½ juta dihalau dari Palestin.
•    Perang 1967- ½ juta keluar.
•    Perang 1973- Arab kalah
•    1.5 juta hidup di 8 khemah pelarian -60 tahun

15.    Yahudi yang bermazhab ekstrem Haredim inilah yang telah menyerang Palestin terkini iaitu    antara 27hb Dis 2008 – 20hb Jan 2009. Antara hukum-hakam penganut Yahudi ini ialah suara wanita adalah aurat, wanita tidak boleh memandu seorang diri, wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan melakukan majlis perpisahan antara lelaki dan perempuan. Manakala dari segi pemakaian Zionis adalah berserbakan hitam contohnya kopiah kecil hitam ataupun yang besar dan golongan perempuan pula menutup aurat melepasi paras lutut.

16.    Zionis menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat. Terdapatnya Zionis Lobi yang tidak terlibat secara langsung dalam politik yang merupakan golongan kaya muncul pada awal abad ke-20.

17.    Pada 1895, orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland, dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis International.

18.    Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar Resolusi-Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945.

19.    Mereka telah menerima hmpir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan, senjata nuklear dan lain-lain.

20.    Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para ambiya’ dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992), Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah.

21.    Rejim Zionis Israel mempunyai simpanan senjata nuklear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty, satu perjanjian di mana sebuah negar itu tidak akan membina senjata nuklear.

22.    Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepad mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.

23.    Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA.

Sumber : www.antiyahudi-zionis.blogspot.com

EKSKLUSIF !!! 5 SEBAB MENGAPA #HAMAS BERHAK MENYERANG #REJIM #ZIONIS DIDEDAHKAN !!!

Antara alasan yang sering digunakan sejak bertahun lamanya oleh rejim pengganas Zionis sebagai legitimasi kepungan dan serangan mereka ke atas Gaza dan pencerobohan mereka di Tebing Barat adalah ‘Israel punya hak untuk mempertahankan dirinya sendiri’ iaitu merujuk kepada serangan roket oleh tentera pejuang Briged Izzudin Al Qassam dan Saraya Al Quds yang dilancarkan dari Gaza. Terkini, ‘Israel Defense Forces’ (IDF) melalui laman media sosial telah melancarkan kempen ‘What would you do’ bagi mencari sokongan masyarakat dunia terhadap serangan yang mereka sedang lakukan di Gaza. Alasan ini juga sering diulang-ulang oleh pemimpin-pemimpin dunia bagi menyokong tindakan rejim pengganas Zionis seperti Obama, John Kerry, Francois Holande, Angela Merkel dan lain-lain, juga diulang-ulang oleh media-media yang sering menyebelahi kekejaman rejim pengganas Zionis seperti CNN, BBC dan ABC. Malah, ada dari kalangan mereka yang simpati terhadap Gaza juga menggunakan alasan ini iaitu HAMAS wajib menghentikan serangan roket untuk mencapai jalan perdamaian dengan rejim pengganas Zionis dan juga untuk mengelakkan kepungan dan serangan.  

Hakikat yang sebenar adalah HAMAS berhak sepenuhnya untuk mempertahankan diri dengan apa jua cara bahkan lebih dari berhak untuk menyerang Israel dengan roket dan apa jua persenjataan yang ada. 

Sebab yang pertama adalah kerana negara haram Israel dibina di atas tanah-tanah yang dirampas secara paksa dari rakyat Palestin sejak lebih 60 tahun yang lalu. Ramai yang dihalau keluar dari rumah sendiri untuk memberi laluan kepada pendatang haram Yahudi untuk mendirikan penempatan mereka. Rejim pengganas Zionis juga secara sistematik dengan menggunakan kekuatan ketenteraan telah menjajah banyak dari kawasan-kawasan Palestin sejak 1948 dan 1967. Jadi rejim pengganas Zionis sebenarnya adalah penjajah dan perampas tanah rakyat Palestin, dan mereka yang dijajah berhak sepenuhnya secara moral dan menurut undang-undang untuk berjuang membebaskan negara mereka dari penjajahan. HAMAS, Jihad Islam, FATAH dan mana-mana jua organisasi di Palestin berhak untuk berjuang menggunakan apa jua cara bagi membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah. 

Sebab yang kedua, sejak 60 tahun yang lalu, rejim pengganas Zionis telah mencabul maruah rakyat Palestin dengan amat kejam. Banyak tragedi pembunuhan besar-besaran yang langsung tidak diambil tindakan oleh dunia. Shabra Shatilla, Jenin, pembunuhan 29 jemaah masjid oleh Baruch Goldstein, pembakaran masjid Al Aqsa oleh pelampau Yahudi pada tahun 1969 dan banyak lagi. Menurut statistik dari UN sendiri, dikatakan lebih 0.3 juta rakyat Palestin telah terbunuh sejak 1967 sahaja. Itu belum yang dipenjarakan, mengalami kecederaan kekal,  rumah dimusnahkan dan dihalau keluar.Apakah satu bangsa yang punya maruah diri boleh bersabar dan tidak melawan atas penjarahan demi penjarahan yang dilakukan ??? Atas sebab ini, roket-roket HAMAS mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk menyerang kembali bandar-bandar yang dibina di atas darah rakyat Palestin. 

Sebab yang ketiga, rundingan demi rundingan telah berjalan sejak puluhan tahun, namun rejim pengganas Zionis tidak pernah menepati janjinya. Tidak pernah ada rundingan yang menguntungkan rakyat Palestin dan jelas, rejim pengganas Zionis ini hanya akan tunduk dan faham dengan bahasa kekuatan sahaja. 

Sebab yang keempat, Gaza, telah dikepung sejak 7 tahun yang lalu dari arah darat dan laut. Sempadan Rafah hanya dibuka sekali sekala oleh Mesir kecuali ketika zaman pemerintahan Presiden Morsi, dan tembok pemisah yang ada memisahkan Gaza dari dunia luar. Import banyak barang-barang diharamkan termasuk barang-barang pembinaan, hanya barang-barang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk. Nelayan juga tidak dibenarkan untuk memancing lebih dari 3 batu nautika dari pantai Gaza. Jika menghampiri atau melebihi jarak tersebut, nelayan akan ditembak atau ditangkap oleh tentera laut rejim pengganas Zionis. 

Sebab yang kelima, Gaza juga telah menjadi sasaran serangan bertubi-tubi oleh rejim pengganas Zionis sejak tahun 2000, Siapa yang dapat melupakan serangan demi serangan menggunakan senjata yang terlarang seperti bom fosforus yang telah membunuh ribuan kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. Antaranya adalah serangan pada tahun 2008 yang telah membunuh lebih 1500 nyawa di Gaza, tidak cukup dengan itu, kapal bantuan Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan yang ingin ke Gaza juga diserang hingga mengakibatkan ada petugas kemanusiaan yang terbunuh. Tidak ada manusia yang waras akalnya yang akan berdiam diri dan hanya melutut bila melihat anak-anak dibunuh di depan mata, ibu-ibu mereka ditembak dan dibom sesuka hati, sekolah dan masjid dimusnahkan, bahkan dalam operasi terbaru yang sedang berjalan sekarang, hospital juga dibedil hingga ranap. Media sosial telah mendedahkan kepada dunia apa yang sedang dan telah berlaku kepada Gaza secara khusus dan kepada Palestin secara umum yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Melihat kekejaman yang sedang berlaku di hadapan mata kita semua, apakah masih ada yang mempertikaikan serangan roket dari tentera Al Qassam dan mempercayai dendangan alasan rejim pengganas Zionis. 

Mohd Hisham Mohd Sharif 
PhD Candidate
Business School University of Adelaide
South Australia,
Australia

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sumber : www.badutrakyat.blogspot.com