Tuesday 19 November 2019

BUANG - SAINTIS MELAYU YANG DIBUANG JEJAKNYA

Image may contain: 1 person
Buang satu nama yang asing dalam dunia sains. Namun satu dokumentari yang dibuat oleh Isabella Desjeux seorang rakyat Perancis telah membongkar akan kewujudan "Buang", seorang saintis Melayu yang dihilangkan dari sejarah dunia sains. Beliau dikatakan pembantu kepada saintis dunia abad ke-19 yang terkenal bernama Alfred Russel Wallace

Menurut video kumpulan kerja Isabella Desjeux. Di Ternate sebuah Pulau dalam republik Indonesia , yang mana populasi penduduk adalah berbangsa Melayu , yang juga bertutur bahasa Melayu yang sama seperti Melayu semenanjung Malaysia.

Penemuan kisah Buang bermula apabila, satu tapak yang hendak dibina sebuah sekolah dimulakan proses penyediaan tapak. Dalam kerja-kerja tersebut mereka menemukan satu kotak besi. Pada permulaannya, mereka menyangka ia adalah peninggalan Penjajah Portugis. Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila mereka membuka kotak itu, apa yang mereka temui adalah manuskrip yang ditulis pada sekitar abad 1860 sehingga 1890 yang masih dalam keadaan yang baik. Manuskrip tersebut kemudian telah dihantar ke Department of Epistmology di University of Failomics di Abuja, Nigeria untuk di kaji.

Hasil kajian di University of Failomics oleh Dr. Ola Madunagu. Beliau berkata "Buang bukan seorang lelaki biasa, ia berketurunan Melayu dari etnik Bugis dan keluarganya datang dari Benyagak. Nama penuh beliau ialah Buang bin Mohammad Ali. Beliau bertemu Wallace pada tahun 1854 di kepulauan Borneo dan membantu Wallace mengumpul spesimen."

Spesimen yang ditemui oleh Buang dan Wallace kemudian nya dihantar ke Musium Sejarah Kebangsaan England. Sewaktu membantu Wallace dalam mengumpulkan spesimen, Buang telah pun membina makmalnya sendiri dan mengoperasikan kajian di makmalnya. Ia juga brkahwin di sana.
Image may contain: one or more people, people standing, shoes and outdoor
Gambar Sekadar Hiasan
Ketika Isabella Desjeux melawat Ternate dalam pengambaran dokumentarinya berkaitan Buang. Beliau berkata, "Suasana hari ini di Ternate adalah sama seperti pada zaman dahulu dalam bidang perdagangan. Di mana pengembara atau pelawat ramai yang datang ke Ternate, perdagangan kerap dilakukan adalah buluh, tumbuhan perubatan serta logam tembaga yang sangat bernilai tinggi. Tembaga biasanya digunakan untuk tujuan pembuatan barang kemas. Namun dari manuskrip dan tinggalan yang di temui menunjukan Buang mengunakan tembaga sebagai alatan dalam makmal beliau."

Seorang penduduk Ternate Samsudin Simpan yang di temubual oleh Isabella berkata, "Buang adalah cerita biasa yang diceritakan oleh penduduk Ternate, Buang bukanlah penduduk asal Ternate, dia datang bersama seorang lelaki kulit putih, beliau juga mendakwa datuk beliau adalah rapat dengan Buang, kerap membantu Buang dalam kerja-kerjanya. Menurut datuknya, Buang adalah pembatu lelaki kulit putih tersebut, memasak dan juga sebagai perterjemah. Dia juga membawa kotak khas yang mungkin untuk tujuan memburu di hutan sekitar Ternate."

Menurut Isabella dalam dokumentari tersebut "dengan melihat apa yang ada di dalam kotak milik Buang yang di temui itu, amat jelas, perbezaan budaya antara dua lelaki ini, iaitu Buang dan Wallace, menjadikan Wallace seakan tidak memandang hasil kajian Buang. Dan tidak mengambil atau mengangkat kajian Buang di mata dunia."

"Jadi persoalanya sekarang, kita perlu tahu apa yang telah Buang temui dalam kajian sains beliau..? Memahami apa yang telah ditemui dalam kajian beliau bukan sahaja satu kelebihan dalam dunia sains, tetapi juga memberi satu penerangan baru tentang kaedah berbeza dalam kajian sains."

Antara kajian Buang yang ditemui dalam catatannya adalah "menghasilkan tenaga mengunakan buah durian" dan juga tumbuhan.

Beberapa kajian berkaitan fizik juga ditemui berkaitan momentum dan putaran, seakan-akan menjurus kepada kajian aeronatik atau penerbangan.
Image may contain: 1 person, tree, plant and outdoor
Gambar Sekadar Hiasan
Kajian dokumentari Isabella Desjuex mendapat penajaan dari beberapa badan yang berusaha mermartabatkan ketamadunan dan memelihara pencapaian Bangsa Melayu.

Dari apa yang kita ketahui melalui cerita berkaitan Saintis Melayu bernama Buang, jelas sekali bangsa Melayu mempunyai kepandaian yang juga hebat dalam kajian Sains. Namun kerana menjadi lumrah pihak barat tidak akan sesekali mengangkat darjat atau kebolehan orang Melayu untuk digunakan. Mereka lebih sanggup menutup ilmu yang dipelopor orang Melayu itu hilang dan di"senyapkan" supaya bangsa Melayu tidak bangkit menjadi bangsa yang kuat. Oleh itu kita sebagai Bangsa Melayu wajib mengetahui bahawa bangsa Melayu hanya boleh bangkit dan maju dengan kekuatan sendiri. Jika kita berharap pada bangsa asing untuk memajukan kita maka kisah BUANG akan berulang kembali. Satu kehilangan yang besar buat peradaban Melayu yang sebenarnya selama ini satu bangsa yang hebat dalam pelbagai bidang.

SUMBER: Jebat Oscar

ANJING ADALAH MAKHLUK ALLAH YANG SANGAT UNIK

Image may contain: one or more people, people sitting and outdoor
Anjing adalah mahkluq Allah yang sangat unik. Kejadiannya adalah dari ciptaan Allah untuk manfaat manusia yang berfikir. Kejadiannya untuk memudahkan urusan manusia yang berhikmah dan berjiwa baik. Sebab itu anjing bukan untuk dimakan.

Kekotoran yang ada padanya bukan melibatkan hal dosa pahala. Kekotoran yang ada padanya adalah melibatkan hal toharah cara bersuci. Hilangkan kumannya dengan tanah, kerana tanah Allah jadikan mampu untuk membasmi kuman dari anjing mahupun babi. Tak susah. Hanya sapukan tanah pada bahagian yang terkena najis anjing terutama air liurnya, kemudian bilas. Atau campurkan tanah itu dengan air, kemudian sapu pada bahagian yang terkena air liur anjing dan kekotorannya, kemudian bilas. Kenapa kena bilas banyak kali, sebab kita bilas kesan tanah tersebut agar ia tak ganggu keselesaan pada tubuh kita.
Image may contain: 1 person
Tak bolehkah guna sabun untuk terus basuh kesan kotoran anjing?

Boleh, selesai matikan kuman menggunakan tanah tadi, masa bilas untuk bersihkan kesan tanah, gunalah sabun untuk bersihkan kesan tanah tersebut.

- Guna Tanah untuk mematikan kuman dari kekotoran anjing mahupun babi.

- Guna Sabun untuk bilas dan bersihkan kesan tanah tadi agar lebih selesa. Tak guna sabun pun tak apa, asalkan bilas hingga hilang kesan tanah.
Image may contain: 1 person, sitting
Yang menjadi keliru di kalangan masyarakat kita ialah cara nak bersuci bila terkena najis-najis ini. Manakan tidak, dalam buku teks sekolah dahulu, ditunjukkan cara bersuci najis mughalazoh adalah dengan gambar tanah dan air itu menggunakan bekas besen air yang besar. Nampak susah jadinya. Nak kena sediakan tanah dan air dalam kuantiti yang banyak guna besen. Hingga mereka dewasa, mereka fikir kena cari tanah dan air berbesen-besen untuk bersuci. Walhal senang. Ambil tanah sekadar yang secukupnya untuk disapu, kemudian jirus sahaja guna paip dan gosok hingga hilang. Bahkan ini lebih dari 6 atau 7 bilasan air.

Allah jadikan anjing, bukan untuk bertambahnya dosa kamu.

Allah jadikan anjing, untuk kamu menggunakan aqal berfikir hikmah kejadiannya.
Image may contain: 1 person, dog, outdoor and nature
Allah jadikan anjing, untuk membantu kamu memanfaatkan sifatnya.

Allah jadikan anjing, perihal kita dengannya adalah tentang bersuci, bukan tentang dosa pahala. Yang dosa adalah apabila kamu memudharatkan diri dengan menentang untuk bersuci.

Melayu = Jangan bermusuh dengan anjing.
Image result for anjing comel