Friday 30 August 2013

PANAS! MARI TENGOK CARA ORANG SYIAH SEMBAHYANG!

Ini-Dia-Cara-Orang-Syiah-Solat-1.jpg (641×480)
Cara Orang Syiah Solat


Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid'ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.

Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.

Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:
Ini-Dia-Cara-Orang-Syiah-Solat-2.0.jpg (600×418)


Ini-Dia-Cara-Orang-Syiah-Solat-2.1.jpg (500×549)
Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).
Ini-Dia-Cara-Orang-Syiah-Solat-3.jpg (745×534)
Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya sahaja.


Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah "berdusta dan berbohong". Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.
Ini-Dia-Cara-Orang-Syiah-Solat-4.jpg (719×565)
Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.
Ini-Dia-Cara-Orang-Syiah-Solat-5.jpg (599×431)
Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.
Ini-Dia-Cara-Orang-Syiah-Solat-6.jpg (400×266)
Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.
Ini-Dia-Cara-Orang-Syiah-Solat-7.jpg (550×370)
Syiah solat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
Ini-Dia-Cara-Orang-Syiah-Solat-8.jpg (480×312)
Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.
Ini-Dia-Cara-Orang-Syiah-Solat-9.jpg (500×339)

Sumber : http://parpukari.blogspot.com/ 

YES ! BANGSA MELAYU MENJADI SEMAKIN KUAT LEPAS BACA ARTIKEL INI !

Oleh : Nile Bowie (Penganalisis politik dan juga seorang jurugambar yang kini menetap di Kuala Lumpur)
Transliterasi oleh : UKT Pena Minang
Dipetik dari : Russia Today

Dalam situasi Malaysia yang sedang berhadapan dengan pilihanraya paling sengit dalam sejarah, seorang tokoh pembangkang terkemuka telah dikatakan mendapat bantuan dana dari Amerika Syarikat bagi mengadakan siri tunjuk perasaan selain penyaluran dana kepada parti-parti pembangkang.

Pada awal bulan Mei 2013, Malaysia berhadapan dengan satu pilihanraya paling kompetitif sejak sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Barisan Nasional yang telah menjadi kerajaan sejak negara Malaysia mendapat Kemerdekaan pada tahun 1957 akan disaingi oleh Pakatan Rakyat yang telah menerima bantuan, latihan dan pembiayaan dari yayasan yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Anwar telah dipecat ekoran keputusannya yang mengikut telunjuk pelan IMF ketika krisis kewangan Asia. Sedangkan Mahathir pula menerajui pemulihan Malaysia dari krisis kewangan Asia pada tahun 1997 melalui kawalan mata wang dan langkah-langkah perlindungan. Selepas kejatuhan dalam karier politiknya, beliau (Anwar) telah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan IMF pada tahun 1998. Beliau kemudiannya dilantik menjadi pengerusi Foundation for Future yang berpusat di Washington yang mana yayasan ini ditubuhkan oleh Elizabeth Cheney, anak kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat dan dibiayai oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Anwar menimbulkan kemarahan ramai pihak terutama majoriti Muslim di Malaysia ekoran tindakan beliau yang menyokong dasar untuk melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan Wall Street Journal - berbeza sama sekali dengan pendirian pemerintah 'untuk menyokong Palestin. Kelayakan unik Anwar dan hubungan rapat dengan pertubuhan politik dan kewangan Amerika Syarikat tidak dinafikan bahawa dia adalah pilihan Washington

Washington selama ini sering melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin yang 'degil'. Namun begitu, kejatuhan populariti parti pemerintah telah membuka peluang kepada National Endown for Democracy (NED) untuk meningkatkan populariti Pakatan Pembangkang yang lebih 'MESRA AMERIKA' sekaligus meningkatkan lagi peluang pembangkang menjadi pemerintah melalui pelbagai aspek bantuan seperti kempen di media dan sokongan untuk menjalankan aktiviti demonstrasi jalanan anti-kerajaan. 

Di satu sudut yang lain, bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad sering mengundang kemarahan Amerika ekoran kritikan beliau yang secara berterusan terhadap dasar luar Amerika Syarikat dan Israel, manakala Perdana Menteri yang ada sekarang pula bersikap 'retorik' sambil meneruskan pendekatan mesra perniagaan dengan masyarakat barat selain terus mengukuhkan hubungan ekonomi dengan China.

Pada sudut yang berlainan pula, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dibawah kepimpinan Mahathir dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat.

National Endowment for Democracy atau NED, adalah sebuah yayasan yang berpangkalan di Washington, dimana tugas NED adalah menyokong inisiatif demokrasi dan kumpulan pembangkang yang 'mesra' Amerika di luar negara. NED menyediakan lebih daripada 1 juta dolar Amerika bagi membiayai pelbagai projek di Malaysia setiap tahun. NED telah kerap dikritik kerana campurtangan mereka secara terang-terangan dalam program-program bersifat politik disamping penglibatan secara terus dari tokoh politik kanan Amerika dalam yayasan berkenaan.

Di samping membiayai kumpulan 'pengawas' pilihan raya, memantau hak asasi manusia dan laman web berita yang condong ke arah pembangkang, Institut Antarabangsa Republikan ( International Republican Institute : IRI) telah menerima dana berjuta-juta dolar untuk menjalankan program di Malaysia, bagi membantu "parti politik dan para pemikir mereka yang mampu menjadi wakil berkesan di kawasan mereka." IRI dipengerusikan oleh Senator John McCain, yang terkenal dengan sikapnya yang cenderung dan agresif memihak kepada dalam isu-isu yang berkaitan dengan Israel dan konflik Amerika Syarikat di luar negara. 

Manakala jawatan yang lain diisi dengan pegawai-pegawai kanan yang pernah memegang jawatan merangka dasar luar didalam pentadbiran Reagan dan Bush. "IRI bekerja di negara-negara yang Amerika Syarikat mempunyai kepentingan, di mana kita boleh membuat perbezaan ... IRI memberi tumpuan kepada tiga tugas utama: membantu parti-parti politik meluaskan pengaruh mereka, memastikan bahawa pembangkang memerintah sejurus mendapat kekuasaan, memerintah dengan adil, sekaligus membantu masyarakat sivil dalam menjamin tadbir urus yang baik ... IRI boleh membantu menjadi pemangkin kepada usaha aktivis demokrasi di negara - selagi mereka mahu perubahan yang lebih daripada kita mahukan, ianya untuk mereka, "Nukilan Presiden IRI ini, Lorne Craner, yang sebelum ini memegang jawatan di Jabatan Negara Amerika Syarikat.

The National Democratic Institute for International Affairs atau Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa juga menerima bajet yang besar bagi membiayai projek-projek mereka di Malaysia. Madeleine Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, peneraju agenda perang Amerika dan misi ketenteraan NATO merupakan pengerusi NDI. Di samping itu, bekas Senator Thomas Daschle dan bekas pengarah AIPAC Kenneth Wollack mempunyai jawatan tinggi dalam NDI. 

Pakatan Pembangkang di Malaysia telah memenangi kejayaan yang bersejarah dalam pilihan raya 2008 dengan menguasai negeri-negeri utama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Menurut laman web NED, IRI menerima 802,122 dolar Amerika pada tahun 2010 untuk bekerja dengan "pemimpin negeri di Pulau Pinang dan Selangor untuk menyediakan mereka dengan kajian pendapat masyarakat, latihan dan sumber-sumber lain bagi membolehkan mereka menjadi wakil yang lebih berkesan kepada pengundi mereka". 

IRI mendakwa bahawa mereka "tidak menyediakan pembiayaan secara langsung kepada parti-parti politik" di Malaysia, tetapi apa yang diperkatakan adalah tidak telus. Penyediaan bajet dan penekanan kepada membantu pembangkang bagi memperluaskan populariti parti-parti politik di negeri-negeri pakatan pembangkang membuktikan berlakunya pembiayaan secara tidak langsung.

NED mendapat pembiayaan melalui Kongres AS, menerusi bajet USAID, agensi Amerika Syarikat yang berperanan menyalurkan bantuan pembangunan selain ianya juga merupakan sebahagian daripada agensi dibawah Jabatan Negara Amerika - ini bermakna wang NED, yang mereka salurkan kepada negara-negara asing itu datangnya daripada dana awam yang dibayar oleh pembayar cukai Amerika Syarikat. Kebanyakkan pembiayaannya disalurkan kepada dua komponen utamanya iaitu Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI). NED dikehendaki untuk memaklumkan laporan kewangan mereka, tetapi bagi yayasan yang kecil, undang-undang ini tidak diguna pakai bagi IRI dan NDI, yang mana kedua-duanya merupakan penerima utama dana di Malaysia.

Menurut laman web rasmi NDI, mereka telah mengadakan "bengkel parlimen peringkat negeri di Selangor dan Pulau Pinang" kerana "parti-parti pembangkang mempunyai pengalaman yang terhad dalam kerajaan, dan banyak ahli-ahli parlimen yang dipilih pada tahun 2008 tidak mempunyai pemahaman dalam proses parlimen perlembagaan ." Bermula dari tahun 2007, rakyat Malaysia telah menunjukkan sokongan kepada 'Bersih', sebuah kumpulan pemantau pilihan raya yang dikenali sebagai 'Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.' 'Bersih' telah menganjurkan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya, yang sedikit sebanyak dikritik sebagai tali barut pembangkang ekoran penyertaan yang aktif dari tokoh-tokoh terkemuka pembangkan. 

Bersih yang dipimpin oleh Ambiga Sreenevasan, penerima Anugerah Jabatan Negara Amerika Syarikat, mengakui bahawa Bersih menerima dana dari agensi berkaitan dengan kerajaan Amerika Syarikat seperti NDI dan Open Society Institute, yang mana OSI diketuai oleh jutawan Yahudi George Soros. Tunku Abdul Aziz Ibrahim, seorang senator di dewan negara dan juga bekas tokoh pembangkang, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan memperincikan penglibatan Amerika dalam membiayai dan menganjurkan perhimpunan Bersih.

Menurut Aziz, Yayasan yang berpengkalan di Amerika telah merangka gerak kerja dan menggariskan fungsi dan operasi Bersih. "Dalam mesyuarat itu, saya telah ditawarkan untuk mengetuai badan pemantau kerana mereka berkata, saya mempunyai kelayakan, integriti dan kredibiliti bagi jawatan itu. Mereka memberitahu saya bahawa pergerakan itu adalah untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini," kata Tunku Aziz yang turut mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan kira-kira 4 ribu dolar Amerika sebulan, serta lain-lain faedah dan elaun bagi kedudukannya. 

Aziz juga mendakwa pemimpin pembangkang Malaysia menggunakan Bersih untuk menyalurkan sokongan kepada kempen politik beliau. "Anwar menggunakan sebaik mungkin rangkaian antarabangsanya untuk mendapatkan dana ini. Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin Bersih tahu ataupun tidak. 

Tetapi Bersih adalah 'kenderaan' Anwar untuk menerima dana antarabangsa di bawah nama demokrasi dan pilihan raya yang bebas dan adil. Bersih bukan sebuah organisasi bebas ataupun non-partisan. Ia adalah 'bayi' Anwar." Aziz walaubagaimanapun menolak pembiayaan luar negara itu kerana faktor integriti nasional dan maruah."Organisasi tempatan perlu menjustifikasikan kewujudan mereka kepada rakyat Malaysia, bukan kepada orang asing. Organisasi tempatan tidak perlu berhutang dan setia kepada warga asing," tegasnya.

Jika dilihat secara teliti dari 'bahasa' yang digunakan oleh yayasan ini, mereka menuntut supaya wujudnya satu gerak kerja ke arah "meluaskan pengaruh parti-parti politik,". Satu persoalan yang kritikal terlintas di fikiran - bila tidak dipanggil 'mempromosi demokrasi' bukankah ianya menjadi suatu campur tangan politik? Gerak kerja NED agak kabur. 

Mereka berdiri diatas dua garisan, mereka berlakon kononnya menyokong ketelusan pilihan raya, kebebasan dan mempromosi hak asasi manusia. Parti pemerintah Malaysia tidaklah begitu sempurna - mereka tidak bersedia untuk menangani isu-isu rasuah peringkat tertinggi, kemewahan para elitis masih menjadi masalah yang besar, dan kaum minoriti pula merasa diri mereka dipinggirkan berikutan dasar-dasar tindakan afirmatif berasaskan kaum, yang memihak kepada majoriti Muslim. 

Pakatan pembangkang, yang telah berikrar untuk menghapuskan autoritarian dan rasuah, telah mengeluarkan satu manifesto, yang mana ada pihak memuji dan ada pihak yang meragui manifesto berkenaan. NED walaubagaimanapun tidak menjalankan satu inisiatif demokrasi di Singapura - Sekutu Kuat Amerik Syarikat, walaupun negara berkenaan mempunyai persekitaran yang kurang demokratik berbanding Malaysia. Jadi apakah yang boleh mendorong Washington untuk menghabiskan duit dan memberikan begitu banyak perhatian kepada pakatan pembangkang di Malaysia?

Kita jangan terlupa dengan tujuan sebenar Amerika dalam kepentingan blok ASEAN. Penguasaan pengaruh Amerika di Blok ASEAN adalah sebagai satu langkah mengimbangi kuasa dan pengaruh Beijing. Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah menjelaskan peri pentingnya hubungan yang wujud diantara Malaysia dengan China, sambil melihat ke Beijing yang memulihkan ekonomi berorientasikan eksport Malaysia selepas krisis kewangan global 2008.

Pertukaran kepakaran diantara China-Malaysia dalam bidang seperti kewangan, pembangunan infrastruktur, sains dan teknologi, serta pendidikan yang mana tidak pernah mencatatkan tahap tertinggi sebelum ini. China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia, dengan angka-angka perdagangan mencecah 90 bilion US Dolar pada 2011 manakala Malaysia adalah rakan perdagangan terbesar China di kalangan negara-negara ASEAN. Sokongan Washington kepada pembangkang Malaysia yang 'mesra-Amerika' mesti dilihat dalam konteks semasa untuk meningkatkan kekuatan tentera dan penguasaan mereka ke atas rantau Asia Pasifik dalam rangka dasar 'Pivot ke Asia'. 

Malaysia mempunyai hak kedaulatan ke atas Selat Melaka, laluan bekalan yang paling penting bagi China untuk tujuan pengangkutan minyak dan lain-lain bahan yang penting kepada pembangunan serta ekonomi yang berterusan. Selain daripada lokasi yang strategik, Malaysia mempunyai ekonomi yang berkembang pesat dengan purata kira-kira pertumbuhan 7 peratus setiap tahun. Malaysia juga merupakan pengeksport ketiga terbesar di dunia bagi gas asli cecair (LNG) selepas Qatar dan Indonesia, dan negara ini telah mempunyai lebih 4 billion tong minyak sebagai rezab.

Malaysia adalah pemain utama di Asia Tenggara, dan Washington melakukan apa yang boleh untuk meluaskan lagi pengaruh pakatan pembangkang selepas kejayaan dalam pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008. Pada tahun 2013, pakatan pembangkang bergantung kepada undi dari mereka yang tidak berpuas hati dengan status quo serta demografi besar pengundi muda yang mahu mencabar parti pemerintah dalam pilihanraya. 

Di bawah parti pemerintah, Malaysia telah berubah daripada menjadi sebuah negara pengeksport getah dan bijih timah kepada pemain utama industri dengan industri automobil tempatan yang kukuh. Parti pemerintah telah berjaya mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang stabil, manakala menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru dalam sektor berpendapatan tinggi dan menarik pelaburan berjuta-juta dolar. Dalam situasi pilihan raya yang kritikal di negara ini, pengkritik bertanya samaada pembangkang yang belum dicuba kemampuannya ini dapat menjamin pertumbuhan berterusan. 

Perbincangan dikalangan pengundi juga yang menjurus antara parti pemerintah dan pembangkang juga secara tidak langsung mewujudkan elemen memilih antara China dan Amerika Syarikat. Keputusan pilihanraya akan datang dijangka menjadi penentu masa hadapan dasar luar Malaysia selain berpotensi menjadi satu pergolakan politik yang berterusan. Berjuta-juta dolar Amerika telah disalurkan kepada pembangkang di Malaysia, bukti bahawa Washington mempunyai agenda tersendiri di rantau ini.

[Makluman : Kami akui terdapat kelemahan dalam proses penterjemahan semula. Namun kami sedaya upaya untuk mengekalkan maksud asal penulis. Segala kekurangan dan kelemahan kami dahului dengan memohon maaf.]

Sumber : http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Tuesday 27 August 2013

DaLam KepayaHan ~ Hati ini Hancur Lagi

SaLam,


Hari ni aku rasa seperti nak meLuahkan sesuatu..kLu sebeLum ini aku banyak "copy" & "paste" sebarang info menarik dari bLog orang Lain..hari ni tidak..

Kisahnya...
BiLe terjadi sesuatu masaLah daLam rumah..adakah perLu kita Libatkan orang Lain yang mungkin atau pasti tidak tahu apa sebenarnya yang berLaku...? 
Baru² ini, aku dihimpit dengan 1 permasaLahan yang pada aku hanya haL picisan. KeciL jew pun..bukan masaLah besar..
BenarLah, dibibir aku sering menuturkan kata² yang membayangkan supaya si PoLan meninggaLkan rumah. Tapi kenapa ayat itu sahaja yang disebut² sedangkan isu yang ditimbuLkan di sebaLik bayangan seperti menghaLau itu tidak diperkatakan? 
Contohnya, "nasihat aku..teguran aku..ape je pandangan aku...sikit pun kau tak pandang..susah payah cuba merealisasikan kehendak engkau..dan seteLah berjaya..kau toLak mentah²? kau nak ape sebenarnya? mcm mane adik-beradik kau dan mak bapak kau boLeh tahu haL ini kaLau bukan muLut Longkang kau yang bercakap?"
"macam ni Lah..kaLau aku ni dah tak bagi makna kat kau..segaLa nasihat dan teguran adik-beradik kau lebih berharga...kau pergiLah pada diorg..takyah lah kau nak duk terus kat sini..takde point pun..aku ni mcm orang terhegeh² nak toLong..tetiba pLak adik-beradik kau nak amik berat pasaL kau.."
"lebih 3 tahun kau duk tinggal dengan aku...sejak beLajar...menganggur 8 buLan..pastu keje..takde puLak adik-beradik kau amik tahu pasal kau...tempat tdo kau..makan minum kau..sakit pening kau..kat sini jugak kau bersemayam..!"

"biLe dah keje..dah ada duit..gaji Lebih sikit...kau pun muLa naik tocang..muLa ego tinggi..muLa berLagak dan berangan mcm orang kaya! adik-beradik tetiba muncuL...muLa amik berat...itu boLeh ini tak boLeh..sedangkan 3 tahun sebeLum ni takde pun!!!"
"kau buatLah piLihan..bukan susah pun..nape nak senak²kan fikiran...bukan isu NEGARA yg kau nak stress... benda dah ada...cubaLah kau hargai..."
BegituLah serba sedikit..jadi si PoLan tadi mmg ada piLihan....dan yang terkini..dia sudah pn buat piLihan... Jadi janganLah menyesal dengan piLihan yang dah buat..aku mampu buat ape..? 
Memang aku sedih..hati aku hancur sebab tindakan si PoLan..tergamak dia keLuar dan tinggaLkan aku sebab nak ikut cakap adik-beradik dan mak bapak dia...yg pada aku semuanya berLagak!! Tujuannya 1 jew..nak tunjukLah kat orang KG yang anak/adik aku ni bergaya....mewah...kereta besar dan terkini.. Sedangkan apa yang aku usahakan Langsung tak di pandang...yang paLing aku kecewa...si PoLan ni pun sama mcm keLuarga dia...Langsung tak pandang dan hargai usaha aku...!! Aku takLah kecewa sangat kaLau famiLi dia tak hargai aku...(ada aku kesah?) tapi biLa si PoLan ni pun sama Lagaknya...demi Allah memang aku kecewa!!
Terbayang di minda aku sebeLum ini..kunun² si PoLan teruskan pLan yang KAMI setuju bersama untuk..hargai apa yang ada...

Masa tu adik-beradik dan mak bapak dia nak cakap apa kan..? Gunakan apa yang dikurniakan...bukan rugi ape pun sbb 1 sen pun duit X keLuar... TAPI....bukan ini yang si PoLan piLih...si PoLan lebih sanggup keLuar..dan memiLih untuk meninggaLkan aku demi keangkuhan dan Lagak dirinya sekeLuarga... 
Ditambah pLak..keLuar bukan setakat keLuar...tapi keLuar dengan angkuhnya..siap dengan KIRA²...itu ini itu ini..yang tu aku punya...yang ini mak aku punyer...yang sana tu bapak aku punyer...pendek kata...semua dia punyer..nahhhh amikLah apa nak amik....siLa²...dah macam AKAUNTAN negara! KaLau nak tahu..ini LAGI SATU insiden yang begitu menghancurkan hati aku...kaLau nak keLuar...siLakanLah...tapi kaLau dah hangkut semua...means macam "pergi tak kembaLi"...betuL tak?
Hurmmm...x apeLah..nasi dah pun jadi bubur..akan aku teruskan hidup aku tanpa si PoLan...kecewa dan hancur hati yang aku aLami..ibarat berganda..dah Lah ditinggaLkan macam orang tak punya jasa...maLah dikira itu dan ini seperti berhutang puLak rasanya....apa² pun terima kasih banyak² buat si PoLan dan keLuarganya.. Pada aku..daLam haL ni..yang bangang..yang otak sempit..berLagak dan bernafsu besar..adaLah si PoLan...!! Semoga kau bahagia dengan apa yang teLah kau buat...!!




Friday 23 August 2013

OBJEK PALING BERHANTU SEPANJANG ZAMAN!

1) Dua Kerusi Istana Belcourt
Newport, Rhode Island ialah salah sebuah pekan tertua di Amerika Syarikat (AS). Penempatan di sini bermula pada tahun 1690, dan pada awal abad ke-20, pekan pelabuhan itu bertukar menjadi destinasi percutian musim panas untuk keluarga-keluarga mewah di AS. Mansion-mansion di Newport bertaraf legenda, begitu juga dengan kisah-kisah seram berkaitan dengannya.

Istana Belcourt diasaskan oleh Oliver Hazard Perris Belmont, seorang sosialit yang kaya raya juga seorang ahli politik, pada tahun 1894. Terdapat banyak gangguan yang didokumenkan pernah belaku di rumah mewah ini, tetapi gangguan paling terkenal membabitkan dua buah kerusi.

Pelawat yang duduk di kerusi-kerusi ini berkata mereka serta merta berasa seram sejuk dan tidak selesa. Tangan mereka seolah-olah di renjat dengan elektrik statik. Ada yang mendakwa bila mereka duduk di kerusi itu, mereka merasa seolah-olah sedang duduk atas seseorang. Beberapa pelawat yang cuba duduk juga pernah dihumban sehingga terjatuh oleh kuasa yang tidak dapat dilihat.

2) Anak Patung Sumpah
Pada tahun 1896, anak patung yang menakutkan ini milik seorang kanak-kanak bernama Robert Eugene Otto di Key West, Florida. Anak patung itu diberi kepada kanak-kanak itu oleh seorang pembantu rumah Robert yang mengamalkan ilmu sihir, dan tidak suka kepada keluarga majikannya. Robert sukakan anak patung itu, dan sering bercakap-cakap dengan patungnya. Semakin lama, pembantu-pembantu rumah yang lain mula merasakan ada yang aneh dengan anak patung tersebut. Dakwa mereka, mereka ada kalanya mendengar sendiri anak patung itu membalas kata-kata Robert.

Tidak lama selepas itu, anak patung itu mula bikin onar, dan Rober yang ketakutan akan mengatakan dia tidak terlibat. Bilik-bilik diselerakkan, pasu-pasu dipecahkan, dan Robert telah dipersalahkan walaupun dia kelihatan benar-benar takut dan mendakwa semuanya ialah perbuatan anak patung tersebut.

Robert telah mewarisi rumah tersebut dan meninggal dunia pada tahun 1972, jadi rumah itu kemudiannya dibeli oleh satu keluarga lain. Ahli keluarga itu, seorang budak perempuan telah terjumpa patung itu di loteng rumah, dan serta mesra berasa takut dengan patung itu. Katanya, patung itu hidup dan mahu membunhnya.

Anak patung itu akhirnya diletakkan di sebuah galeri seni dan muzium sejarah di Key West, di mana ia terus dipamerkan sehingga hari ini. Memang aneh, kerana legenda mengatakan yang anak patung itu boleh menyumpah manusia. Muzium itu turut mempamerkan surat-surat dari individu yang mendakwa telah ‘disumpah’, meminta maaf kerana mengambil gambar anak patung tersebut tanpa meminta izin darinya dan meminta mereka dibebaskan dari sumpahannya.

3) Patung “The Women From Lembi”
Diberi nama jolokan “Dewi Maut”, patung The Women from Lembi diukit dari batu kapur asli yang ditemui pada tahun 1878 di Lemb, Cypruss. Item itu dikatakan dibina sekitar 3500 sebelum masihi, dan dipercayai mewakili satu dewi yang melambangkan kesuburan.Patung itu pada mulanya dimiliki oleh Lord Elphont, dan dalam masa enam tahun selepas memiliki patung tersebut, kesemua Lord Elphont tujuh orang ahli keluarganya telah meninggal dunia atas sebab-sebab yang misteri.

Kedua-dua pemilik patung itu selepas itu, Ivor Manucci dan Lord Thompson-Noel, kemudiannya telah meninggal dunia bersama semua ahli keluarga mereka, hanya dalam beberapa tahun selepas patung itu disimpan di rumah milik mereka.

Pemilik keempat, Sir Alan Riverbrook, turut meninggal dunia, bersama dengan isteri dan dua anak perempuannya. Walaupun tidak mempercayai kuasa mistik, dua orang anak lelaki Riverbrook yang masih hidup berasa takut dengan kematian ahli keluarga yang berlaku secara misteri, dan telah mendermakan patung itu kepada Muzium Diraja Rakyat Scotland di Edinburgh. Ia ada di sana sehingga hari ini.
Tidak lama selepas patung itu diletakkan di muzium, ketua muzium juga telah meninggal dunia. Tidak ada sesiapa selepas itu yang berani menyentuh patung itu, yang diletakkan dalam kotak kaca dan dilindungi dari sentuhan manusia.

4) Lukisan “The Anguished Man”
Lukisan yang nampak menyeramkan ini disimpan di loteng rumah nenek Sean Robinson selama 25 tahun sebelum dia mewarisinya. Neneknya sering memberitahu Robinson bahawa lukisan itu berkuasa jahat, menerangkan yang pelukis asalnya telah mencampurkan cat dengan darahnya sendiri untuk melukis dan telah membunuh diri setelah lukisan ini disiapkan. Neneknya mendakwa pernah mendengar suara-suara dan bunyi orang menangis semasa ia diletakkan di ruang tamu, serta bayang-bayang seorang lelaki sering berlegar dalam rumah, sebelum lukisan itu disimpan saja di loteng.

Sebaik saja Robinson membawa lukisan itu ke rumahnya sendiri, dia dan keluarganya mula mengalami kejadian-kejadian aneh yang sama seperti diceritakan oleh neneknya, Anak lelaki Robinson telah jatuh tangga seolah-olah ditolak, rambut isterinya seolah-olah dibelai oleh orang halimunan dan mereka melihat kelibat hitam seorang lelaki berlegar dalam rumah serta bunyi tangisan.

5) Kerusi Maut
Pada tahun 1702, seorang penjenayah bernama Thomas Busby bakal menjalani hukuman mati. Permintaannya yang terakhir ialah untuk dirinya makan buat kali terakhir di sebuah pub kegemarannya di Thirsk, England. Dia menghabiskan makanan, berdiri dan berkata “semoga orang yang berani duduk di kerusi ini mati serta merta.”

Kerusi itu terus berada di pub itu selama beberapa abad, dan pengunjung pub biasanya akan mencabar antara satu sama lain, siapa yang berani duduk di kerusi tesebut. Semasa Perang Dunia Ke-II, anggota-anggota tentera udara dari kem berdekatan sering mengunjungi pub tersebut, namun orang tempatan menyedari mereka yang pernah duduk di kerusi itu tidak pernah kembali dari medan perang.
Pada tahun 1967, dua orang tentera udara duduk di kerusi itu, kemudiannya meninggal dunia apabila trak yang mereka naiki terbabas dan menghentam pokok. Pada tahun 1970, seorang tukang simen duduk di ‘kerusi panas’ itu, kemudiannya terbunuh kerana terjatuh dalam lubang di tempat kerja pada tengahari yang sama.

Bilangan mangsa kian bertambah, sehinggalah pemilik pub memindahkan kerusi tersebut ke bilik bawah tanah. Malangnya, walaupun di bilik bawah tanah, kerusi itu membawa maut kepada seorang lelaki yang duduk melepaskan penat di kerusi itu setelah memindahkan barang. Lelaki itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada hari yang sama.

Setelah itu, pemilik pub mendermakan kerusi itu kepada muzium tempatan pada tahun 1972. Dalam muzium itu, ia diletakkan secara tergantung lima kaki di udara supaya tiada siapa yang membuat kesilapan serupa. Nasib baik tiada siapa duduk di kerusi itu sejak itu.

Sumber : http://amazingnara.com/gambar5-lagi-objek-paling-berhantu-sepanjang-zaman