Thursday 12 January 2017

30 FAKTA TENTANG YAHUDI DAN ISRAEL YANG ANDA PERLU TAHU!

1. Bangsa lain tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel kecuali bangsa Yahudi.
Hasil carian imej untuk israel
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

2. Setiap bangsa Yahudi yang ada atau lahir di mana sahaja di seluruh dunia secara automatiknya menjadi warganegara Israel.
Hasil carian imej untuk warga negara israel
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

3. Setiap penduduk Palestin yang menetap di Israel harus menggunakan kenderaan dengan warna cat yang dikhususkan; bertujuan untuk membezakan antara Yahudi dan bukan Yahudi.
Hasil carian imej untuk kereta buatan israel
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

4. Di bahagian timur Jurusalem, Tebing Barat , Semenanjung Gaza dan dataran tinggi Bukit Golan telah dianggap sebagai tanah yang dirampas dan dijajah oleh Israel dan bukannya sebahagian daripada negara Israel sendiri.
Hasil carian imej untuk warna kereta israel vs palestin
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

5. Israel memperuntukkan 85% bekalan air bersih untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisa selebihnya untuk seluruh rakyat Palestin yang menetap di daerah Israel. Realitinya, purata 85% air bersih tersebut hanya untuk kegunaan 400 orang penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% lagi untuk perkongsian 120,000 penduduk Islam di Palestin.
Hasil carian imej untuk pili air
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

6. Amerika memperuntukkan hampir 5 juta USD daripada penghasilan cukainya setiap tahun untuk menyumbang kepada Israel.
Hasil carian imej untuk usa
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

7. Amerika memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel berjumlah hampir 1.8 juta USD setiap tahun, dan jumlah tersebut sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika.
Hasil carian imej untuk USD
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

8. Israel sentiasa menunggu bantuan ketenteraan daripada Amerika kerana negara itu merupakan sekutu utama bagi Israel. Oleh itu, Amerika wajib memberikan segala kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kedudukan negaranya.
Hasil carian imej untuk tentera us
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

9. Kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan khususnya pada tahun 1978, 1979 dan 1982 ketika perang di Lubnan; serta penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
Hasil carian imej untuk senjata nuklear
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

10. Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear dan menolak pasukan siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian senjata nuklearnya.
Hasil carian imej untuk pbb
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

11. Sebelum terbentuknya negara Israel pada tahun 1948, Yahudi sudah pun memiliki kilang pengembangan senjata nuklear.
Hasil carian imej untuk kilang nuklear israel
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

12. Pegawai tinggi Israel di Jabatan Pertahanan mengakui secara terbuka bahawa tentera Israel telah membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa sebarang proses pengadilan.
Hasil carian imej untuk tahanan perang
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

13. Israel mengebom kediaman diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967. Walaupun serangan itu mengorbankan seramai 33 orang tentera Amerika dan mencederakan hampir 177 yang lainnya, Amerika sama sekali tidak mengambil sebarang tindakan dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?
Hasil carian imej untuk kapal perang liberty
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

14. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB iaitu sebanyak 69 perkara. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan SATU resolusi PBB, apakah yang akan dilakukan oleh Amerika?
Hasil carian imej untuk resolusi pbb
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

15. Pemerintah Israel menggunakan sistem politik wujud terhadap identiti bangsa Yahudi agar tetap menjadi warganegara itu.
Hasil carian imej untuk warga negara israel
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

16. Perang Israel-Lubnan yang berlaku pada September 1982 telah mengorbankan lebih 1,000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua tetapi Mahkamah Agung Israel menetapkan Perdana Menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan DUA kanak-kanak perempuan iaitu Shabra dan Syatilla. Dua?
Hasil carian imej untuk shabra dan syatila
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

17. Sekumpulan buruh Palestin yang sedang menunggu bas di sebuah halte telah diarah oleh seorang tentera Israel untuk duduk berbaris di atas tanah sebelum ditembak! Kejadian 20 Mei 1990 ini telah diadili dan pemerintah Israel menyatakan tentera itu TIDAK BERSALAH malah mendapat penghargaan khusus atas kekejaman itu.
Hasil carian imej untuk shabra dan syatila
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

18. Sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh mengiklankan tawaran pekerjaan dengan perkataan "tawaran kerja hanya untuk bangsa Yahudi" ataupun "dicari seorang pekerja dengan syarat berbangsa Yahudi."
Hasil carian imej untuk vacancy for jews only
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

19. Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika setiap tahun untuk menyerlahkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.
Hasil carian imej untuk media
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

20. Ariel Sharon mengajak Parti Radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya, padahal parti itu berteraskan radikal dengan misi utamanya adalah 'membersihkan' Israel daripada bangsa bukan Yahudi, juga pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel.
Hasil carian imej untuk parti radikal molodeit
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

21. Perdana Menteri pertama Israel, David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa Arab dari Israel.
Hasil carian imej untuk david ben gurion
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

22. Rahib Besar Israel, Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong tindakan tentera Israel untuk menghapuskan semua warga Palestin. Bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya dalam wawancaranya di radio terbesar Israel yang berbunyi, "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskan dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan kasih sayang kepada warga Arab dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk menghapusnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk."
Hasil carian imej untuk Ofadya Yosef
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

23. Pelarian Palestin adalah yang terbesar di dunia setakat ini.
Hasil carian imej untuk pelarian palestin
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

24. Penduduk Kristian Palestin bersatu dan bergabung tenaga dengan penduduk Muslim Palestin untuk melawan penjajah Yahudi.
Hasil carian imej untuk penduduk palestin
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

25. Walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan terhadap tahanan ketika proses penyiasatan, tetapi Shinbet (Badan Intelligent Israel) tetap terus menyeksa dan mendera setiap pejuang Palestin dalam proses siasatan mereka.
Imej yang berkaitan
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

26. Walapun Israel terus mengganggu dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan Palestin, Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang melahirkan doktor. Fakta ini dilihat daripada jumlah peratusan penduduk Palestin hari ini.
Hasil carian imej untuk doktor palestin
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

27. Setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang diterbitkan pada 10 Disember 1948. Tetapi undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana dihalang dengan perjanjian OSLO. 
Hasil carian imej untuk perjanjian oslo
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

28. Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara Arab yang terlebih dahulu menyerang Israel pada perang tahun 1967. Padahal  fakta yang sebenarnya ialah pengganas Israel yang terlebih dahulu menyerang negara-negara Arab untuk mengambil alih kota Al Quds dan Tebing Barat. Alasan mereka serangan itu adalah untuk mempertahankan diri.
Hasil carian imej untuk buku sejarah israel
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

29. Yahudi adalah sebuah bangsa penjajah yang sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak dan keselamatan warga awam Palestin.
Hasil carian imej untuk konvensyen geneva
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

30. Israel terus melakukan pelbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun dahulu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut yang kononnya terdapat harta peninggalan Solomon Temple.
Hasil carian imej untuk solomon temple
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)



SUMBER: MASTIKA Januari 2017 (KDN.PP59/38/09/2012(030756)/M.I.C.A.(P)103/12/2007)/BIL.907/ISSN012-5598)

NOTA KAKI:
(BUKAN SEKADAR GAMBAR HIASAN - MOHON FAHAM DAN HADAM)


Thursday 5 January 2017

KISAH MISTERI DI DUNIA

Image may contain: 1 person
Angkasawan China Terdengar Bunyi Misteri Di Angkasa Lepas!

Menurut Yang Liwei, bunyi pelik itu menyebabkan dia berasa sangat gementar dan melihat ke angkasa lepas namun tidak melihat apa-apa yang luar biasa.

Yang Liwei yang kini merupakan pegawai utama Tentera Udara China berkata, bunyi misteri di angkasa itu kedengaran seperti seseorang yang sedang mengetuk kapal angkasa dan menyamakan bunyi itu seperti hentakan tukul pada baldi besi.

Yang Liwei yang kini berusia 51 tahun berkata, pengalaman tersebut telah menimbulkan pelbagai teori termasuk makhluk asing.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah mendengar bunyi sedemikian ketika perjalanan pulang ke bumi.

Pada tahun 2003, Yang Liwei menjadi orang pertama yang dihantar ke angkasa lepas melalui program angkasa China, mengorbit bumi beberapa kali semasa penerbangan 21 jam.

Angkasawan itu menceritakan pengalaman dalam satu temu bual bersama media China, bunyi ketukan misteri berlaku tanpa sebab.

"Ia tidak datang dari luar mahupun dalam kapal angkasa, tetapi kedengaran seperti seseorang mengetuk badan kapal angkasa seperti mengetuk baldi besi dengan tukul kayu.

Yang Liwei mengakui dia sangat gementar apabila mendengar bunyi misteri tersebut dan cuba untuk menyiasat punca bunyi berkenaan, namun gagal untuk melihat apa-apa yang luar biasa.

Image may contain: 2 people, people smiling, text
Misteri Penampakan Elvis Presley Hidup Semula!

Pada penghujung tahun 1980an, kira-kira seratus batu daripada Memphis, Amerika Syarikat, seorang pemandu trak memberhentikan kenderaannya di lebuh raya selepas terlihat seorang lelaki menahan traknya untuk menumpang.

Dalam kesamaran malam, lelaki itu menaiki trak dan duduk dengan sopan tanpa banyak bicara.

Hanya selepas melalui kawasan terang, pemandu trak berkenaan mengecam penumpang tersebut, seseorang yang sangat terkenal dan telah mati tiga tahun sebelumnya, Raja Rock n' Roll, Elvis Presley!

Menurut pakar psikiatri, Dr. Raymond Moody, pengalaman pemandu trak tersebut bukanlah sesuatu yang unik.

Dalam buku tulisannya bertajuk Elvis After Life (Peah-tree, 1987), sejak kematian Elvis Presley pada tahun 1977, ramai penduduk di Amerika Syarikat mendakwa telah terserampak dengan kelibat Elvis Presley.

Seorang psikoterapi mendakwa pada suatu hari, 'Elvis' tanpa disangka-sangka muncul di pejabatnya dan memberi nasihat kepada wanita tersebut supaya cekal hati untuk meneruskan hidup, walhal Elvis Presley telah lama meninggal dunia.

Seorang wanita lain turut berkongsi perkara yang sama, ketika dia sedang bergelut ketika bersalin, 'Elvis' muncul disebelahnya dan memegang tangan wanita itu sambil tersenyum.

'Elvis' membantu wanita tersebut melahirkan anaknya dengan dorongan semangat, jelas Dr. Moody.

Selain lawatan jelmaan Elvis Presley, lagenda Hollywood itu turut dikaitkan dengan kejadian dan fenomena paranormal yang tidak terjangkau dek akal selepas seorang peminat wanita bermimpi Elvis Presley mengadakan persembahan terakhir dalam mimpinya.

Keesokan harinya, Raja Rock n' Roll itu betul-betul menemui ajal!

Image may contain: one or more people and outdoor
'Sleep Paralysis', Misteri Ditindih Makhluk Menyeramkan Ketika Tidur

Satu bayangan hitam umpama syaitan tidak bermuka terapung berhadapan diri anda yang sedang tidur. Bayangan tersebut mengeluarkan bunyi nyaring menyeramkan yang menikam telinga.

Tangan-tangan hantu mencekik leher seolah-olah mahu membunuh. Ketika semua ini terjadi, anda sedar tetapi langsung tidak boleh bergerak, mengeluarkan suara.

Kisah di atas bagaikan diolah semula dari sebuah filem ngeri dengan tujuan untuk menakutkan pembaca, namun ia berlaku sendiri kepada penulis yang ketika itu berusia belasan tahun.

Kini, selepas membaca berpuluh-puluh mahupun beratus-ratus kisah hampir serupa dari individu lain di serata dunia dan beberapa siri penyelidikan sendiri, barulah penulis tahu pengalaman 'kena tindih' yang dipanggil masyarakat tempatan tersebut mempunyai terma saintifiknya sendiri.

Keadaan tersebut dikenali sebagai 'sleep paralysis' yang berlaku sebelum individu memasuki fasa mimpi atau REM (rapid eye movement).

Ketika fasa tidur REM, badan kita bertindak menutup segala fungsi pergerakan dan beberapa deria untuk memastikan kita 'gagal' mengawal dan 'bertindak sesuka hati' dalam mimpi.

Tetapi ketika 'sleep paralysis', hanya minda kita tidak memasuki fasa tidur REM dan telah mencipta bayangan, bunyi dan halusinasi pelik atau ngeri.

Laporan individu di seluruh dunia mengatakan mereka seperti dicekik, ditekan di bahagian leher atau dada dengan jari, berhadapan bayangan tidak bermuka atau bermuka ngeri, bayangan duduk di atas badan atau kaki mereka, mengeluarkan bunyi nyaring yang mengerikan, selain mengeluarkan bisikan-bisikan menyeramkan seperti 'Aku akan bunuh engkau'.

Admin pernah 'ditindih' (untuk sekalian kalinya) dan berhadapan hanya seinci dengan salah sebuah lembaga berkulit terbakar bersama lahar api mengalir seperti nanah membisikkan 'aku akan bunuh engkau' ke telinga admin

Bagi admin, satu-satunya cara untuk menyedarkan badan dari kaku adalah menjerit sekuat hati.

Secara automatiknya bayangan ngeri atau hantu hilang dan fungsi badan kembali seperti sedia kala, diiringi nafas yang berat dan dalam serta berpeluh-peluh.

Tindakan yang dilakukan penulis tersebut rupanya sama dengan beratus-ratus lagi individu yang mengalami fenomena 'sleep paralysis' iaitu menjerit untuk bangun.

Selain daripada bayangan dan bunyi, pengadu 'sleep paralysis' juga mengatakan mereka 'menyedari' kehadiran entiti yang mempunyai niat jahat di dalam bilik tidur mereka ketika kejadian.

Dirasuk syaitan

Nicholas Bruno merupakan salah seorang individu yang sering 'ditindih' ketika tidur. Beliau mula melalui pengalaman menakutkan tersebut ketika berusia 15 tahun.

Ketika mula-mula mengalami 'sleep paralysis', Nicholas menyangka dirinya bagaikan 'dirasuk syaitan'.

Nicholas mula merekodkan semua pengalaman 'ditindih' dalam sebuah jurnal. Salah seorang uguru di sekolahnya pula mencadangkan Nicholas supaya merealisasikan pengalaman 'sleep paralysis' dalam bentuk seni.

Kini, Nicholas melakukan beberapa siri fotografi yang merakamkan perasaanya ketika 'sleep paralysis'.

Foto yang diambil Nicholas selalunya bermotifkan 'tidak masuk akal' dan lain dari yang lain, sama seperti apa yang dialami oleh pengadu 'sleep paralysis' di seluruh dunia.

Antara foto Nicholas menunjukkan bayangan atau lembaga yang matanya ditutupi dengan kain yang terperangkap dalam sebuah paya dan lembaga berselubung yang bersedia untuk menyerang dan mengejar mangsanya.

Menurut laporan CNN, walaupun tema foto Nicholas adalah 'dark' (gelap), tapi hobi barunya itu berjaya menyelamatkan Nicholas dari terus diselubungi ketakutan ketika mahu tidur.

"Saya rasa susah untuk berbual dengan orang lain tentang perkara ini (sleep paralysis) sebelum saya mulakan fotografi. Orang ingat saya gila," kata Nicholas dipetik laporan CNN.

Kata Nicholas, selepas foto-fotonya dimuat naik ke laman foto Instagram, ramai individu tampil dan mengaku diganggu fenomena 'sleep paralysis' dan berkongsi pengalaman mereka.

Antara foto-foto yang dimuatnaik oleh Nicholas yang mengambarkan pengalaman dan perasaan ketika 'sleep paralysis'

"Mereka yang tidak pernah mengalami 'sleep paralysis' akan kata mereka berminat untuk mengalaminya, tetapi percayalah, anda tidak akan mahu mengalaminya," jelas Nicholas.

Image may contain: ocean, sky, outdoor, nature and water
Misteri Penampakan Lembaga Berjalan Atas Awan!

Sekitar bulan Januari 2016 yang lalu, dunia digemparkan dengan sekeping rakaman gambar menyerupai lembaga di atas awan pada ketinggian 30 ribu kaki.

Rakaman misteri tersebut dirakam oleh seorang penumpang pesawat Easy Jet, Nick O'Donoghue, serta-merta viral diseluruh dunia selepas dia memuat naik gambar tersebut di akaun laman sosialnya.

Menurut MailOnline, ketika kejadian berlaku, Nick secara tidak sengaja telah melihat satu objek misteri seperti sedang berjalan di atas awan.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan sedang dalam perjalanan dari Austria ke Gatvin, United Kingdom.

Nick yang mengakui tidak pernah melihat kejadian misteri seperti itu sepanjang hidupnya segera menyapa seorang penumpang lain disebelahnya sambil menunjukkan penampakan lembaga misteri tersebut.

Penumpang disebelahnya juga menunjukkan reaksi terkejut, mula merakam imej misteri itu dengan telefon bimbitnya.

Menurut Nick, objek misteri yang dilihatnya adalah seperti logo pengeluar tayar terkenal, Michelin.

Ia juga kelihatan seperti seorang manusia yang sedang terapung-apung di atas awan.

Walau bagaimanapun, Nick tidak berani memberikan jawapan tepat terhadap objek misteri yang dilihatnya itu kerana sukar untuk mengenal pasti identiti sebenar.


Image may contain: 1 person, indoor
Misteri Budak Tiga Tahun Disunat Jin Sewaktu Tidur!

Misteri. Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Indonesia apabila tiba-tiba kemaluannya disahkan telah dikhatan tanpa bantuan manusia
Dek kerana itu, ibunya percaya anaknya yang berusia tiga tahun itu sebenarnya dikhatankan oleh jin.

Menurut Ani, 38, dari Kampung Bojongsalawe dari daerah Pargi, Jawa Barat, kejadian itu berlaku minggu lalu kira-kira 2 pagi, apabila Alparo tiba-tiba menangis apabila bangun dari tidur sambil memegang kemaluannya.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa. Saya hanya menepuknya untuk menidurkannya semula.

“Ketika mandi awal pagi, anak saya memanggil saya sambil menunjukkan kemaluannya yang berdarah. Saya sungguh terkejut. Suami saya juga terkejut. 

"Apabila diperiksa, nyata kemaluannya sudah disunat,” kata Ani.

Terkejut dengan perkara itu, Ani dan suaminya kemudian membawa Alparo menemui seorang pembantu perubatan di kampung mereka.

“Dia mengesahkan Alparo memang sudah dikhatan dan hasilnya sungguh memuaskan. 

"Tidak puas hati, kami membawa anak kami untuk berjumpa dengan orang paling tua di kampung dan kiai. 

"Mereka juga mengesahkan anak kami memang sudah disunatkan, mungkin oleh jin Islam,” kata Ani.

Alparo merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik.

Image may contain: 1 person, standing, walking and outdoor
Kisah Benar Pengalaman Misteri Kembali Ke Masa Lampau

Pada Oktober 1979, sepasang suami isteri dari Dover, England, merancang untuk pergi mengembara ke Perancis dan Sepanyol.

Pasangan itu, Geoff Simpson dan isterinya Pauline dan rakan baik mereka Len Gisby dan isterinya Cynthia.

Dari Dover, mereka menaiki feri melintasi Selat Inggeris untuk memasuki Perancis. Setibanya di negara itu, mereka menyewa sebuah kereta dan memandu ke bahagian utara Perancis.

Apabila hari mulai gelap, mereka bercadang untuk mencari hotel di daerah Montelimar untuk bermalam.

Dari tepi jalan mereka ternampak sebuah motel lalu berhenti. Di lobi motel ada seorang lelaki berpakaian seragam warna plum yang gayanya agak ketinggalan zaman.

Lelaki itu memberitahu, semua bilik telah penuh sambil menunjukkan sebuah lagi motel kecil ditepi jalan menuju ke arah selatan.

Selepas mengucapkan terima kasih, mereka berlalu dan kereta dipandu mengarah ke selatan.

Semakin lama, mereka tidak lagi melalui jalan bertar tetapi memasuki sebatang jalan berbatu. Dikiri dan kanannya pula dipenuhi bangunan-bangunan lama seperti zaman dahulu.

Mereka terus memandu sehingga ternampak dua buah bangunan. Satu adalah balai polis yang kelihatan sudah lama dan disebelahnya sebuah bangunan yang sepenuhnya diperbuat daripada kayu dan tertera 'HOTEL' diluarnya.

Mereka sepakat untuk bermalam disitu dan sebaik masuk ke dalam hotel, mereka berasa pelik.

Hotel itu tidak kelihatan seperti hotel biasa. Mejanya tidak beralas, tiada lif dan tiada telefon.

Bilik mereka juga pelik. Pintu bilik bukan menggunakan kunci tombol, namun disangkutkan dengan alang kayu. Diatas katil juga tiada bantal kepala sebaliknya cuma bantal peluk.

Tilam pula dialas dengan cadar dari kain belacu, fabrik yang tidak lagi digunakan sejak sekian lama sebagai alas cadar.

Tingkap bilik juga ketinggalan zaman. Tiada tingkap kaca seperti kelaziman, hanya bidai semata-mata.

Begitu juga bilik air, sistem paipnya seperti zaman dulu, rekaan yang sudah tidak lagi digunakan.

Walaupun merasa pelik, namun kerana penat, mereka terus masuk ke bilik dan tertidur. Mereka hanya terjaga apabila cahaya matahari menembusi bidai bilik.

Mereka bersiap dan turun untuk bersarapan. Turut berada disitu seorang wanita yang memakai gaun sutera kembang seperti zaman dahulu. Gayanya seperti baru pulang dari majlis tari-menari.

Kemudian, masuk pula dua orang polis lelaki. Pun mereka hairan melihat pakaian polis itu. Seragam mereka tampak lusuh dan ketinggalan zaman serta memakai mantel.

Tidak seperti polis Perancis yang mereka temui sebelum sampai di kawasan hotel tersebut.

Selepas bersarapan, mereka naik semula ke bilik mereka yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Mereka berkemas untuk keluar namun sempat mengambil beberapa keping gambar di dalam bilik itu.

Di kaunter, semasa hendak membayar bil, Geoff sekali lagi terkejut apabila pengurus hotel hanya meminta sebanyak 19 Franc untuk kedua-dua bilik yang mereka duduki.

Tidak percaya dengan harga itu, Geoff bertanya lagi. Dia turut menerangkan bahawa mereka berempat dan turut bersarapan di hotel tersebut. Pun begitu, harganya tetap sama.

Bagai tidak percaya dengan harga semurah itu, Geoff membayar bil hotel. Sekalipun banyak keganjilan, mereka bercadang akan bermalam di dalam perjalanan pulang.

Sebelum bergerak, Geoff dan Len sempat berborak dengan dua orang polis yang mereka lihat diruang makan hotel. Goeff bertanyakan arah jalan menuju ke sempadan Sepanyol.

Namun, polis berseragam lama itu seperti tidak faham dan tidak tahu erti 'lebuh raya' bila Geoff menyebutnya.

Sebaliknya, mereka memberi petunjuk melalui peta dan menunjukkan jalan lama yang lebih jauh daripada yang sepatutnya.

Geoff tersasar jauh bila mengikut arah yang ditunjukkan polis itu, sedangkan jalan paling dekat adalah melalui lebuh raya, tetapi sebaliknya mereka mengikut jalan lama.

Pun begitu, mereka tetap berjaya sampai di Sepanyol dan menghabiskan masa selama dua minggu mengembara di negara itu.

Tamat penjelajahan, tiba masanya untuk pulang melalui jalan sama seperti mereka datang.

Tiba di daerah Montelimar, Perancis, mereka mencari hotel lama yang pernah dihuni sebelumnya.

Namun, puas berpusing-pusing mencari, mereka tidak berjaya menemui hotel tersebut, bahkan deretan bangunan lama seperti zaman dahulu juga tidak kelihatan.

Geoff yakin mereka tidak salah jalan, malah mereka turut singgah di hotel pertama yang sebelum itu penuh.

Yang menghairankan, pekerja hotel itu menafikan ada pekerja berpakaian seragam plum lusuh yang menunjuk arah ke hotel lama itu seperti yang diceritakan Geoff.

Tidak, Geoff yakin mereka tidak salah jalan. Mereka sudah masuk simpang dan arah yang betul, cuma bangunan lama, jalan berbatu dan hotel pelik yang pernah mereka lihat dan duduki itu bagaikan sudah lenyap sekelip mata.

Akhirnya, malam itu mereka menginap di sebuah hotel moden beserta makan malam dan sarapan dengan harga 247 Franc!

Misteri Gambar Hilang

Setelah pulang dari pengembaraan itu, Geoff mencuci rol filem kameranya. Kesemua rol itu dipenuhi gambar-gambar percutian mereka, kecuali bahagian dimana mereka mengambil gambar di hotel lama yang pelik itu tidak kelihatan dalam filem.

Bahagian itu kosong, seolah-olah filem pada bahagian itu tidak pernah dicetak untuk mengambil gambar, sedangkan Geoff dan Len yakin mereka memang ada mengambil gambar di bilik hotel itu.

Geof dan Len tidak pernah menceritakan pengalaman misteri ini kepada sesiapa kecuali kepada rakan-rakan terdekat mereka.

Tiga tahun kemudian, salah seorang rakan Geoff membawa sebuah buku yang di dalamnya ada gambar pakaian polis Perancis era 1905.

Yang mengejutkan, pakaian polis dalam gambar itu benar-benar sama dengan polis yang ditemuinya di hotel pelik itu.

Seorang wartawan yang mendapat tahu tentang kisah itu kemudiannya menembual Geoff dan Len.

Tidak lama kemudian, kisah misteri yang dialami mereka bukan sahaja disiarkan dalam surat khabar malah juga di televisyen.

Penyiasat juga turut mengkaji negatif filem milik Geoff dan mereka mendapati pada filem yang kosong itu ada kesan dimana kamera cuba berfungsi untuk mengambil gambar tetapi lubang gegancu pada negatif filem mengalami kerosakan.

Peliknya, kerosakan itu hanya pada negatif dibahagian tengah filem, gambar yang diambil di hotel tersebut, sedangkan gambar sebelum dan selepas itu elok sahaja.

Image may contain: people standing, sky, outdoor and nature
Bina Piramid Atas Arahan Makhluk Asing!

Seorang petani berasal dari Mexico Raymundo Corona membina sebuah piramid Aztec setinggi 6.7 meter di kawasan gurun Mexico, 74 kilometer dari persempadanan Mexico-Amerika Syarikat.

Memetik laporan media tempatan Mexico, odditycentral.com alasan Corona membina piramid Aztec di tengah-tengah gurun adalah kerana mendapat arahan daripada makhluk asing yang pernah menemuinya.

Corona menggambarkan makhluk asing yang mengunjunginya sebagai 'seorang lelaki' yang mempunyai ketinggian luar biasa dengan mata berwarna keemasan seperti madu dan berambut putih yang bernama Herulayka.

Berdasarkan cerita Corona, ia mengaku Herulayka berasal dari planet Nefilin, iaitu sebuah planet yang mempunyai ukuran 20 kali lebih besar daripada Bumi dan berada di orbit Orion.

Ujarnya lagi, walaupun sesetengah masyarakat memandangnya sebagai 'lelaki gila' dek kerana usaha dan ceritanya itu, namun beliau tidak mengendahkannya.

Menurut cerita Corona, ia dikunjungi Herulyaka pada tahun 1984, ketika dia berusia 33 tahun.

Ujarnya ketika itu, isterinya sedang hamil dan akan melahirkan seorang bayi perempuan ketika Herulayka 'singgah' di dalam mimpinya.

Namun, pada suatu malam, beberapa hari setelah mimpi itu terjadi, ia mendapati ada orang datang mengetuk pintu rumahnya. Tanpa disangkanya makhluk di dalam mimpinya itu benar-benar datang untuk mengunjunginya.

"Ia memerintahkan aku untuk membina sebuah piramid," kata Corona.

"Ketika aku bertanya kenapa piramid, ia mengatakan,'bangunan itu harus seperti keyakinanku, sesuatu yang tak musnah dibadai oleh angin ataupun badai, namun akan selalu teguh ke atas,", katanya.

Image may contain: 1 person, text
'Ajal Kamu Pada Malam Ke-13!'

Penggubah muzik terkenal Austria, Arnold Schoenberg, sangat percaya kepada numerologi, iaitu tilikan untung nasib manusia berdasarkan nombor.

Lahir pada 13 September 1874, Arnold percaya bahawa angka 13, yang sejak turun-temurun dianggap sebagai nombor sial, mempunyai peranan besar terhadap kematiannya.

Arnold pernah memberitahu sahabat-sahabatnya, nombor 7 dan 6 kalau dicampur menjadi 13.

Berdasarkan tilikannya, penggubah muzik itu percaya sesuatu akan berlaku dan merenggut nyawanya apabila menjelang usianya 76 tahun.

Setelah meneliti dan mengkaji nombor-nombor serta tarikh yang tertera di dalam kalendar pada tahun 1951, Arnold melihat tarikh 13 Julai akan jatuh pada hari Jumaat.

Tarikh itu bagi Arnold adalah hari yang amat berbahaya kepada nyawanya, yang akan melangkah ke usia 76 tahun. Dia perlu bersiap-sedia!

Maka, apabila tarikh itu tiba, Arnold tidak melakukan apa-apa aktiviti kecuali berbaring saja diatas katil bagi mengelakkan berlaku kemalangan yang boleh mengancam nyawanya.

Siang berlalu dengan sempurna sehinggalah matahari terbenam. Sejurus sebelum tengah malam, isteri Arnold datang ke bilik penggubah muzik itu.

Isterinya menasihatkan suaminya supaya jangan percaya kepada perkara-perkara karut. Ia hanyalah sekadar nombor.

Isterinya menasihatkan supaya jangan risau dan tiada apa yang akan menyebabkan Arnold mati kerana dia berada di tempat dan situasi yang benar-benar selamat.

Arnold menoleh ke arah isterinya, kemudian membisikkan perkataan 'Harmoni'.

Rupa-rupanya itulah kata-kata terakhir Arnold kerana sejurus kemudian dia memejamkan mata dan terus meninggal dunia!

Jam di dinding ketika itu menunjukkan pukul 11.47 malam, yang jika semua angka itu dicampur akan menjadi 13.

13 minit lagi menjelang pukul 12 malam sebelum masuknya tarikh 13 Julai, dua bulan sebelum hari lahir ke 76 Arnold.

No automatic alt text available.
Misteri Asal Usul Simbol ‘@’

Hingga kini, asal usul simbol ‘@’ yang sangat penting pada zaman sekarang terutama bagi menghantar mesej elektronik (e-mail) dan media sosial masih menjadi misteri

Meskipun kisah di sebalik simbol @ masih lagi samar-samar, terima kasih kepada Ray Tomlinson yang telah mencipta e-mail yang banyak menggunakan simbol ini.

Menurut portal BBC NEWS, Tomlinson telah memilih untuk gunakan simbol berkenaan bagi navigasi menghantar mesej kerana ia jarang digunakan. Justeru penggunaan simbol itu dikatakan dapat mengelak kekeliruan antara sesuatu program dengan sistem.

Keith Houston, pengarang ‘Shady Character: Secret Life Of Punctuation’ menjelaskan, simbol @ wujud pada penghujung abad 19 dan ia merupakan simbol bersifat umum, bermaksud bilangan bagi sesuatu barang pada harga tertentu.

Ahli akademik Girogio Stabile mendapati penggunaan simbol itu berbeza-beza di kebanyakan negara. Di Turki simbol berkenaan dikenali sebagai ‘rose’.

Manakala dalam kalangan penduduk Norway ia dikenali sebagai ‘pig’s tail’, rakyat Greece pula sebut ‘duckling’ dan penduduk Hungary memanggilnya ‘worm’.

Dalam kalangan penduduk Perancis, Sepanyol dan Portugis ia dikenali sebagai ‘arobase’ atau ‘arroba’ iaitu satu unit bagi menunjukkan berat atau jumlah.

Penduduk Itali pula memanggilnya ‘amphora’ bersempena balang tembikar simpanan berleher panjang yang digunakan oleh masyarakat dahulu kala.

Begitu pun penemuan terawal simbol ‘@’ adalah dalam bidang keagamaan, bila mana ia diguna bagi menggantikan huruf ‘A’ bagi perkataan ‘Amen’ yang tercatat dalam terjemahan 1345 Bulgari yang terdapat di Perpustakaan Apostolic Vatican

No automatic alt text available.
Misteri Manuskrip Voynich, 'Buku Yang Tiada Siapa Mampu Membacanya

Menurut pengkaji dari Universiti of Arizona, ia dipercayai ditulis pada awal abad ke 15, bukan seperti yang didakwa pengkaji sebelum ini iaitu sekitar penghujung abad ke 15 dan 16.

Manuskrip Voynich, buku dengan 23.5 sentimeter panjang, 16.2 sentimeter lebar dan setebal 5 sentimeter, mengandungi hampir 240 muka surat - sebahagian daripada muka suratnya sudah hilang.

Kandungan manuskrip ini dipercayai terbahagi kepada enam seksyen iaitu;
Botani. Berdasarkan lukisan tumbuh-tumbuhan yang tidak dapat dikenalpasti jenisnya.
Astronomi dan Astrologi. Berdasarkan simbol-simbol.Biologi. Berdasarkan lakaran tubuh manusia dan lakaran-lakaran lain.Huraian sistem sembilan kosmologi. Sistem cakrawala Puak Norse-qasar Scandinavia.'Pharmaceutical Drawing'. Berdasarkan lakaran herba-herba serta akar-akar kayu.Seksyen terakhir dipercayai lampiran-lampiran resepi.

Seksyen ini dibahagikan oleh pengkaji berdasarkan susunan lakaran pada setiap muka surat manuskrip ini. Namun, hanya ini yang pengkaji mampu huraikan.

Segala tulisan di dalamnya tidak mampu ditafsir sehingga kini sekalipun pakar 'Code breakers & Decipher' tentera, pakar crytograph, pakar matematik dan pakar bahasa telah mencubanya, namun gagal menafsirkannya walaupun satu perkataan.

Manuskrip ini telah didermakan kepada Yale University's Beinecke Rare Book and Manuscript Library pada tahun 1969 dan disimpan sehingga kini di sana.

Image may contain: bird
Misteri 10 Ayam Hutan Mati Berjemaah ‘Bunuh Diri’?

Kecoh apabila beberapa keping gambar yang memaparkan 10 ekor ayam hutan ditemui mati ‘berjemaah’ di kawasan sebuah kilang di Tangkak, Johor, tersebar menjadi viral di laman Facebook.

Difahamkan, kesemua ayam hutan berkenaan mati gara-gara merempuh pintu kaca kilang berkenaan.

Insiden yang berlaku itu sekali gus mengundang tanda tanya ramai termasuklah ada yang beranggapan itu adalah salah satu petanda yang tidak baik.

Susulan itu, seorang jurucakap kilang yang enggan dikenali tampil mendedahkan bahawa kejadian seumpama itu tiada yang aneh.

Ia berikutan kilang itu terletak berhampiran hutan paya bakau dan kebiasaannya berlaku satu atau dua kali setahun sejak beberapa tahun lalu.

“Tiada kemalangan lain berlaku kecuali 10 ayam hutan berkenaan, namun kebanyakan pekerja kilang menganggap perkara itu biasa dan sedar mengenainya.

“Ramai pekerja kilang pernah melihat ayam hutan mati dilanggar kereta atau motosikal di kawasan berhampiran,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, kejadian ayam hutan mati itu berlaku pada waktu pagi dan petang namun, kebanyakan mereka tidak mengetahui punca kejadian sebenar.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Veterinar Daerah Ledang memberitahu, pihaknya memandang serius kejadian itu dan akan mengambil sampel untuk mengetahui punca haiwan berkenaan mati.

Image may contain: 1 person, close-up
Penyakit Misteri ‘Real Zombie’, Darah Mengalir Melalui Mata, Hidung dan Telinga!

Seorang remaja Britain, Marnie Harvey menghidapi ‘penyakit ‘ misteri apabila darah pekat mengalir keluar melalui bahagian mata, hidung dan telinganya sendiri, lapor akhbar The Daily Mail.

Media tempatan itu melaporkan keadaan sedemikian telah dialami oleh Harvey sejak tiga tahun lalu saat beliau mengalami batuk berdarah dan masalah kesihatan.

‘Penyakit’ misteri yang dialami oleh Harvey, 17; itu menjadi tanda tanya dalam kalangan doktor yang merawat beliau walaupun telah menjalani beberapa ujian namun hasilnya masih tidak dapat diketahui.

Ekoran ‘penyakit’ itu, beliau terpaksa berkurung di rumah sahaja dan sering mengalami rasa sakit di bahagian tepi tubuh serta mengalami masalah ‘migrain’ teruk hingga membataskan aktiviti hariannya sebagai pelajar.

Pelbagai ujian dan cara telah dilakukan untuk mengubati beliau, namun tidak membuahkan hasil malah memburukkan lagi keaadan beliau.

Darah pekat mengalir keluar melalui kedua-dua mata, hidung, telinga dan kuku remaja berkenaan sebanyak lima kali sehari serta kini kulit kepala dan lidah beliau turut mengalami situasi yang sama.

Kejadian yang dialami oleh Harvey menyebabkan beliau digelar ‘Gadis Misteri’ ekoran simptom ala Zombie yang agak real dan tidak dapat dikenal pasti itu.

No automatic alt text available.
Kehilangan Misteri Di Segi Tiga Bennington

12 November 1945, Middie Rivers, 74, seorang pemburu berpengalaman sedang memimpin sekumpulan lelaki untuk berburu dikawasan pergunungan Glastenbury, Vermont, New England.

Dalam perjalanan pulang melalui lereng gunung tersebut, Middie Rivers yang berada jauh dihadapa ntiba-tiba hilang. Jejaknya tidak dapat dikesan.

Pasukan penyelamat melakukan gerakan mencari namun buntu. Yang ditemui hanyalah kartrij peluru berdekatan sungai berhampiran.

Peliknya, kemana Middie Rivers menghilang? Adakah masih hidup atau sudah mati?

Sukar sekali untuk mengatakannya sesat kerana dia begitu arif dengan laluan di kawasan tersebut.

Semasa kehilangan Middie Rivers masih menjadi bualan hangat, setahun kemudian iaitu pada 1 Disember 1946, seorang pelajar wanita tahun dua di kolej Bennington pula didapati hilang di pergunungan itu.

Paula Welden, 18, didapati hilang semasa sedang mendaki berseorangan dilaluan yang disediakan.

Malah, ada pendaki yang nampak kelibatnya berada dihadapan mereka pada jarak lebih kurang 100 kaki.

Namun, ketika pendaki sampai diselekoh yang sebelum itu dilalui Paula, kelibat gadis itu tidak lagi kelihatan.

Pencarian dilakukan, malah turut mendapat bantuan agensi FBI, termasuk tawaran lima ribu dollar untuk sesiapa yang berjaya menemui Paula. 

Malangnya, jejak gadis ini juga tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Misteri kehilangan berterusan. Tiga tahun selepas Paula hilang, seorang lelaki tua, penduduk tempatan Bennington, bernama James E. Tedford menerima nasib yang sama.

Ia berlaku pada 1 Disember 1949, sewaktu James dalam perjalanan pulang ke Bennington setelah melawat saudaranya di Alabama.

Menurut saksi yang menaiki bas yang sama dengan James, dia masih dilihat di dalam bas sewaktu tiba diperhentian terakhir sebelum tiba di Bennington.

Dan selepas itu, James hilang begitu saja dan beg pakaiannya masih ada. Kehilangan James telah menimbulan misteri dan tanda-tanya ramai pihak.

Misteri ini masih belum berakhir dan pada 12 Oktober 1950, seorang kanak-kanak didapati hilang.

Paul Jepson yang baru berusia lapan tahun mengikut ibunya menaiki trak. 

Ketika ibunya meninggalkan Paul berseorangan untuk memberi makan haiwan ternakan, Paul didapati hilang selepas dia kembali sejam kemudian.

Misi pencarian dijalankan namun gagal mengesan Paul. Malah, anjing pengesan yang cuba menjejak Paul terhenti di jalan raya dan gagal mengesan jejak seterusnya.

16 hari kemudian, Frieda Langer pula menerima nasib serupa. Pada 28 Oktober 1950, Frieda, 53, dan sepupunya, Herbert Elsner, meninggalkan tapak perkemahan keluarga mereka di Somerset Reservoir, untuk mendaki.

Dalam perjalanan, Frieda terjatuh ke dalam sungai menyebabkan bajunya basah. Dia terpaksa berpatah baik ke khemah untuk menukar baju sambil meminta Herbert menunggunya di situ.

Tetapi, setelah beberapa ketika menunggu, Frieda tidak juga muncul dan Herbert mengambil keputusan untuk pulang semula ke tapak perkhemahan mereka.

Namun, apabila sampai, Frieda tiada di situ dan saksi juga menyatakan Frieda tidak pernah kembali semula selepas keluar bersama dengan Herbert.

Pencarian besar-besaran dilakukan untuk menjejak Frieda. Lebih 300 orang penyelamat termasuk bantuan helikopter untuk mengesan Frieda tetapi tiada satu pun petunjuk yang ditemui bagi membantu mengesan kehilangannya.

Hanya pada 12 Mei 1951, selepas tujuh bulan kehilangannya, barulah mayat Frieda ditemui berdekatan tapak perkhemahan Somerset dan mayatnya ditemui dikawasan terbuka.

Yang peliknya, pencarian besar-besaran sebelum ini gagal menemuinya.

Malangnya, mayat Frieda gagal memberi petunjuk terhadap punca kematiannya kerana keadaan mayat yang sudah lama.

Apa yang pasti, hanya Frieda satu-satunya mangsa hilang yang berjaya ditemui.

Image may contain: 1 person
'Diajar Ribuan Ayat Suci Oleh Lelaki Berjanggut Putih'

Sedang dia bersiap untuk solat, tiba-tiba dia terdengar suara laungan azan. Hakim berasa pelik.

Sebelum ini, kawasan rumahnya tidak pernah sekalipun terdengar laungan azan. Bukan apa, rumahnya agak jauh dari masjid.

Memang bunyi azan tidak sampai ke rumahnya, tapi pagi itu bunyi laungan azan sangat jelas dan agak kuat kedengaran.

"Mak, dengar tak bunyi azan?" soal Hakim.

"Mana ada. Tak dengar apa-apa pun," balas ibunya.

Hakim hairan. Kenapa hanya dia seorang yang mendengarnya. Malah, adik perempuannya juga tidak mendengar suara azan itu.

Bila sudah sibuk dengan aktiviti harian, Hakim terlupa seketika bunyi azan itu.

Malam itu lebih kurang pukul 2 pagi, ibunya selesai berniaga dan sebaik ibunya membelok masuk ke simpang rumah, dia nampak Hakim sedang membaiki motosikal.

Tiba-tiba ibunya ternampak ada seorang lelaki berjubah putih keluar daripada semak depan ditepi rumahnya lalu memegang Hakim dari belakang. Ibunya segera menjerit.

"Siapa yang pegang kau tu Hakim?" jerit ibunya.

"Mana? Tak ada siapa pun," balas Hakim sambil tercari-cari disekelilingnya.

Hakim langsung tidak nampak sesiapa disitu. Ibunya pula yang kehairanan. Memang dia nampak dengan jelas seorang lelaki memegang Hakim dan lelaki itu hilang sekelip mata bila dia menjerit.

"Emak salah nampak agaknya," kata Hakim sambil tersengih.

Seleasi mengangkat barang berniaga ibunya masuk ke dalam rumah, Hakim masuk ke bilik untuk tidur.

Sewaktu dia sedang berbaring sebelum melelapkan mata, dia terdengar suara orang sedang membaca Al-Qur'an dan juga berzikir.

Bunyi suara itu seperti jumlah orang yang ramai, walhal tiada sesiapa disitu. Hakim bingkas bangun dari katil dan tercari-cari dari mana datangnya suara itu. Ia seolah-olah berada di dalam bilik tidur Hakim.

Disebabkan kepenatan, Hakim terlelap. Malam itu jugalah dia didatangi satu mimpi di mana dia sedang berada di sebuah kawasan asing.

Tempat itu cantik. Kawasan itu dilengkapi dengan perabot serta dinding berwarna putih. Hakim dapat mendengar dengan jelas suara orang sedang membaca Al-Qur'an.

Tiba-tiba dari jauh ada seorang lelaki tua berjubah putih dan berjanggut putih yang sangat panjang datang menghampiri Hakim. Wajahnya berseri-seri.

"Wahai anak muda, kau akan dilantik Allah untuk menjadi tabib," kata lelaki itu membuatkan Hakim terpinga-pinga. 

Dia tidak mengerti apa yang lelaki tua itu maksudkan.

"Tabib? Apa tu?" soal Hakim.

"Tabib adalah pengubat atau perawat. Kau juga perlu bersiap sedia untuk melihat alam kubur dan benda ghaib," balas lelaki itu lagi.

HHakim semakin bingung. Dia masih tidak faham. Dia kemudian dibawa oleh lelaki itu melihat kawasan sekitar. Kawasan di situ sangat cantik dan menenangkan.

Keesokkannya, Hakim bangun seperti biasa untuk solat Subuh. Walaupun hairan dengan mimpinya, namun Hakim menganggapnya sekadar mainan tidur.

Sebaik mandi dan selesai solat, Hakim keluar untuk mengambil angin diluar rumah.

Apabila membuka pintu, Hakim terperanjat. Diluar rumah dia melihat ada bermacam-macam makhluk pelik.

Ada yang lidahnya sampai ke lantai jalan. Ada yang mukanya hancur dan sangat hodoh. Ada yang hanya berbadan separuh. Ada pula separuh haiwan dan separuh manusia. Kebanyakannya mengerikan.

Serta-merta Hakim berasa takut. Dia terus menekup mukanya dan berlari mendapatkan ibunya.

Ibunya pelik melihat Hakim dalam keadaan menggigil ketakutan.

"Betul ke tidak kau ni?" soal ibunya antara percaya dengan tidak apabila Hakim menceritakan apa yang dilihatnya.

Ibunya berasa hairan. Lagipun sebelum ini Hakim memang tidak pernah berbohong. Cuma kali ini sukar diterima kerana ia di luar logik akal.

Perkara itu berlarutan selama seminggu. Hakim menjadi takut untuk keluar rumah. Dia banyak duduk berkurung di dalam bilik dan lebih banyak mendiamkan diri. Ibunya menjadi risau dengan keadaan Hakim.

Genap seminggu, satu lagi perkara pelik berlaku. Satu malam, selepas Isyak sedang mereka duduk berehat, tiba-tiba komputer adik perempuan Hakim di atas meja terpasang sendiri.

Ibu dan adik Hakim juga melihat sendiri kejadian pelik itu.

Komputer adiknya dengan tiba-tiba sahaja tertaip sendiri, bagaikan ada orang sedang menaip, tapi mereka tidak nampak sesiapa pun sedang menaip.

Pada skrin komputer, tertera cara-cara untuk berubat. Apa yang perlu dilakukan untuk mengesan penyakit, kaedah itu dan kaedah ini.

Semuanya pelik. Tidak terjangkau dek akal waras. Bagaimana komputer itu boleh bergerak sendiri? Seolah-olah ada orang sedang menaipnya.

Malam itu juga Hakim didatangi satu lagi mimpi. Dalam mimpi itu dia diajarkan oleh seorang lelaki tua berjanggut putih yang ditemui dahulu beribu-ribu ayat Al-Qur'an.

Lelaki tua itu meminta Hakim membaca ayat sambil lelaki tua itu membetulkan bacaannya. Sekiranya salah, diulangnya sehingga betul sebutannya.

Bangun keesokan paginya, Hakim masih boleh ingat kesemua ayat-ayat itu dan membacanya dengan jelas. Ayat itu memang ayat Al-Qur'an.

Hakim dapat memastikannya kerana dia juga bekas pelajar sekolah tahfiz di Pasir Pekan, Kelantan.

Bagi mendapatkan lebih kepastian, Hakim bersama ibunya pergi bertemu dengan imam kampung. Dia membaca ayat-ayat itu dengan jelas dan fasih.

"Benar! Ia ayat Al-Qur'an. Bacaan awak juga jelas dan baik," kata imam di kampungnya.

Selepas itu, Hakim pergi pula bertemu dengan tok guru yang mengajarnya di tahfiz dahulu.

Tok gurunya kagum dengan bacaan yang Hakim alunkan. Fasih dan baik. Hakim menceritakan apa yang berlaku kepada tok gurunya.

"Ini rezeki awak. Gunalah kelebihan ini untuk kebaikan," pesan gurunya.

Penyakit Fibroid Sembuh

Pada mulanya, Hakim berasa pelik. Benarkah dia boleh mengubat? Waktu itu, ibunya memang sedang menghidap sakit fibroid. Seringkali mendapatkan rawatan tetapi belum sembuh.

Orang pertama Hakim ubatkan ibunya. Matanya seolah-olah nampak dimana punca sakit itu.

Dengan izin Allah, dia dapat membedah fibroid ibunya tanpa menitiskan setitik darah pun. Lebih kurang seminggu selepas itu, ibunya sembuh.

Cerita kesembuhan ibu Hakim menjadi heboh di kawasan sekeliling. Ramai yang tidak percaya, malah tidak kurang yang mencemuh.

Semua ini terjadi secara mendadak. Apabila Hakim berada di kedai makan, ada saja yang mahu mengusiknya.

"Kalau betul boleh berubat, cakap apa sakit saya," kata salah seorang pakcik di kampungnya.

Dengan izin Allah, satu persatu Hakim beritahu masalah pakcik itu, termasuk parut dimana pakcik itu pernah melakukan pembedahan.

Walhal sebelum ini Hakim tidak pernah tahu. Terkejut pakcik itu mendengar jawapan Hakim. Selepas itulah kecoh di kawasan Lubok Jong ada seorang 'bomoh budak'.

Penduduk kampung memanggil Hakim dengan nama 'bomoh budak' kerana usia Hakim baru 17 tahun.

Ramai yang datang untuk meminta bantuan Hakim. Kebanyakannya adalah orang setempat. Alhamdulillah, ramai yang sembuh.

Bukan hanya sakit berunsur spiritual seperti sihir, saka, santau dan sebagainya, bahkan sakit seperti buah pinggang, jantung, strok dan bermacam-macam lagi pun diubati oleh Hakim.

Malah, ada beberapa orang pesakit HIV pernah sembuh dengan bantuan Hakim. Orang yang sakit saraf tidak boleh berjalan juga sembuh dengan izin Allah, dapat berjalan semula.

Perkara yang paling membuatkan orang kampung kagum bila seorang lelaki yang sudah bertahun-tahun buta kerana matanya rosak dalam kemalangan, akhirnya boleh melihat semula setelah dirawat oleh Hakim.

Setelah kecoh nama 'bomoh budak', seorang ustaz di kampung Hakim meminta supaya nama itu ditukar. Bunyinya kurang enak.

Akhirnya, ustaz itu memberikan gelaran Ustaz Al-Hakim. Nama itu lebih sedap dipanggil dan didengar.

Kini, setiap hari Hakim menerima kunjungan daripada orang ramai dengan pelbagai jenis penyakit yang berbeza-beza.

Dari situlah dia mengumpul pengalaman dan belajar bagaimana cara untuk untuk mengubati setiap penyakit itu.

Kesembuhan semua milik Allah, Hakim sekadar membantu sahaja. Pada Hakim, Allah menurunkan penyakit dan mesti ada penawarnya. Disebabkan itulah, Allah menyuruh kita berikhtiar untuk menyembuhkannya.

Lagi satu, Hakim menganggap tugas ini juga sebagai satu ibadah untuk membantu sesama manusia.

Nota editor: Atas kelebihan yang dimiliki, Hakim mengasaskan Pusat Perubatan Al-Hakim di Lubuk Jong, Pasir Mas, Kelantan. Sesiapa yang memerlukan bantuannya boleh menghubunginya di talian 014-2938100.

*Dipetik daripada majalah mastika September 2016.

Image may contain: one or more people
Penyakit Misteri Menangis Air Mata Batu!

Seorang wanita di China yang mengidap penyakit misteri apabila mengeluarkan air mata batu sejak tujuh tahun lalu tampil kepada media untuk memohon bantuan bagi merungkai penyakit dihadapinya selepas doktor tidak serius mahu merawatnya.

Ding Aihu merasa sakit di matanya sejak tujuh tahun lalu dan suaminya Liang Xinhua terkejut selepas menjumpai batu di bawah kelopak matanya.

Matanya sering menghasilkan batu sejak itu.

Xinhua mendakwa tiada doktor yang dapat menjelaskan fenomena pelik dan berkata setiap kali di ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kakitangan hospital tidak mahu merawat isterinya dan menganggap isterinya gila.

Selepas batu berkenaan dibuang, dia akan berasa sihat untuk seketika tetapi akan mengeluarkan batu lain.

Batu yang dihasilkan keras dan berwarna putih dan agak sukar untuk dikeluarkan.

Malah menurut Xinhua, dia akan mengeluarkan batu-batu berkenaan dengan wayar dan mendakwa mengeluarkan 10 biji batu kecil dari kelopak mata isterinya itu.

Xinhua yang juga petani di perkampungan Lufang, Wilayah Shandong berkata, dia telah cuba untuk mendapatkan rawatan di beberapa daerah namun doktor enggan merawat mereka.

"Mereka hanya akan merawat mereka untuk kes penyakit mental,' katanya dipetik Mirror.uk.

Xinhua mendedahkan perkara itu kepada media dan turut menunjukkan sebiji batu yang keluar dari mata isterinya untuk meyakinkan bahawa dakwaan mereka adalah benar.

"Ia suatu yang menyakitkan, namun isterinya tidak mengalami masalah kesihatan yang lain," ujarnya lagi.

Image may contain: night and fire
Misteri Deria Keenam, Sixth Sense!

Kita memahami lima deria asas kita iaitu, lihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa (lidah). Apa yang kebanyakan orang tidak begitu menyedari adalah perasaan atau deria keenam mereka, iaitu suatu perasaan 'dunia sebelah sana', suatu hubungan kepada sesuatu yang lebih daripada 5 deria fizikal sedia ada.

Perasaan inilah merupakan pintu ke alam yang tidak kelihatan itu tetapi boleh dirasai oleh Pancaindera Keenam (Sixth Sense) kita. Dalam dunia Sixth Sense ini seseorang yang cuba membuat hubungan dengan seseorang yang lain dalam keadaan komunikasi tidak boleh didengar, sentuhan tidak dirasai secara nyata tetapi berlakunya hubungan (connection).

Deria Keenam adalah suatu medium perantaraan di mana minda kita mampu berhubung dengan seseorang atau sesuatu menjangkaui sempadan, jarak dan masa. 

Sebagai contoh ketika kita sedang memikirkan seseorang di suatu tempat, minda kita sedang fokus tentang dia, tiba-tiba sahaja telefon kita berbunyi dan kita lihat dia yang call kita dan kita merasakan seperti suatu keajaiban. Itulah contoh Sixth Sense bila dua gelombang minda (kita dan dia) berhubung.

Kewujudan Pancaindera Keenam atau Deria Rasa Keenam (Sixth Sense) ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sama ada kita suka atau tidak. 

Malahan ianya dipercayai berada dalam tahap tertinggi pada awal usia kehidupan kita, iaitu ketika kita masih kecil dimana dunia anak kecil ini lebih berada dalam peringkat minda bawah sedar (subconcious mind) yang tinggi, semakin kuat deria keenamnya. 

Semakin meningkat usia kanak-kanak ini dalam proses kematangan akal fikiran, semakin berkurang pula tahap minda bawah sedarnya hingga peringkat matang atau dewasa.

Sixth Senth Adalah Saintifik

Setiap kita telah dilengkapi dengan kemampuan Deria Keenam ini sejak dari lahir lagi bagi membolehkan kita (secara sedar atau tidak) untuk berkomunikasi secara spiritual sebagaimana kewujudan roh dalam jasad kita. 

Contohnya seorang ibu dapat merasai situasi anaknya walaupun berada berlainan tempat antara kedua mereka.

Ini adalah suatu fenomena bersifat saintifik yang berfungsi seperti dalam proses penghantaran maklumat elektronik seperti televisyen atau radio, memerlukan anda menala (tune) ke frekuensi tertentu untuk mendapatkan program yang anda mahu.

Begitu juga dengan Deria Keenam, ia memerlukan penalaan kepada frekuensi seseorang itu dalam dunia rohani/spiritual (sixth sense). 

Kalau penalaan (tuning) elektronik dilakukan secara elektronik yang bersifat mekanikal di alam nyata, penalaan rohani dilakukan melalui otak dengan tumpuan mental (mantle focus), niat dan keinginan untuk tujuan tersebut.

Penalaan Mental (Mantle Tuning)

Walaupun kita mampu untuk melakukan mental fokus (mantle focus), namun penalaan mental fokus ini tidak konsisten dan berubah-ubah, sedang penalaan elektronik boleh dipercayai, konsisten dan hasilnya ketara, kerana sifatnya saintifik. 

Perbezaan antara keduanya adalah, mental fokus ini lebih kepada komunikasi 'psikik' (psychic) di mana keketaraannya tidak begitu jelas sebagaimana peringkat awal pembangunan masa depan mampu pergi. 

Ia mempunyai asas saintifik bagi merealisasikan objektifnya kerana semua perkara yang berlaku bekerja mengikut hukum saintifik (scientific law), malah boleh mengikut hukum yang belum ditemui lagi (by laws that haven’t been discovered yet).

Sebagai contohnya, andai kita renungkan kecanggihan teknologi hari ini, bagaimana tanggapan masyarakat ketika seratus tahun dahulu, pasti mereka akan ketawa atau pelik bila kita mengatakan "teknologi hanya berada di hujung jari" kepada mereka 100 tahun dahulu. 

Begitulah yang dimaksudkan dengan kemampuan mental fokus ini hanya mampu sampai kepada peringkat awal pembangunan yang belum mampu dilihat hasil akhirnya, tetapi merupakan permulaan penting untuk mencapai matlamat. 

Bukankah permulaan peranan otak inilah yang menjurus manusia mencipta kajayaan?

Peranan

Harus diingat, Deria Keenam atau Sixth Sense ini mempunyai pelbagai peranan. Rangsanglah Deria Keenam anda untuk tujuan yang baik-baik. Antaranya ketika kita berdoa kepada Allah.

Penalaan mental fokus adalah sangat penting untuk kita berhubung dengan Tuhan Pencipta kita, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui, maka sambungkanlah (connect) 'bluetooth' kita ini semasa kita solat dan ketika kita berdoa kepada Allah supaya solat dan doa kita 'sampai' kepadaNya. 

Antara yang menjadi khabar angin masyarakat pula adalah kemampuan Sixth Sense 'melihat makhluk halus' kononnya, sedangkan para ulama' sepakat mengatakan kita (manusia) tidak boleh melihat mereka. 

Dan topik ini TIDAK berkaitan dengan makhluk halus! Topik ini sekadar meningkatkan lagi pemahaman berkaitan bidang Minda Separa Sedar (Subconscious Mind).