Setiap tahun kita sering terbaca atau terdengar kisah-kisah pelik mengenai makhluk laut. Kita tak percaya maklumlah kita manalah pernah jumpa makluk2 begini. Cerita2 mengenai kewujudan makhluk laut atau raksasa laut yang besar sukar dipercayai kerana tiada bukti sahih walaupun ramai saksi2 menceritakan perihal seperti lochness atau apa saja makhluk cryptozoology yang lain.
Bermula pada abad ke18-19, banyak insiden pernah dicatatkan mengenai penemuaan mahluk2 raksasa ni. Salah satunya ialah kisah tentang seorang lelaki bernama Henry Lee, yang, pada abad ke-19, bukan dia yang jumpa tetapi berdasarkan cerita2 orang.. membuatkan dia yakin tentang kewujudan makhluk2 ni jadi dikumpulkannya teori2 selepas mengkajinya secara terperinci. Walaupun hanya sedikit bukti2 tapi teorinya berasas.
Menurut Lee, pada tahun 1817, terdapat bukti saksi2 tentang penemuan makhluk laut yang besar, mereka nampak yang rupanya seperti ular berenang di laut Gloucester Harbor, berhampiran Cape Ann, Massachusetts, kira-kira 30 batu jauhnya dari Boston.
The Linnaeus Society of New England menyiasat perkara itu, dan cuba menyiasat mendapatkan bukti mengenainya.
11 saksi telah dipanggil dan dihadapan majistret sendiri mereka bersumpah melihat sendiri dengan mata mereka keadaan rupa makhluk, tersebut. Mereka bersetuju yang makhluk itu besar seperti ular yang panjangnya dianggarkan antara 50 hingga 100 kaki. Kepalanya berbentuk seperti penyu, tetapi bersaiz besar. Mempunyai badan yang berbonjol2 . menurut saksi, Kapten de Ferry dan krew kapalnya yang lain.
Daripada penerangan mereka, Henry menegaskan makhluk zoology memang ada. Walaupun keterangan yang banyak jelas serta saksi yang ramai namun bukti2 tiada seperti gambar2..jadi ianya susah untuk diterima dek akal dan terus diragui.
Lee juga ada menyatakan rekod penemuaan lain yang menakjubkan mengenai ular laut. Pada 15 Mei, 1833, semasa pihak pegawai-pegawai British, yang terdiri daripada Captain Sullivan, Lieutenants Maclachlan dan Malcolm Briged Rifle, Leftenan Lister dari Artileri, dan Mr. Ince Ordnance, berlayar menyeberangi Margaret Bay dalam kapal layar kecil mereka yang ketika itu dalam perjalanan dari Halifax ke Mahone Bay, tiba2 mereka ternampak sesuatu yang pelik pada jarak 50-200 kilometer dihadapan. Seperti sesuatu yang besar akan muncul kerana air berkocak luar biasa. Namun apabila mereka ternampak kepala ular dan leher nya yang sangat besar..mereka tercengang. Mereka memerhati seketika kerana menganggap jika kepalanya dah besar macam tu bagaimanapula badannya??
Mereka tidak cepat2 berlalu tetapi memerhati dengan penuh tanda tanya. Saiz badan makhluk ular laut itu dianggarkan kira-kira lapan puluh kaki. Lebar badan makhluk itu 6 kaki panjang kira2 sebesar kuda malah rasanya lebih besar dari kuda. Mereka yakin mereka tidak bermimpi atau mabuk ketika itu kerana krew2 kapal juga terperanjat memerhati kemunculan makhluk luar biasa itu. Penemuaan itu walaupun tiada photo sahih..mereka kongsikan dan rekodkan semua kisah makhluk zoology ini. Menurut Lee, semuanya pernah direkodkan dan diterbitkan dalam Journal Norse mengenai kemunculan makhluk2 laut. Mahkluk ini (ular laut besar) juga pernah kelihatan di kawasan laut Molde. Ianya dapat dilihat dalam cuaca panas apabila laut tenang yang tidak bergelora.
Bukti lain yang dikongsikan oleh pedagang laut Nils Roe, Mr. William Knudtzon, John Johnson, dan Lars Johnoen, nelayan di Smolen. Mereka berkata melihat sendiri air laut yang tenang tiba2 berkocak laksana ribut datang dari dalam laut. Dalam masa dua jam makhluk ular air itu berlegar2 namun hanya nampak bahagian kepala dan lehernya sahaja yang besar kira2 6 depa panjang badan bersisik seperti ular, kepala besar saiz sepuluh gelen tong, mata besar,bulat, bercahaya merah, berkilauan, dan kira-kira lima inci..pergerakannya kadang cepat kadang lambat.
Menurut Lee cerita lain pula..dari Mr Soren Knudtzon, saksi lain Dr. Hoffmann, pakar bedah di Molde, Rektor Hammer, memberi keterangan bahawa mereka telah melihat sendiri bagaimana panjangnya mahkluk itu di kawasan kejiranan Kristian seperti rupa naga laut yang sangat besar.
No comments:
Post a Comment