Wednesday 30 May 2012

KISAH BENAR !!! SATU LAGI PENIPUAN KERAJAAN NEGERI PAS KELANTAN TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!


satu lagi penipuan Kerajaan Negeri kelantan di bawah PAS terbongkar.sebelum ini berkenaan ladang rakyat.kali ini lebuhraya pulak.kelmarin Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk pembinaan Lebuh Raya Husam yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.

No akaun : 03036 01 000 3031

Bank : Bank Islam

Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd

Perhatikan dalam bulatan kuning poster diatas atau yang dibawah ini.

Susulan tulisan rakan Blogger RBF Pagi semalam berhubung lebuh raya berkenaan,seorang pembaca menghubungi beliau dan memberitahu seperti berikut.

Katanya beliau ke Bank Islam malam tadi untuk mendeposit wang ke dalam akaun berkenaan dengan niat untuk memberi sumbangan bagi projek berkenaan Pembaca itu tidak menyatakan kepada RBF beliau penyokong parti mana.Saya rasa pembaca berkenaan adalah penyokong Pas kerana beliau terpesona dengan derma wakaf yang dilancarkan Pas.Namun katanya beliau terkejut sebaik sahaja beliau memasukkan nombor akaun berkenaan di mesin deposit didapati nama pemegang akaun berlainan dengan nama yang diiklankan.

Pada mulanya beliau sangkakan yang beliau tersilap memasukkan nombor akaun.Setelah beberapa kali mencuba nama yang sama juga keluar.Untuk memuaskan hati beliau menyemak semula di internet nombor akaun berkenaan.Didapati ianya sama seperti nombor yang beliau masukkan di mesin deposit Bank Islam.rakan Blogger RBF mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menyiarkan luahan pembaca berkenaan kerana bimbang ianya satu perangkap atau taktik untuk mengenakan beliau.

RBF sendiri ke Bank Islam tengahari semalam untuk memasukkan wang ke dalam akaun berkenaan bagi menderma kepada tabung wakaf berkenaan.Manalah tahu mungkin boleh tumpang syurga Pas kelak.Apabila dimasukkan nombor akaun berkenaan didapati ianya BUKAN diatas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.Sebaliknya pemegang akaun berkenaan bernama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN.

Bukan sekali RBF cuba,malah berkali-kali dan setiap kali dimasukkan nombor akaun sepertimana yang diedarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan itu nama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN yang keluar seperti mana gambar dibawah.Lalu RBF membatalkan hasrat untuk menderma.

Jika ada mana-mana pembaca yang tidak percaya apa yang Rakan Blogger RBF tulis,anda boleh ke Bank Islam sekarang untuk menderma kepada tabung berkenaan .anda semua tak nak syurga ke ??? muahahaha..opsss...

Pemakluman kutipan derma diatas bukannya dilakukan oleh individu atau NGO.Sebaliknya ianya dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri.Ianya sungguh memalukan.Mengikut undang-undang yang sedia ada mana-mana pihak yang ingin melakukan kutipan derma perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu.Dalam hal ini tidak dapat dipastikan samada Kerajaan Pas Kelantan telah mendapat kebenaran polis atau tidak untuk mengutip derma berkenaan.Jika ada kebenaran sudah pasti nombor rujukan kebenaran akan dicetak pada poster diatas.Saya tidak mahu membuat kesimpulan atau tuduhan yang bukan-bukan.Terpulang kepada Pembaca Badut Rakyat untuk menilai dan membuat keputusan.

Adakah peristiwa Tabung Memali akan berulang ???


Sumber : Badut Rakyat

Monday 28 May 2012

~ Apa Kata Nik Aziz Tentang Ini?? ~



UNDI PARTI MASUK 'SYURGA' FATWA SESAT........


Kepada Tok Guru Nik Aziz Jom Baca Ini. Bukan Utusan kata, bukan IBM kata, tapi...Pak Janggut yang di atas ini kata (gambar) :

KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

Kepada Tok Guru Nik Aziz, si janggut ni bukan calang-calang orang tau. IBM rasa lebih hebat dari kamu. Ini jelas, bahawa segala fatwa yang Nik Aziz keluarkan selama ini adalah fatwa yang membawa kepada orang yang sesat, kufur atau syirik. Oleh itu, kepada pengikut-pengikut 'fanatik' Pas, faham-faham je apa yang di paparkan di sini, dan ketahuilah siapa sebenarnya Tok Guru yang kamu kalian agung-agungkan. 

IBM rasa kesian tengok korang semua ini. Baliklah kepangkal jalan. Kepada Pas pula, berjuanglah demi untuk agama, bangsa dan negara dan bukan untuk seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri. Harap maklum. 




:: Sakit Kepala Sebelah atau Migraine ::



Salam, kali ini aku tertarik nak buka cerita pasal sakit kepala terlampau atau dengan kata lainnya MIGRAINE...bukan apa lately aku tengok ramai dikalangan masyarakat sibuk memperkatakan tentang 'penyakit' ini. Sakit pale sikit jew..dah kata migraine...tapi nampak leh je ke hulu ke hilir...leh ag wat itu dan ini sedangkan setahu aku, orang yang kena migraine ni dia tak mampu nak wat pape..terbaring jew...sambil tahan sakit kepala yang melampau...usah kata berjalan2 or bersembang..nak buka mata pun tak boleh..macam mana tu... then aku pun cari sedikit info tentang migraine dan inilah hasilnya. Aku dapat info ni pun dalam laman sesawang seorang doktor pakar....layannnnnnnnnnnnnnn

Apa itu Migraine?

Migraine atau migren adalah sakit kepala parah yang biasanya terasa hanya di sebelah kepala, seringkali disertai mual dan muntah, serta berkaitan dengan rasa sakit bila melihat cahaya atau mendegar suara berisik ( photophobia and phonophobia).



Ada dua jenis migraine:

§  Migraine dengan aura (klasik) – yaitu sakit kepala didahului dengan fase awal yang disebut dengan aura, di mana dapat terjadi gejala-gejala seperti melihat kilatan cahaya, kehilangan pengelihatan sementara, masalah berbicara atau mati rasa di wajah atau lengan.

§  Migraine tanpa aura (umum) –yaitu sakit kepala tanpa didahului aura.

Apa Gejala-Gejala Migraine?


Kedua jenis migraine tersebut seringkali diawali dengan perubahan suasana hati (mood) dan rasa laparbiasa atau mengidam makanan tertentu. Migraine menyerang selama 4 sampai 74 jam dan biasanya terasa pada salah satu sisi kepala. Selama masa serangan ini penderita mungkin perlu berbaring di kamar yang tenang dan gelap karena sakit kepala yang berdenyut seringkali diperparah oleh gerakan, suara berisik dan cahaya.


Apa Penyebab Migraine?


Penyebab migraine sebenarnya tidak jelas, namun perubahan ukuran pembuluh darah dan kadar bahan neurotransmitter (pembawa pesan kimiawi) di otak dianggap bertanggungjawab terhadap terjadinya migraine.
Khususnya, turunnya kadar bahan kimia otak serotonin dipercaya bertanggungjawab terhadap dilatasi (pelebaran) pembuluh darah yang menyebabkan sakit kepala berdenyut-denyut.
Banyak faktor yang dapat memicu migraine, antara lain kelelahan, stress, dehidrasi, perubahan hormonal, tidak makan atau terlambat makan, dan makanan dan minuman tertentu seperti keju, cokelat, kopi, teh dan alkohol.
Migrain sepertinya menurun dalam keluarga, dan me
Migrain sepertinya menurun dalam keluarga, dan sekalipun migraine tidak langsung diwariskan oleh orang tua, kemungkinan ada keterkaitan genetika.


Dapatkah Migraine Dicegah?

Kecenderungan menderita migraine tetap ada pada seseorang yang pernah menderita migraine. Migraine tidak dapat disembuhkan tetapi migraine dapat dikendalikan, dengan mambatasi jumlah serangannya.


Selain itu, aku kongsikan juga satu lagi info berkenaan dengan migraine....

APA ITU MIGRAINE?

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.


APA PENYEBAB MIGRAINE?


Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?

Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.

Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?

Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
  1. Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?

Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.

Sunday 27 May 2012

ADA BANYAK KELEMAHAN DALAM FILEM MANTERA ???


FILEM : Mantera (Man Transformable Exo-Robotic Armor)

ARAHAN : Mohd Aliyar Ali Kuthy dan Miza Mohamad.

LAKONAN : Tomok, Shikin Kamal, Mikhail Dorojkin (Russia), Natalya Shmarenkova dan Wael Al-Masri (Dubai).

GENRE : Fiksyen Sains dan Aksi.

DURASI : 90 minit.

TAYANGAN: 17 Mei 2012.

AGAK mengecewakan apabila sebuah filem yang bertunjangkan aksi dengan mengangkat robot sebagai paksi utama dalam filem Mantera (Man Transformable Exo-Robotic Armor) gagal dipersembahkan dengan baik.Pun begitu,Mantera secara dasarnya mempunyai asas kuat untuk menjadi sebuah filem aksi tempatan yang hebat kerana ia barangkali belum pernah dihasilkan oleh mana-mana produksi di negara ini.Malah gabungan antara tiga buah negara seperti Russia,Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Dubai dan Malaysia yang sepatutnya menjadi bonus kepada Mantera untuk berdiri gah sebagai sebuah filem antarabangsa juga menyedihkan kerana sejak awal ia seolah-olah hilang punca dalam cubaan menggabungkan tiga negara tersebut dalam satu karya.Ini terjadi kerana plot penceritaannya sangat lemah sehingga menyebabkan penonton berasa keliru dan ternanti-nanti adegan seterusnya.

Pengarahnya,Mohd Aliyar Ali Kuthy dan Miza Mohamad,kelihatan begitu berusaha untuk menjelaskan masalah yang berlaku apakah yang menyebabkan momentum filem itu menjadi kucar-kacir.Malah versi tayangan untuk Malaysia ini terlalu banyak disogokkan dengan elemen percintaan yang berlebihan di antara watak Tomok iaitu Azman dan Shikin Kamal yang memegang watak Deena sehingga menenggelamkan genre asal filem tersebut iaitu aksi.Bagaimanapun penerbitnya pernah menjelaskan bahawa untuk tayangan tempatan pihaknya sengaja memasukkan pelbagai elemen romantik itu kerana ia disukai oleh penonton tempatan.

Mantera mengisahkan mengenai pergolakan dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia iaitu Alliance of Light dan Dark Legions.Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia,Mantera yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik.Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera.Dia bagaimanapun telah menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada seorang penuntut teknologi di Malaysia,Azman lakonan Tomok.

Azman dengan bantuan rakannya,Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar.Tanpa mereka sedari,motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan ‘superpower’ kepada pemakainya.Dalam masa yang sama,Azman yang sinonim dengan sikapnya yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kolejnya bertemu pula dengan seorang gadis,Deena yang juga pelajar tahun akhir dalam jurusan robotik dan kebetulan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.

Mereka berkenalan dan akhirnya mengundang rasa cinta yang pada asasnya mereka berkongsi minat yang sama dalam pemasangan peralatan robotik Mantera bagi membina motosikal.Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah.Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

Sementara itu, menyentuh elemen teknik pengimejan berkomputer (CGI) dan grafik filem ini, ia dibuat dengan agak bagus jika penonton tidak cuba membandingkan CGI Mantera dengan filem keluaran Hollywood seperti Transformer.Ia masih boleh meyakinkan penonton walaupun terdapat cacat cela yang mungkin membuatkan penonton mengerut dahi memikirkan kewajaran sesuatu teknik CGI yang digunakan.Tentang lakonan Tomok yang memegang watak utama dalam filem ini, pengarah gagal mengeluarkan potensinya yang pertama kali muncul di layar perak.Bagaimanapun,usaha Tomok tidak sia-sia kerana dia tidak terlalu kelihatan kaku dalam penampilan pertamanya itu.Mantera boleh dikatakan sebagai satu cubaan yang baik tetapi kesempurnaan tidak hadir dalam filem ini. Namun ia masih mampu diingati kerana telah berjaya membawa animasi tempatan ke satu tahap yang lain.Filem ini menelan belanja kira-kira RM8.5 juta dan dijangka akan turut dipasarkan di pasaran antarabangsa

Sumber : Oleh Mohd Al Qayum Azizi Mstar @ (BADUT RAKYAT)

Thursday 24 May 2012

EKSKLUSIF !!! KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!! PUNCA KENAPA KES TUNDA 60 KALI TERJAWAB !!! WAJIB BACA !!!


Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini,iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat.Ketika kes masih berjalan,ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia ??? Mana taknya,jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa,pastinya ia sudah lama selesai,lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu.Lebih pelik lagi,pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu.Sebaliknya,pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.

Walaupun hujah Peguam Cara Negara II,Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik,konklusif,tepat serta layak diberi ‘tepukan berdiri’,tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah ‘suka-sama-suka’,mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.Inilah yang dijangkakan oleh rakyat,kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan

Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima,maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.Namun,ini tidak berlaku.Rayuan juga tidak berlaku.Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas.Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam ‘inner-circle’nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya.Dunia bagaikan terkedu sekejap,cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.


Akhirnya,hari ini,sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden,bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.Benarlah,bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim,tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita.Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.Jika dulu,Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar,tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat.Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.Justeru itu,apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof ??? Hampir tiada.Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali.Jika ada pun perbezaan,ialah kerana Karpal mendapat ‘bonus tambahan’ iaitu dari segi keuntungan politik.

Benar,dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar.Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.Namun,melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika,professionalisme dan integriti,maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia.

Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini,undang-undang itu adalah mengatasi keadilan,moral,etika malah agama juga.Jika ada pun yang lebih ‘tinggi’ dari undang-undang,ia adalah wang !!! Apapun,yang pasti,seperti juga kes liwat,Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.Namun,selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat,selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi,selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara,selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.Biarpun terlepas dari undang-undang,sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.

SUMBER : BADUT RAKYAT

Monday 7 May 2012

Perancangan SULIT Nak Jahanamkan MELAYU!!!!!


TOLONG RAHSIAKAN DARIPADA ORANG MELAYU PM pertama Kristian Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. 

Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah. Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. 

Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa. Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS. Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai PM sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? 

Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan. Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa? Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih belum mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal yang sama dan Anwar dilantik sebagai kapten. Masa Anwar akan berakhir bila PR menguasai negara. Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew Dibenarkan Memerintah Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP. 

PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO. 

Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor. Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing. Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius... 

1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka? 2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU. 3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. 

LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi. 4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang. 5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim. 

Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia. Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja. 6. Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Kita tunggu............ sumber Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. 

Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka. Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?). Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri? Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rakus. Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh. Mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali sekarang?). Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Jika tidak........... Bersatulah MELAYU ISLAM sebelum NASI MENJADI BUBUR... 

PS: ISLAM ADALAH MY WAY OF LIFE!!! MELAYU ITU BANGSAKU!!! MALAYSIA ITU NEGARAKU!!!

Sunday 6 May 2012

~ SaAt TeRAkHiR ALLaHYARHaM BoB KuMaN ~



"Berapa lama sudah melakukan CPR?," soal saya kepada Farid.

"Lebih kurang dua puluh minit bang," balas graduan lulusan Kolej Segi juga kruPenyingkap Fakta 666 itu.

Kedua mereka kelihatan penat namun tetap bersilih ganti melakukan CPR.

Farid melihat tepat ke arah saya menggelengkan kepala. Bibir arwah kelihatan berwarna biru gelap dan tubuhnya  langsung tidak menunjukkan sebarangrespon positif. 


Dia faham maksud gelengan itu. Mereka telah mencuba kaedah terbaik untuk menyelamatkan Bob namun gagal.



Dua kakitangan ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di rumah kira-kira jam 4.37 petang tadi dan membuat pemeriksaan teliti ke atas tubuh Bob.



"Tiada denyutan nadi, tiada degupan jantung dan anak mata sudah membesar," jelas kakitangan hospital itu.

"Elok kalau encik memberitahu isteri abang Bob," celah Farid.

Farid ternyata bersedih.

"Macam abang saya. Saya mula menjaga abang Bob sejak 17 April lalu sampailah semalam," bisiknya kepada saya.



Isteri arwah, Norma Othman, 29 tahun, berasal dari Mukah, Sarawak, dinikahinya pada 8 April lalu mengalirkan airmata sebaik dimaklumkan berhubung pemergian suaminya.

Untuk pengetahuan semua, Norma dan arwah berkongsi tarikh lahir sama, 15 April. 


Lantas saya memyedekahkan Al-Fatihah pertama buat arwah sebelum jenazah ditutup menggunakan kain.




Sewaktu dua kakitangan hospital bergerak keluar dari bilik, saya terpandang dua topi keledar mainan diletakkan di atas almari berhampiran katil arwah.


Biarpun berat tubuhnya sewaktu hidup dilaporkan melebihi 200 kilogram, di hatinya tersemat sifat anak kecil, menggemari permainan sebegitu barangkali untuk menghiburkan sanubarinya ketika terluka berikutan sifat beberapa manusia sebelum ini menjadi kenalannya.

Untuk rekod, topi terbabit mempunyai pembesar suara di bahagian dalam. Jika pengguna bercakap sewaktu memakai topi itu, suaranya bertukar menjadi besar seperti suara robot.

Untuk rekod, jenazah Bob dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum dibawa ke rumah  keluarga arwah di 1763  Kampung Sega Tengah, 71200 Rantau Negeri Sembilan.

"Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sega Tengah ini, jam 10 pagi esok. Kami sampai tadi kira-kira jam 11.35 malam," lapor Azayusrin.

Kru 666, Razali Harun, Azayusrin, Adam dan Farid kini berada di rumah arwah.

Al-Fatihah!

Saturday 5 May 2012

~ AzMiN ALi : ANAK DERHAKA!! ~


EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! HOT VIDEO !!! HATI SAYA HANCUR - CHE TOM !!! IBU @AZMINALI !!! WAJIB BACA !!!


Permintaan dan Doa Seorang Ibu.Apa lagi yang pengikut PKR mahu ??? Adakah Che Tom,Ibu Kepada Azmin Ali Ini juga dibayar oleh UMNO ??? Adakah Azmin akan bersumpah seperti di minta ibu beliau ??? lihat kisah sedih ini.Ibu Azmin Ali Menceritakan segalanya !!!

Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air,Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.Namanya Che Tom Yahaya,berusia 78 tahun.Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya,tapi kalau sebut nama Azmin Ali,Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali,tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.Ketika memulakan bicara,Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.Namun setiap kali beliau bercakap,setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.

”Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.

Menurut Che Tom,entah dimana silapnya,Azmin,anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

”Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda,dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.Malah di pagi yang mulia itu juga,dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’,Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri,jawab Azmin,darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.

Menurut Che Tom,Allah saja yang tahu betapa seksa dan azabnya dia sewaktu mengandungkan Azmin.Tetapi, menurut Che Tom, dia tidak sangka segala kesusahan itu dibalas dengan sedemikian rupa.Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin,Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya,malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.

” Bagi makcik mudah,kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar,saman mereka,bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu,” kata Che Tom.

Selasa lalu,beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.Bagaimanapun,Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama,menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok,Che Tom berkata,beliau redha sekiranya ‘dijemput pulang’ oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.Cuma Che Tom berkata,beliau berharap benar agar Azmin perlu menjauhkan diri dari ‘kumpulan’ yang disertainya sekarang.

”Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang,saya malu kepada masyarakat,” katanya.

Namun biar apapun yang terjadi,tambah Che Tom,dia tetap sayangkan Azmin.
”Saya tak akan buang dia,dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari.Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah,” katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut. - MyNewsNub