Monday, 28 May 2012

~ Apa Kata Nik Aziz Tentang Ini?? ~



UNDI PARTI MASUK 'SYURGA' FATWA SESAT........


Kepada Tok Guru Nik Aziz Jom Baca Ini. Bukan Utusan kata, bukan IBM kata, tapi...Pak Janggut yang di atas ini kata (gambar) :

KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

Kepada Tok Guru Nik Aziz, si janggut ni bukan calang-calang orang tau. IBM rasa lebih hebat dari kamu. Ini jelas, bahawa segala fatwa yang Nik Aziz keluarkan selama ini adalah fatwa yang membawa kepada orang yang sesat, kufur atau syirik. Oleh itu, kepada pengikut-pengikut 'fanatik' Pas, faham-faham je apa yang di paparkan di sini, dan ketahuilah siapa sebenarnya Tok Guru yang kamu kalian agung-agungkan. 

IBM rasa kesian tengok korang semua ini. Baliklah kepangkal jalan. Kepada Pas pula, berjuanglah demi untuk agama, bangsa dan negara dan bukan untuk seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri. Harap maklum. 




No comments:

Post a Comment