Wednesday 22 January 2020

10 FAKTA MENARIK MENGENAI MESIR PURBA

Image result for cleopatra egypt"

1. Celeopatra Bukanlah Seorang Mesir

Selepas Alexander The Great menakluk Mesir Purba pada Abad Ke-4 SM, Mesir diperintah oleh Dinasti Ptolemy, iaitu dinasti yang bersusur galur daripada jeneral kanan Alexander iaitu Ptolemy I. Kebanyakan pemerintah dari Dinasti Ptolemy mengekalkan kebudayaan Macedonia yang diwarisi daripada Alexander The Great. Ya, salah satu daripada watak penting yang sering dikaitkan dengan Mesir Purba bukanlah berdarah Mesir sebenarnya.

2. Perjanjian Keamanan Terawal Dunia

Ketika Mesir Purba masih sebuah empayar yang agung, musuh azali Mesir Purba adalah Empayar Hittie yang berjiran dengannya. Betapa kedua-dua empayar ini seringakali berperang antara satu sama lain, terutama mahu merebut wilayah Syiria moden hari ini. Akhirnya, selepas menyedari perang antarta mereka sebenarnya sedang memakan empayar dari dalam, kedua-dua empayar ini akhirnya setuju untuk menjalankan perjanjian keamanan antara dua empayar, dengan syarat-syaratnya seperti kedua-dua empayar akan saling membantu sekiranya diserang oleh musuh.

3. Masyarakat Mesir Purba Sangat Minat Permainan Berpapan (Board Games)

Permainan berpapan yang terkenal ketika zaman kita ialah seperti Jutaria, Monopoly, Catur dan seumpama dengannya. Tetapi antara rekod terawal permainan berpapan terawal dunia ialah datang dari Mesir Purba, dijejaki seawall 3500 SM, kira-kira 5000 tahun yang lalu. Yang paling terkenal ialah Senet, di mana para sejarawan masih lagi berdebat tentang bagaimana permainan ini berlangsung. Bahkan kerana populariti permainan papan, betapa salah seorang firaun dalam sejarah Mesir Purba iaitu Tutankhamen dimakamkan bersama dengan permainan papan kegemarannya.

4. Mogok Buruh Pertama Dalam Sejarah

Orang Mesir Purba dicatatkan merupakan antara yang pertama dalam sejarah. Protes yang terkenal melibatkan mogok buruh ini ialah ketika pemerintahan firaun Ramses III apabila para buruh yang diupah untuk membina makam diraja di Deir el-Medina tidak menerima bayaran yang dijanjikan iaitu gandum, maka mereka telah menjalankan mogok. Mogol ini berlaku dengan para protestan duduk bercangkung di salah satu daripada laluan masuk ke makam, dan berkeras untuk tidak mahu meninggalkan tempat tersebut sehinggalah diberikan apa yang dijanjikan. Akhirnya, permintaan mereka dikabulkan dan mereka mendapat upah gandum seperti mana yang dijanjikan.
Image result for cleopatra egypt"

5. Wanita Mesir Mendapat Tempat Lebih Dari Wanita Lain

Mesir Purba mungkin salah satu peradaban yang meletakkan kedudukan wanita mereka ditahap yang lebih tinggi dari segala peradaban yang wujud sezaman dengan mereka. Mereka mempunyai kebebasan perundangan dan kewangan. Sebagai contoh, mereka mempunyai hak untuk membeli dan menjual hartanah, menjadi juri ketika perhakiman, menulis wasiat dan mewujudkan kontrak. Mereka yang bekerja diluar rumah juga memperoleh bayaran yang sama taraf dengan orang lelaki.

Bahkan seorang wanita Mesir mempunyai hak dalam rumah tangga seperti hak untuk meminta cerai, menceraikan dan berkahwin lain. Mesir Purba juga dikenali dengan kewujudan kontrak di antara pengantin lelaki dan perempuan sebelum melangsung perkahwinan, yang biasanya kontrak tersebut melibatkan pemilikan harta selepas perkahwinan. Mungkin sebab itu Mesir Purba antara peradaban purba di dunia yang memiliki pemerintah firaun wanita.
Image result for phraoh"

6. Firaun-Firaun Mesir Purba Biasanya Mempunyai Berat Badan Berlebihan

Walaupun pahatan dan seni Mesir Purba cuba sedaya upaya untuk mengambarkan firaun-firaun mereka sebagai kurus dan mempunyai tubuh badan idaman, sebenarnya kajian pada mumia mereka mendedahkan sebaliknya. Lagi-lagi apabila diet makanan kebiasaan masyarakat Mesir Purba yang melibatkan makanan yang tinggi gula. Sebagai contoh, Firaun Hatshepsut yang merupakan firaun wanita yang memerintah Mesir Purba pada 1500 SM. Sarkofagus (kotak menyimpan mayat firaun) mengambarkan beliau sebagai cantik, dan mempunyai tubuh badan yang menggiurkan, namun kajian pada tubuhnya mendedahkan bahawa Hatshepsut barangkali seorang wanita yang mempunyai penyakit obesity dan mengalami keguguran.

7. Kebanyakan Piramid Tidak Dibina Oleh Para Hamba

Membina piramid bukanlah tugas mudah. Setiap penemuan piramid biasanya akan menjumpai tengkorak para pekerjanya. Tetapi bukti yang dijumpai oleh sejarawan dan ahli arkeologi mengatakan bahawa terdapat sistem upah yang dijalankan oleh Mesir Purba. Terdapat graffiti yang dijumpai oleh arkeologis berdekatan dengan piramid yang biasanya ditinggalkan oleh kru kerja piramid yang tidak mahu nama mereka dilupai dalam lipatan sejarah. Grafiti tersebut biasanya bersifat komedi dan mengandungi unsur gurauan yang ditinggalkan oleh pekerja piramid. Sebagai contoh, “Sahabat Khufu” atau “Si Pemabuk Menkaure” yang mungkin merujuk kepada para kru pembina piramid.
Image result for piramid"

8. Terdapat Firaun Mesir Yang Mati Kena Gigit Dek Badak Air

Ya, dengarnya macam kelakar, tetapi itulah hakikatnya. Perkenalkan firaun budak bernama Tutankhamen yang dipercayai oleh sejarawan, kemungkinan besar kematiannya adalah kerana digigit oleh badak air. Sememangnya budaya Mesir Purba ada melibatkan pemburuan binatang buas dan tidak hairanlah kalau Firaun Tutankhamen mati kerana digigit oleh badak air.

9. Doktor-Doktor Mesir Purba Mempunyai Kepakaran Khusus

Seawal zaman Mesir Purba, kira-kira 450 SM lagi, doktor perubatan di Mesir Purba mempunyai bidang kepakaran mereka, Ini yang dikatakan oleh Herodotus, sejarawan purba dari Yunani ketika menulis mengenai Mesir Purba. Setiap doktor di Mesir Purba hanya bertugas untuk merawat bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia sahaja. Hederotus menulis, “Setiap doktor di Mesir Purba hanyalah perawat untuk satu penyakit sahaja, tidak lebih dari itu. Sebahagian mereka hanya perawat mata, sebahagian lagi perawat gigi…”

10. Masyarakat Mesir Purba Menyimpan Haiwan Peliharaan

Image result for haiwan peliharaan mesir"
Antara peradaban terawal di dunia yang setiap isi rumah mempunyai binatang peliharaan ialah Mesir Purba. Sudah tentu, mereka memelihara kucing kerana ketakjuban mereka pada kucing yang selalu dikaitkan dengan dewi purba Mesir seperti Bastet. Tetapi orang Mesir Purba juga membela anjing, helang, babun, burung ibis bahkan haiwan buas yang dijinakkan seperti Cheetah dan Singa. Bahkan kerana sayang pada binatang peliharaan mereka, ada penduduk Mesir Purba dimumiakan bersama dengan tuan mereka. Selain itu, anjing pula sudah mula digunakan sejak Mesir Purba lagi sebagai pembantu kepada para polis untuk berkawal menjaga keamanan setiap kota di bawah Mesir Purba.


Friday 3 January 2020

10 PELAKON/ARTIS/SELEBRITI MENINGGAL DUNIA (LIVE) SEMASA PERSEMBAHAN

Bagi kebanyakan penghibur, atau performers, memberi pertunjukan secara 'live' bukannya mudah kerana mereka perlu menunjukkan idea² baharu dan kreatif yang boleh menarik serta menghiburkan penonton.

Kadang aksi mereka tu dibuat secara spontan dan tidak wujud dalam skrip mahupun diarahkan oleh pengarah pertunjukan pentas, semuanya mengikut kreativiti masing-masing.

Memanglah menarik dan menghiburkan namun yang menyedihkan dan memeranjatkan tu ada penghibur yang jatuh sakit, pengsan dan meninggal semasa melakukan aksi² tu tanpa disedari atau lambat disedari oleh penonton ataupun kru. Mereka ingat tu semua adalah gimik sebahagian daripada acara pentas yang dipersembahkan, namun sayangnya, ia rupa²nya betul berlaku. Berikut adalah 10 penghibur/performers yang mati semasa melakukan persembahan masing-masing dan ia tidak disedari langsung oleh sesiapapun. Sedih tapi apa nak buat tu adalah kerja mereka kan. 

1. SID JAMES

Image may contain: 1 person, smiling
Sid James adalah pelakon dan pelawak Britain yang sangat popular. Dia banyak membintangi siri komedi Carry On yang selalu bekerjasama dengan Tony Hancock.

James pernah mengalami serangan jantung yang teruk pada tahun 1967, selepas itu dia mula cuba mengubah gaya hidupnya dengan menjaga pemakanan, berhenti merokok dan tidak bermain dengan ramai wanita. Tapi kalau dah ajal tak boleh nak buat apa kan.
Image result for sid james mating seasons
Pada tahun 1976, ketika sedang menari di atas pentas untuk siri The Mating Season bergandingan dengan Olga Lowe, dia tiba² ketawa kuat kemudian rebah; mulanya penonton ingat itu adalah sebahagian dari aksi spontannya.

Lowe tidak mengesyaki apa-apa juga dan meneruskan persembahannya. Namun apabila hampir 10 minit James tidak bergerak, Lowe meminta kru segera menurunkan tabir kerana merasakan ada sesuatu tidak kena.

Apabila diperiksa ternyata James pengsan dan koma tidak sedarkan diri. Dia dikatakan meninggal semasa perjalanan ke hospital.

2. ALEXANDER WOOLCOTT

Image may contain: 1 person
Alexander Woollcott bukanlah seorang pelakon, tetapi seorang pengkritik drama yang agak terkenal semasa Perang Dunia ke-2. Beberapa ulasannya begitu 'berani' hingga menyebabkan beberapa drama teater Broadway terpaksa dibanned kerana ulasannya itu.

Bukan sahaja ulasannya sebagai pengkritik ditulis dalam akhbar, tetapi ia juga selalu muncul dalam siaran radio² . Pada tahun 1943, dia juga muncul sebagai DJ pengkritik untuk tokoh² politik contohnya seperti Hitler.
Image result for alexander woollcott
Haritu semasa bersiaran langsung di radio, dalam membicarakan tentang Hitler, dia yang lantang bersuara mengkritik, tiba² terdiam. Pendengar mula pelik, mereka jangka mungkin siaran radio terganggu.

Siaran radio itu terdiam lama sehinggalah keesokan harinya mereka menerima pengumuman yang Alexandar mati semasa membicarakan topik mengenai Hitler di radio.

Dia dikatakan meninggal dunia akibat pendarahan serebrum beberapa jam sebelum ke udara.

3. CÉSAR CUAUHTÉMOC GONZÁLEZ BARRÓN

Image may contain: one or more people
César Cuauhtémoc González Barrón adalah merupakan seorang ahli gusti yang menggunakan nickname Silver King. Dia juga terkenal kerana sering melakonkan watak lelaki jahat dalam filem Nacho Libre. Pada bulan Mei 2019, Silver King yang dijadualkan bertanding, dengan pemuda dari London, dia dikatakan menang kerana pengadil telah memutuskan yang pemuda itu kalah apabila rebah tak bangkit².
Image result for César Cuauhtémoc González Barrón
Namun entah bagaimana pemuda London itu berjaya bangkit lalu membalas dendam menghentak kembali Silver King ke lantai, semasa dia bergembira kerana kemenangannya tu.

Beberapa ahli gusti lain cuba melakukan CPR sementara menunggu paramedik datang, namun dikatakan King telah pun mati. Dia dikatakan terkejut amat sangat dan mengalami serangan jantung dan mati on the spot.

4. GARETH JONES

Image may contain: 1 person, sitting and text
Pada tahun 1958, terdapat satu siri drama teater yang digelar Armchair Theater bertajuk Underground dilakonkan pada 30 November 1958.

Gareth Jones merupakan salah seorang pelakon British yang cukup berjaya, yang muncul dalam beberapa siri produksi teater Armchair, Underground, yang mengisahkan sekumpulan pekerja lombong yang terperangkap di sebuah terowong bawah tanah.

Pelakon-pelakon itu sebelum bersiaran, mereka dikehendaki melakukan beberapa sesi latihan. Pada hari itu Gareth dikatakan kurang sihat. Dia telah beritahu juru make-up yang dia kurang sihat namun terpaksa menghadiri latihan itu.
Gareth Jones
Semasa mereka sibuk memulakan latihan, Gareth separa sedar dan hanya berkata dia memerlukan masa lebih dan bersendirian untuk menghafal skrip dan hanya berbaring dikerusi malas. Sedangkan pelakon lain sibuk menjalani latihan. Setelah beberapa jam habis latihan, barulah salah seorang pelakon sedar yang Gareth sebenarnya telah mati beberapa jam lalu semasa mereka sibuk berlatih.

5. DICK SHAWN

Image may contain: 2 people
Dick Shawn adalah merupakan seorang pelakon dan pelawak yang terkenal yang selamba dengan lawak komedinya yang spontan. Dia selalu mengejutkan penonton yang hadir dengan aksi² seperti bangun dalam timbunan batu, terjatuh dari tangga dan pelbagai lagi aksi dramatik lain.
Image result for dick shawn 1987
Pada 17 April 1987, semasa dia melawak dan bercerita kepada penonton yang hadir, dia tiba² terjatuh melutut kemudian terbaring. Penonton gelak ketawa melihat aksinya, hampir 5 minit dia diam kaku tidak bergerak, sehinggalah seorang doktor yang juga penonton berani memeriksa nadinya memberitahu yang dia pengsan. Beberapa minit mereka memberi bantuan CPR namun sayangnya nyawanya tidak dapat diselamatkan.

6. RENATO DI PAOLO

Image may contain: 1 person, standing
Renato Di Paolo sangat gembira apabila diberikan watak Judas Iscariot dalam siri tradisi Passion Play. Watak itu dikatakan watak yang mengkhianati tuhan Jesus.

Pertunjukan pentas itu dilakonkan di sebuah kampung kecil dekat Rom, dan ciri-ciri perkampungan disitu dikatakan sesuai digunakan sebagai set lakonan.

Hukuman gantung dikatakan watak yang perlu dimainkan oleh Renato. Namun dikatakan insiden malang menimpa Renato apabila lehernya terjerut (sepatutnya bajunya saja) menyebabkan dia tergantung betul² tanpa disedari oleh pelakon, kru dan penonton lain.
Related image
Setelah hampir 30 minit berakhir persembahan, barulah pelakon lain menyedari Renato benar² tidak bernafas akibat insiden tu. Ibunya mula menjerit supaya memanggil ambulan dengan segera. Namun segalanya telah terlambat.

Renato Di Paolo bukanlah satu-satunya pelakon yang pernah mati semasa acara pementasan cerita watak Judas Iscariot tu. Pada tahun 2012, Tiago Klimeck, juga pernah mati selepas melakonkan watak yang sama. Dia dikatakan koma beberapa hari sebelum meninggal.

7. REDD FOXX

Image may contain: 1 person, close-up
Redd Foxx merupakan seorang pelawak dan pelakon terkenal era 90-an. Ketika dia sedang menjalani latihan untuk drama siri The Royal Family, di Paramount Studios, pada tahun 1991, dia tiba-tiba rebah pengsan.

Walaupun tidak ada penonton yang menyaksikan secara live, tapi kru² ramai di situ mereka anggap yang Redd sedang menghayati wataknya dan harus rebah bersungguh². Namun apabila beberapa minit tidak bergerak, mereka mula panik dan mengejutkannya sambil salah seorangnya menghubungi ambulan. 
Image result for redd foxx
Semasa pasukan paramedik datang, dia dikatakan masih bernafas tetapi menghembuskan nafas yang terakhir semasa dalam perjalanan ke hospital kerana komplikasi jantung. Dia sepatutnya menghabiskan beberapa lagi episod The Royal Family, walaupun pengarah telah melantik penggantinya namun dikatakan ia tidak sama bagaimana watak asal yang dilakonkan sebelum tu.

8. OWEN HART

Image may contain: 2 people, people smiling
Pada Mei 1999, beribu² penonton bersorak tidak sabar menonton Raw Is War, dalam World Wrestling Federation’s, manakala berjuta penonton menyaksikan acara wrestling itu secara live di kaca TV.

Waktu itu Owen Hart yang berjalan masuk turun dari stage atas ke pentas bawah utama, secara tiba² berlaku pergelutan dari atas,..biasalahkan, wrestling memang akan ada acara gimik² gitu. Owen terjatuh ke bawah pentas apabila badannya dicampakkan ke bawah dan terkena palang besi. Dia rebah pengsan. Dikatakan semasa penonton bersorak, dia telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Beberapa kru menjerit menyatakan ia insiden kecemasan dan Owen benar² pengsan namun penonton terus bersorak.
Image result for owen hart
Owen diusung ke belakang stage yang pada mulanya penonton ingatkan itu acara gimik baharu dan acara wrestling diteruskan juga seperti biasa. Apabila acara tamat barulah pengumuman dibuat memberitahu perkara sebenar. Itu pun masih ada yang tak percaya hinggalah keluar berita sebenar tentang kematian Owen dan pengkebumiannya. Menurut laporan bedah siasat, Owen mati kerana organ dalamannya cedera akibat pendarahan yang teruk terkena palang besi hingga menyebabkan paru²nya pecah.

9. TOMMY COOPER

Image may contain: one or more people and text
Tommy Cooper merupakan seorang pelawak dan ahli silap mata yang pakar dalam setiap persembahannya.

Pada tahun 1984, semasa dia tengah masyhur pada waktu itu, dia tiba² rebah dan meninggal semasa pembantunya memakainya baju ahli silap mata sebelum melakukan persembahan.

Walaupun ada menunjukkan muka sedikit menahan kesakitan masa nak jatuh pengsan tu, namun kru menganggap dia hanya melakukan gimik persembahan. Lalu hanya membiarkan dia terduduk.
Image result for tommy cooper
Para penonton terus bergelak ketawa melihat aksinya tu. Namun apabila melihat sesuatu yang pelik, kru mula menarik Tommy disebalik tirai ketika penonton sedang bersorak.

Mereka menghentikan persembahan sejenak tanpa diketahui oleh penonton apa yang berlaku disebalik tabir dimana waktu tu kru sedang berhempas-pulas melakukan CPR untuk cuba menyelamatkannya. Semasa ambulan tiba, Tommy didapati telah pun meninggal. 

Videonya tu bolehlah tengok kat sini: https://youtu.be/HpZq3ul1ld4

10. EDITH WEBSTER

Image may contain: 1 person, standing and text
Pada tahun 1986, Edith Webster tampil di The Drunkard dalam teater komuniti di Maryland. Dia telah berkecimpung dalam bidang teater penghibur pertunjukan pentas selama lebih dari 8 tahun. Namun malang nasibnya pada hari itu selepas menyanyikan lagu bertajuk ‘Please Don’t Talk About Me When I’m Gone’, (Jangan Kamu Bicara Tentang Diriku Setelahku Pergi Selama-Lamanya), dia terus jatuh pengsan atas pentas. Dia pengsan tak bergerak, agak lama diselangi oleh tepukan gemuruh penonton dan peminat yang kagum dengan pertunjukannya.

Agak lama selama 5 minit, mereka bersorak, termasuk kru, walaupun ada yang berteriak minta hubungi ambulan, namun kru percaya itu adalah gimik pertunjukan baharu oleh Edith kerana tajuk lagu pun dah catchy.
Edith sebelum ni memang ada sakit jantung namun tidak begitu membimbangkan. Setelah tirai ditutup, Edith didapati masih lagi berbaring kaku ketika itulah salah seorang kru mula menjerit menyuruh panggil ambulan, namun malang apabila ambulan tiba, Edith telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Rujukan: listverse