Showing posts with label Mesir. Show all posts
Showing posts with label Mesir. Show all posts

Wednesday, 22 January 2020

10 FAKTA MENARIK MENGENAI MESIR PURBA

Image result for cleopatra egypt"

1. Celeopatra Bukanlah Seorang Mesir

Selepas Alexander The Great menakluk Mesir Purba pada Abad Ke-4 SM, Mesir diperintah oleh Dinasti Ptolemy, iaitu dinasti yang bersusur galur daripada jeneral kanan Alexander iaitu Ptolemy I. Kebanyakan pemerintah dari Dinasti Ptolemy mengekalkan kebudayaan Macedonia yang diwarisi daripada Alexander The Great. Ya, salah satu daripada watak penting yang sering dikaitkan dengan Mesir Purba bukanlah berdarah Mesir sebenarnya.

2. Perjanjian Keamanan Terawal Dunia

Ketika Mesir Purba masih sebuah empayar yang agung, musuh azali Mesir Purba adalah Empayar Hittie yang berjiran dengannya. Betapa kedua-dua empayar ini seringakali berperang antara satu sama lain, terutama mahu merebut wilayah Syiria moden hari ini. Akhirnya, selepas menyedari perang antarta mereka sebenarnya sedang memakan empayar dari dalam, kedua-dua empayar ini akhirnya setuju untuk menjalankan perjanjian keamanan antara dua empayar, dengan syarat-syaratnya seperti kedua-dua empayar akan saling membantu sekiranya diserang oleh musuh.

3. Masyarakat Mesir Purba Sangat Minat Permainan Berpapan (Board Games)

Permainan berpapan yang terkenal ketika zaman kita ialah seperti Jutaria, Monopoly, Catur dan seumpama dengannya. Tetapi antara rekod terawal permainan berpapan terawal dunia ialah datang dari Mesir Purba, dijejaki seawall 3500 SM, kira-kira 5000 tahun yang lalu. Yang paling terkenal ialah Senet, di mana para sejarawan masih lagi berdebat tentang bagaimana permainan ini berlangsung. Bahkan kerana populariti permainan papan, betapa salah seorang firaun dalam sejarah Mesir Purba iaitu Tutankhamen dimakamkan bersama dengan permainan papan kegemarannya.

4. Mogok Buruh Pertama Dalam Sejarah

Orang Mesir Purba dicatatkan merupakan antara yang pertama dalam sejarah. Protes yang terkenal melibatkan mogok buruh ini ialah ketika pemerintahan firaun Ramses III apabila para buruh yang diupah untuk membina makam diraja di Deir el-Medina tidak menerima bayaran yang dijanjikan iaitu gandum, maka mereka telah menjalankan mogok. Mogol ini berlaku dengan para protestan duduk bercangkung di salah satu daripada laluan masuk ke makam, dan berkeras untuk tidak mahu meninggalkan tempat tersebut sehinggalah diberikan apa yang dijanjikan. Akhirnya, permintaan mereka dikabulkan dan mereka mendapat upah gandum seperti mana yang dijanjikan.
Image result for cleopatra egypt"

5. Wanita Mesir Mendapat Tempat Lebih Dari Wanita Lain

Mesir Purba mungkin salah satu peradaban yang meletakkan kedudukan wanita mereka ditahap yang lebih tinggi dari segala peradaban yang wujud sezaman dengan mereka. Mereka mempunyai kebebasan perundangan dan kewangan. Sebagai contoh, mereka mempunyai hak untuk membeli dan menjual hartanah, menjadi juri ketika perhakiman, menulis wasiat dan mewujudkan kontrak. Mereka yang bekerja diluar rumah juga memperoleh bayaran yang sama taraf dengan orang lelaki.

Bahkan seorang wanita Mesir mempunyai hak dalam rumah tangga seperti hak untuk meminta cerai, menceraikan dan berkahwin lain. Mesir Purba juga dikenali dengan kewujudan kontrak di antara pengantin lelaki dan perempuan sebelum melangsung perkahwinan, yang biasanya kontrak tersebut melibatkan pemilikan harta selepas perkahwinan. Mungkin sebab itu Mesir Purba antara peradaban purba di dunia yang memiliki pemerintah firaun wanita.
Image result for phraoh"

6. Firaun-Firaun Mesir Purba Biasanya Mempunyai Berat Badan Berlebihan

Walaupun pahatan dan seni Mesir Purba cuba sedaya upaya untuk mengambarkan firaun-firaun mereka sebagai kurus dan mempunyai tubuh badan idaman, sebenarnya kajian pada mumia mereka mendedahkan sebaliknya. Lagi-lagi apabila diet makanan kebiasaan masyarakat Mesir Purba yang melibatkan makanan yang tinggi gula. Sebagai contoh, Firaun Hatshepsut yang merupakan firaun wanita yang memerintah Mesir Purba pada 1500 SM. Sarkofagus (kotak menyimpan mayat firaun) mengambarkan beliau sebagai cantik, dan mempunyai tubuh badan yang menggiurkan, namun kajian pada tubuhnya mendedahkan bahawa Hatshepsut barangkali seorang wanita yang mempunyai penyakit obesity dan mengalami keguguran.

7. Kebanyakan Piramid Tidak Dibina Oleh Para Hamba

Membina piramid bukanlah tugas mudah. Setiap penemuan piramid biasanya akan menjumpai tengkorak para pekerjanya. Tetapi bukti yang dijumpai oleh sejarawan dan ahli arkeologi mengatakan bahawa terdapat sistem upah yang dijalankan oleh Mesir Purba. Terdapat graffiti yang dijumpai oleh arkeologis berdekatan dengan piramid yang biasanya ditinggalkan oleh kru kerja piramid yang tidak mahu nama mereka dilupai dalam lipatan sejarah. Grafiti tersebut biasanya bersifat komedi dan mengandungi unsur gurauan yang ditinggalkan oleh pekerja piramid. Sebagai contoh, “Sahabat Khufu” atau “Si Pemabuk Menkaure” yang mungkin merujuk kepada para kru pembina piramid.
Image result for piramid"

8. Terdapat Firaun Mesir Yang Mati Kena Gigit Dek Badak Air

Ya, dengarnya macam kelakar, tetapi itulah hakikatnya. Perkenalkan firaun budak bernama Tutankhamen yang dipercayai oleh sejarawan, kemungkinan besar kematiannya adalah kerana digigit oleh badak air. Sememangnya budaya Mesir Purba ada melibatkan pemburuan binatang buas dan tidak hairanlah kalau Firaun Tutankhamen mati kerana digigit oleh badak air.

9. Doktor-Doktor Mesir Purba Mempunyai Kepakaran Khusus

Seawal zaman Mesir Purba, kira-kira 450 SM lagi, doktor perubatan di Mesir Purba mempunyai bidang kepakaran mereka, Ini yang dikatakan oleh Herodotus, sejarawan purba dari Yunani ketika menulis mengenai Mesir Purba. Setiap doktor di Mesir Purba hanya bertugas untuk merawat bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia sahaja. Hederotus menulis, “Setiap doktor di Mesir Purba hanyalah perawat untuk satu penyakit sahaja, tidak lebih dari itu. Sebahagian mereka hanya perawat mata, sebahagian lagi perawat gigi…”

10. Masyarakat Mesir Purba Menyimpan Haiwan Peliharaan

Image result for haiwan peliharaan mesir"
Antara peradaban terawal di dunia yang setiap isi rumah mempunyai binatang peliharaan ialah Mesir Purba. Sudah tentu, mereka memelihara kucing kerana ketakjuban mereka pada kucing yang selalu dikaitkan dengan dewi purba Mesir seperti Bastet. Tetapi orang Mesir Purba juga membela anjing, helang, babun, burung ibis bahkan haiwan buas yang dijinakkan seperti Cheetah dan Singa. Bahkan kerana sayang pada binatang peliharaan mereka, ada penduduk Mesir Purba dimumiakan bersama dengan tuan mereka. Selain itu, anjing pula sudah mula digunakan sejak Mesir Purba lagi sebagai pembantu kepada para polis untuk berkawal menjaga keamanan setiap kota di bawah Mesir Purba.


Wednesday, 7 June 2017

KRISIS ARAB-QATAR: IKHWANUL MUSLIMIN & RUSIA

“Jika bangsa Arab menjadi hina, Islam akan turut dihina.” (Hasan al-Banna)

Arab Saudi, Mesir, Emiriyyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, kerajaan Yaman dan Libya pro-Saudi, serta terbaru Maldives telah memutuskan hubungan dengan Qatar. Saham milik Qatar terus jatuh merudum manakala laluan darat, laut serta udaranya pula dikenakan sekatan. Sebenarnya tindakan mengejutkan sebegini bukan kali pertama kerana pada 2014 Arab Saudi, Bahrain, dan UAE pernah memanggil pulang duta mereka dari Qatar. Apakah ‘dosa’ negara kepulauan kecil di sebelah Semenanjung Arab itu? Mengapa Qatar yang selama ini dilihat antara sekutu Arab kini tiba-tiba dimusuhi?
Hasil carian imej untuk qatar
Antara tuduhan terhadap Qatar ialah “menyokong aktiviti keganasan” dan “menggugat kestabilan serantau” serta memiliki hubungan baik dengan pertubuhan seperti “Ikhwan Muslimin, ISIS, dan Al-Qaeda”. Qatar turut dituduh menyokong agenda Iran dan Syiah di Qatif (Saudi) dan Bahrain. Sebelum itu ada tuduhan yang telah pun dinafikan kononnya pemimpinnya Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani menyokong Iran, Hamas, Hezbullah, dan Israel di samping tidak yakin “berapa lama Trump akan bertahan sebelum dipecat di Amerika”.

Sememangnya Qatar merupakan salah satu daripada negara Arab utama yang membentuk Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Malah Qatar turut menyertai latihan ketenteraan North Thunder anjuran Arab Saudi pada 2016. Qatar bahkan terkehadapan dalam mengiktiraf pencerobohan kuasa Barat ke atas rejim Muammar Gaddafi di Libya serta bersama GCC Arab menentang pemberontakan di Bahrain.
Hasil carian imej untuk qatar
Namun berbeza dengan negara Arab lain, Qatar mesra Ikhwan Muslimin dan Rusia. Sama sekali bertentangan dengan Arab Saudi, UAE, dan Mesir yang kini menganggap pertubuhan tersebut sebagai pengganas, Qatar bukan sahaja mengadakan hubungan rapat dengan Mesir sewaktu era Morsi, bahkan turut melindungi kepimpinan Ikhwan. Ilmuan Prof. Yusuf Al-Qaradhawi yang dianggap pemikir Ikhwan turut diberi suaka politik di Qatar.

Sewaktu kepimpinan Morsi, Qatar dilaporkan mendepositkan sebanyak USD 2 bilion kepada Bank Negara Mesir, meningkatkan pelaburannya sebesar 74 peratus di Mesir. Doha juga secara umumnya menyokong peristiwa Arab Spring yang menaikkan kepimpinan bercitra Islamis di rantau Teluk, sedangkan Arab Saudi, Bahrain, dan UAE kurang selesa dengan kebangkitan sedemikian. Malah terdapat dakwaan bahawa sokongan Qatar telah membantu kejayaan gerakan pro-Ikhwan Muslimin dalam pilihan raya pasca-Arab Spring di Mesir, Maghribi, dan Tunisia. Ditambah dengan faktor kewangan yang kuat dan penglibatan aktif Qatar di pentas antarabangsa telah menjadikannya pesaing yang serius.
 Hasil carian imej untuk qatar
Qatar semakin berani mendedahkan urusan di sebalik tabir yang kurang disenangi negara jiran Arabnya. Terkini pada 2017 baru-baru ini tentang emel kerjasama UAE-Israel. Laporan stesen penyiaran Qatar, iaitu Al-Jazeera menyatakan bahawa penggodam telah membocorkan emel Duta UAE ke Amerika iaitu Yousef al-Otaiba dengan kumpulan pemikir neokonservatif Israel, Foundation for Defense of Democracies (FDD) yang bekerjasama sejak 2014 lagi untuk memburukkan imej Qatar di rantau Asia Barat. Pada 2015 Al-Jazeera turut menyiarkan imej ngeri orang awam yang menjadi mangsa serangan Mesir selepas Presiden Morsi digulingkan, sekali gus memburukkan hubungan Qatar-Mesir. Malah pada 2016 dua pekerja Al-Jazeera dihukum mati oleh Mahkamah Mesir kerana didakwa membocorkan dokumen keselamatan sulit Mesir kepada Qatar sewaktu pemerintahan Morsi.

Hasilnya imbangan kuasa di Timur Tengah kini semakin boleh dibahagikan kepada tiga blok: pada satu sudut, Arab Saudi, Bahrain, Mesir, dan UAE. Manakala pada sudut yang lain ialah Qatar, Turki, Hamas di Palestin, Sudan, serta Tunisia dan Maghribi yang lebih lunak dengan Ikhwan manakala Iran, Syria dan Hizbullah mewakili satu lagi blok yang berpengaruh. Perkembangan ini bakal mengimpak situasi di Yaman dan Syria yang masih bergolak.
Hasil carian imej untuk peta negara qatar
Di peringkat global pula, meskipun Qatar mempunyai pangkalan tentera Amerika Syarikat, namun ia juga semakin rapat dengan Rusia. Amerika bukan sahaja memiliki dua pangkalan udara dan tentera di Qatar, bahkan turut membekalkan pelbagai aset ketenteraan seperti helikopter, sistem pertahanan, dan peluru berpandu kepada Doha. Namun hubungan Qatar-Rusia makin erat apabila terkini perjanjian syarikat minyak antara Rosneft (Rusia) dengan Qatar dan Glencore (Switzerland) ditandatangani, menyusuli pembelian saham Bank V.T.B. Rusia dan juga pelaburan dalam pembinaan lapangan terbang Pulkovo St. Petersburg oleh Qatar, sedangkan Rusia berada dalam sekatan antarabangsa. Aset Qatar di Rusia kini berjumlah USD 2.5 bilion, suatu perkembangan yang pastinya tidak menyenangkan seteru Moscow. Kebetulan, Rusia ialah penganjur Piala Dunia 2018 manakala Qatar pula penganjur Piala Dunia 2022.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Monday, 22 May 2017

ANUBIS: DEWA KEMATIAN SEMBAHAN MASYARAKAT PURBA MESIR

• Digambarkan sebagai seorang lelaki yang gagah perkasa berkepala serigala.
Ini kerana pada zaman ini, haiwan serigala selalu merayau & membongkar kubur. Ini menyebabkan masyarakat Mesir Kuno memperbesar & memperincikan binaan makam serta menyembah Dewa Anubis supaya serigala-serigala ini tidak menganggu kawasan perkuburan mereka.

• Tersenarai sebagai dewa yang tertua disembah oleh bangsa Mesir Kuno.

• Dihormati di seluruh kerajaan Mesir Kuno sebagai dewa akhirat.

• Kepopularitian Dewa Anubis sebagai dewa utama menurun setelah Dewa Osiris diangkat sebagai dewa sembahan utama.

• Sebelumnya dikenali sebagai Khenty Armentiu & digelar sebagai ‘Lord of the Land Hallowed’.

• Tugasnya adalah mengawasi ritual pemumiaan mayat, mengawal orang mati & mengawal roh manusia yang telah mati.

• Anubis mengawasi proses pemumiaan mayat kerana ia dianggap sebagai dewa yang memiliki pengetahuan tentang organ & tubuh badan manusia.

Pada waktu ini Anubis akan mengendalikan upacara ‘Opening of the Mouth’.

• Setelah selesai ritual ini maka Anubis akan mengawal roh tersebut ke ‘Field of Celestial Offerings’.
 Hasil carian imej untuk anubis
Di sini Anubis akan memerhati para roh orang mati dihitung amalannya & hasil timbangan ini akan dicatat oleh Dewa Thoth.

• Jiwa para roh orang mati ini akan ditimbang dengan ‘The Golden Feather of Ma’at, atau lebih dikenali sebagai ‘Bulu Kebenaran’ menggunakan sebuah neraca timbang.

Jika jiwa orang mati itu lebih berat timbangannya daripada ‘Bulu Kebenaran’ maka ia akan dianggap sebagai jiwa yang jahat & akan dibawa ke lautan api yang dijaga oleh seorang dewa penjaga yang ngeri bernama Dewa Ammit.
Hasil carian imej untuk anubis
Jika ‘Bulu Kebenaran’ lebih berat timbangan daripada jiwa orang mati itu maka ia dianggap sebagai jiwa yang baik & Anubis akan memimpin roh tersebut ke syurga bertemu dengan Dewa Osiris (sebab ini Anubis digelar sebagai Eye of Horus).

• Anubis merupakan anak kepada Dewa Osiris & Dewi Nephthys & Anubis dibesarkan oleh Dewi Isis.

• Kuil Abydos Ramses II merupakan tempat pemujaan untuk Dewa Anubis & di dalam makam Tutankhamun terdapat banyak patung berbentuk serigala ( iaitu patung Anubis ).

Sumber: Wilkinson, Richard H. The Complete Gods and Goddesess of Ancient Egypt. London: Thames and Hudson. 2003.

– TAMAT-