Showing posts with label Dewa. Show all posts
Showing posts with label Dewa. Show all posts

Thursday, 4 January 2018

MENCARI HANG TUAH: ANTARA HIKAYAT DAN FAKTA

Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Prof. Dr Syed Naquib al-Attas, seorang Ilmuwan dan ahli falsafah Agung Melayu masa kini didalam karyanya yang terbaru, Historical Fact and Fiction telah mengemukakan satu teori terbaru yang bakal mengubah sekali lagi penulisan sejarah tanah air mahupun seluruh Nusantara barangkali.

Antaranya, apabila beliau membincangkan asal dan usul nama Sumatera yang pada pendapat beliau telah disalahtafsirkan. Sejak Marsden didalam penulisannya "History of Sumatra" pada 1783, kebanyakan ilmuwan dan sejarawan barat telah membuat kesimpulan yang satu apabila berbicara tentang akan asal usul nama Sumatera. 

Sumatera pada pendapat mereka sudah tentunya berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Samudra ataupun Suwarna. Samudra didalam bahasa Sanskrit dan juga dipinjam didalam Bahasa Melayu sebagai laut, manakala nama Suwarna pula mungkin diambil dari buku al-Biruni yang mana mencatatkan bahawa orang India pada suatu ketika dahulu memanggil kepulauan Sumatera dan Jawa sebagai Suwarnadib, ataupun Suvarnadvipa, yang bermaksud Pulau Emas, memandangkan sejarah perdagangan yang panjang antara Benua Keling dan Nusantara ini khususnya berkaitan dengan emas, yang mana pernah menjadi barang dagangan utama pada ketika itu.
Hasil carian imej untuk syed naquib al-attas
...hiasan je ni...

Namun, Prof.Syed Naquib al-Attas menyangkal dan menolak hipotesis dan teori yang dikemukakan oleh sekelian orientalis barat selama ni didalam bukunya yang terbaru ini. Sebaliknya, beliau mengangkat satu kitab sejarah dari bangsa Melayu itu sendiri, yakni Hikayat Raja-Raja Pasai apabila persoalan berkenaan asal nama Sumatera ini dibangkitkan.

Didalam Hikayat Raja-Raja Pasai, diceritakan akan asal usul nama Sumatera dengan jelasnya. Diceritakan bahawa apabila Merah Silau menaiki takhta kerajaan, ternampaklah baginda akan satu semut besar yang dikatakan sebesar kucing lalu melintas dihadapan baginda. Terkejut dan takjub akan kejadian tersebut, maka ditangkaplah semut itu dan dimakannya, dan ditempat itulah baginda membina istana kerajaannya lalu menamakan tempat itu sebagai Samatra atau Semut Raya, yang bermaksud Semut Besar.

Sudah tentu, apabila dikatakan hikayat, dan jalan cerita yang pada hemat para orientalis barat sebagai tidak masuk akal, akan ditolak sementah-mentahnya tanpa perlu dikaji lagi. Mana mungkin wujud seekor semut sebesar kucing diatas muka bumi ini?

Maka apabila membincangkan tentang Hikayat Raja-Raja Pasai, para sejarawan termasuklah sejarawan tempatan telah menolaknya dan hanya mengklasifikasikannya sebagai satu sastera klasik berunsur sejarah yang tidak boleh dipakai. Namun disangkal oleh YM Prof Syed Naquib al-Attas didalam bukunya yang terbaru ini. Apa yang dikemukakannya ialah bahawa Semut Raya itu wujud. Sejarah Merah Silau bertemu semut sebesar kucing itu sememangnya wujud! Dan ia bukanlah satu rekaan dan fiktif semata-mata.

Maka dibongkarkannya sebuah kitab perjalanan lama Arab Aja’ib al-Hind yang dikarang oleh Buzurg ibn Shahriyar yang ditulis dalam lingkungan masa abad ke-10 masihi. Didalamnya dilaporkan oleh seorang yang bernama Muhammad ibn Babishad yang mana menyatakan pada utara Sumatera,

‘Terdapat semut yang sungguh besar, terutamanya di Pulau Lamri yang mana mereka itu membesar..’
Image may contain: 1 person
...hiasan je ni...

Apa kaitan Hang Tuah dengan diatas? Mudah, kedua-duanya ditafsirkan dan digolongkan oleh para sejarawan tempatan khusus yang berpendidikan dan mempunyai pandangan alam barat sebagai mitos, mustahil dan hanya khayalan. Sekali pandang, mana mungkin akan wujud semut sebesar kucing seperti dinyatakan didalam Hikayat Raja-Raja Pasai? Hang Tuah pula wujud hanya sebagai satu perlambangan, satu lambang kepada seruan untuk kebangkitan bangsa Melayu yang baru sahaja dijajah oleh Feringgi pada awal penulisannya.

Dan kita yang tidak mengkaji dan mengharapkan imhsan dan bantuan bangsa lain untuk mencari dan membongkar khazanah sejarah sendiri akan tunduk mengiyakan apa yang telah ditulis. Para sejarawan tempatan yang dilatih dan diindoktrinasikan dengan cara pemikiran barat akan turut menyokong fakta yang diberikan oleh para orientalis terdahulu. Tiada usaha untuk mencari, mengkaji dan menyelami sejarah bangsa sendiri. Tak habis-habis dengan hanya menunggu untuk disuap, dan bukan menjadi orang yang menyuap.

Ini jawapan Hamba kepada persoalan yang dibangkitkan apabila Prof Emeritus Khoo Khay Kim mempersoalkan kewujudan Tun Tuah. Dan ini juga jawapan Hamba kepada mereka yang menggelakkan apabila Melayu dikatakan bangsa awal manusia. Persoalan yang paling asas didalam banyak-banyak soalan.

Jangan salahkan Prof Khoo Khay Kim apabila menafikan Laksamana Tun Tuah dan Puteri Hang Li Po. Salahkan kita sendiri kerana gagal memahami sejarah bangsa sendiri. Salahkan kita sendiri yang memandang rendah kepada kebijaksanaan leluhur kita. Salah kita sendiri sebenarnya.

Hendaklah pengkaji sejarah Islam itu hidup dengan aqal, ruh dan perasaannya....Syed Qutb, al-Tarikh Fikrah wa Minhaj
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Hang Tuah, Tun Tuah? Wujudkah susuk ini? Yang dikatakan manusia terbilang ini?

Yang Dimuliakan Prof.Emeritus Tan Sri Khoo Khay Kim menafikan dan mempersoalkan kewujudan Laksamana Agung Kesultanan Melaka Darussalam ini dengan mengambil kira rujukan silang yang dilakukan khusus didalam rekod Dinasti Tanah Besar China yang memerintah pada ketika itu, Dinasti Ming. Oleh kerana tiadanya rekod yang menyebut nama Hang Tuah, maka Laksamana Agung ini tidak wujud! Semudah itu!

Suka Hamba rujuk kepada Annotated Sources of Ming History, including Southern Ming and works on Neighbouring Lands 1368-1661, jilid 1 halaman 227 yg mana, diantara lain penulis tersebut menyatakan bahawa Dinasti Ming merupakan Dinasti yang paling diabaikan sejarahnya. Walaupun disebutkan alasan yang diberikan ialah kerana keberatan dari pihak sejarawan dan para ilmuwan setelah kejatuhan empayar Ming untuk menulisnya kerana polisi yang diamalkan oleh Dinasti Qing, empayar selepas kejatuhan Ming yang begitu sensitif dengan sebarang usaha untuk mengembalikan Dinasti Ming.

Disebut juga bahawa antara sebab kepada tiadanya penumpuan para sejarawan kepada Dinasti Ming ini kerana tiadanya kemajuan yang signifikan yang dilakukan semasa pemerintahan Dinasti Ming. Namun, kita tahu bahawa Dinasti Ming ini jugalah yang telah mengerahkan angkatan laut terbesar pada abad itu dibawah seorang Laksamana Muslim bernama Zheng He dan melawat Melaka untuk persinggahannya sebelum terus bergerak ke barat dan termasuklah Mekah. Jadi timbul persoalan kenapa Dinasti yang membawa perubahan kepada China ini tidak dianggap mundur dan lemah dan terus diabaikan? Rujuklah The Ming Empire: Patron of Islam in China and South-West Asia, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society , 1988, halaman 1-44 untuk mereka yang mahu mengkaji lebih lanjut.

Perlu juga ditekankan disini yang penulis ini juga mengakui banyak rekod-rekod dizaman Dinasti Ming telah dimusnahkan khusus semasa pemerintahan Dinasti Qing. Akhirnya persoalan timbul, adakah laporan dan rekod berkenaan Hang Tuah, Hang Li Po mungkin antara yang dimusnahkan? Dan adakah adil untuk sesiapa menafikan kewujudan Hang Tuah berdasarkan himpunan rekod yang tidak lengkap dari Dinasti China?
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Terdapat 32 buah naskah dan 6 edisi Sulalatus Salitin atau dikenali juga dengan nama Sejarah Melayu secara keseluruhannya. Dan di setiap naskhah itu, terdapat perbezaan ketara antara satu sama lain, seperti siapa pengarangnya, bila Melaka ditubuhkan, siapa pengasas kepada Melaka dan sebagainya. Tidak perlu untuk berbincang secara panjang, yang ingin Hamba berikan perhatian ialah pertama tentang tarikh kewujudan Melaka. Tahun lepas, Pemerintah (bukan Kerajaan kerana Melaka sudah tidak beraja) Melaka telah mengumumkan tarikh baru penubuhan Melaka, iaitu hmpir 200 tahun lebih awal dari mana pemahaman sebelum ini. Menurut naskah versi Raja Bongsu, Melaka ditubuhkan pada 1262 Masihi bersamaan 660 Hijrah. Dan kalau benar Melaka ditubuhkan pada abad ke-13, maka Dinasti yang memerintah Tanah Besar China pada ketika itu ialah Dinasti Song dan Dinasti Yuan.

Adakah mungkin nama Hang Tuah tidak terdapat didalam rekod Dinasti Ming yang serba tidak lengkap kerana nama beliau terdapat didalam rekod Dinasti Song dan Yuan? Adakah terdapat usaha untuk merujuk kepada rekod Song dan Yuan berdasarkan versi Raja Bongsu yang diterima kini sebagai versi yang paling lengkap dan terperinci?
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Ya, kewujudan Hang Tuah dikatakan masih kabur. Usaha demi usaha telah dilakukan untuk merendahkan martabat Hang Tuah ini dilakukan. Dari klaim yang mengatakan Hang Tuah ini sebagai bangsa Cina, hinggalah menafikan terus kewujudan Hang Tuah membuktikan peri penting Hang Tuah direndahkan dan menghilangkan seorang perwira bangsa Melayu. Kesannya cukup besar, bagi sesiapa yang faham.

Begitu banyak bukti kewujudan Hang Tuah, tapi semuanya ditolak. Keris Taming Sari, yang kini menjadi lambang kebesaran dan regalia Kesultanan dan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang menjadi saksi kepada kewujudan tubuh bernama Laksamana Tun Tuah juga belum cukup untuk mengatakan bahawa Laksamana Agung Melayu ini wujud. Malahan, nasab lengkap Hang Tuah seperti diberikan Christopher Buyer juga ditolak? Apa lagi bukti yang diperlukan? Rekod dari China?

Pergilah ke Bintan tanah kelahiran Tun Tuah, pergilah ke Kelantan, Pattani, dan Pahang, keturunan Laksamana Agung ini bertaburan di bumi Melayu ini, Cuma tidak sedar akan kelebihan dan mungkin tidak mahu menonjolkan diri mereka kerana Melayu itu sifatnya merendah diri.

Tun Ali bin Datuk Paduka Tuan Jelai Tun Hamzah bin Tun Mat Ali bin Sang Naya Hang Nadim (berkahwin dengan anakanda Laksamana Tun Tuah, Tun Emas Jiwa selain anakanda sulongnya, Laksamana Sang Guna)... Tun Emas Jiwa Binti Tun Tuah bin Hang Mahmud.....
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Jangan salahkan leluhur kerana dikatakan tidak menulis sejarah bangsa, kerana tidak tepat dan mencampur adukkan sejarah dan hikayat. Salahkan diri sendiri kerana tidak dapat melihat kebijaksanaan mereka didalam menulis dan kebebalan sendiri yang hanya melihat sesuatu dengan pandangan kasar, bukannya mata hati.

Hang Tuah tidak masuk akal? Lihat dengan mata hati, kaji, dan selami. Kalian akan terpukau dengan bangsa bernama bangsa Melayu ini.

Nama sumatera memakan masa hampir 600 tahun untuk dibongkarkan rahsianya. Sudah tiba masa untuk kita menunjukkan bahawa Laksamana Tun Tuah itu sememangnya wujud!

Takkan Melayu Hilang di Dunia.....

Rujukan: 

Historical Fact and Fiction, Syed Muhammad Naquib al-Attas

Annotated Sources of Ming History, including Southern Ming and works on Neighbouring Lands 1368-1661, Wolfgang Franke

From the Mediterranean Sea to the China Sea: Miscellaneous Notes, C. Guillot

Genesis Autograf Sejarah Melayu, V. Thilagavathi Gunalan.

Catatan Merah Silu, Radzie Sapie

Kredit: Saya Budak Melayu 


Wednesday, 19 July 2017

JANGAN BUNUH BINATANG KETIKA HAMIL? INILAH PENJELASAN HADIS

Jangan Bunuh Binatang Ketika Hamil? Inilah Penjelasan Hadis
Islam mengajarkan umatnya untuk bersikap lembut dan penuh kasih sayang kepada lingkungannya, tak terkecuali binatang. Di antara dalil yang menunjukkah hal itu:

Hadis dari Syaddad bin Aus radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إن الله تبارك وتعالى كتب الإحسان على كل شيء فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبح وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته

“Susungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada segala sesuatu. Apabila kalian membunuh, bunuhlah dengan cara yang baik, apabila kalian menyembelih, sembelihlah dengan cara yang baik. Hendaknya kalian mengasah pisaunya, dan mempercepat kematian sembelihannya.” (HR. Muslim)

Hadis dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, tentang anjing yang diberi minum. Para sahabat bertanya: “Apakah kami akan mendapatkan pahala kerana berbuat baik kepada binatang?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:

في كل ذات كبد رطبة أجر

“Berbuat baik pada semua makhluk yang bernyawa, ada pahalanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

عذبت امرأة في هرة سجنتها حتى ماتت فدخلت فيها النار لا هي اطعمتها ولا سقتها إذ حبستها ولا هي تركتها تأكل من خشاش الأرض

“Ada seorang wanita yang diadzab karena seekor kucing. Dia kurung seekor kucing sampai mati, sehingga dia masuk neraka. Dia tidak memberinya makan, tidak pula minum, dan tidak dilepaskan sehingga bisa makan binatang melata tanah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Riwayat di atas menunjukkan bahwa pada asalnya, membunuh binatang tanpa alasan termasuk tindakan yang terlarang.

Dan ini berlaku umum, tanpa melihat status dan tanpa memandang kondisi keluarga, baik saat istri hamil maupun tidak sedang hamil. Karena membunuh binatang tanpa alasan yang dibenarkan, termasuk kezaliman terhadap binatang tersebut.

Lain halnya ketika binatang itu dibunuh kerana alasan yang benar, seperti untuk qurban atau membunuh haiwan yang mengganggu, maka bukan termasuk kezaliman, karena mendapatkan izin secara syariat.

Mitos Membunuh Binatang Sewaktu Isteri Hamil

Kami tidak menjumpai adanya satupun dalil yang melarang para suami untuk membunuh atau menyembelih binatang saat istrinya hamil. Beliau juga tidak pernah mengkaitkan antara tindakan membunuh binatang dengan kehamilan isteri.

Padahal kita sangat yakin, banyak isteri sahabat yang hamil bertepatan dengan Idul Adha. Andaikan menyembelih binatang boleh berpengaruh buruk pada janin, tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam akan mengingatkannya.

Kita punya kaedah, meyakini sesuatu sebagai sebab terhadap sesuatu yang lain, padahal tidak memiliki hubungan sebab akibat, baik secara ilmiah maupun syariah maka termasuk perbuatan syirik kecil.

Dalam konteks ini, orang yang berkeyakinan, membunuh binatang saat isteri hamil boleh menyebabkan janin cacat, dihadapkan pada dua tantangan:

Pertama, apakah ini terbukti secara ilmiah? Adakah keterangan ahli genetika atau ilmu terkait lainnya yang secara ilmiah menjelaskan hubungan demikian?

Jika tidak, kita berpindah pada tantangan kedua, adakah dalil yang shahih, baik dari Alquran maupun hadis yang menjelaskan hal tersebut?

Jika kedua tantangan ini tidak terpenuhi, berarti mitos itu sama sekali tidak terbukti secara ilmiah, dan meyakininya termasuk syirik kecil. Dan perlu Anda ingat baik-baik, meskipun kesalahan ini termasuk syirik kecil, tapi dosanya sangat besar kerana itu, segera tinggalkan keyakinan ini.Semoga kita menjauhi perbuatan syirik kepada Allah dan terselamat daripada seksaan api neraka. Amin.


Monday, 29 May 2017

15 APLIKASI GOOGLE YANG SANGAT BERGUNA TETAPI RAMAI YANG TIDAK TAHU KEWUJUDANNYA

Google boleh menjadi sahabat baik anda apabila anda ingin mencari jawapan atau maklumat secara dalam talian. Berjuta-juta pengguna menggunakannya setiap hari, tetapi hanya beberapa orang sahaja yang menggunakan Google semaksimum yang mungkin. Malah, enjin pencarian berkuasa ini menawarkan banyak perkhidmatan, aplikasi dan pencirian hebat yang ramai tidak tahu.

Di sini, kami senaraikan 15 aplikasi Google yang paling berguna yang anda mungkin tidak tahu kewujudannya.

1. Google Translate
Hasil carian imej untuk google camera translate
Satu aplikasi untuk mereka yang sukakan travel. Hanya tujukan sahaja kamera anda ke arah perkataan yang anda perlu terjemahkan, dan aplikasi ini akan menterjemahkan dengan segera ke dalam bahasa pilihan anda. Ia sangat berguna!

2. Gmailify
Hasil carian imej untuk Gmailify
Aplikasi ini menggabungkan semua akaun e-mel anda ke dalam satu Gmail inbox.

3. Google Shcolar
Hasil carian imej untuk google shcolar
Ia adalah satu enjin pencarian yang mencari seluruh kesusasteraan ilmiah. Senarai hasil pencarian daripada Google Scholar ini mengandungi petikan daripada buku teks, kertas kerja santifik dan jurnal.

4. Google Keep
Hasil carian imej untuk google keep
Satu aplikasi untuk mencipta nota berwarna-warni yang menarik. Anda tidak akan lupa untuk menyelesaikan tugasan penting lagi!

5. Timer
Hasil carian imej untuk google timer
Anda boleh menetapkan pemasa pada bila-bila masa yang anda mahu. Apabila masa anda telah tamat, anda akan mendengar bunyi jam penggera.

6. Google Sky
Hasil carian imej untuk google sky
Gunakan aplikasi ini untuk melihat ruang angkasa seolah-olah anda sedang melihat daripada teleskop yang paling berkuasa. Dengan aplikasi ini, anda juga berpeluang untuk berjalan di sekitar Galaksi Milky Way dan belajar tentang kajian terkini.

7. Google Fonts
Hasil carian imej untuk google fonts
Satu enjin pencarian yang membantu anda mencari jenis tulisan terbaik untuk projek anda.

8. Google Art Project
Hasil carian imej untuk google art project
Jika anda pencinta seni, anda tidak boleh lepaskan aplikasi ini. Ambil peluang untuk menemui dan melihat karya seni terkenal secara dalam talian dengan terperinci.

9. Think with Google
Hasil carian imej untuk think with google
Anda akan mendapat maklumat terkini tentang hasil kajian terkini, trend pengguna dan berita terkini dalam pemasaran. 

10. Google Trends
Hasil carian imej untuk google trends
Aplikasiini membolehkan anda melihat jenis pencarian yang paling terkenal.

11. Google Shopping
Hasil carian imej untuk google shopping
Dengan aplikasi ini, anda boleh membeli apa-apa sahaja daripada gajet sehinggalah barangan kosmetik.

12. Panoramio
Hasil carian imej untuk panoramio
Gunakan Panoramio untuk melihat serata dunia melalui gambar-gambar yang diambil oleh pengguna-pengguna Internet.

13.Google Sound Search
Hasil carian imej untuk google sound search
Aplikasi ini adalah aplikasi yang mengenalpasti muzik. Ia akan memaklumkan lagu yang sedang anda dengarkan dalam masa beberapa saat.

14. Google Images
Hasil carian imej untuk google images
Ini adalah alat yang paling berguna untuk mencari gambar di laman sesawang. Anda juga boleh memuatnaik gambar daripada komputer anda dan aplikasi ini akan melakukan kerja seterusnya. Hasil mungkin akan disertakan dengan gambar yang sama, berbeza resolusi pada gambar, page yang mengandungi gambar tersebut, dan banyak lagi.

15. Build with Chrome
Hasil carian imej untuk build with chrome
Aplikasi ini membolehkan anda untuk bermain dengan Lego di alam maya. Cubalah! Ia bukan sahaja menyeronokkan untuk kanak-kanak tetapi untuk orang dewasa juga.



Monday, 22 May 2017

ANUBIS: DEWA KEMATIAN SEMBAHAN MASYARAKAT PURBA MESIR

• Digambarkan sebagai seorang lelaki yang gagah perkasa berkepala serigala.
Ini kerana pada zaman ini, haiwan serigala selalu merayau & membongkar kubur. Ini menyebabkan masyarakat Mesir Kuno memperbesar & memperincikan binaan makam serta menyembah Dewa Anubis supaya serigala-serigala ini tidak menganggu kawasan perkuburan mereka.

• Tersenarai sebagai dewa yang tertua disembah oleh bangsa Mesir Kuno.

• Dihormati di seluruh kerajaan Mesir Kuno sebagai dewa akhirat.

• Kepopularitian Dewa Anubis sebagai dewa utama menurun setelah Dewa Osiris diangkat sebagai dewa sembahan utama.

• Sebelumnya dikenali sebagai Khenty Armentiu & digelar sebagai ‘Lord of the Land Hallowed’.

• Tugasnya adalah mengawasi ritual pemumiaan mayat, mengawal orang mati & mengawal roh manusia yang telah mati.

• Anubis mengawasi proses pemumiaan mayat kerana ia dianggap sebagai dewa yang memiliki pengetahuan tentang organ & tubuh badan manusia.

Pada waktu ini Anubis akan mengendalikan upacara ‘Opening of the Mouth’.

• Setelah selesai ritual ini maka Anubis akan mengawal roh tersebut ke ‘Field of Celestial Offerings’.
 Hasil carian imej untuk anubis
Di sini Anubis akan memerhati para roh orang mati dihitung amalannya & hasil timbangan ini akan dicatat oleh Dewa Thoth.

• Jiwa para roh orang mati ini akan ditimbang dengan ‘The Golden Feather of Ma’at, atau lebih dikenali sebagai ‘Bulu Kebenaran’ menggunakan sebuah neraca timbang.

Jika jiwa orang mati itu lebih berat timbangannya daripada ‘Bulu Kebenaran’ maka ia akan dianggap sebagai jiwa yang jahat & akan dibawa ke lautan api yang dijaga oleh seorang dewa penjaga yang ngeri bernama Dewa Ammit.
Hasil carian imej untuk anubis
Jika ‘Bulu Kebenaran’ lebih berat timbangan daripada jiwa orang mati itu maka ia dianggap sebagai jiwa yang baik & Anubis akan memimpin roh tersebut ke syurga bertemu dengan Dewa Osiris (sebab ini Anubis digelar sebagai Eye of Horus).

• Anubis merupakan anak kepada Dewa Osiris & Dewi Nephthys & Anubis dibesarkan oleh Dewi Isis.

• Kuil Abydos Ramses II merupakan tempat pemujaan untuk Dewa Anubis & di dalam makam Tutankhamun terdapat banyak patung berbentuk serigala ( iaitu patung Anubis ).

Sumber: Wilkinson, Richard H. The Complete Gods and Goddesess of Ancient Egypt. London: Thames and Hudson. 2003.

– TAMAT-