Friday 18 March 2016

JANGAN HANTAR ANAK KE SEKOLAH KALAU TAK BOLEH TERIMA 13 PERKARA INI!

Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri)

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. 
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah. 
Ilmu itu bukan bilangan A. 
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

- Cikgu Tengku Faris -

SUMBER: http://penpatah.blogspot.my/2016/03/jangan-hantar-anak-ke-sekolah-kalau-tak.html

Friday 11 March 2016

KISAH BENAR: GADIS 15 TAHUN GANTUNG DIRI KERANA...

 (sekadar gambar hiasan)

Sedih dan terkesima kami apabila membaca kisah yang dikongsi oleh Khairul Hakimin Muhammad di laman Facebooknya. Kisah benar yang diceritakan oleh seorang wanita ini adalah mengenai anak perempuannya, baru berusia 15 tahun yang menamatkan nyawa sendiri dengan menggantung diri dalam bilik.

Kenapa? Ikuti kisahnya di sini.

Dulunya, seorang wanita terpelajar & dihormati…


(sekadar gambar hiasan)

Sudah makan bulan saya mengelak untuk berjumpa Puan yang seorang ini. Demi Tuhan, saya tak selesa dihubungi berkali-kali, tetapi beliau tetap mahu berjumpa. Katanya dapat minum 10-20 minit pun jadilah. Entahlah apa yang jadi pada saya, akhirnya saya bersetuju.

Kami bersembang di kedai makan sekitar studio saya. Duduk berdepan, beliau hanya banyak tunduk dan dapat lihat betapa susahnya beliau mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga tidak selesa.

“Akak nak sangat kamu cerita kat semua orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran,” Gulp. Saya semakin laju menelan air liur sendiri. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana mahu mulakan perbualan ini, lalu saya pun biarkan beliau bercerita.

Rupanya beliau ini seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa lalu. Anak-anaknya berjaya dan beliau suami isteri juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa dipandangan mata jiran-jiran. Kehidupan beliau berubah 360 darjah beberapa tahun lalu apabila salah seorang anak perempuannya dijumpai di dalam bilik dengan tubuh yang tergantung bertali yang diikat di leher menggunakan telekung.

Anaknya gantung diri semasa umur 15 tahun!


(sekadar gambar hiasan)

Anak yang beliau sayang-sayang ini menamatkan kehidupannya semasa baru berumur 15 tahun waktu itu. Suami beliau seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya menjadi nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anak yang tidak ‘laju’ dalam pembelajaran, akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.

Sampai satu tahap, anak-anak mereka ini sudah boleh membaca dengan lancar seusia empat tahun. Jurang permainan dan pembelajaran amat besar. Hingga ke tahap, anak-anak tak reti bergaul dengan rakan seumur. Yang pandai hanya dengan buku dan alat tulis. Hinggalah pada tahun sekian-sekian, anak perempuannya ini tidak pernah tidak dapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperoleh semuanya A.

Beliau tidak fikir panjang, terus sahaja pulang ke rumah, tunaikan solat zohor dan menggantung diri. Saat beliau menggantung dirinya ini, suasana di dalam rumah kelab kabut, masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik, pintu bilik tidak dapat dibuka dan akhirnya dipecahkan. Waktu dapat memasuki ruang yang sudah penuh dengan kesedihan itu, jasad itu baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.


Kenapa gantung diri?


Saya tidak puas hati, terus saya tanya “kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri??” Ibunya terus menangis puas-puas. Orang lain melihat Puan ini beriya-iya mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu sambung perbualan.

Kisahnya, pada malam sebelum beliau ke sekolah. Dia bertanya kepada bapanya. Jika pada satu hari, takdir Tuhan kata dia tak pandai dan dah tak dapat nombor satu, apa yang ayah akan buat padanya?

Ayahnya jawab, “kau bukan anak aku lagi,” Saya terus terdiam. Waktu ini, walau Puan belum lagi bercerita kisah seluruhnya, saya pula sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu jatuh sahaja.

Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak. Yang penting anak-anak berjaya dan anak tahu bagaimana mahu hidup. Jika ke kenduri, balik kampung dan sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja dengan bapa-bapa saudara. Lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti. Anak yang seorang ini kaki meleset. Percubaan beliau hingga berumur 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tak pernah berhenti.

Pernah dia menyiapkan kek hari jadi buat ayahnya, akhirnya ayahnya kata “aku tak pernah minta, beli lagi bagus jangan buang tenaga,pergi belajar!” Pernah dia menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya, ayahnya kata “kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-indon ka?” Dan macam-macam contoh lagi yang diceritakan oleh Puan ini.

Saya mohon untuk bangun dan ke tandas sekejap. Tak tahan menangis saat Puan tersebut beri saya gambar anak perempuannya itu. Ya Tuhan, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di sana.

Saat anaknya mahu diuruskan pengebumiannya, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran. Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi muslim. Bukan lagi orang kita. Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan. Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua. Maka waktu itulah si ayahnya ini melutut dan merayu-rayu supaya kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh tersungkur.

Selepas sahaja urusan pengkebumian itu selesai (tidak diceritakan bagaimana selesainya itu), ayahnya hilang dan pulang kembali selepas hampir dua bulan.

Akhirnya, si suami pulang…


(sekadar gambar hiasan)

Kepulangan suaminya ini disambut dengan kerinduan yang paling dalam. Anak-anak yang lain juga berkumpul dan melihat ayahnya ini sudah bukan lagi ayahnya yang dulu. Rupanya dalam tempoh dia hilang, dia hanya tinggal di masjid-masjid dan hidup ala gelandangan. Katanya lagi, hampir berpuluh kali dia bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat leher dan kemudian menggantungnya dari dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu.

Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Hingga pernah, dia sendiri takut untuk tidur. Kini, dia sedar dia tidak boleh menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh tolong dirinya sendiri. Dia sudah pandai berpeluk-peluk dengan anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.

Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas, tetapi tegasnya ada limit. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih. Saya menggangguk.

Minta dijadikan pengajaran…


Sebelum kami berdua berpisah, beliau mengatakan yang beliau ini datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan saya dan mahu saya pastikan saya akan menulis kisah mereka ini di FB saya. Supaya ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang. Setiap apa yang kita sayang, hargailah baik-baik. Kerana saat ujian itu datang, belum tentu lagi kita boleh hadapi atau tidak.

Kawan-kawan yang baik. Jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan sebegini. Saya takut dan saya risau ianya tidak berapa baik untuk untuk saya. Mendengar kisah Puan ini buat saya sendiri tidak boleh tidur. Sungguh. Betapa wajah anak perempuannya itu menjadi igauan buat saya. Bertudung litup, wajahnya suci Ya Tuhan. Tetapi menamatkan kehidupannya dengan cara yang sebegitu.

Sungguh, dunia hari ini senang sahaja mencipta awal, kemudian diri sendiri mencipta juga pengakhiran. Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada. Jujurnya juga, memang beliau menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu dan itu beliau tidak pernah kecapi hingga beliau putus nyawa. Tinggallah kita yang masih hidup ini dapat mendengar kisah mereka ini untuk dijadikan pengajaran. Semoga ia baik-baik sahaja buat kalian.

Buat Puan, suami Puan serta anak-anak yang lain. Hiduplah kalian dengan kisah tragis ini untuk berzaman-zaman. Untuk elak, tidak boleh. Untuk dilupakan juga mustahil. Tetapi jika kalian berubah dan menuju Tuhan dengan perubahan yang baik-baik, insya-Allah pengakhiran di hadapan Tuhan nanti juga baik-baik. Kadang-kadang Tuhan datangkan peringatan yang menakutkan seperti ini. Ya Tuhan, nauzubillah. Jauhkanlah.



Thursday 10 March 2016

RAHSIA NUR MUHAMMAD

Apabila kita hendak mengenal Diri maka hendaklah terlebih dahulu kita kenal akan Rahsia Nur Muhammad, kerana rahsia Nur Muhammad itulah yang dapat mengenalkan kita kepada Sebenar-benarnya Diri.

Adapun yang bernama diri itu terbagi kepada dua bahagian:

Pertama diri yang Zahir

Kedua diri yang Batin.

Diri kita yang zahir itu, adalah bayang-bayang diri kita yang batin, yang juga berhuruf dan berkalimah Allah.

Kemudian, sesudah kita ketahui diri yang zahir itu, kita ketahui pula diri kita yang batin.

Siapakah diri batin kita ?

Sebab diri yang batin itulah yang dapat mengenal Tuhannya, seperti kata ahli sufi:
Barang siapa mengenal dirinya, maka kenal ia Tuhannya.

Sebelum kita mengenal diri kita yang batin, hendak lebih dahulu kita matikan (fanakan) diri kita yang zahir, seperti sabda Rasullulah:

Matikan dirimu sebelum kamu mati. Setelah mati (fana) diri kita yang zahir itu, barulah nyata diri kita yang batin yang disebut Sebenar-benarnya Diri.

Jika diri kita yang zahir itu sudah fana, berarti diri kita yang zahir sudah lebur (lenyap) kepada diri yang batin. Diri kita yang zahir itu sesuai dengan maksud kata-kata: 
Daripada tiada menjadi ada, dan daripada ada kembali menjadi tiada.

Maksudnya: Diri yang zahir ini sudah tiada (fana), tetapi yang ada hanya diri yang batin yang bernama Muhammad, seperti yang disebut dalam hadits qudsi :
Kujadikan engkau (ya Muhammad) kerana aku, dan kujadikan sesuatu itu kerana engkau.

Jelaslah, yang bernama Muhammad itulah sebenarnya diri kita yang Batin, kerana Muhammad itulah yang ada mempunyai Tubuh, Hati, Nyawa, dan Rahsia.

Adapun Tubuh Muhammad itulah yang bernama Alam Insan, yakni syariat.

Adapun Hati Muhammad itulah yang bernama Alam Ijsin, yakni Tharikat.

Adapun Nyawa Muhammad itulah yang bernama Alam Misal, yakni Hakikat.

Adapun Sir Muhammad itulah yang bernama Alam Ruh, yakni Makrifat.

Sesudah demikian itu, Muhammad itu pulalah yang akan mengenal Tuhannya, Muhammad dapat mengenal Tuhannya setelah fana Tubuhnya, Hatinya, Nyawanya, Rahsianya, Zatnya, Sifatnya, Asmanya, dan Afalnya.

Firman Allah: 
Katakan olehmu (Muhammad) bahwasanya Allah taala itu Esa: Esa pada Dzatnya, Esa pada sifatnya, Esa pada Asmanya, dan Esa pada Afalnya.

Setelah kita mengenal diri yang batin, maka kita fanakan pula diri batin itu.

Sejajar dengan Firman Allah: 
Serahkan dirimu hai (Muhammad) pada Tuhan mu yang hidup dan tiada mati.

Mengenai Muhammad menyerahkan dan mengesakan diri kepada Allah adalah seperti yang diuraikan di bawah ini: 
(Contohnya, apabila Muhammad memfanakan batinya maka baqa ia dalam Dzat Allah).

Adapun Batin Muhammad itu adalah Dzat kepada Allah, dan Rahsia (Sir) kepada hamba.

Adapun Awal Muhammad itu adalah Sifat kepada Allah, dan Nyawa kepada hamba.

Adapun Akhir Muhammad adalah Asma kepada Allah, dan Hati kepada hamba.

Adapun Zahir Muhammad adalah Afaal kepada Allah, dan Tubuh kepada hamba.

Adapun yang disebut hamba itu tiada lain dari Muhammad jua: dan jangan sekali-kali disangka hamba itu adalah kita (jasad), kerana kita ini pada ilmunya sudah tidak ada lagi (fana).

Rahsia, Nyawa, Hati, dan Tubuh Muhammad itu pun sudah fana kepada Dzatnya, sifatnya, asmanya dan afalnya (Allah), iaitu hanya Allah Taala jua adanya. Dan seperti firman Allah di dalam Al-quran:
Allah jua Tuhan yang Awal tiada baginya permulaan, dan ia jua yang Akhir yang tiada baginya berkesudahan, dan ia jua yang Zahir, serta ia jua yang Bathin.

Oleh itu, tubuh kita yang zahir dan batin fana kepada Allah jua adanya, iaitu Fana fillah dan Baqa billah maka:
Segala perbuatan adalah perbuatan Allah, si hamba sama sekali tidak memiliki perbuatan.

Segala asma pada hakikatnya adalah Asma Allah.

Nur (Nabi kita) Muhammad SAW dari pada Nur Dzat Allah Taala sekelian mahluk dan segala sesuatu dijadikan dari padanya.

Segala sifat pada hakikatnya adalah sifat Tuhan yang ada pada hamba adalah (makna) wujudnya.

Itulah mereka yang sebenar-benarnya makrifat kepada Allah.

HuKuMaN-HuKuMaN nGeRi ZaMaN DaHuLu

Hukuman-hukuman Ngeri Zaman Dahulu

Terdapat berbagai hukuman kejam bagi mengajar sipesalah dan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dulu. Kejam kerana diseksa secara perlahan-lahan..lainlah digantung sampai mati ke, atas kerusi elektrik ke..dirotan ke..


Kaedah Pelaksanaan Hukuman Ngeri antaranya termasuklah


1.REBUS HINGGA MATI


Hukuman secara perlahan ini amat menyeksakan. Kaedah ini secara tradisinya mangsa akan perlahan-lahan diturunkan kedalam minyak, air atau lilin yang panas menggelegak bermula dari kaki dulu hinggalah ke kepala, perlahan-lahan. Selalu dipraktikkan pada zaman Maharaja Nero, Zaman Pertengahan, Empayar Rom contohnya bagi pesalah jenayah rogol, bunuh. Dikatakan hukuman ini pernah dipraktikkan pada tahun 2002 oleh kerajaan Uzbekistan, yang menyeksa beberapa orang pengganas.

2. SANTAPAN HELANG PEMAKAN DAGING


Hukuman ini banyak dilaksanakan zaman pahlawan Norse purba. Diikat dan badannya dicampurkan dengan darah sendiri atau darah binatang bagi menarik minat burung datang makan. Burung yang kelaparan akan datang makan hingga merobek daging serta tersembul tulang rusuk.


3. HUKUMAN SULA


Terkenal pada zaman Vlad the Impaler,pada abad tu digelar Wallachia (masa kini Romania) dan inspirasi untuk Count Dracula. Secara tradisinya, kayu akan diasah tajam dan kemudian mangsa akan diikat dikayu kemudian dirodok bahagian kemaluannya hingga tembus ke kepalanya. Rekod terawal penyeksaan ini dilaksanakan pada tahun 1772 B.C. di Babel, di mana Raja Hammurabi membenarkan seorang wanita dilaksanakan hukuman cara ini kepada suaminya kerana curang. Penggunaannya berterusan sehingga abad ke-20, termasuk kerajaan Uthmaniyyah menggunakan teknik ini bagi hukuman beramai-ramai Armenia 1915-1923.

4. KEELHAUL


Keelhauled biasanya dilakukan oleh kelasi kapal. Caranya cukup simple. Setelah diikat dengan tali di bahagian tubuhnya, pesalah bakal dicampakkan kelaut. Kapal berjalan, begitulah juga pesalah tenggelam timbul ditarik dek kapal semasa belayar hinggalah lemas. Selain harus terus mendapatkan udara untuk bernafas, pesalah juga selalunya akan menjadi umpan kepada ikan jaws dilautan. Jika kelasi kapal itu masih hidup, mereka mungkin akan digantung di tiang, mangsa akan disumbat span penuh dengan minyak kedalam mulut mereka supaya sesak nafas dan lemas. Banyak dipraktikkan di Belanda dan Perancis dari tahun 1500-an sehingga ia telah dimansuhkan pada tahun 1853.

5. THE ROMAN CANDLE



Banyak dipraktikkan zaman pertengahan Britain bagi pesalah ahli sihir. Pesalah dilumur dengan rumput kering kemudian dibakar dari kaki kepala.

6. GANTUNG DAN KERAT



Digantung sampai mati kemudian dikerat empat. Pertama dipraktikkan di England pada abad ke-13. Proses ini bermula dengan pesalah akan diheret dengan kuda ke tapak penggantungan, digantung kemudian dikerat-kerat empat.

7. CAKARAN TIKUS



Seperti yang digambarkan dalam Game Of Thrones, tikus-tikus digunakan bagi menyeksa pesalah. Tikus diletakkan atas perut pesalah dan dikurung dengan jaring atau perangkap, kemudian dinyalakan api haba yang panas akan menyebabkan tikus mengelupur dan bercakaran untuk lari. Kulit perut pesalah koyak teruk kerana kesan dari cakaran tikus tadi yang berusaha untuk lari.


8. TUSUKAN BULUH


Banyak dipraktikkan pada zaman perang Jepun keatas banduan Amerika. Mangsa akan diikat dipokok buluh yang miang dan mereka akan dipaksa berdiri atas buluh yang tajam menusuk dan tembus tapak kaki dan dibiarkan berhari-hari hingga mati kesakitan.


9. SIAT DAN LAPAH


Rekod amalan ni wujud seawal zaman Empayar Neo-Assyria (bermula pada 911 SM), termasuk Eropah Medieval (di mana ia adalah hukuman bagi seorang pengkhianat). Kulit pesalah akan disiat perlahan-lahan. Kematian selalunya disebabkan kehilangan darah yang banyak hasil dari kulit yang disiat itu.

10. SCAPHISM



Banyak dipraktikkan oleh orang Persia kuno.Pesalah diletakkan pada perahu atau kayu dengan muka menghadap ke atas. Pesalah dipaksa meminum madu dan susu hingga penuh perut mereka. Badan mereka juga disapu madu untuk menarik perhatian serangga. Pesalah dibiarkan hingga lebah, atau tebuan menghurung badan mereka. Pesalah dibiarkan lama hingga serangga bertelur buat sarang dalam badan mereka. Hukuman ini dipanggil Scaphism kerana pesalah mengalami Proses penyeksaan paling lama untuk mati dan menyakitkan.


SUMBER: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1174959495871172&id=1001720953195028