Friday 27 May 2016

KAD PENGENALAN PERTAMA DI MALAYSIA DAN PAS IMM13

Siapa rakyat Malaysia yang pertama yang memiliki kad pengenalan?


Pasti anda tertanya-tanya siapakah rakyat Malaysia yang pertama memiliki kad pengenalan. 

Beliau adalah, Tun Mustapha Datu Harun.

Biodata Tun Mustapha Datu Harun


Tun Datu Mustapha Datu Harun (31 Julai 1918-2 Februari 1995) merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga. Beliau juga digelar 'Bapa Kemerdekaan Sabah' dan 'Bapa Pembangunan Sabah'.

Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Tampakan, Kudat, Sabah. Beliau adalah anak ke-3 Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapa beliau berbangsa Suluk dan ibu berketurunan Bajau Bannaran. Beliau mempunyai 8 adik-beradik. Adik-beradiknya; Dayang Bidari, Dayang Siti Sarah, Datu Mustapha, Dayang Karum, Datu Aliudin, Datu Muhammadun, Dayang Tahiyah & Dayang Khadijah. (sumber lisan adik bongsunya, Dayang Khadijah). Tun Datu Mustapha mempunyai 5 orang isteri dan antaranya ialah Toh Puan Hajah Rahmah Haji Zulkarnain dan dikurniakan beberapa cahaya mata. 

Isteri yang pertama meninggal (tiada anak). Allahyarham Datu Abdul Hamid, Dayang Maimunah (isteri ke-2; sumber lisan Dayang Maimunah), Datu Badaruddin, Datu Kamaruddin (isteri ke-5, Toh Puan Rahmah kacukan Bajau Kagayan-Suluk), Dayang Zulfah (isteri berbangsa Cina), Dayang Zauyah, Dayang Rosnah, Dayang Aminah, Dayang Marina dan Datu Harun (isteri orang Inggeris).
Isteri beliau Hawia Panglima Mohd (82 tahun) meninggal dunia pada 13 Disember 2011 di Penambang. Hawia berasal dari Kampung Pulau Mandidara, Banggi. Anak beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kawasan Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha.

Beliau mendapat pendidikan di SRK St James, Kudat. Seterusnya, mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 hingga 1952 di Serdang, Selangor. Pada tahun 1959, beliau menyertai kursus Bahasa Inggeris dan Politik di England.

Zaman Penjajahan


Pada tahun 1928, ketika berusia 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel. 6 tahun kemudian, beliau menjadi "Office Orderly" di Pejabat Daerah Kudat. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dan Pemungut Cukai Candu.

Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara dengan Tentera Jepun. Sewaktu zaman akhir penjajahan Jepun Tun Mustapha telah bertindak menentang tentera Jepun dan pihak Jepun telah menawarkan ganjaran wang untuk menangkap Tun Mustapha. Sewaktu pemberontakan Albert Kwork, Albert Kwork telah mengajak Tun Mustapha untuk sama-sama menyerang Jesselton, tetapi beliau menasihatkan Alber Kwork bahawa belum tiba masanya untuk memberontak. Persediaan dan perancangan rapi adalah diperlukan. Albert Kwork telah bertindak sendirian. Walau bagaimanapun orang-orang Tun Mustapha dari suku Bajau Bannaran dan Sulu dari Mantanani dan Inanam di bawah pimpinan Panglima Ali dan beberapa pemimpin Bajau Suluk yang lain telah sama-sama berjuang dengan Alber Kwork.

Pada tahun 1944, beliau telah belayar menggunakan kapal layar Bajau jenis kumpit ke Palawan (Filipina) bersama-sama sahabatnya Haji Jaafar dan seorang lagi untuk meminta bantuan tentera Amerika di Filipina. Sewaktu di Pulau Balambangan (Banggi) Tun Mustapha dan Haji Jaafar telah bertempur dengan lima orang tentera Jepun dengan bersenjatakan parang Barung (senjata pusaka dari Datu Paduka Mat Salleh) dan mereka berjaya membunuh semua tentera Jepun. Tun Mustapha telah memenggal kepala tentera Jepun yang dibunuhnya untuk dibawa menemui Jeneral Mac Arthur (Ketua Tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di Filipina) untuk mendapatkan bantuan senjata bagi menentang tentera Jepun di Sabah. Sewaktu Tun Mustapha di Filipina bapanya telah meninggal dunia dan adiknya pula Datu Muhammadun bersama-sama sahabat yang juga sepupu bernama Ali Basa telah ditangkap oleh tentera Jepun di perairan Pulau Banggi sewaktu mengintip pergerakan tentera Jepun untuk memastikan pelayaran Tun Mustapha ke Palawan selamat. Pada waktu itu, pihak Jepun menyangka bahawa yang ditangkap itu adalah Datu Mustapha, tetapi mereka tidak tahu (sumber lisan adik bongsu Tun). Datu Muhamadun telah diseksa oleh tentera Jepun dengan diikat pada palang kayu. Dihiris-hiris badannya dan lukanya dibubuh garam. Beliau dijemur pada panas terik diberi minum air sabun dan dipukul perut dan badannya oleh tentera Jepun. Ali Basa pula telah digantung di Karakit Pulau Banggi selama tiga hari tiga malam dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki terikat di atas. Beliau juga diseksa dan dipukul oleh tentera Jepun. Selepas tiga hari Ali Basa dan Datu Muhamadun telah dibawa belayar ke Kudat. Datu Muhamadun telah memberikan amanat akhir kepada Ali Basa agar beliau mencari jalan untuk melarikan diri dan memberitahu Tun Mustapha mengenai penagkapannya dan beliau berpesan agar membela kematiannya nanti.
Ali Basa telah berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut di perairan Pulau Balak-balak Banggi dalam keadaan kaki tangan terikat dan telanjang bulat. Menurut beliau sewaktu berada dalam air laut ikan yu hanya mengelilingi beliau dan beliau boleh bernafas dalam air. Air laut tidak mengenai hidungnya dalam jarak sejengkal. Beliau berjaya membuka ikatan di kaki dan tangannya dan berenang ke Pulau Balak-Balak Banggi. Sewaktu terjun ke dalam laut, beliau telah dihujani dengan peluru meriam dan senapang tentera Jepun namun tidak langsung mengenai tubuh badannya. Keberanian Datu Muhamadun dan Ali Basa telah diabadikan dalam SYAIR PERANG SABIL dalam versi bahasa Suluk untuk menaikkan semangat jihad tentera gerila di Sabah.

Sewaktu Tun Mustapha kembali ke Sabah beliau amat marah dengan kematian adiknya. Tun Mustapha telah menubuhkan dan mengetuai tentera gerila bumiputera Sabah dengan berpangkat Kapten. Pasukan tentera gerila ini telah disertai oleh orang-orang bumiputera dari suku Suluk, Bajau Bannaran, Kagayan, orang Sungai, orang Rungus dan Dusun dari Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Beliau bermula dengan pangkat prebet dan setelah itu dinaikkan pangkat ke Sarjan di dalam Bahagian Perkhidmatan Perisikan Rahsia. 5 April 1945, Tun Datu Mustapha dinaikkan pangkat Leftenan. Selepas itu, beliau menjawat jawatan Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel R.G.P.N. Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud. Sewaktu melawan tentera Jepun, pasukan gerila Tun Mustapha telah terlibat dengan beberapa pertempuran di Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud dan Pulau Banggi. Sewaktu fasa akhir melawan tentera Jepun Tun Mustapha telah menempatkan semua keluarga dan sanak saudaranya yang ingin berpindah ke sebuah tempat persembunyian yang dikenali sebagai TAPOKAN di kawasan Telaga, Pitas.

Sekembalinya British dari Perang Dunia Kedua, beliau menyandang kerusi Ketua Anak Negeri Kelas 1 membawa gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK). Beliau telah memperjuangkan kemerdekaan Sabah dan atas kepimpinannya sewaktu melawan tentera Jepun di Sabah beliau telah diberi mandat untuk memimpin Sabah bagi mencapai kemerdekaan. Setelah itu, tiba saat gilang-gemilang apabila Sabah merdeka dalam Malaysia, beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah.

Zaman Kemerdekaan 


Selepas 2 tahun memerintah negeri Sabah, akhirnya pada 16 September 1965, beliau meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah dan menyerahkan jawatan kepada Tun Pengiran Ahmad Raffae. Beliau menjadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 1965-1973. Beliau adalah pengasas Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). Beliau juga pernah menjadi Presiden PERKIM (1977-1979) dan Presiden Pertubuhan Islam Sabah Bersatu (USIA). Beliau juga ahli Royal Commonwealth Association dan Commonwealth Parliamentary Association. Pada tahun 1972, beliau menjadi Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pengakap Negeri Sabah dan dianugerahkan Pingat 'SEMANGAT PADI'. Sekitar November 1973-Februari 1990, beliau dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Pertanian Malaysia.

Apakah Pas IMM13?


Pengenalan;


Pas IMM13 merupakan suatu pas lawatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia mengikut peruntukan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sejarah;


Pada awal tahun 1970-an, pergolakan politik dan agama tercetus di selatan Filipina. Susulan daripada pergolakan tersebut, ramai warganegara Filipina yang beragama Islam lari ke Sabah dan Labuan untuk memohon perlindungan. Beberapa skim penempatan pelarian telah diwujudkan oleh kerajaan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Semporna dan Labuan bagi tujuan di atas.

Memandangkan pelarian-pelarian ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah, kerajaan telah mengambil suatu langkah untuk mengiktiraf kehadiran pelarian-pelarian ini dengan meminda Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 menerusi Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) (Pindaan) 1972.

Menerusi pindaan tersebut, satu perenggan baru telah dimasukkan di bawah perenggan (j) dalam Jadual (Perenggan 2) Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 iaitu:

“Persons exempted from section 2 and section 3 of the Passports Act, 1966.


(k) Any national of the Republic of the Philippines entering Sabah other than by a vessel of an international shipping or air line, who satisfies the Minister that his entry is in the interest of Sabah.”


Pindaan di atas berkuatkuasa mulai 12 September 1972 dan selepas itu, pas lawatan HIF22 telah dikeluarkan kepada pelarian-pelarian tersebut dengan bayaran RM20.00 untuk sahlaku selama setahun. Pas tersebut boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun.

Pengeluaran pas tersebut bertujuan membantu pemantauan kumpulan pelarian-pelarian tersebut memandangkan mereka berbeza dari kumpulan pekerja-pekerja asing dan juga pendatang-pendatang tanpa izin.

Pas lawatan HIF22 kemudiannya telah ditukar format kepada pas lawatan sosial IMM13 dengan bayaran RM90.00 untuk sahlaku selama setahun. Pas tersebut juga boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun. Pembaharuan pas tersebut selari dengan cadangan pihak Refugees Commission of the United Nations yang mengambilkira keadaan di negera asal pelarian-pelarian tersebut yang tidak membenarkan mereka untuk dihantar pulang.

Siapa yang layak memegang pas IMM 13?


Pada dasarnya, pelarian-pelarian dari Filipina yang masuk ke Sabah dan Labuan antara tahun 1972 hingga 1984 layak memegang pas tersebut. Selain itu, anak-anak pelarian yang memiliki sijil lahir (sama ada ibu atau bapa adalah pemegang pas IMM13) juga layak memohon pas IMM13 bagi membolehkan mereka tinggal bersama ibu bapa mereka di Sabah dan Labuan.

Prosedur permohonan;

(i) Pemohon perlu hadir ke pejabat Imigresen untuk membuat permohonan dengan mengemukakan sijil lahir asal yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

(ii) Ibu atau bapa yang memiliki pas IMM 13 perlu hadir bersama pemohon dengan mengemukakan pas IMM 13 yang asal.

(iii) Sekiranya ibu atau bapa yang memiliki pas IMM 13 telah meninggal dunia, pemohon perlu membawa salinan asal sijil kematian dan pas IMM 13 ibu atau bapa mereka yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Kemudahan yang diterima;


Pemegang IMM 13 dibenarkan tinggal di negeri Sabah dan Labuan mengikut tempoh yang dinyatakan dalam pas. Pemegang pas IMM 13 juga boleh bekerja di negeri Sabah dan Labuan tanpa perlu memohon pas kerja (tetapi bukan untuk bekerja dalam sektor profesional dan perkhidmatan awam). Mereka juga berhak untuk menerima pendidikan dan perkhidmatan kesihatan mengikut budi bicara pihak-pihak yang berkenaan.

SUMBER: Solidariti Belia SulukBajau Sayang Sabah (FB)


4 comments:

  1. Woi Beruk,IC tun Mustapha bukan macam ni la.pandai pandai saja oo ni beruk buat blog tidak betul.

    ReplyDelete
  2. Permainan Judi Taruhan Online Terlengkap di Agen BOLAVITA dengan minimal deposit hanya Rp 50.000 saja.

    Permainan yang disediakan juga sangat lengkap, berikut permainan yang disediakan:
    • Bola Tangkas (Tangkasnet, Tangkas88 dan Tangkas1)
    • Casino Online (WM Casino, Green Dragon dan SBOBET Casino)
    • Sabung Ayam (S128, SV388 dan Kungfu Chicken)
    • Taruhan Bola (SBOBET, MAXBET/ICB Bet dan 368 Bet)
    • Togel Online (KLIK4D dan ISIN4D)
    • Games Virtual / Slot Games (Joker dan Play1628)

    Saat ini Agen BOLAVITA mengadakan Promo BONUS BIG MATCH 20% untuk Anda yang memasang taruhan pertandingan BIG MATCH di pertandingan besar.

    Daftar, main dan dapatkan bonusnya sekarang juga!!

    Baca juga =
    1. Cara Membuat Akun dan Bermain di Situs S128
    2. Promo Promo BOLAVITA

    Untuk info selanjutnya, bisa hubungi kami VIA:
    WA : +62812-2222-995
    BBM : BOLAVITA / D8C363CA
    Wechat : Bolavita
    Line : cs_bolavita

    ReplyDelete
  3. Mana no ic dia.. Adui edit pn x pndai..

    ReplyDelete
  4. Good👍👍👍👍👍👍👍👍

    ReplyDelete