Seorang pemuda; pembela Rasulullah S.A.W. telah dihukum mati oleh pihak berkuasa Pakistan. Beliau yang bernama Muhammad Muztaz Husain merupakan seorang tentera yang bertugas sebagai pengawal Hakim Pakistan - Salman Tatsir.
Muhammad Mumtaz Husain dijatuhi hukuman mati kerana telah membunuh seorang Hakim Wilayah Pinjab sekitar 5 tahun dahulu. Hakim tersebut bernama Salman Tatsir. Hakim berkenaan telah dibunuh kerana telah mencela dan menghina baginda Rasulullah S.A.W. di hadapan para tentera dan masyarakat umum.
Kejadian tersebut bermula setelah Salman Tatsir menyatakan bahawa undang-undang negara Pakistan yang menegaskan hukuman mati bagi para penghina Rasulullah S.A.W. merupakan undang-undang yang illegal atau gelap serta harus diperbaharui (diamandemen). Bukan setakat itu, hakim itu turut mencela, menghina dan mencaci maki baginda. Tersentak dengan hinaan itu, Muhammad Mumtaz Husain yang berada tidak jauh dari hakim berkenaan telah melepaskan 40 tembakan peluru timah secara berterusan. Beliau tidak rela dengan penghinaan hakim tersebut kepada Rasulullah S.A.W.
Setelah kejadian tersebut, pihak berkuasa Pakistan telah memenjarakan Muhammad Mumtaz Husain dan akhirnya beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung. Pelaksanaan hukuman gantung itu telah dijalankan pada 29 Februari 2016 bersamaan 20 Jamdilawal 1437H.
Beliau telah digantung dalam keadaan tersenyum dan disebutkan bahawa Allahyarham telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. sewaktu di dalam penjara. Pengkebumian Allahyarham telah dihadiri jutaan orang dan dipercayai 6 juta kaum Muslimin telah menyolatkan jenazahnya.
Sudah seharusnya bagi seorang Mukmin itu untuk membela Rasulullah S.A.W. berbanding dengan semua yang ada di muka bumi ini. Kerana dengan mencinta Rasulullah, keimanan kita telah dianggap sempurna.
"Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, para isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbangkan kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cinta daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq." - (Surah At-Taubah;24)
Rasulullah S.A.W. juga bersabda dalam hadithnya:
"Tidak beriman salah seroang daripada kalian sehingga aku lebih dicintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia." (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Sangat banyak berlaku ketika ini di mana orang akan marah dan bertindak kasar terhadap mereka yang menghina ahli keluarga dan kelompok mereka. Namun ketika Rasulullah S.A.W. dihina dan dicaci, tidak seorang pun memberi reaksi untuk membela meski dengan sikap dan ketegasan hati. Umat Islam kini seakan tidak peduli malah beranggapan "beragama" tidak perlu dipertahankan atau pun diamalkan.
Daripada kisah ini, jelas dilihat bahawa tentera yang bernama Muhammad Mumtaz Husain ini rela kehilangannya pekerjaan malah sanggup hilang nyawa demi kecintaannya kepada Rasul. Walaupun kes ini telah menimbulkan kontroversi tentang benar atau salahnya tindakan tersebut, namun ketahuilah bahawa cinta kepada Allah dan Rasul akan memiliki kedudukan yang tinggi di hadapan siapa pun. Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment