Semasa beberapa orang penyelidik ahli arkeologi sedang mencari gali ditapak sisa gunung berapi di bandar Rom Pompei, Itali mereka terjumpa banyak mayat-mayat yang telah keras disalut sisa kesan lava gunung berapi. Mayat mereka umpama seperti kisah Si Tanggang atau Malin Kundang yang keras jadi batu akibat disumpah. Amat hiba dan sedih kerana dikatakan keadaan mayat itu ada yang berpelukan antara ibu dan anak, isteri dan suami dan mereka ketakutan, kemudian mati-mati bersama-sama.
Lebih kurang 2000 tahun yang lalu, bandar Rom Pompeii ini telah tenggelam dengan dahsyat sekali, kira-kira 20 kaki dalamnya lahar letusan gunung Mount Vesuvius yang tidak disangka-sangka meletup!
Apabila gunung berapi yang meletus secara tiba-tiba, ramai penduduk Pompeii tidak sempat melarikan diri mencari tempat perlindungan.Mereka sebelum ini tidak pernah mengalami bencana yang begitu dahsyat hingga melenyapkan kesemua penduduk dan harta benda mereka.
Bandar Pompeii lenyap serta merta untuk masa yang agak lama selepas bencana alam itu, namun, pada tahun 1738 lokasi sebenarnya ditemui. Hingga kehari inipun ahli arkeologi giat menjalankan cari gali mereka untuk mencari beberapa lagi tinggalan dan ianya juga menjadi destinasi tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini.
SUMBER: beautifulplacesaroundtheworld
No comments:
Post a Comment