*TANDA TANDA SAKARATUL MAUT*
Pertama: Sulbi kita terasa sakit seperti ditusuk dengan jarum sampai ke ubun-ubun, sakitnya luar biasa dan telinga kita mendengar suara tembakan satu kali, maka segeralah kita ucapkan YA HU. Allah memberikan tanda bahwa umur kita tinggal 40 hari.
*Sulbi ~ Tulang di bawah sekali pada bahagian tulang belakang, yg terletak di punggung.
Kedua: Apabila dari mata kita keluar cahaya yang putih, kemudian cahaya itu berdiri di hadapan kita, kemudian berubah menjadi "seseorang" yang berpakaian amat indah mengadap kita. Apabila jelas tanda ini datang kepada kita, maka segeralah ucapkan ALLAH HAKKUL HAK. Tanda ini Allah menyatakan bahwa umur kita tinggal 7 hari lagi.
Ketiga: Apabila telah keluar dari mulut kita suatu cahaya yang sangat bersinar, kemudian cahaya itu berdiri di hadapan kita, kemudian berubah menjadi ujud kita atau serupa dengan kita; dan bersamaan dengan itu tercium bau yang sangat harum. Jikalau tanda ini jelas datangnya dari diri kita maka ucapkanlah :
ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN
Tanda ini Allah memberitahukan bahwa umur kita tinggal 3 hari lagi. Maka beramanatlah kita kepada sanak saudara dan jangan lagi kita lalai melakukan ibadah yang sering kita lakukan.
Keempat: Apabila sudah sampai kepada yang terakhir, maka berjagalah kita dan jangan lalai dengan zikir nafas yang keluar masuk, sambil menunggu tanda yang terakhir. Tatkala telinga kita berdengung yang sangat panjang, kemudian mata kita berubah menjadi kabur-kabur, kemudian penglihatan kita menjadi gelap dan di dalam kegelapan itu terpandang kita suatu titik cahaya, kemudian berubah pula penglihatan kita menjadi terang benderang penuh semesta alam, maka tenangkanlah hati kita dan berzikirlah kerana kita sedang berhadapan dengan NUR ALLAH. Akhir sekali, pendengaran kita berdengung lagi dan mata kita rasa mengantuk, maka ketika itu angkatlah tangan seperti orang mengangkat takbir dan mengucap:
ALLAHU AKBAR atau LA ILAHA ILLA ALLAH
*SAKARATUL MAUT*
JASMANI - kembali kepada bumi, kerana menerima himpitan daripada bumi itu. Hanya Rasulullah yang terlepas daripada hisab himpitan itu, sekalipun anak-anak.
ROHANI - kembali kepada Nur Muhammad, kerana menanti hari perhitungan pada hari kiamat.
NYAWA - kembali kepada yang punya hak. Adapun nyawa itu tiada berkeputusan menerima anugerah daripada Tuhannya, kerana ia limpahan dari pada ilmu-Nya yang qadim dengan menerima kasih sayang daripada-Nya.
Adapun ma'rifat itu, ialah hal keadaannya untuk mengetahui orang yang tiada lepas dari pada berkehendak kepada rahsia. Akhir dari ma'rifat itu ialah amal untuk menjalani sampai timbulnya kehendak itu, tiada yang lain tempatnya menjatuhkan kehendak melainkan kepada manusia.
Asal ma'rifat itu ialah akal untuk menimbulkan keyakinan bahwa ia tiada lepas dan pada berkehendak kepada rahsia. Mula ma'rifat itu ialah iman untuk menimbulkan tasdiq, kerana tasdiq itu berdiri kepada keEsaan-Nya dan kebesaran-Nya.
HADRATUR RAHMAN - Menilik kepada hamba-Nya dengan sifat JAMAL; tilik keelokan-Nya.
HADRATUR RUBUBIYAH - Menilik kepada hamba-Nya dengan sifat JALAL; tilik kebesaran-Nya.
HADRATUL-ULUHIYAH - Menilik kepada hamba-Nya dengan sifat KAMAL; tilik kesempurnaan-Nya. Orang yang tiada sampai kepada sebenar-benar pengenal maka ditilik dengan sifat KAHHAR; ertinya tilik kekerasan.
MUSYAHADAH - bermesralah ujud-Nya kepada zat-Nya seperti mesranya cahaya dengan matahari. Pujinya Hu-Allah.
SAKARATUL MAUT - keluarlah Rohani meninggalkan jasmani dengan pujinya Allah-Hu. Tinggallah nyawa memuji Tuhan-Nya dengan pujinya Ah-Ah. Kembalilah nyawa dengan pujinya
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH; tiada dengan huruf tiada dengan suara. La hurufin wala sautin.
Pesan guru ku...
Sebelum kau akan merasai mati, bukalah dahulu Al-Quran....Al-Quran yang kau dapatkannya itu mestilah Al-Quran sejati lagi haqiqi, bukanlah sepertimana yang terdapat di kedai-kedai yang menjualnya berbentuk perhiasan atau kitab. Haruslah kau membaca Al-Quran itu sehinggalah kau dapat mengkhatamkan seluruh bacaannya...usahlah baca separuh-separuh lalu kau tinggalkannya begitu saja. Setelah kau mengkhatamkan (menamatkan) bacaan Al-Quran, hendaklah kau pergi pula menunaikan haji dan umrah yang mana perjalanannya tak sampai sehari semalam, meskipun jarak tempatmu amat jauh antara Mekah dan Madinah. Setelah itu, hendaklah kau menemui junjungan besar RASULULLAH S.A.W., memohon syafaatnya dan kepada sekalian para Nabi dan Rasul agar kau juga diberikan syafaat oleh mereka, dan juga kepada para sahabat Nabi S.A.W. berserta ahli keluarganya, dan juga hendaklah kau mendekati kaum muslimin agar kau memperoleh pembelaan dari mereka di hari perhitungan yaumil masyhar nanti.
i. Tidur itu adalah mati.
ii. Surah Al-Fatihah adalah induk Al-Quran atau Ummul Kitab. Makna Fatihah adalah pembukaan; pembuka bagi segala hijab. Bacalah Al-Fatihah untuk dirimu sebanyak 21x sebelum kau tidur.
iii. Membaca 3x Surah Al-Ikhlas adalah sama mengkhatamkan seluruh Al-Quran.
iv. Membaca zikir "Subhanallahu Walhamdulillahi Walaailaha illallahu Wallahu Akbar" (tak termasuk bacaan haqalah) adalah sama menunaikan haji dan umrah yang sunnat.
v. Bersalawat kepada Nabi S.A.W. - akan menemui Rasulullah dan mendapat syafaat baginda di dunia dan akhirat. Bacalah sebanyak 9x.
vi. Begitu juga jika ditambah selawat kepada sekalian para Nabi dan Rasul dan para mukmin dan mukminat "Wal anbiya'i walmursalin wali jami'il muqmini wal muqminat" akan mendapat syafaat dari para Nabi dan Rasul, dan juga mendapat pembelaan daripada orang-orang mukmin yang soleh di hari perhimpunan yang akan menghisab amalan manusia.
vii. Begitu juga jika ditambah dengan salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabat baginda "wa'alaa alihi wasohbihi ajma'in" - semoga akan berada dekat sisi mereka yang tinggi darjatnya di sisi Allah.
Pesan guru ku lagi....
"Untuk apa mencari tempat yang jauh-jauh dan terpencil dari kebisingan orang ramai seperti mencari sebuah gua untuk bersuluk, sedangkan di dalam diri kamu itu sendiri telah adanya juga Gua Hira' sama sebagaimana gua yang pernah dihuni oleh Muhammad Rasulullah dahulunya?"
"Untuk apa sampai menunggu waktu tengah malam kerana hendak bertahajjud, sedangkan kamu bila-bila saja boleh bertahajjud sesudah memasuki dalam diri kamu itu tanpa ikatan siang ataupun malam?"
"Untuk apa pergi jauh sampai ke Kota Madinah untuk menziarahi Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah, sedangkan Rasulullah itu senantiasa boleh kamu menziarahinya di dalam diri kamu itu sendiri?"
SUMBER: Internet (Facebook)
No comments:
Post a Comment