Thursday, 5 May 2016

LEGENDA GERGASI PURBA DI AMERIKA

Menurut legenda dan cerita rakyat Amerika, turun-temurun, terdapat sejumlah suku Indian di Amerika menceritakan adanya sekumpulan bangsa/kaum gergasi yang kulit putih pucat namun ia dikatakan telah pupus.

Kisah mengenai manusia gergasi bukan hanya diceritakan dalam kalangan suku-suku Indian di Amerika Syarikat, tetapi juga merebak hingga Suku Manta di Peru, Amerika Selatan.

Antara suku-suku yang pernah diceritakan termasuklah:

Choctaw
(Gambar Sekadar Hiasan)

Pada tahun 1899, Horatio Bardwell Cushman pernah menulis dalam bukunya yang berjudul "Sejarah Suku-Suku Indian Choctaw, Chickasaw dan Natchez".


Cushman menyebut Tradisi Choctaw berkisahkan tentang bangsa gergasi yang dahulunya tinggal di Tennessee. Kaum gergasi itu diserang semasa mereka berpindah dan tiba di Mississippi.

"Tradisi yang ada menyatakan bahawa Nahullo itu bermaksud (bangsa gergasi) yang gagah dan kuat."

Cushman mengatakan bahawa "Nahullo" digunakan untuk menggambarkan semua orang berkulit putih yang ditemui oleh suku Choctaw ketika pertama kalinya menyeberangi sungai Mississippi.

Nahullo juga disebut orang-orang kanibal yang akan dibunuh oleh Choctaw ketika ada kesempatan.

Comanche
(Gambar Sekadar Hiasan)

Pada 1857, Ketua Pegawai Rolling Thunder dari Suku Comanche, suatu suku dari Great Plains, memberi penjelasan tentang bangsa kulit putih raksasa.

"Setelah melakukan banyak kajian, memang wujud bangsa manusia kulit putih setinggi 3 meter. Jauh lebih putih dari orang kulit putih yang hidup zaman sekarang."

"Mereka menetap di kawasan yang terbuka dan luas terbentang dari tempat terbit hinggalah tempat terbenamnya matahari. Kawasan mereka dikelilingi oleh puncak-puncak gunung, melindungi mereka daripada orang-orang bandar yang padat penduduknya ."

"Mereka sangat kuat unggul berbanding bangsa lain dengan kemahiran serta 
berani, kuat berkuasa atas tanah jajahan yang mereka rebut dari pemilik terdahulunya dengan atas usaha mereka sendiri."

Oleh kerana mereka sangat hebat dan kuat, jadi mereka sangat sombong. Mereka lupa keadilan dan bertindak kejam tanpa belas kasihan. Dikatakan 'Roh Agung' memusnahkan mereka semua kerana kesombongan dengan meruntuhkan bukit-bukit dan gunung sehingga menimbus mereka semua.

Cerita ini ada dicatat oleh Dr. Donald "Panther" Yates, seorang penyelidik dan penulis buku mengenai penduduk gergasi Amerika.

Navajo
(Gambar Sekadar Hiasan)

Yates juga menuliskan tentang orang-orang Starnake dalam legenda Navajo.

"Bangsa kulit putih gergasi ini hebat dengan teknologi perlombongan yang mendominasikan wilayah Barat. Mereka dikatakan dimusnahkan kerana menjadi mangsa dengki"

Manta
(Gambar Sekadar Hiasan)

Pada 1864, Pedro de cieza de León menuliskan dalam bukunya tentang "Chronicle of Peru" tentang legenda gergasi yang diceritakan kepadanya oleh orang-orang asli Manta.

"Ada beberapa laporan tentang gergasi-gergasi di Peru, yang menetap ditepi pantai di Saint Elena ... kaum mereka ni mewarisi tradisi dari nenek moyang mereka untuk terus hidup."

Paiute
(Gambar Sekadar Hiasan)

Suku Paiute mempunyai tradisi lisan tentang manusia kanibal berkulit putih setinggi 3 meter dengan rambut merah, menetap di sekitar gua yang dikenali sebagai Lovelock Cave di negara bahagian Nevada.

Belum begitu jelas sama ada tradisi lisan tentang Sitecah ini memang wujud atau hanya kisah yang hanya diada-adakan atau terpesong dari legenda yang dicipta selepas Suku Paiute. Hampir kesemuanya dibunuh dan diusir pada tahun 1833 - semasa ekspedisi oleh peneroka Joseph Walker.

Brian Dunning menyatakan dalam legenda Paiute tidak ada disebut tentang Sitecah sebagai gergasi. Namun demikian, mereka disyaki memang melakukan kanibalisme dan tinggal di Lovelock Cave.
Buktinya ada sisa-sisa rangka manusia ditemui di sana.

Namun demikian, kanibalisme merupakan amalan yang sangat jarang di antara suku-suku tersebut. Dan kebanyakkannya kerana untuk dijadikan korban/ritual untuk dewa-dewa mereka. Misalnya untuk mengelakkan kemarau berpanjangan, mereka harus menyerahkan korban manusia untuk menurunkan hujan.

Ancientcode
(Gambar Sekadar Hiasan)

SUMBER: Internet (Facebook)

No comments:

Post a Comment