Elizabeth Lake adalah tasik buatan manusia yang terletak di Fremont, California. Keluasan tasik itu sendiri berukuran 83 ekar. Jauh dari riuh rendah kesibukan kota dan manusia, airnya cetek, tenang dan mempunyai pemandangan yang mempersonakan bagi sesiapa yang cintakan alam semulajadi.
Lokasi tasik amat sesuai untuk dijadikan tempat berehat dan bercuti serta perkhemahan. Beberapa ekor haiwan menjadi teman setia tasik seperti angsa, itik,kura-kura serta beberapa spesis burung.
Itu kalau siang, tapi kalau malam? Tentu suasanya sepi, dan seram. Keadaan air tasik yang tenang kadang-kadang tiba-tiba berkocak kuat tak tahu apa isi tasik ni. Menurut cerita orang sekeliling, tasik ini ada penjaganya. Iaitu mahkluk raksasa yang besar. Bukan saja makhluk pelik, ular yang sangat besar (lebih besar dari anaconda) juga pernah kelihatan di tasik ni. Pernah diceritakan oleh seorang lelaki kebetulan dia suka memancing waktu malam, semasa dia di atas bot, dia dapat rasakan sesuatu berjalan menyusur bawah botnya kerana air berkocak secara tiba-tiba. Dia berasa tak sedap hati terus kelam kabut meninggalkan kawasan itu.
Tasik itu tak kurang juga tersimpan pelbagai kisah misteri dan peristiwa hitam. Penduduk tempatan di sini menceritakan tentang kisah mengenai seorang wanita pernah mati lemas di kawasan tasik. Yang peliknya semua tidak tahu bagaimana dia mati.
Semasa Lake Elizabeth baru-baru dibuka pada tahun 1968, wanita itu dikatakan mangsa pertama yang lemas di tasik itu selepas setahun dibuka. Apa yang memeranjatkan semua tidak tahu bagaimana dia mati. Mayatnya yang berpakaian putih, dijumpai terapung di permukaan tasik. Mayatnya telah kembung kerana dikatakan mungkin beberapa hari lemas. Matanya terbeliak keadaannya mengerikan.
Tidak ada tanda-tanda atau unsur jenayah didapati semasa pihak forensik melakukan siasatan, dia mungkin membunuh diri. Yang menyedihkan tiada siapa pun menuntut jenazah mayat wanita itu. Namun ada juga suara-suara sumbang menyatakan wanita itu mungkin menjadi mangsa korban ritual memandangkan tasik itu baru saja dibuka.
Tempat itu kemudian dikatakan berhantu. Pernah diceritakan oleh beberapa pengunjung mereka terlihat seorang wanita menangis di tepi tasik, semasa mereka cuba memujuk dan menghampirinya, dia menjerit kata: "Jangan datang dekat!" Dan terus terjun ke dalam tasik dan hilang. Pelik, selalunya orang yang lemas dalam air akan meronta-ronta, namun wanita ini masuk terus dan hilang tenggelam dalam tasik.
Semasa hendak menyelamatkannya (bagi yang tahu berenang) mereka bersusah payah terjun mencari wanita itu, namun tiada tanda-tanda orang mati lemas. Semasa membuat laporan, barulah mereka tahu cerita sebenarnya bahawa wanita itu bukan manusia! Ada juga laporan orang melihat dia sering kelihatan berjalan-jalan waktu tengah malam semasa bulan mengambang di sepanjang jalan masuk ke tasik. Jalan itu sangat gelap dipenuhi pokok-pokok hutan kiri kanan jalan. Namun paling banyak cerita mereka nampak wanita itu menangis dan terjun ke tasik, dan terus hilang.
Sebelum tasik ini dibuka, pernah dikatakan ia adalah kawasan lombong terbiar. Semasa zaman perang saudara, pernah terjadi peristiwa pembunuhan kejam di kawasan itu yang melibatkan kematian seorang kanak-kanak bernama Susan. Nama panggilannya ialah Elizabeth. Dia dikatakan menjadi mangsa pembunuhan kejam ayah tirinya selepas kematian ibu Elizabeth. Elizabeth mempunyai seekor anjing, juga menjadi mangsa racun lelaki gila itu. Selepas meracun anjing itu, dikatakan dia terus mengheret Elizabeth ke lombong dan melemaskan kanak-kanak malang yang tidak berdosa itu. Dia dikatakan dijumpai mati kaku oleh penduduk tempatan di tepi tasik. Dikatakan ayah tirinya melarikan diri entah ke mana. Mayat Elizabeth dikebumikan di kawasan lombong. Sejak dia mati sering kelihatan roh Elizabeth di kawasan itu bersama anjingnya. Dia akan ketawa sekiranya sesiapa saja yang lalu di situ. Hinggalah kemudiannya tempat itu dicadangkan untuk dibangunkan menjadi kawasan riadah dan tasik. Elizabeth Lake dinamakan sempena namanya.
SUMBER: Internert (Facebook)
No comments:
Post a Comment