Wednesday 16 November 2016

12 TEMPAT YANG MENYERAMKAN DI DUNIA














KOLEKSI KISAH SERAM

LUKISAN OEI HUI LAN

HOTEL Tugu di Malang dikenal sebagai hotel terseram. Hal ini kerana di Hotel Tugu terdapat lukisan wanita berambut panjang yang misterius. Selain itu, dikatakan oleh Miss Online 2015, Cilia Limantara yang pernah mengunjungi Hotel Tugu, penampilan luar bangunan sudah sangat seram. Wanita kelahiran Malang tersebut mengatakan, bangunan Hotel di Jalan Tugu No.3 sangat kuno.

"Jadi, memang hotelnya terlihat seram dengan tampilan luarnya lebih banyak pohon-pohon rimbun dan memang bangunannya kuno,” ungkapnya saat ke Okezone di Gedung HighEnd, Kebon Sirih, Jakarta Pusat.

Selain itu, menurut Cilia Limantara di Hotel Tugu banyak menyimpan koleksi-koleksi kuno, seperti alat-alat musik dan wayang. Namun, yang membuat Hotel Tugu menyeramkan adalah lukisan besar perempuan cantik berambut panjang yang misterius.

“Ada sebuah lukisan besar perempuan cantik berambut panjang di dalam ruangan khusus. Wanita di dalam lukisan itu seperti menatap ke arah kita terus.” ceritanya.

Untuk diketahui, wanita di dalam lukisan tersebut adalah Oei Hui Lan, puteri dari pria terkaya di Asia Tenggara pada abad ke-19, Oei Tiong Ham. Oei Hui Lan selalu mendampingi ayahnya berdagang ke serata dunia, hingga akhirnya menikah dengan Wellington Koo, yaitu salah satu duta besar Tiongkok.

Oei Hui Lan sempat menceritakan kisah hidupnya dalam sebuah buku berjudul 'No Feast Last Forever' sebelum meninggal dunia pada tahun 1992 di usia 93 tahun. Lukisan di Hotel Tugu ini merupakan salah satu peninggalan Oei Hui Lan, namun tidak diketahui siapa yang melukisnya.

MISTERI TANGAN HANTU

Foto hitam dan putih yang dicetak sekitar tahun 1900 ini menjadi viral di media sosial. Merekam rupa gadis berseragam kain linen, foto ini disusupi "Tangan hlHantu" yang menempel di punggung. Berpose dengan tangan-tangan terlipat di depan mereka, grup pekerja ini kompak menatap kamera. Gadis muda ini sebagian besar menampilkan muka kaku dan tidak tersenyum. Satu ciri khas foto tahun 1900-an.

Dilansir dari Dailymail, Rabu (29/6/2016), diduga foto ini dibuat untuk mendokumentasikan wajah pekerja pabrik tekstil di Kota Belfast, ibu kota sekaligus kota terbesar di Irlandia Utara. Keanehan foto ini ada pada wanita muda pada baris ketiga di sisi paling kanan, yang seperti memiliki tangan bercakar menempel di bahu kanannya.

Wanita belakangnya berpose dengan tangan terlipat di depannya, sehingga tangan tidak mungkin diletakkan ke pundak rekannya. Dengan posisi tangan tampaknya beristirahat, seolah-olah itu adalah bagian tangan sahabatnya.

Gadis itu tampaknya tidak menyadari ada tangan di pundak kanannya, dengan pose santai menatap kamera. Ketika foto tersebut dibuat lebih besar, nampak jelas terlihat detail di tangan termasuk tikungan jari-jari dan kuku ibu jari. Melihat rupa foto yang masih berupa hitam-putih, cukup susah untuk dimanipulasi.


PULAU ANAK PATUNG

Dari jauh kelihatan sebuah pulau kecil yang mempamerkan suasana suram dan menyeramkan dengan ratusan anak patung sengaja dibiarkan tergantung pada pokok-pokok di pulau tersebut. Terletak di bahagian selatan Bandar Raya Mexico berhampiran dengan terusan Xichimico, pulau kecil itu yang dikenali sebagai Isla de las Munecas atau Pulau Patung telah menjadi tarikan pengunjung untuk mengalami sendiri suasana berada di pulau yang menyeramkan itu.

Menurut cerita penduduk tempatan, pulau itu telah ditemui oleh seorang lelaki bernama Julian Santana Barrera sebelum dia mengubah pulau tersebut menjadi Pulau Patung dengan alasan untuk menenangkan roh seorang kanak-kanak perempuan. Kisahnya bermula apabila Barrera menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai mati lemas di perairan pulau tersebut kira-kira 50 tahun lalu. Beberapa hari kemudian, lelaki itu menemui sebuah anak patung tidak berapa jauh dari lokasi mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui dan percaya kemungkinan anak patung tersebut milik kanak-kanak malang itu.

Sejak daripada peristiwa itu, Barrera mendakwa seringkali terlihat kelibat roh kanak-kanak selain terdengar suara seperti orang yang kelemasan sedang meminta tolong.

Bagi menenangkan roh kanak-kanak itu yang dipercayai tidak tenteram, Barrera telah menggantung patung yang ditemuinya sebagai cara untuk menunjukkan rasa hormat dan simpati atas kematian kanak-kanak itu. Bagaimanapun, usaha tersebut gagal apabila roh kanak-kanak misteri itu terus menghantui hidupnya sebelum Barrera menghias pulaunya dengan ratusan anak patung yang digantung pada pokok-pokok untuk mententeramkan roh kanak-kanak tersebut.

Pada tahun 2001, lelaki tersebut telah ditemui mati secara misteri yang dipercayai kerana lemas di sekitar perairan yang sama mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui. Akhirnya, kisah misteri yang menghantui pulau itu tersebar luas sehingga menarik minat orang ramai untuk mengunjungi pulau tersebut dan merasai pengalaman berada di situ. Menurut pengalaman pengunjung yang pernah berada di Pulau Patung itu, suasana di pulau tersebut cukup menyeramkan, malah kelihatan suram dan gelap walaupun pada waktu tengah hari.

Patung-patung yang tergantung pada pokok menambahkan lagi suasana tidak menyenangkan apabila ada di antara patung tersebut tidak mempunyai tangan dan kepala selain mata anak patung yang dicungkil. Beberapa saksi mendakwa, mereka pernah terlihat kepala dan tangan anak patung yang digantung bergerak, malah turut mendengar anak patung tersebut berbisik antara satu sama lain. Persoalan tentang jumlah ratusan anak patung yang terdapat di pulau itu telah menimbulkan tanda tanya dari mana Barrera mendapat anak patung tersebut.

Seorang kenalan kepada lelaki itu yang enggan dikenali memberitahu, selepas Barrera sering diganggu roh kanak-kanak itu, dia kelihatan seperti dirasuk dengan terus mengumpul anak patung yang dibeli dan menggantungnya diseluruh pulau tersebut. Orang ramai mendakwa bahawa Barrera telah dirasuk oleh semangat atau roh jahat yang ada di pulau tersebut dan membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik di Pulau Patung itu. 

Sejak kematian Barrera, Pulau Patung menjadi terkenal dan telah dikomersialkan sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan menarik di Mexico pada hari ini.


ANAK KROK

Segelintir individu gemar membela ‘Anak Krok’ iaitu sejenis alat pemujaan diperbuat daripada tulang manusia yang sudah meninggal dunia walaupun dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit. Alat pemujaan yang ‘dihidupkan’ dengan jin itu perlu diberikan makan enam titik darah tuannya sendiri setiap tiga bulan. Ia antara syarat pemilikkan alat pemujaan itu yang kini popular di kalangan bomoh kerana kononnya mampu mendapat kekuatan luas biasa dan didakwa lebih hebat daripada Toyol.

Malah, ada bomoh sanggup memiliki hingga 12 Anak Krok tanpa mempedulikan perbuatan seperti itu bersifat tahyul dan khurafat. Difahamkan, Anak Krok diperolehi dari Thailand. Menjelaskan lebih lanjut mengenai penggunaan alat pemujaan terbabit, seorang pengamal perubatan tradisional, Fadzil Othman, 46, berkata Anak Krok hanya boleh diperoleh daripada bomoh tertentu dari negara jiran itu dan dipercayai tiada individu dalam negara ini mampu menghasilkannya. Dia berkata, Anak Krok kononnya mampu memberi wang kepada tuannya dengan mencuri daripada orang ramai seperti dilakukan Toyol.

“Setiap pemilik Anak Krok mampu memusnahkan sesuatu objek dengan mudah biar apa pun saiznya selain mampu memikat wanita cantik hanya dengan senyuman.“ 

Bomoh juga menggunakannya sebagai alat pengimbas ala X-Ray bagi mengenal pasti jenis penyakit yang dialami pesakitnya sebelum memulakan rawatan,” katanya.

Fadzil berkata, Anak Krok juga boleh digunakan samseng serta menundukkan pengikut supaya patuh kepada arahan diberikan. Bagi menghasilkan Anak Krok katanya, tulang mestilah milik individu yang memiliki ilmu tinggi seperti guru silat atau tomoi. Semakin tinggi ilmunya, harganya boleh mencecah sehingga RM10,000 dan kekuatannya juga ditentukan berdasarkan jenis dan saiznya. Katanya, pemilik Anak Krok perlu membuat perjanjian aneh sebelum bergelar tuan seperti menjaganya seperti anak kandung selain membenarkannya menghisap darah sendiri sebanyak enam titik setiap tiga bulan.

“Jika tidak dapat mematuhi perjanjian berkenaan, Anak Krok akan memberontak dan mengganggu pemilik serta ahli keluarganya,” katanya. Menurutnya, setiap Anak Krok hanya mampu melakukan satu perkara dalam satu masa.

TEACHING ENGLISH: CREATIVE & INNOVATIVE















SUMBER: https://www.facebook.com/muhaini.ibrahim.5/posts/1304358399615858

BUNUH DIRI BESAR-BESARAN SELEPAS PERANG DUNIA KE-2

Kemusnahan negara, kematian ngeri manusia akibat perang dunia sering dibicarakan dimedia massa serta media cetak namun jarang kes2 perang contohnya Perang Dunia ke-2 yang mendedahkan tentang kes2 terpencil iaitu kes bunuh diri.
Dikatakan selepas perang, disebuah kampung terjadinya satu kes bunuh diri besar2ran dibandar Jerman, Demmin, di mana dianggarkan seramai 900 orang penduduknya memilih untuk menamatkan riwayat hidup masing2 dalam tempoh 72 jam kerana takut akan perubahan drastik yang akan dikenakan oleh pasukan Soviet terhadap mereka.
Dengan berakhirnya perang ia menjelaskan bahawa Nazi tidak lagi akan memerintah. Kebanyakkan penduduk sangat takut dan tidak boleh menerima kenyataan dan perubahan.
Dalam tahun 1920-an dan 30-an, Demmin telah dipengaruhi oleh peningkatan dalam nasionalis yang sebahagian besar terdiri daripada Parti Rakyat Nasional Jerman. Orang awam memboikot perniagaan orang Yahudi. Kebanyakan orang-orang Yahudi berpindah sebelum perang bermula.
Pegawai Nazi, polis, dan orang ramai memilih untuk meninggalkan bandar sebelum ketibaan Tentera Merah 'the red army'. Kedua2 jambatan menuju ke Demmin yang menjadi penghubung utama telah dirobohkan. Oleh kerana bandar itu kebanyakannya dikelilingi oleh air, penduduk bandar kini tidak ada cara lain untuk melarikan diri. Ramai orang awam menyerah diri dengan menggantung bendera putih di atas pintu rumah mereka, tak kurang juga ada yang memilih untuk melawan tentera Soviet.
Suatu petang, setelah mendapat khabar tentang kematian Hitler, beribu-ribu askar Soviet mula menggeledah rumah-rumah penduduk bandar dan merompak untuk barang keperluan. Diantara tarikh 30 April hingga 2 Mei 1945, lebih daripada 80 peratus bandar telah dimusnahkan. Tentera Soviet mula melaksanakan tindakan ganas mereka dengan menceroboh mengugut merogol serta membunuh sebelum rumah2 mereka dibakar.
Oleh kerana hidup yang sentiasa dibayangi ketakutan dan tiada pilihan lain, beratus-ratus orang penduduk tempatan mula mengambil tindakan drastik dengan mengakhiri kehidupan mereka sendiri. Ramai yang memilih membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai hingga lemas, mengelar pergelangan tangan, menggantung diri mereka dipokok, meminum racun satu keluarga bagi menamatkan suasana panik dan ketakutan. Ramai juga yang berbunuhan sesama sendiri. Kebanyakan mayat2 yang mati bunuh diri ni dikebumikan dalam satu liang lahad yang besar. Terkuburnya penduduk Demmin bererti terkuburnya juga bandar itu.



Wednesday 2 November 2016

LAPAN (8) JENIS PEKERJAAN YANG SUDAH PUPUS PADA ZAMAN INI

Sesuai dengan peredaran zaman dan teknologi yang semakin canggih pada zaman ini, beberapa jenis pekerjaan juga telah hilang ditelan zaman, apabila khidmat pekerjaan ini sudah tidak diperlukan lagi.

Di sini, kami senaraikan 8 jenis pekerjaan yang sudah lenyap ditelan zaman:

1. Penyusun Pin Boling
Beberapa orang budak lelaki diupah untuk menyusun ten-pin di lorong boling, selepas para pelanggan membuat balingan. Cuba tengok sekarang, ada lagi tak pusat boling yang guna orang untuk susun pin tu, kalau ada memang betul-betul old school la.

2. Jam Penggera Manusia
Pekerjaan ini telah wujud di England dan Ireland semasa Revolusi Industri sehingga tahun 1920-an. Dengan upah beberapa sen seminggu, jam manusia penggera akan mengejutkan pelanggan setiap pagi. Bagi pelanggan yang berada di tingkat atas mereka akan di kejutkan dengan mengetuk tingkap.

3. Pemotong Ais
Pekerjaan ini agak ekstrem, pekerja perlu memotong ais di tasik yang membeku. Kiub yang terhasil telah dihantar kepada pelanggan dan digunakan untuk penyimpanan makanan.

4. Pengesan Radar Pesawat Musuh
Sebelum penciptaan radar, perkhidmatan rahsia digunakan pantulan dan peranti akustik mendengar untuk mengesan bunyi enjin pesawat.

5. Penangkap Tikus
Penangkap tikus untuk kawalan yang diamalkan di Eropah bagi mencegah penyebaran penyakit kepada manusia, yang paling terkenal pada ketika itu Wabak Hitam dan untuk mengelakkan kerosakan kepada bekalan makanan.

6. Tukang Penyala Lampu
Pada setiap malam di sekitar bandar pekerja akan menyalakan semua lampu dengan tangan, biasanya pada tiang panjang.

7. Pembawa Kayu Balak
Zaman dahulu belum lagi wujud lori balak untuk mengangkut kayu balak seperti sekarang. Jadi kayu balak yang berat itu akan di bawa melalui sungai ke tempat pemprosesan.

8. Operator Switchboard
Kini banyak kerja yang dahulunya dilakukan oleh manusia telah digantikan dengan robot. Begitu juga dengan operator penyambung talian telefon ini, wayar berselirat ini pun sudah buat aku pening.