Kemusnahan negara, kematian ngeri manusia akibat perang dunia sering dibicarakan dimedia massa serta media cetak namun jarang kes2 perang contohnya Perang Dunia ke-2 yang mendedahkan tentang kes2 terpencil iaitu kes bunuh diri.
Dikatakan selepas perang, disebuah kampung terjadinya satu kes bunuh diri besar2ran dibandar Jerman, Demmin, di mana dianggarkan seramai 900 orang penduduknya memilih untuk menamatkan riwayat hidup masing2 dalam tempoh 72 jam kerana takut akan perubahan drastik yang akan dikenakan oleh pasukan Soviet terhadap mereka.
Dengan berakhirnya perang ia menjelaskan bahawa Nazi tidak lagi akan memerintah. Kebanyakkan penduduk sangat takut dan tidak boleh menerima kenyataan dan perubahan.
Dalam tahun 1920-an dan 30-an, Demmin telah dipengaruhi oleh peningkatan dalam nasionalis yang sebahagian besar terdiri daripada Parti Rakyat Nasional Jerman. Orang awam memboikot perniagaan orang Yahudi. Kebanyakan orang-orang Yahudi berpindah sebelum perang bermula.
Pegawai Nazi, polis, dan orang ramai memilih untuk meninggalkan bandar sebelum ketibaan Tentera Merah 'the red army'. Kedua2 jambatan menuju ke Demmin yang menjadi penghubung utama telah dirobohkan. Oleh kerana bandar itu kebanyakannya dikelilingi oleh air, penduduk bandar kini tidak ada cara lain untuk melarikan diri. Ramai orang awam menyerah diri dengan menggantung bendera putih di atas pintu rumah mereka, tak kurang juga ada yang memilih untuk melawan tentera Soviet.
Suatu petang, setelah mendapat khabar tentang kematian Hitler, beribu-ribu askar Soviet mula menggeledah rumah-rumah penduduk bandar dan merompak untuk barang keperluan. Diantara tarikh 30 April hingga 2 Mei 1945, lebih daripada 80 peratus bandar telah dimusnahkan. Tentera Soviet mula melaksanakan tindakan ganas mereka dengan menceroboh mengugut merogol serta membunuh sebelum rumah2 mereka dibakar.
Oleh kerana hidup yang sentiasa dibayangi ketakutan dan tiada pilihan lain, beratus-ratus orang penduduk tempatan mula mengambil tindakan drastik dengan mengakhiri kehidupan mereka sendiri. Ramai yang memilih membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai hingga lemas, mengelar pergelangan tangan, menggantung diri mereka dipokok, meminum racun satu keluarga bagi menamatkan suasana panik dan ketakutan. Ramai juga yang berbunuhan sesama sendiri. Kebanyakan mayat2 yang mati bunuh diri ni dikebumikan dalam satu liang lahad yang besar. Terkuburnya penduduk Demmin bererti terkuburnya juga bandar itu.
No comments:
Post a Comment