Monday 31 March 2014

MOHON MAAF : NIK AJIS WAJIB SPESIFIKKAN KESALAHANNYA SUPAYA MELAYU LEBIH JELAS

Nik Ajis semalam memohon maaf di atas kesalahannya selama memerintah Kelantan.

Beliau menitiskan air mata sambil memohon maaf.

Tambah Nik Ajis lagi, sakitnya ini adalah kifarah di atas kesalahan selama dia memerintah Kelantan.

Eloknya Nik Ajis spesifik dan detailkan mana satu kesalahannya supaya bangsa melayu lebih jelas.

Adakah Nik Ajis memohon maaf kerana air Kelantan masih kotor?

Adakah Nik Ajis memohon maaf kerana lebuh raya Kelantan tak siap?

Adakah Nik Ajis memohon maaf kerana isu ladang rakyat?

ATAU NIK AJIS MENGAKUI KIFARAHNYA ITU MELIPUTI KESALAHAN BELIAU SEWAKTU MENJADI MURSIDUL AM PAS?

adakah nik ajis memohon maaf kerana menggelarkan ahli umno tak masuk syurga ?

Adakah Nik Ajis memohon maaf kerana kerap mengeluarkan fatwa perpecahan antara PAS dan UMNO?

Adakah Nik Ajis memohon maaf di atas kenyataannya YANG MENYAMAKAN NABI MUHAMMAD SAW ITU MACAM MAMAT² KAT KAMPUNG SAHAJA ?

Adakah Nik Ajis memohon maaf kerana kenyataannya yang mendakwa sambutan Maulidur-Rasul itu bidaah ?

MOHON MAAF DI ATAS KESALAHAN MANA SATU NI POK NIK ?

ATAU NIK AJIS MEMOHON MAAF DI ATAS KENYATAANNYA DI BAWAH :-

* “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

* “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” – Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

* “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

* “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

* “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

* “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

* “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

* “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

* “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

* “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

* “Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

* “Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” – Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

* “Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.”- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

* “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

* “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

* “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

* “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

* ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

* “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

* “Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat… tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat…” – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

* “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

* “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

SUMBER : www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com

Friday 28 March 2014

LAKONAN AMERIKA??

1. Pertamanya kita perlu berterima kasih kepada 26 negara yang bersama membantu Malaysia dalam operasi SAR MH370. Memandangkan aset Malaysia yang agak terhad (disebabkan pembangkang yang sering memekak setiap kali kerajaan buat keputusan sama ada untuk menambah atau upgrade aset pertahanan negara); maka bantuan dan sokongan negara-negara yang mempunyai hubungan baik dengan Malaysia amatlah dihargai.

2. China telah menghantar 11 aset untuk membantu operasi SAR MH370, sama banyak dengan aset yang dihantar Malaysia. Ini tidak menghairankan kerana seramai 153 penumpang MH370 adalah warganegara China; walaupun sebelum itu Beijing sendiri lambat hantar aset dalam operasi SAR, termasuk data salah diberikan satelit mereka yang kononnya MH370 hilang di Laut China Selatan hingga buang masa dan tenaga operasi SAR disebabkan silap lokasi di peringkat awal tragedi.

3. Indonesia menjadi negara kedua terbanyak membantu operasi SAR dengan menghantar 10 aset walaupun hanya 6 orang warganegara mereka dalam senarai penumpang MH370. Ini membuktikan betapa akrabnya hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

4. Seterusnya Australia (10 aset), Jepun dan New Zealand (3 aset) India dan Korea (2 aset) dan yang lain 1 aset. Tampak seolah tragedi MH370 ini telah diambil kesempatan oleh negara-negara kuasa besar untuk berlumba memperagakan kekuatan aset masing-masing, sekaligus menimbulkan kegerunan kepada musuh.

5. Namun yang pelik apabila Amerika Syarikat yang terkenal dengan segala kecanggihan teknologi di dunia ini setakat mampu menghulurkan bantuan kepada kita hanya dengan sebuah Poseidon? Sehingga kini Amerika senyap tanpa cuba memberikan sebarang bukti satelit mengenai kedudukan MH370. Bukankah satelit Amerika yang paling canggih antara semua negara? Masih nak sorok keupayaan aset?
6. Bukankah pemimpin negara ini (maleh nak sebut siapa) seringkali memuji Amerika dalam kebanyakan ucapannya? Malah pemimpin negara ini juga amat mendambakan pujian daripada Amerika hingga pernah menyebut bangga pujian Hillary Clinton terhadap Malaysia di Perhimpunan Agong UMNO, pujian Ahli Kongres Eni Faleomagaeva di muka hadapan Utusan Malaysia, termasuk pelbagai pujian kepada Malaysia oleh Wall Street Journal.

7. Tidak cukup dengan banyaknya lawatan laki bini ke Amerika, pemimpin yang sama juga selaku Pengerusi Khazanah turut membuka dan merasmikan pejabat Khazanah di Amerika Syarikat dengan nama Khazanah Americas Incorporated yang kononnya untuk melabur di negara sekutu Israel itu.

8. Seringkali juga didengari dalam ucapan pemimpin berkenaan yang menggambarkan seolah betapa 'akrab'nya hubungan antara Malaysia dan Amerika kini - namun Amerika hanya mampu hantar 'sekor' Poseidon dalam misi SAR MH370?

9. Ada sesiapa yang terbau hancing ka?

10. Amerika Syarikat tak peduli pun pasal SAR MH370. Malah daripada 26 negara yang terlibat membantu, hanya Pentagon saja yang mengungkit jumlah kos SAR MH370 dan berapa juta wang yang telah Amerika belanjakan dalam operasi berkenaan. Nampak sangat tak ikhlasnya.

11. Siapa hari ini yang boleh nafikan tragedi yang menimpa MH370 bukan didalangi Amerika dan sekutunya Israel? Malah Moscow juga mendakwa kehilangan MH370 ada kaitan dengan Tentera Laut Amerika. Semestinya akan terdetik di hati warga dunia bahawa tragedi misteri MH370 pasti ada kaitannya dengan dua negara pengganas Amerika/Israel.

12. Seandainya kotak hitam MH370 ditemui kelak, dan dihantar pula ke Amerika untuk dianalisis, sepertimana data kotak hitam MH635 yang dianalisis oleh pakar Amerika konon ianya telah tercemar rentetan terhempas dalam insiden Tanjung Kupang dulu; maka pastinya data kotak hitam MH370 juga akan mudah dimanipulasi Amerika. Maka siapa diantara kita nanti boleh pastikan apa sebenar-benarnya yang berlaku pada MH370?

13. Pemimpin Malaysia hari ini perlu kaji semula hubungan kita dengan Amerika Syarikat. Negara pengganas itu pasti tidak peduli dengan apa saja nasib malang yang menimpa negara lain terutama jika ianya melibatkan negara Islam seperti Malaysia. Malah Amerika Syarikat pasti tergamak menjadikan negara-negara Islam seperti Malaysia sebagai 'bidak catur' demi melaksanakan misi mereka.

14. Ada sebab pemimpin Malaysia terdahulu sering mengecam Amerika Syarikat dan Israel. Pemimpin terdahulu lebih cerdik membaca tiap langkah musuh yang bakal merugikan negara. Cuma pemimpin hari ini yang terlebih optimis dan liberal tak tentu hala.

15. Tragedi MH370 sepatutnya membuka minda pemimpin Malaysia akan siapa kawan dan siapa lawan, siapa sekutu dan siapa musuh kita yang sebenarnya. Malah sistem pertahanan dan keselamatan negara juga perlu ditingkatkan (upgrade). Kalau masih bungko tak mahu belajar daripada pengalaman dan sejarah, elok berambus sajalah.

SUMBER : www.paneh.blogspot.com

TEORI KONSPIRASI : PUNCA & SEBAB KEHILANGAN MH370

Teori Konspirasi: Punca & Sebab Kehilangan MH370 | Berikut merupakan satu teori konspirasi yang di rasakan paling logik dek pemikiran akal. Admin tak percaya Kapten Zaharie cuba melakukan perbuatan sabotaj ke atas kapalnya sendiri dengan pelbagai sebab rekaan media asing.  Biarpun terdapat teori lebih baik dengan mengatakan pesawat MH370 terbakar didalam kokpit disebabkan beberapa perkara. Jangan cepat percaya, baca dahulu artikel dibawah kemudian timbang dan fikir sendiri.... 
Tuan2 Boleh baca..nak percaya timbang2 sendiri.. Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi. Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini. Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini.---->  http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html 

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu. Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 

2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya. Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional. Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil. Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya. Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US). 



SUMBER : www.kezoom.blogspot.com

Wednesday 26 March 2014

USTAZ DARUL MANZIL MIMPI MH370.....[APAKAH BENAR?]

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin.

SUMBER : http://penpatah.blogspot.com/

Friday 21 March 2014

KOREKSI POLITIK ANTARABANGSA SYIAH IRAN DAN SADIWARA AMERIKA

1.   Pada 31 Julai 2006, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan Resolusi 1696 dan diikuti Resolusi 1737 (23 Disember 2006), Resolusi 1747 (24 Mac 2007), Resolusi 1803 (3 Mac 2008), Resolusi 1835 (2008) dan Resolusi 1929 (9 Jun 2010) yang mengenakan sekatan ke atas Iran. Semua resolusi-resolusi ini diluluskan tanpa bangkangan kuasa veto Rusia mahupun China. Justeru, pandangan sesetengah pihak bahawa Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya tidak mungkin menyerang Iran kerana negara itu dilindungi oleh Rusia dan China adalah tidak benar. Apatah lagi, AS pernah mengambil tindakan unilateral tanpa mandat Majlis Keselamatan PBB apabila menyerang dan menakluk Afghanistan (2001) dan Iraq (2003) atas alasan untuk memerangi keganasan.


2.  Sejak Revolusi Iran 1979, AS telah dilihat memimpin usaha antarabangsa untuk mengenakan sekatan terhadap Iran bagi mempengaruhi polisi negara tersebut, termasuk dengan cara mewujudkan persepsi negatif terhadap program pengkayaan uranium oleh Iran. Ia telah dibayangi dengan kebimbangan program tersebut bertujuan untuk membangunkan keupayaan membina senjata nuklear. 
   
Propaganda Senjata Nuklear Iran 


3.   Hakikatnya pada 2009, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ketika itu, Mohamed El Baradei yang mengetuai siasatan antarabangsa telah mengesahkan tiada bukti kukuh menunjukkan Iran membangunkan senjata nuklear.  Menurut El Baradei, dakwaan terhadap Iran oleh Barat bahawa negara tersebut sedang membangunkan senjata nuklear satu perkara yang sengaja diperbesarkan tanpa disandarkan kepada fakta. Kenyataan ini turut disokong oleh Ketua Pengarah IAEA sekarang, Yukiya Amano. Bekas Ketua Pengarah IAEA sebelum El Baradei, Dr. Hans Blix juga pernah menyatakan bahawa Iran tidak pernah melanggar Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan tiada sebarang bukti menunjukkan Iran sedang membangunkan senjata nuklear. Realiti ini juga telah diakui oleh Pengarah Perisikan Kebangsaan AS sendiri, James Clapper yang pernah memberi keterangan pada Mac 2011 bahawa beliau mempunyai yakin bahawa Iran tidak pernah mengusahakan pembangunan senjata nuklear, walaupun dia berkata pihak perisikan tidak tahu sama ada Iran mempunyai tujuan ke arah itu.   


4.   Saya tidak pernah mengatakan bahawa Iran hanya berpura-pura menjadi musuh kepada AS atau Israel. Sebaliknya, saya berpendapat bahawa hubungan dan tindak-tanduk AS (baca bersama Israel) terhadap Iran adalah suatu bentuk retorik, propaganda dan ‘permainan wayang’ semata-mata. Pendapat saya ini adalah menjurus dalam konteks strategi geo-politik (termasuk yang paling utama ialah tujuan AS untuk memastikan keselamatan Israel, mengekalkan hegemoni mereka di rantau Arab, serta menghalang kemaraan Islam – baca Sunni di Barat) di kepentingan ekonomi mereka.

Peranan Kuasa Besar Dunia AS, Rusia dan China 


5.   Untuk pengetahuan saudara, Rusia hari ini adalah berbeza dengan Kesatuan Soviet. Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, Perang Dingin yang bermula sejak 1947 telah pun berakhir. Pengaruh Rusia tidak lagi segah semasa Kesatuan Soviet dulu. Sebaliknya, China dilihat paling berpotensi untuk mengambil alih pengaruh yang pernah mereka miliki itu, malah tidak mustahil China mampu menggantikan kedudukan AS yang menunggu masa untuk tumbang. Adapun sesetengah tindakan Rusia dan China yang dilihat cenderung memihak kepada Iran, ia bukanlah bermakna mereka secara mutlak sentiasa mempertahankan negara Parsi tersebut. Sebaliknya, persepsi yang mengatakan Rusia dan China akan menghalang sebarang usaha menyerang Iran melalui penggunaan kuasa veto adalah sebahagian dari perang saraf kuasa-kuasa besar itu sendiri untuk memperkuatkan pengaruh mereka di rantau Asia dan dunia.
Wakil Tetap Rusia, Vitaly Churkin dan Wakil Tetap China, Zhang Yesui di Majlis Keselamatan PBB

6.   Realitinya, Rusia dan China, yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB tidak pun menggunakan kuasa veto mereka bagi menghalang resolusi-resolusi yang meluluskan sekatan terhadap Iran. Sekali lagi saya ulangi, berdasarkan sejarah, AS sebenarnya tidak memerlukan mandat antarabangsa untuk melakukan sebarang tindakan ketenteraan terhadap mana-mana negara, dan mereka banyak kali melakukan tindakan unilateral terhadap negara lain termasuk negara yang mempunyai hubungan baik dengan Rusia iaitu Iraq pada tahun 2003.

Mengapa AS tidak menyerang Iran? 

7.   Jika AS benar-benar berpendirian bahawa Iran merupakan negara yang sangat berbahaya dan digambarkan sebagai Paksi Kejahatan (Axis of Evil) selain Iraq dan Korea Utara oleh bekas Presidennya, George W. Bush, maka AS sepatutnya telah melakukan tindakan ketenteraan di negara Syiah tersebut. Berbeza dengan Korea Utara, AS khuatir dengan ancaman perang nuklear bakal berlaku sekiranya negara itu diserang. Kewujudan senjata nuklear Korea Utara telah disahkan oleh Barat melalui bukti imej satelit dan ia turut diakui secara terbuka oleh pemerintah Korea Utara. Negara sosialis itu turut mempunyai hubungan baik dengan dua kuasa besar iaitu Rusia dan China yang bersempadan dengannya. Keupayaan peluru berpandu antara benua (ICBM) Korea Utara dikatakan mampu menjangkau ke wilayah pantai barat AS termasuk Kepulauan Hawaii. Faktor-faktor inilah menjadi penyebab utama, AS sehingga kini tidak berani mengambil tindakan ketenteraan ke atas Korea Utara. Hal yang sama berlaku ke atas Iran juga berlaku dalam kes Korea Utara, kuasa veto Rusia dan China juga tidak digunakan untuk menghalang resolusi-resolusi sekatan terhadap negara sosialis Korea itu. Justeru, alasan bahawa Rusia dan China pasti akan mempertahankan Iran dan Korea Utara di Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB adalah tertolak.

8.   Jika dalam kes Korea Utara, AS tidak berani menyerang negara terbabit kerana Korea Utara sememangnya mempunyai senjata nuklear, alasan yang sama tidak releven untuk Iran.  Dalam kes Iran ini, seperti dinyatakan sebelum ini hasil penyiasatan-penyiasatan IAEA dan PBB (malah pernah diakui Pengarah Perisikan Keselamatan AS sendiri) telah disimpulkan bahawa tidak wujud program pembangunan senjata nuklear di negara tersebut.   
                
9.   Saya konsisten dalam pendirian saya sebelum ini bahawa situasi yang berlaku di rantau Arab, Timur Tengah dan Teluk dalam beberapa dekad kebelakangan ini adalah lebih melibatkan strategi politik kuasa besar dunia (AS, Rusia dan China), kerajaan negara-negara Arab dan kebangkitan kumpulan Syiah. Di samping itu faktor ekonomi juga menjadi antara elemen penting dalam rangka kerja kuasa besar di situ yang mana memiliki simpanan sumber minyak terkaya di dunia.

Kemaraan Syiah perlu dikekang di Semenanjung Arab 

10.   Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kerajaan-kerajaan Arab dengan pemerintahan beraja di rantau Teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai kebimbangan yang munasabah dan mereka memikirkan langkah perlu diambil bagi menyekat kemaraan kumpulan pemberontak dan penentang terutama dari minoriti Syiah (kecuali di Bahrain, Syiah merupakan majoriti). Ketidak stabilan politik di negara mereka akan menggugat kedudukan kuasa raja-raja Arab tersebut. Bukan sahaja ia menjejaskan politik negara, ia secara langsung juga akan memusnahkan ekonomi negara-negara teluk yang kaya itu dan merubah landskap sosial dan agamanya. Lebih parah, Teori Domino kejatuhan mana-mana kerajaan beraja di rantau itu pasti akhirnya akan menumbangkan pemerintahan beraja lain termasuk Keluarga Diraja Saud di Arab Saudi. Kekacauan dan pertumpahan darah di negara yang terletaknya dua kota suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah itu pastinya akan merugikan umat Islam. Bukan sahaja ia mengganggu ibadah haji dan umrah jutaan umat Islam setiap tahun tetapi juga mengakibatkan kematian mungkin ratusan ribu rakyat tidak berdosa, selain menimbulkan persepsi negatif bukan Islam terhadap umat Islam di Semenanjung Arab, tempat kelahiran Islam dan dua kota suci itu.

11.   Oleh sebab itulah, negara-negara Arab di rantau Teluk dilihat mempunyai hubungan baik dengan AS, malah mereka sanggup membenarkan penempatan tentera AS di negara mereka. Beberapa faktor yang menatijahkan dasar luar mereka itu ialah disebabkan tidak mahu berkonfrontasi dengan kuasa besar demi kelangsungan pemerintahan mereka. Mereka khuatir AS bertindak melakukan regime change (perubahan rejim) seperti mana berlaku di banyak negara yang berkonfrontasi dengan negara Uncle Sam sama ada melalui dukungan politik, sekatan ekonomi atau tindakan ketenteraan.   

12.   Saya membangkitkan persoalan di mana tindakan Syria, Iran dan Hizbullah semasa penduduk Palestin diserang bagi mengenepikan persepsi yang ditonjolkan oleh pihak tersebut dan penyokong mereka, bahawa Syiahlah sebenar-benar pejuang Islam sejati yang berani mempertahankan umat Islam dan melawan AS serta Israel. Hakikatnya, ia adalah sebaliknya. Mereka sibuk mempromosikan Hari Al-Quds Sedunia yang digagaskan oleh Khomeini tetapi fakta menunjukkan terlalu sedikit yang mereka lakukan untuk membantu rakyat dan bumi Palestin. Seteruk-teruk raja-raja Arab, merekalah yang menjuarai bantuan kemanusiaan dan dukungan politik kepada Palestin termasuk Hamas dan Fatah. Sunnilah yang berjuang mempertahankan bumi Palestin dan berusaha mengembalikan penguasaan di kota ketiga tersuci umat Islam iaitu Baitulmuqqadis.

13.  Presiden Iraq yang berfahaman Sunni dari Parti Sosialis Ba’ath, Saddam Hussein mungkin dipandang buruk oleh sebahagian pihak. Namun demikian, beliaulah pemimpin Arab yang berani bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu Scud milik Iraq ke negara haram Israel apabila rakyat Palestin diserang oleh tentera zionis. Ironinya, pemimpin Syiah dari Parti Sosialis Ba’ath seperti Hafez Al-Assad dan kemudian anaknya Bashar Al-Assad yang memimpin Syria, negara jiran kepada Israel dan Palestin serta mempunyai kekuatan ketenteraan yang seimbang seperti Iraq tidak pernah mengambil sebarang tindakan ketenteraan untuk menyokong rakyat Palestin seperti mana dilakukan oleh Saddam. Begitu juga Iran yang kononnya digambarkan paling berani di kalangan dunia Islam, juga tidak seberani Iraq di bawah Saddam Hussein.

14.   Saya tidak menafikan bahawa Saddam Hussein bukanlah pemimpin yang mempunyai rekod bersih atau baik dalam pemerintahannya. Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah bagi membuka minda sesetengah pihak yang dimomok-momokkan bahawa Syiah Iran adalah negara Islam sebenar dan dalam konfrontasi Iran dengan negara-negara Islam lain, Iran sentiasa di pihak yang benar kerana keluhuran dasar luar mereka.






15.   Mesej yang ingin disampaikan di sini ialah sebarang ugutan AS mahu menyerang Iran hanya satu gimik dan aktiviti dasar luarnya yang agresif ke atas Iran ketika ini lebih bersifat retorik dan propaganda. Ia diambil untuk mengekalkan hegemoni mereka di rantau Timur Tengah dan Teluk. Saya percaya bahawa AS tidak akan menyerang Iran kerana kewujudan Kerajaan Syiah Iran penting dalam menimbulkan kebimbangan dan Syiahofobia di kalangan negara-negara Arab terutama negara yang diperintah oleh dinasti raja. Kelompok minoriti Syiah memang diketahui dan terbukti dalam sejarah Islam sentiasa mewujudkan pertelagahan dengan kerajaan yang dipimpin oleh Sunni. Pertumpahan darah tidak dapat dielakkan apabila kehadiran mereka dalam jumlah yang besar dalam wilayah Sunni.

16.   Keadaan ini berlaku kerana akidah dan amalan ritual Syiah itu sendiri bersifat sensitif kepada umat Islam apabila mereka mencerca dan mengkafirkan para isteri dan sahabat Nabi r.a. seperti A’isyah, Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, ‘Uthman Ibnu ‘Affan dan lain-lain. Umat Islam mana tidak marah atau tersinggung apabila tokoh terbilang Islam diperlakukan sebegitu rupa. Ditambah lagi ‘fatwa-fatwa’ songsang dan keterlaluan ulama Syiah seperti Khomeini dalam kitabnya, Al-Thaharah yang menulis A’isyah, Zubair, Thalhah dan Muawiyyah lebih kotor dan keji daripada anjing dan babi!

Bahaya Syiah kepada umat Islam 

17.   Benar kata-kata yang menyebut bahawa di mana ‘ada’ Syiah di situ akan berlaku konflik dan perpecahan ketara antara umat Islam. ‘Ada’ di sini adalah merujuk kepada kehadiran mereka dalam bilangan yang agak besar dalam kawasan majoriti umat Islam.

18.   Pengkafiran antara Sunni dan Syiah akan melahirkan pertumpahan darah, apabila darah akan dianggap halal oleh kedua-dua pihak yang bertelagah terutama apabila ‘sarang tebuan dijolok’ dengan penghinaan yang keterlaluan terhadap Ummahat Al-Mukminin dan Khulafa’ Ar-Rasyidin. Sebaliknya, Sunni tidak pernah menghina mana-mana tokoh agung Syiah dari kalangan Ahli Al-Bait serta keturunan Nabi Muhammad S.A.W. Malah Sunni menyanjung dan menganggap nama-nama seperti Imam Zaid bin 'Ali dan Imam Ja'afar Ash-Shoodiq juga sebenarnya adalah merupakan tokoh berwibawa dari kalangan mereka, bukannya tokoh Syiah Rafidhah seperti didakwa.

19. Dalam saling berbunuhan dan saling berbalas serangan ini, saya tidak hanya menyandarkan kepada keganasan oleh puak Syiah semata-mata tetapi keganasan itu turut dilakukan oleh orang Sunni. Halnya berlaku seperti apa yang saya nyatakan sebelum ini, mereka berbalas dendam bermula dengan provokasi melampau dan tindakan Syiah yang ‘menjolok sarang tebuan’ dengan isu-isu sensitif umat Islam. Isu-isu itu melibatkan penghinaan ke atas umat Islam dan nyata bercanggah dengan akidah yang benar iaitu akidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Kekarutan dan tokok-tambah dalam akidah seperti mewajibkan beriman kepada rukun tambahan, Usūl al-Dīn mereka iaitu Al-Imāmah. Sesiapa yang tidak menurut dan beriman kepada akidah mereka itu dianggap kafir, wajib dimusuhi dan akan dihumban ke neraka. Walaupun ulama Sunni telah menghukum bahawa Syiah adalah sesat dan menyeleweng, tetapi mereka tidak sepakat dalam mengkafirkan Syiah kerana Syiah juga mengucap kalimah syahadah. Hadith-hadith shahih yang dipegangi Sunni menatijahkan ketetapan sebahagian ulama Sunni bahawa sesiapa yang mengucap kalimah syahadah tetap dianggap sebagai saudara seagama walaupun mereka menyeleweng akidah (tetapi menyembunyikannya secara zahir). Seseorang boleh dihukum kafir hanya apabila tiada lagi hujah menjustifikasi keIslaman dan keimanan mereka.

20.   Kelicikan Syiah ialah mereka dapat meneruskan kelangsungan fahaman mereka dalam masyarakat Islam melalui senjata taqiyyah. Amalan taqiyyah menjadi satu syariat dan kewajipan bagi penganut Syiah apabila berhadapan dengan Sunni. Mereka secara nyata mengkafirkan Sunni seperti mana dijelaskan dalam kitab-kitab muktabar pegang mereka tetapi kerana taqiyyah bagi mendekatkan (usaha taqrib) Sunni-Syiah, mereka berpura-pura menerima Sunni sebagai saudara mereka. Hakikat ini telah disedari oleh Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Prof. Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi sendiri yang dahulu pernah menjuarai usaha taqrib Sunni-Syiah di peringkat antarabangsa.


Ayatollah Seyyed Ali Hosseini Khamenei merupakan pemimpin agung Iran kini yang menggantikan Imam Ruhollah Khomeini

21.   Tanpa kewujudan negara Syiah yang kuat seperti Iran, kelompok Syiah di rantau Arab terutama negara-negara Arab beraja tidak mampu berpaut dan dibantu sama ada dari sudut dana kewangan, psikologi dan sokongan antarabangsa. Keresahan mereka tentang ancaman kelompok ini akan hilang, maka kerajaan-kerajaan beraja di rantau Teluk mungkin tidak lagi memerlukan kehadiran AS dalam mengekang ancaman negara Iran dan Syiah. Inilah antara strategi geo-politik AS dan negara-negara Arab.

22.   Rumusannya ialah AS masih memerlukan kehadiran negara Iran bagi mewujudkan kebergantungan negara-negara Teluk yang diperintah oleh raja-raja Arab terhadap ancaman kebangkitan kelompok Syiah yang mula mendapat kembali nafas selepas Revolusi Iran pimpinan Khomeini. Tidak boleh dinafikan lagi, Syiah dianggap ancaman besar kepada negara-negara Teluk dengan pemerintahan beraja seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan UAE. Enam buah negara ini telah membentuk satu pakatan bersama melalui Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC). Ancaman kelompok Syiah bukan perkara baru dalam dunia Islam, bahkan ia telah tercatat dalam sejarah lampau kerajaan Islam sejak zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin lagi yang mengakibatkan pertumpahan darah banyak berlaku kerana konfrontasi Syiah dan pemerintah. Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah ke tangan tentera Mongul Tartar juga berpunca dari pengkhianatan tokoh Syiah Rafidhah bernama Alauddin Ibnu Al-Alqami dan seorang menteri Syiah bernama Nashiruddin Ath-Thusi. Di era moden ini, Iraq dan Afghanistan menjadi contoh bagaimana kerjasama di sebalik tabir dan terbuka antara Syiah dan Amerika Syarikat telah berjaya menumbangkan Kerajaan Saddam Hussein di Iraq dan Kerajaan Taleban di Afghanistan.  Sememangnya jelas kekhuatiran mereka ketika ini adalah berasas jika dilihat kepada kegiatan-kegiatan anti-kerajaan yang digerakkan oleh kumpulan Syiah terutama di Bahrain dan Arab Saudi beberapa tahun kebelakangan ini.

Politiking Raja-Raja Arab di Negara Teluk 

23.   Pada masa yang sama AS bersama negara-negara Barat lain memanipulasikan kesempatan ini untuk mengaut sebahagian kekayaan dan mengekploitasi hasil minyak negara-negara Teluk terbabit. Selain itu, perlumbaan untuk membeli kelengkapan persenjataan juga menguntungkan mereka, kerana negara-negara Teluk yang kaya sanggup berbelanja berbilion dolar AS setiap tahun untuk tujuan menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keselamatan termasuk dari Iran dan Al-Qaeda. Negara-negara Teluk seperti Arab Saudi, walaupun mempunyai hubungan diplomatik dengan Iran, tetapi hubungan itu dianggap umpama ‘api dalam sekam’. Kehadiran AS di rantau itu sebagai kuasa besar dengan mempunyai pangkalan tentera juga turut mempengaruhi dasar luar kerajaan-kerajaan negara Teluk yang pro-Barat.
Enam pemimpin Sunni dalam Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC) dari Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan UAE bersidang di Riyadh, Arab Saudi pada Mei 2012

24.   Justeru, saya berpendirian bahawa perkembangan politik antara AS dan Iran yang agresif seolah-olah AS konon terlalu ingin menghapuskan Iran dalam peta dunia adalah suatu ‘permainan wayang’ kuasa dunia itu, dan kebanyakan perang mulut antara kedua-dua negara terbabit adalah bersifat retorik semata-mata. Saya tidak menolak kemungkinan, Iran mungkin akan dikenakan tindakan ketenteraan suatu hari nanti sekiranya sebuah negara Syiah baru yang kuat berdiri di rantau tersebut, sebagai contoh Iraq.

25.   AS, Israel dan Barat mendapat keuntungan dari pertelagahan Sunni-Syiah, dan mereka pasti tidak bersungguh-sungguh ke arah menghapuskan salah satu pihak tersebut, melainkan membiarkan mereka sendiri bertelagah yang akhirnya melemahkan kekuatan Islam sendiri. Perang saudara berasaskan agama antara Sunni-Syiah lebih sukar ditamatkan berbanding perang konvensional antara negara. Demikianlah realiti yang perlu difahami dan telah pun difahami oleh musuh Islam sebagai senjata mereka menghadapi kemaraan Islam di dunia.

26.   ‘The enemy of my enemy is my friend’ (musuh kepada musuhku adalah temanku) atau dalam Bahasa Arabnya “عدو عدوي هو صديقي” pernah menjadi ungkapan popular yang digunakan oleh wartawan kanan Barat semasa Perang Teluk 1 dahulu. Ungkapan yang berasal dari pepatah Arab "أنا وأخي على ابن عمي وأنا وابن عمي على الغريب" merupakan kata-kata yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi politik negara Teluk ketika ini. Negara Syiah Iran walaupun dilihat bermusuh dengan AS, tetapi pada masa yang sama mereka boleh menjadi rakan subahat antara satu sama lain apabila ‘menganyang’ Sunni seperti mana telah berlaku di Iraq. Begitu juga sebaliknya berlaku kepada negara-negara Teluk di bawah pemerintahan Sunni, mereka juga dilihat sanggup bersekongkol dengan AS untuk menghalang kemaraan Syiah yang mengancam pemerintahan dan negara Sunni.


Nota kaki:

Umumnya, para ulama telah membahagikan Syiah kepada tiga kelompok yang terbesar. Antara kelompok Syiah tersebut adalah Syiah yang melampau (al-Ghaliyah), Syiah Al-Imamiyyah dan Syiah Al-Zaidiyyah. Daripada tiga kelompok tersebut, terdapat banyak lagi kelompok Syiah yang terpecah daripadanya. Syiah Al-Imamiyyah mewakili lebih 85 peratus daripada jumlah penganut Syiah di seluruh dunia. Mereka menjadi kumpulan majoriti di Iran, Iraq, Azerbaijan dan Bahrain serta membentuk 27 peratus penduduk Lubnan. Pengikut Alevi di Turki dan Albania serta Alawi di Syria, turut menisbahkan diri mereka sebagai Syiah Al-Imamiyyah, walaupun mereka mempunyai perbezaan ketara daripada Syiah Al-Imamiyah arus perdana. Penganut Syiah Al-Imamiyyah membentuk kumpulan minoriti di India, Pakistan, Afghanistan, Kuwait, Qatar, UAE dan Arab Saudi. Menurut al-Asy`ari, gelaran “al-Imamiyyah” digunakan bagi merujuk kelompok Syiah Al-Imamiyyah disebabkan mereka mendakwa bahawa kepimpinan Sayyidina Ali merupakan suatu perkara yang telah dinaskan. Mereka juga telah dinamakan sebagai Syiah Al-Rafidhah kerana mereka menolak kepimpinan (imamah) Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar. Selain itu, menurut Ibn Khaldun, perkataan “Al-Imamiyyah” digunakan bagi merujuk golongan Syiah al-Imamiyyah kerana mereka memasukkan keyakinan terhadap imam sebagai salah satu daripada syarat keimanan.

Penganut Syiah al-Zaidiyyah pula ramai terdapat di Yaman. Golongan ini merupakan pengikut Zaid bin `Ali bin Al-Husain bin `Ali bin Abi Talib. Mereka merupakan golongan Syiah yang paling hampir dengan Ahlus Sunnah Wa Jama’ah dan tidak mengkafirkan para sahabat. Ini adalah kerana, mereka berpegang dengan konsep جواز إمامة المفضول مع قيام الأفضل. Berdasarkan pegangan ini juga, mereka tidak mengkafirkan dan tidak melaknat Abu Bakr dan Umar. Selain berpegang dengan konsep Al-Taqiyyah, mereka tidak mendakwa imam-imam mereka maksum dan tidak juga mendakwa bahawa imam-imam mereka mampu menghilangkan diri seperti mana yang telah diiktiqadkan oleh golongan Isma`iliyyah. Golongan ini terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu; Al-Jarudiyyah (pengikut Abi Al-Jarud), Al-Sulaymaniyyah (pengikut Sulaiman bin Jarir al-Zaidi) – turut dikenali sebagai Al-Jaririyyah- dan Al-Butriyyah pengikut Al-Hasan bin Saleh bin Hayy).  Menurut Al-Baghdadi, golongan Al-Butriyyah dan Al-Sulaimaniyyah menghukum kafir terhadap golongan Al-Jarudiyyah disebabkan golongan Al-Jarudiyyah mengkafirkan Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar, manakala Al-Jarudiyyah pula telah menghukum kafir terhadap golongan Al-Sulaimaniyyah dan Al-Butriyyah disebabkan mereka tidak mengkafirkan Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar. Walau bagaimanapun ketiga-tiga golongan Syiah ini bersepakat dalam mengatakan bahawa pelaku dosa besar akan kekal selama-lamanya di dalam neraka. Dalam hal ini, pendapat mereka tersebut didapati selari dengan golongan Khawarij. Menurut Abu Zuhrah,  Al-Zaidiyyah terbahagi kepada dua; aliran Al-Mutaqaddimin dan Al-Muta’akhkhirin. Golongan Syi`ah aliran Al-Mutaqaddimin tidak termasuk dalam kelompok Rafidah kerana mereka masih mengiktiraf imamah Abu Bakr dan Umar. Manakala golongan Syiah aliran Al-Muta’akhkhirin termasuk dalam kelompok Rafidhah kerana mereka menolak imamah kedua-dua tokoh tersebut. Menurutnya lagi, Syiah Al-Zaidiyyah yang kini berada di Yaman lebih hampir kepada Syiah al-Zaidiyyah aliran Al-Mutaqaddimin. Untuk huraian lanjut, rujuk Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, j. 3, c. 12, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, hlm. 275-276; al-Baghdadi, `Abd al-Qahir b. Tahir b. Muhammad (t.t), al-Farq bayn al-Firaq, Mesir : al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, hlm. 31; Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit., hlm. 46.

Golongan Syiah yang melampau (Al-Ghaliyah) pula dikatakan telah pupus. Syiah Al-Ghaliyah merupakan golongan Syi`ah yang melampau dalam membesarkan Sayyidina Ali. Selain mengangkat darjat Sayyidina Ali melebihi darjat kenabian, mereka turut berpegang dengan iktikad Al-hulul dan Tanasukh Al-Arwah dengan mendakwa bahawa Allah menyerap masuk ke dalam jasad Nabi Muhammad, Ali, Al-Hasan, Al-Husain dan Fatimah. Mereka turut mendakwa bahawa imam-imam mereka adalah tuhan dan menyembahnya, manakala para pengikutnya adalah hamba bagi tuhan tersebut. Di samping itu, mereka mengingkari hari kiamat, syurga dan neraka dan berkeyakinan bahawa dunia ini tidak akan binasa. Mereka juga telah menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah seperti perempuan-perempuan ajnabi, daging khinzir, arak dan judi. Menurut al-Asy`ari, kelompok Syiah Al-Ghaliyah ini terpecah kepada lima belas kelompok iaitu; al-Bayaniyyah, Al-Janahiyyah, Al-Harbiyyah, Al-Mughiriyyah, Al-Mansuriyyah, Al-Khattabiyyah, Al-Ma`mariyyah, Al-Bazighiyyah, Al-`Umayriyyah, Al-Mufaddaliyyah, 11 (tiada nama), 12 (tiada nama), al-Syari`iyyah, al-Saba‟iyyah dan 15 (tiada nama). Untuk keterangan lanjut, rujuk; al-Asy`ari (1969), op.cit., hlm. 66-88.

Huraian lanjut baca di http://www.jais.gov.my/rnd/2012/januari/PerbezaanASWJ_Syiah.pdfpemimpin Sunni dalam Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC) dari Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan UAE bersidang di Riyadh, Arab Saudi pada Mei 2012.

Sumber  : http://www.mfundamentalist.blogspot.com/2013/08/koreksi-politik-antarabangsa-syiah-iran.html





Monday 10 March 2014

MH370; SEGALA MACAM SPEKULASI!!!

Apa yang pasti ialah MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang (ATC Subang) pada jam 2.40 pagi. Ini disahkan oleh Malaysia Airlines.

Apa yang tidak pasti ialah apakah yang berlaku selepas itu.

Laporan pelbagai agensi berita antarabangsa juga adalah merupakan spekulasi dan bukannya sesuatu yang konklusif. Seorang yang celik media, akan berhati-hati membaca laporan media.

Media Vietnam, Tuoi Tre News yang menyiarkan gambar tumpahan minyak di Laut China Selatan menyebut, "Photos of oil slick in ALLEGED Malaysia Airlines plane crash."

Mengenai penumpang yang menggunakan pasport curi milik rakyat Austria dan Itali, International Business Times menyebut, "We BELIEVE that the name and passport were used by unidentified person to board the plane," a spokesman for the Austria foreign embassy told ABC News.

Sementara itu, Reuters pula melaporkan, "Malaysian plane PRESUMED crashed; questions over false ID."

Perkataan "alleged", "believe", dan "presumed" yang digunakan dalam ayat-ayat di atas menunjukkan laporan itu bukanlah sesuatu yang konklusif.

Hanya orang yang buta literasi media akan menganggap laporan itu sebagai sesuatu yang muktamad.

Ada orang tuduh kerajaan sembunyikan fakta bahawa kapalterbang MH370 telah terhempas atau kemalangan. Orang ini sebenarnya hidup di zaman batu. Dalam zaman yang serba terbuka ini, perkara sedemikian tidak boleh ditutup dengan mudah. Kejadian ini bukan berlaku di dalam gua!

Sekiranya kerajaan membuat kenyataan MH370 terhempas, persoalan selanjutnya ialah "Di mana?" dan "Mana bukti MH370 terhempas?" Takkanlah kerajaan nak jawab "Di Laut China Selatan, dekat Vietnam." Itu jawapan kedai kopi!

Tragedi ini sedang diikuti secara dekat oleh industri penerbangan termasuklah Boeing, agensi keselamatan penerbangan antarabangsa, kerajaan negara-negara yang rakyatnya terbabit dalam insiden ini, media antarabangsa, industri insuran dan pelbagai pihak yang berkepentingan dan mempunyai kaitan.

Kenyataan rasmi kerajaan tidak boleh dibuat seperti kenyataan Pak Malau di kedai kopi. Selagi kerajaan tidak dapat membuat rumusan yang konlusif mengenai apa yang berlaku, maka ia tidak akan membuat kenyataan sedemikian.

Sesetengahnya pula mempersoalkan "masa" yang diambil bagi menentukan apa yang sebenarnya berlaku. Sekiranya kita rajin mencari maklumat di internet, kita akan tahu bahawa ini bukanlah satu proses yang mudah. Apabila Air France 447 jatuh ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009, pihak penyelamat mengambil masa hampir dua tahun untuk menemui majoriti bangkai kapalterbang dan mayat penumpang di laut dalam.

"inilah kapal seLam sonar yang ditawarkan oLeh Singapura utk membantu Malaysia dlm kes MH370"

Ada pula yang memperlekehkan negara kerana tidak menghantar kapal selam untuk mencari pesawat tersebut di laut. Ini adalah contoh orang yang tak faham mengenai fungsi pelbagai jenis kapal selam tetapi masih mahu mengkritik sesuatu yang dia sendiri tak arif.

Ambil contoh kapalterbang. Adakah kita akan menghantar kapalterbang Airbus A380 yang terbaru dan paling canggih ke medan tempur? Walaupun mahal dan canggih, Airbus A380 bukan dibina untuk tujuan tersebut!
Inilah jadinya apabila orang berlumba-lumba menunjukkan kebodohan di media sosial. Bak kata Albert Einstein: "Perbezaan di antara kecerdikan dan kebodohan ialah kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada sempadan."
Nah, respon saya kepada sindiran itu adalah cukup mudah. Buat apa hantar kapal selam, lebih baik hantar kapal korek; sekurang-kurangnya kapal korek boleh korek pesawat di dasar laut!

Sumber : http://www.astroawani.com/