Tuesday 26 July 2016

PAKAIAN TRADISIONAL RUMPUN MELAYU NUSANTARA (MALAYSIA - INDONESIA - SINGAPURA)

Pakaian tradisional sebenar yang dipakai oleh penduduk Nusantara di Malaysia, Indonesia dan Singapura sekitar lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Kesemua gambar diambil oleh jurugambar penjajah sepanjang era kolonial Inggeris dan Belanda.

SUMBER: https://www.facebook.com/edaybahrom/media_set?set=a.10153915066313789.1073741834.726878788&type=3

Friday 22 July 2016

CROSS BONES GRAVEYARD: PERINGATAN SIMBOLIK'TANAH PERKUBURAN' BAGI WANITA PELACUR ZAMAN MEDIEVAL



Terletak di sepanjang lorong jalan yang sibuk di selatan Sungai Thames, London mengambil masa dalam beberapa minit berjalan kaki dari Pasar Borough yang sibuk terletaknya tanah perkuburan Cross Bones. Sebenarnya ianya adalah tugu peringatan kepada hampir 15,000 orang mati, kebanyakannya profession mereka ialah pelacur, orang yang dibuang negara atau mangsa2 lain yang menjadi kebencian rakyat ketika zaman medieval (pertengahan) juga yang fakir miskin tak punya keluarga.


Memang Cross Bone ini asalnya adalah tanah perkuburan dipercayai ditubuhkan untuk "wanita tunggal," eufemisme untuk pelacur, yang dikenali sebagai "Winchester Geese," yang dilesenkan dibawah Biskop Winchester, dalam bidang kuasa Liberty. Maknanya kebebasan profession ketika itu kerajaan london tidak boleh masuk campur.. dan menjadi terkenal dikota London dengan begitu banyaknya rumah pelacuran teater dan club walaupun ianya dipandang dalam bandaraya itu sendiri.


Pengkebumian mereka tidak diikhtiraf kerana profession mereka sebagai pelacur. Jadi mereka dikebumikan tanpa sebarang majlis pengkebumian rasmi dimana mereka akan ditanam bertimbun2 dalam tanah yang tiada berbatu nisan tanda nama. Jadi rangka2 mereka bertimbun2 dengan mayat perempuan, kanak2 yang lahir dari perempuan pelacur atau orang yang dibenci rakyat.


Kebanyakannya mati akibat sakit, mengalami pelbagai penyakit termasuk cacar, batuk kering, osteoartritis, dan kekurangan vitamin D. Kemudian di tanah perkuburan itu juga digunakan untuk mengebumikan orang2 miskin. Ianya juga adalah untuk digunakan sebagai bahan ujian atau 'bodysnatchers' bagi menjadikan ia sebagai mayat uji kaji di universiti serta hospital-hospital pengajaran di London.


Pada tahun 1853, Cross Bones telah ditutup kerana kesesakan (penuh) dan menjadi risiko wabak penyakit sekiranya terlampau banyak. Hari ini, tempat ini adalah dikenali sebagai tugu peringatan.


Pintu ke tanah perkuburan terdapat banyak mesej2 yang dihias dengan riben, bunga dan token. Sejak tahun 1998 ia telah menjadi tradisi bagi beratus-ratus orang berkumpul di Cross Bones dengan menyalakan lilin, menyanyi lagu,membaca sajak, poem serta berkunjung pada malam Halloween untuk memberi penghormatan kepada yang telah mati.