Tuesday 29 January 2013

ANDA PERLU TAHU : SEJARAH SILAM TUN M!!!


Kalau dengar cerita Anwar Ibrahim, sememangnya, dia seorang sahajalah yang berani, yang pandai, yang hebat, yang bijaksana dan sebagainya. Namun sehingga ke hari ini, yang terbukti, dia hanyalah seorang penipu dan pelakon yang sangat hebat. Walaupun telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor bergaji seringgit, Anwar Ibrahim hanya pandai menggunakan kedudukannya itu untuk menyamun duit rakyat Selangor bagi tujuan dia berfoya-foya di luar negara tanpa satu sen pun dikembalikan kepada rakyat Selangor yang ternanti-nanti fungsi jawatan Penasihat Ekonomi Selangor itu.

Pernahkah anda mendengar langkah-langkah berani yang diambil oleh Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa dia adalah seorang pemegang tanggungjawab ekonomi Malaysia selain daripada skandal memalukan apabila dia cuba menyerahkan ekonomi dan sistem perbankan negara ini kepada IMF dan apabila rancangannya tidak berjaya, dia menyalahkan Dr. Mahathir atas kejatuhan ekonomi dan kewangan Malaysia, walaupun satu dunia tahu, kejatuhan tersebut adalah disebabkan oleh serangan pasukan penyangak matawang, George Soros.
Dan akhirnya terbukti George Soros bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, terutama menerusi bantuan yang diberikan oleh George Soros kepada PKR dan NGO-NGO pro Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional selepas PRU12 menerusi demonstrasi dan kempen hasutan kebencian serta permusuhan agama.

Tentu ramai yang ingin tahu, mengapa Dr. Mahathir begitu dibenci oleh Barat dan Yahudi sedangkan dia bukanlah seorang pejuang bersenjata atau pengebom berani mati mahupun pemimpin yang kerap kali melaungkan jihad berdarah dan menjanjikan syurga kepada para pendengar serta pemercaya mereka?

Berikut adalah secebis daripada punca mengapa Dr. Mahathir dibenci oleh Kapitalis Barat walaupun Dr. Mahathir tidak pernah membangga-banggakan dirinya dengan tindakannya itu. Malah dia tidak menjadikan peristiwa-peristiwa tersebut sebagai pembuktian jasanya kepada negara, walaupun tindakannya itu memberikan anjakan besar kepada rakyat negara ini.

Agak malang kerana jasa-jasa besarnya itu mulai dilupakan oleh generasi baru kerana keasyikan mereka mendengar temberang Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Tahukah anda, orang yang paling benci dengan Mahathir bin Mohamad dari kalangan pemimpin Barat adalah Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri Britain yang telah dimalukan oleh Dr. Mahathir selepas kebongkakan Wanita Besi itu ditundukkan dengan cara yang sangat mudah.
Komuniti ekonomi dunia masih ingat lagi dengan ‘SERANGAN SUBUH” atau ‘DAWNING RAID’ yang berlaku pada 7 September 1981, beberapa bulan selepas Mahathir menjawat jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia. Mahathir telah mengatur satu rancangan yang paling genius dan tidak disangka-sangka oleh kaum Barat yang menyangkakan Melayu adalah satu kaum yang hebat berfikir dan mengatur strategi.

Tanpa diketahui oleh sesiapa pun, Mahathir telah mengutuskan empat orang anak Melayu, antaranya ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghafar Baba.

Sebelum itu, pada April 1981, Mahathir telah melancarkan Amanah Saham Nasional di bawah Permodalan Nasional Berhad. Dana daripada ASN dikatakan telah digunakan sebagai modal untuk ‘DAWNING RAID’ itu. Dan menariknya, tindakan  yang diatur rapi oleh Dr. Mahathir, TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG oleh Lim Kit Siang yang merupakan Ketua Pembangkang Malaysia pada ketika itu. 
Dr. Mahathir secara peribadi telah mengarahkan agar kajian dilakukan secara terperinci ke atas undang-undang pelaburan Britain. Mahathir sebelum itu, telah melahirkan perasaan tidak puas hati apabila Britain masih lagi menguasai lebih 200,000 ekar tanah di seluruh Malaysia menerusi tiga buah syarikat perladangan utama, Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope Plantations.

Perancangan yang teliti selama setahun selepas percubaan pertama, gagal, membuahkan hasil yang amat lumayan. PNB berjaya menguasai Guthrie Corporation PLC pada 8 September. Kerajaan yang mempunyai sebahagian saham dalam Sime Darby, berjaya menguasai sepenuhnya syarikat tersebut menerusi pembelian mengejut pada 7 September.
Tun Mahathir mendapat bantuan teknikal yang baik daripada Gabenor Bank Negara pada waktu, Tun Ismail Ali yang telah menerangkan tentang ‘SERANGAN SUBUH’ yang mengejutkan komuniti ekonomi dunia itu. Beberapa pihak lain turut menyumbang tenaga dan buah fikiran, termasuklah Rothchild Mercant Bank yang merupakan penasihat PNB dan Sime Darby.

Diringkaskan cerita, Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope berjaya kembali ke tangan anak Malaysia menerusi pembelian senyap oleh Malaysia ke atas sahan British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari oleh sesiapa pun.

Sekalipun sebahagian daripada dana yang digunakan untuk tujuan tersebut datangnya daripada PNB (ASN), namun pulangan yang sangat lumayan telah diperolehi iaitu RM36 bilion. Jumlah aset ketiga-tiga syarikat perladangan British itu di seluruh dunia, jauh mengatasi modal yang digunakan oleh Tun Dr. Mahathir untuk tujuan pengambilalihan.

Banyak pihak yang melihat, Guthrie telah berjaya diperolehi SECARA PERCUMA menerusi kebijaksanaan dan kehebatan Mahathir merangka strategi.

Margaret Thatcher hanya mengetahui kehilangan tiga buah syarikat perladangan itu, seminggu kemudian. Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan oleh Margaret Thatcher yang kemudiannya menjadikan peristiwa tersebut sebagai dendam peribadinya terhadap Dr. Mahathir dan Malaysia. Undang-undang pelaburan baru telah digubal di Britain untuk mengekang sebarang cubaan mirip ‘SERANGAN SUBUH’. Pengajaran yang amat mahal telah diperolehi oleh bekas Perdana Menteri Britain yang sebelum itu begitu bongkak menolak tawaran Malaysia membeli aset-aset Guthrie di Malaysia, apabila tidak satu ekar pun tanah yang tinggal milik ketiga-tiga syarikat tersebut di seluruh dunia, berjaya dimiliki oleh Malaysia.

Pengambilalihan tersebut dilakukan secara sah menurut undang-undang meskipun Britain membantah keras. Akhbar-akhbar di seluru dunia pada masa itu menjadikan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk, ‘SERBUAN MENYINGSING SUBUH’ dan ‘SERANGAN MALAYSIA KE ATAS KOTA LONDON’ yang memperincikan kejayaan Dr. Mahathir dan Malaysia.

Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.
Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.

PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu?

Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.

Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.




Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu  menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar. Dendam mereka cuba ditunaikan oleh ANJING-ANJING KURAP seperti Anwar Ibrahim dan DAP yang diberikan tanggungjawab menghancurkan negara dengan apa cara sekalipun, termasuklah menyerang peribadi Tun Dr. Mahathir.

SUMBER : empayar-pemuda.blogspot.com


PEDAS TAK INGAT! ARTIKEL TERBARU TUN M!


1. Di negara-negara dimana terdapat kereta bermotor, undang-undang diadakan untuk menentu had laju kereta. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kemalangan di jalanraya kerana memandu terlalu laju. Tidak ada sesiapa yang membantah terhadap penentuan had laju.

2. Malangnya ada pemandu yang tidak menghormati undang-undang. Mereka pandu dengan kelajuan yang kerterlaluan. Dan berlakulah kemalangan dengan kehilangan nyawa.

3. Undang-undang sahaja tidak mencukupi. Penguatkuasaan undang-undang diperlukan. Dan polis pun ditugas untuk mengesan kelajuan yang berlebihan kereta bermotor di jalan-jalanraya.

4. Apabila jumlah kereta bertambah dengan banyaknya, polis tidak dapat menjalankan tugas-tugas lain selain dari mengesan pencabulan had laju kereta di jalanraya. Lagipun agak sukar menentukan kelajuan dan kereta yang terlibat.

5. Berbagai jenis alatan dicipta untuk membantu polis. Tetapi jumlah kereta terus meningkat dan kemalangan dijalanraya turut meningkat. Maka diciptalah alat elektronik yang dapat bukan sahaja mengukur kelajuan tetapi mengenalpasti kereta yang terlibat. Alatan canggih ini lebih berkesan. Tidak ada siapa dimana-mana di dunia yang menentang kegunaan alat kesan laju ini.

6. Tetapi pihak berkuasa tidak sedar bahawa ini Malaysia. Malaysia bukan sebarang negara. Malaysia adalah negara politik; negara demokrasi. Politik demokrasi bermakna apa sahaja yang dilakukan pemerintah mesti ditentang.

7. Justeru itu usaha pemerintah untuk menyelamat nyawa, mengurangkan kemalangan di jalanraya, menurun angka kematian kerana kemalangan kebawah dari 6000 setahun, mesti ditentang.

8. Bukankah kemalangan ini adalah hak asasi manusia, hak asasi kita semua? Kenapakah pemerintah cuba rampas hak kami?

9. Sesungguhnya politik demokrasi negara tercinta ini sudah sampai ke peringkat yang cukup tinggi. Usaha untuk menyelamat nyawa pun boleh jadi isu untuk ditentang.

10. Bilakah akan kita kembali kesiuman kita. Apakah segala-galanya perlu dipolitikan, ditentang kerana kita berhak menentang. Sebenarnya pemandu kereta di Malaysia adalah diantara yang berbahaya sekali. Tanpa undang-undang yang menyekat kelajuan tiap tahun beribu akan mati. Apakah ini yang kita mahu? Apakah kita ingin tunggu sehingga semua kita akan kehilangan ahli keluarga di jalanraya baharulah kita akan terima AES ini?

SUMBER : gerakan-anti-pkr.blogspot.com

Monday 28 January 2013

7 KEAJAIBAN DI MALAYSIA : LUAR BIASA !!


Menyentuh isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh seni bina ‘ajaib’. Sebenarnya artikel ini tidak merujuk mana-mana pengiktirafan, akan tetapi ia adalah antara binaan yang luar biasa terdapat di Malaysia. Selain itu mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan. 

Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:

1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
2. Menara KL
3. Putrajaya
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
5. Jambatan Pulau Pinang
6. Bangunan Sultan Abdul Samad
7. Menara Condong Teluk Intan

1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
Apa: Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.

Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.

Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.

2. Putrajaya
Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar

Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.

Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.

Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.

3. Menara Kuala Lumpur
Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara

Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.

4. KLIA
Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.

Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.

5. Menara Condong Teluk Intan
Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.

Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.

Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.

6. Jambatan Pulau Pinang
Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.

Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.
7. Bangunan Sultan Abdul Samad
Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.

Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.


SUMBER : penpatah.blogspot.com 

Monday 21 January 2013

:: PREViEW FiLEM SeRAM ~ MiNYAK DaGU ::


SaLam Sejahtera...1st impression tgk poster di atas...apa dia..? Confirm² La fiLem seram terhebat dekad ini kan...? x pasaL² terpegun dgn design poster yang meLampaui imaginasi...gitewwww..... Aku ni adaLah peminat fiLem seram...banyak fiLem seram yang dah aku tonton...especially citer omputeh, thaiLand and Indonesia...maLah ada juga citer seram Hindi yang aku Layan...entahLa...minat sgt kot...padahaL dLm kategori penakut jugak...hahaha...kt bawah ni adaLah senarai citer² seram yg aku pernah Layan..
 citer ni..buat aku tak senang duduk...seram giLer....xde pLak asik terjerit² x tentu pasaL...

citer hasiL karya SyamsuL Yusof ni pon OK...nice jew...

 yg ni pun best...takde wajah menyeramkan...uLat² pun xde...just makhLuk putih berbungkus...tapi mmg seram...kawan aku tgk citer ni sampai tercampak rokok yg dihisap sbb terkejut....

 Phobia 1 & 2 pun aku Layan...best...ada 4 citer berbeza....xde hantu Spiderman dLm citer² ni...

 citer hantu Hindustan pertama yang aku tonton..(aku tak kata ini adalah citer hantu pertama dr Hindustan...)...pun best sgt...ada unsur² seks yg tidak keterlaLuan.....

 ParanormaL Activity 1, 2, 3 & 4....sume aku dah tonton....low budget fiLem tapi hasiLnya.....ko hado..? 

 ..yg ni puLak..citer yang sederhana tapi masih Logik dan tidak merapu...pun aku suka tgk...

begitu juga dgn yang ini...seram..x senang duduk mase menonton..terkejut² bkn sbb hantu jd spiderman or eLse...tp kesinambungan dari 1 scene ke scene yg Lain tu tak serabut dan merapu....

Haaa...kesimpuLannya...aku senang dan seronok menonton citer yg di atas...ada banyak ag yg aku dah tonton...yg ni diantara yg aku masih ingat...hihi....

Berbalik pada citer Minyak Dagu di atas...aku tertarik nak menonton bkn sbb promosi giler² yg Metr0wealth buat tp sbb ASTRO kan suke uLang² citer...so beLi je Lah citer ni kat Astro 1st... so di sini aku nak komen sikitLa pasaL citer ni wLupun aku ni bkn pengkritik fiLem berbayar...hahaaha...tp aku komen sbb aku dah bayar utk citer ni...

..untuk beberapa minit pertama...ini adaLah antara babak yg ada...seorang Pembantu Perubatan (MA) mmbawa mayat wanita (mati xcident atau mati di bunuh aku tak pasti)...yg wat aku ketawa...mayat ni PAKAI BAJU KURUNG!!! ke baju ape entah tp berbunga² (kurung Kedah kot)...tahu tak...MA ni amik mayat wanita ni dr peti jenazah biLik mayat hospital..!! LOGIK ke mayat dLm peti jenazah yg mcm peti ais tu..berbaju biasa...?? bkn ke kesemua mayat tidak lagi berpakaian meLainkan kain putih aje..ONCE dah masuk biLik mayat..??? ooo...mgkin mayat ni sejuk...tu sbb pakai baju biasa...nape tak pakai sweater jew...? 

babak seterusnya..Dr. Johan menziarahi ibu EmeLda..nak rawat sekaLi Le..itu pn atas permintaan ayah EmeLda...kebetuLan Dr. Johan adaLah ex-bF EmeLda..(baik punyer doc....besar jasa pd parents EmeLda kan...? )...tetiba, tunang EmeLda dtg rumah...marah² siap nak tumbuk Dr. Johan...katanyer EmeLda tunang dia...dia haLau Dr. Johan...tp EmeLda....? Dia wat ape...? terkuLat²...terkemam²..ko kenapa..? x boLeh ke expLain kt tunang ko tu.."ini Dr. Johan...ayah jemput dia untuk rawat mak..." apa masaLahnya...sanggup puLak tgk Dr. Johan kena maki² dgn tunang.....padahaL punyerLah baik doktor tu..siap dtg umah nak rawat sakit mak sndiri.....(tunang garang sgt kot...tu yg jd bodoh)..

ko hado...? hosp geLap mcm ni...? usah kata hantu..tgk nurse pun takut kLu geLap cenggini kan...LOGIK X..???

seterusnya EmeLda p hospitaL...nak amik ubat mak...peLik puLak aku...jadah apanya yg hospitaL geLap geLita..???? xde orang...nurse sesekaLi muncuL...geLap..tak masuk akaL hospitaL geLap...(kunun² nak wat seram...tersiLap jd bangang...) nurse pn panggiL doktor dLm geLap jew...mcm dLm pusat urut puLak...hahahahaha
EmeLda da smpai hosp...sian dia...p hospital tak bayar biL TNB...hosp mane aku pun tak tahu...MOTIF geLap..?? seram laaaa....BANGANG!!!

tunang EmeLda...Azman...digambarkan sebagai baran...kaki pukuL...cemburu buta tahap xde ampun punyer..kasar..dan suka maki hamun EmeLda...begituLah jeLiknya gambaran untuk tunang EmeLda..perangai Azman ni parents EmeLda pun tahu...permuLaan keseraman tahap Gaban buta pn bermuLa...apabiLa EmeLda bertindak memutuskan pertunangan mereka...sbb EmeLda tak bLey tahan dgn sikap panas baran Azman...kena sepak bagai..sape tahan.... dan...EmeLda kembaLi berkapeL dgn Dr. Johan...dan merancang utk berkawen...ada 1 scene tu...EmeLda jumpa Azman utk memberikan kad Undangan perkawenan...pd ketika ituLah Azman "mencaLitkan" minyak Dagu mayat perempuan berbaju kurung itu pd EmeLda...

sebeLum itu...Azman dah menyampaikan fitnah pada parents EmeLda dan EmeLda sndiri bahawa Dr. Johan teLah "guna²"kan EmeLda...

setahu aku meLaLui sumber bacaan buku² dan majaLah..dokumentari..cerita atas cerita...orang yg kena minyak dagu ni..dia dah tak hingat ape dah...ONCE dia kena caLit...dia akan terus ikot org yg mencaLit tanpa toLeh² ag..dia tak sanggup berpisah dgn si pencaLit wLu seminit...bak kata orang...mangsa minyak dagu ni...MASUK JAMBAN pun dia ikut... TAPI..dLm citer ni...EmeLda dah kena caLit tp dia relax jew..ikut Dr. Johan baLik pas bagi kad kawen pd Azman...

seterusnya...dLm masjid...scene bernikah dgn Dr. Johan..masa iniLah EmeLda terjerit dan pengsan... MOTIF..??????? apa kaitannya ni...apa loGiknya EmeLda pengsan...kena rasuk bagai..? Ni santau kew...minyak pengasih..? BAngang tahap kronik tul laaaaa.....uolls tahu tak..sejak nikah...EmeLda terus meracau²...mcm kena rasuk...nak cari Azman...uLang sekaLi lagi..nak cari Azman..nak jumpa Azman...masa ni jugakLah mak si EmeLda cakap "mungkin betul yg Dr. Johan dah guna²kan anak kita.."..apa punyer mangkok...ke si Pengarah yg mangkok...budak tadika pun boLeh fikir...Dr. Johan suami...orang yg berjaya mendapatkan EmeLda...jadah apenyer puLak dia yg nak guna²kan EmeLda...?? dah confirm²La bekas tunang yg akan buat...kann..? sbb dia diLihat tidak berjaya mendapatkan CINTA EmeLda...kan...? beria² puLak mak si EmeLda tuduh Dr. Johan...kan peLik...sedangkan sebeLum ni dia pun tahu perangai Azman yg panas baran, seLaLu pukuL anak dia...? si EmeLda terjerit terLoLong nak kan Azman..nak cari Azman...itupun mak dia failed nak fikir sape yg guna²kan anak dia...(Pengarah yg faiLed sbenarnya...) adoiyai...sampaiLah mak EmeLda putus nyawa...dia tetap fikir Dr. Johan puncanya... Apa..? ayah EmeLda..? oo...watak dia senang jew....jadi kayu jew...

banyak scene tak masuk akaL...x Logik dLm tempoh kerasukkan EmeLda ni...dia kena caLit minyak dagu...kemuncuLan hantu² tu untuk ape puLak...ada puLak scene hantu yang...tau dia wat ape..?
 hantu gigi ni tengah cuci baju...baju ni La di awal scene tadi...
kenaLah cuci sendiri kan..? nak hantar dobi tak sempat..Lawak x..? Logik x..? hantu cuci baju weiiiiiii

scene EmeLda kerasukan dLm biLik pun Lawak tahap bangang kritikaL....siap dengan kekaBu bantaL berjatuhan mcm SALJI...!!! jadah apanyer aku pun tak pasti...nak je rasanya aku maki puLak pengarah citer ni...Ya Allah...apeLah bangang sangat ko ni.......yg HANTU ni asik mengacau kenapa...???? 
...sian EmeLda...kena caLit Minyak Dagu...apa ke jadahnya hantu pLak yg datang...??? ayoyo....hantu tu pun stress..kLu dia dpt Luah perasaan sure dia cakap..."asaL puLak aku kena kaco budak ni..? ni kisah aku ke kisah minyak dagu aku..?"  

kemuncuLan hantu ni Lawak juga...kdg² muncul sambiL cuci baju...kekadang muncuL mengengsot²...kdg² muncul atas katiL..kdg² merangkak²...mcm² styLe la...Pengarah fikir kemuncuLan hantu kena wat dLm peLbagai cara...terapkan eLeman seram maha seram tp yang jadi....??? bangang yg meLampau...!!!!

..kebiasaannya..dLm haL² kematian (especially di kg²)...jenazah akan diLetak di tengah² rumah...org dtg menziarah...ada yg baca Yasin dLL...seteLah anak-beranak saudara mara terapat dah baLik..baruLah jenazah dimandikan...dikapankan dan terus disoLatkan...seLepas kapan..akan terus di bawa ke masjid untuk disoLatkan...TAK PERNAH Lagi aku tengok sebarang jenazah yg aku ziarah sebeLom ni...seLepas dimandikan...seLepas diKAPANkan...Letak tengah² umah...bukakan bahagian muka dan org² kg baca Yasin...?????? tp iniLah yg digambarkan dLm citer ini...dah siap kapan..(sureLah dah dimandikan...takkan kapan duLu baru mandi kot..)..Letak jenazah tengah²...duk keLiLing baca Yasin...bhgn muke bukakan....MOTIFFFF????? buka bahagian muke tu utk ape puLak...nak mekapkan kew...? hurmm...biasanya...ONCE dah dikapankan...panggil semua relatives terapat untuk cium jenazah wat kaLi terakhir...pastu tutup habis...then solat jenazah..pastu terus angkat ke kubur...astaghfiruLLah....

penutup cerita di tanah perkuburan...ketika iniLah terbongkar kepincangan yang diLakukan Azman...baruLah ayah EmeLda, mak si Azman dan EmeLda tahu bahawa ape yg berLaku berpunca dari tindakan Azman sendiri...MINYAK DAGU (sebut dLm intonasi sereemmmmmm).... terjadiLah perteLingkahan antara mereka...Dr. Johan, mak si Azman dLL...org² kampung termasuk pak imam tepi kubur tu wat ape...kesemua mereka hanya menadah tangan seperti meng'amin'kan doa...wktu tu hujan gerimis puLak...dah mcm Menadah Impian Zaiton Sameon puLak aku tgk....Lama puLak tu..berdiri cam kayu...sejak muLa Dr. Johan siap berfLashback..smpai La ke Azman mati ditembak petir...ituLah posisi pak Imam dan org² kampung...MOTIFFFF...?????? adoiyai....

iniLah dia standard keseraman FiLEM KITA...kLu duLu mottonya...FiLEM KITA WAJAH KITA...pd aku tak...FiLEM NGKO...WAJAH NGKO..suke hati ko Lah...aku dah serik nak tengok citer si Pengarah mangkuk hayun ni...aku Lebih suke tgk dia berLakon..x payahLah mengarah Lagi.....geLi geLeman rasanya...ini antara fiLem yg diarahkan oLeh orang yang sama...genre "citer seram tahap bangang kronik"...Santau (2009), Mantra (2010), Flat 3A (2011), Keramat (2012), Hantu Dalam Botol Kicap (2012), Seram Sejuk (2012) dan banyak ag citer hancur yg dia arahkan....SEKIAN..



Thursday 10 January 2013

HARON DIN KENA SMASH DENGAN TUN M !


Artikel ini telah disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 6 Januari, 2013.
1. Harun Din, pemimpin PAS menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris “Better the devil you know than the angel you don’t”.
2. Mungkin kerana Harun Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah “lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali”.
3. Kalau Harun Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah.
4. Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Harun Din tentu faham yang berbunyi seperti berikut, “siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Uahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima”.
5. Amat jelas dengan ini Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk Kerajaan Islamnya. Demikian pendirian Nik Aziz kerana kononnya begitu kuat perjuangannya untuk mendirikan Kerajaan Islam? Apakah jenis Kerajaan Islam hasil dari pertolongan syaitan sama-samalah kita fikir.
6. Harun Din nampaknya terima Kerajaan Islam yang didirikan dengan pertolongan syaitan. Sebab itu Harun Din tidak menegur Nik Aziz jauh sekali dari menuntut supaya ia bertaubat.
7. Saya tidak akan bertaubat kerana salahfaham Harun Din berkenaan dengan apa yang telah saya katakan. Sepatutnya Harun Din meminta maaf dari saya kerana salah fahamnya tentang apa yang saya perkatakan dalam Bahasa Inggeris. Dan saya akan maafkannya kerana manusia memang lemah dan tidak pernah bebas dari membuat kesalahan.
8. Orang Islam di Malaysia sebenarnya bernasib baik kerana kita semua menganggotai mazhab yang sama, iaitu kita dari mazhab Sunni yang berimam dengan Imam Shafie. Kita tidak sepatutnya berpecah seperti orang Islam di sesetengah negara Islam lain yang berpecah kepada Sunni dan Syiah dan sering bermusuh dan membunuh sesama mereka.
9. Malangnya persahabatan dan perpaduan orang Melayu Islam di Malaysia ini ditamatkan apabila Parti PAS ditubuh. Dalam keghairahan PAS untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka.
10. Tuduhan yang pertama ialah orang UMNO kafir kerana mereka bekerjasama dengan orang kafir. Saya tidak percaya ada orang Melayu yang terima dakwaan ini. Ia tidak dibuat dengan cara yang mengikuti kehendak agama Islam. Tetapi rupa-rupanya tuduhan ini begitu berkesan sehingga berlaku sembahyang dua imam kerana kononnya imam orang yang tidak sokong PAS kafir, perkahwinan semula orang Melayu yang berkahwin sebelum PAS ditubuh, perkuburan berasingan bagi orang PAS kerana ibu bapa mereka sendiri yang dikebumikan di kubur lama dan orang UMNO tidak Islam, penolakan sembahyang jenazah orang UMNO dan penceraian serta perpecahan dalam keluarga kerana fahaman politik yang berbeza.
11. Kemudian Hj Hadi menokok tambah kepada perpecahan orang Melayu Islam dengan amanatnya. Hj Hadi mendakwa bahawa PAS menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah, kerana kononnya UMNO mengatakan politik suku agama suku.
12. Sesungguhnya perlembagaan itulah yang memberi kebebasan bersuara, berparti dan berpolitik kepada PAS. Dikebanyakkan negara yang diakui negara Islam tidak ada kebebasan seperti ini. Sepatutnya PAS menolak semua kebebasan ini. Tetapi sebaliknya PAS menggunakannya untuk memfitnah dan mengkafirkan orang UMNO. Islam menyuruh orang Islam setia kepada Allah, Rasul dan ulil amri, iaitu pemerintah. PAS sebenarnya tidak setia kepada ulil amri.
13. UMNO tidak pernah berkata politik suku agama suku. UMNO berpegang kepada ajaran bahawa Islam adalah Ad-deen, cara hidup. Cara hidup memang termasuk politik. Sebab itu UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Habbul watan minnal iman.
14. Sebaliknya PAS sekarang menerima pemimpin orang kafir yang secara terbuka menolak negara Islam PAS serta pemimpin Pakatan yang percaya kepada kebebasan tanpa had serta pluralisme dalam agama dan kebebasan keluar dari agama Islam.
15. Tetapi UMNO tidak akan tuduh orang PAS sudah menjadi kafir. Selagi tidak ada dakwaan oleh tokoh-tokoh Islam yang tidak berkepentingan UMNO akan terima orang PAS sebagai orang Islam. Kita dalam UMNO masih ingin bersaudara dengan orang PAS seperti ditegaskan oleh agama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Perbezaan politik antara PAS dengan UMNO tidak bermakna pengasingan politik dari agama, atau agama suku politik suku. Perbezaan politik dikalangan orang Islam berlaku di mana-mana sahaja. Namun mereka semua masih Islam.
16. Tanpa bertaubat kerana berbagai kesalahannya disisi Islam, Nik Aziz telah memurtadkan tiga juta orang UMNO. Dakwaan ini dibuat olehnya tanpa usul periksa. Tidak ada kajian yang dibuat, samada secara ilmiah atau tidak. Ketidakadilan Nik Aziz jauh berbeza dari ajaran Islam yang menegas bahawa apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Hakim tidak boleh terdiri dari orang yang teribat dan berpentingan. Memurtadkan orang UMNO adalah satu ketidakadilan disisi agama Islam.
17. Tetapi, Alhamdulillah, sudah ramai pemimpin dan ahli PAS yang sedar tentang kesalahan PAS dan pemimpinnya dari segi Islam.Mereka telah tidak lagi taksub dengan nama Islam yang diberi kepada Parti PAS. Mereka sedar PAS bukan berjuang untuk Islam. PAS hanya ingin memperalatkan Islam untuk kepentingan politik duniawi pemimpin-pemimpinnya.
18. Mereka yang keluar dari PAS ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan ajaran Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai.
19. Saya tidak akan suruh Harun Din bertaubat. Tetapi Harun Din harus tanya hati kecilnya samada dia didorong oleh agama atau politik duniawi apabila menyuruh saya bertaubat dan tidak Nik Aziz.
Sumber : Gerakan Anti PKR

Wednesday 9 January 2013

~ BELASUNGKAWA : BAYU (MOHD HAFIZ UNTUNG) ~


Allahyarham Mohd. Hafiz bin Untong

Tanggal 16 Mei 2012; aku dan beberapa orang lagi melapor diri di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sebagai Pegawai Kebudayaan. Pada hari yang sama aku kembali bertemu dengan teman lamaku, Mohd. Hafiz bin Untong. Kami berkenalan sejak tahun 2000 ketika sama-sama terlibat dalam program Citrawarna anjuran Kementerian Pelancongan. Ketika itu, Mohd. Hafiz lebih dikenali dengan nama glamornya iaitu Sonia.


Setelah selesai urusan melapor diri, kami ditempatkan di jabatan dan agensi yang berbeza. Namun, tidak beberapa lama kemudian Mohd Hafiz  ditukarkan ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Kami bertemu kembali dan berkhidmat di bawah satu bumbung. Ketika ini, beliau lebih dikenali sebagai Bayu. Aku pernah berkata padanya, “aku takkan panggil kau dengan nama-nama tu, Sonia ke…Bayu ke..Bonia ke..sebab aku lebih suka nama Hafiz tu…” Lantas beliau menjawab “memang kau sorang je kawan yang panggil aku dengan nama Hafiz tu, tapi aku tak kisah..asalkan kau panggil dengan nama…” Begitulah perbualan antara aku dengan dia yang tidak akan aku lupa… Seingat aku, aku juga pernah menegur potongan rambut dia, “Hafiz, rambut kau ni kena potong kemas..sebab masa induksi nanti pasti kau akan diarah keluar untuk potong dan hitamkan rambut kau tu semula.” Jawabnya, “oh ye ke..alamak..macam mana ni..?” Selang beberapa hari kemudian aku lihat beliau telah memotong kemas rambutnya. Aku tersenyum sendirian mengenangkan tingkah lakunya.


Pada hari Selasa, 02 Januari 2013, ketika sedang leka menyiapkan kerja-kerja yang tertunggak, aku mendapat panggilan telefon daripada Setiausaha Pejabat Pengarah Kanan, Sektor Kebudayaan dan Kesenian. Dengan suara yang perlahan, beliau meminta aku untuk mendapatkan kepastian tentang berita bahawa temanku itu, Mohd Hafiz bin Untong telah meninggal dunia. Aku benar-benar terkejut. Pada mulanya aku sangka ia sekadar gurauan namun entah mengapa hati ini menjadi tidak keruan. Lantas aku hubungi telefon bimbit Mohd Hafiz namun setelah dua kali aku dail, tiada sebarang jawapan. Aku terus berusaha dan kali ini, aku menghubungi ibu kepada Mohd Hafiz, Puan Noraini Yamat yang juga merupakan Pegawai Kebudayaan di JKKN Sabah. Daripada getar suara, intonasi yang lemah dan sebak diselang-seli tangisan yang ditahan, aku dimaklumkan bahawa berita itu adalah benar. Mohd Hafiz bin Untong meninggal dunia akibat kemalangan. Ya Allah, apakah semua ini benar? Seorang ibu tidak akan sesekali berbohong berkaitan hal kematian anaknya. Segera aku dan beberapa orang teman bergegas ke lokasi yang dinyatakan oleh Puan Noraini Yamat; Hospital Selayang. 
Sesampai di ruang menunggu berhadapan bilik mayat, kelihatan YBhg. Dato’ Norliza Rofli duduk di suatu sudut dengan wajah yang begitu sugul. Tapi hati ini selagi boleh ingin menafikan berita yang diterima, namun setelah menatap wajah Allahyarham di bilik mayat…air mata terus mengalir di pipiku. Aku tak sanggup terus menatap wajah Allahyarham, sedih benar rasanya. Rakan-rakan lain yang turut berada di hospital juga merasakan yang sama. Pemergiannya begitu mendadak, tiada sebarang petanda mahupun sebarang pesan. Masih terbayang kegigihan Allahyarham sewaktu bertugas sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia, Krismas di Dataran Merdeka. Namun apakan daya, Allah SWT lebih menyayanginya. Selesai segala urusan berkaitan di Hospital Selayang, jenazah Allahyarham dibawa kembali ke Kelantan untuk urusan pengkebumian.

Mohd Hafiz bin Untong atau lebih sebagai Bayu telah meninggalkan kita, meninggalkan kedua-dua ibu bapanya, meninggalkan adik-beradik serta rakan-rakan yang dikasihi.



Sepanjang perkenalan kami, Allahyarham seorang yang ceria, suka menceriakan suasana, kreatif, agresif dan sentiasa bersemangat. Mula berjinak-jinak dalam bidang tari ketika masih bersekolah, sebelum meneruskan pembelajaran di Indonesia dalam bidang tari. Setelah kembali ke Malaysia, Allahyarham aktif menari sebelum kembali menyambung pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). 
Allahyarham pernah menjadi koreografer kepada pasangan Sein dan Nana bagi program Sehati Berdansa 3 anjuran ASTRO, malah menjadi juara bagi program tersebut. 
Seterusnya Allahyarham dilantik sebagai Artis Budaya (Kontrak) B27/koreografer dan berkhidmat di JKKN Sarawak sebelum dilantik secara tetap untuk jawatan Pegawai Kebudayaan Gred B27.
  01 Januari 2013 bersamaan 18 Safar 1434 Hijrah, Allahyarham Mohd Hafiz bin Untong telah pergi menghadap Yang Maha Esa, meninggalkan semua yang dikasihi. Sebagai teman, aku begitu terasa dengan pemergiannya dan semoga Puan Noraini Yamat serta keluarga tabah menempuh dugaan-Nya. Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan yang amat besar buat semua warga JKKN dan para aktivis seni tari. Al-Fatihah buat Allahyarham dan semoga roh arwah dihimpunkan bersama-sama umat Islam yang soleh lagi beriman. Amin.
 Gambar yang dirakamkan pada 31 Disember 2012 di atas merupakan gambar terakhir Allahyarham ketika bertugas sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia:Krismas dan Ambang Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka. 

Al~Fatihah