Anjing adalah mahkluq Allah yang sangat unik. Kejadiannya adalah dari ciptaan Allah untuk manfaat manusia yang berfikir. Kejadiannya untuk memudahkan urusan manusia yang berhikmah dan berjiwa baik. Sebab itu anjing bukan untuk dimakan.
Kekotoran yang ada padanya bukan melibatkan hal dosa pahala. Kekotoran yang ada padanya adalah melibatkan hal toharah cara bersuci. Hilangkan kumannya dengan tanah, kerana tanah Allah jadikan mampu untuk membasmi kuman dari anjing mahupun babi. Tak susah. Hanya sapukan tanah pada bahagian yang terkena najis anjing terutama air liurnya, kemudian bilas. Atau campurkan tanah itu dengan air, kemudian sapu pada bahagian yang terkena air liur anjing dan kekotorannya, kemudian bilas. Kenapa kena bilas banyak kali, sebab kita bilas kesan tanah tersebut agar ia tak ganggu keselesaan pada tubuh kita.
Tak bolehkah guna sabun untuk terus basuh kesan kotoran anjing?
Boleh, selesai matikan kuman menggunakan tanah tadi, masa bilas untuk bersihkan kesan tanah, gunalah sabun untuk bersihkan kesan tanah tersebut.
- Guna Tanah untuk mematikan kuman dari kekotoran anjing mahupun babi.
- Guna Sabun untuk bilas dan bersihkan kesan tanah tadi agar lebih selesa. Tak guna sabun pun tak apa, asalkan bilas hingga hilang kesan tanah.
Yang menjadi keliru di kalangan masyarakat kita ialah cara nak bersuci bila terkena najis-najis ini. Manakan tidak, dalam buku teks sekolah dahulu, ditunjukkan cara bersuci najis mughalazoh adalah dengan gambar tanah dan air itu menggunakan bekas besen air yang besar. Nampak susah jadinya. Nak kena sediakan tanah dan air dalam kuantiti yang banyak guna besen. Hingga mereka dewasa, mereka fikir kena cari tanah dan air berbesen-besen untuk bersuci. Walhal senang. Ambil tanah sekadar yang secukupnya untuk disapu, kemudian jirus sahaja guna paip dan gosok hingga hilang. Bahkan ini lebih dari 6 atau 7 bilasan air.
Allah jadikan anjing, bukan untuk bertambahnya dosa kamu.
Allah jadikan anjing, untuk kamu menggunakan aqal berfikir hikmah kejadiannya.
Allah jadikan anjing, untuk membantu kamu memanfaatkan sifatnya.
Allah jadikan anjing, perihal kita dengannya adalah tentang bersuci, bukan tentang dosa pahala. Yang dosa adalah apabila kamu memudharatkan diri dengan menentang untuk bersuci.
Melayu = Jangan bermusuh dengan anjing.
SUMBER: Mahathir Alkhobiri
No comments:
Post a Comment