Tuesday, 26 August 2014

SELEPAS SEMINGGU...NAJIB OHH NAJIB...!!!

 
1. Pasti ramai tak lupa bagaimana wajah Najib sebaik saja SPR umumkan BN menang tipis pada awal pagi 6 Mei 2013 yang disiarkan secara langsung di televisyen seluruh negara.

2. Dengan wajah sugul, tak percaya, terkejut, sedih, keliru..bla..bla..bla..terpancar jelas di muka Najib ketika itu. Sampai terkeluarlah perkataan "Tsunami Cina" dek terkilannya Najib dengan pembelotan kaum Cina terhadap BN.

3. Lepas tu kira-kira 3 bulan jugalah Najib 'senyap' seolah berkabung dengan prestasi buruk sendiri di PRU-13 yang bukan saja gagal mengembalikan majoriti 2/3 BN sejak 1974, malah lebih buruk berbanding keputusan PRU-12.

4. Tapi lepas 100 hari sejak 6 Mei 2013, Najib dah 'happy' balik macam biasa. Tiada unsur atau riak yang beliau akan buat perubahan walaupun dasar dan polisinya sebelum itu ditolak mentah-mentah oleh lebih 52% pengundi di PRU-13, apatah lagi mengambil ikhtibar dengan apa yang telah berlaku. Malah dasar dan polisi Najib tetap kekal sama. Semuanya sebagaimana asal ketika Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009.

5. Bukan saja dasar dan polisi Najib tak berubah, malah sifat blur beliau dalam menangani isu-isu sensitif terutama yang melibatkan Islam, Melayu, Raja Melayu dan keselamatan negara juga kekal sama. Blur sepanjang masa. Seolah negara ini sudah tiada pemimpin atau orang yang berkepimpinan. Semua isu sensitif dibiarkan hingga menjadi barah yang sedang memakan 'jantung' negara ini perlahan-lahan. Nak tau apa dia 'jantung negara' boleh klik sini.

6. Sehinggalah 18 Ogos 2014, Che Det melalui blognya telah meluahkan apa yang selama ini terbuku dan menjadi bualan, bukan saja dikalangan segelintir blogger, tapi turut menjadi perdebatan umum dikalangan akar umbi UMNO dan rakyat Malaysia mengenai hala tuju serta dasar Najib yang kelihatan 'membunuh' Melayu dan Malaysia secara perlahan.

7. Ada 6 perkara UTAMA mengenai dasar Najib yang disentuh Che Det di blognya iaitu mengenai ISA, kerajaan terlalu ikut cakap negara barat dan Singapore, layanan kerajaan yang berbeza terhadap orang Melayu yang menyokong BN berbanding kaum Cina, pemberian BR1M untuk meraih undi dengan menyalahgunakan wang kerajaan, keutamaan berlebihan kepada import berbanding produk tempatan, serta isu gaji minimum; yang kesemuanya telah merosakkan hubungan antara kaum, ekonomi dan kewangan negara.

8. Kini sudah seminggu berlalu, namun tiada seorang pun pembodek serta pengampu Najib yang mampu membalas hujah secara ilmiah berkenaan 6 perkara pokok yang menjadi asas teguran Che Det.

9. Antara yang cuba menjawab ialah Hisham 'Awww' yang menyentuh mengenai 'kehebatan' Najib dalam menangani isu MH17 padahal ia tiada kena mengena pun dengan 6 perkara utama yang dibangkit Che Det. Yang peliknya kenapa Hisham tak guna hujah MH370 untuk pertahankan Najib? Takut nanti kena bambu sebab kes MH370 hakikatnya ada kaitan dengan pemansuhan ISA ke?

10. Sorang lagi yang cuba mempertahankan Najib ialah 'panglima pemilihan UMNO' yang hanya 'tunjuk taring' masa pemilihan jawatan dalam UMNO saja, tapi bila dah menang...terus MENIKUS!! Yang kelakarnya apabila Zahid suruh semua termasuk Che Det untuk menghormati Najib; tapi siapa boleh lupa bagaimana Zahid sendiri pernah secara terbuka menghentam Che Det dalam PAU 1998! Masa tu tak pulak timbul cerita suruh hormat pemimpin..kan Zahid? Heh!

11. Maka terserlah la dalang sebenar 'dato-dato yang ingin menyenangkan hati Raja' sebaik saja mereka buat komen mempertahankan Najib. Bukan saja rakyat dah tahu siapa pembodek Najib, malah rakyat juga mula sedar akan tahap dungu pengampu Najib ketika menjawab hujah Che Det. Hijab kebodohan orang keliling Najib kini terbuka. Tuhan nak tunjuk agaknya..

12. Terbaru semalam apabila Muhyiddin juga selaku timbalan Najib mula bersuara mempertahankan bosnya. Muhyiddin menegaskan yang kononnya Najib bukan diktator. Najib selalu berbincang dan tanya pendapat sebelum buat keputusan. Kiranya Najib ni tak buat keputusan berseorangan lah! Maknanya 'final say' setiap dasar dan polisi kerajaan sejak 2009 bukan daripada Najib lah...gitu? Maknanya segala yang silap tu bukan salah Najib sorang la..tapi juga salah semua anggota Jemaah Menteri dan konsetan? Adakah itu yang dimaksudkan Muhyiddin?

13. Tapi pada masa sama Muhyiddin turut mengakui beberapa polisi perlu dikaji dan diperbaiki serta turut memohon sokongan dan peluang untuk Najib memperbaiki pentadbiran negara - yang jika ditafsir sepintas lalu, Muhyiddin secara tak langsung telah membenarkan segala kritikan Che Det terhadap Najib. Sama ada akan berlaku perubahan atau tidak dalam dasar dan polisi Najib selepas ini, hanya masa yang akan menentukan.

14. Ramai yang mengharapkan posting "Menegur" Che Det dikeluarkan sebelum pemilihan jawatan dalam PAU tahun lepas. Ramai yang beranggapan posting Che Det itu sudah terlambat memandangkan tiada apa lagi yang boleh dilakukan kini untuk menjatuhkan Najib dalam pemilihan UMNO. Tapi rasanya niat Che Det bukanlah untuk menjatuhkan Najib kerana jika beliau berniat begitu, mesti Najib dah kena 'sound' sebelum PAU tahun lepas lagi.

15. Rasanya Che Det maklum bahawa minggu ini bahagian-bahagian UMNO seluruh negara sudah mula bersidang. Mungkin Che Det mahu kritikannya terhadap Najib dibahaskan para perwakilan di setiap bahagian UMNO yang bersidang. Tidak dinafikan sejak posting "Menegur" Che Det, akar umbi UMNO agak kecoh membincangkan isi kandungan teguran tersebut. Rentetan daripada kekecohan itu, buktinya dapat dilihat apabila semalam timbul usul dalam persidangan UMNO Bahagian Rembau yang diketuai oleh MBNS, Mohamad Hasan serta timbalannya Khairy Jamaluddin mengenai ISA.

16. Kata Mohamad Hasan, "Hari ini UMNO Bahagian Rembau membuat satu usul yang amat kuat, kita menghantar satu mesej kepada UMNO Pusat, bahawa UMNO bahagian ini mahu penguatkuasaan undang-undang sedia ada ini perlu diperkemaskan. Apa guna ada undang-undang, tetapi tak ada penguatkuasaan, maka ini dipersoalkan oleh masyarakat luar yang bimbang keselamatan mereka." Tahniah Mohamad Hasan dan tahniah juga kepada UMNO Bahagian Rembau. Jarang nak dapek Paneh Miang puji Mohamad Hasan ni. Kalaulah usul seperti ini disuarakan sebelum ISA dimansuhkan pada September 2011, musti dah lamo selosai masalah. Tapi yolah kan..tembolok memasing nak kono jago. Heh!

17. Adakah bahagian-bahagian UMNO yang lain turut berkongsi semangat "Menegur" yang sama dalam persidangan mereka, sekaligus membawa usul "Menegur" masing-masing untuk dibahaskan secara terbuka dalam PAU tahun ini, sama-sama kita tungguuu..

18. Baru-baru ni Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengatakan, "Kami tidak mempunyai bukti kukuh untuk menangkap mereka di bawah undang-undang baru SOSMA yang menggantikan ISA," apabila mengulas mengenai rakyat Malaysia yang ditembak kereta kebal di Syria. Inilah yang dimaksudkan Che Det dengan 'pembebasan ketua-ketua geng' rentetan pemansuhan ISA.
19. Agaknya mereka yang menghapuskan ISA ini terlupa bahawa akta tersebut bukan saja menjamin keselamatan negara dengan menangkap pengganas atau perisik, tapi turut mampu menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia daripada terlibat dengan aktiviti pengganas.

20. Ingat lagi kes Nik Adli anak Nik Aziz yang pernah di tahan bawah ISA? Nik Adli asalnya adalah buruan CIA untuk ditangkap bawah Patriot Act. Tapi apabila Che Det dapat tahu, beliau arahkan polis untuk tahan Nik Adli dan rakan-rakannya terlebih dulu bawah ISA kerana bimbang akan keselamatan mereka yang tidak akan diketahui hidup mati sekiranya ditangkap CIA. Kata Che Det ketika itu, "Lebih baik dia (Nik Adli) ditahan bawah jagaan kita dari tak tau apa nasib kalau duduk dalam penjara Amerika." Hakikatnya Nik Aziz sedar bahawa akta itulah yang pernah menyelamatkan nyawa anaknya suatu ketika dulu. Jika situasi sama yang pernah dialami Nik Aziz turut berlaku dalam keluarga kita, mungkin kita pun berharap agar ISA dikekalkan.

21. Perwakilan UMNO di setiap bahagian serta G7 yang terpilih ke Perhimpunan Agong UMNO 2014 punya tugas berat. Najib perlu ditegur!! Dah lama sangat Najib syok sendiri!! Jika dato-dato dalam kabinet dan punahsehat sekeliling Najib tak mampu tegur, maka tanggungjawab itu harus dipikul oleh akar umbi UMNO.

22. "Jantung" Malaysia perlu dijaga, dan UMNO-lah harapan "Jantung" negara untuk pertahankan hak mereka. Jika Saidina Umar Al-Khattab yang dijamin syurga pun sanggup ditegur dengan pedang, apalah yang payah sangat nak tegur Najib?!

SUMBER : www.paneh.blogspot.com

No comments:

Post a Comment