Tuesday, 23 July 2013

TAHUKAH ANDA? 9 Jalan Paling Berhantu Di Dunia

Tuen Mun Road – Hong Kong
Dianggap sebagai salah satu jalan paling maut di dunia, jalan Tuen Mun telah banyak mengorbankan mangsanya selama bertahun-tahun. Jalan ini adalah jalan paling penting dan salah satu jalan paling banyak dilalui di Hong Kong. Tuen Mun Road dihantui oleh mereka yang telah terkorban di jalan itu. Dikatakan mereka melangkah ke lalu lintas, menyebabkan pemandu sering terbabas dari jalan yang mengakibatkan kemalangan dan kematian. Korban-korban baru ini pula kemudiannya menghantui kembali dan menyebabkan kemalangan.

A229 – United Kingdom
The A229 dari Kent ke Sussex memiliki dua hantu terkenal. Yang pertama dikatakan sebagai seorang wanita bernama Judith Langham, yang terbunuh di jalan pada hari perkahwinannya pada tahun 1965. Dia muncul di jalan dalam gaun putihnya dan kemudian menghilang. Hantu kedua adalah hantu yang sering menumpang kereta dan berbual tentang semua hal dengan pemandu kereta . Setelah pemandu tiba di destinasinya, hantu ini menghilang.

Bloodspoint Road – Illinois, Amerika Syarikat
Bloodspoint hanyalah salah satu dari beberapa jalan yang merentasi seluruh Boone County, Illinois. Jalan ini telah menyaksikan pembunuhan, bunuh diri, dan bahkan seorang kanak-kanak yang pernah digilis kereta api. Beberapa pelajar sekolah juga pernah maut ketika bas terbabas dari jambatan di daerah ini.

M6 –United Kingdom
M6 di UK telah wujud selama hampir 2000 tahun, justeru tidak menghairankan terdapat lagenda seram disampaikan dari waktu ke waktu. Jalan itu pernah digunakan oleh tentera selama penjajahan Rom di UK, dan sehingga kini dikatakan roh tentera Rom masih terlihat di sepanjang jalan dan berjalan melalui lalu lintas. Ada juga trak hantu yang berjalan melawan arus lalu lintas serta hantu seorang wanita di sepanjang sisi jalan.

Boy Scout Lane – Wisconsin, Amerika Syarikat
Menurut cerita, sebuah pasukan pengakap kanak-kanak pada akhir 1950-an atau awal 1960-an menyertai sebuah ekspedisi di kawasan ini. Ketika mereka tidur di sekitar unggun api, salah seorang peserta lelaki dengan sengaja membakar kawasan perkhemahan itu yang menyebabkan kebakaran hutan dan mengorbankan seluruh pasukan. Meskipun tidak ada catatan atau bukti nyata dari setiap kejadian tersebut pada Boy Scout Lane, tetapi terdapat banyak cerita tentang kegiatan paranormal dan kemunculan hantu di kawasan ini.

A75 Kinmont – Scotland
Digelar sebagai “jalan hantu,” jalan di barat daya Scotland ini telah menjadi tempat ratusan kes penampakan hantu yang tidak dapat dijelaskan. Banyak pemandu telah dilaporkan dapat melihat beberapa hantu berjalan di depan kenderaan mereka, burung-burung terbang ke cermin hadapan kereta dan kemudian menghilang, orang berjalan ke arah kenderaan dan makhluk menyeramkan lainnya (termasuk kambing, anjing liar dan kucing) yang muncul entah dari mana.

N9 – Afrika Selatan
Bahagian jalan di antara Uniondale dan Willowmore dikenali sebagai Hitchhiker Uniondale Phantom ini sangat sinonim dengan hantu yang dikenali sebagai Roux Charlotte Marie, iaitu seorang gadis yang maut dalam kemalangan kereta pada tahun 1968. Sejak itu, hantu Roux Charlotte Marie dikatakan sering menjadi penumpang belakang kenderaan yang melalui jalan itu, dan kemudian menghilang secara misteri.

Annie Road – New Jersey, Amerika Syarikat
Jalan ini dikatakan dihantui oleh seorang wanita yang memakai gaun putih dan biru. Wanita itu dikenali sebagai Annie, dikatakan maut setelah kepalanya dipenggal pada malam perkahwinannya dan mayatnya telah diseret sepanjang jalan. Pemandu yang melalui jalan itu pada tengah malam mendakwa mereka dapat melihat hantunya berjalan sepanjang jalan, dan selalunya muncul pada ulang tahun kematiannya pada setiap tahun .

Terowong Belchen – Swiss
Terowong ini merupakan sebahagian dari jalan tol A2 dari Basel ke Chiasso. Jalan ini terkenal dengan kemunculan hantu wanita yang memakai pakaian putih dan sering melintas di depan kenderaan malah kadang-kadang berbual dengan pemandu kenderaan di situ

Sumber : http://thegeekhubs.blogspot.com/

Monday, 22 July 2013

TAHUKAH ANDA? 23 Kisah KEMATIAN Yang PaLing PeLik & Negeri Di Dunia

Kisah Kematian Yang Paling Pelik Dan Ngeri Di Dunia | Kematian sememangnya merupakan Ketentuan Qada' dan Qadar yang tidak boleh diubah dan hanya Allah sahaja yang mengetahui akan hal tersebut. Pelbagai-bagai cara kematian pernah kita tahu seperti kemalangan, lemas, mati dibunuh, mati akibat penyakit dan banyak lagi.

Namun apa yang ingin Dr Fuh sampaikan malam ni adalah kisah kematian yang paling pelik, ngeri dan pernah menggemparkan dunia 1 ketika dahulu. Semuanya ada 23 kisah. Memang pelik jika dikaji betul-betul punca kematian mereka ini. Jom kita hayati betul-betul.


1. Meninggal kerana berniat menggapai bayangan bulan di air

Penyair Cina Li Po (abad VII-VIII Masehi) merupakan penyair terkenal yang suka minum arak.Suatu ketika dia sedang mabuk waktu naik perahu melewati sungai Yangtze. Dia melihat bayangan bulan di air. Kerana mabuk, dia berusaha menggapai bayangan itu untuk memeluknya, namun gagal. Akhirnya dia jatuh ke air dan tenggelam.

2. Meninggal kerana janggut

Hans Steininger merupakan orang Austria yang terkenal kerana janggutnya yang terpanjang di dunia. Panjangnya sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun 1567,terjadi kebakaran yang mengharuskan semua orang lari.Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh. Lehernya patah dan dia pun mati.

3. Meninggal kerana menahan buang air kecil

Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi. Pada tahun 1601, dia sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama, di Praha (sekarang czechoslovakia). Adat pada masa itu meyakini bahwa pergi di tengah jamuan makan,termasuk untuk buang air, adalah sangat tidak sopan. Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan.Kandung kemihnya melebar sampai ke hadnya,dan terjadilah infeksi (sistitis) yang parah. Beliau meninggal 11 hari kemudian.
(Gambar Hiasan; tiada kaitan langsung!)

4. Meninggal kerana tongkat konduktor

Jean Baptiste Lully merupakan konduktor yang memimpin orkestra pada perayaan sembuhnya Louis XIV dari sakitnya pada tahun 1687. Kerana terlalu bersemangat,dia menjatuhkan tongkat konduktor tepat pada ibu jari kakinya.Terjadi abses (infeksi dengan nanah) dan diikuti gangren (pembusukan).Lully menolak amputasi,dan akhirnya dia pun mati karena infeksi yang menyebar ke seluruh tubuh.

5. Meninggal kerana lidah tergigit

Allan Pinkerton (1819-1884) adalah seorang agen detektif yang terkenal dengan syarikat 'Agency Pinkerton detective'nya.Suatu hari dia sedang berjalan di kaki lima.Dia tergelincir.Tidak sengaja lidahnya tergigit,dan terjadilah infeksi yang kemudian membunuhnya.

6. Meninggal kerana menendang peti

Serupa dengan Lully,tapi ini terjadi di awal abad 20 pada Jack Daniel,seorang pengusaha whiskey terkenal dari Tennessee,Amerika Syarikat.Pada suatu subuh dia ingin membuka salah satu peti,namun dia terlupa nomor kombinasinya.Dia mengamuk dan menendang peti tersebut.Salah satu jarinya terluka,meradang (infeksi),dan akhirnya membunuhnya.
(Gambar Hiasan; tiada kaitan langsung!)

7. Meninggal kerana kulit jeruk

Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang stuntman.Dia juga orang kedua di dunia yang berhasil menaklukkan air terjun Niagara dengan barrel-nya.Dia meninggal tahun 1926,dua bulan setelah tungkainya diamputasi.Mengapa?,Ternyata dia tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di jalanan,di Selandia Baru.Tungkainya patah dan terjadi infeksi berat.Ketika itu belum ada antibiotik.

8. Meninggal kerana payung terjun gagal mengembang

Pada tahun 1912 Franz Reichelt mendakwa dirinya berhasil membuat jaket berparasut.Suatu penemuan baru.Dia ingin mencubanya dengan melompatdari puncak menara Eiffel.Sebelumnya dia merancang memakai patung,namun akhirnya tidak jadi.Dia memutuskan memakai sendiri jaket tersebut.Ternyata,seperti yang dirisaukan ramai orang,jaket itu tidak berfungsi dan dia pun mati seketika.

9. Meninggal setelah diracun,ditembak 4 kali,dipukul dan akhirnya ditenggelamkan

Grigori Rasputin (1869-1916) mula-mula diracun dengan sianida.Dosnya setara untuk membunuh 10 orang.Tapi kerana diketahui kemudian bahwa sianidanya sudah rosak oleh pemanasan makanan,dia tidak mati.Lalu dia ditembak dari belakang oleh Felix Yusupov dan kawan-kawannya.Dia tidak mati juga.Dia ditembak lagi 3 kali,tapi tidak mati juga.Akhirnya Rasputih dipukul dengan tongkat dan akhirnya ditenggelamkan ke Sungai Neva yang dingin.Dari hasil autopsi,sebab kematian sebenarnya adalah tenggelam.
(Gambar Hiasan; tiada kaitan langsung!)

10. Meninggal kerana bola besbol

Ray Chapman (1891-1920) dikenali sebagai satu-satunya pemain yang mati dalam pertandingan besbol.Dia mati kerana kepalanya terkena balingan bola dari Carl Mays.Pada saat itu,bola besbol biasanya dilumuri tanah oleh pembaling bola sebelum dibaling,untuk mempersulit lawan melihat bolanya.

11. Meninggal kerana selendang

Isadora Duncan (1877-1927) dikenali sebagai tokoh tarian modern.Dia gemar memakai selendang pada saat bepergian.Pada September 1927,dia sedang naik kereta,dengan tingkap terbuka dan kereta bergerak dalam kecepatan tinggi.Saat itu dia memakai selendang yang berukuran besar.Kerana selendangnya “terbang” sampai ke tayar,dia tercekik seketika dari tingkap kereta.

12. Meninggal ketika membicarakan Hitler

Pada tahun 1943,seorang pengkritik nazisme dan fasisme bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika tengah membicarakan Adolf Hitler.
(Gambar Hiasan; tiada kaitan langsung!)

13. Meninggal di pentas konsert

Leslie Harvey,gitaris Stone the Crows,meninggal pada tahun 1972 kerana terkena renjatan letrik dari mikrofon yang dia gunakan di pentas konsert.

14. Meninggal ketika siaran TV

Christine Chubbuck (1944-1974) merupakan satu-satunya reporter TV yang meninggal di tengah siaran langsung TV.Dia menembak kepalanya sendiri pada siaran Suncoast Digest (WXLT-TV) tanggal 15 Julai 1974 dengan revolver 38 mm.Chubbuck sebelumnya memang sudah bermasalah dengan depresi yang berlarut-larut.

15. Meninggal kerana “dibunuh robot”

Robert Williams sedang berusaha mengambil suatu barang di rak penyimpanan Ford Motor’s Flat Rock kerana robot sedang tidak berfungsi.Tiba-tiba robot bergerak dan lengan robot tersebut terkena kepala Williams.Dia mati seketika pada 25 Januari 1979.Hanya 2 tahun berselang,kemalangan serupa terjadi di Jepun.Kenji Urada gagal mematikan robot yang akhirnya secara tidak sengaja menolak tubuhnya ke dalam mesin putar.
(Gambar Hiasan; tiada kaitan langsung!)

16. Meninggal kerana terpenggal helikopter

Victor Morrow (1929-1982) dan 2 orang pelakon kanak-kanak yang bersamanya mati kerana terpenggal baling-baling helikopter ketika sedang syuting untuk film Twilight Zone,pada tahun 1982.Kes ini mendorong Amerika Syarikat meminda undang-undang perlindungan tenaga kerja anak dan peraturan keamanan serta jaminan keselamatan di lokasi syuting.

17. Meninggal kerana kaktus

Masih tahun 1982, David Grundman dan seorang sahabatnya sedang pergi berburu kaktus. Mereka bertemu sebuah kaktus besar. Kaktus ini adalah kaktus Saguaro setinggi hampir 8 meter yang berumur kira-kira 100 tahun. Di depannya ada sebuah kaktus kecil.Mereka menembak kaktus kecil dulu, dan berhasil. Sekarang giliran yang besar. Tapi yang terjadi,malah kaktus raksasa tadi tertembak sampai berlobang, dan akhirnya jatuh menimpa Grundman.Dia mati seketika.Benar-benar balas dendam oleh kaktus!.

18. Meninggal kerana tutup botol

Tennessee Williams (1911-1983),penulis drama Amerika Syarikat, mati karena tercekik tutup botol yang tertelan ketika dia mabuk di sebuah hotel di New York.Hal ini diduga berkaitan dengan kebiasaannya menaruh tutup botol di kedua mata dan mulutnya ketika sedang minum-minum.

19. Meninggal ketika melawak

Dick Shawn (1924-1987) sedang melawak tentang kempen politik di Amerika Serikat. Setelah mengatakan “I will not lay down on the job!” (Saya tidak akan meletakkan jawatan!), dia langsung terbaring di lantai. Penonton mengira itu adalah bagian dari lawaknya.Tapi kerana dia tak bangun-bangun lagi, beberapa petugas pentas pun memeriksanya dan melakukan bantuan napas kecemasan. Tidak lama kemudian dia pun meninggal.
(Gambar Hiasan; tiada kaitan langsung!)

20. Meninggal kerana terkena renjatan letrik

Pada tahun 1991,seorang wanita Thailand berusia 57 tahun bernama Yooket Paen, terpijak tahi lembu ketika sedang berjalan di kebunnya. Setelah itu dia terpegang sebuah kabel telanjang (tanpa bungkus),dan terkena renjatan letrik sampai meninggal.Setelah pemakamannya, adik Paen datang ke kebun tersebut.Dia juga terpijak tahi lembu yang sama,terpegang kabel yang sama,dan meninggal juga.

21. Meninggal kerana kambing

Pada tahun 1999,Betty Stobbs sedang memberi makan kambing-kambingnya dengan motorsikal. Makanan untuk  kambing-kambing tersebut terletak di belakang motorsikalnya. Ketika itu, kambing-kambing tersebut rupanya sedang kelaparan. Mereka pun menyerbu makanan di belakang motorsikal tersebut, sehinggakan Stobbs terlempar ke dalam gaung sedalam 30 meter. Dia belum meninggal kerana “lemparan” ini. Namun ke mana pergi motorsikalnya?. Ternyata ada tepat di belakangnya, dan dia pun mati tertimpa motorsikalnya sendiri.

22. Meninggal kerana rak buku

November 2006,Mariesa Weber (38 tahun) diduga hilang.Sudah 2 minggu dia tidak ditemui oleh keluarganya (padahal dia mati di rumah sendiri!).Namun akhirnya dia ditemui berada di bawah tumpukan rak buku yang jatuh.Nampaknya dia sedang berusaha memasang kabel TV yang hanya dapat dicapai dengan berdiri di atas meja tulis di sebelah rak buku.Namun malangnya a jatuh dengan kepala lebih dulu,dan rak bukunya ikut jatuh menimpa Weber.

23. Meninggal kerana game online

Pada tahun 2005,Lee,seorang lelaki Korea Selatan berusia 28 tahun,mati setelah 50 jam nonstop bermain game online Starcraft di sebuah cyber cafe di Daegu.


KISAH KEMATIAN PELIK DAN NGERI |  Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman hendaknya.

Sumber : http://pen-gempaq.blogspot.com/

TAHUKAH ANDA? 8 Fakta yang disembunyikan oleh parti komunis DAP!

1.Isu Minyak Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Bloomberg menyenaraikan negara Malaysia adalah Ke-9 harga termurah minyak di dunia. Walaupun Amerika Syarikat adalah pada kedudukan ke-12 ($3.30) di dunia, mereka telah pun mendakwa bahawa mereka adalah antara yang paling murah di dunia. Jika Amerika Syarikat berani mengeluarkan kenyataan ke-12 itu adalah antara yang paling murah, jadi bagaimana Malaysia yang menduduki di tangga ke-9 ($4.19)?

Ini tidak termasuk kerajaan BN terbaru yang mengurangkan RON 97 sebanyak 20 sen seliter dan yang paling penting Anwar HANYA BERJANJI sementara BN merealisasikan walaupun pengurangan minyak ini tidak dalam Manifesto BN

2.Isu Pengeksport Minyak yang diutarakan oleh DAP
DAP mendakwa bahawa Malaysia adalah negara pengeksport minyak. Oleh itu harganya haruslah ditetapkan dengan lebih murah? Ini adalah salah kerana fakta no 1 kita tidak diiktiraf oleh OPEC sebagai sebuah negara pengeksport minyak. Negara yang betul-betul mengeksport dan menjual minyak ke negara luar sahaja akan dijemput untuk menjadi sebahagian daripada OPEC. Fakta no 2 ialah 90% daripada minyak harian yang dihasilkan oleh Malaysia telah pun diguna pakai oleh rakyat tempatan. Dalam kes ini kita sebenarnya hanya mengeksport dan menjual minyak negara kita dalam 10% ke negara luar, sebab itu lah negara kita tidak diiktiraf oleh OPEC sebagai negara pengeluar minyak.

Pengeluaran minyak Amerika meningkat 14 peratus kepada 6.5 juta tong sehari pada tahun lepas iaitu menunjukkan peningkatan rekod. Menjelang tahun 2020, negara Amerika dijangka akan mengatasi dalam penggunaan minyak melebihi Arab Saudi sebagai pengeluar minyak mentah terbesar di dunia. Pada masa yang sama, permintaan petrol AS telah jatuh kepada 8.7 juta tong sehari, paras terendah sejak tahun 2001.Harga minyak di Malaysia sebenarnya adalah jauh lebih murah daripada lain-lain negara pengeluar minyak di dunia dan negara-negara pengeksport seperti Iraq, Sudan dan lain-lain.

3.Pendidikan Percuma yang diutarakan oleh DAP
Negara Norway adalah luar biasa kerana ia adalah satu-satunya negara pengeluar minyak utama dengan mengenakan harga gas yang mahal. Negara Norway tidak memberi subsidi minyak kepada rakyat tetapi sebaliknya negara Norway menggunakan keuntungan minyak negara kepada perkhidmatan seperti perkhidmatan pendidikan kolej bebas dan perkhidmata simpanan untuk penambahbaikan infrastruktur. Sebuah negara seperti Norway yang tidak memberikan subsidi minyak kepada rakyat mereka, akhirnya menggunakan subsidi itu kepada pendidikan percuma. Di Malaysia, kadar faedah pinjaman pendidikan hanya pada 1% dan 80% daripada kos keseluruhan di Universiti awam sudah subsidi oleh kerajaan. Ini termasuk subsidi minyak daripada kerajaan Malaysia. Ini membuktikan negara Malaysia lebih baik dari segi pengurusan wang negara kerana memberikan kelebihan subsidi minyak kepada rakyat dan dalam masa yang sama memberikan subsidi yuran Univiersiti awam sebanyak 80% di Malaysia.

4.Cukai Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Kadar cukai Malaysia berada pada 27%, berbanding kadar cukai Amerika Syarikat ialah pada 40%. Bermakna setiap pendapatan RM 100 di Amerika Syarikat, maka RM 40 akan dikembalikan kepada kerajaan Amerika Syarikat. Namun rakyat dan ahli politik termasuk pembangkang tidak pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak, pendidikan percuma, menghapuskan tol dan banyak lagi janji bulan dan bintang yang tidak pernah dibuat oleh negara lain. Malaysia yang membayar hanya 27% daripada cukai pendapatan merasakan diri mereka adalah BOSS,RAJA,KING dan sebagainya. Manakala orang di Amerika Syarikat pula berpendapat bahawa negara itu sendiri sebenarnya adalah BOSS,RAJA,KING bagi mereka, kerana mereka berprinsip tentang satu kepercayaan bahawa “bukan apa yang negara anda boleh buat untuk anda” tetapi “APA YANG ANDA BOLEH BUAT UNTUK NEGARA ANDA” - John F Kennedy

5.Kadar pengangguran Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Kadar pengangguran Amerika syarikat pada 7.3%, manakala Malaysia pula adalah 3.3%. Dalam teori ekonomi kadar pengangguran pada kadar 5% adalah perkara biasa dan di bawah 5% adalah sangat baik. Sejak DAP sentiasa meminta kita tidak membandingkan dengan negara yang paling teruk daripada kita, maka mengapa tidak kita hanya membandingkan semua ini dengan 1 daripada negara utama dan terbaik di dunia iaitu Amerika Syarikat?

6.Hutang negara Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Hutang Amerika Syarikat berada pada US $ 16 TRILLION vs Malaysia yang hanya pada US $ 132 bilion. Apabila Mitt Romney menentang Obama dia tidak mempolitikkan isu hutang negara dimana mendakwa bahawa Amerika Syarikat akan bankrap tetapi sebaliknya Mitt Romney mengutarakan kepada Amerika tentang apa yang dia boleh lakukan untuk mengurangkan Hutang Negara bukan hanya menyalahkan dan mencanang untuk menjatuhkan kerajaan seperti mana DAP lakukan di Malaysia.

Hutang negara Malaysia hanya RM 500 bilion, dalam masa yang sama mengabaikan fakta bahawa hutang negara adalah pada 53% KDNK (adalah normal) dan pendapatan negara sekarang adalah lebih daripada RM 200 bilion setahun selepas PM Najib mengambil alih dan orang-orang seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tian Chua, Ronnie Liu, Rafizi Ramli dan Red Bean Army menyampaikan berita palsu bahawa negara kita akan muflis? Ini adalah pembohongan paling nyata dan tidak berpandukan fakta langsung. Paling teruk adalah ramai pelajar Malaysia dari SPM, STPM dan Ijazah Ekonomi percaya akan pembohongan palsu ini

DAP tidak pernah sekali memberitahu kita semua bagaimana mereka akan mengurangkan hutang negara. Mereka hanya memberitahu bagaimana mereka akan membelanjakan wang negara kita untuk diberikan kepada anda itu dan ini serta menghapuskan itu dan ini tanpa membincangkan secara kritikal atau rancangan yang teliti tentang bagaimana mengurangkan hutang negara. Sebaliknya hanya kerajaan Persekutuan iaitu BN sahaja yang sentiasa mengkaji dan membincangkan tentang bagaimana hutang negara dapat dikurangkan.

7.Hutang Negeri BN vs Hutang Negeri PR
Kerajaan BN Kedah telah memerintah selama 55 tahun dan hutang negeri adalah hanya RM 1 bilion. Pakatan Rakyat memerintah kurang daripada 4 tahun (selepas Mac 2008) dan hutang negara telah melonjak kepada RM 1 bilion hanya dalam masa 4 tahun! Negeri Pulau Pinang DAP pula mencanangkan bahawa negeri mereka adalah “surplus state?”. DAP telah memindahkan 90% hutang air negeri Pulau Pinang kepada kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Persekutuan itu adalah dibawah BN maka sepatutnya pujian “surplus state” itu seharusnya diberikan kepada kerajaan perseketuan iaitu BN.

8.Rasuah
Selepas PM Najib Razak mengambil alih Malaysia 5 tahun lepas, Indeks Rasuah dan Korupsi Dunia telah menunjukkan Malaysia meningkat sebanyak 6 kedudukan dalam iaitu dari kedudukan ke-60 kepada ke-54 dari 176 negara, dimana menunjukkan pengurangan rasuah secara mendadak dibawah pengurusan PM Najib razak serta dijangka bahawa negara Malaysia akan terus berkurangan rasuah seterusnya akan menduduki carta yang lebih tinggi dari ke-54 menunjukkan negara Malaysia jauh lebih bersih dari negara lain. Datuk Paul Low berkata, Malaysia mendapat 49 dari 100 mata pada survei yang menilai tahap penerimaan rasuah sektor awam di kalangan 176 negara.

-KETUA PENGAKAP FF-

Sumber : http://bbcdrasmi.blogspot.com/

Thursday, 18 July 2013

~CELiK MATA HATi~

Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.


SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. 


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat Pengasih dan PenyanyangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi cuba mengenengahkan amalan-amalan lain yang difikirkan baik untuk kesihatan, sedangkan solatnya entah ke mana…???


Jadi,marilah sama-sama kita menjaga waktu solat yang sememangnya jelas memberi impak terhadap kesihatan tubuh badan kita. Peringatan untuk diri sendiri dan semua. 

Monday, 8 July 2013

Ada Berani..?

Ada berani...? Pada yang faham, okLah...pada yang tak faham...siLa²Lah wat pemeriksaan kesihatan. Hik hik

Tuesday, 2 July 2013

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN ANWAR!!


28 Feb 2010 genaplah 30 tahun AnWAR membawa Azizah kahwin lari. AnWAR membawa lari Azizah setelah bapa Azizah Datuk Dr. Wan Ismail tidak bersetuju samasekali hasrat AnWAR mahu menyunting anakandanya untuk dijadikan isteri. Bukan setakat tidak setuju, malah Datuk Wan Ismail teramat marah hingga mahu menembak AnWAR!

2. Itu cerita lama, namun sejarah tidak dapat dipadamkan. AnWAR sendiri hingga kini cuba menyembunyikan tarikh beliau berkahwin lari. Anak-anak mereka hanya tahu tarikh tetapi AnWAR tidak pernah menceritakan kepada mereka bagaimana cara beliau mendapatkan Azizah. Ada yang cuba bertanya, namun dimarahi AnWAR agar tidak bertanya lagi.


3. Ketua rombongan meminang AnWAR ketika tahun 1980 ialah Ustaz Ahmad Awang (bekas Pesuruhjaya PAS Perak). Lurusnya Ahmad Awang hingga kini dipermainkan AnWAR. Kejap marah, kejap sayang. Bukannya beliau tak tau perangai AnWAR yang kaki ‘putar’. Banyak kali dari zaman ABIM, Persatuan Ulama’, kini dalam PAS, Usataz Ahmad Awang kena ‘jual’ aje dengan AnWAR.

4. Azizah pula, ‘lakonannya’ makin tak menjadi! Sepanjang 30 tahun berkahwin, bukan sedikit hatinya diguris AnWAR. Semasa zaman ABIM, AnWAR lebih pentingkan kawan-kawannya. Setelah itu, AnWAR lebih mengutamakan Sukma, Azmin dan Shamsidar. Azizah sering ditengking dan dibodohkan di hadapan keluarga dan rakan-rakan.

5. Kini Azizah diheret ke mahkamah. Tiba-tiba menjadi saksi alibi kepada kes liwat AnWAR. Saya pernah menulis, ini bakal memecahkan tembelang Azizah. Banyak yang bertanya, apakah Azizah tidak mengetahui perangai AnWAR selama ini? Rata-rata menjawab sukar untuk dinyatakan apakah Azizah tahu atau tidak!

6. Namun dalam kes ini, jika Azizah gagal membuktikan alibi beliau, maka pecahlah tembelang Azizah beliau berbohong. Apabila berbohong maknanya beliau tahu perkara sebenar. Apabila tahu perkara sebenar, kenapa beliau berbohong? Apakah tangannya yang sentiasa memegang tasbih dan menggenggam tangan AnWAR di mahkamah hanya lakonan?

Saya syorkan kepada penyokong PKR jika mereka membaca artikel ini, sila cetak dan tanyakan sendiri kepada Azizah! Soalan wajib tanya, apakah perasaannya yang jujur selama 30 tahun bersuamikan AnWAR………

Sumber : http://www.anwaraidc.com/?p=994