Monday, 7 August 2017

KEMBIRI - CARA NGERI MEMOTONG KEMALUAN SIDA KOTA LARANGAN

Hasil carian imej untuk proses kembiri untuk menjadi sida istana
Dalam sejarah peradaban manusia, terdapat pelbagai tradisi aneh dan ngeri yang pernah dicatatkan. Salah satu daripadanya ialah kembiri iaitu memotong kemaluan.

Catatan paling awal menunjukkan tradisi kembiri sebenarnya berasal dari kota Lagash, Sumeria pada abad ke-21 sebelum Masihi lagi. Selepas itu, tradisi ini terus berkembang merentasi benua yang berfungsi di dalam pelbagai kebudayaan dan tamadun manusia.
Ketika awal tradisi ini diperkenalkan, ia lebih kepada berbentuk hukuman. Pelaksanaan hukuman ini bertujuan untuk menghukum pesalah yang melakukan perkara sumbang, sekali gus untuk menjaga maruah pihak keluarga wanita yang dirogol. Bagaimanapun, tujuan asal ini berubah dari semasa ke semasa mengikut kepentingannya dalam sesuatu tamadun.

Paling sinonim, peranan orang kasim – gelaran yang diberikan kepada lelaki yang tiada kemaluan, berkait rapat dengan pekerjaan di istana. Kebiasaannya, mereka menjadi orang yang berpengaruh di istana dan mendapat kepercayaan tinggi pemerintah kerana kecacatan fizikal yang disengajakan itu. Dengan kata lain, kecacatan fizikal itu akan menyebabkan mereka tidak berlaku curang terhadap gundik atau permaisuri raja.

Meskipun begitu, pekerjaan domestik yang mereka lakukan tampak rendah, seperti mengemas kamar tidur, memandikan raja, memotong rambutnya serta melakukan kerja-kerja rutin harian. Malah, ada sesetengahnya yang ditugaskan untuk melayan gundik raja. Dengan kata lain, orang kasim seumpama ‘orang gaji’ di istana.
Mereka umumnya berasal daripada keluarga yang berkasta rendah dan memulakan pekerjaan sebagai hamba di istana, sebelum memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Bagaimanapun, lelaki yang melalui proses kembiri dianggap tidak mempunyai nilai dalam peperangan, kaum bangsawan ataupun keluarga mereka sendiri.

Antara kerajaan yang menggunakan khidmat orang kasim di istana ialah pemerintah Akhemenid dari Parsi serta dinasti Firaun di Mesir. Ia kemudian diteruskan sehingga dinasti Lagid yang dikenali sebagai Ptolemeus, tetapi tradisi ini berakhir selepas zaman pemerintahan Cleopatra.

Pada zaman China kuno, tradisi kembiri diperkenalkan semasa pemerintahan Dinasti Sui. Ia bertujuan untuk menjaga kelangsungan serta mengekalkan pewaris sesuatu dinasti itu sendiri. Ketika zaman ini, ramai orang lelaki telah memotong kemaluan mereka sendiri semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan di istana. Sehinggakan, pada akhir Dinasti Ming, terdapat 70,000 orang kasim di istana.
Dengan jumlah seramai itu serta mendapat kepercayaan penuh daripada raja, kekuasaan mereka seolah-olah melebihi perdana menteri. Justeru, kerajaan telah menetapkan satu peraturan yang melarang untuk melakukan kembiri diri sendiri. Jumlah tersebut akhirnya menurun secara mendadak kepada 470 orang pada tahun 1912. Selain China, sistem yang serupa juga didapati wujud di negara Vietnam.

Sejarah juga menunjukkan bahawa amalan ini turut dipraktikkan di benua Eropah semasa kekuasaan empayar Yunani dan Rom. Tetapi fungsi utamanya tidak sama seperti di Asia. Mereka lebih dianggap sebagai perisai raja dan dipercayai sebagai orang yang setia kepada pemerintah. Selain itu, ia juga dilakukan untuk mendapatkan kenyaringan serta fleksibiliti nada suara penyanyi bangsawan supaya kekal sama seperti seorang kanak-kanak.

Amalan ini juga dikatakan turut berlaku semasa zaman kegemilangan kerajaan Byzantine. Tetapi selepas penguasaan empayar Uthmaniah, amalan tersebut serta-merta dihapuskan kerana dianggap sebagai suatu penyeksaan yang melampau.

Dr. Nizam Amil

Menurut Ketua Jabatan Perubatan Forensik, hospital Putrajaya, Dr. Nizam Amil, tradisi kuno ini memerlukan tahap pengorbanan yang paling tinggi bagi seorang lelaki. Ini kerana, seorang lelaki telah menafikan haknya terhadap hubungan kelamin sepanjang hayat apabila kemaluan mereka dipotong. Dengan kata lain, mereka tidak lagi dapat merasai nikmat seks, apatah lagi mempunyai zuriat atau pewaris.
Jelasnya, sebelum wujud teknologi moden, proses kembiri dilakukan melalui satu proses yang sangat berhati-hati. Kemaluan seorang lelaki termasuk buah zakarnya diikat sehingga menyebabkan darah tidak dapat mengalir. Keadaan itu dibiarkan beberapa hari sehingga alat sulit itu rosak. Kemudian, barulah ia dipotong sepenuhnya.

Untuk mengelakkan pendarahan, mereka akan menyapu abu di kawasan tersebut serta menancap bulu angsa pada salur kencing. Bulu angsa tersebut akan dicabut beberapa hari kemudian, dan sekiranya seseorang itu mampu kencing secara normal, proses kembiri dianggap berjaya. Jika tidak, seseorang itu akan menjadi cacat dan akan mati akibat keracunan kencing yang tidak boleh keluar. Bagi wanita pula, proses kembiri adalah dengan cara menutup kemaluan.

Bagaimanapun, menurut Dr. Nizam, ramai yang keliru apabila menganggap orang yang telah di‘kembiri’ tidak lagi mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seksual. Perkara tersebut tidak selalunya benar kerana seorang lelaki yang tiada kemaluan masih mampu mengalami ereksi dan melakukan hubungan seksual. Bagaimanapun, mereka tidak mampu mengakibatkan kehamilan.
Sehingga kini, amalan tersebut masih lagi di jalankan di beberapa wilayah dunia seperti di India, Bangladesh dan China. Kebanyakan mereka yang mengamalkan tradisi ini memberi alasan bahawa ia adalah tuntutan kerohanian. 

Baca juga INI;
Boleh baca INI juga!


TANDA-TANDA SESEORANG ITU MEMPUNYAI SAKA… PATUTLAH BUNYI SEMACAM MASA TIDUR


Gambar Hiasan

GEJALA PADA WAKTU TIDUR:

* Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.

* Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

* Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.

* Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

* Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.

* Bunyi gigi berlaga pada waktu tidur.

* Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.

* Berdiri dan berjalan ketika tidur.

* Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

* Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.

* Mimpi berada di tempat sunyi.

* Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

* Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).

* Merintih dan menangis ketika tidur.
Hasil carian imej untuk saka harimau
Gambar Hiasan

GEJALA PADA WAKTU BERJAGA (waktu sedar):

* Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.

* Selalu lalai daripada mengingati Allaah subhaanahu wa ta`ala.

* Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.

* Sering lesu dan malas.

* Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.

* Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.

* Lenguh di sendi-sndi utama.

* Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.

* Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.

* Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.

* Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.

* Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.

* Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.

* Mudah marah dan panas baran.

* Emosional dan terlalu sensitif. 
Hasil carian imej untuk saka buaya
Gambar Hiasan

KESAN SAKA

Saka telah meninggalkan impak yang sangat besar dan meluas dalam  kehidupan manusia kerana ia merangkumi dalam semua aspek jenis  kehidupan sama ada dari segi fizikal, spritual, keagamaan, ekonomi, sosial  dan sebagainya.  Walaupun saka lebih dilihat ilmu atau amalan yang melibatkan makhluk  halus seperti jin dan syaitan tetapi kesan penglibatan saka ini merebak ke  segenap aspek kehidupan manusia.

Dengan sebab saka, manusia boleh  mendapat penyakit fizikal, menyebabkan pergaduhan suami isteri,  menyebabkan manusia tidak bekerja, melakukan aktiviti yang bercanggah  dengan Islam dan sebagainya.  Saka ini pula hidup semakin kuat dan angkuh hasil daripada kerjasama  manusia dengan jin dan syaitan sepertimana yang diterangkan oleh Allah  s.w.t  dalam Surah al-An’am, ayat 128 yang bermaksud :-

“Dan ingatlah hari kiamat padanya Allah himpunkan mereka semua (lalu  Allah berfirman) “Wahai sekelian jin dan syaitan sesungguhnya kamu  telah menyesatkan ramai manusia. Maka berkata manusia yang menjadi penolong-penolong jin dan syaitan itu;  “Wahai Tuhan kami,  sebahagian kami telah dapat kesenangan dengan sebahagian yang lain tapi dalam keadaan itu ajal kami yang Engkau tetapkan sampai (kami mati tanpa sempat bertaubat).

Maka Allah berfirman  “nerakalah tempat kamu, kamu kekal didalamnya kecuali apa yang Allah kehendaki”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”. .
Hasil carian imej untuk saka hantu raya
Gambar Hiasan

A.KESAN DARI SUDUT AGAMA

1. Merosakkan aqidah. Orang yang percaya dan bergantung harap pada bantuan dan pertolongan saka pastilah mereka ini dalam keadaan menyekutukan Allah s.w.t.

2. Apabila aqidah mereka ini sudah rosak maka akan terbatallah segala amalan mereka kerana sudah pasti amalan mereka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

3. Pemilik saka akan sukar beribadat. Ada yang tidak boleh menunaikan haji ataupun umrah. Sesetengah diantara mereka akan menjadi sakit jika membaca Al-Quran.
Hasil carian imej untuk saka hantu raya
Gambar Hiasan

B. KESAN DARI SUDUT KESIHATAN, SOSIAL  DAN LAIN-LAIN

1. Boleh menyebabkan si pemilik saka dan cucu cicit mereka akan menerima sakit yang sama seperti penyakit  yang berkaitan jantung, buah pingang, pelbagai jenis kanser, talasemia, ulser, gastrik dan sebagainya.

2.  Boleh menyebabkan anak cucu si pemilik saka mempunyai mental yang lemah, tidak cergas, kadang-kadang menjadi bodoh.

3. Boleh menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh disebabkan pasangan suami isteri selalu bergaduh bercerai berai dan sebagainya. Timbul perasaan benci, gila seks, hilang nafsu seks, lemah tenaga batin secara tiba-tiba, salah faham, “queen control”, panas baran, malas dan sebagainya.

4. Boleh menipudaya si pemiliknya kerana mereka akan beramal dan berzikir dengan jumlah yang tertentu atas arahan saka tersebut. Amalan baik ini tiada pahalanya kerana dibuat bukan kerana Allah semata-mata.

5. Boleh mengganggu si pembelanya jika mereka melanggar pantang larangnya.

6. Boleh menyebabkan tuannya susah keluar roh ketika hendak mati seperti kehausan yang amat sangat.

7. Akan menyebabkan seseorang itu tidak mahu berkahwin atau susah mendapat jodohnya, alat kelamin tak berfungsi, lemah tenaga batin dan sebagainya.

8. Dalam hidup bermasyarakat, orang yang ada saka susah untuk bersepakat atau berunding bersama. Tidak beradab dan suka bergaduh, suka bawa fitnah dan sebagainya.
Hasil carian imej untuk saka hantu raya
Gambar Hiasan

KAEDAH RAWATAN SAKA

Mengikut pengalaman penulis untuk merawat saka memerlukan pengorbanan yang bukannya sedikit. Ada jenis saka kena diubati sampai mati kerana kedegilan saka tersebut untuk keluar secara sepenuhnya dalam jasad si pewaris. Apa yang penting seseorang yang terlibat dengan saka dan berusaha membuangnya memerlukan komitmen yang berterusan. Saka bersifat “on” dan”off” iaitu boleh keluar masuk pada bila-bila masa sahaja.

Jika kita pergi berubat maka saka akan keluar sekejap selama beberapa hari, minggu atau bulan dan kemudian saka akan masuk semula. Oleh itu, amat dipesankan kepada semua pesakit yang ada saka, buatlah rawatan pada jarak masa yang dekat antara satu hingga tiga bulan secara berturut-turut sehinggalah pulih sepenuhnya.

Menguatkan keimanan dan tauhid kepada Allah s.w.t. adalah cara yang paling terbaik. Meningkatkan amalan wajib dan sunat, mendirikan qiyammulail, banyakkan bersedekah, mengekalkan zikir dan membaca al-Quran hanya semata-mata kerana Allah dan kemudian berdoa memohon perlindungaNya daripda sebarang kejahatan manusia dan jin sangat digalakkan. Diantara langkah-langkah yang perlu diambil ialah :-

1. Melazimkan diri dengan bacaan ayatul Kursi selepas solat dan sebelum tidur atau ketika diganggu oleh makhluk halus.

2. Sentiasa membaca doa menghalau syaitan dalam ayat 97-98 surah al-Mukminun

3. Selalu membaca surah al-Baqarah, jika boleh dihabiskan setiap hari atau secara berperingkat.

4. Sering membaca ta’awwuz ketika hendak melakukan sesuatu kerja.

5.Amalkan setiap pagi dan petang membaca al-Mu’awwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) dengan duduk mengadap kiblat sambil menadah tangan seperti orang berdoa selepas dibaca hendaklah dihembus pada tangan dan sapukanlah pada seluruh anggota badan yang terjangkau oleh tangan. Mohonlah perlindungan daripda gangguan jin dan syaitan.

6. Lazimkan diri dengan melaksanakan ibadah qiyammulail kerana syaitan akan kepanasan apabila mendekati manusia yang sentiasa melakukan amalan qiyammulail.

7. Bakar tulisan, buku, tangkal azimat yang diterima.

8. Jangan berjumpa pengamal saka bagi tujuan pengubatan atau apa hajat sekalipun.

9. Sentiasa berpuasa sunat pada hari yang disunatkan berpuasa seperti pada hari isnin dan khamis kerana dengan berpuasa boleh menyempitkan saluran darah yang secara automatik boleh menyekat pergerakan jin dan syaitan dalam badan manusia.

10. Mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang berasaskan syariat dan bukannya pengamal perubatan yang menggunkan khadam jin atau berdampingan dengan jin dan syaitan.

11. Boleh juga memasangkan vcd bacaan ruqyah di rumah anda sebagai tambahan usaha di atas.

WALLAHUALLAM


Wednesday, 2 August 2017

INILAH 13 PERISTIWA MENAKJUBKAN YANG DIPERSEMBAHKAN KEPADA NABI SEMASA ISRAK MIKRAJ

Gambar Hiasan

Ketika melalui proses Israk, Rasulullah SAW dibawa berjalan melalui pelbagai peristiwa yang perlu diterjemahkan oleh Malaikat Jibril apa pengertiannya. Berikut adalah 13 peristiwa yang dialami Rasulullah saw. sebagai panduan kepada kita sebagai umatnya;
 Hasil carian imej untuk bertanam padi
Gambar Hiasan

1. Rasulullah dapat melihat kaum yang sedang bertanam padi dan terus dapat menuai hasil tanaman mereka. dan hal itu berlaku berulang-ulang kali.

Penerangan Jibril – “Itulah kaum yang berjihad yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

Hasil carian imej untuk kubur cantik
Gambar Hiasan

2. Rasulullah tiba di sebuah tempat yang berbau harum. Itulah kubur Masyitah, pembantu Firaun bersama suaminya dan anak-anaknya yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah.

Penerangan Jibril – “Itulah balasan kepada mereka yang percaya dan berpegang teguh kepada Allah swt.”

Hasil carian imej untuk neraka
Gambar Hiasan

3. Rasulullah dapat melihat sekumpulan orang yang memecahkan kepala mereka dengan batu dan setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan lagi berulang kali.

Penerangan Jibril – “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud.”

Hasil carian imej untuk neraka
Gambar Hiasan

4. Rasulullah bertemu dengan sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain dan dihalau seperti binatang ternakan, serta makan bara api.

Penerangan Jibril   “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

Hasil carian imej untuk neraka
Gambar Hiasan

5. Rasulullah berjumpa kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging yang dimasak elok ada di sisi mereka.

Penerangan Jibril – “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing mempunyai isteri atau suami.”

Hasil carian imej untuk neraka
Gambar Hiasan

6. Rasulullah kemudian melihat seorang lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan dengan batu-batu.

Penerangan Jibril – “Itulah orang yang makan riba.”

Hasil carian imej untuk neraka
Gambar Hiasan

7. Rasulullah lalu bertemu lelaki yang kerjanya menghimpun seberkas kayu yang dia tak berdaya memikulnya, tetapi tetap degil lalu menambahkan lagi bilangan kayu yang mahu dipikulnya.

Penerangan Jibril – “Itulah orang tak dapat memenuhi amanah yang sudah diterima tetapi masih berani mahu menerima amanah yang lain.”

Hasil carian imej untuk neraka
Gambar Hiasan

8. Rasulullah kemudian berjumpa dengan satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi, setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali menjadi seperti biasa.

Penerangan Jibril – “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”

Hasil carian imej untuk neraka
Gambar Hiasan

9. Rasulullah kemudian menemui sekumpulan orang yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Penerangan Jibril – “Itulah orang yang mengumpat dan menjatuhkan maruah, mencela serta menghinakan oang.”

Hasil carian imej untuk lembu sado
Gambar Hiasan

10. Rasulullah juga dapat melihat seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit bentuknya dan saiznya. Tetapi apabila lembu jantan itu cuba memasuki semula lubang tersebut, lembu itu gagal.

Penerangan Jibril – “Itulah orang yang bercakap besar kemudian menyesal, tetapi penyesalannya sudah terlambat.”

Hasil carian imej untuk emas
Gambar Hiasan

11. Datang seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan perhiasan lalu Rasulullah bertindak tidak memperdulikannya.

Penerangan Jibril – “Itulah dunia. Jika diberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”

Hasil carian imej untuk nenek kebayan seram
Gambar Hiasan

12. Datang seorang lagi perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti lalu Rasulullah lagi sekali tidak menghiraukannya.

Penerangan Jibril – “Itulah orang yang mensia-siakan usianya.”

Hasil carian imej untuk nenek
Gambar Hiasan

13. Akhir sekali, datang pula seorang perempuan yang badannya bongkok tiga menahan Rasulullah.

Terang Jibrail – “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

Cuba kita lihat semula 13 pengajaran yang ada :
  • Berjihadlah menegakkan agama Allah
  • Berpeganglah kepada Allah swt sebagai Tuhan Yang Satu
  • Utamakan solat
  • Bayar zakat
  • Elak zina
  • Elak riba
  • Penuhi amanah
  • Elak fitnah
  • Elak menghina orang lain
  • Elak perasaan bongkak
  • Utamakan akhirat berbanding dunia
  • Jangan sia-siakan usia
  • Dunia sudah sampai ke usia hujungnya

Rasanya dah faham kan apa yang sebenarnya kita perlu lakukan? Paling berat antara semua rasanya pesanan Jibrail nombor 11. Yang itu banyak antara kita tewas.


Tuesday, 1 August 2017

16 PERKARA SUKAR TAPI BERBALOI DIPELAJARI

Semua perkara terbaik di dunia ini nampak percuma tetapi itu tidak bermakna kita perlu mengorbankan masa, tenaga dan kesungguhan untuk melakukannya. Lagilah kalau ia membabitkan kemahiran atau sikap penting dalam hidup. Nampak macam susah tapi bila kita belajar, ia sebenarnya boleh menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ini.

1. Empati

“Buat apa tolong si Man tu? Dia tu kaya, kedekut pulak tu. Tak payah tolonglah.”
“Alah, buat apa nak derma dekat rumah anak yatim tu. Bazir duit aku je.”

Kita semua pernah dengar dialog sebegini tak kira masa atau tempat. Tapi tahukah anda, ia sebenarnya menunjukkan kurang rasa empati pada orang lain. Empati mengikut definisi Kamus Dewan ialah menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Bila mana kita belajar memahami dan menyelami perasaan orang lain tak kira sama ada manusia atau haiwan dan berbeza warna kulit, fahaman atau agama, mudah untuk kita bersimpati dan memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Dan bagi yang berkecimpung dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan, ia mendorong pekerja melihat kerjaya mereka bukan setakat dapat gaji setiap bulan tetapi juga peluang untuk berbakti dan menambahbaik taraf kehidupan orang lain.

Saya tahu ada yang menolak sikap ini kerana bimbang ditipu atau dimanipulasi tetapi itu bukan alasan untuk menolak ciri ini bulat-bulat. Tanpa empati, tidakkah ia mencacatkan sisi manusiawi kita? Dan tanpa empati, tidakkah itu membuatkan kita jadi sasaran kebencian dalam kalangan manusia. Dan empati juga merupakan satu sunnah Nabi s.a.w dalam beberapa hadis. Antaranya, “Perumpamaan kaum mukmin yang bersikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi antara satu sama lain ibarat tubuh manusia. Jika satu anggota merasa sakit, maka anggota tubuh lain merasa sukar tidur atau demam.” (Bukhari dan Muslim). Dalam satu hadis lain, pada satu pagi, baginda duduk bersama para sahabat. Ketika itu, muncul satu kaum yang mengalami kesusahan di mana mereka tiada kasut dan daging melekat pada tulang mereka akibat kelaparan. Rasulullah s.a.w tersentuh melihat keadaan mereka dan wajah baginda serta-merta berubah. Lalu, baginda memerintahkan Bilal r.a melaungkan azan dan mengumpul para sahabat. Selesai solat, mereka mengutip derma yang banyak untuk membantu kaum tersebut. (Muslim) Allah s.w.t memandang tinggi unsur empati berdasarkan firman-Nya memuji ciri empati Nabi s.a.w dalam ayat 128, Surah At-Taubah, “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

2. Pengurusan Tidur

Kita semua pernah alami situasi sebegini. Kita berjaga lewat kerana menonton filem kegemaran di televisyen, iPad atau komputer riba, sibuk melayan laman media sosial atau menonton perlawanan antarabangsa. Dan pada waktu pagi, kita bangun lewat dan lambat sampai ke sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja. Akibatnya, telinga memang panaslah dapat syarahan percuma pagi itu, kan?

Tidur lewat nampak elok tapi menurut pakar, ia sebenarnya satu pengurusan tidur yang teruk. Kenapa? Bila kita tidur lewat, ia boleh menyebabkan kita tak dapat tumpukan perhatian, menjejaskan kualiti suara, menyebabkan pening kepala dan sakit belakang, obesiti, penyebab lingkaran hitam bawah mata, penyebab penyakit dan tekanan. Dan semua kesan ini bukan saja menjejaskan kualiti kerja kita tetapi juga kualiti kehidupan kita secara keseluruhan.

Belajarlah rancang pengurusan tidur yang baik dengan mengurangkan kuantiti makanan untuk makan malam, cuba dapatkan tempoh 6.5 hingga 7.5 jam tidur, bersenam, cari waktu sesuai untuk bekerja (bagi yang bekerja bebas) dan pencahayaan yang baik. Ini bukan saja menjadikan anda lebih produktif di tempat kerja tetapi juga meningkatkan lagi kualiti kehidupan anda bersama keluarga dan rakan-rakan.

3. Pengurusan Masa

Ini saya rasa perkara paling sukar untuk orang kita, pengurusan masa. Tak kira sama ada menepati masa perjumpaan atau tertinggal tarikh penghantaran. Pengurusan masa yang buruk ini patut dihentikan kerana selain ia menjejaskan produktiviti kerja, ia juga boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita tanpa disedari. Tak perlu jadi seperti Flash jika merasa terbeban dengan tugas anda, anda kena bijak aturkan masa untuk uruskan tugasan yang diberi. Sedikit tips pengurusan masa:

– bawa jadual dan rekodkan fikiran anda, perbualan dan aktiviti sepanjang minggu. Dengan cara ini, anda boleh tahu berapa banyak masa diluangkan untuk kerja dan berapa banyak pula masa untuk aktiviti tak berfaedah seperti rehat terlalu lama atau banyak berbual.

– letakkan keutamaan pada pekerjaan atau tugasan penting sebelum tugasan-tugasan kurang penting.

– rancang 50% daripada masa anda untuk memantapkan kualiti kerja.

– luangkan sedikit masa untuk berehat seketika. Rehat sementara ini walaupun dianggap tidak perlu, ia sebenarnya boleh mengecas bateri anda untuk lebih produktif pada sebelah petang.

– ambil 30 minit pertama setiap hari untuk rancang kerja anda.

– ambil masa 5 minit sebelum buat apa-apa tugasan untuk tentukan mana yang lebih menguntungkan pihak anda dan majikan.

– letakkan tanda ‘Jangan Ganggu’ bila anda bekerja terutama jika tugasan yang diberi terlalu banyak.

– rancang masa sesuai untuk balas e-mel atau jawab panggilan telefon. Melainkan kedua-dua perkara tersebut memerlukan respon dan tumpuan anda dengan segera, tidak perlu jawab atau balas.

– melainkan anda guna laman media sosial seperti Facebook dan Twitter untuk tujuan perniagaan, jangan gunakan ia semasa di tempat kerja.

– sentiasa ingat mustahil untuk selesaikan tugasan anda dalam masa sehari. Ingat kemungkinan 20% fikiran, aktiviti dan perbualan anda menyumbang kepada 80% daripada keputusan anda.

4. Minta Tolong

Sesetengah orang kadang-kadang terlalu ego bila mana tugas yang diberi tidak dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Kerana ego, silap haribulan, kalau setakat tugasan biasa, kena marah itu diterima lagi. Tapi kalau gagalkan tugasan dengan pelanggan atau klien berprofil tinggi, itu boleh jadi paku kepada keranda pekerjaan anda di tempat tersebut. Ini berdasarkan pengalaman seorang pengguna Quora bernama Louise Christy yang menceritakan sewaktu temuduga untuk satu jawatan di sebuah syarikat, penemuduganya memberitahu, “Anda tak boleh dapat kerja ini jika anda tak minta pertolongan pada masa yang anda perlukan.” Selepas mendapat kerja tersebut, Christy diberitahu orang yang pernah mengisi jawatannya itu dipecat kerana dia tidak dapat menangani tugasan tersebut tetapi enggan mengakuinya dan enggan menerima sebarang bantuan.

Satu kajian terbaru dari Sekolah Bisnes Harvard mendedahkan bila kita meminta bantuan, ia bukan memperlihatkan kita nampak tidak berkebolehan tetapi ia sebenarnya menjadikan kita nampak berkebolehan di mata orang lain. Menurut penulis kajian ini, bila mana kita meminta nasihat, kita sebenarnya mengesahkan kemahiran atau kebijaksanaan individu tersebut. Ini sekaligus membantu kita memenangi hati mereka.

5. Beri Kata Positif Pada Diri Sendiri

Ini antara teknik motivasi yang senang tapi jarang digunakan dalam kehidupan kita. Bila mana kita bagi kata-kata sebegini pada diri kita, ia sebenarnya mengubah pandangan alam kita pada persekitaran ke arah lebih baik. Dan dari situ, ia sebenarnya meningkatkan peluang kita untuk lebih berjaya. Seperti kata Shev Khera, “Tindakan positif digabungkan dengan pemikiran positif boleh menyebabkan kejayaan.” Namun jaga-jaga dengan kata-kata negatif kerana ia boleh saja melunturkan keyakinan anda dan mengubah pandangan alam kita jadi lebih gelap.

6. Konsisten

Antara rahsia kejayaan orang-orang berjaya pada hari ini ialah mereka bersikap konsisten dalam melakukan pekerjaan mereka. Tak kiralah sama ada lakukan rutin senaman baru, menuntut ilmu atau mengawasi projek penting, menurut seorang penulis, Khaleel Syed, konsisten atau istiqamah penting untuk mengekalkan sebarang bentuk kerajaan. Tanpa ketekalan, agak sukar bagi kita mengekalkan fokus untuk terus berjaya dalam setiap bidang yang kita ceburi. Dan konsisten juga merupakan antara sunnah Rasulullah s.a.w terutama dalam perbuatan kebaikan. Ini berdasarkan sabda baginda, “Orang yang paling dikasihi Allah ialah orang yang istiqamah dalam melakukan kebaikan walaupun ianya sedikit.” (Bukhari dan Muslim)

7. Jaga Hal Ehwal Diri Sendiri

Ianya bukan senang lebih-lebih lagi dengan gejala viral yang semakin menular hingga jadi kegilaan rakyat kita hari ini. Cakaplah apa saja, dari gelagat politikus hinggalah cerita kurang enak selebriti tempatan. Ada saja komen yang dikeluarkan sehingga ke tahap mencaci dan menghina peribadi individu terlibat. Tak salah nak jaga tepi kain orang tapi biarlah berpada-pada dan mengikut perkara betul seperti mencegah kemungkaran. Dan lihat pula kemampuan kita untuk melakukannya, kalau rasa melebihi kemampuan, jangan buat, itu saja.

Sesetengah orang yang suka jaga tepi kain orang ini menurut pakar mempunyai dalaman yang menyedihkan. Mereka sentiasa mencari salah orang lain semata-mata untuk menunjukkan mereka lebih baik daripada individu dimaksudkan. Dan mereka juga suka menghakimi orang lain secara tergesa-gesa tanpa memahami sebab sebenar. Perkara sebegini menurut Aarushi Sharma tidak akan membantu dan membazirkan masa dan tenaga saja. Belum campur lagi dosa yang muncul dari perbuatan tersebut seperti mengumpat dan memfitnah.

8. Mendengar

Anda pasti pernah berada dalam situasi ini, anda menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara tetapi rakan atau majikan enggan mendengar dan sebaliknya, mengeluarkan pandangan mereka pula. Kecewa jangan cakaplah, silap haribulan, ia boleh saja bertukar kepada perang mulut atau pergaduhan secara fizikal.

Belajarlah mendengar apa yang diperkatakan ahli keluarga atau rakan-rakan bila mana berbincang tentang sesuatu perkara. Ini kerana bila kita mahu mendengar pandangan orang lain, kita bukan saja membina kepercayaan antara satu sama lain dan meningkatkan kredibiliti kita. Sejarawan menceritakan kisah seorang wartawan yang pernah makan malam bersama dua Perdana Menteri Britain, William Gladstone dan Benjamin Disraeli. Kedua-duanya dianggap Perdana Menteri paling pintar tetapi mereka bertanya siapa paling pintar antara kedua-duanya. Lalu si wartawan menceritakan, bila beliau makan bersama Gladstone, beliau merasakan Gladstone lelaki paling pintar di Britain. Tetapi bila makan bersama Disraeli, beliau merasakan dirinya wanita paling pintar di Britain. Apa yang dimaksudkan wartawan tersebut ialah Gladstone bercakap tetapi Disraeli mendengar dan menganggap ia pendengar yang baik.

Selain itu, ia mewujudkan rasa empati dan hormat antara satu sama lain. Dan siapa sangka, mendengar sebenarnya cara baik mendapatkan maklumat. Seperti mana kata Yogi Berra, “Anda boleh mendengar banyak perkara jika anda mendengar.” Apa saja maklumat yang dirasakan berguna semasa mendengar boleh digunakan pada masa sekarang atau masa hadapan. Dan paling penting, mendengar sebenarnya mewujudkan sistem sokongan antara satu sama lain, amat membantu jika anda berhadapan tugasan sukar atau merasa kecewa tentang sesuatu perkara.

9. Tahu Bila Nak Diam Dan Benar-Benar Melakukannya

Satu kecenderungan sesetengah orang kita ialah bercakap tentang perkara-perkara yang kurang enak, kadang-kadang sampai ke tahap memualkan perut kita. Ada pula yang menyeranah di laman media sosial tentang ketidakadilan yang berlaku padanya tanpa mengetahui sebab sebenar. Menurut seorang penulis, Roshna Nazir, “Anda tidak boleh bersuara tentang apa saja berlaku di dunia yang anda rasakan tidak betul.” Dan kecenderungan sebegini dianggap tidak sihat dan hanya menyusahkan diri sendiri.

Katalah anda menulis satu status di laman media sosial dalam keadaan marah tanpa menyalurkannya pada saluran yang betul, tidakkah anda rasa menyesal jika anda ditahan pihak berkuasa atau digantung/dipecat majikan anda kerana terlalu mengikut emosi sendiri. Sesetengah masa, kita kena belajar untuk diam dan tahu menyalurkan informasi terbabit pada saluran betul.

10. Menahan Gosip

Ini satu kegemaran masa lapang sesetengah orang kita tak kira masa atau ketika. Habis semua perkara digosipkan, dari status perkahwinan seorang selebriti hinggalah status kewangan rakan sekerja sendiri. Menurut Jason T. Widjaja, perkara yang boleh menjahanamkan sesebuah hubungan ialah gosip lebih-lebih lagi jika ia dilakukan di belakang individu yang dimaksudkan.

Saya tahu ramai antara kita susah nak hentikan tabiat sebegini kerana menurut Widjaja, anda boleh saja kehilangan peluang perbualan penting, tidak dapat bergaul dengan orang penting atau terpaksa beritahu bahawa anda tidak berminat dengan arah tuju perbualan tersebut. Walaupun anda tidak bergosip, sekurang-kurangnya anda tidak kehilangan satu perkara paling berharga iaitu kepercayaan.

Bahkan perbuatan sebegini ditegah Allah s.w.t berdasarkan firman-Nya dalam ayat 12, Surah Al-Hujurat, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Dalam satu hadis yang diriwayatkan Abu Musa al-Ashari r.a, Nabi s.a.w ditanya siapa orang terbaik dalam kalangan Muslim. Baginda bersabda, “Orang itu ialah Muslim yang merasa selamat dari tangan dan lidahnya.” Jangan kerana lidah, hubungan silaturahim terputus, neraka pula menggamit kita kerana gagal mengawal lidah.

11. Fokus Pada Masa Sekarang

Sesetengah orang kita suka berkhayal dan mahu terus hidup dalam kenangan silam. Tetapi hakikatnya, perbuatan sebegitu yang disangka menaikkan tahap kegembiraan kita melakukan perkara sebaliknya. Tak salah nak berkhayal sekali-sekala tetapi buat pada masa terluang dan tidak mengganggu tumpuan kerja kita. Berdasarkan statistik yang diberi Matt Killingsworth, seorang pengkaji kegembiraan, 47% daripada responden merasa kurang gembira bila mana berkhayal atau memikirkan sesuatu yang lain selain daripada tugasan yang diberikan. Bila dapat satu tugasan, fokus dulu apa yang ada di hadapan kerana ia sebenarnya membuatkan kita lebih gembira. Mengapa saya berkata sedemikian?

Ini berdasarkan pemerhatian Killingsworth, orang yang fokus kepada berulang-alik ke tempat kerja jauh lebih gembira berbanding orang yang berkhayal, fikir perkara lain atau hidup dalam kenangan silam yang melakukan tugasan sama. Bil kita sudah selesai buat kerja, kita takkan terasa terbeban dengan tekanan dan boleh saja menaikkan moral jika kerja tersebut dipuji majikan.

12. Kawal Fikiran Anda

Sesetengah masa, anda pasti perasan jika kita hendak melakukan sesuatu perkara, kita merasakan ia agak sukar. Tambah sukar jika minda kita yang memberitahu sedemikian walaupun nampak kacang pada pandangan kita. Ini boleh saja berlaku kerana trauma atau kenangan silam yang menakutkan. Belum campur lagi gangguan minda bersifat biasa-biasa seperti nak makan apa, bila nak lepak dengan kawan-kawan atau kenapa gadis idaman muncul dalam kepala. Menurut Mark Givert, kita perlu bijak mengarah minda kita secara bawah sedar. Ini kerana menurut Givert, trauma atau kenangan silam boleh saja memberi anggapan pada minda semua perkara yang kita lakukan akan berakhir sama seperti trauma tersebut. Namun, kenangan silam tidak sama dengan apa yang berlaku sekarang.

13. Belajar Bahasa Baru

Kita semua anggap belajar bahasa baru ini menyusahkan dan tidak memberi manfaat apa-apa dalam kehidupan kita. Hakikatnya, kemahiran berbahasa asing bukan saja membuka hubungan baru tetapi juga peluang bertemu dengan orang baru. Dan ada satu rahsia yang tidak diketahui termasuk yang bekerja di syarikat multinasional (MNC), bos anda amat suka dan menganggap anda ada inisiatif untuk memajukan diri. Dengan perkembangan ekonomi global yang semakin berkembang, maka menjadi keutamaan untuk mana-mana syarikat melatih pekerja mereka menguasai bahasa asing terutamanya jika mereka dihantar ke cawangan baru seperti di Jepun, India, Qatar atau Perancis. Dan dengan menguasai bahasa asing, siapa sangka ia sebenarnya meluaskan lagi horizon kita pada dunia ciptaan Tuhan ini. Bak kata filsuf Austria, Ludwig Wittgenstein, “Had bahasa anda ialah had dunia anda.” Dan jangan terkejut, jika kita sudah dapat menguasai bahasa seperti Mandarin dan Arab, maka mudah pula untuk kita belajar bahasa lain. Selain itu, penguasaan bahasa asing menajamkan lagi minda dan memantapkan memori kita, mengelakkan risiko Alzheimer dan membina keyakinan diri anda.

14. Berucap Di Khalayak

Tak kira siapa, sama ada diktator atau pemimpin seperti Adolf Hitler, Benito Mussolini, Barack Obama, John F Kennedy atau Datuk Seri Najib Razak, bila anda mendengar ucapan mereka, walaupun anda tidak setuju dengan polisi atau pendekatan mereka, anda pasti mengagumi keupayaan mereka berucap di khalayak ramai. Siapa tidak boleh lupa ucapan bersemangat dan berapi Hitler semasa mengumumkan polisi-polisi gila Nazi Jerman. Atau ucapan perdana menteri kita yang bersahaja tetapi mampu membuatkan ramai fokus.

Saya akui, kemahiran ini agak sukar kepada semua terutama yang bersikap pemalu atau berat mulut di khalayak ramai. Tetapi hakikatnya bila anda dapat menguasainya, anda dapat menunjukkan empati dengan orang lain. Selain itu, anda juga secara tak langsung dapat belajar mengawal perasaan dan tingkah laku semasa di khalayak. Dan siapa sangka, dengan kemahiran ucapan umum, anda sebenarnya dapat belajar dari kegagalan dan memperbaiki keperibadian kita. Dari situ, anda boleh saja mengaplikasikan keupayaan bercakap di khalayak awam dalam bidang lain. Dan dengan kelebihan sebegini, anda sebenarnya boleh saja berinteraksi dengan orang lain dengan yakin dan tanpa ragu-ragu.

Saya nak kongsikan pengalaman orang kedua terkaya di dunia, Warren Buffett. Dalam satu perbualan dengan penulis biografi beliau, Alice Schroeder, beliau amat takut memberi ucapan awam sehinggakan jika hendak naik ke pentas, beliau merasa mual. Bagi mengatasi ketakutannya itu, beliau berucap di hadapan rakan-rakan kursus ucapan di Dale Carnegie beberapa kali. Dan hasilnya, Buffett berjaya dan menganggap ijazah yang diterimanya ijazah paling penting yang pernah dimilikinya.

15. Jujur Dengan Orang Lain

Agak sukar untuk kita berlaku jujur kepada orang lain lebih-lebih lagi dalam memberi teguran dan maklum balas kepada setiap inisiatif yang dilancarkan. Kadang-kadang, kita terpaksa berbohong demi menjaga perasaan mereka ini. Tetapi jika teguran atau maklum balas yang diberi boleh menjadikan seseorang itu lebih baik atau menambahbaik kualiti kerjanya, maka ia perlu juga dilakukan. Tetapi perlu diingat, teguran atau maklum balas yang diberi biarlah bersifat objektif dan tidak menyerang peribadinya. Teguran biarlah bersifat peribadi dan tidak memalukan individu tersebut. Bila nak menegur, pastikan tona suara yang digunakan berhemah dan teguran bersifat konstruktif, bukan menjahanamkan. Dan ini kaedah yang digunakan Ketua Pegawai Operasi (COO) Facebook, Sheryl Sandberg dalam mengendalikan masalah di tempat kerja.

16. Jujur Dengan Diri Sendiri.

Bukan senang untuk kita berlaku jujur kepada diri sendiri. Ya, dengan pilihan-pilihan yang kita buat, ada masa kita betul dan ada masa kita salah. Kadang-kadang bila kita salah, sukar untuk kita mengakuinya kerana keegoan kita sendiri. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IBM, Ginni Rommety, kesilapan paling buruk ialah tidak belajar dengan kesilapan diri sendiri.

Sumber:

Gillett, Rachel. Akhbar The Independent. (2017). 16 skills that are ard to learn but will pay off forever. http://www.independent.co.uk/life-style/16-skills-hard-to-learn-but-will-pay-off-forever-sleep-honesty-empathy-a7867251.html  

Swan, Nathan. Magnetic Speaking. 5 Ways Public Speaking Can Drastically Improve Your Life. https://magneticspeaking.com/5-ways-public-speaking-can-drastically-improve-your-life/ 

Wagers, Rachel. FluentU. 9 Big Advantages of Learning a Foreign Language. http://www.fluentu.com/blog/advantages-of-learning-a-foreign-language/?nabe=4857995676876800:1

TeslaIdeas.com. (2012). Idea #14 How to Listen Like 

ChangingMinds.org. Why you should listen. http://changingminds.org/techniques/listening/why_listen.htm

Fern, Ashley. (2013). Elite Daily. Why You Need to Mind Your Own Business. http://elitedaily.com/life/why-you-need-to-mind-your-own-business/]

Matthews, Joe, Debolt, Don dan Percival, Deb. Entrepreneur.com. How to Manage Time with 10 Tips That Work. https://www.entrepreneur.com/article/219553

Siddiq al-Juyaanee, Abu Abdis Salam. Islamic Treasure. Consistency Is A Must. http://www.islamictreasure.com/2095-consistency-is-a-must/

Widrich, Leo. (2012). Blog Buffer App. How Much Sleep Do We Really Need to Work Productively. https://blog.bufferapp.com/how-much-sleep-do-we-really-need-to-work-productively  

Cooper, Belle Beth. (2013). LifeHacker.com. Master Your Body Clock to Eat, Sleep and Work More Efficiently. http://lifehacker.com/master-your-body-clock-to-eat-sleep-and-work-more-e-890410373

Sumer, Sheima Salam. ProductiveMuslim.com. Empathy: A Trait That Can Transform Your Life. http://productivemuslim.com/empathy-transform-life/