Monday, 4 June 2012

Awas!!!! Mazhab Kristian Ortodoks Mirip Islam!!



Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam.


Seumur hidup, admin tidak pernah dengar tentang salah satu cabang MAZHAB KRISTIAN ini, mungkin kerana sebelum ini sedari kecil admin belajar tentang agama Islam, agama Allah yang Maha Agung ini sehinggakan belum berkesempatan untuk mempelajari tentang agama-agama lain. Justeru itu, admin rasa amat menakutkan terutama bagi anak-anak dan mereka yang tidak mendapat PENDIDIKAN ISLAM secara formal dan mencukupi...

Ianya sangat menakutkan terutamanya sekiranya ia mempengaruhi generasi yang akan datang sekiranya pendidikan agama tidak kuat. Asas agama, bila tiada di dalam diri kita, akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkaran...
TAHUKAH ANDA?

Di dalam Mazhab Kristian Ortodoks, cara amal ibadahnya hampir sama dengan amal ibadah yang dituntut di dalam agama Islam. Sangat sukar sebenarnya untuk membezakan mazhab ini dengan ajaran agama Islam...

Di dalam Mazhab Kristian Ortodoks, cara peribadatannya hampir sama dengan cara peribadatan Islam. Contohnya, seperti di dalam gambar di atas, telah masuk waktu solat Maghrib... Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya, Indonesia bergegas untuk solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam.

Awas! Jangan terkeliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajipan solat Maghrib. Mereka adalah jemaah Mazhab Kristian Ortodoks!

Ramai orang awam akan terkeliru sebab ianya memang sangat mirip Islam. Bukan sahaja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya juga sama.Tengoklah ketika mereka solat. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila solat berjemaah, juga memakai bahasa Arab!

Solat :
Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud seperti biasa. Bezanya, penganut Mazhab Kristian Ortodoks perlu solat 7 waktu iaitu 7 kali sehari setiap 3 jam, masing-masing adalah dua rakaat. Mereka menyebutnya: Sa'atul Awwal (Subuh), Sa'atuts Tsalis(Dhuha), Sa'atus Sadis (Zohor), Sa'atut Tis'ah (Asar), Sa'atul Ghurub (Maghrib), Sa'atun Naum (Isya'), dan Sa'atul Layl (tengah malam).

Puasa :
Puasa wajib bagi penganut Mazhab Kristian Ortodoks disebut Shaumil Kabir iaitu puasa 40 hari berturut-turut yang dilakukan mereka sekitar bulan April.

Puasa Sunat :
Puasa Sunat bagi penganut Mazhab Kristian Ortodoks adalah dilakukan pada hari Rabu dan Jumaat. Puasa ini bertujuan untuk mengenang kesengsaraan Kristus.

Zakat :
Di dalam ajaran Kristian Ortodoks, zakat yang wajib diberikan adalah satu per sepuluh dari hasil pendapatan.


Gambar2 ajaran 
Kristian Ortodoks yg mungkin anda keliru.... jadi berhati2laaaa kita tentang ajaran  Kristian Ortodoks ... hebah kan laaa pada kawan2 kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat Al-Quran.....

Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli.....dan digantung di rumah kita.Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR..............

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject

Sila baca dan sebarkan kepada sesiapa yang tiada. Jangan jadikan ia sebagai laman social berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini...

Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya
pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga...
tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat
untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran........sebenar ayat Bible

wallahualammmubissawab........












No comments:

Post a Comment