Tuesday, 31 July 2012

HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI BONGKAR ISU HUDUD DAN PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA !!!


DATUK DR HASAN ALI BONGKAR ISU HUDUD DAN PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA !!!


1. ISU HUDUD

Sekali lagi isu mengenai Negara Islam dan perlaksanaan Hudud ditimbulkan dan mendapat liputan media.Dalam debat bersama Ustaz Fathul Bari,Ketua Dewan Pemuda PAS,Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu bahawa Karpal Singh dan DAP telah menunjukkan sifat berlembut,mula memahami hasrat menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.Tetapi observasi itu disanggah keras oleh Karpal Singh dengan menempelak Ustaz Nasrudin yang dianggapnya sebagai pimpinan muda dalam ranking yang agak rendah dalam hirarki kepimpinan PAS.Karpal mengulang beberapa kali bahawa beliau dan DAP tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PAS itu di mana PAS sememangnya telah menggugurkan sama sekali hasratnya untuk menubuh Negara Islam dan melaksnakan Hudud seperti yang di dakwa oleh Karpal dalam Muktamar PAS tahun lalu.

Pemerhati politik ragu dengan dakwaan Karpal tersebut. Mana mungkin PAS meninggalkan terus Negara Islamnya sebaliknya menganjurkan perlaksanaan negara berkebajikan.Mursyidul Am PAS nampaknya terus bertekad untuk melaksanakan Hudud di negeri Kelantan. Seperti yang diketahui,Karpal dan DAP juga menyanggah saranan tersebut.Terakhir Mursyidul Am PAS terus menyuarakan perkara yang sama.Persoalannya ialah,benarkah dakwaan Karpal Singh bahawa PAS telah sama sekali menggugurkan hasratnya untuk menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.Kedua-dua perkara ini sememangnya menjadi tonggak perjuangan PAS sejak parti Islam itu ditubuhkan lebih 60 tahun yang lalu.PKR juga kelihatan konsisten tidak bersetuju dengan matlamat penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Ketua Penerangan PKR,Dr Muhammad Nur Manuty menegaskan baru-baru ini bahawa perlaksanaan hudud tidak terdapat dalam Buku Jingga yang menjadi asas persetujuan bersama Pakatan Rakyat.Begitu juga,Ketua Angkatan Muda PKR,Shamsul Iskandar secara terbuka bersetuju dengan pandangan Karpal Singh dan DAP yang tidak bersetuju dengan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud oleh PAS.Saya berpendapat pimpinan tertinggi PAS perlu menjelaskan :

a) Sama ada apa yang didakwa oleh DAP itu benar-benar menggambarkan apa yang telah diputuskan dalam muktamar tahun lalu iaitu PAS tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan perlaksanaan hudud;

b) Adakah benar negara berkebajikan sememangnya menjadi pengganti kepada negara Islam dan seterusnya akan menjadi agenda utama perjuangan PAS;

c) Adakah benar tindakan PAS menggugurkan agenda Negara Islam dan perlaksanaan Hudud itu telah diputuskan dengan persetujuan DAP dan PKR

Sebelum kita mendapat jawapan yang pasti daripada pimpinan tertinggi PAS,setakat apa yang dipaparkan di dalam media,jelas kelihatan bahawa pimpinan PAS tidak kira kedudukan mereka,tidak diizinkan sama sekali menimbulkan isu negara Islam dan perlaksanaan Hudud.Negara Islam dan Hudud,daripada muktamar yang lalu sudah menjadi taboo dan digantikan dengan negara berkebajikan yang beroperasi dalam kerangka negara sekular.Jika ini berlaku,saya amat khuatir Malaysia akan menjadi negara sekular yang memberi ruang luas kepada fahaman liberalisme, anti agama, suburnya budaya hedonisme dan terurainya sebarang ikatan agama dalam proses pembangunan negara dan umat.Saya tidak dapat menggambarkan ketika inipun masyarakat sudah konfius dan hilang arah tuju serta jatidiri.Bayangkan apa akan terjadi sekiranya Malaysia menjadi negara yang sekular di bawah telunjuk DAP dan PKR.

Sehingga ini,tidak banyak respon daripada pimpinan PAS mengenai isu terbaru ini. Golongan parasit terus membisu.Tidak ada seorangpun di antara mereka,pemuda,muslimat atau pimpinan pusat yang tampil ke hadapan sekurang-kurangnya memberi sokongan moral kepada Ketua Dewan Pemuda PAS yang digasak oleh pengerusi DAP.Begitulah longgarnya ukhuwwah di kalangan pimpinan tertinggi parti Islam itu. Itulah juga bahananya ahli PAS memilih barisan pimpinan dari kalangan parasit-parasit yang kepala mereka hanya terbayang Putrajaya sahaja.Ini jugalah harga yang perlu dibayar oleh ahli dan penyokong parti Islam itu. Harga ini bertambah mahal sekiranya keputusan PRU ke-13 menyebelahi Pakatan Rakyat.

2. ISU KENYATAAN AKHBAR PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA

Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia pada 18 Julai 2012 berkaitan PRU ke-13 atas tajuk “UNDILAH DENGAN BIJAK. UNDI SUPAYA NEGARA MALAYSIA LEBIH CEMERLANG”.

Pada umumnya saya tidak ada banyak masalah dengan prinsip-prinsip bernegara seperti yang digariskan dalam kenyataan akhbar tersebut.Kenyataan tersebut merujuk kepada hasrat mana-mana rakyat dalam mana-mana negara di dalam dunia ini untuk mendapatkan pimpinan negara yang dapat melaksanakan prinsip-prinsip keadilan, ketelusan serta menghormati hak asasi rakyat.Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa keutamaan yang digariskan sebagai visi yang seharusnya dijadikan panduan dalam nation building.Prinsip akhir yang disarankan merujuk kepada kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang batasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.Prinsip ini walaupun diletakkan di akhir daripada 8 prinsip, namun bagi saya inilah satu-satunya tuntutan yang sifatnya keterlaluan dan di luar daripada lingkungan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sebelum kemerdekaan.

Saya beranggapan tuntutan sedemikian bukan sahaja bertentangan dengan semangat perlembagaan tetapi lebih daripada itu ia akan merungkai asas-asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang semuanya inginkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan seperti yang telah sama-sama dinikmati hingga setakat ini.Tuntutan sedemikian akan membuka lebih banyak lagi ruang-ruang tuntutan yang mungkin tidak munasabah yang akhirnya akan menghasilkan kekacauan, kehuru-haraan dan ketidakstabilan.Peristiwa hitam yang pernah berlaku mungkin akan berulang lagi.Oleh kerana perkara ini melibatkan kuasa memilih di dalam PRU ke 13 nanti, saya ingin melontarkan soalan berikut :

a) Adakah Persekutuan Kristian Malaysia menganggap bahawa kerajaan yang ada tidak mampu memenuhi tuntutan mereka; atau

b) Adakah yang dimaksudkan bahawa Pakatan Rakyat lebih bersedia untuk melaksanakan tuntutan yang diutarakan.

Saya juga ingin penjelasan selain daripada pihak Persekutuan Kristian Malaysia, adakah pihak Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia itu.Sekiranya itulah yang akan dipersetujui oleh Pakatan Rakyat maka saya ingin mengajukan satu lagi pertanyaan : adakah PAS juga sebagai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat bersetuju untuk melaksanakan tuntutan yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia itu yang antara implikasinya ialah pindaan perlembagaan yang akan mengakibatkan keadaan huru hara, ketidakstabilan dan menggugat keutuhan Islam sebagai agama Persekutuan.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
Kelab Sultan Sulaiman
Kg Bharu, KL

28 Julai, 2012

Sumber : Badut Rakyat

Isu Mesir : PAS Ditimpa Ludah Sendiri Lagi


Morshi Memilih Nasionalis Dan Bukan Islamik - Apa Spin Terbaru Nik Aziz?









Sumber : Ipoh Malay

Saturday, 28 July 2012

~ Di AnTaRa GaMbAr2 YaNg MeNaRiK MiNaT AkU..SaKSiKaN ! ~

1) Kucing - sedang berehat nampaknya...maklumlah...puasa...hihi

2) Time nak berbuke tu..carilah juadah kt bazaar Encik Singa....ni nak makan mak sendiri pulak

3)..klu aku kt tempat ni...confirm gayat...tp mmg sungguh menakjubkan...

4) wah....agak menyeramkan...

5) ni apahal pulak ni....? hihihi

6) kembar Siam - Siam pn x kembar mcm ni...

7) tangga ni mcm mane nak panjat? baru 2 step dah jatuh balik...kannnnnn

8) hurmmm..pelik...x patah cume pecah...

9) crocodile yang cube makan 'crocs' juge....

 10) superhero yang didapati bersalah...hik hik

11) ni confirm photoshop tp aku kagum sbb tak nampak fake...

12)...ini mcm biasa tapi still NICE...

13) ala tomey-tomey...oink oink

14) mcm mane keyboard pc aku leh ada kat sini...?

15) basikal sape yg kena rangkul dgn pokok ni?

16) hahahaha...mmg promosi tipu giler....

17) apa nih...? geli pulak nengok nyer...

18) ular dari antartica kowt...hik hik

19) wahhhhh...suke benor teman nengok pic ni...kagummmm....hihi

20) ko hado..? mewah betul kete ni......

21)...ni kalau buat masak..masak ape yg paling sesuai...?

22) auwww....sutun...hik hik

23) menggerunkan....

24) ni lah yang dinamakan rumput karpet..uikss

25) cenggini aku pun leh buat...hahaha

26) lawak r pic ni...mcm zebra tu geli dengan lipas terus lompat kat leher zirafah..haha

27) ni la dia...Raja Bab1 segala Raja....besar mak hai...

28) kesian ler natang tu wahai doggy.....

29) cantik tul pemandangan ni...kecil sgt nampaknya unta2 tu...

30) betul2 seni natang ni.....kagummm..superb....!



sekian....hihihi

Tuesday, 10 July 2012

KISAH BENAR !!! ISLAM BUKAN AGAMA RASMI SEKIRANYA PR MEMERINTAH - HADI AWANG !!! WAJIB BACA !!!


Presiden PAS,Hadi Awang nampaknya ingin terus bermain dengan kata-kata dengan menggunakan ‘Islam’ sebagai kata dasarnya.Jika sebelum ini PAS ingin menubuhkan Negara Islam tetapi kemudiannya digugurkan dan ingin menubuhkan Negara Kebajikan seolah-olah di dalam Islam tidak terdapat kebajikan,maka kali ini,Hadi bukan sahaja ingin menukar terma tetapi ingin membuang terus ‘Islam’ dari perlembagaan jika Pakatan Haram,ditakdirkan memerintah negara ini.

Menurut Hadi Awang,ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek baru-baru ini : “sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan ‘cara hidup’”.

Menurut beliau,meletakkan Islam sebagai ‘agama’ di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai ‘cara hidup’. Bagaimanapun,untuk kesekian kalinya,Hadi Awang ditempelak lagi oleh Karpal Singh yang menganggap cadangan Hadi Awang itu sebagai satu tindakan yang tidak tepat.

Menurut Karpal : “Islam telah diterima di peringkat antarabangsa sebagai agama sejak sekian lama dan Suruhanjaya Reid pasti telah mengambilkira dan mempertimbangkan perkara itu sebelum memasukkannya di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.”


Karpal juga menegaskan bahawa cadangan itu adalah kenyataan peribadi Hadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat malah Hadi juga tidak pernah berbincang dengan mana-mana sekutu Pakatan Rakyat mengenai perkara ini.

Kita faham bahawa Hadi ingin sangat mengambil hati DAP dan PKR dan ingin sangat dilihat sebagai seorang yang berfikiran terbuka agar dapat ‘diterima’ sebagai setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.Selama ini,Hadi dilihat sebagai pak turut dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari ‘rakan sejawat’ dalam Pakatan Haram.Mungkin kerana itulah, beliau sanggup membuang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.Namun,keterbukaan yang cuba ditonjolkan Hadi nampaknya tidak menjadi kerana ia dilihat sebagai ancaman pula oleh Karpal yang mewakili DAP.Karpal nampaknya dapat melihat kehadapan, di mana sekiranya Islam dijadikan cara hidup, maka orang Cina dan India pasti akan diharamkan dari minum arak dan berjudi serta tentunya tiada lagi jualan makanan tidak halal di seluruh Malaysia. Sedangkan, arak dan judi dan daging khinzir sudah menjadi sebahagian dari ‘cara hidup’ mereka.

Ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat.Sebelum ini,isu hudud,arak,judi,Negara Islam dan banyak lagi hukum hakam agama dijadikan isu dan perdebatan antara PAS dengan DAP.seperti yang kita sedia maklum,dalam semua isu,PAS telah mengalah kepada DAP.Cadangan Hadi untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup itu sebenarnya baik. Tetapi, antara mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah dua perkara yang berlainan sama sekali.

Andainya Islam tidak tertulis secara sah di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka bagaimana kita hendak menjustifikasikan undang-undang menghalang agama lain berdakwah kepada orang Islam ???

Dan di manakah kedudukan kita jika terdapat usaha melarang laungan azan di masjid-masjid ???

Bagaimana pula dengan kuasa untuk memastikan tanda ‘halal’ atau ‘tidak halal’ dipaparkan sewajarnya di kedai-kedai yang menjual makanan ???

Hadi mungkin berhujah bahawa halal atau tidak halal tidak lagi menjadi isu jika Islam dijadikan addin dan bukan sekadar agama di Malaysia.Namun,bukankah Islam juga menyatakan secara tegas akan hak bukan Islam untuk hidup dengan caranya ??? Cara hidup Islam juga bermakna kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk menepati kehendak Islam.

Justeru,jika Islam tidak termaktub sebagai agama rasmi negara ini, di manakah hak dan kuasa kita untuk menuntut bukan Islam menitikberatkan soal tanda ‘halal’ dan ‘tidak halal’ dalam produk mereka ???

Sungguh kita tidak faham kenapa seorang Presiden parti Islam sanggup mencadangkan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam. Satu-satunya penjelasan yang ada ialah beliau tidak berfikiran jauh dan tidak mampu menganalisa implikasi dari cadangan yang beliau kemukakan.

Atau mungkinkah beliau sudah mula terpengaruh dengan fahaman pluralis yang menerima semua agama sebagai sama ???

RENUNG-RENUNGKAN

SUMBER : BADUT RAKYAT

Tuesday, 3 July 2012

~ UNISEL OH UNISEL ~


BONGKAR !!! ANGKARA POLITIK RAKUS,UNISEL BAKAL JADI GAJAH PUTIH - @NOHOMAR !!! WAJIB BACA !!!

Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai "Universiti Industri Selangor" ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi pendidikan peringkat tinggi kepada rakyat negeri Selangor.Malangnya hasrat melahirkan modal insan berkualiti dicemari apabila kerajaan negeri PKR mengambil alih pentadbiran pada pilihan raya umum yang lalu,lantas mempolitikkan semua perkara termasuklah aspek pendidikan.Inilah dosa paling besar kerajaan pimpinan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang rakus kuasa apabila mempolitikkan perjalanan Unisel dan bakal menjadikan universiti terulung di negeri ini sebagai gajah putih.

Tindakan Abdul Khalid itu jelas apabila melantik individu dari kalangan ahli politik sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang banyak mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan di universiti berkenaan.

Ahli politik dimaksudkan ialah:

1) Faekah Hussin- Setiausaha Politik Menteri Besar
2) Dato Rashid Din - Ahli Parlimen Merbok ( PKR )
3) Che Rosli Che Mat- Ahli Parlimen Hulu Langat ( Pas)

Keadaan ini sama sekali tidak pernah berlaku pada zaman BN yang tidak pernah melantik ahli politik dalam Lembaga Pengarah kerana lebih mengutamakan kualiti pendidikan dan modal insan sehingga berjaya meletakkan Unisel setaraf dengan universiti awam dan swasta yang lain.Naib Canselor,Datuk Dr Rosti Saruwono meletak jawatan 2 Ogos tahun lalu kerana tidak tahan dengan tekanan politik dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau sepanjang berkhidmat di universiti itu.Beliau yang menggantikan Profesor Datuk Dr Razali Agus pernah berazam ketika mula-mula menjawat jawatan berkenaan untuk tidak tunduk kepada sebarang tekanan politik akhirnya terpaksa mengalah.Dua pegawai kanan iaitu bekas Dekan Fakulti Perniagaan,Prof Dr Khalifah Othman dan bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah meletak jawatan kerana ketidakadilan terhadap mereka.Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan peletakan jawatan tindakan dua Ahli Lembaga Pengarah kerana tekanan politik iaitu:

1) Datuk Adnan Alias - Bekas Pensyarah UKM
2) Datuk Dr Mohammad Ariffin Aton - Bekas CEO Sirim-Penyelidik

Dengan pengunduran Adnan dan Mohammad Ariffin, jumlah Ahli Lembaga Pengarah yang tinggal hanya 8 orang dengan tiga daripadanya adalah Ahli Politik daripada PAS dan PKR.Selain Ahli Lembaga Pengarah,salah seorang Timbalan Naib Canselor (TNC) juga adalah aktivitis politik Pas yang aktif dan pernah dilantik sebagai Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.Seorang lagi TNC berdepan dengan dakwaan salah laku berkaitan kes rogol seorang pelajar ketika menjawat jawatan sebagai dekan di UPM Serdang.Abdul Khalid mengetahui kes tersebut namun demi menjaga kepentingan kroni,beliau hanya memekakkan telinga.Tindakan itu menyebabkan ibu bapa bimbang menghantar anak-panak belajar ke Unisel.Kos pentadbiran meningkat,sebaliknya jumlah pelajar semakin berkurangan.Ini menyebabkan Unisel menanggung kerugian.Kerajaan negeri melantik tiga TNC dengan gred gaji Jusa B.Jawatan Pendaftar Kanan turut diwujudkan dengan gred gaji Jusa B.(lihat perbandingan di bawah).

BN

Naib Canselor - Gred gaji Jusa A

Seorang TNC - Gred gaji Jusa B

Seorang Pendaftar - Gred gaji Jusa C

Pakatan Pembangkang

Naib Canselor - Gred gaji Jusa A

3 TNC - Gred gaji Jusa B

1 Pendaftar Kanan - Gred gaji Jusa B

1 orang Pendaftar - Gred gaji Jusa C

Berdasarkan bukti ini,saya cabar Abdul Khalid mengumumkan kedudukan kewangan Unisel.Saya beri tempoh seminggu untuk beliau berbuat demikian.Rakyat perlu mengetahui bahawa kerajaan negeri hanya
 ‘auta’ sahaja dan mereka lebih kemaruk berpolitik untuk mengekalkan kuasa sedia ada tanpa memikirkan kebajikan dan pembangunan rakyat.

Datuk Seri Noh Omar,

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor