Thursday, 27 February 2014

ANTI HADIS : ARTIKEL TERBARU TUN M!!!

1.      Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.

2.      Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.

3.      Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya  dilarang oleh agama Islam.

4.      Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.

5.      Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.

6.      Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.

7.      Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.

8.      Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.

9.      Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.

10.    Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?

11.    Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri  sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?

12.    Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.

13.    Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.

14.    Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.

15.    Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.

16.    Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.

17.    Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.

18.    Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.

19.    Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.

20.    Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21.    Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.

22.    Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.

23.    Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.

24.    Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.

25.    Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.

26.    Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.

27.    Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.

Sumber : www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Wednesday, 26 February 2014

MELAYU...ARTIKEL PEDAS ZAINI HASAN

JIKA semua Melayu bersetuju, selepas ini tiada lagi tanda ‘bangsa’ atau ras dalam mana-mana borang rasmi di negara ini. Tiada lagi kotak tanda: Melayu, Cina, India dan Lain-Lain. Sebaliknya yang ada hanya Warganegara dan Bukan Warganegara. Puncanya kerana sekarang ini mahu sebut Melayu pun orang sudah takut dan fobia. Maka itu, perkataan itu perlu dipadam.

Cadangan itu disokong sendiri oleh seorang menteri Kabinet hasil desakan oleh badan-badan hak asasi manusia.

Jika dulu ada NGO yang diwujudkan untuk memansuhkan ISA (Abolish ISA), yang kemudiannya desakan mereka didengari kerajaan, tidak mustahil cadangan di atas pun akan diterima.

Lagi pun sudah ada suara-suara yang berani mempersoalkan asal-usul orang Melayu. Mereka dakwa Melayu pun kaum pendatang, mereka pun pendatang. Maka semua sama sahaja.

Betul juga, Melayu sekarang ini rata-rata nak cakap Melayu pun sudah malu. Nak baca dan kepit surat khabar Utusan Melayu pun malu. Apatah lagi anak-anak Melayu elit yang tak pernah belajar di sekolah rendah kebangsaan pun sudah ramai.

Jika Melayu bersetuju selepas ini maka kita kena akurlah juga dengan cadangan sebuah lagi NGO hak asasi manusia iaitu Comango.

Comango, Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Difahamkan terdapat 13 usul akan dibentangkan oleh NGO Comango yang salah satunya ialah menuntut kebebasan LGBT di negara ini.

Berikut adalah di antara tuntutan Comango yang sudah pun diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ‘United Nation Human Rights Council, (UNHRC) di Geneva:

* Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBT - iaitu amalan seks songsang!

* Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini Comango turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti itu berleluasa).

* Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai "mengganggu hak peribadi".

* Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh mahkamah tertinggi di Malaysia - untuk dibicarakan di Geneva!

* Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).

Oleh itu, jika orang Melayu beragama Islam bersetuju dengan itu semua, maka negara kita akan menjadi negara Islam pertama bersetuju dengan cadangan-cadangan itu.

Lagi pun tiada kedengaran pun sebuah parti yang menggunakan nama Islam di negara ini membantah atau "sanggup berbaring di atas jalan" untuk menghalangnya. Yang bising hanyalah NGO-NGO totok Melayu yang rasis. Yang lain-lain senyap sahaja.

Jika dikaji, tuntutan demi tuntutan itu dibuat oleh pihak liberal yang banyak berhaluankan parti yang diberi nama "pakatan rakyat".

Jika rakyat semua sudah berpakat maka tidak susahlah untuk mempersetujuinya.

Selain di atas, orang Melayu juga mungkin akan bersetuju dengan satu kumpulan pendesak meminta penghapusan dasar perlindungan kepentingan bumiputera dan tanah rizab Melayu serta kelonggaran kepada orang Islam untuk murtad.

Jika semua orang Melayu Islam bersetuju, maka Malaysia selepas ini akan dikenali sebagai negara yang paling liberal di muka bumi ini.

Tak apalah, lagipun orang Melayu di negara inilah yang sering dituduh paling rasis, paling perkauman. Orang lain tak begitu. Mereka baik. Mereka tidak pandang kaum.

Orang Melayu amat dibenci di negara ini, adakah kerana orang Melayulah yang paling banyak menguasai jawatan-jawatan penting di syarikat-syarikat milik bukan Melayu di negara ini? Atau juga kerana orang Melayulah yang menguasai kesemua gedung perniagaan di negara ini?

Adakah orang Melayu juga yang menguasai rantaian pengedaran barangan (supply chain) di negara ini? 

Adakah orang Melayu yang menguasai kartel dan monopoli perniagaan di negara ini? Kaum lain tak boleh masuk, kerana jika mereka masuk maka samseng-samseng akan digunakan untuk menghapuskan perniagaan mereka.

Pendek kata Melayulah yang menguasai kekayaan di negara ini. Maka itu, tidak timbul untuk mereka tidak bersetuju untuk menerima cadangan-cadangan di atas itu kerana mereka sudah senang dan mewah. Namun, adakah itu hakikatnya?

Jika bangsa Melayu masih menjadi bangsa yang asyik meminta-minta itu dan ini untuk hidup, apakah mereka sudah bersedia menerima kesemua tuntutan itu?

Yang pasti kekalutan kaum di negara ini semakin gawat. Sudah ramai orang sudah berani kurang ajar di negara ini. Yang hairannya mereka bebas bercakap apa sahaja.

Secara peribadi, saya cukup-cukup bimbang dengan perkembangan ini.

Atau mungkin orang Melayu sudah tidak peduli lagi, kerana bimbang akan dicap rasis?



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140226/re_06/Orang-Melayu-sudah-tidak-peduli-dengan-bangsa-sendiri#ixzz2uMmaqOnc 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sumber : www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Friday, 21 February 2014

ToLoL kE BaHaLoL???

Tindakan paling TOLOL atau BAHALOL bila Kalinga Paria yang berkiblat Komunis ini berada sebagai anggota pentadbiran bersatus Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Siapa yang 'bijak' sangat bawa kalinga ni masuk kabinet in the first place?!
KUALA LUMPUR 18 Feb - Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy didakwa cuba mendapatkan RM4.5 bilion dari bajet kerajaan dibawah pertimbangannya untuk membangunkan komuniti India.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan RM750 juta dari keseluruhan bajet tahunan kerajaan bagi tujuan tersebut menerusi kementerian dan agensi kerajaan tertentu namun Waytha mendesak ianya diletakkan dibawah jaminannya.

Pengerusi Hindraf turut mendesak Perdana Menteri mengeluarkan jaminan bertulis bagi menyalurkan RM750 juta kepadanya untuk melakasanakan agenda komuniti India.

Kerajaan berpendapat, pembangunan komuniti tersebut perlulah dibuat secara berperingkat demi menjaga sensitiviti kaum lain dengan mengambil kira aspek praktikaliti.

Berikutan tuntutan yang tidak dipenuhi, Waytha meletakkan jawatannya di dalam barisan menteri kabinet termasuk jawatan Senator Dewan Rakyat seraya melanggar Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Hindraf dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Sejak awal penglibatannya di dalam kabinet, Waytha jelas menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dan memahami sistem pentadbiran berikutan tidak memenuhi jangkaannya.

Waytha ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merupakan individu pertama dalam kabinet menyalahkan pihak polis menembak gangster berbangsa India secara terbuka.

Beliau perlu sedar jawatannya ketika itu mewakili kerajaan dan perlu lebih peka dengan tindakan agensi kerajaan dalam membanteras jenayah tidak mengira pangkat, agama mahupun bangsa berikutan penjenayah adalah musuh negara.

Ketika perletakan jawatannya, Waytha meletakkan kesalahannya kepada Perdana Menteri namun tidak menyatakan bantuan kerajaan dengan menyalurkan dana hampir RM500 juta tidak termasuk RM34.5 juta menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) kepada komuniti tersebut.

Hakikatnya kerajaan sudah terlebih buat membantu untuk membangunkan orang India. Kerajaan membuat semua ini bukan kerana Waythamoorthy. Dasar membantu tanpa memilih kaum telah lama dilakukan.

Waythamoorthy patut tahu perkara ini dan alasan kerajaan tidak memberi perhatian kepada kaum India tidak benar sama sekali. Dia mesti bertanggungjawab di atas kenyataan-kenyataannya yang boleh menyebabkan salah faham antara kaum.

Malah dia patut faham pendekatan radikal Hindraf tidak sesuai di negara ini. Walaupun dia kecewa dengan kegagalan parti-parti politik India, itu bukan mencerminkan kegagalan kerajaan membantu kaum India.

*********

Andai Mohd Najib Abdul Razak sudah tidak sesuai dan layak berfikir waras berasaskan faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu...maka elok sangatlah letak jawatan menjelang 11 Mei 2014.

Elok bonar Muhyiddin Mohd Yassin bertugas sebagai Perdana Menteri Malaysia.

SUMBER : http://paneh.blogspot.com/

Thursday, 6 February 2014

PERJANJIAN SULIT PRK N25 DUN KAJANG

Rupa rupanya ada termeterai sudah satu perjanjian “sulit” yang menjadi punca diadakan Pilihanraya Kecil [PRK] N25 DUN Kajang…..

Pada tanggal 27 Januari 2014 kancah politik tanahair telah dikejutkan dengan berita perletakan jawatan seorang wakil rakyat dari PKR yang menjadi ADUN Kajang Selangor apabila Lee Chen Cheh membuat keputusan yang mengundang pelbagai reaksi rakyat khususnya dinegeri Selangor.

Bermula daripada peristiwa tersebut maka rakyat negara ini berpeluang menyaksikan satu lagi episod drama yang didalangi oleh juak juak Pakatan Pembangkang mewarnai persada politik tanahair. Bersahut-sahutan cerita bahawa rakyat dinegeri Selangor akan mendapat seorang Menteri Besar yang baru!

Kemelut politik dalaman PKR mencecah suhu yang hangat sejak bersepah cerita krisis diantara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali. Percakaran mereka berdua bukanlah satu episod drama yang baru pernah kita saksikan…  Ianya sudah menjadi satu kisah lama, sekejap panas, sekejap suam suam kuku, ada kalanya sepi seketika.

Apabila berlaku insiden Azmin Ali dipecat dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS maka krisis Khalid-Azmin memulakan rentak pencak silat mereka berdua….  Kalau kita masih ingat, sebaik sahaja selesai PRU 13 bulan Mei 2013, kecoh bukan main lagi dengan kisah Azmin bersama bala tenteranya TAK mahu Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Kalau diilihat daripada struktur pimpinan PKR di Selangor kita juga boleh menilai sendiri terdapat dua kem dengan ‘pembahagian kuasa’ diantara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim. Sepatutnya selaku Menteri Besar, Khalid dilantik menjadi Pengerusi PKR Negeri Selangor.

TETAPI ini tidak berlaku dalam PKR Selangor setelah Anwar memilih Azmin yang terbukti mempunyai sokongan yang tersangat MANTAP dikalangan pucuk pimpinan dan akar umbi PKR. Malah ianya terbukti dengan keunggulan Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR iaitu orang nombor 2 dalam parti…

Berbalik kepada kisah DUN Kajang…..

Anwar Ibrahim terpaksa masuk untuk menyelesaikan krisis Khalid-Azmin secepat mungkin sebelum ianya menjadi lebih parah! Setelah dihitung, selepas dikira, setelah dibelek sana sini, selepas ditinjau tinjau maka Anwar mahu pucuk pimpinan PKR bersetuju untuk menjadi DUN Kajang sebagai kambing hitam.

DUA sebab utama kenapa Kajang menjadi pilihan.

Pertama : ADUN bukan popular tak memegang apa apa jawatan penting dalam parti. 
Kedua : Peratusan pengundi cina yang sangat tinggi melebihi 40% memberikan keyakinan untuk PKR menang mudah. Kebencian pengundi cina terhadap lambang dacing sudah melebihi tahap maksima!

Anwar Ibrahim tahu bahawa segala ‘wahyu’ dan sebarang ‘perintah’ darinya tidak akan mendapat tentangan dari mana mana pimpinan PKR… 

Ini bukanlah kali pertama Anwar pernah desak keputusan seperti ini untuk dipersetujui. Dia pernah lakukan di Parlimen Permatang Pauh, DUN Bukit Selambau, DUN Penanti dan kini untuk sekali lagi selesaikan penyakit dalam kain PKR maka DUN Kajang menjadi pilihan….

TETAPI kerja gila untuk ‘memaksa’ satu PRK ini adalah julung julung kalinya diadakan di negeri pemerintahan PKR sebagai ketua kerajaan negeri. Berbeza dengan DUN Bukit Selambau waktu itu Kedah dibawah PAS dan DUN Penanti  dibawah kerajaan DAP.

Oleh yang demikian Anwar tahu dia punyai ‘kuasa’ untuk membahagi-bahagikan ‘harta rampasan perang’ dikalangan mereka….  Allahyarham Tan Sri P Ramlee sudah melihat keadaan ini apabila diadakan adegan S Shamsuddin dengan Aziz Satar membahagikan harta dalam gua “Satu Untuk Engkau Satu Untuk Aku….”.

Maka satu “Perjanjian SULIT” pun  dibuat dan termeterai sudah ‘mutual understanding’ dimana Anwar menjanjikan “Win Win Situation” untuk mereka yang terlibat dalam episod drama kali ini….

Setelah Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, beliau akan melantik bekas YB Kajang Lee Chen Cheh sebagai Setiausaha Politik [Setpol] MB yang baru. Selepas itu, rombakan EXCO akan dibuat dimana Azmin Ali akan dilantik sebagai Exco Kanan.

Tugas Exco Kanan saling tak tumpah seperti Timbalan MB… Azmin akan lebih banyak memainkan peranan mentadbir kerajaan negeri Selangor dan Anwar akan memberikan alasan beliau hendak tumpukan matlamat Menawan Putrajaya PRU 14.

Dengan ‘kuasa’ yang ada sebagai Setpol MB, tidak susah untuk Lee Chen Cheh menguruskan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kajang. Cuma bertukar jawatan sahaja, namun tugas untuk jaga pengundi Kajang masih dilaksanakan oleh Lee Chen Cheh….

Apa yang terjadi pada nasib Khalid Ibrahim yang bukan lagi MB dan tidak pula dilantik Exco …?

Mereka bersetuju dengan keputusan untuk melantik Khalid Ibrahim sebagai ‘orang yang jaga AIR Selangor’ dan mempastikan Projek Langat 2 berjalan dengan baik agar bekalan air untuk rakyat negeri paling kaya di Malaysia itu tidak akan menghadapi sebarang masalah. Tugas tugas berkait rapat dengan ‘korporat’ ini memang sinonim dengan Khalid Ibrahim…. Sebarang "mahsyuuk" dari Projek Langat 2 akan jadi 'bahagian' Khalid!

Demikianlah jalan cerita drama arahan Anwar Ibrahim.

Sumber : www.badutrakyat.blogspot.com