Seruan kepada penulis tahyul, pelakon video dan ulama oportunis
Sejarah membuktikan bahawa tidak ada satu kaum yang begitu toleran di dunia ini melainkan kaum Melayu. Lihat saja fakta ketika kemerdekaan dicapai :
- 980,000 bangsa Cina dan India secara en-bloc telah diberikan kerakyatan percuma oleh kerajaan.
- Insiden ini telah merubah struktur negara daripada sebuah tanah yang berpusatkan kepada orang Melayu tetapi akhirnya bertukar menjadi negara komuniti (berbilang kaum).
- Raja-raja Melayu sanggup memberikan kuasa mereka demi menjaga hati rakyat bangsa lain.
- Lebih hebat daripada itu setiap mereka ini telah diberikan 10 ekar tanah secara percuma oleh kerajaan.
Inilah pengorbanan yang dibuat oleh orang Melayu. Maka menyedari pengorbanan yang begitu besar oleh Raja-raja Melayu inilah maka pihak British telah memperuntukkan Fasa 153 Hak Keistimewaan Melayu dalam perlembagaan. Inilah Kontrak Sosial yang telah dipersetujui bersama oleh semua kaum ketika itu. Alhamdulillah negara telah berjalan begitu aman sehinggalah peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengadakan beberapa perubahan dasar termasuklah Dasar Ekonomi Baru dan Pengujudan Sekolah Kebangsaan. Semuanya bertujuan untuk mencapai keharmonian kaum.
Orang Melayu tidak pernah menentang hak agama lain, mahupun kemewahan yang orang lain perolehi. Malah orang Melayulah yang menjadi kuli bangsa lain, orang Melayulah yang menjadi pelanggan utama di kedai-kedai bangsa lain, orang Melayulah yang rela menjadi Ali Baba dalam banyak bidang perniagaan. Orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dan memberikan pelbagai kemudahan kepada bangsa lain. Malaysia adalah satu-satunya negara yang mempunyai begitu banyak cuti demi merayakan pelbagai perayaan agama lain. Malaysia juga satu-satunya negara yang mempunyai pelbagai aliran sekolah mengikut bangsa. Semuanya ini atas dasar ingin menjaga hati bangsa lain. Ringkasnya orang Melayu bukanlah satu bangsa yang suka mencari pergaduhan tetapi sangat cinta pada perdamaian jauh sekali rasis.
Namun kebaikan orang Melayu ini telah diambil kesempatan oleh bangsa lain untuk dimanipulasi demi kepentingan kaum mereka sendiri. Mereka bukan saja mempertikaikan hak orang Melayu malah lebih ganas lagi apabila mereka mempertikaikan dan menggugat perlembagaan negara dan kemuliaan agama Islam. Kepada yang lupa atau yang sengaja mahu lupa, saya senaraikan sikap bangsa lain ini yang saya anggap sudah keterlaluan. Antaranya :-
Slogan Malaysian Malaysia yang jelas menggugat Fasa 153 Perlembagaan Negara. Inilah cubaan halus untuk menghapuskan identiti bangsa Melayu dengan bertopengkan slogan keadilan dan hak sama rata. Mereka tahu jika semuanya diberikan sama rata maka nescaya orang Melayu yang masih jauh ketinggalan dalam banyak aspek akan akhirnya mudah diketepikan.
Menidakkan Perkara 3 Perlembagaan Negara yang mengatakan Islam adalah agama negara. Sebaliknya mereka mendakwa negara ini adalah negara sekular supaya senang mereka membuat apa saja yang melanggar ajaran Islam tanpa boleh diganggu-gugat oleh pihak berkuasa agama Islam.
Menentang Perkara 11 (4) berkenaan dengan penyebaran agama lain kepada orang Islam. Mereka mahu agama lain juga diberikan hak seperti agama Islam supaya senang untuk memurtadkan umat Islam. Mereka mendakwa agama lain tidak diberi layanan sepatutnya sedangkan mereka tahu di Kuala Lumpur saja bilangan rumah ibadat agama lain lebih dari 1,000 buah sedangkan surau dan masjid hanya berjumlah 277 buah. Adakah itu masih tidak adil?
Menghina institusi Raja yang merupakan penaung agama Islam dinegara ini supaya lahir rasa benci rakyat kepada Raja walaupun Raja telah berkorban dengan memberikan kuasa mereka kepada rakyat.
Menghina acara korban sedangkan itu adalah ajaran umat Islam.
Menentang pelaksanaan hudud.
Menentang bahasa kebangsaan dan menuntut bahasa lain juga diberi status yang sama.
Menyokong 14 tuntutan IFC yang jelas mencabar kedaulatan Islam yang antara lainnya menuntut bahawa semua kanak-kanak yang baru lahir tidak mempunyai agama sehingga umur 18 tahun.
Mengatakan bahawa Melayu juga adalah kaum pendatang sedangkan negara ini (termasuk Indonesia) adalah terkenal sebagai Kepulauan Tanah Melayu semenjak ratusan tahun yang lalu.
Menentang cadangan kerajaan untuk memanjangkan pembelajaran agama Islam di sekolah-sekolah.
Menyokong tuntutan COMANGO.
Menuntut institusi-institusi yang dikhususkan kepada orang Melayu dibuka kepada bangsa lain seperti UiTM, MRSM dan lain-lain sedangkan inilah kemudahan untuk menampung anak-anak orang Melayu yang majoritinya masih miskin dan tinggal dikampong2 dengan kemudahan pembelajaran yang terbatas.
Menghalang langkah membenteras penjualan arak di kedai 7-Eleven.
Menentang Kontrak Sosial yang telah dipersetujui semenjak merdeka dengan mengatakan ianya tidak wujud dan mahu kesemua bangsa diberi hak sama rata.
Mempertahankan sekolah venakular yang mengasingkan kaum tapi dalam masa yang sama kononnya bercakap tentang perpaduan.
Pendek kata, saya boleh senaraikan banyak lagi tindakan bangsa lain yg chaunvinis ini yang telah mengguriskan hati orang Melayu selama bertahun-tahun tetapi orang Melayu hadapi dengan penuh kesabaran dami menjaga keharmonian kaum . Jika ini tindakan melampau mereka berani lakukan maka :
- Apakah dengan satu kalimah saja orang Melayu Islam sebut mereka sudah melompat-lompat seperti katak kepanasan?
- Adakah satu kalimah yang hanya sekadar mempertahankan diri boleh dianggap rasis dan menghasut?
- Adakah adil mereka dibiarkan mengguriskan hati orang Melayu Islam saban hari saban malam sedangkan orang Melayu Islam tidak boleh berbuat apa-apa?
Kalau kita teliti secara halus kita akan dapati bahawa kenyataan Melayu Islam ini hanyalah sebagai respon kepada tindakan kaum chauvinis ini. Merekalah yang mula dahulu. Saya amat yakin jika bangsa lain berhenti mengguriskan hati orang Melayu Islam maka nescaya orang Melayu Islam tidak akan bertindak balas.
Oleh itu nasihat saya kepada penulis tahyul, ulamak oportunis dan pelakon video tolong nasihatkan bangsa lain yang chauvinis ini; berhentilah menghina orang Melayu dan Islam. Mengapa kamu marah pada orang Melayu Islam yang sekadar mempertahankan diri tetapi berdiam diri dengan sikap keterlaluan bangsa lain?
Aminuddin Yahaya
Timbalan Presiden ISMA
SUMBER : www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com
No comments:
Post a Comment