Wednesday, 26 November 2014

UCAPAN PANAS MUHYIDDIN DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO ! - Langsung Takde Tanda Beliau Nak Bersara !

TAHNIAH Muhyiddin di atas ucapan yang bernas dan bersemangat ! Memang itu yang dinanti2kan dan ucapan beliau tadi sedikit sebanyak mengubat keresahan kita. Mungkin Muhyiddin tak hadir Majlis Perjumpaan Bersama Jurucakap semalam. 

Panjang ucapan Muhyiddin tadi. Saya hanya copy sebahagian saja. Bukan maksud saya yang lain tu tak bagus, cuma saya ambil point2 yang mahu dihighlite saja.

Sebenarnya 3 points je yang menarik hati saya untuk komen. Pertama mengenai Satu Sekolah. Cuba baca no 31 - 

Baru saya dengar pemimpin mengaitkan isu Perpaduan dengan sistem pendidikan. Dan hujah Muhyiddin selari dengan Satu Sekolah.

Kemudian sokongan beliau supaya Akta Hasutan dikekalkan dengan penambahbaikan. ( no 33 ) Dan yang ketiga adalah bila Muhyiddin minta Pemilihan tahun 2016 diteruskan. ( no 53 )

Mula2 beliau bercakap tentang masa yang semakin suntuk untuk Umno berubah, diberi setahun je lagi. Kemudian beliau mahu Pemilihan tahun depannya tetap di adakan !

If change does not happen, we have to engineer the change. Jika perubahan tidak juga berlaku, kita yang kena ubahkan.

Hmmmm ...... menarik kan. Melalui Pemilihan ? hmmmm ....

Yang saya pasti dari ucapan tadi, Muhyiddin langsung tidak menunjukkan tanda mahu bersara atau berundur dalam waktu terdekat ini !

PS - Oya, satu lagi extra point ..... jauh beza ucapan antara Najib dengan Muhyiddin. Muhyiddin cakap kita boleh tekun layan walaupun panjang, Najib cakap kalau ...... 
Agenda Ekonomi Bumiputera dan Merapatkan Jurang Ketidaksaksamaan Adalah Agenda Nasional

01.    Namun begitu, 24 tahun selepas pelaksanaan DEB berakhir, kita kembali mendengar keluh kesah dan gundah-gulana masyarakat Melayu. Dalam era pasca DEB, data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia untuk tahun 2013 menunjukkan bahawa jurang ekonomi antara kaum masih wujud. Misalnya, median pendapatan bulanan isirumah Bumiputera sebanyak RM3,282 masih rendah berbanding kaum Cina, iaitu RM4,643 dan kaum India sebanyak RM3,676. Dalam kumpulan isirumah berpendapatan 40% terendah, 75.5% adalah Bumiputera. Pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera juga masih jauh lebih rendah berbanding kaum-kaum lain. Hanya 36.3% transaksi bangunan hartanah kediaman melibatkan Bumiputera. Pemilikan hartanah bangunan industri dan perdagangan Bumiputera juga rendah iaitu 2.37% bagi hartanah industri dan 7.85% bagi hartanah perdagangan.

02.    Begitu juga, satu kebenaran yang pahit untuk kita akui ialah kaum Bumiputera masih menerima layanan yang tidak saksama dalam sektor swasta. Kajian yang dilakukan oleh Dr Lee Hwok Aun dan Dr. Muhammed Abdul Khalid pada tahun 2012 mendapati bahawa bagi setiap seorang graduan Melayu yang dipanggil temuduga dalam sektor swasta, secara puratanya 5.3 graduan Cina ditemuduga, walaupun mereka mempunyai kelulusan yang sama. Data rasmi juga menunjukkan kadar pengangguran adalah tertinggi dalam kalangan tenaga kerja Bumiputera iaitu 70.3%, termasuk graduan menganggur sebanyak 66.9%. Kita juga sering mendengar keluhan pekerja Bumiputera yang menerima gaji lebih rendah berbanding kaum-kaum lain dalam sektor swasta. Pakar ekonomi Just Faaland, J.R Parkinson dan Rais Saniman membuktikan dalam buku mereka Growth and Ethnic Inequality: Malaysia’s New Economic Policy, bahawa pekerja Bumiputera menerima gaji 20 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding bukan Bumiputera.

03.    Secara umumnya, kedudukan ekonomi orang Melayu hari ini masih meruncing. Ketidaksaksamaan dalam masyarakat agak menggerunkan kita. Pada masa yang sama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam meneruskan agenda ekonomi Melayu. Kita bersaing dalam ekonomi yang lebih terbuka. Kita berhadapan dengan fahaman kesamarataan yang menentang sebarang pelaksanaan agenda Melayu. Menerusi pelbagai instrumen perjanjian perdagangan bebas antarabangsa, negara kita didesak supaya jangan lagi mengamalkan dasar untuk melindungi kepentingan kaum Bumiputera. Kononnya, dasar seperti ini merupakan penghalang kepada pembangunan ekonomi dan merencatkan pasaran. Padahal, dasar ini pernah digunakan oleh negara maju lebih setengah abad sebelum mereka mencapai tahap negara maju.

04.    Kita sebenarnya sedang menongkah arus kapitalisme global dan ideologi pasaran bebas yang semakin melebarkan jurang ketidaksaksamaan. Seperti yang diakui oleh pemenang hadiah nobel ekonomi Joseph Stiglitz dalam bukunya The Price of Inequality, dasar ekonomi yang berasaskan teori dan ideologi yang salah telah memburukkan keadaan ketidaksaksamaan dalam masyarakat di seluruh dunia, termasuk di Eropah dan Amerika Syarikat.

05.    Saya fikir sudah sampai masanya kita menilai kembali model ekonomi negara kita. Ya, benar pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 6.3% adalah antara yang tertinggi di Asia; nilai pelaburan langsung asing sebanyak RM216.5 bilion pada tahun 2013 adalah antara yang terbaik dalam sejarah; kedudukan Malaysia dalam Laporan Dayasaing Global 2014 meningkat daripada nombor 24 ke nombor 20 daripada 148 buah negara. Semua ini menunjukkan bahawa pencapaian ekonomi negara kita amat memberangsangkan dan kita berada pada landasan yang betul untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Insyallahh. Malah ada pakar ekonomi meramalkan kita mungkin akan berjaya mencapai awal.

06.    Tetapi di sebalik semua pencapaian ini, Yang Amat Berhormat Presiden dan saya selaku Timbalan sering memikirkan adakah kita boleh memejamkan mata dan memekakkan telinga dengan tidak berbuat apa-apa jika kaum Bumiputera yang merupakan 67.4% daripada rakyat negara kita masih berada dalam kumpulan berpendapatan rendah; jika 4 juta daripada 6.5 juta pekerja yang mencarum dalam KWSP di negara kita berpendapatan kurang RM2,000 sebulan; jika jurang ketidaksaksamaan di negara kita antara yang tertinggi di rantau ini; jika rakyat masih tidak mampu memiliki rumah sendiri.

07.    Mengenai isu perumahan, ada ahli UMNO di akar umbi yang mengatakan kepada saya, rumah-rumah yang dibina dengan harga RM400,000 sebenarnya bukan rumah mampu milik, tetapi rumah mampu tengok sahaja. Pandangan ini ada juga kebenarannya. Menurut Kajian Khazanah Research Institute, harga rumah mampu milik yang sewajarnya adalah 3 kali median pendapatan isi rumah, iaitu bagi kumpulan pendapatan isirumah 40% terbawah dengan harga RM70,000 dan kumpulan berpendapatan sederhana pada harga RM160,000 atau pada purata harga RM130,000. Rumah-rumah yang dibina dengan harga yang terlalu mahal, terutamanya di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar, sudah tentulah tidak mampu dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

08.    Saudara-saudari, persoalannya nanti, ketika negara kita mencapai sasaran Pelan Transformasi Ekonomi dengan nilai GNI RM1.7trillion, dengan pendapatan perkapita RM48,000,dengan penambahan 3.3 juta pekerja berkemahiran dan RM1.4trillion pelaburan daripada sektor swasta dan kerajaan, berapakah daripada jumlah sasaran ini akan turun mengalir menjadi milik kaum Bumiputera? Dalam keghairahan kita meletakkan sasaran besar untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, kita juga harus menetapkan sasaran yang jelas untuk kaum Bumiputera dan memastikan kekayaan negara kita dapat diagihkan kepada semua rakyat baik di kota mahupun di desa, di semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak, baik kumpulan berpendapatan tinggi mahupun kumpulan pertengahan dan 40% terbawah, semuanya – kulluhum ajma’in – perlu dipastikan mendapat peluang yang adil dan saksama.

09.    Saudara-saudari, kita sebenarnya amat memerlukan satu model ekonomi yang benar-benar dapat memastikan pertumbuhan disertai dengan pengagihan yang saksama. Kita tidak boleh membiarkan majoriti rakyat negara kita terpinggir dan tersisih daripada arus kemajuan ekonomi negara. Apatah lagi, ketidaksaksamaan dalam masyarakat kita hari ini bukan lagi merupakan masalah kaum semata-mata, tetapi juga masalah kelas. Kita sedang menghadapi masalah jurang yang besar antara golongan kaya dan golongan miskin, jurang antara etnik dan intra etnik,jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar, jurang antara CEO, pengurusan kanan syarikat dan pekerja bawahan. Semua ini jika dibiarkan berterusan akhirnya akan menjejaskan pencapaian ekonomi negara kita secara keseluruhan.

10.    Sebagai mewakili suara orang Melayu dan Bumiputera, saya ingin tegaskan supaya pendekatan, dasar dan strategi yang lebih berkesan untuk merapatkan jurang kaum dan kelas dilaksanakan segera. Kita perlu memberikan tumpuan dan keutamaan kepada program latihan peningkatan kemahiran pekerja Bumiputera, memperbaiki mekanisme subsidi, menangani diskriminasi dalam sektor pekerjaan, memperkemaskan perundangan, pengawalan dan penguatkuasaan terhadap pekerja asing, memperkenalkan dasar mengenai peningkatan dan pengawalan pendapatan pekerja, menambah mekanisme percukaian yang lebih berstruktur (targeted), meningkatkan insentif bagi membantu keluarga menambah kekayaan, menyediakan ekosistem kondusif kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar, menekankan semula pembangunan luar bandar, memperluaskan jaringan keselamatan sosial, dan menyasarkan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan (need-based) khusus untuk kumpulan isirumah 40% terbawah tanpa mengira kaum. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mempersoalkan tindakan pembetulan ini sebagai agenda perkauman. Ini adalah agenda negara, agenda nasional.

11.    Oleh itu, kita perlu menjadikan Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, bukan agenda kaum. Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh YAB Presiden mempunyai peranan penting untuk mengkaji secara terperinci kedudukan ekonomi Bumiputera, merencana hala tuju masa depan ekonomi Bumiputera, termasuk memperkukuhkan instrumen dasar, institusi dan inisiatif memajukan ekonomi Bumiputera. Saya ingin mencadangkan supaya Agenda Bumiputera serta dasar dan strategi merapatkan jurang ekonomi dijadikan teras utama Rancangan Malaysia Ke-11 yang merupakan lonjakan terakhir Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju. Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional tidak boleh dilaksanakan secara picisan atau terpisah daripada kerangka besar ekonomi negara. Ia mesti dilaksanakan secara inklusif, komprehensif dan merentasi semua sektor ekonomi. Saya juga mencadangkan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu dirangka untuk memacu inisiatif kesaksamaan ke hadapan.

12.    Sebagai parti yang memperjuangkan nasib Bumiputera, UMNO perlu memberi perhatian secara lebih seriuskepada usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja Bumiputera. Data terkini menunjukkan 64.3% tenaga buruh Bumiputera mempunyai sijil SPM dan ke bawah. Hanya 27.8% berpendidikan tinggi. Keadaan ini tidak memberikan kelebihan kepada kaum Bumiputera untuk bersaing dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif. Oleh itu, kita perlu berani berganjak untuk melihat pendidikan sebagai komponen penting dalam meningkatkan pencapaian Bumiputera. Di samping memberikan fokus kepada pencapaian di peringkat pengajian tinggi, kita juga perlu memberi tumpuan kepada bidang latihan teknikal dan vokasional untuk meningkatkan kemahiran dan daya saing pekerja Bumiputera.

13.    Di samping itu, kita jangan lupa peranan pendidikan sebagai wahana perpaduan dan wahana untuk membina identiti nasional. Kerana itu saya sering menegaskan kepentingankita memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah perpaduan. Jika murid daripada semua kaum dapat belajar di bawah satu bumbung dengan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, maka saya yakin perpaduan di negara kita akan menjadi lebih kukuh. Hari ini, polarisasi kaum masih wujud sebahagiannya kerana politik kebencian yang dimainkan oleh sesetengah pihak. Sensitiviti kaum tidak dipedulikan, institusi Raja dimomokkan, malah wujud cabar mencabar antara agama. Saya percaya, kita boleh mengembalikan kepercayaan antara kaum melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memberi keutamaan kepada perpaduan nasional.

14.    Matlamat ini boleh kita capai jika kita meletakkan asas-asas yang kukuh untuk perpaduan dalam sistem pendidikan kita. Ini termasuklah memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan menjadikan perpaduan nasional sebagai agenda utama semua aliran persekolahan di negara kita, termasuk di sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama rakyat, sekolah swasta dan lain-lain. Jangan lagi ada kisah murid yang tidak tahu berbahasa Melayu, sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita. Jangan lagi ada insiden kenyataan berbaur perkauman dikeluarkan oleh guru atau murid di sekolah. Jangan lagi ada perasaan prejudis kaum dan agama yang tebal dalam kalangan rakyat negara kita. Saya fikir, tempoh 57 tahun merdeka sudah cukup untuk kita hapuskan segala rasa prejudis dan syak wasangka antara kaum. Tinggal lagi, kita semua, baik parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, gerakan pendidikan Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain, perlulah ada keikhlasan, ada kejujuran, dan ada kesungguhan untuk memupuk perpaduan.Jangan kita bercakap mengenai perpaduan, tetapi pada masa yang sama bertindak menebalkan tembok pemisahan kaum.

15.    Pada hemat saya juga, dalam semangat untuk mengikis sikap prejudis sesama rakyat, adalah wajar kerajaan mengambil tindakan tegas dalam membendung kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama daripada memercikkan api perbalahan. Adalah lebih baik kita mencegah daripada nantinya terpaksa merawat luka permusuhan yang parah. Kerana itu saya telah menyatakan pendirian saya mengenai Akta Hasutan. Bagi saya, Akta ini wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan. Peruntukan khusus perlu dimasukkan untuk melarang mana-mana pihak daripada mempersoalkan jaminan perlembagaan mengenai kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Akta ini juga perlu menghalang mana-mana pihak daripada mempersoalkan hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing. Begitu juga dengan kedudukan tanah rezab Melayu dan Regimen Askar Melayu DiRaja yang merupakan sebahagian daripada wasiat Raja-Raja Melayu perlu dilindungi daripada perbuatan menghasut. Apa yang penting ialah kita perlu melihat Akta Hasutan bukan sebagai akta yang hanya melindungi kepentingan orang Melayu, tetapi akta yang memelihara perpaduan dan keharmonian nasional.

16.    Izinkan saya berkongsi pandangan mereka dengan saudara dan saudari pada malam ini. Pertama, mereka kata UMNO sedang mengalami trust deficit atau defisit kepercayaan; kedua, UMNO ini parti feudal; ketiga, dalam UMNO ada budaya play safe dan budaya pak turut; keempat, UMNO dikuasai oleh warlord; dan kelima, UMNO diancam oleh budaya ugut dan budaya tabur. Ini kata mereka.

17.    Mereka menjelaskan satu persatu kepada saya apa yang mereka maksudkan dengan kelima-lima perkara ini. Mengenai defisit kepercayaan, mereka beritahu saya mereka sebenarnya sokong perjuangan UMNO. Mereka sayang kepada UMNO. Bagi mereka tidak ada parti lain yang boleh diharapkan untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air melainkan UMNO. Cumanya, mereka ingin melihat pemimpin UMNO di setiap peringkat lebih berintegriti, lebih amanah, lebih jujur, lebih telus, tidak terpalit dengan gejala rasuah, tidak menonjolkan kemewahan yang berlebihan, tidak bergaduh sesama sendiri dan sebagainya. Jika ini boleh dilakukan, maka orang muda akan percaya semula kepada UMNO.

18.    Mereka juga tidak mahu UMNO terlalu terikat dengan hirerki hingga mewujudkan gambaran parti kita menjadi parti feudal sehingga orang bawah tidak boleh bersuara selagi orang atas tidak bersuara. Sehinggakan hendak beri pandangan pun kena tengok apa orang atas kata. Kalau orang atas kata A, maka yang di bawah mesti kata A. Kalau orang atas kata B, yang di bawah pun mesti kata B.

19.    Menurut mereka lagi, orang muda dalam UMNO mempunyai idea-idea yang bernas tetapi merasakan lebih baik diam daripada bercanggah pandangan dengan orang atas. Ada yang kata kalau bercakap lebih sedikit nanti dianggap hendak memandai. Ada pula yang beri nasihat orang muda mesti berhati-hati dalam politik. Jangan terlalu menonjol. Jangan terlalu laju. Nanti kena sekat, nanti kena cantas, kena kerat, kena sabo, kena cah keting, kena terajang dan lain-lain lagi. Jadi, lama-kelamaan mereka fikir lebih baik diam daripada bercakap, atau lebih selamat jadi pak turut saja. Seolahnya ada satu budaya play safe, atau budaya pilih jalan selamat dalam UMNO.

20.    Akibatnya, dalam UMNO, lebih ramai orang memilih untuk berdiam diri daripada bercakap. Ini mewujudkan persepsi bahawa parti kita sedang dilanda budaya kelesuan. Akhirnya, orang Melayu dan rakyat tertanya-tanya di mana suara keramat UMNO? Di mana taring  Pemuda? Di mana ketegasan Wanita? Di mana kelantangan Puteri?  Kesannya, kita seolahnya ketandusan pemimpin untuk menjuarai kepentingan orang Melayu. Sehinggakan timbul cakap-cakap di luar sana yang mengatakan NGO Melayu lebih lantang daripada UMNO dalam memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu.

21.    Bagi saya, kita perlu membuktikan bahawa UMNO bukannya sebuah parti yang lesu. UMNO bukannya parti yang mempunyai budaya pak turut, budaya nyanyi, budaya puji, budaya lambung, budaya ampu sana ampu sini. UMNO adalah parti yang berwibawa, parti yang ada idealisme, parti yang ada masa depan, parti pilihan anak-anak muda. Ingatlah, orang muda hari ini tidak suka jadi pak turut. Mereka naik geli dengan budaya ampu. Mereka benci budaya sabo. Mereka tolak budaya cah keting. Jika kita boleh buang semua budaya negatif ini jauh-jauh, saya yakin UMNO akan menjadi parti pilihan orang muda.

22.    Satu lagi ialah budaya warlord. Ramai yang beritahu saya dalam UMNO ada banyak warlord. Mereka ini amat berkuasa kerana mempunyai ramai pengikut setia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka. Dengan sokongan pengikut, warlord akan mengugut pemimpin atasan parti untuk berikan apa sahaja yang mereka minta. Jika tak diberi, mereka akan sabo parti dalam pilihan raya.

23.    Kita perlu buktikan bahawa warlord bukan sebahagian daripada budaya UMNO. Kita menolak sikap sekalangan yang cuba untuk kekal berkuasa dengan menabur kemewahan kepada pengikut. Sehinggakan ada yang kata tak payah buat kerja dalam UMNO. Yang perlu dibuat ialah kumpul kekayaan untuk tabur kemewahan kepada pengikut supaya mereka sentiasa setia. Keadaan ini menyebabkan kos politik menjadi semakin mahal. Yang tiada wang tidak boleh masuk politik. Walaupun ada bakat, ada kelulusan, ada kebolehan, mereka tak mampu untuk bergerak aktif dalam parti jika tiada wang. Saya bimbang, akhirnya nanti yang naik dalam hirerki parti adalah orang yang ada wang, bukan orang yang ada kebolehan. Orang kata money is everything in politics. No money, no talk. Seolahnya, wang adalah kuasa, wang adalah segala-galanya.

24.    Saya kadang kala terfikir adakah sudah tidak ada keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan? Adakah sudah tidak ada nilai pengorbanan dalam politik? Adakah pengikut menilai pemimpin semata-mata berdasarkan kemampuan mereka untuk tabur kemewahan? Adakah pemimpin mengukur kesetiaan pengikut berdasarkan harga yang mereka bayar? Bagi saya, budaya ugut dan tabur ini amat bahaya kepada parti kita. Budaya ini akan menyebabkan politik wang berleluasa di dalam parti. Pengikut yang terima wang akan suka. Mereka puji pemimpin yang boleh beri sesuatu kepada mereka. Tetapi jangan kita lupa. Rakyat di luar sana tak suka politik wang. Mereka curiga bila lihat orang politik hidup mewah. Tak setimpal dengan pendapatan. Apatah lagi jika ada yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan. Rakyat akan mula menuduh bermacam perkara yang tidak baik terhadap parti kita. Inilah punca masalah trust deficit atau defisit kepercayaan terhadap UMNO. Jadi, ingatlah. Apa guna kita naik dalam hirerki parti, tetapi rakyat menolak parti kita kerana mereka tidak suka dengan imej dan sikap kita.

25.    Sebenarnya, orang muda dan umat Melayu seluruhnya menaruh harapan yang tinggi kepada UMNO. Mereka tidak menolak perjuangan UMNO. Mereka mahu supaya pemimpin UMNO tegas memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi pada masa yang sama tidak dilihat terlalu ekstrem perkauman atau terlalu liberal. Mereka percaya bahawa dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum, UMNO perlu bersikap adil terhadap kaum-kaum lain, tetapi tidaklah sampai menggadaikan asas dan prinsip perjuangan UMNO. Pendek kata, orang muda mahu UMNO terus menjadi parti yang sederhana, parti yang berjaya mengekalkan keseimbangan dalam hubungan kaum dan agama. Apa yang penting ialah pemimpin UMNO mesti dilihat lebih ikhlas, lebih jujur, lebih telus, lebih adil dan lebih berwibawa dalam menggalas perjuangan parti.

26.    Kita tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku. Kita perlu merekayasa perubahan. If change does not happen, we have to engineer the change. Justeru pada hemat saya, wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut kehendak Perlembagaan UMNO dan tidak ditangguhkan selepas pilihanraya umum seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Saya juga mencadangkan pindaan Perlembagaan UMNO diadakan tahun hadapan dengan memperuntukkan pindaan yang sesuai untuk membolehkan barisan pelapis muda menyumbang peranan dan khidmat bakti yang lebih besar kepada UMNO. Saya percaya UMNO tidak akan berpecah sekiranya pemilihan diadakan. Pemimpin UMNO tentunya cukup matang untuk menghadapinya. Saya sendiri akan sentiasa berdiri bersama-sama YAB Presiden untuk merealisasikan perubahan dan peremajaan parti kita.

SUMBER : www.dinturtle.blogspot.com




Monday, 17 November 2014

TARIF MELAYU, SEJARAH DAN IDENTITI BANGSA

Masih ramai orang Melayu sendiri tidak mengetahui tentang asal usul dan takrif Melayu. Beberapa kali juga segelintir kenalan saya kelahiran Pantai Barat yang kurang celik sejarah dan terpengaruh dengan dakyah DAP mendakwa orang Melayu juga adalah pendatang dari Indonesia. Kononnya Melayu bukanlah penduduk asal di negara ini. Lalu dicontohkan diri mereka yang berketurunan Jawa, di mana nenek moyang mereka merupakan etnik Jawa yang berasal dari Kepulauan Jawa, Indonesia.

Saya ingin menegaskan bahawa penakrifan orang Melayu itu adalah sesuatu yang luas dan dinamik. Di Malaysia, orang Melayu itu lebih merujuk kepada bangsa berbanding keturunan atau kaum semata-mata. Menurut Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 160, dinyatakan bahawa:
“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan — 
(a)  yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau 
(b)  ialah zuriat seseorang yang sedemikian;
Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu dan wujudnya Perlembagaan Persekutuan, definisi orang Melayu sebenarnya telah diikat dengan agama Islam, kebiasaannya berbahasa dan mengamalkan adat budaya Melayu. Ketika itu orang Melayu dikenali terbahagi kepada beberapa kelompok iaitu Melayu Anak Jati (seperti Melayu Kelantan, Melayu Kedah, Melayu Terengganu, Melayu Perak dan sebagainya), Melayu Anak Dagang (seperti mereka dari rumpun Melayu dari etnik berketurunan Jawa, Bugis, Banjar, Acheh, Sunda, Rawa, dan sebagainya) dan Melayu Peranakan (seperti Melayu lahir hasil perkahwinan campur dengan bangsa selain rumpun Melayu iaitu Turki, Arab, India, Cina dan sebagainya).

"Pengertian Melayu dalam maksud satu kelompok bangsa yang besar atau "ras" (race) atau "rumpun bangsa" (a racial stock) —  Ia adalah istilah yang diguna pakai oleh penyelidik dalam bidang antropologi dan sosio-linguistik; juga digunakan oleh UNESCO merujuk kepada penduduk asal di Semenanjung dan Gugusan Kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Alam Melayu atau the Malay World. Ia adalah konsepsi budaya yang tidak menjadikan agama Islam sebagai salah satu takrifan Melayu seperti orang Filipina, etnik Batak atau Bali dan penduduk asal di Pulau Taiwan dikategorikan sebagai "rumpun Melayu". Salah satu unsur persamaan mereka ialah bertutur dalam bahasa dari cabang atau rumpun bahasa induk Austronesia atau Melayu-Polinesia.

"Kumpulan-kumpulan yang tergolong dalam ras atau rumpun Melayu itu termasuklah penduduk pribumi Pulau Taiwan yang bukan dari bangsa Han (China), etnik Cham dan beberapa suku bangsa asal-pribumi di Semenanjung Indo-China (Vietnam dan Kemboja), etnik keturunan Melayu Patani di Thailand, seluruh penduduk asal di Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei serta suku bangsa Merina di Pulau Malagasi (Madagascar). Saudara terdekat kepada rumpun atau ras Melayu itu ialah bangsa Polinesia yang tersebar secara meluas di Kepulauan Pasifik sehingga ke Pulau Hawaii, New Zealand, dan lain-lain lagi, dipercayai berasal dari Alam Melayu dan mempunyai akar bahasa yang sama, iaitu Austronesia." [Petikan dari Prof Dato Dr Wan Hashim Wan Teh, Rumpun Melayu: Teori Migrasi Dan Diaspora, hlm 18, Penerbit USIM, 2012]

Sebahagian kelompok yang bukan dari rumpun Melayu yang telah berasimilasi dengan masyarakat Melayu turut diterima sebagai sebahagian daripada mereka. Kelompok ini telah sebati dengan orang Melayu melalui kesamaan pegangan agama Islam, dan kebiasaan mereka menggunakan Bahasa Melayu dan mengamalkan sebahagian adat budaya Melayu. Sebagai contoh kelompok pendakwah dan pedagang dari Hadraumaut (Yemen), Peshawar (India, sekarang Pakistan), Kerala (India), Istanbul (Turki) dan lain-lain. Mereka ini walaupun bukan dari rumpun Melayu tetapi tetap diterima sebagai orang Melayu kerana mereka merupakan penganut agama Islam yang sanggup mengenepikan sebahagian identiti tanah asal mereka untuk berasimilasi dengan penduduk Melayu setempat. 

Kesediaan kelompok minoriti Islam ini untuk 'menjunjung agama, bahasa dan budaya setempat' inilah yang membezakan mereka dengan kaum pendatang lain seperti Cina dan India yang bukan beragama Islam. Sebaliknya kaum pendatang dari Tanah Besar Cina dan India tetap mahu mengekalkan identiti tanah asal mereka. Kiblat politik dan bahasa mereka ketika itu masih merujuk kepada tanah asal mereka. Keengganan mereka berasimilasi dengan penduduk Melayu (majoriti dan penduduk asal Tanah Melayu) menjadikan mereka tetap dikira sebagai bangsa pendatang ketika itu, walaupun telah bermastautin berpuluh-puluh tahun di Tanah Melayu. 

Sebaik sahaja Tanah Melayu merdeka, tiada lagi istilah Melayu Anak Jati, Melayu Anak Dagang atau Melayu Peranakan. Semua mereka telah diterima sebagai orang Melayu tanpa mengira apa jua asal usul dan keturunan mereka. Mereka menikmati hak istimewa orang Melayu sepertimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (hari ini Malaysia, sebelumnya Persekutuan Tanah Melayu). Sementara kaum pendatang bukan Islam dari kaum Cina dan India pula telah menikmati taraf kewarganegaraan melalui prinsip 'Jus Soli' dalam Perkara 170 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (peruntukan sementara ini telah dimansuhkan) dan kebebasan untuk mengamalkan agama mereka dengan aman dalam Perkara 3(1) dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Keistimewaan atau 'give and take' ini merupakan sebahagian daripada kontrak sosial dalam Persekutuan Tanah Melayu (kemudiannya Malaysia).

Bagi sebahagian kaum Cina dan India yang beragama Islam di Tanah Melayu sebelum merdeka yang masih mahu mengekalkan identiti tanah asal (bahasa dan budaya) nenek moyang, mereka tidak dipaksa untuk menisbahkan diri mereka sebagai orang Melayu. Selepas merdeka, mereka boleh terus dikenali sebagai kaum Cina Muslim atau India Muslim yang memegang status bukan Melayu dan Bumiputera.


Selepas merdeka juga, kaum Cina dan India telah diberikan kebebasan untuk mengadakan sekolah vernakular berasaskan kaum mereka seperti SRJK Cina dan Tamil. Tidak ada sebuah pun negara di dunia seperti Malaysia di mana kerajaan memberikan bantuan kewangan yang banyak setiap tahun kepada sekolah vernakular sebegini. 
Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pattani (sekarang di bawah Thailand).  - Gambar hiasan dari filem Langkasuka

Berbalik kepada polemik isu identiti orang Melayu, anggapan sesetengah pihak bahawa Melayu juga merupakan golongan pendatang adalah tidak benar jika mereka mengkaji dan memahami sejarah peradaban, antropologi, adat budaya serta kajian saintifik (arkeologi dan genetik) Melayu. Manusia dari rumpun Melayu sudah mendiami benua Sunda sejak 60 ribu hingga 70 ribu tahun yang lalu. Rumpun inilah yang membentuk identiti dominan bangsa Melayu di Malaysia hari ini. Kajian mtDNA oleh pakar genetik Universiti Oxford, Dr Stephen Oppenheimer dan beberapa penyelidik lain telah mengesahkan bahawa nenek moyang orang Melayu ialah penduduk asal negara ini (Tanah Melayu/Malaysia) dan telah mendiaminya sejak lebih 25 ribu tahun yang lalu. 

Sila rujuk http://www.bradshawfoundation.com/journey/

Pemetaan genetik dan artifak arkeologi mendapati bahawa masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda adalah merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum (rumpun) Melayu hari ini.

Fakta sejarah moden juga membuktikan bahawa wilayah atau Tanah Melayu sebelum berlakunya penjajahan adalah merangkumi Semenanjung Tanah Melayu (dari Segenting Krai di Selatan Thai hinggalah ke Singapura), Kepulauan Lingga-Riau, Pantai Timur Sumatera, sebahagian Jawa Barat dan sebahagian kepulauan Borneo/Brunei.
Keratan laporan akhbar Berita Harian bertarikh 4 Ogos 2011 bertajuk "Melayu Kelantan 60,000 tahun: Kajian USM dapati sub-etnik penduduk paling asal di Semenanjung". 

Lebih lama dari itu ialah fakta sejarah terkenal mengenai Srivijaya, sebuah empayar maritim etnik Melayu purba yang agung berpusat di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu pada kurun ke-7 hingga ke-14. Bahkan sebelumnya, beberapa kerajaan Melayu awal sudah bertapak di Tanah Melayu seperti Gangga Negara di Perak (kurun ke-2 hingga kurun ke-11), Langkasuka di Pattani (kurun ke-2 hingga kurun ke-14), Pan Pan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu (kurun ke-3 hingga kurun ke-5) dan Kedah Tua (kurun ke-5 hingga kurun ke-14). 

Sebahagian pengkaji sejarah percaya bahawa kerajan terawal etnik Melayu sebenarnya ialah Kerajaan Melayu Funan. Kerajaan ini telah muncul sejak awal kurun pertama yang berpusat di hilir Sungai Mekong. Pemerintahan Kerajaan Melayu Funan meliputi selatan Vietnam, Lembah Tengah Mekong, Lembah Chao Phraya dan Semenanjung Tanah Melayu. Para pengkaji ini mempunyai bukti dari segi manuskrip dan arkeologi, bahawa kerajaan tersebut bukan sahaja didirikan oleh etnik Melayu malah golongan elit Funan merupakan pengasas kepada kerajaan-kerajaan Melayu purba lain seperti Pan Pan dan Srivijaya.
Peta Kerajaan Melayu Srivijaya yang kini sebahagian menjadi wilayah Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Selepas kejatuhan Srivijaya, muncul Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15. Parameswara merupakan keturunan pemerintah Kerajaan Melayu Srivijaya yang berasal dari Palembang, Sumatera. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa Palembang ialah wilayah etnik Melayu sama seperti Semenanjung Tanah Melayu dan wilayah-wilayah etnik Melayu lain. Tidak timbul dakwaan kononnya orang Melayu ini pendatang dari Sumatera kerana sebelum adanya persempadanan negara bangsa seperti hari ini, kawasan itu juga merupakan wilayah orang (etnik) Melayu. Orang Melayu (genetik etnik Melayu) bukan saja wujud di Sumatera, tetapi mereka juga sudah lama mendiami kawasan-kawasan di Semenanjung Tanah Melayu seperti Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu sejak puluhan ribu tahun dahulu lagi. 

Orang Melayu sifatnya suka berhijrah, bermigrasi, merantau dari satu tempat ke satu tempat yang lain terutama dalam wilayah mereka seperti orang Melayu di seberang Sumatera, Jawa Barat berlayar merentasi ke negeri-negeri Pantai Barat di Semenanjung Tanah Melayu. Begitu juga pergerakan antara orang Melayu di Kelantan ke wilayah Melayu di Pattani atau sebaliknya. Wilayah-wilayah asal Melayu itu hanya dipisahkan akibat daripada penjajahan dan perjanjian-perjanjian pihak penjajah seperti Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dan Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Perpecahan sempadan wilayah Melayu inilah menyebabkan ramai mereka yang tidak celik sejarah ini menyangka Melayu itu pendatang dari Sumatera (kerana Parameswara dari Palembang) dan majoriti orang Pattani itu bukan orang Melayu.

Dakwaan bahawa Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India tidak benar kerana wilayah etnik keturunan atau kaum Melayu itu sendiri sangat luas. Ia merangkumi bukan sahaja Malaysia bahkan sebahagian wilayah Thailand dan Indonesia hari ini. Malah, hakikatnya ia lebih luas lagi jika merujuk kepada rumpun Melayu iaitu yang terdapat seluruh Pentas Sunda dan wilayah-wilayah sekitarnya termasuk di Filipina, negara-negara Indo-China dan Taiwan.

Janganlah mempersoalkan nilai kemelayuan seseorang biarpun nenek moyang mereka berasal dari Pulau Jawa, Sulawesi, Kerala, Nanning, Hadramaut, Peshawar atau Istanbul! Nilai kemelayuan mereka telah diiktiraf dari sudut Perlembagaan Persekutuan dan penerimaan oleh masyarakat Melayu setempat sejak sebelum kita merdeka lagi. Halnya kerana kesanggupan dan kesediaan mereka berasimilasi dengan menjunjung agama, bahasa dan budaya Melayu! Namun jangan pula menafikan bahawa kaum atau keturunan Melayu yang jati itu tidak wujud! Keturunan atau genetik tulen Melayu yang bukan hasil daripada asimilasi atau pengiktirafan Perlembagaan telah lama wujud di negara ini sejak puluhan ribu lamanya dan telah dibuktikan melalui kajian saintifik.

Sebenarnya konsep bangsa Melayu di Malaysia lebih merujuk kepada identiti budaya anak watan atau tanahair (penduduk asal) serta ikatannya kepada agama Islam. Konsep ini tidak sama seperti konsep perkauman sempit yang hanya bersifat keturunan, ras dan etnik semata-mata. Konsep bangsa Melayu yang dinamik sebeginilah bertepatan dengan konsep 'asobiyyah' (dengan maksud yang baik dan asas pembinaan tamadun) yang dinyatakan oleh sarjana Islam agung, Ibnu Khaldun RH dalam kitabnya, Al Muqaddimah. Uniknya di Malaysia, keturunan Jawa, Sunda, Bugis, Melanau, Kadazan-Dusun, Bajau, Arab, India-Muslim dan pelbagai lagi suku kaum akan dikenali sebagai orang Melayu sekiranya mereka beragama Islam dan sanggup berasmilasi dengan bahasa dan budaya etnik Melayu. Berbeza pula di Indonesia, orang Melayu merupakan suku kaum yang berbeza dari suku-suku kaum tersebut. Suku Melayu ialah suku bangsa Indonesia yang keempat terbesar selepas Jawa, Sunda dan Tionghua.

Apapun hakikatnya semua suku bangsa dan etnik pribumi sebahagian besar rantau Asia Tenggara seperti Kepulauan Melayu atau "Malay Archipelago" (seluruh Indonesia, Malaysia, Brunei, Selatan Thailand, Singapura dan Filipina) dan sebahagian kawasan di Indo-China (Vietnam dan Kemboja) merupakan rumpun atau ras Melayu. Begitu juga penduduk pribumi di Pulau Taiwan dan Pulau Malagasi (Madagascar), mereka juga merupakan rumpun dan ras Melayu.


SUMBER : M-Fundamentalist (01:17AM) 

“RUSIA BAKAL JADI MILIK ISLAM” – Paderi Besar Katholik Ortodok Rusia

Seorang Imam Besar Katolik Ortodoks, Dmitri Smirnov, menyampaikan sebuah khutbah gereja yang menggemparkan di depan ratusan jemaatnya.

Dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik pemeluk Islam. Berikut ini ceramahnya kepada jemaatnya sebagaimana Muslimina beritakan:

Kalian lihat, ketika umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melewati mereka, karena di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota di padati jutaan ribu umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya.

Saksikanlah, barisan jutaan umat manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti shaf mereka masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib tanpa harus di perintah.

Lalu dimana kalian bisa melihat pemeluk Kristen seluruh dunia, bisa beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam Kristen, kalian tidak akan pernah melihatnya.

Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap imbalan, tapi pemeluk Kristen malah sebaliknya.

Kalian tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya). Menurut wanita tua itu, seorang pengemudi Muslim sering menyediakan jasa transportasinya untuk mngantarnya ke gereja di Moskow.

Dan setiap wanita tua itu ingin memberinya upah, tapi pengemudi Muslim selalu menolaknya dengan alasan bahwa Islam melarang mengambil upah pada wanita lansia, jompo, dhuafa dan anak-anak yatim di berbagai panti dan yayasan.

Dengarkanlah persaksiannya, padahal wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tapi pengemudi Muslim mengatakan dalam Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apalagi orang tua yang lemah dan tak berdaya tersebut.

Keikhlasan pribadi pengemudi Muslim tersebut tidak ada ditemukan dalam pemeluk Kristen yang mengajarkan kasih, tapi pengemudi Kristen bisa tanpa belas kasih meminta upah atas jasa transportasinya pada wanita tua itu. Dia mengatakan layak mendapat upah karena itu adalah profesinya sebagai jasa transportasinya.

Seorang Muslim justru lebih dekat dengan Sang Mesiah, tapi orang Kristen hanya ingin uang. Apakah kalian tidak merasakan?

Bagaimana dalam prosesi penebusan dosa, siapa saja harus membayar kepada pendetamu, entah itu miskin atau manula, wajib memaharkannya sebagai ritual pengampunan dosa.

Saksikan juga, seorang Muslim tidak tertarik untuk mngambil upah pada orang-orang lansia. Mereka begitu ikhlas dengan sukarela membawakan barang-barang serta belanjaan wanita tua itu. Sampai sang wanita tua itu hendak berdoa ke gereja, sang pengemudi Muslim setia antar jemput wanita tua itu.

Inilah kenapa saya mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik mayoritas pemeluk Islam dan negeri ini akan mnjadi milik Islam. Kalian lihat pribadi yang berbudi luhur dan santun, mampu membuat dunia tercengang, ternyata akhlak Muslim lebih mulia daripada jemaat Kristen.

Kalian mendengar bahwa Islam dituduhkan sebagai agama teroris, tapi itu hanya isu belaka yang pada kenyataannya umat Islam lebih mengedepankan tata krama serta kesopanan.

Walau mereka di fitnah sebagai teroris, tapi populasi jumlah mualaf di Eropa dan Rusia makin ramai berdatangan ke tempat ibadah orang Muslim untuk memeluk Islam, karena para mualaf tahu betul bahwa Islam tidak sekejam yang dunia tuduhkan.

Sekarang dan selamanya, masa depan Rusia akan menjadi milik umat Islam. Di masa depan adalah kembalinya kejayaan Islam. Lihat populasi Muslim di Rusia, telah berjumlah 23 juta dan pemeluk Kristen mngalami penurunan menjadi 18 juta, lalu sisa yang lainnya masih tetap komunis.

Ini sebuah fakta bahwa Islam sekarang menjadi agama terbesar di Rusia. Di utara bekas pecahan negara Uni Soviet mayoritas Muslim yaitu Republik Chechnya, Tarjikistan, Kajakhstan, Uzbeckistan dan Dagestan. Lalu umat Islam telah menjamah di kota-kota besar Rusia termasuk Moskow.

Imam Besar mengakhiri khutbahnya dan turun ke mimbarnya dengan mata yang berair, di mana para jemaatnya masih trpaku dan haru, tidak menyangka seorang Imam Besar Katolik bisa mengagungkan orang Muslim.

Sebagian jemaat ada yang menangis melihat cara ajaran Islam, ternyata berbudi luhur dan tidak layak di sebut “teroris”.

SUMBER : (HP/MediaIslamia.com)

Monday, 10 November 2014

APA SEBENARNYA HALA TUJU NAJIB ( SI BANGANG MODEN ) INI?

1. Baru-baru ni Che Det kata dengan berpendapatan tinggi saja tidak akan menjadikan Malaysia negara maju. Che Det menjadikan Brunei sebagai contoh. Che Det juga kurang yakin Malaysia akan mencapai taraf negara maju tahun 2020.

2. Kalau tanya Najib, Idris Jala, Wahid dan Husni..semuanya kata Malaysia akan mencapai status negara maju lebih awal pada 2018. Indikator mereka mudah saja..jika pendapatan perkapita rakyat mencecah RM140 ribu dan KDNK melebihi RM1.5 trillion, maka jadilah Malaysia negara maju berpendapatan tinggi. Errr..

3. Adakah Brunei, Qatar, Kuwait dan Bahrain yang diketahui rakyatnya berpendapatan tinggi boleh dikategorikan sebagai negara maju? Walhal negara-negara ini bergantung kepada hasil minyak dan gas!! Walaupun rakyat di negara-negara maju menikmati pendapatan yang tinggi, namun negara berpendapatan tinggi tidak semestinya adalah sebuah negara maju.

4. Apakah ciri-ciri sebuah negara maju? Iaitu mereka menghasilkan sesuatu dengan nilai yang tinggi. Apa pula contoh sesuatu dengan nilai tinggi? Seperti Mercedes yang boleh transform kereta mereka jadi bot di kawasan berair, seperti Honda yang mencipta robot ASIMO, seperti USA yang mengeluarkan kelengkapan pertahanan mereka sendiri, seperti Rusia yang memiliki roket ke angkasa, seperti UK yang memiliki pelbagai jenama terkenal, seperti Korea yang eksportnya ialah kapal penumpang dan kargo etc. Sekurang-kurangnya itulah yang kita bayangkan sebagai ciri-ciri sebuah negara maju, dan kesemua negara yang dijadikan contoh di atas adalah negara ekonomi berpendapatan tinggi.

4. Mengapa negara-negara tersebut maju? Disebabkan tumpuan diberikan kepada RnD dalam bidang sains dan teknologi. Malah negara-negara tersebut tidak lokek untuk memperuntukkan bajet yang besar setiap tahun dalam sektor terpilih.

5. Negara berpendapatan tinggi dapat menyokong infrastruktur mereka sendiri dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Mereka mempunyai kelas pertengahan yang kuat untuk menyediakan permintaan melalui penggunaan kepada ekonomi untuk berkembang. Sebagai kelas menengah yang memacu pertumbuhan, perniagaan perlu berkembang untuk memenuhi permintaan yang mewujudkan keperluan supaya lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi. Ini adalah kitaran kemakmuran yang dinikmati oleh semua negara-negara maju berpendapatan tinggi.

6. Kebiasaannya negara maju memberi lebih kebebasan kepada pengeluar/syarikat tempatan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang diinginkan oleh pelanggan. Oleh itu negara maju akan menyuntik pelbagai insentif dengan penggunaan sumber yang sangat cekap.

7. Berbanding Malaysia, Najib memperuntukkan belanja pengurusan lebih besar berbanding belanjawan pembangunan setiap tahun. Malah bajet Najib hanya tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah dan sektor korporat dengan pelaburan besar; disamping banyak meminggirkan kelas pertengahan. Ternyata polisi Najib sangat kontra dengan negara maju lain yang lebih fokus kepada golongan kelas pertengahan untuk memacu perkembangan ekonomi. 

8. Sifir mudah Najib untuk mencapai pendapatan tinggi ialah kerajaan perlu mengenakan pelbagai jenis cukai kepada rakyat dan mengurangkan subsidi bagi menampung kantung kerajaan yang semakin kontang. Jadi adakah Malaysia sedang ke arah menjadi sebuah negara maju, atau hanya setakat sebuah negara berpendapatan tinggi?

9. Berdasarkan penasihat RM7.2 bilion Najib dan PEMANDU, sejak tahun 2009 pendapatan per kapita rakyat telah meningkat sebanyak 42%. Rata-rata rakyat Malaysia telah menjadi lebih kaya dengan RM5,000 dalam tempoh empat tahun. Malah baru-baru ni Wahid pulak cakap yang pendapatan perkapita rakyat Malaysia dah naik lagi 18% menjadikannya RM5,900. Tup-tup masa PRK Pengkalan Kubor, rupanya ada lagi rakyat yang berpendapatan bawah RM300. Data dan statistik jenis apa yang jadi rujukan Wahid? Lagi mahu tipu?

10. Katakanlah kita terima jugalah data yang dibentangkan oleh penasihat RM7.2 bilion Najib dan PEMANDU, tapi adakah ia bermakna bahawa Malaysia adalah sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi? Jawapannya mungkin ya. Soalan seterusnya, adakah ia juga bermakna ekonomi Malaysia dah beralih daripada industri yang berintensifkan buruh kepada ekonomi yang berasaskan teknologi dan pekerja berkemahiran tinggi? Jawapannya tak juga. Adakah ia juga bermakna Malaysia sudah menjadi sebuah negara maju? Dah sah-sahlah TAAKKK!!

11. Cabaran untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi ialah kemampuan ekonomi tersebut mewujudkan pekerjaan berkualiti dengan pembayaran gaji tinggi, terutamanya bagi mereka yang berkerja buat pertama kali atau berkelulusan menengah dan rendah; bukannya bergantung hanya kepada pekerjaan bergaji rendah yang kini dipenuhi pekerja asing di ladang-ladang, bidang pembinaan dan pembuatan berlandaskan pemasangan sahaja.

12. Pengekalan pertumbuhan ekonomi jangka panjang memerlukan penambahan nilai pengisian pengetahuan sektor pembuatan dan industri perkhidmatan. Kesemuanya ini memerlukan inovasi, teknologi dan keusahawanan baru. Dengan cara ini sahaja kita mampu meningkatkan kadar upah dan gaji melalui penambahan daya pengeluaran. Ini bukan hanya melibatkan peningkatan kemahiran pekerja semata, tetapi perlu memperuntukkan insentif serta institusi yang betul untuk menyokong pertumbuhan penambahan nilai.

13. Polisi Najib dan konsetannya hari ini dilihat terlalu bergantung kepada pembangunan hartanah dan projek infrastruktur untuk merangsang ekonomi. Tidak dinafikan projek-projek tersebut mampu memberi peluang pekerjaan, kontrak kepada pembekal/kontraktor serta menyumbang kepada pendapatan kerajaan melalui cukai; TAPI apa teknologi tinggi atau inovasi yang boleh diperolehi daripada projek-projek ini?

14. Selain Petronas dan AirAsia, berapa banyak syarikat atau jenama Malaysia yang benar-benar berkelas dunia? Adakah wujud produk Malaysia yang digilai 1/3 penduduk dunia seperti Apple dan Samsung? Atau kita sudah mampu mencipta komponen elektronik seperti Jepun dan Korea yang mendominasi 24% nilai eksport dunia? Sedangkan kita yang hanya setakat mampu sediakan tanah untuk kilang Jepun dan Korea beroperasi di negara kita..

15. Hakikatnya 10 orang terkaya di Malaysia adalah 12% lebih kaya daripada 10 orang paling kaya di Singapura. Ini menunjukkan tidaklah sesusah mana nak jadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Hanya 'cipta' dua atau tiga orang lagi billionaire dan satukan nilai harta mereka bersama dengan pendapatan seluruh warga pekerja Malaysia, dan seterusnya bahagikan sama rata; maka data bersih akan beri kita pendapatan perkapita tertinggi.

16. Status negara maju tidak akan mampu dicapai dengan hanya mengejar pendapatan perkapita yang tinggi semata. Konsultan RM7.2 billion terbukti GAGAL menyelesaikan masalah. PEMANDU juga terbukti TIDAK MAMPU mengatasi kemelut ekonomi domestik sekian lama. Najib, Idris Jala, Wahid, Husni, Hasan Malek, Ahmad Maslan, KJ, Nazri, Hisham dan Saifuddin etc. sudah pastinya bukan ikon yang boleh diharap untuk menukar status Malaysia kepada negara maju menjelang 2020.

17. Ke mana sebenarnya hala tuju negara ini yang nak dibawa oleh Najib..nak jadi negara maju atau negara berpendapatan tinggi? Jika isu asas rakyat yang berkait dengan Islam, Melayu dan keselamatan negara pun Najib GAGAL menanganinya secara bijak dan tegas, jadi apalah yang nak diharapkan kepada Najib untuk memacu ekonomi Malaysia agar kembali menjadi 'Harimau Ekonomi Asia' serta dicontohi negara Islam dan negara membangun lainnya sebagaimana yang pernah kita nikmati dulu.

18. Jika Najib bukan Perdana Menteri, he's nobody. Tiada siapa akan pedulikannya sama seperti Paklah. Najib bukan seperti Tunku atau Che Det yang walaupun sudah bersara, tetap punya pengaruh dan pengikut. 

19. Jadi apa istimewanya Najib sebagai Perdana Menteri? Apa pilihan yang kita ada?

SUMBER : www.paneh.blogspot.com/2014/11/apa-sebenarnya-hala-tuju-najib.html

KENYATAAN MEDIA; PEMBELA - KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DAN SEMUA HALI PARLIMEN PERLU BERTINDAK SEGERA!

Pihak kami, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) ingin menyatakan kerisauan pihak kami dengan trend perkembangan terkini di dalam negara.

Prinsip-Prinsip Keluhuran Perlembagaan kini sering diserang dari segenap arah oleh pihak-pihak tertentu dengan kepentingan tertentu melalui jalan pendanaan tertentu.

Semuanya dilihat bertujuan untuk mengubah demografi Agama Negara ini daripada Islam kepada sistem sekular sepenuhnya.

Kerap kali kami telah melihat, bagaimana Artikel-Artikel penting di dalam Perlembagaan cuba dipadamkan atau dihapuskan tanpa mendapat sokongan majoriti di Dewan Parlimen. Melalui beberapa jalan semakan kehakiman, beberapa peruntukan Perlembagaan telah dinyahfungsi serta dimatikan tanpa melalui proses demokrasi yang tepat dan betul.

Terbaharu, beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan telah dianggap seolah-olah tidak pernah wujud dan tidak mempunyai apa-apa fungsi sama sekali di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan
Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa Islam adalah Agama Negara. Justeru itu, setiap aspek kewujudan apa sahaja perkara di dalam negara ini, haruslah berada di dalam kerangka yang tidak terkeluar dari kerangka Islam untuk negara ini.

Apa sahaja perkara, perlakuan  atau perbuatan yang boleh mencemarkan imej serta status negara ini sebagai sebuah negara yang Islam haruslah dilarang serta disekat sebagai menghormati prinsip Keluhuran Perlembagaan.

Kompromi  sumpah Yang Di-Pertuan Agong Dalam Artikel 37 (1)
Kepala Pemerintah Utama Negara ialah Yang Di-Pertuan Agong. Setiap Raja atau Sultan yang dilantik sebagai Kepala Pemerintah Utama negara diwajibkan bersumpah dengan sumpah berikut :
Wallahi: Wabillahi: Watallahi:
maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.

Yang Di-Pertuan Agong telah diwajibkan oleh Perlembagaan ini untuk bersumpah bahawa baginda perlu memelihara Agama Islam pada setiap masa. Apa sahaja tindak tanduk mana-mana majlis eksekutif atau legislatif yang membuatkan kedudukan Islam dipandang hina, dirosakkan serta diancam, maka perbuatan tersebut dilihat dengan sengaja mahu mencetuskan masalah dengan membuat kompromi kepada sumpah YDP Agong.

Hak Asasi Beragama Mestilah Tidak Bercanggah Dengan Prinsip Moral 

Artikel 11 (5) menyatakan dengan jelas bahawa hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan adalah tidak termasuk kebebasan untuk melanggar prinsip-prinsip moral. Artikel 11 (5) seperti di bawah :

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Artikel 121 1(A)

Artikel 121 1(A) hanya menyekat Mahkamah Tinggi sivil dan Mahkamah yang lebih rendah daripadanya daripada mencampuri urusan keadilan di dalam Mahkamah Syariah. 

Kes Lelaki Transgender
Kelmarin  Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan.

Pihak PEMBELA ingin merakamkan perasaan dukacita berikutan perkembangan ini dan sekaligus ingin mendesak Kerajaan Negeri Sembilan serta Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk bertindak segera memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin yang membenarkan rayuan tiga orang lelaki Islam transgender untuk bebas berpakaian seperti wanita.

Jika ini tidak dilakukan dalam tempoh segera, keputusan ini akan menjadi satu precedent (keputusan yang mengikat) terhadap mana-mana kes serupa yang mungkin timbul pada masa akan datang.

Malah pihak PEMBELA juga ingin mendesak ahli-ahli Parlimen Islam untuk kembali melihat kepada keperluan memperkasakan Artikel 121 1 (A) dengan memasukkan semua peringkat sistem Mahkamah di dalam perundangan sivil supaya tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.

Sistem Kehakiman Syariah Bakal Pupus Jika Tiada Tindakan Segera Diambil

Pihak kami gusar bahawa trend menggunakan Mahkamah Rayuan untuk mencabar setiap aspek perundangan syariah akan dilakukan sehingga sistem Kehakiman Syariah itu akan terhapus dengan sendirinya melalui semakan demi semakan kehakiman yang dilakukan.

Pihak kami kesal kerana hal ehwal mengenai pentadbiran serta sistem kehakiman Islam dalam perundangan Islam kini sudah mula ditentukan oleh pihak-pihak yang bukan Islam, tidak memahami Islam, malah tidak mempunyai kelayakan yang sepatutnya untuk memahami serta membuat keputusan dalam perundangan Islam.

Pihak kami ingin merafak sembah memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja untuk mempertimbangkan campurtangan di dalam hal ini supaya sumpah perjawatan YDP Agong untuk memelihara Agama Islam pada setiap masa tidak terkompromi.

Pihak Kerajaan Negeri Sembilan harus segera mengambil tindakan memfailkan rayuan tanpa bertangguh lagi.

Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara

Ustaz Mohamed Hafiz Bin Mohamed Nordin
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) 

SUMBER : www.bangkit.info/2014/11/kenyataan-media-pembela-kerajaan-negeri.html