Sejak kecil kita sudah diperkenalkan dengan tokoh-tokoh dunia yang berpengaruh dalam pelbagai bidang dan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, Alexander Graham Bell merupakan orang PERTAMA yang mencipta dan menggunakan telefon. Apabila disebut siapakah orang PERTAMA yang menemui Sinar X-Ray...jawapannya ialah Wilhelm Conrad Rontgen pada 08 November 1895. Wright bersaudara, iaitu Orville Wright (19 Ogos 1871 - 30 Januari 1948) dan Wilbur Wright (16 April 1867 - 30 Mei 1912) pula merupakan genius PERTAMA yang berjaya "terbang" menggunakan pesawat ciptaan mereka. Neil Alden Armstrong atau lebih dikenali sebagai Neil Armstrong pula merupakan manusia PERTAMA yang menjejaki bulan! Hebat bukan?! Dan banyak lagi contoh yang boleh diangkat dan secara umumnya, setiap lapisan masyarakat dunia tahu dan cakna berkaitan tokoh-tokoh ini. Begitulah gahnya dunia barat mengangkat kehebatan tokoh-tokoh dalam kalangan mereka sehinggakan kita semua di seluruh ceruk rantau kagum dengan kehebatan mereka. Malah, ada dalam kalangan kita yang begitu hafal tentang siapakah yang PERTAMA dalam bidang-bidang yang dipelopori oleh barat sampaikan kita terlupa tentang kehebatan ILMUWAN dan TOKOH² ISLAM. Andai ditanya kepada generasi muda ketika ini, siapakah orang PERTAMA yang memeluk Islam? Siapakah wanita PERTAMA yang menghafal Al-Quran? Siapakah orang PERTAMA menjadi 'muazin' atau bilal, siapakah orang PERTAMA yang berkhatan; adakah generasi muda Islam tahu tentangnya...? Mungkin ada yang tahu dan tidak...namun pasti jumlah yang tahu tentang kehebatan Islam itu tidaklah seramai yang tahu tentang kehebatan dunia barat; kerana generasi muda kita sering dimomokkan dengan kehebatan barat malahan segala info itu boleh didapati di dalam buku teks sekolah.
Justeru, sebagai langkah pertama kita harus berubah. Kita sebagai umat Islam semestinya tidak boleh kalah dengan tokoh-tokoh dunia barat. Kita harus tahu siapakah tokoh dalam dunia Islam yang telah membentuk sejarah peradaban dunia Islam. JOM kita mengenali tokoh-tokoh yang sama hebatnya malah ada yang lebih hebat daripada tokoh-tokoh barat.
1. Siapakah orang pertama yang menulis Bismillah?
Nabi Sulaiman A.S.
2. Siapakah orang pertama yang minum air Zamzam?
Nabi Ismail A.S.
3. Siapakah orang pertama yang berkhatan?
Nabi Ibrahim A.S.
4. Siapakah orang pertama yang diberikan pakaian pada hari kiamat?
Nabi Ibrahim A.S.
5. Siapakah orang pertama yang dipanggil Allah pada hari kiamat?
Nabi Adam A.S.
6. Siapakah orang pertama yang mengerjakan 'sa'ie antara Safa dan Marwah?
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail A.S.)
7. Siapakah orang pertama yang dibangkitkan pada hari kiamat?
Nabi Muhammad S.A.W.
8. Siapakah orang pertama yang menjadi khalifah Islam?
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.
9. Siapakah orang pertama yang menggunakan tarikh Hijrah (Hijri)?
Sayyidina Umar Al-Khattab R.A.
10. Siapakah orang pertama yang meletakkan jawatan Khalifah dalam Islam?
Sayyidina Hasan bin Ali R.A.
11. Siapakah orang pertama yang menyusukan Nabi Muhammad S.A.W.?
Siti Thuwaibah R.A.
12. Siapakah orang pertama yang syahid dalam kalangan lelaki?
Al-Harith Abi Halah R.A.
13. Siapakah orang pertama yang syahid dalam kalangan perempuan?
Sumayyah binti Khabbat R.A.
14. Siapakah orang pertama yang menulis hadith dalam kitab/lembaran?
Abdullah bin Amru bin Al-Ash R.A.
15. Siapakah orang pertama yang memanah dalam perjuangan Fisabilillah?
Saad bin Abi Waqqas R.A.
16. Siapakah orang pertama yang menjadi muazin dan melaungkan azan?
Bilal bin Rabah R.A.
17. Siapakah orang pertama yang bersolat dengan Rasulullah S.A.W.?
Sayyidina Ali Abi Tholib R.A.
18. Siapakah orang pertama yang membuat mimbar masjid Nabi Muhammad S.A.W.?
Tamim Ad-Dary R.A.
19. Siapakah orang pertama yang menghunuskan pedang dalam perjuangan Fisabilillah?
Az-Zubair Al-Awwam R.A.
20. Siapakah orang pertama yang menulis sirah Nabi Muhammad S.A.W.?
Ibban bin Othman bin Affan R.A.
21. Siapakah orang pertama yang masuk Islam seterusnya beriman dengan Nabi Muhammad S.A.W.?
Sayyidatina Khadijah Khuwailid R.A.
22. Siapakah orang pertama yang mengasaskan Usul Fiqh?
Iman Syafei R.H.
23. Siapakah orang pertama yang membina penjara dalam Islam?
Sayyidina Ali Abi Tholib R.A.
24. Siapakah orang pertama yang menjadi raja dalam Islam?
Muawiyah Abi Sufyan R.A.
25. Siapakah orang pertama yang membuat perpustakaan awam?
Harun Ar-Rasyid R.H.
26. Siapakah orang pertama yang mengadakan Baitul-Mal?
Sayyidina Umar Al-Khattab R.A.
27. Siapakah orang pertama yang menghafal Al-Quran selepas Rasulullah S.A.W.?
Sayyidina Ali Abi Tholib R.A.
28. Siapakah orang pertama yang membina merana di Masjidil Haram, Mekah?
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur R.H.
29. Siapakah orang pertama yang digelar Al-Muqry?
Mus'ab bin Umair R.A.
30. Siapakah orang pertama yang masuk syurga?
Nabi Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya masih banyak yang perlu diketahui selain daripada 30 YANG PERTAMA di atas..antaranya;
Siapakah orang pertama yang masuk syurga dalam kalangan ummat Nabi Muhammad S.A.W.? Jawapannya ialah Sayyidina Abu Bakar Ash-Siddiq R.A.
Siapakah orang pertama yang memberi salam kepada Rasulullah S.A.W.? Tentunya Sayyidina Abu Dzar al-Ghifari R.A.
Siapakah orang pertama yang digelar Amirul Mukminin? Jawapannya, Sayyidina Umar Al-Khattab R.A.
Siapakah orang pertama yang khatam Al-Quran dalam satu rakaat? Beliau itu ialah Sayyidina Uthman Affan R.A.
....begitulah antara yang sempat dicatatkan...selebihnya boleh diselidiki sendiri dengan adanya kemudahan terkini..maklumat di hujung jari...
Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada kita semua..In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment