Biasanya sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
Kadang-kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
Selalunya sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
Kadang-kadang sahabat yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita juga sebagai seorang sahabat.
Lazimnya sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP kita, bukan kerana mereka tiada benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA KITA.
Satu ketika nanti, perpisahan akan menjengah persahabatan kita. Waktu itu kita akan terkenangkan pelbagai perkara yang kita bualkan dan impian yang kita sembangkan. Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan persahabatan kita ini menjadi asing...
Satu hari orang lain atau anak² kita sendiri akan terjumpa gambar kita dan bertanya, "Siapa mereka?"
Mungkin kita akan tersenyum dan memberitahu mereka yang bertanya..."..dengan merekalah saya MEMPUNYAI hari yang PALING INDAH dalam hidup saya..merekalah sahabat saya.."
Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak boleh kembali atau diulang semula:-
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 perkara yang biasanya akan menghancurkan hidup seseorang:-
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak boleh hilang:-
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 perkara yang paling berharga dalam hidup:-
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 perkara dalam hidup yang TIDAK PERNAH PASTI:-
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 perkara yang membentuk kita untuk mencapai kejayaan:-
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
Ada 3 perkara yang kita tidak pernah tahu:-
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 perkara dalam hidup ini yang PASTI kita alami:-
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.
No comments:
Post a Comment