Hobinya suka mengembara serata dunia dan dia merupakan tokoh wanita Austria dan Hungary yang sangat disanjungi rakyat. Elisabeth juga sukakan kepada kecantikan. Dia sangat menjaga penampilannya; tak hairanlah banyak petua yang diamalkan untuk kelihatan sentiasa cantik namun kebanyakkan petua yang diamalkan agak pelik yang tak pernah kita dengar.
Elisabeth menjadi mangsa pembunuhan seorang lelaki Anarchist (anti-kerajaan) di Geneva. Kisah hidupnya sangat tragis dan agak misteri, mungkin jarang kita dengar pasal puteri ni, or mungkin langsung tak pernah tahu kan? Mari baca lagi tentangnya.
Berkahwin dengan sepupunya, Maharaja Franz Josef
Masa depan Elisabeth banyak ditentukan oleh ibu dan makciknya. Puteri Ludovika (ibu) dan Puteri Sophie (makciknya) adalah adik-beradik berketurunan bangsawan Bavaria yang memerintah keluarga Wittelsbach. Kiranya berdarah raja dan keturunan elok² je dorang ni. Jadi mereka mahu anak² mereka berkahwin dengan lelaki yang berkedudukan serta boleh mempengaruhi negara kiranya ada kuasa lah. Tak cinta pun, takpe, tak kisah asalkan ada kebaikan dan kepentingan dalam negara, dah cukup bagi mereka.
Puteri Ludovika mempunyai dua anak perempuan, Elisabeth dan Helene. Puteri Sophie pula mempunyai anak lelaki, Maharaja Austria Franz Josef. Sophie mengatur jodoh untuk Franz Josef, dan Helene. Semasa bertemu, Franz Josef yang berusia 23 tahun lebih berkenan kepada Elisabeth yang berusia 15 tahun. Dia berkahwin dengan Elisabeth selepas pertemuan pertama iaitu pada 24 April 1854.
Ibu mertua yang 'merimaskan' dan kaki control - Puteri Sophie.
Ibu mertua Elisabeth, Puteri Sophie, sememangnya kaki control, dia bersifat dominan. Puteri Sophie lah yang memandai² menguruskan anak-anak Elisabeth sedangkan dia bersakit-sakit bersalin tetapi masa depan mereka ditentukan oleh ibu mertua yang tamak. Puteri Sophie akan mengawasi anak²nya itu setiap hari ala CCTV zaman tu dan tidak membenarkan langsung Elisabeth dekat dengan mereka. Tapi Elisabeth sangat penyabar orangnya.
Elisabeth dan Franz Josef menamakan anak sulung mereka Sophie dan anak kedua mereka Gisela. Anak²nya dibaptiskan sendiri oleh Puteri Sophie tanpa pengetahuan Elisabeth. Pada tahun 1857, semasa lawatan nya ke Hungary, Sophie yang berusia dua tahun dan adiknya Gisela, jatuh sakit, Sophie akhirnya meninggal dunia akibat penyakit 'typhus' atau zaman sekarang digelar demam tifoid. Penyebab nya adalah kerana infection sejenis bakteria Salmonella, iaitu bakteri yang menyerang usus perut. Yang mungkin meminum air atau makanan yang tercemar.
Ibu mertua Elisabeth menggunakan insiden itu untuk mengukuhkan lagi 'kawalan'nya terhadap Gisela pula. Gisela juga tidak dibenarkan langsung berjumpa ibunya. Puteri Sophie juga asyik menyalahkan Elisabeth kerana gagal melahirkan anak lelaki yang dirasakan penting mewarisi takhta kerajaan nanti.
Namun Tuhan tu maha kuasa, tuhan kemudian kurniakan anak lelaki kepada Elisabeth. Kelahiran Putera Mahkota Rudolf amat menggembirakan hati Elisabeth.
Tips kecantikan yang pelik² - guna daging sebagai 'mask' semasa tidur malam.
Elisabeth sememangnya taksub dengan penampilannya, dan dia akan buat apa saja untuk kelihatan cantik tapi petua²nya semua pelik. Dia jarang makan daging, kebanyakannya hanya makan sumber produk tenusu seperti keju, susu dan telur. Dia juga kaki gym. Jangan tak tahu, zaman tu pun ada gym tau. Jika berat badannya naik, dia akan berpuasa tak makan apa².
Elisabeth sangat menitikberatkan kecantikan rambutnya (ini paling utama). Kerana rambut adalah mahkota wanita. Dia akan menyisir rambutnya saja hampir 3 jam, yelah zaman tu manalah ada salon. Dia juga tidak suka memakai alat solekan,dan hanya memilih krim muka dari sumber alam dan selalu menyembur pati ros ke muka untuk penyeri.
Dia juga akan menggunakan daging mentah atau strawberry hancur sebagai masker mukanya sebelum tidur. Dia juga akan merendam baju² dengan cuka semalaman sebelum dibasuh, petua itu kononnya boleh menjadikan pinggangnya sentiasa ramping bila pakai baju yang direndam dengan cuka.
Kalau zaman sekarang buat macam ni, bengkung sajat memang tak laku kan?
Elisabeth juga mempunyai satu tangga rahsia yang dipasang disalah satu pintu istana supaya dia dapat curi² masuk ke dapur tanpa ada gangguan tukang masak dan ibu mertuanya.
Malang bagi nasib Elisabeth dah lah tu je satu²nya anak lelaki. Putera Mahkota Rudolf, berfikiran sama seperti ibunya yang progresif dan ikut saja kehendak orang tua dalam soal jodoh. Tapi bukan ibunya yang merancang jodohnya, tetapi Puteri Sophie juga. Dia dikahwinkan dengan puteri dari keluarga diraja Belgium dan mempunyai seorang anak perempuan pada tahun 1883. Tetapi Rudolf tidak begitu gembira dengan perkahwinan itu. Dia cepat bosan dengan kehidupannya yang serba serbi diatur dan dikawal ketat. Kekangan yang melampau-lampau iaitu gaya hidup 'raja Austria' tidak begitu sesuai dengan jiwanya yang suka bebas . Dia cuba pertahankan kesetiaannya kepada keluarga tetapi akhirnya gagal.
Dia mula berjudi, berzina dan minum arak. Pada tahun 1888, Rudolf dikatakan menjalin hubungan cinta dengan kekasih gelapnya iaitu seorang gadis bangsawan yang berusia 17 tahun, bernama Mary Vetsera. Namun pasangan itu kemudian ditemui mati pada 30 Januari 1889 di sebuah pondok memburu Putera Mahkota Mayerling. Ahli sejarah tidak pasti sama ada Rudolf sendiri bunuh diri atau diperintah bunuh oleh seseorang yang dikatakan ada kaitan dengan bapanya sendiri, Franz Josef. Penyebab kematian mereka masih lagi menjadi tanda tanya. Rudolf dikatakan mengalami masalah depression dan mental.
Dikebumikan di Hapsburgs 'Imperial Crypt Vienna.
Kematian putera Radolf menimbulkan bukan suasana sedih tapi ketegangan besar kepada keluarga diraja itu. Sekiranya Rudolf menduduki takhta selepas ayahnya, putera progresif itu kemungkinan akan mengakhiri pakatan Austria dengan Jerman dibawah Kaiser Wilhelm II. Langkah itu akan menghalang kemungkinan perang besar di Eropah. Akibat kematian Rudolf, anak saudara Franz Josef Franz Ferdinand akhirnya menjadi pewaris takhta Austria. Pembunuhan yang terjadi ke atas Franz Ferdinand pada tahun 1914 mengetepikan peristiwa yang mencetuskan Perang Dunia I.
Franz Josef, berpenyakit kelamin?
Franz Josef seorang lelaki yang bermata keranjang,suka bermain dengan ramai perempuan semasa zamannya sebagai Maharaja. Para ilmuwan percaya bahawa Franz Josef menyebarkan penyakit kelamin kepada Elisabeth. Ini kerana Elisabeth selalu mengelak melakukan hubungan seks kerana tidak mahu ada dua atau tiga anak.
Elisabeth akhirnya bersetuju jugak melahirkan anak perempuan lain sebagai jaminan dari suaminya bahawa dia akan memegang kuasa utama dalam pemerintahan juga politik Hungary pada Jun 1867.
King Bavaria, King Ludwig adalah rakan baik Elisabeth yang juga merupakan seorang 'gay'.
Elisabeth dan sepupunya, Ludwig, juga raja di Bavaria berkawan rapat. Kedua-duanya mencapai kemasyhuran pemerintahan tahta diraja pada awal kehidupan remaja mereka: Elisabeth adalah Permaisuri Austria semasa berusia 17 tahun, manakala Ludwig II menjadi Raja Bavaria semasa berusia 19. Dia sepatutnya dijodohkan dengan adik Elisabeth, Helene, namun nalurinya gay, jadi dia menolaknya.
Ludwig tidak pernah berkahwin. Keadaan Bavaria kemudian digulingkan kerana rampasan kuasa dalam kerajaan. Ludwig sangat tertekan hingga meninggal membunuh diri dengan terjun kedalam tasik Bavaria dan akhirnya mati lemas pada 13 Jun 1886. Apabila mendengar berita itu, Elisabeth sangat terkejut dan sedih atas kematian sepupunya itu. Baginya itu adalah tragedi paling menyedihkan dalam hidupnya.
Elizabeth Dibunuh oleh Anarchist Itali (anti kerajaan) di Geneva.
Menjelang tahun 1898, Empress Elisabeth hanya menghabiskan masanya di Vienna, dan gemar mengembara ke Eropah. Pada bulan September tahun itu, Elisabeth merancang untuk menaiki kapal di Tasik Geneva hendak mengembara ke Montreux. Semasa berjalan disepanjang tasik seorang diri hendak menaiki kapal, dia disapa oleh seorang Anarchist Italian, bernama Lucheni, yang fanatik terhadapnya tapi gila mental. Permaisuri yang kebetulan itu seorang diri menjadikan Lucheni bertambah berani menyerang serta menikam dada Elisabeth dengan kayu tajam, melihat Elisabeth jatuh, dia terus melarikan diri. Namun oleh kerana korset Elisabeth sangat ketat dan tebal, lukanya tidak begitu dalam. Jadi Elisabeth sempat bangun dan berjalan perlahan-lahan kekapal dengan harapan dapat ke Montreux mendapat kan rawatan disitu. Namun tidak sempat, sampai ke ke kapal, dia rebah. Pengawal² yang terkejut melihat nya cepat² mencari Lucheni dan pemuda gila itu akhirnya berjaya ditangkap. Dia menerima hukuman gantung pada tahun 1910.
Elizabeth tidak suka bergambar.
Zaman tu dah ada kamera. Kamera vintage gitew. Namun Elisabeth tidak suka bergambar jangan kan selfie, wefie pun dia tak suka. Malah orang ramai yang mengambil gambar nya secara curi² pun susah nak snap photonya. Zaman ketika ada kamera tu umurnya adalah 32 tahun. Dia sangat suka menunggang kuda. Semasa menunggang kuda pun dia akan menutup wajahnya jika ada yang hendak merakam detik-detik menarik tu. Hmm alahai, muka cantik pun tak suka amik gambar kan??
Elizabeth sangat popular di Hungary.
Hungary pernah ditindas dalam sejarah Austria-Hungary. Pada tahun 1848, pemberontakan yang berlaku di Hungary juga telah mengancam pemerintahan Austrian. Franz Josef telah melancarkan serangan padu terhadap rakyat Hungary, yang seterusnya merosakkan hubungan antara kedua-dua wilayah tersebut.
Namun Elisabeth bersimpati kepada negara Hungary, mungkin kerana minatnya kepada pemimpin Hungary zaman tu, Count Gyula Andrassy. Ensem kot? Tak dapat gambar pulak alahai 🤪. Elisabeth akhirnya berjaya memujuk suaminya, supaya meneruskan hubungan baik dengan Hungary selepas kejatuhan Austria di tangan Prusia pada tahun 1867. Dia yakin bahawa hubungan yang baik itu sangat penting bagi perkembangan dan pemulihan negara Austria itu penting bagi membuka mata semua negara-negara Baltik tentang kehebatan Austria sendiri.
Franz Josef dan Elisabeth secara rasminya dinobatkan sebagai Raja dan Permaisuri Hungary pada tahun 1867. Andrassy dinobatkan sebagai Perdana Menteri bahagian Hungaria. Kesatuan dan keharmonian ni mewujudkan kestabilan dan kemakmuran ekonomi di rantau ini sebab itulah Elisabeth sangat disayangi dan dihormati, hinggalah sampai sekarang patung peringatan nya kukuh dipamerkan sebagai tanda mengingati jasa baiknya tu.
Elisabeth adalah seorang 'Iconoclast' iaitu wanita yang berani bangkit atau kritik jika dia tidak setuju dalam pemerintahan aka politik negara.
Elisabeth tidak sesuai untuk gaya hidup yang sopan serta protokol yang melampau-lampau. Dia lebih sesuai menjadi ahli politik. Ramai anak raja memberi tumpuan kepada keturunan, penampilan mereka, dan menghasilkan lebih banyak waris lelaki. Tapi Elisabeth, lebih suka akan undang² dan keadilan untuk rakyatnya. Dia juga mampu kendalikan semua protokol undang² dengan sangat baik. Selepas dia melahirkan Putera Mahkota Rudolf, kegiatannya mula perlahan kerana menghidap penyakit tuberkulosis (tibi). Hinggakan doktor mencadangkan agar dia pergi menquarantine dirinya sendiri ke negara lain.
Dia kemudian berehat dan tinggal sementara di pulau Portugis Madeira tanpa anak atau suaminya selama enam bulan. Dia sangat suka suasana di pulau tu. Walaupun dah berusia, dia masih kuat bekerja dan terlibat dalam politik kerana dia bijak beri idea² bernas mengenai hal² dalam negara terutamanya di Hungary.
Banyak mengikut sifat ayahnya yang suka bangkit untuk rakyat. Ayah Elisabeth, Duke Maximilian Joseph of Bavaria, juga dikenali sebagai "Max" dalam kalangan rakan-rakannya, sangat berani dan bersemangat dalam pemerintahan. Dia mempunyai minat yang mendalam dalam bidang muzik, terutama muzik rakyat Bavaria. Dia suka mengembara ke serata dunia termasuklah Timur Tengah, Asia, dan Afrika. Dia juga banyak mempengaruhi Elisabeth dalam bidang politik.
Elisabeth jadi pencetus fesyen zaman moden. Kerana rupanya yang kemas, cantik serta fesyen pakaian yang menawan, dia banyak menjadi sumber inspirasi pereka fesyen untuk cari makan. Pada bulan Disember 2014, Karl Lagerfeld memperkenalkan fesyen yang diilhamkan oleh zaman Elisabeth iaitu 'the late 19th Elisabeth'.
SUMBER: Misteri Alam de Paranormal
No comments:
Post a Comment