Tuesday 3 March 2020

YABHG. TUN DR. MAHATHIR - NEGARAWAN BANGSA DAN DUNIA

Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi contoh seorang negarawan dunia yang sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengulas mengenai mantan perdana menteri itu berkata, sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan, beliau menanggung tugas mengawal keadaan sehingga selesai secara aman.

Katanya, beliau juga berjaya menolak dan menyingkirkan yang keruh dengan daya upaya dalam usianya tanpa huru hara seperti negara-negara lain.

“Kita perlu menghormatinya yang sangat berjasa kepada negara ini, supaya jangan dikorbankan menjadi ‘kambing hitam’ oleh pemimpin yang gila jawatan sehingga nafsunya mengatasi akal.

“Pemimpin berkenaan sanggup menjadikan matlamat menghalalkan segala cara, tanpa nilai maruah diri, agama, bangsa dan negara.

“Mereka juga sanggup mengheret ahli politik melakukan perkara kotor, menjatuhkan maruah, mendedahkan keaiban dan dosa yang lebih baik disembunyikan dan bertaubat kepada Allah Taala serta bermaafan,” katanya yang dipetik menulis dalam Minda Presiden Pas hari ini.

Menurut Abdul Hadi, negara ini baharu sahaja menghadapi kekusutan politik yang paling rumit kerana kesalahan dan kelemahan diri sendiri sehingga ditimpa masalah yang paling kusut.
MGF11122018_DEWAN-RAKYAT_02
Oleh itu, katanya, apa yang perlu dilakukan oleh parti gabungan Muafakat Nasional (MN) ialah ibarat menarik rambut yang kusut terperangkap dalam tepung yang liat.

“Seolah mustahil mengambil tindakan supaya rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak atau berkecai,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, apa yang berlaku itu adalah dengan pertolongan Allah.

Katanya, dengan hidayah Allah, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berjaya menangani masalah politik negara yang tidak melibatkan baginda secara langsung dalam urusan paling kusut dan rumit itu.

Paling susah juga, katanya, bagi Sabah dan Sarawak, walaupun tidak menjadi penyebab berlakunya krisis yang dimulakan oleh pemimpin politik dari Semenanjung, oleh kerana mereka menjadi kepala kepada jasad Malaysia, pasti masalah yang timbul menjadi bebanan kepada semua.

Kata Abdul Hadi, dalam situasi bercampur aduk sehingga boleh membocorkan bahtera negara apabila ekonomi terganggu, keamanan dan perpaduan rakyat terancam, perpecahan merebak sehingga ke dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang memerintah.

“Ia bukan semata-mata kerana adanya kerajaan dan pembangkang. Tetapi langkah segera yang wajib diambil baginda untuk menyelamatkan negara daripada karam.

“Langkah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja yang tidak berpolitik dapat menangani krisis politik sukar ini, dengan hidayah Allah diucapkan syukur dan junjung kasih.

“Sekalung terima kasih kepada Sabah dan Sarawak, pemimpin dan rakyatnya yang berada dalam jasad Malaysia menahan kesakitan kerana penyakit yang menjangkiti mereka,” katanya.

Namun, mereka menjadi sebab sehingga negara bersatu walaupun dipisahkan oleh lautan yang luas.
Image result for muhyiddin yassin
Beliau turut mengulas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dengan berkata, Presiden PPBM Itu tidak pernah melobi atau berkempen untuk dirinya sendiri. 


No comments:

Post a Comment