Thursday, 23 July 2015

ALLAHUAKBAR! NASA MENGESAHKAN BUNYI ANEH KIAMAT DARI LANGIT MEMANG WUJUD!

Tiada apa-apa sambutan perayaan besar atau pesta konsert hiburan, namun bunyi gemuruh aneh dari langit yang menyerupai gema suara terompet berjaya dirakamkan ramai pihak di seluruh dunia.
Sehingga kini, bunyi pelik itu telah dikesan kedengaran di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, Rusia dan Jerman tetapi difahamkan suara tersebut juga dapat didengar di banyak negara cuma ia tidak dihebohkan sangat.

Beberapa pengguna media sosial membuat inisiatif sendiri merakam suara itu dan memuat naik menerusi laman YouTube; terbaharu 4 April lalu, bunyi aneh tersebut direkodkan di Jerman sehingga menakutkan ramai penduduk.

Bagi umat Islam, fenomena bunyi gemuruh itu dikaitkan lebih menyerupai terompet‘sangkakala’, meskipun tiada siapa pula pernah mendengar bunyi sebenar penanda hari kiamat itu kerana logiknya ia belum pun lagi berlaku.

Di Kanada, seorang penduduk tempatan, Kimberly Wookey berjaya merakam banyak klip suara itu serta memuat naik dalam YouTube termasuk bunyi paling menyeramkan bulu roma yang direkodkan pada 29 Ogos tahun lalu.

”Ini adalah kali kedua saya mendengar sendiri suara-suara terompet semacam ini di Kanada,” tulisnya melalui akaun YouTube-nya. “Pertama kali pada pagi 19 Jun 2013, namun ia tidak sebesar yang sekarang,” ujar Wookey.

Biarpun bunyi yang dipercayai berasal dari ruang angkasa itu kedengaran aneh dan ngeri, beliau tidak pula ingin mengaitkannya dengan isu agama atau mistik, sebaliknya yakin suara itu berasal dari fenomena geofizik bumi.

Berbeza pengalaman Aaron Traylor dari Montana, AS cenderung percaya bunyi tersebut ada kaitan dengan magis, malah dirinya mengalami mimpi buruk berhari-hari setelah memuat naik video suara  aneh itu menerusi media sosial.

Isterinya pula kerap membangunkannya tengah malam kerana mendengar Traylor berteriak histeria sewaktu tidur sejak pertama kali mendengar bunyi terompet itu ketika berjalan di sekitar rumah dengan anak dan anjingnya.

Semasa kejadian tersebut, si anjing peliharaan Traylor tiba-tiba langsung membengkokkan kelopak telinga seperti cemas melihat benda seram dan anak perempuannya yang masih kecil turut berhenti melangkah kerana takut.

Dari sisi sains, pihak Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) di AS merumuskkan keanehan itu sebagai suara latar bumi yang memang wujud secara semula jadi dan bukan bunyi kapal angkasa mahkluk asing.

”Kita sebenarnya boleh mendengar alunan simfoni khas berbentuk suara ribut yang pelik langsung dari planet kita, ia bukan bunyi dari pesawat,” kata jurucakap NASA yang dipetik pelbagai media tempatan di AS pada Isnin.

Menurut NASA, suara menyerupai gemuruh terompet itu dapat disamakan dengan runut muzik latar yang biasa kita tonton menerusi filem-filem sains fiksyen, cuma suara tersebut memang nyata berasal terus dari bumi.

NASA menjelaskan fenomena bunyi itu sebenarnya alamiah dan ada setiap waktu, namun, telinga manusia normal yang tidak dapat mengesannya atau tahap ‘volume‘ suaranya tidak terlalu besar.


Nota Kaki : Mohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dalam info di atas.


SUMBER : ohterbaiik.blogspot.com

SUBHANALLAH - 13 REKOD TERBAIK DUNIA YANG DIPEGANG OLEH BAHTERA NABI NUH A.S.


Pasti ramai yang tahu kisahnya pasal Bahtera Nabi Nuh a.s. dan apa yang berlaku tetapi tahukah anda dalam kejadian itu 13 rekod terbaik dunia yang dipegang oleh Bahtera Nabi Nuh a.s.? Jom sama-sama ketahuinya.

Berikut ialah sedikit info mengenai Nabi Nuh a.s. dan bahtera yang dibina oleh baginda sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh a.s. mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang di tanam selama 40 tahun. Melalui wahyu-Nya, Allah SWT membimbing Nabi Nuh a.s. membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan ribut taufan dan banjir besar. Bahtera yang dibina juga dikatakan telah memegang beberapa rekod dunia, seperti berikut:-

1. Nabi Nuh a.s. Merupakan Nahkoda Tertua Di Dunia. (Pada Ketika Itu Baginda Berusia 600 Tahun)

# Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh a.s. diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.

2. Bahtera Nabi Nuh a.s. Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.

# Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s. menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Dia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s. adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.
*1200 Kubit (Panjang) = 600 meter (panjang)
*600 Kubit (Lebar) =
 300 meter (lebar)

3. Bahtera Nabi Nuh a.s. Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia.

# Allah SWT mengajar Nabi Nuh a.s. membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s. dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.

4. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.

# Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh a.s. mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.

5. Bahtera Nabi Nuh a.s. Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 Tingkat).

# Panjang kapal Nabi Nuh a.s. adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.

6. Bahtera Nabi Nuh a.s. Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut.

# Menurut Al Qur’an, bahtera Nabi Nuh a.s. telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur Laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).

7. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia.

# Allah membimbing Nabi Nuh a.s. membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.

8. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas.

# Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian (buku pertama di dalam Al~Kitab dan Taurat) menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

9. Bahtera Nabi Nuh a.s. Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut.

Nabi Nuh a.s. adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al~Kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s. diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan baginda tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.

10. Bahtera Nabi Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia.

# Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) di sebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota Delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.

11. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia.

Nabi Nuh a.s. memiliki 4 anak laki-laki iaitu Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut Kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya baginda sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.

12. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung.

# Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7,546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi diatasnya. 

13. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia.

# Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nabi Nuh a.s. menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.


Nota Kaki : Mohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dalam info di atas.


SUMBER : ohterbaiik.blogspot.com

Wednesday, 22 July 2015

SAHABAT...HIDUP DAN KEHIDUPAN

Biasanya sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit. 


Kadang-kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.


Selalunya sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.


Kadang-kadang sahabat yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita juga sebagai seorang sahabat.


Lazimnya sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP kita, bukan kerana mereka tiada benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA KITA.


Satu ketika nanti, perpisahan akan menjengah persahabatan kita. Waktu itu kita akan terkenangkan pelbagai perkara yang kita bualkan dan impian yang kita sembangkan. Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan persahabatan kita ini  menjadi asing...


Satu hari orang lain atau anak² kita sendiri akan terjumpa gambar kita dan bertanya, "Siapa mereka?"


Mungkin kita akan tersenyum dan memberitahu mereka yang bertanya..."..dengan merekalah saya MEMPUNYAI hari yang PALING INDAH dalam hidup saya..merekalah sahabat saya.."


Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak boleh kembali atau diulang semula:- 

1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan 

Ada 3 perkara yang biasanya akan menghancurkan hidup seseorang:- 

1. Kemarahan 
2. Keangkuhan 
3. Dendam 

Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak boleh hilang:- 

1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran 

Ada 3 perkara yang paling berharga dalam hidup:-

1. Kasih Sayang
2. Cinta 
3. Kebaikan 

Ada 3 perkara dalam hidup yang TIDAK PERNAH PASTI:- 

1. Kekayaan 
2. Kejayaan 
3. Mimpi 

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg : 
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 

Ada 3 perkara yang membentuk kita untuk mencapai kejayaan:-

1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus

Ada 3 perkara yang kita tidak pernah tahu:-

1. Rezeki
2. Umur 
3. Jodoh 

TAPI, ada 3 perkara dalam hidup ini yang PASTI kita alami:-

1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian. 

SUMBER : fb/Adam Izz


Monday, 13 July 2015

SENARAI NEGARA-NEGARA YANG TELAH LENYAP DARI MUKA BUMI

Setelah adanya penggabungan/pemisahan dan juga penukaran nama, banyak negara yang ada di antaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia. Senarai yang disertakan ini bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada. Jom sama-sama kita ikuti antaranya ialah:-

Abyssinia - Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20;

Austria – Hungary - Sebuah kerajaan monarki (juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan (pada hari ini) Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negara Balkan. Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama;

Basutoland – Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966;

Bengal – Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539. Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India;

Burma – Namanya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma;

Catalonia – Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol. Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 – 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut;

Ceylon – Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972;

Champa – Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini. Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke-7 sehingga ia runtuh pada 1832;

Corsica – Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya. Pada hari ini, ia termasuk dalam negara Perancis;

Czechoslovakia – Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia dan Czech Republic;

Jerman Timur & Jerman Barat – Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman;

Pakistan Timur – Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh;

Gran Colombia – Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador. Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan;

Hawaii – Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus-ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898;

New Granada – Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang);

Yaman Utara & Yaman Selatan – Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara (dikenali sebagai Republik Arab Yaman) dan Yaman Selatan (dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman;

Empayar Uthmaniyyah – Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, sebahagian negara Balkan, Afrika Utara dan Timur Tengah. Empayar ini runtuh pada 1932;

Persia – Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India. Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke-16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini;

Prussia – Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland. Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu;

Rhodesia – Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe;

Siam – Menjadi Thailand pada tahun 1939;

Sikkim – Sekarang ini merupakan daerah utara India. Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975;

Vietnam Selatan – Wujud sekitar 1954–1976 sebagai wilayah anti-komunis. Menyertai semula Vietnam selepas itu;

Southwest Afrika – Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia;

Taiwan – Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini, ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka. Taiwan adalah ibu negara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sehingga 1971;

Tanganyika & Zanzibar – 2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania;

Texas – Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845;

Tibet – Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke-7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang;

Transjordan – Menjadi kerajaan Jordan pada tahun 1946;

USSR – Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan;

Urjanchai Republic – Terletak di selatan tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia;

Vermont – Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal;

West Florida – Menjadi Republik dengan dianggotai sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810, namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari;

Western Samoa – Menjadi Samoa pada 1998;

Yugoslavia – Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia; DAN

Zaire – Menukar nama menjadi Democratic Republic of Congo pada tahun 1997.

SUMBER : http://www.nizarazu.com/