Friday, 18 March 2016

JANGAN HANTAR ANAK KE SEKOLAH KALAU TAK BOLEH TERIMA 13 PERKARA INI!

Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri)

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. 
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah. 
Ilmu itu bukan bilangan A. 
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

- Cikgu Tengku Faris -

SUMBER: http://penpatah.blogspot.my/2016/03/jangan-hantar-anak-ke-sekolah-kalau-tak.html

Friday, 11 March 2016

KISAH BENAR: GADIS 15 TAHUN GANTUNG DIRI KERANA...

 (sekadar gambar hiasan)

Sedih dan terkesima kami apabila membaca kisah yang dikongsi oleh Khairul Hakimin Muhammad di laman Facebooknya. Kisah benar yang diceritakan oleh seorang wanita ini adalah mengenai anak perempuannya, baru berusia 15 tahun yang menamatkan nyawa sendiri dengan menggantung diri dalam bilik.

Kenapa? Ikuti kisahnya di sini.

Dulunya, seorang wanita terpelajar & dihormati…


(sekadar gambar hiasan)

Sudah makan bulan saya mengelak untuk berjumpa Puan yang seorang ini. Demi Tuhan, saya tak selesa dihubungi berkali-kali, tetapi beliau tetap mahu berjumpa. Katanya dapat minum 10-20 minit pun jadilah. Entahlah apa yang jadi pada saya, akhirnya saya bersetuju.

Kami bersembang di kedai makan sekitar studio saya. Duduk berdepan, beliau hanya banyak tunduk dan dapat lihat betapa susahnya beliau mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga tidak selesa.

“Akak nak sangat kamu cerita kat semua orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran,” Gulp. Saya semakin laju menelan air liur sendiri. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana mahu mulakan perbualan ini, lalu saya pun biarkan beliau bercerita.

Rupanya beliau ini seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa lalu. Anak-anaknya berjaya dan beliau suami isteri juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa dipandangan mata jiran-jiran. Kehidupan beliau berubah 360 darjah beberapa tahun lalu apabila salah seorang anak perempuannya dijumpai di dalam bilik dengan tubuh yang tergantung bertali yang diikat di leher menggunakan telekung.

Anaknya gantung diri semasa umur 15 tahun!


(sekadar gambar hiasan)

Anak yang beliau sayang-sayang ini menamatkan kehidupannya semasa baru berumur 15 tahun waktu itu. Suami beliau seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya menjadi nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anak yang tidak ‘laju’ dalam pembelajaran, akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.

Sampai satu tahap, anak-anak mereka ini sudah boleh membaca dengan lancar seusia empat tahun. Jurang permainan dan pembelajaran amat besar. Hingga ke tahap, anak-anak tak reti bergaul dengan rakan seumur. Yang pandai hanya dengan buku dan alat tulis. Hinggalah pada tahun sekian-sekian, anak perempuannya ini tidak pernah tidak dapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperoleh semuanya A.

Beliau tidak fikir panjang, terus sahaja pulang ke rumah, tunaikan solat zohor dan menggantung diri. Saat beliau menggantung dirinya ini, suasana di dalam rumah kelab kabut, masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik, pintu bilik tidak dapat dibuka dan akhirnya dipecahkan. Waktu dapat memasuki ruang yang sudah penuh dengan kesedihan itu, jasad itu baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.


Kenapa gantung diri?


Saya tidak puas hati, terus saya tanya “kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri??” Ibunya terus menangis puas-puas. Orang lain melihat Puan ini beriya-iya mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu sambung perbualan.

Kisahnya, pada malam sebelum beliau ke sekolah. Dia bertanya kepada bapanya. Jika pada satu hari, takdir Tuhan kata dia tak pandai dan dah tak dapat nombor satu, apa yang ayah akan buat padanya?

Ayahnya jawab, “kau bukan anak aku lagi,” Saya terus terdiam. Waktu ini, walau Puan belum lagi bercerita kisah seluruhnya, saya pula sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu jatuh sahaja.

Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak. Yang penting anak-anak berjaya dan anak tahu bagaimana mahu hidup. Jika ke kenduri, balik kampung dan sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja dengan bapa-bapa saudara. Lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti. Anak yang seorang ini kaki meleset. Percubaan beliau hingga berumur 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tak pernah berhenti.

Pernah dia menyiapkan kek hari jadi buat ayahnya, akhirnya ayahnya kata “aku tak pernah minta, beli lagi bagus jangan buang tenaga,pergi belajar!” Pernah dia menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya, ayahnya kata “kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-indon ka?” Dan macam-macam contoh lagi yang diceritakan oleh Puan ini.

Saya mohon untuk bangun dan ke tandas sekejap. Tak tahan menangis saat Puan tersebut beri saya gambar anak perempuannya itu. Ya Tuhan, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di sana.

Saat anaknya mahu diuruskan pengebumiannya, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran. Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi muslim. Bukan lagi orang kita. Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan. Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua. Maka waktu itulah si ayahnya ini melutut dan merayu-rayu supaya kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh tersungkur.

Selepas sahaja urusan pengkebumian itu selesai (tidak diceritakan bagaimana selesainya itu), ayahnya hilang dan pulang kembali selepas hampir dua bulan.

Akhirnya, si suami pulang…


(sekadar gambar hiasan)

Kepulangan suaminya ini disambut dengan kerinduan yang paling dalam. Anak-anak yang lain juga berkumpul dan melihat ayahnya ini sudah bukan lagi ayahnya yang dulu. Rupanya dalam tempoh dia hilang, dia hanya tinggal di masjid-masjid dan hidup ala gelandangan. Katanya lagi, hampir berpuluh kali dia bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat leher dan kemudian menggantungnya dari dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu.

Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Hingga pernah, dia sendiri takut untuk tidur. Kini, dia sedar dia tidak boleh menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh tolong dirinya sendiri. Dia sudah pandai berpeluk-peluk dengan anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.

Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas, tetapi tegasnya ada limit. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih. Saya menggangguk.

Minta dijadikan pengajaran…


Sebelum kami berdua berpisah, beliau mengatakan yang beliau ini datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan saya dan mahu saya pastikan saya akan menulis kisah mereka ini di FB saya. Supaya ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang. Setiap apa yang kita sayang, hargailah baik-baik. Kerana saat ujian itu datang, belum tentu lagi kita boleh hadapi atau tidak.

Kawan-kawan yang baik. Jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan sebegini. Saya takut dan saya risau ianya tidak berapa baik untuk untuk saya. Mendengar kisah Puan ini buat saya sendiri tidak boleh tidur. Sungguh. Betapa wajah anak perempuannya itu menjadi igauan buat saya. Bertudung litup, wajahnya suci Ya Tuhan. Tetapi menamatkan kehidupannya dengan cara yang sebegitu.

Sungguh, dunia hari ini senang sahaja mencipta awal, kemudian diri sendiri mencipta juga pengakhiran. Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada. Jujurnya juga, memang beliau menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu dan itu beliau tidak pernah kecapi hingga beliau putus nyawa. Tinggallah kita yang masih hidup ini dapat mendengar kisah mereka ini untuk dijadikan pengajaran. Semoga ia baik-baik sahaja buat kalian.

Buat Puan, suami Puan serta anak-anak yang lain. Hiduplah kalian dengan kisah tragis ini untuk berzaman-zaman. Untuk elak, tidak boleh. Untuk dilupakan juga mustahil. Tetapi jika kalian berubah dan menuju Tuhan dengan perubahan yang baik-baik, insya-Allah pengakhiran di hadapan Tuhan nanti juga baik-baik. Kadang-kadang Tuhan datangkan peringatan yang menakutkan seperti ini. Ya Tuhan, nauzubillah. Jauhkanlah.



Thursday, 10 March 2016

RAHSIA NUR MUHAMMAD

Apabila kita hendak mengenal Diri maka hendaklah terlebih dahulu kita kenal akan Rahsia Nur Muhammad, kerana rahsia Nur Muhammad itulah yang dapat mengenalkan kita kepada Sebenar-benarnya Diri.

Adapun yang bernama diri itu terbagi kepada dua bahagian:

Pertama diri yang Zahir

Kedua diri yang Batin.

Diri kita yang zahir itu, adalah bayang-bayang diri kita yang batin, yang juga berhuruf dan berkalimah Allah.

Kemudian, sesudah kita ketahui diri yang zahir itu, kita ketahui pula diri kita yang batin.

Siapakah diri batin kita ?

Sebab diri yang batin itulah yang dapat mengenal Tuhannya, seperti kata ahli sufi:
Barang siapa mengenal dirinya, maka kenal ia Tuhannya.

Sebelum kita mengenal diri kita yang batin, hendak lebih dahulu kita matikan (fanakan) diri kita yang zahir, seperti sabda Rasullulah:

Matikan dirimu sebelum kamu mati. Setelah mati (fana) diri kita yang zahir itu, barulah nyata diri kita yang batin yang disebut Sebenar-benarnya Diri.

Jika diri kita yang zahir itu sudah fana, berarti diri kita yang zahir sudah lebur (lenyap) kepada diri yang batin. Diri kita yang zahir itu sesuai dengan maksud kata-kata: 
Daripada tiada menjadi ada, dan daripada ada kembali menjadi tiada.

Maksudnya: Diri yang zahir ini sudah tiada (fana), tetapi yang ada hanya diri yang batin yang bernama Muhammad, seperti yang disebut dalam hadits qudsi :
Kujadikan engkau (ya Muhammad) kerana aku, dan kujadikan sesuatu itu kerana engkau.

Jelaslah, yang bernama Muhammad itulah sebenarnya diri kita yang Batin, kerana Muhammad itulah yang ada mempunyai Tubuh, Hati, Nyawa, dan Rahsia.

Adapun Tubuh Muhammad itulah yang bernama Alam Insan, yakni syariat.

Adapun Hati Muhammad itulah yang bernama Alam Ijsin, yakni Tharikat.

Adapun Nyawa Muhammad itulah yang bernama Alam Misal, yakni Hakikat.

Adapun Sir Muhammad itulah yang bernama Alam Ruh, yakni Makrifat.

Sesudah demikian itu, Muhammad itu pulalah yang akan mengenal Tuhannya, Muhammad dapat mengenal Tuhannya setelah fana Tubuhnya, Hatinya, Nyawanya, Rahsianya, Zatnya, Sifatnya, Asmanya, dan Afalnya.

Firman Allah: 
Katakan olehmu (Muhammad) bahwasanya Allah taala itu Esa: Esa pada Dzatnya, Esa pada sifatnya, Esa pada Asmanya, dan Esa pada Afalnya.

Setelah kita mengenal diri yang batin, maka kita fanakan pula diri batin itu.

Sejajar dengan Firman Allah: 
Serahkan dirimu hai (Muhammad) pada Tuhan mu yang hidup dan tiada mati.

Mengenai Muhammad menyerahkan dan mengesakan diri kepada Allah adalah seperti yang diuraikan di bawah ini: 
(Contohnya, apabila Muhammad memfanakan batinya maka baqa ia dalam Dzat Allah).

Adapun Batin Muhammad itu adalah Dzat kepada Allah, dan Rahsia (Sir) kepada hamba.

Adapun Awal Muhammad itu adalah Sifat kepada Allah, dan Nyawa kepada hamba.

Adapun Akhir Muhammad adalah Asma kepada Allah, dan Hati kepada hamba.

Adapun Zahir Muhammad adalah Afaal kepada Allah, dan Tubuh kepada hamba.

Adapun yang disebut hamba itu tiada lain dari Muhammad jua: dan jangan sekali-kali disangka hamba itu adalah kita (jasad), kerana kita ini pada ilmunya sudah tidak ada lagi (fana).

Rahsia, Nyawa, Hati, dan Tubuh Muhammad itu pun sudah fana kepada Dzatnya, sifatnya, asmanya dan afalnya (Allah), iaitu hanya Allah Taala jua adanya. Dan seperti firman Allah di dalam Al-quran:
Allah jua Tuhan yang Awal tiada baginya permulaan, dan ia jua yang Akhir yang tiada baginya berkesudahan, dan ia jua yang Zahir, serta ia jua yang Bathin.

Oleh itu, tubuh kita yang zahir dan batin fana kepada Allah jua adanya, iaitu Fana fillah dan Baqa billah maka:
Segala perbuatan adalah perbuatan Allah, si hamba sama sekali tidak memiliki perbuatan.

Segala asma pada hakikatnya adalah Asma Allah.

Nur (Nabi kita) Muhammad SAW dari pada Nur Dzat Allah Taala sekelian mahluk dan segala sesuatu dijadikan dari padanya.

Segala sifat pada hakikatnya adalah sifat Tuhan yang ada pada hamba adalah (makna) wujudnya.

Itulah mereka yang sebenar-benarnya makrifat kepada Allah.

HuKuMaN-HuKuMaN nGeRi ZaMaN DaHuLu

Hukuman-hukuman Ngeri Zaman Dahulu

Terdapat berbagai hukuman kejam bagi mengajar sipesalah dan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dulu. Kejam kerana diseksa secara perlahan-lahan..lainlah digantung sampai mati ke, atas kerusi elektrik ke..dirotan ke..


Kaedah Pelaksanaan Hukuman Ngeri antaranya termasuklah


1.REBUS HINGGA MATI


Hukuman secara perlahan ini amat menyeksakan. Kaedah ini secara tradisinya mangsa akan perlahan-lahan diturunkan kedalam minyak, air atau lilin yang panas menggelegak bermula dari kaki dulu hinggalah ke kepala, perlahan-lahan. Selalu dipraktikkan pada zaman Maharaja Nero, Zaman Pertengahan, Empayar Rom contohnya bagi pesalah jenayah rogol, bunuh. Dikatakan hukuman ini pernah dipraktikkan pada tahun 2002 oleh kerajaan Uzbekistan, yang menyeksa beberapa orang pengganas.

2. SANTAPAN HELANG PEMAKAN DAGING


Hukuman ini banyak dilaksanakan zaman pahlawan Norse purba. Diikat dan badannya dicampurkan dengan darah sendiri atau darah binatang bagi menarik minat burung datang makan. Burung yang kelaparan akan datang makan hingga merobek daging serta tersembul tulang rusuk.


3. HUKUMAN SULA


Terkenal pada zaman Vlad the Impaler,pada abad tu digelar Wallachia (masa kini Romania) dan inspirasi untuk Count Dracula. Secara tradisinya, kayu akan diasah tajam dan kemudian mangsa akan diikat dikayu kemudian dirodok bahagian kemaluannya hingga tembus ke kepalanya. Rekod terawal penyeksaan ini dilaksanakan pada tahun 1772 B.C. di Babel, di mana Raja Hammurabi membenarkan seorang wanita dilaksanakan hukuman cara ini kepada suaminya kerana curang. Penggunaannya berterusan sehingga abad ke-20, termasuk kerajaan Uthmaniyyah menggunakan teknik ini bagi hukuman beramai-ramai Armenia 1915-1923.

4. KEELHAUL


Keelhauled biasanya dilakukan oleh kelasi kapal. Caranya cukup simple. Setelah diikat dengan tali di bahagian tubuhnya, pesalah bakal dicampakkan kelaut. Kapal berjalan, begitulah juga pesalah tenggelam timbul ditarik dek kapal semasa belayar hinggalah lemas. Selain harus terus mendapatkan udara untuk bernafas, pesalah juga selalunya akan menjadi umpan kepada ikan jaws dilautan. Jika kelasi kapal itu masih hidup, mereka mungkin akan digantung di tiang, mangsa akan disumbat span penuh dengan minyak kedalam mulut mereka supaya sesak nafas dan lemas. Banyak dipraktikkan di Belanda dan Perancis dari tahun 1500-an sehingga ia telah dimansuhkan pada tahun 1853.

5. THE ROMAN CANDLE



Banyak dipraktikkan zaman pertengahan Britain bagi pesalah ahli sihir. Pesalah dilumur dengan rumput kering kemudian dibakar dari kaki kepala.

6. GANTUNG DAN KERAT



Digantung sampai mati kemudian dikerat empat. Pertama dipraktikkan di England pada abad ke-13. Proses ini bermula dengan pesalah akan diheret dengan kuda ke tapak penggantungan, digantung kemudian dikerat-kerat empat.

7. CAKARAN TIKUS



Seperti yang digambarkan dalam Game Of Thrones, tikus-tikus digunakan bagi menyeksa pesalah. Tikus diletakkan atas perut pesalah dan dikurung dengan jaring atau perangkap, kemudian dinyalakan api haba yang panas akan menyebabkan tikus mengelupur dan bercakaran untuk lari. Kulit perut pesalah koyak teruk kerana kesan dari cakaran tikus tadi yang berusaha untuk lari.


8. TUSUKAN BULUH


Banyak dipraktikkan pada zaman perang Jepun keatas banduan Amerika. Mangsa akan diikat dipokok buluh yang miang dan mereka akan dipaksa berdiri atas buluh yang tajam menusuk dan tembus tapak kaki dan dibiarkan berhari-hari hingga mati kesakitan.


9. SIAT DAN LAPAH


Rekod amalan ni wujud seawal zaman Empayar Neo-Assyria (bermula pada 911 SM), termasuk Eropah Medieval (di mana ia adalah hukuman bagi seorang pengkhianat). Kulit pesalah akan disiat perlahan-lahan. Kematian selalunya disebabkan kehilangan darah yang banyak hasil dari kulit yang disiat itu.

10. SCAPHISM



Banyak dipraktikkan oleh orang Persia kuno.Pesalah diletakkan pada perahu atau kayu dengan muka menghadap ke atas. Pesalah dipaksa meminum madu dan susu hingga penuh perut mereka. Badan mereka juga disapu madu untuk menarik perhatian serangga. Pesalah dibiarkan hingga lebah, atau tebuan menghurung badan mereka. Pesalah dibiarkan lama hingga serangga bertelur buat sarang dalam badan mereka. Hukuman ini dipanggil Scaphism kerana pesalah mengalami Proses penyeksaan paling lama untuk mati dan menyakitkan.


SUMBER: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1174959495871172&id=1001720953195028


Monday, 15 February 2016

BUKTI NABI MUHAMMAD MERUPAKAN NABI YANG TERAKHIR YANG DITUNGGU AGAMA HINDU

Nabi Muhammad adalah Nabi yang ditunggu penganut Hindu? Kenyataan itu pasti mengejutkan bagi kebanyakan umat Islam mahupun penganut Hindu sendiri, malah mungkin bagi penganut agama lain selain dari dua agama itu. Kenapa tidak, syariat dari dua agama itu sangat jauh berbeza. Mungkinkah Nabi Muhammad adalah Nabi dari kedua agama itu?

Ikuti penjelasannya yang kami kongsikan menerusi myquickinfo bagaimana Rasulullah S.A.W dikatakan merupakan Nabi terakhir yang dinantikan penganut Agama Hindu.

Jika dikatakan bahawa Nabi Muhammad adalah juga nabi dari penganut Yahudi & penganut Kristian, mungkin banyak dari kalangan penganut Islam akan setuju, mengingat dalam Al-Qur’an memang terdapat ayat-ayat yang menyatakan jika kedatangan Nabi Muhammad sebenarnya sudah diberitakan dalam kitab-kitab suci pendahulunya, seperti Taurat & Injil. 
Lima kitab awal dari kitab Perjanjian Lama Kristian adalah apa yang oleh umat Yahudi diakui sebagai Torah/Taurat/Pentatouch, iaitu kitab-kitab Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, dan Ulangan.

Sedangkan 4 kitab awal dari kitab Perjanjian Baru Kristian diakui oleh umat Kristian sebagai kitab Injil, iaitu kitab-kitab Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes. Sekalipun umat Islam menyatakan bahawa Taurat & Injil yang diturunkan pada nabi Musa & Nabi Isa adalah bukan yang diakui oleh umat Yahudi & Kristian sekarang, atau setidaknya sudah berubah/diubah dari aslinya, banyak para pakar ilmu Kristologi yang menyatakan kalau dalam Taurat & Injil yang diakui umat Yahudi & Kristian sekarang inipun masih terdapat sisa-sisa ramalan kedatangan Nabi Muhammad (sebenarnya sangat menarik untuk menampilkan argumentasi pembuktiannya, tapi hal itu bukan topik utama dari tulisan ini).

Jika umat Islam mempercayai ramalan kedatangan nabi Muhammad dalam kitab Taurat & Injil, bagaimana dengan kitab suci umat Hindu? Mungkinkah Nabi Muhammad Saw adalah seorang Nabi yang kedatangannya sudah diramalkan oleh kitab suci umat Hindu? Itulah yang akan kita bahas di sini.

Sebenarnya dalam Al-Qur’an terdapat ayat-ayat yang dapat dijadikan acuan bahawa Nabi Muhammad mungkin saja adalah juga seorang Nabi yang ramalan kedatangannya terdapat dalam kitab-kitab suci umat agama lain, diantaranya :

1. Dalam surat Asy-Syu’ara(26) ayat 196 : “Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu benar-benar (tersebut) dalam kitab-kitab orang yang terdahulu”. Jadi dalam kitab-kitab sebelum Al-Qur’an juga terdapat wahyu Tuhan

2. Dalam surat Fatir(35) ayat 24 dinyatakan bahawa tidak ada suatu kaum di masa lalu tanpa seorang pemberi peringatan

3. Dalam surat Al-Ahzab(33) ayat 40 dinyatakan bahawa Muhammad adalah utusan Tuhan dan merupakan penutup para nabi (utusan terakhir)

4. Dalam surat Al-Anbiya(21) ayat 107 dinyatakan bahawa Nabi Muhammad tidak diutus melainkan untuk seluruh semesta alam.

5. Dalam surat Saba’ (34) ayat 28 dinyatakan bahawa Tuhan mengutus Muhammad untuk seluruh umat manusia, pemberi kabar gembira, dan peringatan akan dosa, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Juga dalam hadits Bukhari vol 1. dalam kitab Shalat bab 56 hadits no 429, nabi Muhammad bersabda:

“Semua rasul yang diutus sebelumku hanya berlaku untuk umat/bangsanya saja, tapi aku diutus untuk semua umat manusia”.

Sekarang akan kita lihat dalam kitab suci agama Hindu. Ada banyak kitab dalam agama Hindu yang diakui sebagai kitab suci mereka. Dari semuanya yang dianggap paling suci adalah kitab Veda (Weda). Bila diantara kitab-kitab itu ada yang bertentangan, maka yang harus menjadi rujukan utama adalah Weda yang juga masih terbagi lagi menjadi beberapa kitab. Kitab-kitab lain selain Weda adalah : Upanishad, Smriti, Dharma Sastra, Bhagavat Gita, Puranas, dll.

Ayat-ayat ramalan kedatangan Nabi Muhammad
Disebutkan dalam Bhavisa Purana –; dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27:

“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara jenggot dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan sholat (adzan), mereka akan memakan apa saja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman semak-semak/umbi-umbian tapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”

Kalau anda baca tulisan diatas dengan baik, maka anda akan melihat bahawa ciri-ciri dari pengikut agama kebenaran yang disebutkan adalah ciri-ciri yang umum terdapat pada umat Islam.

Dalam Atharvaveda book 20 Hymn 127 Shlokas 1-14 disebutkan tentang Kuntupsuktas yang mengisyaratkan bahawa nabi Muhammad akan terungkap kemudian.

- Mantra 1 mengatakan : ia akan disebut Narasangsa. “Nars” maksudnya orang, “sangsa” maksudnya “yang terpuji”. Jadi Narasangsa maksudnya : orang yang terpuji. Kata “Muhammad” dalam bahasa arab juga maksudnya : orang yang terpuji. Jadi Narasangsa dalam bahasa Sansekerta adalah identik dg Muhammad dalam bahasa arab. Jadi Narasangsa adalah figur yang sama dengan Nabi Muhammad. Ia akan disebut “Kaurama” yang bisa bermaksud : pangeran kedamaian, dan bisa bermaksud : orang yang pindah (hijrah). Nabi Muhammad adalah seorang pangeran kedamaian yang hijrah dari Makkah ke Madinah. Ia akan dilindungi dari musuh yang akan dikalahkannya yang berjumlah 60.090 orang. Jumlah itu adalah sebanyak penduduk Makkah pada masa Muhammad hidup iaitu sekitar 60.000 orang.

- Mantra 2 mengatakan : ia adalah resi yang naik unta. Ini bermaksud ia bukan seorang bangsawan India, kerana dikatakan dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keledai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tapi seorang asing.

- Mantra 3 mengatakan : ia adalah “Mama Rishi” atau resi agung. Ini cocok dengan Nabi agung umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW.

- Mantra 4 mengatakan : ia adalah Washwereda (Rebb) maksudnya orang yang terpuji. Nabi Muhammad yang juga dipanggil dengan nama Ahmad adalah bermaksud juga “orang yang terpuji” yang terjemahan bahasa Sansekerta-nya adalah Rebb.

Beberapa ramalan lainnya :

- Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di sana disebutkan dengan istilah : “akkaru” yang maksudnya : “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10.000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10.000 orang tanpa pertumpahan darah.

- Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga bermaksud seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah pada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud kata Muhammad/Ahmad yang bermaksud yang terpuji, yang akan mengalahkan kepala-suku-suku dari suku-suku di sekitar Makkah yang berjumlah sekitar 20 suku.

- Dalam Rigveda book 1 Hymn 53 : 9 nabi dipanggil dg sebutan “Suslama” yang maksudnya lagi-lagi adalah : orang yang terpuji yang merupakan maksud dari nama Muhammad.

- Dalam Samaveda Agni Mantra 64 dinyatakan bahawa ia tidak disusui oleh ibunya. Hal ini persis dengan Nabi Muhammad yang tidak disusui oleh ibunya tapi oleh seorang wanita bernama Halimah.

- Dalam Samaveda Uttararchika Mantra 1500 dinyatakan bahawa Ahmad akan dianugrahi undang-undang abadi, yang jelas mengacu pada Nabi Muhammad yang akan dianugrahi kitab suci Al-Qur’an. Tapi kerana orang India yang berbahasa sansekerta tidak paham kata Ahmad, maka diterjemahkan menjadi “a” dan “mahdi” iaitu “saya sendiri”, jadi dimaksudkan “saya sendiri yang menerima undang-undang abadi”. Padahal seharusnya “Muhammad sendiri yang dianugrahi undang-undang abadi”.

Nabi Muhammad diramalkan dengan nama Ahmad pada banyak bahagian dalam kitab-kitab Weda.

Juga diramalkan pada tak kurang dari 16 tempat yang berbeza dalam kitab weda dg nama Narasangsa maksudnya adalah sama dengan maksud dari nama Muhammad, iaitu “yang terpuji”. 
Kalky Autar

Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yang sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak kepada umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yang ditunggu-tunggu dari seorang Kalky Avtar (baca : autar). “av” maksudnya : turun. “tr” maksudnya melewati. Jadi maksud kata Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalky Avtar maksudnya adalah : “utusan terakhir”.

Pundit Vaid Parkash – sang professor (yang menulis buku berjudul “Kalky Avtar”), secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, kerana menurutnya, sebenarnya Nabi Muhammad adalah manusia yang dinanti-nantikan sebagai manusia pembaharu spiritual dalam agama Hindu.

Disebutkan dalam Nashpropesy, Nabi Muhammad diramalkan dengan nama Kalky Avtar (Autar terakhir) dan Amtim Rishi. Sedangkan dalam kitab Puranas disebutkan tentang Kalky Autar dan kedatangannya. Diantara ayat-ayat yang menyebutkan adalah :

- Dalam Baghavata Purana Khand 12 Adhyay 2 Shloka 18-20 disebutkan dalam rumah Visnuyash akan dilahirkan Kalky Avtar yang diramalkan akan menjadi penguasa dunia, yang terkenal dengan sifat-sifatnya yang baik & menonjol. Dia akan diberi tanda-tanda. Dia akan diberi oleh malaikat sebuah kenderaan yang cepat. Dia akan menaiki kuda putih sambil memegang pedang. Dia akan mengalahkan orang-orang jahat dan dia akan terkenal di dunia.

- Dalam Baghavata Purana Khand 1 Adhyay 3 Shloka 25 disebutkan akan ada juru selamat di rumah Visnuyash

- Dalam Kalki Purana (2) : 4 disebutkan bahawa di rumah Visnuyash pemimpin - kampung Sambala akan lahir Kalki Avtar

- Dalam Kalki Purana (2) : 5 disebutkan bahawa dia akan datang bersama para sahabatnya (4 orang sahabat) mengalahkan orang-orang jahat

- Dalam Kalki Purana (2) : 7 disebutkan bahawa dia akan dijaga oleh malaikat di medan perang

- Dalam Kalki Purana (2) : 11 disebutkan bahawa dalam rumah Visnuyash dan dalam rumah Summati Kalki Autar akan lahir

- Dalam Kalki Purana (2) : 15 disebutkan bahawa dia akan lahir pada tanggal 12 bulan pertama Madhop

- Semua ramalan yang disebut diatas tadi tiada lain merujuk pada Nabi Muhammad SAW. Penjelasannya demikian 

- Dirumah Visnuyash bermaksud dirumah pengikut Vishnu (pengikut Tuhan) sedangkan ayah dari Nabi Muhammad adalah bernama Abdullah yang maksudnya adalah pengikut Allah (pengikut Tuhan). Orang Islam menyebut “Allah” sebagai Tuhan, sedang orang Hindu menyebut “Vishnu” sebagai Tuhan. Jadi di rumah Visnuyash adalah di rumah Abdullah.

- Summati dalam bahasa sansekerta maksudnya adalah orang yang sangat setia. Sedangkan ibunda nabi Muhammad adalah bernama Aminah yang dalam bahasa arab maksudnya juga orang yang setia.

- Sambala bahasa arabnya adalah tempat yang aman & damai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah yang terkenal dengan nama “Darul Aman” iaitu tempat yang aman & damai. Akan lahir diantara kepala suku Sambala, maksudnya bahawa Nabi akan lahir diantara kepala suku di Makkah.

Dilahirkan pada tanggal 12 di bulan pertama Madhop. Nabi Muhammad lahir pada tanggal 12 rabiul awal

Sebagai Amtim Rishi (resi terakhir). Nabi Muhammad adalah juga nabi terakhir dari deretan nabi-nabi yang dikirim Tuhan seperti yang terdapat pada QS. Al- Ahzab : 40.

- Dia akan memperoleh bimbingan di atas gunung dan akan kembali lagi ke arah utara. Nabi Muhammad memperoleh wahyu pertamanya di gua Hira di Jabal Nur. Jabal Nur maksudnya Gunung Cahaya lalu kembali lagi ke Makkah.

- Dia akan memiliki sifat-sifat yang sangat mulia. Persis seperti nabi Muhammad seperti terdapat pada QS. Al-Qalam : 14 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang luhur”.

- Kalki Autar akan diberi 8 kemampuan spiritual, iaitu : bijaksana, punya kendali diri, keturunan yang terhormat, punya pengetahuan wahyu, pemberani, perkataannya bertarget kurikulum, sangat dermawan, dan sangat ramah. Semuanya adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh nabi Muhammad

- Dia akan diberi kendaraan yang sangat cepat oleh Shiva. Nabi Muhammad juga diberi bouraq yang sangat cepat oleh Allah yang membawanya ke langit dalam peristiwa Mi’raj.

- Dia akan naik kuda putih dengan tangan kanannya memegang pedang. Nabi Muhammad juga ambil bahagian dalam peperangan termasuk dengan menunggang kuda dan bertempur dengan memegang pedang dengan tangan kanannya.

- Dia akan menjadi penyelamat umat manusia. Dalam QS. Faatir(35) ayat 24 dan QS. Saba(34) ayat 28 disebutkan bahawa Nabi Muhammad adalah pembawa berita gembira & peringatan bagi seluruh umat manusia, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Dia akan menjadi pembimbing ke jalan yang benar. Nabi Muhammad hidup pada jaman jahiliyah yang penuh kegelapan dimana ia membawa umatnya ke jalan yang terang benderang.

- Dia akan dibantu oleh 4 sahabat dalam menyebarkan misi. Kita tahu ada 4 orang khalifah sahabat nabi iaitu : Sayyidina Abubakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib.

- Dia akan ditolong oleh malaikat di medan pertempuran. Dalam perang Badr Nabi Muhammad dibantu oleh para malaikat Allah seperti tersebut dalam QS. Ali Imran (3) ayat 123 & 125 : “Jika kamu bersabar dan bertaqwa dan mereka menyerang kamu dengan seketika itu juga niscaya Allah menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda”. Juga QS. Al-Anfal(8) ayat 9 yang berbunyi “…. sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.”

Masya Allah..

Ternyata sekian banyak ayat tersebut (yang sebenarnya belum semuanya ditampilkan) yang meramalkan akan datangnya seorang nabi yang ditunggu-tunggu oleh umat Hindu, begitu selari dengan gambaran Nabi Muhammad, umat Islam, dan sejarahnya. Mungkin saja ini juga merupakan pembuktian yang diberikan Allah bahawa Nabi Muhammad memang diutus Allah untuk seluruh umat manusia.

Hal ini juga dapat membuka perbincangan yang menarik tentang agama Hindu, kitab suci umat Hindu, dan syariat-nya. Benarkah agama Hindu memang merupakan agama yang diturunkan oleh Allah jauh sebelum Nabi Muhammad lahir? Kalau ya, apakah bermaksud umat Hindu bisa disebut “muslim”, atau juga bisa disebut “ahli kitab”? Bagaimana sesungguhnya ajaran agama Hindu itu, dan sesuaikah dengan ajaran Islam? Apa pendapat anda?