Seorang ilmuwan dari Universiti London memperingatkan, akan berlaku gempa bumi maha dahsyat yang akan membuatk dua benua di muka bumi ini terbelah serta dijangkakan lebih 40 juta orang akan terkorban.
Dr. Mehran Keshe yang juga pengasas Keshe Foundation, satu organisasi bukan perniagaan di Belanda serta Belgium, memberitahu bahawa gempa bumi itu akan membelah Amerika Utara serta Amerika Selatan lalu diikuti dengan tsunami dahsyat yang akan melanda Amerika serta Asia. Dijangkakak 40 juta orang lebih akan terkorban akibat bencana itu. 20 juta daripadanya terkorban di pantai barat di Amerika Utara serta Selatan.
Menurut Keshe, gempa itu berkekuatan sekira 10 hingga 16 SR.
Sesudah gempa bumi dahsyat yang berpusat di Amerika, Keshe memberikan gambaran, gempa bumi berkemungkinan akan melanda Cina Utara beberapa bulan selepas itu. Jepun dan China akan memikul menanggung kerugian yang sama dengan yang berlaku di benua Amerika.
Frekuensi bencana alam sudah mengalami peningkatan sejak kali terakhir ia berlaku di beberapa belahan bumi, seluruh dunia cakna dan pernah melihat tsunami besar, badai, serta banjir yang mengakibatkan kerugian besar.
Bagaimana reaksi Amerika dengan berita ini?
Jutaan orang dikerah menjalani latihan untuk menghadapi bencana di seluruh Amerika serta Kanada sebagai persediaan menghadapi darurat yang melibatkan kota² besar di Amerika.
Kenapa kita mesti yakin kepadanya?
Walau tak ada bukti untuk menyokong ramalan itu, namun dengan keadaan semasa penambahan frekuensi gempa bumi paling akhir berlaku sudah menjadi pertelingkahan kajian yang cukup untuk diyakini.
Dr. Keshe menerangkan, melalui pengalaman peribadinya serta berita-berita yang disampaikan bukan bertujuan untuk menakut²kan sesiapa, namun rangkaian gempa bumi yang berlaku kebelakangan ini "tidak pernah mendahului" ramalan dalam sejarah umat manusia.
Di akhir videonya beliau memberi kesimpulan, tamadun ekonomi dunia akan runtuh selepas gempa bumi maha dahsyat itu berlaku. Saya mengharapkan semua ramlan ini tidak akan berlaku tapi pasti, kejadian ini tidak dapat untuk dihindari.
No comments:
Post a Comment