Wednesday 6 April 2016

PANGGUNG SENI TRADISIONAL 2016; GEMERSIK ALUNAN GAMBUS

Pembuka tirai program Panggung Seni Tradisional 2016 "Gemersik Alunan Gambus" membawakan Kumpulan Gambus Nurulhilal, Rengit, Batu Pahat yang dianggotai seramai 12 orang pemuzik dan diketuai oleh Encik Mohd Nizam Attan. Kumpulan ini diasaskan pada pertengahan tahun 1970-an oleh Ustaz Attan Hassan dan menjadi pilihan utama untuk menyerikan majlis-majlis keramaian di Batu Pahat dan Pontian sejak ia ditubuhkan sehinggalah ke tahun 1990-an. Persembahan yang bakal berlangsung pada 15 dan 16 April 2016 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) ini, turut menampilkan artis undangan Fairuz Selamat (Q-Face) dan Puteri Gambus Malaysia Fauziah Gambus serta para pemenang pertandingan Gambus Solo Festival Gambus Serantau 2015. Tiket-tiket hanya berharga RM50 dan *RM20 (diskaun 50% utk OKU, PELAJAR & WARGA EMAS)!

Untuk sebarang PERTANYAAN, TEMPAHAN DAN PEMBELIAN TIKET, sila hubungi Encik Ezzrinorhisham @ Ayie (JKKN) di talian 014-820 5299 atau Puan Wati (MaTiC) di talian 019-496 6739.

No comments:

Post a Comment