Walburga "Dolly" Oesterreich, adalah seorang wanita biasa berasal dari Jerman, dibesarkan di sebuah ladang Midwestern dan hidup dalam keadaan serba kekurangan (miskin). Namun ia berubah apabila dia berkahwin dengan seorang owner kilang baju wanita, Fred Oesterreich, pada tahun 1910-an.
Walburga "Dolly" Oesterreich
Fred Oesterreich hidup kaya daripada bisnes membuat pakaian serta apron mempunyai kilang di Milwaukee. Pasangan Oesterreich ni tinggal disana beberapa tahun sebelum berpindah ke Los Angeles.
Diawal perkahwinan Fred dan Dolly Oesterreich hidup bahagia seperti pasangan lain. Walau bagaimanapun, beberapa tahun kemudian, Fred Oesterreich yang kaki mabuk todi dan kaki perempuan itu sering bergaduh dengan Dolly. Dolly menjadi bosan hingga terdetik untuk mencari skandal. Dolly mencari alasan dan masalah sendiri kononnya mesin jahitnya rosak jadi dia perlukan Otto Sanhuber lelaki yang berkerja di kilang suaminya itu betulkannya.
Fred Oesterreich
Sanhuber seorang pemuda yang tinggi lampai, dan agak menarik bagi Dolly. Semasa lelaki tu betulkan mesin jahit , Dolly menggoda Sanhuber. Dan akhirnya mereka melakukan hubungan seks semasa ketiadaan suami Dolly. Mereka jadi rapat setelah Dolly meluahkan segala masalah rumah tangganya kepada Sanhuber. Bukan saja selalu bergaduh, jarang mendapat belaian suami juga menjadikan Dolly gersang. Sejak dari itu Sanhuber menganggap dirinya 'hamba seks' Dolly. Semasa ketiadaan suaminya Dolly sering mengajak Sanhuber kehotel. Tidak lama kemudian jiran-jiran mula curiga dan mengumpat sesama sendiri. Mereka yang kenal rapat dengan Fred Oesterreich menceritakan tentang kecurangan isterinya itu.
Otto Sanhuber
Fred yang berang marah lalu bersemuka dengan Dolly bagi mengesahkan perkara itu. Dolly yang bijak berbicara mencari idea untuk melepaskan diri. Dia memberi tahu yang Sanhuber adalah adiknya yang hilang 10 tahun lalu. Dolly menceritakan bagaimana Sanhuber yang datang kerumah mereka tempoh hari kononnya membetulkan mesin jahit namun tiba-tiba Sanhuber yang ternampak gambar keluarga (ibu Dolly) menyatakan itu ibunya yang hilang semasa dia kecil. Pada mulanya Fred berasa curiga namun apabila dipanggil keduanya bersemuka, Sanhuber mengakui ianya benar (padahal mereka telah merancang nya lebih awal sekiranya kantoi).
Dolly merayu supaya Fred membenarkan Sanhuber tinggal disitu. Namun Fred membantah keras. Dolly mula merancang plan lain. Dengan mengajak Sanhuber tinggal diloteng rumahnya secara sembunyi-sembunyi. Sanhuber yang mabuk cinta terlarang tu sanggup berhenti kerja dengan alasan pulang ke kampung halaman ,kemudiannya setuju pindah kerumah Dollly, walaupun bilik loteng itu sempit dan berhabuk kerana terlalu taksub dan cintakan Dolly.
Kilang Pakaian Wanita kepunyaan Fred
Dia hidup senang lenang menghabiskan masanya membaca buku-buku yang dibeli oleh Dolly. Dan menulis beberapa cerita untuk dijadikan novel. Apabila Fred menyatakan yang mereka akan berpindah ke Los Angeles, Dolly Oesterreich mula resah. Dia berusaha mencari rumah di LA yang mempunyai loteng walaupun ketika itu sangat sukar mencari rumah yang ada loteng. Tetapi dia akhirnya dapat sebuah rumah yang mempunyai loteng untuk menjadikan 'sarang' kekasih gelapnya. Bilik diloteng itu dilengkapi dengan tilam bilik air kecil dan lampu minyak.
Rumah pasangan Oesterreich
Semasa ketiadaan Fred, mereka akan berhubugan seks. Dia sebagai hamba seks akan memuaskan Dolly bila-bila masa sekiranya wanita itu perlukannya. Kadang-kadang Sanhuber akan menolong Dolly mengemas rumah dan menjaga wanita itu. Rumah lama itu kemudiannya dikatakan pelik oleh Fred pada suatu hari kerana menurut lelaki tu dia sering terdengar bunyi orang batuk, benda terjatuh. Dan barang-barang nya seperti curut selalu hilang.Dolly buat-buat terkejut dan meengakui tentang keadaan yang sama dirasakan olehnya juga. Dolly kemudiannya menghebahkan kepada jiran-jiran yang rumahnya berhantu.
Sanhuber menulis beberapa buah novel dan Dolly menolong Sanhuber menerbitkannya dengan meletakkan nama pena dinovel itu. Hasil dari jualan dan royalti itu Dolly simpan dan diberikan sedikit kepada Sanhuber. Bakinya itu dia belikan barang kelengkapan Sanhuber semasa tinggal diloteng itu.
Fred sehari sebelum dia mati ditembak
Hubungan sulit yang menggembirakan tidak selalunya bahagia..hubungan sulit mereka tidak kekal bila pada suatu hari tu Fred dan Dolly bergaduh besar hingga Fred membelasah isterinya Dolly hingga wanita itu tersungkur jatuh.
Loteng tempat Sanhuber 'bersarang'
Sanhuber yang tak tahan mendengar pergaduhan mereka meluru kebawah dengan membawa sepucuk pistol. Dia kemudiannya menembak Fred 3 kali. Lelaki itu rebah mati serta merta. Keduanya kemudiannya cepat2 merancang plan baru. Dolly meminta Sanhuber mengunci dirinya dalam bilik tidur kononnya seperti ada perompak memasuki rumah mereka. Jam tangan berlian Fred yang mahal serta beberapa wang juga disembunyikan. Kiranya Fred dirompak. Sanhuber kemudian mengunci Dolly dari luar dan kuncinya di letakkan diruang tamu. Dia kemudiannya cepat-cepat berlari keatas loteng semula untuk bersembunyi.
Semasa jirannya datang menolong itulah Dolly berbohong tentang perompak yang menceroboh masuk kerumahnya dan membunuh suaminya tapi dia terselamat kerana terkunci dari dalam bilik.
Sanhuber
Selama bertahun-tahun pembunuhan itu menjadi kes polis yang tidak dapat diselesaikan walaupun mereka syak Dolly yang melakukannya, namun polis tidak ada bukti kukuh.
Semasa kes itu tiba untuk dibicarakan Dolly mengambil peluang menggoda peguamnya, Herman Shapiro, namun lelaki itu semakin curiga apabila ternampak jam tangan milik Fred yang dikatakan hilang dirompak semasa dia bermalam dirumah Dolly. Oleh kerana bukti itulah Dolly kemudiannya ditangkap dan dimasukkan kedalam penjara.
Dolly
Shapiro sebenarnya kasihan dan telah jatuh hati dengan Dolly, namun semasa Dolly merayu supaya menolong memberi makanan dan keperluan lain kepada 'adiknya' Sanhuber dirumahnya, Shapiro mula marah dan curiga. Dia terus kerumah Dolly dan menyiasat loteng namun Sanhuber tiada disitu. Dia telah pun lari berpindah ketempat lain. Shapiro percaya pembunuhan itu bukan dilakukan oleh Dolly.
Sanhuber yang lari terus menukar namanya kepada Walter Klein, kerana takut dituduh membunuh. Dia kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita di Kanada. Oleh kerana rasa bersalah Sanhuber kemudiannya meninggalkan isterinya dan berhijrah semula ke Los Angeles. Semasa dia berpindah semula keloteng lama itulah polis menangkap nya. Dia kemudiannya dimasukkan kepenjara kerana mengaku membunuh Fred. Keduanya duduk dalam penjara, kerana walaupun bukan Dolly yang membunuh, dia dituduh bersubahat merancang semuanya. Beberapa tahun kemudian, Sanhuber dan Dolly dibebaskan kerana ketika itu terdapat sekatan undang-undang yang membolehkan keduanya bebas. Mereka akhirnya berkahwin dan hidup bahagia dengan harta peninggalan mendiang Fred, sehingga Sanhuber kemudian Dolly meninggal dunia pada tahun 1961.
Kedua pasangan ini dianggap pasangan paling pelik sehidup semati dalam sejarah kerana mempunyai cerita kes pembunuhan yang ngeri namun berbelitbelit akibat rancangan bijak masing-masing. Oran awam menyifatkan mereka ni bukan pasangan romantik tetapi psycho kerana Sanhuber sanggup menjadi hamba seks Dolly selamanya.
Dolly dan Sanhuber akhirnya bersatu
No comments:
Post a Comment