Tuesday, 23 August 2016

TERJEMAHAN ARTIKEL FRANKLY SPEAKING DALAM BAHASA MELAYU


(Ulasan PANAS Tun M berkaitan buku Frankly Speaking oleh Musa Hitam)

BERTERUS TERANG - Versi BM

1. Buku Musa bertajuk “Frankly Speaking (Berterus Terang)” sesuatu yang menarik untuk dibaca. Berterus Terang tidak bermakna bercakap benar. Dan apabila bercakap tentang sesuatu yang berlaku 30-40 tahun lalu, ketepatan sesuatu kejadian dan percakapan akan dipengaruhi situasi semasa.

2. “Frankly Speaking” bertujuan untuk menyalahkan saya terhadap apa yang berlaku dalam UMNO dan Kerajaan di masa kini. Musa dengan sengaja tidak menyalahkan dirinya untuk apa-apa. Dia seperti tidak ada salah bagaikan bayi yang baru lahir. Ini menjelaskan mengapa dia begitu popular.

3. Tentang kesetiaan. Dia mendakwa saya menuntut kesetiaan tak berbelah bahagi. Atas dasar itu ramai lagi termasuk Musa akan berasa sungguh berat dengan kemarahan saya.

4. Musa bertanding Timbalan Presiden menentang Tengku Razaleigh.

5. Musa datang dan berjumpa dengan saya untuk meraih sokongan terhadap usahanya. Saya bersedia untuk bersumpah dengan Quran bahawa dia melakukan perkara ini.

6. Saya tidak bersedia untuk menyokong beliau secara terbuka kerana saya tidak berminat dengan idea bahawa saya mungkin perlu bekerja dengan Tengku Razaleigh jika keduanya menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri sekiranya Musa kalah.

7. Sekarang ini Sanusi berkata saya meminta beliau untuk berkempen bagi pihak Musa melawan Tengku Razaleigh. Saya mungkin ada berbuat demikian tetapi saya tidak ingat AIDS (Anwar Ibrahim, Daim, Sanusi) berusaha menjatuhkan Musa ketika sebagai pewaris kepimpinan. Zam atau Zainudin Maidin, editor Utusan mungkin ingat. Tetapi saya tertanya-tanya jika Utusan menjalankan siasatan. Biasanya Utusan hanya melaporkan khabar angin.

8. Sekiranya Musa menang dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh saya. Tetapi Musa tidak gembira apabila saya kekalkan Tengku Razaleigh sebagai Menteri Kewangan di dalam Kabinet saya. Musa menginginkan saya untuk menggugurkan Tengku Razaleigh sepenuhnya. Saya tidak dapat berbuat demikian kerana saya mungkin kehilangan penyokong Tengku Razaleigh.

9. Selepas Tengku Razaleigh sekali lagi kalah kepada Musa dalam pemilihan parti tahun 1984, saya pindahkan Tengku Razaleigh ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya masih tidak gugurkan beliau dan saya tidak fikir Musa akan rasa gembira.

10 . Penyokong Musa menggelarkan Kerajaan ketika itu sebagai Kerajaan 2M. Saya tidak membantah sungguhpun berasa tidak biasa. Para penyokongnya berpendapat saya perlu kekal sebaga PM sepertimana Tun Razak dan Tun Hussein. Tetapi saya tidakpun menunjukkan sebarang tanda untuk berundur.

11. Kemudian Musa meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden. Saya sangat terganggu kerana saya fikir Musa adalah orang yang layak untuk menggantikan saya sebagai PM. Saya tidak menjangka akan jadi PM selama 22 tahun pada waktu itu. Tidak ada yang melakukannya. Pastinya bukan Musa.

12. Mesyuarat Majlis Tertinggi telah diadakan untuk membincangkan peletakan jawatan Musa. Jika saya inginkan kesetiaan tak berbelah bahagi sudah pasti saya singkirkan beliau sepertima yang Najib lakukan terhadap mereka yang tidak cukup setia kepadanya.

13. Zam berjumpa saya sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi. Beliau menjangkakan saya akan mengalami kejutan pada malam itu. Beliau fikir Majlis Tertinggi akan mengembalikan Musa sungguhpun saya bertentangan dengan hal itu.

14. Majlis Tertinggi memutuskan untuk memujuk beliau menarik semula peletakan jawatan itu. Saya tidak menentang keputusan itu.

15. Satu delegasi diketuai Wan Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, telah terbang ke UK untuk merayu secara peribadi kepada Musa.

16. Musa bersetuju untuk kembali hanya sebagai Timbalan Presiden. Saya tidak ada pilihan melainkan untuk melantik Che Ghafar (Baba) sebagai Timbalan Perdana Menteri.

17. Terang-terangan Musa langsung tidak setia kepada saya. Tetapi saya menerima keputusan beliau untuk kembali sebagai Timbalan Presiden kepada parti sahaja. Kemudiannya beliau menunjukkan ketidak-setiaan yang makin menjadi-jadi.

18. Beliau pergi ke Davos di Switzerland untuk bertemu dengan Tengku Razaleigh, rakan pesaingnya. Tengku Razaleigh dipujuk untuk bertanding sebagai Presiden parti di pemilihan parti yang akan datang.

19. Amat mengejutkan apabila Musa sendiri menunjukkan bahawa beliau yang akan bertanding sebagai Timbalan Presiden. Dalam erti kata lain, jika menang beliau akan jadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri. Penegasan beliau untuk tidak berada di dalam kabinet Tengku Razaleigh adalah sesuatu yang baru. Tidak masuk akal. Mengapa bertanding sebagai Timbalan Presiden yang secara tradisinya akan menjadi Timbalan Perdana Menteri jika beliau tidak punyai niat untuk jadi sebahagian daripada Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Jika Ghafar kalah dengan Musa, saya akan melantik semula beliau sebagai Timbalan. Apakah beliau akan terima?

20. Disebalik semua ini saya tidak ambil sebarang tindakan terhadap beliau. Apabila beliau tidak sertai Tengku Razaleigh dalam Semangat 46, saya lantik beliau sebagai perutusan khas ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dengan jawatan bertaraf menteri. Adakah ini menunjukkan seseorang yang tidak dan tidak mungkin boleh bertolak ansur terhadap apa sahaja tetapi setia tidak berbelah bahagi seperti yang didakwa Musa?

21. Semasa kempen untun Presiden dan Timbalan Presiden, ramai Menteri dan Timbalan Menteri menentang saya. Ini termasuk Abdullah Badawi, Rais Yatim, Syed Hamid dan Kadir Syeikh Fadzir.

22. Rekod membuktikan bahawa saya melantik semula Syed Hamid dan Kadir sebagai Menteri di dalam Kabinet saya. Kemudiannya saya melantik Abdullah dan Rais Yatim ke kabinet. Saya juga memilih Abdullah Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila Anwar meninggalkan parti. Dan kemudiannya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri selepas peletakan jawatan saya. Adakah ini caranya seseorang yang tidak boleh bertolak ansur terhadap ketidak-setiaan melayan seseorang yang terang-terangan tidak setia kepadanya?

23. Saya tidak berperilaku seperti Najib yang menurunkan, memindah dan menyingkir pemimpin yang sering mempersoalkan tentang 1MDB. Najib langsung tidak membenarkan delegasi UMNO bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion Ringgit di dalam akaun peribadinya. Sesiapa yang mempersoalkan akan dianggap tidak setia dan perlu disingkirkan.

24. Sekarang ini Najib bercakap tentang kesetiaan kepada Institusi Presiden UMNO. Dia tidak membenarkan jawatan Presiden dipertandingkan sepertimana yang saya lakukan apabila Musa dan Tengku Razaleigh mencabar saya dan Ghafar. Sesiapa sahaja yang tidak menyokongnya sama ada Menteri atau penjawat awam akan dipindahkan atau dibuang atau bersara atas alasan kesihatan. Dia tidak bertolak ansur seperti saya. Saya punyai hak u tuk mengkritik sifat tidak bertolak ansur terhadap orang yang membangkang.


25. Kesetiaan kepada seseorang pemimpin itu perlu sekiranya organisasi berfungsi. Tetapi apabila seorang pemimpin menyimpang atau terlibat melakukan jenayah, setia secara membabi buta terhadapnya adalah salah. Malah inilah tugas penyokong setia untuk menasihati dan mengkritik pemimpin tersebut. Jika pemimpin itu tidak mendengar nasihat, mereka perlu berhenti setia terhadapnya.

26. Saya memimpin negara ini selama 22 tahun. Parti dan pemilihan boleh membuang saya bila bila masa sahaja. Pemilihan Majlis Tertinggi kerap diadakan. Tetapi sepanjang 5 pilihan raya umum yang saya pimpin, parti telah mencapai kemenangan 2/3 majoriti. Saya tidak guna wang. Tidak pula beri BR1M. Para pengundi mengundi dengan fikiran yang bijak, bukan kerana kesetiaan tidak berbelah bahagi.

27. Jika musa ingin berterus terang, petiklah kepada peristiwa yang diketahui atau rujuk kepada laporan akhbar pada masa itu. Ya, memang saya gelarkan Mohamed Rahmat sebagai Mat Bulat kerana badannya yang gempal. Saya tidak kisah orang panggil saya bomoh. Saya fikir ianya sesuatu yang mesra dan merujuk kepada kerjaya saya.

No comments:

Post a Comment