Monday, 28 August 2017

HANNIBAL BARCA: MIMPI NGERI NGERI ROM

Bila kita berbicara tentang Hannibal, saya percaya perkara pertama timbul dalam minda anda ialah Dr. Hannibal Lecter, pembunuh bersiri fiksyen terkenal ciptaan penulis novel, Thomas Harris. Dan saya takkan terkejut jika nama ini disebut, anda bayangkan Lecter versi Sir Anthony Hopkins atau versi Mads Mikkelsen muncul dalam imaginasi anda. Saya tak berminat dengan Hannibal itu, saya hendak bercerita tentang Hannibal Barca, seorang jeneral Carthage dan salah seorang komander tentera paling berjaya dalam sejarah. Kebijaksanaannya dalam berstrategi bukan saja membuatkan Rom hampir berputih mata malah mendorong mereka menggunakan strategi-strategi Hannibal dalam kempen-kempen ketenteraan seterusnya. Di sebalik kebijaksanaan dan ketokohan beliau, ada banyak perkara menarik tentang Hannibal yang tidak diketahui umum.

1. Barca – Sepantas Kilat

Bapa Hannibal, Jeneral Hamilcar Barca seorang jeneral Carthage yang licik dan dinamik. Ketokohan beliau sudah diketahui umum terutama semasa Perang Punic Pertama di mana antara 247-241 Sebelum Masihi, Hamilcar menggerakkan kempen perang gerila ke atas tentera Rom sehinggalah mereka dihalau keluar dari Sicily. Dan atas jasa beliau, Carthage berjaya mengembangkan wilayah mereka ke Semenanjung Iberia (Sepanyol moden). Ini dilakukan dengan kempen serangan kilat terutama satu insiden serangan pantas di selatan Itali. Berikutan kejayaannya dengan taktik sebegini, askar-askar yang berjuang bersama Hamilcar memberi gelaran Baraq atau Barca. Dalam Bahasa Semitik, Baraq diterjemahkan sebagai sepantas kilat. Dan Hannibal bukan saja berterusan menggunakan nama gelaran bapanya malah turut meneruskan taktik sama yang memberi kejayaan kepada Hamilcar semasa hayatnya. Annaeus Florus, seorang sejarawan Rom abad kedua Masihi menyamakan Hannibal dan bala tenteranya dengan panahan kilat seperti yang tercatat dalam buku Epitome of the Histories.

2. Sumpah Kebencian Rom Mungkin Satu Rekaan

Semasa Hannibal masih kecil, beliau berkeinginan mengikuti bapanya, Hamilcar yang sedang sibuk melancarkan kempen perluasan wilayah Carthage di Iberia. Terdapat pelbagai versi cerita tentang sumpah ini. Satu versi menyatakan bila mana beliau menyatakan hasrat kepada bapanya untuk ikut sama dalam kempen perang di Iberia, Hamilcar bersetuju dan memaksanya bersumpah untuk menjadi musuh Rom selama-lamanya. Satu lagi versi seperti yang dipaparkan dalam dokumentari saluran History, Barbarians Rising ialah Hamilcar membawanya ke satu kamar pengorbanan. Di hadapan nyalaan api kamar tersebut, beliau memaksa Hannibal bersumpah untuk tidak menjadi sekutu Rom selamanya. Sejarawan Rom, Polybius dan Livy menyatakan versi sama tetapi mengubah cara Hannibal bersumpah dengan membasahkan tangannya dengan darah dan melafazkan sumpah sama. Sumber lain menyatakan sumpah Hannibal seperti mana yang dinyatakan George C. Scott sebagai Jeneral George S. Patton dalam filem Patton, “Aku bersumpah bila mana umurku mengizinkan, aku akan menggunakan api dan besi untuk menahan takdir Rom.” Walaupun ada sesetengah versi dipertikai kesahihannya, namun kebencian Carthage terhadap Rom benar-benar wujud dan atas sebab kukuh seperti kehilangan dominasi Laut Mediterranean pada Rom.

3. Operasi Menyeberangi Gunung Bukanlah Segila Seperti Yang Disangka
Figure 1: Gambaran bala tentera Hannibal menyeberangi Alps untuk menyerang Rom.

Bila mana kita berbicara tentang kejayaan Hannibal, pencapaian paling menonjol bagi beliau ialah serangan mengejut Carthage ke atas Rom pada 218 Sebelum Masihi. Sesiapapun menyangka tindakan menyeberangi Pergunungan Pyrennes, Pergunungan Alps dan sungai-sungai pada musim sejuk dengan bala tentera yang besar ialah satu tindakan gila dan boleh memakan diri. Hakikatnya, operasi ketenteraan sebegini sudah dirancang bertahun-tahun sebelum serangan tersebut dilancarkan. Semua aspek bersifat pro dan kontra sudah dipertimbangkan bukan saja oleh Hannibal tetapi juga oleh abang iparnya, Hasdrubal Si Cerah (Hasdrubal The Fair) dan bapanya, Hamilcar. Sebelum Hannibal, Hasdrubal sudah melihat serangan ke atas Rom melalui jalan darat sebagai munasabah. Justeru, jika ada mengatakan pihak Rom tidak tahu langsung berkenaan rancangan ini, ianya sebenarnya salah dan ini dibuktikan dengan pembunuhan Hasdrubal oleh seorang askar upahan berbangsa Celtic pada 221 Sebelum Masihi.

Bila mana Hannibal mengambil alih kepimpinan tentera selepas kematian Hasdrubal, objektifnya sentiasa berkait dengan menyeberangi kawasan pergunungan dan memanfaatkan kelebihan konflik atas daratan. Beliau sedar sebarang cubaan untuk menyerang Rom dari laut adalah mustahil berikutan kekalahan Carthage dalam Perang Punic Pertama, lebih spesifik Pertempuran Mylae dan Pertempuran Cape Economus.

Berikutan itu, pada tahun 220 Sebelum Masihi, beliau mula mengekalkan hubungan baik dengan Padane Gauls di Lembah Po (moden utara Itali). Hasil daripada hubungan tersebut, wujud persetujuan membabitkan pengagihan makanan, duit dan penginapan. Namun, Hannibal tidak mahu bergantung kepada diplomasi semata-mata. Bagi memastikan serangan yang dilakukan benar-benar berhasil, beliau turut menghantar pengintip di setiap laluan bagi mendapatkan laluan terbaik menyeberangi Pergunungan Alps. Perkara terakhir yang mahu dibimbangi beliau ialah tatkala askar-askarnya keletihan melalui jalan yang dipilih tapi terpaksa berhadapan dengan ketumbukan tentera Rom yang sedia menanti. Dengan langkah tersebut, Hannibal bukan saja menghantar mesej jelas kepada Rom tentang kekuatan Carthage tetapi juga merampas sebarang kelebihan strategik daripada memihak musuhnya. Dan Polybius menyatakan secara jelas dalam catatannya bahawa Hannibal sentiasa mempertimbangkan semua pilihan, melihat keadaan semulajadi sesebuah kawasan, memanipulasi sentimen kebencian rakyat tempatan pada Rom dan mempunyai pemandu-pemandu yang dapat membantu mereka melepasi kawasan pergunungan.

4. Senang Sama-Sama, Susah Pun Sama-Sama

Semua komander tentera ada perwatakan berbeza-beza. Sesetengah mempunyai keyakinan diri yang tinggi seperti Iskandar Agung (Alexander The Great), Patton dan Field Marshall Erwin Rommel. Sementara ada mempunyai personaliti berkarisma kepada tentera-tentera mereka seperti Rasulullah s.a.w, Khalid ibnu Walid r.a dan Hannibal sendiri. Dalam catatannya, antara bukti karisma Hannibal menurut Livy ialah kemampuannya menyatukan semua askarnya di bawah satu pasukan walaupun datang dari pelbagai latar belakang berbeza tapi boleh memenangi siri pertempuran dengan Rom selama 15 tahun. Satu ironi semua tentera upahan ini yang dahulunya berjuang atas nama duit dan rampasan perang, boleh bersatu dan melakukan perkara-perkara yang memerlukan pengorbanan yang tak terkira untuk pemimpin mereka.

Selain karisma, ada sisi sensitif di sebalik pengurusan beliau. Teks-teks klasik menunjukkan Hannibal tidur bersama tentera-tentera biasa di luar dalam keadaan kesejukan. Ada teks turut menunjukkan beliau sanggup berlapar bersama mereka bila mana bekalan makanan mereka semakin berkurangan. Namun paling penting, askar-askar ini mempercayai sepenuhnya pertimbangan Hannibal semasa dalam pertempuran. Pendek kata, sebarang arahan yang diberi akan dipatuhi dan diikuti atas dasar percaya kepada jeneral Carthage yang berkaliber ini.

5. Pelontar, Bukan Pemanah Sebagai Pilihan
Figure 2: Tentera berkuda Numidia menjadi mimpi ngeri Rom dalam kempen perang Hannibal.

Sejarah menunjukkan lewat abad ketiga Sebelum Masihi, Rom dikenali dengan maniples, subbahagian tentera dalam legion mereka di mana anggotanya ialah askar-askar infantri berat. Berikutan itu, taktik mereka mudah saja kerana ketika itu lawan mereka hanyalah askar-askar musuh yang tidak berdisiplin dan mudah ditundukkan dengan disiplin yang tinggi dan pergantian semasa di medan perang. Menyedari taktik perang biasa tidak akan mengalahkan maniples ini, Hannibal memilih askar-askar yang punya latar belakang melontar yang mantap dari Afrika dan Sepanyol. Beliau memilih askar-askar ini kerana mereka berkemampuan melastik atau melontar dengan ketepatan yang mengagumkan mengikut jarak yang diberi. Ketepatan mereka amat menakutkan ke atas tentera Rom sehinggakan pemanah biasa digantikan dengan pelastik atau pelontar lembing ini.

Selain menggunakan pelontar atau pelastik, Hannibal turut memanfaatkan keupayaan tentera berkuda berbangsa Numidia melontar lembing semasa menunggang kuda. Mereka amat berani menunggang kuda tanpa menggunakan tali kekang, hanya menggunakan tali sekeliling leher kuda dan kayu ranting semasa beri arahan. Adakalanya semasa pertempuran terutama Pertempuran Trebbia, tentera berkuda ini diberi arahan bergerak bengkang-bengkok dan pantas dengan tujuan menarik perhatian dan menimbulkan perasan tidak puas hati legion-legion Rom. Ditambah pula dengan penghinaan dan celaan yang dilempar mereka pada tentera-tentera Rom ini, lama-kelamaan walaupun dengan disiplin dan kelengkapan yang dimiliki, mereka terpaksa berundur atau mati dibunuh.

6. Cannae Dipilih Atas Sebab Makanan dan Provokasi
Figure 3: Gambaran pertempuran sengit antara Rom dengan Hannibal dalam Pertempuran Cannae.

Bila kita menyebut Pertempuran Cannae, sejarawan menyifatkan pertempuran tersebut sebagai satu insiden yang menconteng arang Rom. Manakan tidak, Rom kehilangan ramai askar semasa berlawan dengan Hannibal dengan bilangan tentera yang terkorban atau tertawan berbeza-beza mengikut kiraan sejarawan. Livy menyatakan 50 ribu terbunuh sementara Polybius meletakkan angka 70 ribu tentera terkorban. Dan Hannibal ada sebab tersendiri memilih kawasan ini. Cannae pada ketika itu merupakan antara kawasan pengeluar makanan penting untuk Rom. Walaupun Rom mencari alternatif dengan mendapatkan bekalan makanan dari Pulau Sicily, pengeluaran makanan di utara Itali terutama di wilayah Apunia di mana Cannae terletak masih memainkan peranan penting. Bila mana Hannibal mara bersama bala tenteranya ke Cannae pada Jun 216 Sebelum Masihi, ia sebenarnya satu provokasi beliau kepada Rom untuk melawannya secara berhadapan. Dan bila mereka mendirikan khemah, khemah mereka berhampiran dengan tanaman-tanaman yang sedia dituai. Ini bukan saja memberi akses makanan secara berterusan kepada tentera Carthage tetapi juga menyuntik moral mereka yang berjuang pada ketika itu.

7. Karisma dan Keterampilan

Semasa Pertempuran Cannae, bilangan kedua-dua tentera Rom dan Carthage amat ramai dengan Polybius meletakkan anggaran 80 ribu tentera Rom melawan 50 ribu tentera Carthage. Walau bagaimanapun, sejarawan moden hari ini menganggarkan bilangan mereka sebenarnya tidaklah setinggi anggaran Polybius. Apapun anggaran yang diberi, yang pasti, kelibat tentera Rom yang ramai menggusarkan sesetengah anggota tentera Rom. Dan seorang pegawai tentera bernama Gisgo tampil ke hadapan dan menyuarakan kebimbangannya pada Hannibal.

Sebagai seorang pemimpin dan komander tentera, Hannibal boleh saja menghukum atau menyelar komen yang menjahanamkan moral sebegini. Tetapi sebaliknya, beliau berpusing kepada pegawai tersebut dan berkata, “Ada satu perkara yang kamu tidak perasan.” Gisgo bertanya, “Apa dia, tuan?” Hannibal menjawab, “Dalam semua askar musuh yang ramai itu, tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang ada nama Gisgo.” Mendengar jawapan beliau, semua pegawai dan tentera ketawa terbahak-bahak pada ketika itu, sekaligus menenangkan kegelisahan yang dialami mereka.

8. Ironi Cannae

Ironi di sebalik kemenangan dalam Pertempuran Cannae, ia turut menandakan bermulanya kejatuhan Hannibal. Walaupun mendapat sokongan daripada sekutu dan koloni yang berpaling tadah daripada Rom, ini memaksa beliau menyediakan garison untuk menjaga kota dan koloni yang bersumpah setia kepadanya. Dan ini menjadi satu masalah kepada beliau kerana askar-askar upahan yang berjuang tidak ada pengalaman dalam soal pengepungan kota atau menjaga sempadan baru. Dan ini mendorong mereka ini untuk meninggalkan Hannibal secara beramai-ramai.

Bukan itu saja, berikutan kekalahan Rom dalam Pertempuran Cannae mendorong mereka mengubah taktik kepada perang gerila dan komunikasi terhad atau taktik Fabian yang diperkenalkan Quintus Fabius Maximus Verrucosus. Rom sedar taktik perang konvensional tidak akan dapat mengalahkan Hannibal lalu mereka mengerahkan tentera Rom melancarkan taktik serang dan lari tatkala mereka keluar mencari keperluan penting seperti makanan dan air. Ini menambah lagi tekanan pada bala tentera Hannibal sekaligus meletakkan mereka dalam keadaan lemah. Walaupun Carthage cuba menghantar bantuan ketenteraan diketuai adik Hannibal, Hasdrubal tetapi mereka berjaya disekat oleh tentera Rom yang diketuai Publius Cornelius Scipio (Africanus) di utara Itali pada tahun 208 Sebelum Masihi.
Figure 4: Gambaran Pertempuran Zama yang menamatkan Perang Punic Kedua dan penentangan Carthage di bawah pimpinan Hannibal.

Setelah berjaya menghalang bantuan tiba pada Hannibal, Scipio mengetuai bala tentera Rom untuk menyerang Iberia dan New Carthage (bandar moden Cartagena), sekaligus memotong talian bantuan pada Hannibal di Itali dan menghalau saki-baki tentera Carthage kembali ke tempat asal mereka. Setelah Iberia berjaya ditawan, beliau menyerang pula Afrika Utara, memaksa Hannibal dan saki-baki askar yang setia dengan beliau kembali ke Carthage untuk berhadapan dengan Scipio. Walaupun yakin dengan keupayaan unit gajah dan veteran perang yang baru saja kembali dari Itali, Hannibal kehilangan sokongan tentera berbangsa Numidia berikutan tindakan raja mereka, Masinissa yang berpaling tadah dan menyokong Rom pula. Akibatnya, Carthage mengalami kekalahan besar dengan 20 ribu askar terbunuh sementara 20 ribu lagi jadi tawanan perang. Hannibal bersama ribuan tentera Carthage lain berjaya melarikan diri sekaligus menamatkan terus Perang Punic Kedua.

9. Negarawan dan Ahli Reformasi

Walaupun mengalami kekalahan teruk dalam Pertempuran Zama, ini bukan bermakna pengakhiran kepada Hannibal. Sebaliknya, disebabkan imej popular beliau sebagai jeneral perang Carthage terbilang, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada dua ketua majistret (suffete/shophet) Carthage. Walaupun jawatan tersebut nampak tidak penting tetapi ia menjadi platform kepada beliau mengembalikan semula kemakmuran Carthage. Cabaran besar menanti beliau; Carthage bukan lagi empayar gah seperti pada zaman kegemilangannya dan dibebani dengan hutang perang yang dikenakan Rom berikutan kekalahan dalam Perang Punic Kedua.

Antara reformasi yang dilaksanakan Hannibal ialah:

i) Meminda perlembagaan dan mendapatkan persetujuan majoriti untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan ahli majlis pemerintah kepada dua penggal berbanding seumur hidup sebelum ini. Melalui pindaan yang dibuat, majlis dapat mengekang penggunaan kuasa tanpa had yang digunakan ahli-ahli majlis Carthage sebelum ini.

ii) Mengubah sistem pentadbiran sedia ada menjadi lebih cekap dan berkesan. Hannibal sedar sistem sedia ada dimanipulasi oleh kelompok tertentu termasuk golongan bangsawan dan terdedah kepada unsur rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan individu yang enggan membayar cukai. Melalui perubahan yang dibuat, ketirisan dana Carthage dapat dikurangkan dan menambah lagi pendapatan dalam kantung tahunan mereka.

iii) Melatih askar-askar Carthage menjadi petani dan meningkatkan lagi aktiviti perdagangan. Peningkatan aktiviti sebegini ditambah dengan reformasi Hannibal menyebabkan Carthage kembali makmur dan kaya semula. Kekayaan Carthage sangat banyak sehinggakan mereka boleh saja menyelesaikan hutang perang yang dikenakan Rom dalam satu pembayaran saja iaitu lapan ribu talent (unit pemberat pada zaman Yunani dan Rom) dengan tempoh pembayaran 40 tahun yang dianggap mustahil.

Namun langit tidak selalu cerah bagi Hannibal. Walaupun menjadi pujaan rakyat jelata, tempoh perkhidmatan beliau sebagai ketua majistret bakal berakhir dan kedudukannya ibarat telur di hujung tanduk. Berikutan reformasinya itu, Hannibal mencipta ramai musuh dalam kalangan ahli politik dan golongan bangsawan. Ini ditambah pula dengan kecurigaan Rom dengan populariti beliau dan kemakmuran Carthage. Susulan itu, pihak Senat Rom menghantar satu suruhanjaya untuk menyiasat dakwaan (dakwaan palsu) yang mendakwa Hannibal berhubung dengan Raja Anthiochus III dari Empayar Seleucid, musuh ketat Rom di sebelah bahagian Anatolia (Turki). Sedar akan rancangan mereka dan tidak mempercayai orang sebangsanya sendiri, beliau bersara dan berangkat secara senyap-senyap ke Ephesus, istana Anthiochus III dan meneruskan penentangan pada Rom.

10. Periuk Ular

Walaupun diburu Rom pada tahun-tahun terakhir kehidupannya, ini tidak menghalang Hannibal daripada bersekutu dengan pemerintah-pemerintah yang menentang Rom. Selepas terpaksa melarikan diri berikutan kekalahan Raja Anthiochus III, beliau mendapat perlindungan pemerintah Bithynia, Prusias I. Pada ketika itu, Prusias I sedang berperang dengan pemerintah Pergamon, Eumenes II. Berikutan kekalahan berterusan Bithynia dalam konflik perang darat, baginda memberi peluang kepada Hannibal mengetuai angkatan laut Bithynia menghadapi ancaman angkatan laut Pergamon. Walaupun bilangan kapal Pergamon melebihi bilangan kapal pimpinan beliau, ini tidak menghalang Hannibal merancang satu taktik licik untuk memberi kemenangan kepada angkatan beliau. Beliau mengarahkan semua kapal mengisi periuk mereka dengan pelbagai jenis ular berbisa. Walaupun taktik sebegini nampak pelik, semua anggota tentera laut Bithynia segera melakukannya. Angkatan laut Pergamon yang melihat tindakan pelik ini mengetawakan mereka dan mencabar mereka berlawan dengan pedang bukan periuk. Bila mana periuk-periuk tersebut dilancarkan ke kapal-kapal Pergamon, kapal-kapal mereka dipenuhi dengan pelbagai jenis ular berbisa. Tidak diketahui sama ada perkara ini benar-benar berlaku atau sekadar taktik psikologi Hannibal untuk menakutkan mereka. Apapun, ia berhasil membantu Bithynia menang dalam pertempuran tersebut. Dan pada dua siri pertempuran laut seterusnya, beliau berjaya mengakali Eumenes II dan menang dalam kedua-dua siri pertempuran tersebut.

11. Sang Jeneral Sebenarnya Seorang Penulis

Siapa sangka di sebalik keberanian dan kebijaksanaannya mengakali permainan Rom, Hannibal sebenarnya turut menulis tentang pengalamannya semasa perang dan strategi yang digunakan musuh-musuhnya. Ini tidak menghairankan kerana semasa beliau membesar terutama semasa bapanya berperang di Sicily semasa Perang Punic Pertama, beliau mendapat pendidikan menyeluruh. Bukan itu saja, kejayaan jeneral-jeneral Yunani seperti Iskandar Agung dan Pyrrhus dari Epirus turut mendorong beliau membawa tutornya dalam kempen ketenteraannya. Contohnya, semasa melancarkan serangan mengejut ke atas Rom melalui Pergunungan Alps, Hannibal membawa seorang sejarawan Spartan bernama Sosylos.

Dan ianya tidak terhenti di situ saja. Semasa duduk dalam buangan selepas tamat Perang Punic Kedua, beliau menulis buku dalam Bahasa Yunani di mana satu buku menceritakan kempen musuhnya di Asia Kecil, Gnaeus Manlius Vulso. Buku itu merupakan panduan ketenteraan dalam menghadapi serangan Rom pada penduduk Pulau Rhodes. Livy dalam catatannya menceritakan semasa berada di Itali, Hannibal turut mengarahkan kempen ketenteraan beliau diabadikan dalam bentuk tablet-tablet gangsa di sebuah kuil di Crotone, selatan Itali. Bagaimanapun, kuil tersebut musnah kerana perang dan gempa bumi.

Sumber:

1. Mandal, Dattatreya. (2016). Realm of History. 10 Fascinating Things You Should Know About Hannibal Barca. https://www.realmofhistory.com/2016/01/15/10-fascinating-things-you-should-know-about-hannibal/

2. Mandal, Dattatreya. (2015). Realm of History. 10 Amazing Facts About The Roman Army of Early Republic. https://www.realmofhistory.com/2015/09/06/10-facts-you-should-know-about-the-roman-army-of-the-early-republic/



5. ReverseSpins.com. Patton, The Second Coming of Hannibal. http://www.reversespins.com/patton.html

6. Nepos, Cornelius. Hannibal.


PERANG 100 TAHUN - BABAK HITAM DALAM SEJARAH EROPAH

Antara babak-babak hitam dalam fasa zaman kegelapan eropah, adalah tidak lengkap kalau tidak berbicara tentang sebuah fasa perang yang berlaku selama 100 tahun yang melibatkan dua buah negara di Eropah iaitu England dan juga Perancis. Perang ini dipanggil sebagai perang 100 tahun kerana berlaku selama 116 tahun, bermula pada tahun 1337 Masihi dan tamat secara rasmi pada 1453 Masihi.

Yang menariknya mengenai perang yang antara faktor menjerumuskan lagi eropah ke zaman kegelapan ialah ianya berlaku selama pemerintahan lima orang raja yang memerintah kedua-dua kerajaan ini. Terdapat beberapa fasa dalam perang ini di mana seperti yang digariskan di bawah:

1. Fasa Edwardian (1337 – 1360 Masihi)
2. Fasa Caroline (1415-1429 Masihi)
3. Fasa Lancastrian (1415-1429 Masihi)

Baik, sebelum kita melangkah lebih jauh dalam membincangkan tentang topik ini, maka kata saya perlunya saya untuk menggariskan faktor-faktor yang menjerumuskan perang ini. Sebuah perang tidak akan berlaku tanpa ada faktor-faktor yang menggerakkannya. Hanya orang gila sahaja yang berperang tanpa tujuan.

I. Perebutan Wilayah Flanders

Wilayah Flanders ketika ini telah menjadi sebagai pusat perindustrian di Eropah Utara (kini dalam wilayah Belgium, dan banyak kota-kota hebat di Belgium berada di dalam wilayah ini seperti Brussels). Sumber ekonomi yang menjadikan Flanders menjadi sebuah wilayah yang sangat kaya raya ialah sumber ekonomi pengeluaran kainnya.

Wilayah Flanders pula dicatatkan berdagang dengan England demi menampung keperluannya mendapatkan bulu kambing-kambing biri-biri demi penghasilan kainnya. Perniagaan ini pula sangat penting buat England kerana secara sudah menjadi tradisi di England di mana masyarakatnya menjadikan wain dan beer sebagai sumber utama pemanas badan terutama pada waktu musim sejuk.

Namun pokok anggur yang menjadi kepada sumber minuman terutama wain tidak dapat ditanam di England dan mahu mendapatkan bekalan wain yang mencukupi, maka England akan melakukan pertukaran dengan wilayah Flanders dengan bulu kambing biri-birinya.

Malangnya raja Perancis ketika itu, mahu menguasai wilayah Flanders yang disifatkan sebagai kaya raya. Ini membuatkan pedagang England berasa terancam. Yalah, mahu ke Flanders pun terpaksa melalui kawasan utara Perancis, ini lagikan pula wilayah Flanders itu berada di bawah penguasaan Perancis. England tentu tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku.

II. Perselisihan Politik

Kita boleh simpulkan juga perselisihan politik sebagai faktor yang turut mengheret kepada Perang 100 Tahun ini. England dan Perancis, sehingga hari ini boleh dianggap sebagai rival. Rivalry antara dua negara ini sebenarnya bermula sejak zaman pertengahan lagi. Antara sebabnya ialah pertindihan kawasan taklukan.

Hasrat utama Raja Perancis menyatukan seluruh wilayah terbantut dek penguasaan England di sebuah wilayah yang bernama Gascony yang terletak di Selatan Perancis, kira-kira bersempadan dengan Sepanyol hari ini. Dalam masa yang sama pulak, England sentiasa tidak berpuas hati dengan Perancis yang begitu baik menjalankan hubungan dengan Scotland yang begitu diidamkan oleh raja England untuk dimasukkan ke dalam wilayah penguasannya.

III. Perebutan Takhta

Selepas kemangkatan Charlex IV, anak kepada Raja Philip The Fair menyebabkan Perancis tidak mempunyai waris lelaki. Raja Philp pula mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Isabelle dan anak perempuannya ini pula telah berkahwin dengan Raja Edward II daripada England.

Ketika itu, di Perancis, parlimennya telah menggubal undang-undang yang menghalang perempuan menaiki takhta manakala mereka tidak mengiktiraf Edward II sebagai seorang raja kerana pertaliannya dengan England. Mereka telah membelakangi Edward II dengan melantik anak saudara Raja Philip iaitu Philip Of Valois. Ini telah membuatkan Edward menuntut haknya ke atas takhta Perancis.

Baik, sekarang kita sudah jelas akan tiga faktor paling kuat yang dipercayai sebagai batu loncatan kepada permulaan babak-babak yang saya kira antara fasa menarik dalam sejarah eropah. Maka sekarang sudah tiba untuk kita menghadam setiap fasa dan peringkat dalam Perang 100 Tahun ini secara kronologi untuk memudahkan lagi pemahaman kita tentang apa sebenarnya yang berlaku selama 100 tahun konflik di Eropah.

Wow! Seratus Tahun berperang, itu bukan tempoh yang pendek kerana Perang Dunia Pertama dan Kedua pun tidak berlaku selama itu!

i. Fasa Edwardian (1337-1360 Masihi)

Perang pada fasa pertama ini bermula apabila tahun 1304 Masihi di Pertempuran Sluys. Raja Edward III daripada England telah memimpin 120 – 150 buah kapal menyerang armada kapal Perancis yang dipimpin oleh Hugues Quieret dan juga Nicolas Becuchet yang membawa 190-213 buah kapal.

Dalam pertempuran ini, sejarawan berbeza pendapat tentang kehilangan di pihak Perancis (ada yang memetiK dalam 16-18 ribu manakala ada yang lebih berani dengan membawa angka 20 ribu orang tentera Perancis). Namun yang penting, dalam pertempuran ini juga, England telah memenanginya.

6 Tahun kemudian, sekali lagi Edward menceroboh Perancis dan menakluk beberapa kawsan Perancis demi melakukan penjarahan dan juga penaklukan. Namun tidak seperti Pertempuran Sluys, kali ini Peracis lebih bersedia.

Dalam Pertempuran Crecy, dicatatkan bahawa Raja Edward III bersama anaknya Edward The Black Prince telah memimpin antara 9000 hingga 12 000 orang askar melawan 30 ribu orang hingga 100 ribu orang tentera Perancis.

Pertempuran ini boleh disimpulkan dengan ketika pendaratan Edward III ke wilayah Perancis, Raja Philip VI dari Perancis telah mengejar dan berjaya mendahului pasukan Edward. Namun berkat kehebatan pemanah Inggeris dan Wales yang dibawa dalam pertempuran ini, akhirnya Philip VI terpaksa mengalah dan mengakibatkan kemenangan sekali lagi buat England. Hanya sekitar 100-300 orang tentera England yang mati manakala Perancis kehilangan lebih kurang 2000 orang tentera serta banyak tenteranya dijadikan tawanan perang oleh England.

Rentetan dari pertempuran di fasa pertama ini, menyaksikan banyak lagi pertempuan lebih berpihak kepada pihak England. Sebagai contoh, antara yang dikenang ialah kemenangan England di Pertempuran Poiters di mana England yang membawa lebih kurang 3000 orang askar berjaya mengalahkan tentera Perancis yang ketika itu membawa lebih kurang 8000 orang askar.

Namun kelebihan askar yang menandingi tentera England tidak membantu langsung kekalahan mereka. Dicatatkan bahawa Perancis kehilangan lebih kurang 2500 orang tentera, manakala 2000 lagi dijadikan sebagai tawanan perang.

Selepas itu rentetan demi rentetan menghiasi fasa Edwardian ini sehinggalah peristiwa Death Black melanda Perancis dan kepenatan akibat kekalahan daripada banyak pertempuran memaksa Perancis menandatangani Peace Of Breatigny pada tahun 1360 Masihi sekaligus menamatkan fasa pertama dalam Perang 100 Tahun dengan keputusan England memperoleh wilayah Calais yang terletak di Utara Perancis.

ii. Fasa Caroline (1369 – 1389 Masihi)

Kalau dalam Fasa Edwardian, jelas bahawa England mencatatkan kemenangan . Namun jelas dalam fasa kedua ini, kelihatan seperti rentak bertukar arah kepada Perancis di bawah pimpinan Charles V. Perancis tidak memilih untuk bertempur secara penuh sebaliknya membiarkan England menyerang dahulu dan barulah mereka mula menyerang.

Dalam fasa kedua ini, Betrand Du Guesclin telah menasihati raja Charles V agar tidak menghadapi England dalam pertempuran secara penuh atau berdepan sebaliknya menggunakan taktik seperti menyerang kota-kota yang ditakluk oleh England lalu melarikan diri sebelum sempat tentera England sampai. Beberapa kali England cuba memaksa Perancis untuk turun bertempur secara penuh namun semuanya dielak oleh Du Guesclin.

Saya juga melihat bahawa di Nusantara, Fabian Tactic ini turut digunakan oleh Laksamana Hang Nadim menentang Portugis yang lebih superior dari tentera Johor ketika itu.

Lagipun ketika fasa kedua ini, England telah kehilangan dua watak penting dalam Fasa Edwardian dahulu. Raja Edward III ketika pula sudah semakin tua manakala anaknya, Black Prince pula sedang sakit tenat Komander tentera England iaitu John Chandos pula terbunuh telah meninggalkan kesan yang lebih mendalam pada England.

Dalam fasa kedua ini, penguasaan England ke atas pertempuran laut juga beralih arah kepada Perancis apabila mereka kalah teruk dalam Pertempuran La Rochelle. Ini telah memaksa England menandatangi Treaty Of Bruges.

iii. Fasa Lancastrian (1415 – 1435 Masihi)

Perang 100 Tahun diteruskan lagi oleh England yang ketika itu dibawah pemerintahan Henry V telah menyerang Perancis. Pertempuran ini dikenali sebagai Pertempuran Agincourt di mana Henry V telah memimpin lebih kurang 6 – 9 ribu orang askar melawan 12-36 ribu orang tentera Perancis. Dalam pertempuran ini, Pihak England yang ketika itu hanya kehilangan 112 orang manakala Perancis pula kehilangan lebih kurang 7-10 ribu orang.

Kemenangan Raja Henry V telah membuatkan Perjanjian Troyes termeterai manakala hampir seluruh wilayah Perancis berada di bawah pemerintahan Raja Henry V.

Raja Perancis ketika itu telah mengisytiharkan anak lelakinya Dauphin sebagai pemangku dan pengganti Henry di Perancis. Raja Henry kemudian berkahwin dengan anak perempuan Raja Perancis iaitu Catherine namun dengan syarat nanti anak itu akan menjadi raja Perancis.

Ini telah mengheret kepada sebuah lagi konflik apabila Dauphin berasa tidak puas hati lalu mengetuai askar Perancis untuk berperang sekali lagi dengan England. Namun peringkat awal perang ini, England telah berjaya mengalahkan Peranciis dengan menguasai bandar dan kubu-kubu utama di sekitar kawasan sungai.

Namun sekali lagi medan pertempuran bertukar arah apabila munculnya seorang gadis bernama Joan Of Arc (artikel khas tentang Joan of Arc akan dinaikkan dalam bulan Februari) yang telah membawa kembali Perancis memenangi peperangan ini. England kemudian menerima bala buruk apabila orang Burgundy pula telah berpaling tadah daripada England lalu memihak kepada Perancis.

Jadi melalui pakatan Perancis dan Burgundy ini, satu persatu wilayah Perancis yang sebelum ini berada di bawah England telah jatuh persatu-persatu ke dalam tangan Perancis semula. Kemuncaknya dalam Pertempuran Castillon di mana kira-kira 6-10 ribu orang tentera England kalah kepada 7-10 ribu orang tentera Perancis, sekaligus menamatkan perang 100 dan Fasa Lancastrian dimenangi oleh Perancis.

Kesan-kesan yang boleh kita teliti daripada Perang 100 Tahun adalah seperti berikut:

a.) England Ke Arah Raja Berperlembagaann
b.) Perancis Ke Arah Sistem Beraja Mutlak
c.) Bahasa Inggeris Mula Mengambil Alih Sebagai Bahasa Rasmi Di England

Kesimpulan

Apa yang kita boleh pelajari daripada sejarah ini ialah perang sebenarnya mengakibatkan banyak kemusnahan daripada kebaikan. Kadang-kadang, ramai yang menjadi korban hanya kerana mahu memenuhi nafsu raja yang memerintah. Tetapi dalam Perang 100 tahun itu, disebalik kemusnahan dan kematian jiwa, ianya turut meninggalkan semangat kebangsaan yang tinggi dalam kalangan rakyat England dan Perancis dan mewujudkan rivalry seperti yang kita lihat hari ini antara England dan Perancis.

-HE-

Sumber rujukan:

1. Mohammad Kamal Kamaruddin. Sejarah Eropah. Pearson Malaysia Sdn Bhd. (2009)

2. Europe: A History. Oxford University Press (1996)

3. Bryan Perret. The Battle Book. Arms and Armour Press. (1992)

4. W.M.N Omrod. Edward III. History Today. Vol. 52(6). (2002)



Monday, 14 August 2017

KESULTANAN SAMUDERA PASAI: KERAJAAN ISLAM AGUNG ALAM MELAYU

Kesultanan Samudera Pasai atau dikenali sebagai Samudera Darussalam diasaskan pada tahun 1297 Masihi oleh seorang ketua kampung Samudera (asal – usul negeri Samudera adalah sebuah kampung) yang bernama Meurah Silu atau dikenali sebagai Sultan Al Malikus Saleh yang merupakan Sultan Samudera Pasai yang pertama.

Dikatakan Syarif Mekah telah mendengar khabar bahawa terdapat penempatan masyarakat Islam di Pulau Sumatera lalu mengutuskan Syeikh Ismail untuk menyebar agama Islam di Pulau Sumatera. Dalam perjalanan ke Pulau Sumatera, Syeikh Ismail telah singgah di Malabar dan bertemu dengan seorang ahli sufi yang juga merupakan seorang bekas raja yang meninggalkan takhta demi mendalami ilmu tasawuf yang bernama Faqir Muhammad. Faqir Muhammad dikatakan berketurunan Sayyidina Abu Bakar As -Siddiq. Tujuan perjalanan Syeikh Ismail ke negeri Samudera Pasai kerana teringat pesanan Nabi Muhammad s.a.w kepada para Sahabat r.a. di dalam hadis Nabi s.a.w menurut Hikayat Raja Pasai yang berbunyi: “Bahawa ada sepeninggalku wafat itu, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya; apabila ada didengar khabar negeri itu, maka kamu suruh sebuah kapal membawa perkakas alat kerajaan dan kamu bawai orang dalam negeri itu masuk agama Islam serta mengucap dua kalimah syahadat. Syahadan lagi akan dijadikan Allah S.W.T dalam negeri itu terbanyak daripada segala wali Allah jadi dalam negeri itu. Adapun pertama ada seorang fakir di negeri Mengirinya, iaitulah kamu bawa serta kamu ke negeri Samudera itu”.
Gambar menunjukkan lokasi Kerajaan Samudera Pasai

Setelah Syeikh Ismail tiba ke destinasi sebenar iaitu negeri Samudera, Syeikh Ismail telah berjumpa Meurah Silu dan meminta beliau untuk mengucap dua kalimah syahadah dan kemudian disuruh pula Meurah Silu membaca Al Qur’an. Syeikh Ismail mendapati Meurah Silu telah mampu mengucap dua kalimah syahadah dan membaca Al Qur’an dengan lancar. Setelah itu, Syeikh Ismail menghimpunkan segala penduduk termasuklah para pembesar, hulubalang dan rakyat jelata dan mengajar mereka untuk mengucap dua kalimah syahadah. Penduduk Samudera Pasai dengan rela hati untuk memeluk agama Islam. Pengislaman di Alam Melayu dengan cara berhemah dan hikmah sekali gus telah menafikan dakwaan ahli – ahli orientalis Barat yang mendakwa penyebaran agama Islam melalui mata pedang. Syeikh Ismail juga menganugerahkan alat – alat kebesaran kerajaan Mekah dan menamakan Meurah Silu dengan gelaran Sultan Malikus Saleh sempena nama Sultan Mesir, Sultan Malikus Saleh Nadjamuddi Al Ayyubi. Sultan Malikus Saleh juga berkahwin dengan puteri Sultan Perlak dan hasil perkahwinan mereka telah melahirkan seorang putera yang bernama Sultan Malikus Az Zahir 1.

Pada zaman pemerintahan Sultan Malikus Az Zahir 1, beliau berjaya menyatukan Kesultanan Perlak kedalam Kesultanan Samudera Pasai. Beliau juga dikatakan anak saudara kepada Sultan Perlak yang terakhir, Sultan Makhdum Alaiddim Malik Abdul Aziz Syah Djohan Berdaulat yang berasal daripada Dinasti Djohan Berdaulat melalui sebelah ibunya.

Ketika era pemerintahan Sultan Malikus Az Zahir II yang memerintah dari tahun 1326 masihi hingga 1348 masihi, Kesultanan Samudera Pasai berada di zaman kegemilangannya. Ibnu Batutah pernah singgah ke negeri Samudera Pasai dalam perjalanan ke China dan mendapati Sultan Samudera Pasai amatlah berpegang teguh kepada agama dan bermazhab Syafi’e. Selain itu, Sultan juga mendampingi para ulama dalam membicarakan masalah – masalah agama. Ketika hendak menunaikan solat Jumaat, Sultan amat gemar sekali berjalan kaki ke masjid. Sultan juga menghantar para pendakwah Islam ke negeri – negeri Melayu dan sanggup membiayai untuk tujuan berdakwah.

Ibnu Batutah juga bertemu dengan dua orang ulama besar bermazhab Syafi’e yang berbangsa Parsi. Seorang dikatakan datang dari Syiraz, Iran dan seorang lagi dikatakan datang dari Isfahan, Iran. Kedua – dua mereka juga dilantik sebagai kadi bagi Kesultanan Samudera Pasai.

Kesultanan Samudera Pasai juga pernah menjadi pusat Khalifiyah Islamiyyah di Dunia Timur selepas jatuhnya kota Baghdad akibat serangan Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan pada tahun 1258 masihi. Negeri Samudera Pasai menjadi tarikan para cendikiawan dan intelektual dari seluruh penjuru Islam sehingga Samudera Pasai menjadi kota ilmuwan Islam dan pusat penyebaran Islam. Sultan Samudera Pasai juga telah menghantar puterinya untuk berkahwin dengan Sultan Melaka yang pertama, Parameswara bertujuan untuk berdakwah kepada agama Islam. Selain itu, kerajaan Samudera Pasai menghantar Syeikh Said untuk mengislamkan Raja Patani. Ini membuktikan betapa besarnya jaya Kesultanan Samudera Pasai dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh rantau Alam Melayu.

Rombongan Sayyid Jamaluddin Al Kubro (moyang para ulama Melayu Islam) dan Maulana Malik Ibrahim (salah satu para Wali Songo) pernah mengadakan rombongan ke negeri Samudera Darussalam telah mendapat sambutan dan penghormatan oleh Sultan Samudera Pasai dan para pembesar Melayu Samudera Pasai. Ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin, Maulana Ishaq iaitu ayahanda kepada Sunan Giri, salah seorang para Wali Songo pernah menjadi Mufti dan penasihat agama kepada Sultan. Ini membuktikan Kesultanan Samudera Pasai merupakan pusat pendidikan Islam di rantau Alam Melayu dan berjaya melahirkan tokoh – tokoh ulama besar dalam sejarah Melayu.

Setelah mangkatnya Sultan Al Malikuz Zahir II yang bijaksana, takhta kerajaan Samudera Pasai diganti oleh puteranya yang bernama Sultan Zainal Abidin. Ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin, kerajaan Samudera Pasai mula menunjukkan kemerosotan. Dikatakan Siam berjaya menculik Sultan Zainal Abidin yang ketika itu masih muda untuk menjadi tawanan di istana Siam dan terpaksalah kerajaan Samudera Pasai membayar upeti dalam bentuk “bunga emas” kepada Siam bagi menebuskan kembali Sultan Zainal Abidin.

Apabila Hayam Wuruk mengganti bondanya, Thribuwana Wijayatunggadewi sebagai Raja Majapahit yang keempat pada tahun 1350, Empayar Majapahit telah menyerang Kesultanan Samudera Pasai dan terpaksa tunduk dibawah naungan Empayar Majapahit. Faktor – faktor mendorong perluasan Empayar Majapahit termasuklah Kesultanan Samudera Pasai disebabkan Sumpah Palapa yang terkenal oleh Mahapatih Gajah Mada yang akan menyatukan seluruh kepulauan Melayu dan juga cemburu akan kejayaan dan kemajuan Samudera Pasai. Selain itu, terjadinya faktor serangan Majapahit ke atas Samudera Pasai disebabkan Sultan Ahmad Malik Az Zahir II jatuh cinta dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Germencang yang sepatutnya menjadi calon menantunya. Oleh itu, Sultan Ahmad Malik Az Zahir II telah memerintah puteranya, Tun Abdul Jalil dibunuh. Sebelum itu, Raden Galuh Germencang juga telah jatuh cinta Tun Abdul Jalil disebabkan tertarik dengan kekacakan wajah Tun Abdul Jalil melalui potret yang ditunjukkan kepada beliau. Apabila tiba ke Samudera Pasai, Raden Galuh Germencang telah kecewa setelah mendapati Tun Abdul Jalil dibunuh lalu membunuh diri dengan terjun ke dalam laut dimana jenazah Tun Abdul Jalil juga telah dibuang ke dalam laut. Hal ini telah mendatangkan kemurkaan kepada Raja Majapahit lalu memerintah Mahapatih Gajah Mada untuk menyerang negeri Samudera Pasai.

Serangan Majapahit ke atas Samudera Pasai memaksa Sultan Ahmad Malik Az Zahir II terpaksa melarikan diri. Dikatakan selepas kemenangan Majapahit ke atas Pasai, Majapahit menjarah melalui negeri – negeri yang dilalui oleh mereka seperti Jambi, Palembang dan Pagaruyung dalam perjalanan pulang ke Tanah Jawa. Kisah ini diceritakan dalam Hikayat Raja Pasai.

Walaubagaimanapun, tentera Majapahit terpaksa berundur dari Pasai disebabkan asakan serangan mujahidin – mujahidin Samudera Pasai dan ditambah lagi dengan kekecohan yang berlaku di Keraton Majapahit. Selepas itu, Kesultanan Samudera Pasai diperintah oleh Sultanah yang bernama Sultanah Nashriyyah. Sultanah Nashriyyah dikatakan seorang Muslimah yang warak dan berbudi perkerti. Namun begitu, zaman pemerintahan Sultanah Nashriyyah berlakunya konflik antara ulama syariat yang dipimpin oleh suaminya, Malik Mustafa dan ulama sufi aliran wahdatul wujud iaitu Wazir Besar Pasai, Raja Bakoy. Raja Bakoy dikatakan kalah dalam perang saudara Pasai.

Zaman kegemilangan Kesultanan Samudera Pasai kini hanyalah tinggal kenangan dan kebangkitan Empayar Melayu Melaka yang mengambil alih pusat perdagangan di Nusantara. Walaubagaimanapun, Samudera Pasai masih lagi menjadi tempat untuk menuntut ilmu agama dimana Sultan Melaka dikatakan pernah menghantar para pembesar Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah – masalah agama.

Pada tahun 1511 masihi, ia merupakan tahun yang gelap bagi seluruh umat di Dunia Melayu Islam dimana serangan Portugis ke atas Melaka juga telah memberi kesan kepada Kesultanan Samudera Pasai. Pada tahun 1521 masihi, Portugis telah menyerang negeri Samudera Pasai dan berakhirnya sebuah kesultanan yang pernah menjadi pusat ilmuwan dan intelektual kepada golongan ulama dan cendikiawan Islam. Walaubagaimanapun, kebangkitan sebuah kerajaan baharu iaitu Kesultanan Aceh Darussalam yang diasaskan oleh Sultan Ali Mughayat Syah berjaya menghalau Portugis dari tanah Pasai dan negeri Samudera Pasai menjadi sebahagian daripada Kesultanan Aceh.

Rujukan:

1. Hamka, Sejarah Umat Islam Edisi 2016

2. Hikayat Raja Pasai (2016) terbitan Dewan Bahasa dan Pusaka

3. Tun Suzana Tun Haji Othman (2011), Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah s.a.w & Ulama Umarak di Alam Melayu, Cresent News (K.L) Sdn Bhd.

4. Ahmad Jelani Halimi (2008), Sejarah dan tamadun bangsa Melayu, Utusan Publications, 2008 – Civilization, Malay – 412 pages

5. Hilmy Bakar Almascaty, Kerajaan Islam Pasai-Aceh Dan Peranannya Dalam Menaklukkan Kerajaan Jawa-Hindu Majapahit (Kajian Terhadap Peran Walisongo Dalam Islamisasi Jawa) https://www.scribd.com/document/12075241/KETIKA-PASAI-MENAKLUKKAN-MAJAPAHIT

6. Kesultanan Samudera Pasai, Melayu Online, http://melayuonline.com/ind/history/dig/63/kesultanan-samudera-pasai


RAJA-RAJA MELAYU AGUNG SEGENTING KRA

Hasil carian imej untuk Suryavarman I
GAMBAR MEMAPARKAN KEPADA KITA GAMBARAN PALING DEKAT KEPADA PEMAKAIAN RAJA-RAJA ANGKOR KETIKA ITU.

Tuan-tuan dan puan, setakat ini, yang kita ketahui bahawa tamadun Melayu yang kita sama-sama sayangi ini sudah mencecah sekurang-kurangnya 600 SM. Angka ini djangka akan bertambah dan bertambah, menunjukkan kepada kita bahawa bangsa kita bukan bangsa picisan dalam helaian sejarah. Antara kehebatan yang ingin saya paparkan di sini ialah kisah tentang 3 raja agung yang pernah memerintah Segenting Kra dahulu, atau lebih molek kita panggilnya sebagai kerajaan Melayu Purba bernama Sri Dharmaraja.

Kerajaan agung yang dijangka berdiri seawal abad pertama masihi ini mempunyai banyak raja-raja hebat yang memerintahnya, namun cukuplah untuk setakat ini, kami perkenalkan kepada anda 3 nama yang pastinya akan membuatkan darah Melayu kalian menggelegak penuh bangga mengenangkan kehebatan mereka. Ayuh, bersama saya menelusuri pengembaraan yang penuh asyik ini.

1. Raja Sujita (1001 – 1006 Masihi) 

Raja Sujita ialah salah seorang penakluk agung dalam sejarah Melayu. Baginda dikatakan berketurunan pemerintah Srivijaya yang namanya cukup masyur dalam prasasti-prasasti Asia Tenggara, tetapi seolah-olah dibisukan namanya dalam helaian sejarah Melayu terutama di Malaysia. Tiada siapa dalam kalangan kita anak Melayu yang pernah mendengar nama Sujita kerana kita sudah selalu dimomokkan bahawa orang Melayu hanya mempunyai satu kerajaan agung sahaja di dunia, iaitu Kesultanan Melayu Melaka padahal kita sudah membina tamadun seawal 600 SM, 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S dan 1100 tahun sebelum kelahiran junjungan besar kita Rasulullah S.A.W.
Ini ialah kisah bagaimana seorang raja Melayu menundukkan tiga kerajaan agung di Asia Tenggara sekaligus! Mari kita mulakan dengan sejarah awal Raja Sujitha. Rekod-rekod sejarah menceritakan kepada kita bahawa baginda pernah bertugas di dalam empayar Angkor sebagai panglima tentera Angkor sendiri seawal 962 Masihi sendiri ketika era pemerintahan Raja Rajendravarman lagi. Daripada ini, kita sendiri tahu bahawa Sujita ini bukanlah orang asing. Lagipun rekod sejarah seperti Batu Bersurat Prasat Khana yang berusia 1001 Masihi pula memberitahu kita bahawa saudara perempuan kepada Sujita ialah isteri kepada raja Jayavarman V yang pernah memerintah Angkor.
Diceritakan kepada kita dalam helaian sejarah bahawa ketika tahun 1001 Masihi, seorang raja Angkor bernama Jayavarman V telah mangkat dan ini telah mewujudkan kekosongan dalam takhta Angkor yang telah membawa kepada serangan sebuah kerajaan Mon bernama Haripunjaya yang terletak di utara Thailand ke atas kerajaan Lavo, sebuah lagi kerajaan bangsa Mon yang menjadi “vassal” (naungan) kepada Empayar Angkor dan berindak sebagai pos kawalan tentera Angkor di sebelah barat.
Hasil carian imej untuk Suryavarman I


Di saat dua kerajaan ini sedang bersengketa antara satu sama lain, maka seorang raja Melayu bernama Sujita telah mengambil kesempatan untuk menyerang dua kerajaan yang bertelagah ini. Ia tercatat dalam sebuah kitab lama sejarah Chiang Mai yang bernama Jinakalamali yang dikarang sekitar abad ke 16:

“Seorang raja Haripunjaya bernama Atrasataka telah menyerang Lavo, di mana Ucchittachakravatti bersemayam. Pada ketika dua kerajaan ini sedang bersedia untuk bertempur, seorang raja Sri Dhammanagara bernama Sujita telah tiba di Lavo dengan angkatan perang dan armada yang besar. Dek kerana serangan mengejut Sujita ini, dua kerajaan ini melarikan diri ke Haripunjaya.”
Imej yang berkaitan
Haripunjaya dan Lavo kedua-duanya ialah buah kerajaan bangsa Mon yang muncul selepas kejatuhan Dvaravati sebuah kerajaan legenda Mon yang menjadi mangsa penaklukan Angkor. Apa yang menarik tentang catatan di dalam Jinkalamali ini memberitahu kita bahawa betapa besarnya martabat raja-raja Melayu ketika itu. Dua kerajaan Mon tengah bergaduh, lalu seorang raja Melayu masuk campur. Kehadiran raja Melayu itu membuatkan dua kerajaan asing itu bertempiaran lari tak cukup tanah!

Tapi nanti dulu, di sebalik kejayaan Sujita ini menawan kerajaan Lavo, sebenarnya baginda juga secara tak langsung menakluk Empayar Angkor yang luas. Ini memberitahu kita bahawa empayar orang Khmer dua kali telah ditakluk oleh orang Melayu. Pertama ketika Chenla teruk dibantai oleh Raja Dharanindra daripada Dinasti Sailendra dari Jawa Timur ketika itu. Kali kedua pula ialah di tangan Sujita sendiri. Apabila Lavo yang menjadi pusat kawalan Angkor jatuh ke tangan raja Sujita, ianya sekaligus memberi kita info bahawa seluruh Angkor jatuh ke tangan Sujita. Maka sejarah pun bercerita bahawa Jayaviravarman ialah nama yang dipilih Sujita yang bermaksud vira yang berjaya, penguasa Ligor dan Angkor.

2. Suryavarman I (1006 – 1050 Masihi) 

Selepas Chenla dilanggar oleh Dinasti Melayu Sailendra, bangsa Khmer hidup di dalam kegelapan sebelum seorang raja bernama Javayarman II yang dikatakan dibesarkan di dalam istana Sailendra telah memberontak dari Sailendra dan mendirikan Kerajaan Angkor, yang selepas ini akan dikenang sebagai salah satu daripada kerajaan agung dalam Asia Tenggara, bahkan Asia kerana kejayaan-kejayaan hebat yang dicapai oleh kerajaan purba ini seperti pembinaan Kota Angkor yang lengkap dengan sistem perbandaran yang teratur yang membawa kepada jumlah populasi 1 Juta manusia, bandar pertama di Asia yang mencapai tahap seperti itu ketika zamannya selepas kejatuhan Baghdad di tangan bangsa Monggol. Selain itu, Angkor juga terkenal dengan pembinaan Angkor Wat yang didabikkan sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Purba.
Hasil carian imej untuk Suryavarman I
Tetapi tahukah kalian bahawa di sebalik semua keagungan itu, ianya hanya dimualakan pada sekitar tahun 1006 hingga 1050 Masihi di bawah pemerintahan seorang raja Melayu bernama Suryavarman yang merupakan anak kepada raja Sujita dan berdarah Khmer di sebelah ibunya yang baru sahaja saya sebutkan namanya dalam senarai no 1?

Tak-tak… bukan saya yang menyebut tentang ini sebaliknya salah seorang sejarawan Inggeris bernama Dr Quaritch Wales yang menganggap bahawa Suryavarman I ialah “Pemula Zaman Teragung Angkor”. Bahkan Suryavmarman I selalu mendapat jolokan “Penakluk Teragung Asia Tenggara.” Lihatlah betapa seorang raja Melayu menjadi seorang raja yang dijolok sebagai penakluk terhebat Asia Tenggara.

Untuk mendapat jolokan itu bukannya mudah. Suryavarman I dengan bantuan ayahnya Raja Sujita yang ketika itu memerintah Sri Dharmaraja harus menakluk wilayah-wilayah seperti kerajaan Mon, Tanah Dataran Korat, Segenting Kra sehingga sampai jauh ke Chiengsen di utara Thailand hari ini. Kemuncak penaklukan Suryavarman I adalah seluas seperti di dalam gambar yang saya kongsikan dengan kalian dalam pautan ini ;
Luaskan empayar yang berjaya dicapai oleh Suryavarman I? Tak hairanlah kalau baginda mendapat gelaran penakluk terhebat Asia Tenggara. Tapi nanti dulu. Survavarman I bukan sahaja seorang penakluk yang hebat. Baginda lebih daripada itu. Baginda ialah seorang pemerintah yang sangat mempunyai toleransi agama yang penting.

Sebagai seorang raja Melayu yang asal-usulnya daripada Sri Dharmaraja, anutan baginda pada ketika itu ialah agama Buddha Mahayana. Orang Melayu kebanyakannya merupakan pengganut agama Buddha berbanding Hindu. Tetapi walaupun sedemikian, Suryavamarn I tidak mempunyai masalah dengan orang-orang Khmer yang diperintahnya yang kebanyakannya mengganut agama Devaraja, sejenis agama Hindu yang segala ajarannya sudah bercampur sudah bercampur dengan ajaran agama asal orang Khmer sendiri.
Hasil carian imej untuk Suryavarman I
Bahkan jasa paling besar Suryavarman I ialah dengan membangunkan bahagian barat Tasik Ton Le Sap yang merupakan tasik terbesar di Asia Tenggara. Baginda telah membangunkan yayasan-yayasan keagamaan dan memberikan tanah kepada yayasan agama ini untuk membangunkan mmonasteri dan kuil-kuil sebagai tempat belajar agama dan sembahan. Apabila monasrteri ini dibangunkan, secara tak langsung kawasan disekitarnya akan membangun. Kampung-kampung akan wujud. Maka apabila kampung-kampung wujud, maka sistem saliran terbaik harus dibangunkan untuk mengairi tanaman di sekitar kampung.

Kemuncaknya, Suryavarman I telah membangunkan sebuah tasik buatan sendiri yang seluas 7.8 X 2.1 KM. Tasik ini dipanggil sebagai West Baray. Tasik buatan sendiri ini mengandungi 123 juta liter air. Tasik ini telah berfungsi sebagai pengairan kepada tanaman, pengakutan bahkan dibina penuh dengan falsafah Hindu-Buddha yang menjadi anutan Empayar Angkor yang diperintahnya.
Hasil carian imej untuk Suryavarman I
Tetapi selain daripada West Baray, Suryavarman I turut membina binaan yang penuh mengagumkan dunia yang kini menjadi rebutan antara Kemboja sehingga meletusnya konflik perang antara dua negara ini iaitu Preah Vihear!

Saya petik kata-kata daripada L.P Briggs yang sangat menyanjung ketokohan Suryavarman I:

“Pada keseluruhannya, dalam kemahirannya sebagai seorang pahlawan, pengatur dan pemerintah, sikap toleransinya, tabiatnya mengumpulkan penasihat-penasihat yang berilmu dan luas pandangan, sikapnya menggalakkan kesenian dan seni binanya, langkahnya memajukan kepentingan awam, maka tidak syak lagi baginda salah seorang daripada Maharaja Angkor yang teragung.”

3. Chandrabanu Dharmaraja (1230 – 1263 Masihi) 

Kalau ditanyakan kepada saya, siapakah raja-raja Melayu dalam sejarah yang saya kira berjiwa singa dan seorang berani, pastinya nama Chandrabanu Sri Dharmaraja ialah orangnya. Baginda pernah menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masihi untuk mencari relik Buddha yang bernama Pra Shing yang dianggap mempunyai mukjizatnya tersendiri daripada kerajaan Sri Lanka. Ini dicatatkan dalam riwayat sejarah Sri Lanka, Hatthavanagallaviharavamsa sendiri yang menyebut:
Hasil carian imej untuk Suryavarman I

"Seekor singa yang tidak terkalahkan di atas gajah yang gagah, yang di mana sang singa ini adalah raja untuk banyak negara lain, yang telah mempamerkan kepada dunia khidmatnya yang tidak terbalas pada dunia dan agama, yang mempunyai kekuatan angkata tentera yang hebat, yang mempunyai tekad untuk menawan kerajaan asing Lanka (Sri Lanka atau Ceylon), yang datang daripada sebuah kerajaan bernama Tambalinga dan ditemani oleh raja-raja daerah.”

Baginda cuba menakluk seluruh pulau tersebut namun dihalang oleh tentera kerajaan Sri Lanka sendiri yang diketuai oleh Putera Virabahu,anak saudara kepada raja Parakramabahu II.

Dalam pertempuran antara tentera Chandrabhanu dan tentera Dambedeniya (Sri Lanka), tentera Dambedeniya berjaya mengatasi serangan panah beracun dari askar Javaka dan berjaya menghapuskan ancaman Chandrabhanu dan tentera panah beracunnya dari mara ke Dambedeniya.
Dalam catatan Sri Lanka, tentera Melayu dari Tambralingga tersebut dikenali sebagai Javakas atau Malalas. Javakas dan Malalaas adalah gelaran dan panggilan orang Sri Lanka kepada orang Melayu. Sebaik sahaja berjaya memiliki utara Sri Lanka, Candrabhanu telah membina kembali dan memperiabiki kuil-kuil Buddha yang rosak di Sri Lanka.
Imej yang berkaitan
Namun sayangnya tidak lama kemudian, kerajaan utara Candrabhanu telah diserang pula musuh dari Selatan India iaitu kerajaan Pandya dan Candrabhanu sendiri memimpin tentera untuk membantu anaknya yang menjadi gabenor di Sri Lanka. Namun sayangnya, angkatan tentera Candrabhanu ditewaskan dan Candrabhanu sendiri terkorban dalam pertempuran dengan tentera Pandya.

Rujukan:

1. Raja Mohd Affandi (1974). Tokoh-Tokoh Melayu Agung Dalam Sejarah. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. Cik Srikandi (2015). Emas Para Dapunta Dan Maharaja. Terfaktab Fine

3. Michel Jacq-Hergoualc’h (2001). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk-Road (100 Bc-1300 Ad). Brill.

4. Lem Chuck Moth (2014). Sri Dharmaraja Laman Web Meru Heriitage (http://www.meruheritage.com/Sridhamaraja.html)

5. Lem Chuck Moth (2015). Srivijayan Connection. Laman Web Meru Heritage (http://www.meruheritage.com/SriVijaya.html)