Tak kira kau apa pegangan parti kau, selagi kau bernama Islam, maju kau sini. Rapat sikit. Rashid ada benda penting nak bagitau ni.
Kau pernah dengar COMANGO tak?
Pernah? Tak pernah?
Jawapan kau pernah atau tak pernah tu Rashid taknak amik tahu pun sebenarnya. Sorry sangat tau. Sebabnya apa pun jawapan kau, Rashid tetap akan cerita jugak.
Comango ni ditubuhkan pada tahun 2008. Maksud Comango ni adalah Coalition Malaysian NGO. Ada lebih kurang 52 NGO bersatu di bawah nama Comango ni. Antaranya adalah Sister In Islam, Persatuan Guru Tadika, Pertubuhan Pertolongan Wanita dan lain-lain. Comango diuruskan oleh dua NGO besar di dalamnya iaitu EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia.
Okey, apa motif penubuhan Comango ni tuan-tuan?
Comango ditubuhkan untuk menyuarakan hasrat dan tuntutan mereka. Antara tuntutan utama mereka adalah:-
1) Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
2) Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
3) Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Tuntutan ini turut merangkumi kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang dengan hukum alam termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.[9]
Nak tahu tuntutan lain sila la google. Kalau orang betul nak tahu Rashid trigger sikit dia terus pegi cari. Kalau yang jenis memang takkan amik peduli ni tulis semua pun bukan nak baca, siap buat lawak bodoh lagi suruh lukis. Hmm
Okey okey, walaupun ada yang menuntut, mujurlah ada juga yang membantah. Bantahan datang dari gerakan Muslim lain yang kukuh berdiri mempertahan dan melawan. Siapa mereka? Mereka adalah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Pada Februari tahun 2014, Tuntutan Comango telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Malaysia. Syabas ISMA! Walaupun ramai Muslim Malaysia yang hentam gerakan ISMA ni, ISMA tetap steady buat job.
Nama Comango telah tidak begitu kedengaran. Namun akhir-akhir ni makin kerap pulak dengar. Bulan Sept 2017, Comango's Demand sekali lagi kedengaran. Kali ini mereka datang 'sekapal' dengan tokoh-tokoh politik. Himpunan 'Tolak Politik Toksik' ini dihadiri oleh wakil dari parti Amanah, PPBM, PKR dan DAP. Turut serta dalam himpunan adalah Wanita IKRAM dan Helwa ABIM. Walaubagaimanapun kebanyakan mereka menafikan turut menyokong Comango, cuma kebetulan terhimpun dalam satu demonstrasi yang sama. Yela, walaupun dah angkat bunting Comango's Demand dan bergambar sakan, Rashid tetap akan anggap kalian tak sama fikrah. Mungkin betul tak sama ideologi, tapi Rashid sedikit gusar melihat hubungan kalian yang LUNAK.
Tujuan Rashid post isu Comango ni bukan apa, sebab risau ada yang masih tak tahu apa tuntutan mereka ni dan menyokong membuta tuli. Rashid tahu ramai je Muslim yang sokong Comango's Demand ni. Tapi tu la, Majlis Fatwa Kebangsaan dah fatwa haram, kau yang sokong tu dalam rumah masing-masing ada majlis fatwa sendiri ke macam mana?
Rashid menjangkakan isu Comango ni akan diperkatakan semula. Yela, suasana politik dan sistem pemerintahan sekarang dah tak macam dulu. Kedudukan kerusi parlimen yang kerajaan pun sedih jugak, kerusi ahli parlimen Muslim ada 41 orang je dari 112 kerusi. Sapa je la yang berani nak melawan benda-benda macam ni. Bab ekonomi semua terer, tapi bila sampai bab agama, kebanyakkannya tunduk diam menyepi. Sebelum ni yang selalu bangun bantah pun selalunya puak-puak yang korang gelar lebai ni je la, diorang je yang steady membantah. Antara yang lantang di Parlimen adalah Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi.
Ni sehari dua ni dengar ada petisyen besar-besaran dibuat untuk halang Dr Maszlee jadi menteri pendidikan, alasannya dia terlalu Islamik. Kau tahu kan sapa yang paling lantang cakap pasal bantahan ni?
Jadi, silakan share benda ni. Rashid tak ajak kau lawan kerajaan pun. Ye ye tahu kau sayang kerajaan. Rashid pun sayang jugak. Tapi Rashid lebih sayangkan agama Rashid. Cuma nak suruh kau aware dengan kemaraan puak Comango ni. Jangan la asyik nak fikir pasal GST, harga minyak dah turun ke belum, BRIM diteruskan ke tak. Ni hal agama kau ni pikir sikit. Silap-silap karang anak kau sendiri pun bebas nak pilih agama apa dia suka. Dah la bebas pilih agama, lepas tu masa lahir hari tu jantan, dah besar sikit jadi perempuan pulak. Dan kau dah takde hak nak halang dah. Kau halang? Anak kau report polis, kena dakwa kau.
Jadi sebelum benda jadi, amat tak bertanggungjawablah kiranya kau berdiam diri dan tak ambil tahu langsung ancaman benda ni. Tak mustahil nanti akan sampai bala yang besar nanti.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment