Thursday, 8 August 2019

WATAK² LEGENDA DUNIA MELAYU DALAM VERSI MITOSIA


Image may contain: 1 person, text
Assalamualaikaum. Buat pertama kalinya, kami menampilkan salah satu watak utama dalam dunia Mitosia, iaitu tidak lain dan tidak bukan, BADANG. Seorang watak yang terkenal dengan kekuatan luar biasa. Sejauh manakah kekuatan Badang bakal teruji? 
Assalamualaikum. For the first time, we feature one of the main characters in the world of Mythology, none other than the BADANG character is known for his incredible strength. How far will the power of the Badang be tested?
Image may contain: 1 person, text
Untuk watak kedua, kami menampilkan salah satu watak yang juga merupakan watak utama dalam dunia Mitosia, iaitu BAWANG PUTIH. Seorang watak yang terkenal dengan kisah hidupnya yang sering dibuli oleh adik tiri serta ibu tirinya. Bagaimanakah Bawang Putih menjadi perantara bagi alam manusia dan alam-alam lain? 
For the second character, we feature one of the characters that are also the main character in the world of Mythology, the BAWANG PUTIH. A character is known for her life story that was often bullied by her stepsister and her mother. How does Bawang Putih serve as an intermediary for human and other worlds?
Image may contain: 1 person, text 
Bawang Merah merupakan salah satu watak antagonis dalam dunia Mitosia. Bawang Merah mempunyai hati yang penuh hasad dengki terhadap kakak tirinya Bawang Putih. Apakah yang membuatkan Bawang Merah sanggup menyertai Raja Bersiong di Alam Gelap? 
BAWANG MERAH is one of the antagonistic characters in the world of Mythology. Bawang Merah has a malicious heart that envies her stepsister, Bawang Putih. What made the Bawang Merah willing to accompany the Raja Bersiong in the Dark Ages?
Image may contain: text
Puteri Duyung merupakan salah satu watak protagonis dalam dunia Mitosia. Dia adalah pewaris takhta Alam Samudera. Puteri Duyung juga merupakan salah satu watak penting dalam hikayat Mitosia. Apakah rahsia yang tersembunyi di Alam Samudera? 
The Mermaid Princess is one of the protagonists in the world of Mythology. She is the heir to the throne of the Ocean World. The Mermaid Princess is also one of the important characters in the mythic mythology. What's the secret hidden in the Ocean?
Image may contain: one or more people and text
Sang Kelembai merupakan salah satu watak antagonis dalam dunia Mitosia. Dia juga digelar sebagai Sang Gedembai. Sang Kelembai mempunyai kesaktian untuk menyumpah apa sahaja menjadi batu. Dalam hikayat Mitosia, Sang Kelembai telah memulihkan Si Tenggang kembali menjadi manusia biasa selepas bertahun-tahun menjadi batu akibat menderhakai ibunya. Apa yang bakal berlaku? 
The Sang Kelembai is one of the antagonistic characters in the world of Mythology. He is also called the Sang Gedembai. Sang Kelembai has the power to swear anything to be a stone. In the mythology of the Mythosia, Sang Kelembai has restored Si Tanggang into a normal human being after years of stoning as a result of disobeying his mother. What will happen?
Image may contain: 1 person, text
Puteri Santubong merupakan salah salah seorang dari dua beradik puteri kayangan yang dihantar ke bumi untuk menyelesaikan persengketaan antara dua kampung. Malangnya, adiknya Puteri Sejinjang telah menyimpan dendam apabila Putera Serapi yang direbutkan oleh mereka telah memilih Puteri Santubong sebagai kekasihnya. Bagaimanakan persengketaan antara dua beradik puteri ini bakal mengubah nasib dunia yang mereka diami? 
Puteri Santubong is one of two sisters who were sent to earth to settle disputes between the two villages. Unfortunately, her little sister was a little jealous when the Puteri Serapi captured by them chose Puteri Santubong as her lover. How could a dispute between these two sisters change the fate of the world they lived in?
Image may contain: 1 person, standing and text
Puteri Sejinjang merupakan adik kepada Puteri Santubong yang berasal dari kayangan. Mereka dihantar ke bumi untuk menyelesaikan persengketaan antara dua kampung. Malangnya, Puteri Sejinjang telah menyimpan dendam terhadap kakaknya Puteri Santubong apabila Putera Serapi yang direbutkan oleh mereka telah memilih Puteri Santubong sebagai kekasih. Puteri Sejinjang akhirnya menyertai Alam Gelap yang dipimpin oleh Raja Bersiong. Bagaimanakah persengketaan antara dua beradik puteri ini bakal mengubah nasib dunia yang mereka diami?
The Puteri Sejinjang (Little Princess) is the younger sister of Puteri Santubong who comes from the world. They were sent to earth to settle the dispute between the two villages. Unfortunately, Puteri Sejinjang had a grudge against her sister Puteri Santubong when Putera Serapi captured by them had chosen Puteri Santubong as his lover. Puteri Sejinjang finally joined the Dark Ages led by Raja Bersiong. How will the rivalry between these two sisters change the fate of the world they live in?
Image may contain: one or more people and textImage may contain: one or more people and text
Dalam dunia Mitosia, Bota Kanan dan Bota Kiri merupakan gergasi yang ganas, walau bagaimana pun, mereka tunduk kepada perintah Raja Bersiong. Apa yang menariknya ialah kedua-dua Bota tidak mengapa-apakan Pak Kaduk. Apakah sebenarnya yang berlaku? 
In the world of Mythology, the Bota Kanan and Bota Kiri are the fierce giants, however, they are subject to the Raja Bersiong's orders. What is interesting is that both Bota is very OKAY with Pak Kaduk. Who's Pak Kaduk? What exactly happened?
Image may contain: one or more people and text
Dalam dunia Mitosia, Bota Raja merupakan gabungan dua gergasi yang ganas iaitu Bota Kanan dan Bota Kiri, walau pun Bota Kiri dan Bota Kanan tunduk kepada perintah Raja Bersiong, ketika dalam bentuk Bota Raja ia agak sukar untuk dikawal. Apakah yang berlaku sehingga Bota Kiri dan Bota Kanan bergabung menjadi Bota Raja?
In the world of Mythology, Bota Raja is a combination of two giants, Bota Kanan, and Bota Kiri. Although both giants are subject to the order of Raja Bersiong, while in the form of Bota Raja, it is difficult to control. What drives Bota Kanan and Bota Kiri to transform become the Bota Raja? 
Image may contain: text 
Nenek kebayan adalah watak seorang nenek tua yang mempunyai pelbagai kesaktian. Dalam dunia Mitosia, Nenek Kebayan merupakan jelmaan Puteri Gunung Ledang. Sejauh manakah kemunculan Nenek Kebayan dapat mengubah keadaan yang berlaku di Gunung Ledang? 
The Nenek Kebayan is the character of an old grandmother with many miracles. In the world of Mythology, the Nenek Kebayan is the embodiment of the Puteri Gunung Ledang. How far will the emergence of the Nenek Kebayan change the situation in Gunung Ledang?
Image may contain: 1 person
Terdapat 2 sumber rujukan untuk watak Hang Tuah iaitu Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Mitosia mengambil sumber Hikayat Hang tuah sebagai rujukan kerana lebih sesuai untuk diolah, dan tidak melibatkan fakta sejarah. Dalam dunia Mitosia, Hang Tuah telah diutus ke Gunung Ledang untuk menyiasat suatu peristiwa luar biasa. Kehadirannya di Gunung Ledang telah dihalang oleh beberapa perkara mistik sehinggalah dia bertemu dengan Nenek Kebayan. Setelah menewaskan Nenek Kebayan, Hang Tuah terlihat kelibat Puteri Gunung Ledang dari puncak gunung tersebut. Apakah yang bakal berlaku? 
There are 2 sources of references to Hang Tuah's character, The Hikayat Hang Tuah and the Sejarah Melayu. Mythology takes the source of Hikayat Hang Tuah as a reference because it is more appropriate to treat, and does not involve historical facts. In the world of Mythology, Hang Tuah was sent to Gunung Ledang to investigate an extraordinary event. His presence in Gunung Ledang was hindered by a number of mystical matters until he met the Nenek Kebayan. After defeating Nenek Kebayan, Hang Tuah was saw Puteri Gunung Ledang from the top of the mountain. What will happen?
Image may contain: 1 person
Puteri Gunung Ledang merupakan watak yang sangat penting di dunia Mitosia. Watak-watak protagonis sangat memerlukan bantuan dari Puteri Gunung Ledang kerana dia merupakan antara watak yang dapat menandingi kekuatan Raja Bersiong. Malangnya, bukan mudah untuk mereka meyakinkan Puteri Gunung Ledang supaya menyertai mereka. Sedangkan Hang Tuah yang pernah menjalin cinta dengan puteri ini sendiri gagal meyakinkannya, ditambah pula dengan anggapan bahawa semua manusia pentingkan diri sendiri. Adakah Puteri Gunung Ledang akan membantu misi menewaskan Raja Bersiong dan menyelamatkan alam-alam lain? Jika benar pun dia akan membantu, apakah perkara yang membuatkannya berubah fikiran?
Puteri Gunung Ledang is a very important character in the world of Mythology. The characters of the protagonist desperately need the help of Puteri Gunung Ledang because she is one of the characters who can match the strength of Raja Bersiong. Unfortunately, it is not easy to the white team to convince the Puteri Gunung Ledang to join them. While Hang Tuah, who had been in love with the princess himself, failed to convince her, she added that all humans were important to her. Will the Puteri Gunung Ledang assist in the mission of defeating Raja Bersiong and saving the rest of the world? If he was really going to help, what made him change his mind? 
Image may contain: 1 person
Dalam hikayat Mitosia, Mahsuri masih hidup tetapi menyembunyikan diri. Raja Bersiong telah berniat untuk membunuh dan meminum darah putih Mahsuri agar dapat menambah kesaktian yg ada pada dirinya. Badang, Bawang Putih, Puteri Bunian, Puteri Duyung, dan Puteri Santubong perlu menyelamatkan Mahsuri dari dijejaki oleh Raja Bersiong. Dalam masa yang sama mereka perlu mendapatkan tombak sakti milik Mahsuri sebagai persediaan sekiranya Raja Bersiong berjaya mendapatkan darah Mahsuri. Malangnya, tombak tersebut telah hilang. 
In mythology, Mahsuri is still alive but hiding herself. Raja Bersiong had intended to kill and drink the white blood of Mahsuri in order to increase his supernatural powers. Badang, Bawang Putih, Puteri Bunian, Puteri Duyung, and Puteri Santubong need to save Mahsuri from being tracked by Raja Bersiong. At the same time, they have to get Mahsuri's magic spear in preparation if Raja Bersiong tries to get Mahsuri's blood. Unfortunately, the spear has disappeared.
Image may contain: 1 person, text
Dalam hikayat Mitosia, Dayang Senandong telah lama pulih dari sumpahan yang pernah dialaminya suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, sesuatu telah berlaku ke atas Dayang Senandong yang akhirnya telah membangkitkan kembali sumpahan tersebut, Adapun kali ini sumpahan itu telah melindungi diri Dayang Senandong. 
In mythology, Dayang Senandong has long recovered from the curse she had experienced in the past. However, something happened to Dayang Senandong which eventually brought back the curse, however this time it protected Dayang Senandong.
Image may contain: 1 person

Image may contain: text

Image may contain: 1 person

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person, standing and text

No photo description available.

No photo description available.



NOTA: Setiap illustrasi yang ditampilkan adalah rekaan awal untuk setiap watak. Hasil karya akhir akan ditampilkan suatu hari nanti. Pastikan anda bersama kami dalam menyingkap rahsia disebalik alam asing yang dikenali sebagai MITOSIA. — at Ediesign Studio.

NOTE: Each illustration shown is a preliminary design for each character. The final work will be shown someday. Be sure to join us in uncovering the secret behind the so-called MITOSIA. - at Ediesign Studio.

SUMBER/SOURCE: PENGHUNI ALAM MITOSIA







No comments:

Post a Comment