Tuesday, 31 October 2017

TUJUH (7) OPERASI GILA JERMAN

Perang Dunia Kedua (WWII) ialah perang paling berdarah dalam sejarah manusia. Dalam tempoh tersebut, banyak kota musnah dan bilangan manusia yang terkorban sama ada tentera dari pihak Bersekutu atau Axis atau orang awam mencecah sehingga jutaan orang. Namun di sebalik konflik yang berlaku di medan perang, perang antara kedua-dua belah pihak ini turut dilaksanakan secara rahsia. Walaupun ianya tidaklah sehebat pertempuran di medan terbuka tetapi sekiranya ia berlaku, ia boleh mengubah perjalanan perang itu sendiri dan sejarah negara terlibat selama-lamanya. Bagi Adolf Hitler dan Nazi Jerman, ia satu peluang yang tidak akan dilepaskan begitu saja.

1. BOM COKLAT
Hasil carian imej untuk bom
Seperti yang kita ketahui, dengan kejayaan tidak lagi memihak kepada Nazi Jerman pada tahun 1943, Hitler sedia menerima cadangan mana-mana pihak selagi mana ia membantu mereka mengalahkan pihak Bersekutu. Dan pada tahun tersebut, pembuat bom Nazi mencadangkan mereka membunuh Perdana Menteri Britain, Winston Churchill dengan memasukkan bom dalam coklat. Ini didedahkan dalam satu koresponden surat antara Lord Victor Rothschild, salah seorang ketua Perkhidmatan Keselamatan (MI5) dengan seorang artis, Laurence Fish bertarikh 4 Mei 1943 dan ditulis dari bunker rahsianya di Parliament Street, London. Dalam surat tersebut, Rothschild meminta Fish melakar bom coklat yang dicipta pihak Nazi Jerman.

Menurut keterangan surat tersebut, bom itu dibuat dari besi, disaluti dengan salutan nipis coklat, dilengkapi bahan letupan berkuasa tinggi dan mengandungi mekanisme penangguhan selama tujuh saat. Bom coklat tersebut boleh diaktifkan apabila coklat itu ditarik dengan laju. Pihak Nazi Jerman merancang menyelitkan bom coklat tersebut dalam ruang makan di mana Churchill dan barisan Kabinet mengadakan mesyuarat. Berikutan itu, pihak MI5 mengeluarkan lakaran Fish untuk dihebahkan pada orang ramai dan menggesa mereka melaporkan sebarang item yang mencurigakan termasuk coklat kepada pihak berkuasa.

2. PLOT PEMBUNUHAN POPE PIUS XII
Figure 1: Pope Pius XII merupakan antara pengkritik keras dasar-dasar kerajaan Nazi Jerman.

Bukanlah satu kejutan hubungan pihak gereja terutama Vatican dengan Nazi Jerman dingin. Dan ini diburukkan lagi dengan kritikan keras Pope Pius XII ke atas kerajaan pimpinan Hitler. Bagi Nazi Jerman, tiada siapa boleh menghalang mereka untuk menguasai dunia termasuk pihak Vatican.

Justeru, satu operasi dipanggil Operasi Rabat dirancang pada tahun 1943. Berdasarkan maklumat, sepasukan komando Schutzstaffen (SS) menyamar sebagai tentera Itali akan menyerang Vatican pada waktu malam dan menculik beliau. Pasukan Wehrmacht yang tidak tahu-menahu rancangan ini akan menyerbu masuk dan membunuh ‘komando’ yang bertindak liar ini. Pada ketika itu, semasa pertempuran berlaku, Pope Pius XII dibunuh dan kematiannya akan disembunyikan sebagai kemalangan. Sekiranya beliau terselamat, beliau dibawa ke Jerman atas sebab keselamatan. Ini membolehkan pihak Nazi Jerman menghapuskan ancaman Vatican sambil menyalahkan pihak Itali atas insiden tersebut.

Atas sebab itu, Hitler mengarahkan jeneral SS di Itali, Karl Friedrich Otto Wolf untuk melaksanakan rancangan tersebut. Namun, Wolf tidak melaksanakan rancangan tersebut sebaliknya mengatur satu pertemuan rahsia dengan Pope Pius XII. Dengan bantuan seorang paderi dan memakai pakaian biasa, beliau bertemu dengan Pope Pius pada waktu malam dan mendedahkan maklumat Operasi Rabat. Wolf turut memberi jaminan beliau sama sekali tidak berminat melaksanakan arahan Fuhrer itu namun menyatakan situasi di Rom agak mengelirukan dan merbahaya pada ketika itu. Berikutan itu, Pope Pius meminta Wolf melepaskan dua pemimpin penentang Itali yang akan dihukum mati, satu permintaan yang ditunaikan oleh beliau. Pendedahan maklumat ini dibuat oleh satu akhbar Roman Katolik Itali yang terkemuka, Avvenire.

3. MERAMPAS PESAWAT HITLER.

Bukanlah satu kejutan banyak rancangan untuk membunuh atau menahan Hitler dari plot 20 Julai hingga cubaan penahanan oleh Field Marshall Erwin Rommel. Satu dokumen Tentera Udara Diraja Britain (RAF) mendedahkan rancangan mereka untuk melencongkan pesawat Hitler ke Britain selepas berjaya menyakinkan juruterbang beliau, Hans Baur untuk berpaling tadah. Berdasarkan dokumen tersebut, pesawat itu akan mendarat di Padang Terbang Lympne di Kent di mana Hitler akan dibawa masuk ke dalam kereta dan dibawa ke London untuk disoal siasat. Dan berdasarkan dokumen itu juga, askar-askar yang mengawal meriam-meriam anti-pesawat diberi arahan tegas untuk tidak menembak pesawat tersebut. Rancangan tersebut diaturkan selepas pihak perisikan mendapat maklumat Baur mahu berpaling tadah menerusi maklumat menantunya, Kiroff kepada Atase Pejabat Ketenteraan Britain di Sofia, Bulgaria. Kepimpinan tertinggi RAF mengetahui rancangan ini termasuk Sir Arthur ‘Bomber’ Harris. Pesawat dijangka mendarat pada 25 Mac 1941 dan RAF turut mengaturkan bilangan tentera yang ramai dan persenjataan lengkap untuk menyambut ‘High Value Individual’ (HVI) ini. Namun, penerbangan tersebut tidak pernah sampai dan Baur terus kekal setia dengan Hitler.

4. CUBAAN BUNUH ERWIN ROMMEL.
Figure 3: Rommel menjadi sasaran dua cubaan bunuh oleh pihak Britain.

Seperti kita ketahui, kehebatan dan kewibawaan Erwin Rommel bukan saja disanjungi kawan bahkan dihormati dan digeruni oleh pihak lawan. Britain sedar mereka boleh memberi pukulan psikologi pada moral tentera Jerman dengan membunuh atau menculik Rommel. Pada 10 November 1941, 53 komando elit Pasukan Khas Udara (SAS) yang dibawa dua kapal selam iaitu HMS Torbay dan HMS Talisman mendarat di Pantai Khashm al-Kalb, berhampiran dengan lokasi markas pusat Rommel. Berikutan cuaca buruk, hanya 30 komando dan pegawai saja berjaya mendarat. Matlamat operasi ialah:

i. membunuh Rommel di Sidi Rafa;

ii. memusnahkan rangkaian komunikasi dan markas pusat Itali berhampiran;

iii. mensabotaj Pejabat Perisikan Itali di Appolonia dan rangkaian komunikasi antara Faidia dan Lamdula; DAN

iv. mensabotaj bahagian belakang pergerakan pasukan Axis.

Operasi Flipper gagal mencapai matlamat yang ditetapkan dengan dua komando terbunuh, 3 orang tercedera dan 25 lagi ditawan unit Afrika Korp. Hanya dua komando saja berjaya melarikan diri iaitu Leftenan Kolonel Robert Laycock dan Sarjan Jack Terry. Pihak Jerman pula kehilangan empat anggota. Sasaran utama SAS iaitu Rommel tiada semasa serangan berlaku berikutan lewat tiba dari Rom akibat cuaca buruk. Apabila mendapat tahu tentang operasi tersebut, beliau berkata, “Ia satu operasi bagus dan dengan penuh keberanian.”

Satu lagi operasi dirancang sejurus selepas peristiwa D-Day. Kali ini di Perancis menerusi Operasi Gaff, komando-komando SAS akan mendarat berhampiran sebuah villa yang menjadi markas pusat Rommel. Namun setibanya mereka di villa tersebut, Rommel tidak kelihatan atas sebab yang tidak disengajakan. Beberapa jam sebelum itu, kenderaan Rommel ditembak bertubi-tubi oleh sebuah pesawat RAF yang menyebabkan kenderaan beliau kemalangan dan beliau mengalami keretakan di bahagian tengkorak. Akibat insiden tersebut, Rommel terpaksa dibawa ke hospital. Bagi komando-komando SAS ini pula, mereka diberi arahan menyerang hendap kereta api dan unit-unit tentera Jerman termasuk markas mereka di Mantes sepanjang perjalanan bergabung dengan tentera Amerika Syarikat.

5. MENCULIK PUTERA EDWARD.
Figure 4: Nazi Jerman mahu menjadikan Putera Edward VIII sebagai raja boneka mereka di Britain sekiranya berjaya mengalahkan Britain.

Putera Edward, sebelumnya dikenali sebagai Raja Edward VIII sebelum turun takhta untuk berkahwin dengan Wallis Simpson pada tahun 1936. Bagi pihak Nazi Jerman, sekiranya mereka berjaya menawan Britain, mereka merancang menabalkan Putera Edward sebagai raja baru Britain sebagai tukaran kepada sokongan baginda pada mereka. Ini berdasarkan satu telegram di mana pihak Nazi mahu menculik baginda dan isterinya semasa mereka tiba di Portugal selepas melarikan diri dari kediaman mereka di Paris selepas kejatuhan Perancis pada tahun 1940. Telegram tersebut turut mendakwa kedua-dua Duke dan Duchess of Windsor tidak menolak cadangan yang diutarakan pihak Jerman itu. Bagi mengelak kedua-duanya terpengaruh dengan pihak Nazi, kerajaan Britain menghantar mereka untuk tugasan diplomatik di Bahamas. Bagi telegram-telegram ini pula, Churchill berusaha memadamkan sebarang jejak membabitkan telegram tersebut termasuk merayu kepada Dwight Eisenhower untuk tidak memasukkan telegram tersebut dalam sejarah senarai konflik Amerika Syarikat. Ini kerana berdasarkan maklumat, Putera Edward tidak tahu-menahu mengenai rancangan tersebut. Churchill merancang untuk tidak mendedahkan dokumen tersebut selama 10 atau 20 tahun tetapi ia akhirnya timbul pada tahun 1957. Putera Edward menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam plot tersebut dan menganggap ia satu penipuan.

6. CUBAAN BUNUH STALIN.
Figure 5: Hitler mahu Stalin dibunuh bagi melemahkan moral tentera Soviet yang berjuang di Barisan Timur.

Seperti Hitler, Josef Stalin tidak terlepas dari menjadi sasaran pembunuhan ramai pihak termasuk bekas sekutunya itu. Dan ini direalisasikan pada tahun 1939 apabila Nazi Jerman dan Jepun bekerjasama menghantar beberapa pembunuh berketurunan Rusia menyusup masuk dalam resort percutian peribadi Stalin di Sochi. Namun, rancangan tersebut gagal apabila pengawal sempadan menembak mati pembunuh-pembunuh ini semasa cuba menyusup masuk ke dalam sempadan Rusia.

Pada tahun 1944, Hitler yang semakin terdesak melancarkan Operasi Zeppelin. Pada Mei 1942, seorang tentera Rusia bernama Shilo/Polito/Polikov berpaling tadah kepada Nazi Jerman dan mula bercakap besar tentang pingat-pingat yang diterimanya dan hubungan dengan kepimpinan tertinggi ketenteraan Rusia atau Stavka. Ejen ini menggunakan nama Pyotr Ivanovich Tavrin iaitu identiti seorang mejar tentera Rusia yang cedera dan diberi latihan menyeluruh oleh pihak Jerman. Rancangan operasi ini ialah membawa Tavrin dan isterinya, Lidia Yakovlena Shilova iaitu seorang operator radio ke padang terbang di wilayah Moscow. Dari situ, mereka akan dibawa ke Moscow untuk membunuh Stalin atau mana-mana pegawai tinggi Soviet pada 25 Oktober iaitu tarikh ulang tahun Revolusi Oktober.

Pada malam 3-4 Disember, sebuah pesawat Luftwaffe berlepas dari Riga, Latvia dan ditembak oleh krew anti-pesawat Rusia. Ini memaksa pesawat membuat pendaratan cemas di Smolensk. Pihak perisikan Rusia (SMERSH) menjumpai pesawat tersebut dan menemui pelan rancangan tersebut. SMERSH mengambil keputusan menunggu di tempat pendaratan kumpulan tersebut dan mengarahkan pos-pos kawalan berjaga-jaga. Tavrin dan isterinya mengambil sebuah motosikal dan memulakan perjalanan ke Moscow. Setibanya mereka di sebuah pos kawalan, pengawal pos mendapati mereka berdua dilihat mencurigakan berikutan pakaian mereka yang kering sedangkan pada ketika itu, hujan turun membasahi bumi. Tavrin dan isterinya segera ditahan bersama krew penerbangan mereka. Krew Luftwaffe ini dihukum bunuh pada Ogos 1945 sementara Tavrin dan isterinya dihukum bunuh pada Mac dan April 1952.

7. CUBAAN BUNUH ‘BIG THREE’
Figure 6: Big Three yang menjadi sasaran Hitler iaitu Franklin D. Roosevelt, Josef Stalin 
dan Sir Winston Churchill.

Bila berbicara tentang Operasi Long Jump iaitu cubaan bunuh ke atas Franklin D. Roosevelt, Stalin dan Churchill pada tahun 1943, ramai sejarawan dan cendekiawan berdebat tentang kesahihan dan kewujudan operasi ini. Ini kerana pihak bertanggungjawab yang mendedahkan plot tersebut ialah pihak Rusia. Berdasarkan rancangan, sepasukan perisik menjejak ketiga-tiga pemimpin ini sebelum membunuh mereka secara serentak. Operasi ini dijalankan semasa Persidangan Big Three di Tehran, Iran. Persidangan ini ialah satu persidangan rahsia di mana semua pemimpin berusaha menyembunyikan kehadiran mereka. Namun, ketibaan Churchill di Tehran disambut meriah oleh tuan rumah mendedahkan mereka kepada kesukaran untuk berahsia.

Setibanya di Iran, pasukan pembunuh ini akan menuju ke rumah selamat mereka di Tehran. Salah seorang anggota terlibat ialah seorang pengkhianat dari Rusia yang akan menyamar sebagai sebahagian unit keselamatan Tentera Merah untuk Stalin. Peranan ejen ini ialah membekalkan maklumat perisikan dan mencari peluang bagi ejen-ejen Jerman untuk membunuh ketiga-tiga tokoh ini. Pihak Jerman tahu akan persidangan ini berdasarkan koresponden surat antara London, Moscow dan Washington D.C yang dibocorkan seorang valet yang berkhidmat di Kedutaan Britain di Ankara, Turki.

Namun operasi ini digagalkan oleh dua individu iaitu ejen talam dua muka dari Switzerland, Ernst Merser dan salah seorang anggota pasukan pembunuh, Hans Ulrich von Ortel. Merser yang berkhidmat untuk Perkhidmatan Perisikan Rahsia (SIS/MI6) membocorkan tugasannya untuk mengangkut bekalan-bekalan Jerman ke Tehran kepada pengendalinya. Sementara bagi von Ortel pula, kesilapannya ialah terlalu asyik untuk mengorat sampai terlepas cakap maklumat penting berkenaan pasukannya. Orang yang cuba digodanya ialah Lydiya Lissovskaya, kekasih kepada ejen talam dua muka dari Rusia, Nikolai Kuznetsov. Von Ortel mendedahkan kepada Kuznetsov bahawa beliau menerima tugasan penting tetapi bila bersama dengan Lissovskaya, beliau terlepas cakap keinginannya membawa pulang permaidani Parsi selepas menyelesaikan misi berikutnya. Ini diburukkan lagi dengan tindakan pihak SMERSH menyusup masuk dalam pasukan tersebut sekaligus mencetuskan kekeliruan dalam kalangan mereka. Belum campur lagi hakikat ketiga-tiga pemimpin ini dilindungi oleh 3,000 ejen Soviet.

RUJUKAN:

1. Pullella, Philip. (2005). Boston Globe. Hitler plot to kidnap Pope Pius XII revealed. http://archive.boston.com/news/world/europe/articles/2005/01/16/hitler_plot_to_kidnap_pope_pius_xii_detailed/

2. Dixon, Cyril. (2011). Daily Express. RAF plot to grab Hitler by making his pilot a secret agent. http://www.express.co.uk/news/uk/226234/RAF-plot-to-grab-Hitler-by-making-his-pilot-a-secret-agent

3. Silverman, Rosa. (2012). The Telegraph. ‘Death by chocolate’ plot to kill Sir Winston Churchill. http://www.telegraph.co.uk/history/9405919/Death-by-chocolate-plot-to-kill-Sir-Winston-Churchill.html

4. Marc V. (2013). Listverse. 10 Bizarre WWII Kidnap And Assassination Attempts. https://listverse.com/2013/12/13/10-bizarre-wwii-kidnap-and-assassination-attempts/

5. Linning, Stephanie. (2015). Daily Mail. Operation Long Jump: New book claims Hitler plotted to assassinate Churchill, Stalin and Roosevelt in one go at Tehran summit. http://www.dailymail.co.uk/news/article-3343871/Operation-Long-Jump-New-book-claims-Hitler-plotted-assassinate-Churchill-Stalin-Roosevelt-Iranian-summit.html

6. Travis, Alan. (2017). The Guardian. Churchill tried to suppress Nazi plot to restore Edward VIII to British throne. https://www.theguardian.com/uk-news/2017/jul/20/winston-churchill-nazi-telegrams-uk-royals-edward-cabinet-papers


Thursday, 5 October 2017

THE LITTLE PRINCE - TEMA DAN PENGAJARAN

Le Petit Prince atau The Little Prince merupakan sebuah novel berbahasa Perancis yang diterbitkan pada tahun 1943, karya seorang juruterbang, penulis, penyajak dan Aristokrat Perancis iaitu Antoine de Saint-Exupéry. Novel ini merupakan di antara novel yang paling banyak diterjemah dan dinobatkan sebagai novel terbaik pada abad ke 20 di Perancis. Novel ini juga sangat lah laris dijual, sehingga mencapai 140 juta terbitan yang dijual di seluruh dunia sekali gus menjadikan ia di antara buku-buku best-sellers yang pernah diterbitkan. Para bibliophile di luar sana pasti pernah membaca apatah lagi mendengar tentang novel The Little Prince ini, yang merupakan di antara novel-novel yang digalakkan untuk dibaca oleh setiap orang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Pada tahun 1974 dan 2015, novel The Little Prince telah diadaptasi sebagai filem dengan tajuk yang sama. Filem animasi yang ditayangkan pada tahun 2015, yang berdurasi hampir 2 jam itu, mempunyai jalan cerita yang hampir serupa, dilengkapi dengan kesinambungan kisah daripada novel asal di samping fokus dan mesej utama yang cuba diketengahkan adalah sama.

Melihatkan tajuk novel/filem The Little Prince ini, pembaca akan berfikir bahawa penceritaannya menyebelahi ‘fairy-tale’ ataupun cerita dongeng yang sememangnya terkenal dengan watak putera atau Prince, yang lebih sesuai diceritakan kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, The Little Prince jauh berbeza bahkan lebih baik dan bermakna daripada cerita dongeng tipikal yang disuapkan pada kanak-kanak mahupun yang menjadi angan-angan orang dewasa.

Novel ini pada asalnya merupakan karya penulis, Antoine de Saint-Exupéry kepada rakannya yang bernama Leon Werth. Novel tersebut didedikasikan kepada Werth bersama satu petikan yang berbunyi:

“TO LEON WERTH

I ask the indulgence of the children who may read this book for dedicating it to a grown-up. I have a serious reason: he is the best friend I have in the world. I have another reason: this grown-up understands everything, even books about children. I have a third reason: he lives in France where he is hungry and cold. He needs cheering up. If all these reasons are not enough, I will dedicate the book to the child from whom this grown-up grew. All grown-ups were once children–although few of them remember it. And so I correct my dedication:

TO LEON WERTH

WHEN HE WAS A LITTLE BOY”

Dengan dedikasi tersebut, jelaslah bahawa novel The Little Prince ini tidaklah terlimitasi sebagai bacaan kanak-kanak sahaja bahkan juga memberi pengajaran yang besar bagi orang dewasa yang membacanya. Oleh itu, novel ini merupakan di antara novel yang terbaik yang perlu dibaca oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa yang dahulunya juga adalah seorang kanak-kanak.

The Little Prince merupakan sebuah penceritaan oleh Antoine de Saint-Exupéry sendiri yang diinspirasikan semasa beliau berkhidmat sebagai seorang juruterbang sebaik sahaja tercetusnya Perang Dunia Ke-2, di mana kapal terbang yang dikendalikan beliau terhempas di tengah-tengah padang pasir Sahara. Di situlah beliau berjumpa dengan The Little Prince yang berasal dari sebuah planet yang hanya dikenali sebagai Asteroid B-612. Pertemuan di antara seorang juruterbang dewasa yang terkandas bersama seorang putera cilik mempamerkan kepada pembaca tentang perbezaan perspektif di antara kanak-kanak dan juga orang dewasa tentang persahabatan (friendship), kesunyian (loneliness), kasih sayang (love) dan yang paling penting, kenaifan dan sikap ingin tahu seorang kanak-kanak yang dilupakan apabila meningkat dewasa (the innocence and curiosity of children that are lost as we grow up).

Tema

1. Persahabatan

Menerusi kisah The Little Prince ini, tema persahabatan dapat dilihat melalui hubungan di antara juruterbang (The Aviator) dengan putera cilik (The Little Prince) yang bertemu di padang pasir Sahara. Juruterbang yang pada awalnya merasa aneh melihat seorang kanak-kanak yang menggelarkan dirinya putera dari planet lain di tengah padang pasir akhirnya melayan kerenah putera tersebut. Mereka akhirnya menjadi sahabat di mana putera tersebut memperlihatkan kepada juruterbang, pandangannya tentang orang dewasa yang dianggap tidak masuk akal. Kerenah dan persoalan-persoalan yang diajukan oleh putera cilik itu pula mengingatkan juruterbang kepada zaman kanak-kanaknya sendiri.
Putera cilik juga menjalinkan persahabatan dengan seekor musang liar (the Fox) yang akhirnya berjaya dijinakkan. Menurut musang tersebut, menjinakkan ataupun to tame adalah untuk menjalinkan hubungan ataupun to establish ties. Oleh itu, dengan menjinakkan musang tersebut, mereka berdua menjadi sahabat.

Menerusi filem The Little Prince pula, penonton dipamerkan dengan persahabatan di antara seorang kanak-kanak perempuan dengan jirannya, yang merupakan juruterbang yang sama, namun telah lanjut usia. Menerusi babak filem, juruterbang menceritakan semula pertemuannya dengan putera cilik di padang pasir kepada kanak-kanak perempuan tersebut. Kanak-kanak perempuan yang hidupnya telah ‘dijadualkan’ oleh ibunya sendiri supaya dia menjadi orang dewasa yang berguna atau ‘a wonderful grown up’ merupakan sebuah watak tipikal seorang kanak-kanak yang penuh sifat ingin tahu dan tidak takutkan kegagalan. Penceritaan tentang The Little Prince yang ditulis oleh jirannya menarik minatnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang keseluruhan cerita tersebut walaupun baginya kurang logik. Dia akhirnya mengembara mencari putera cilik bagi pihak juruterbang yang terlantar di hospital.

2. Kasih sayang

Penceritaan The Little Prince mengetengahkan elemen kasih sayang di antara putera cilik (The Little Prince) dengan sekuntum bunga mawar (the Rose). Di Asteroid B-612, putera cilik tertarik dengan sekuntum bunga mawar yang tumbuh secara tiba-tiba pada suatu hari. Bunga Mawar tersebut dijaga dengan rapi, diberi siraman air dan sebagainya oleh putera cilik. Namun, mereka akhirnya bergaduh kerana putera cilik yang masih kanak-kanak tidak memahami permintaan bunga mawar yang sering memerlukan perhatian. Oleh kerana ingin mencari jalan menyelamatkan planetnya yang diserang oleh tumbuhan Baobab yang tumbuh meliar, putera cilik membawa dirinya pergi melawat planet-planet lain termasuklah Bumi sekali gus meninggalkan bunga mawar yang amat disayanginya.
Namun apabila tiba di Bumi, putera cilik tersebut bertemu dengan sebuah taman yang terdapat banyak tumbuhan bunga mawar yang sama. Putera tersebut terus merasa sedih kerana bunga mawar di planetnya yang amat disayangi tidaklah seunik yang dianggap olehnya selama ini.

3. Kesunyian

Kisah The Little Prince membawa pembaca menyusuri pengembaraan putera cilik dari satu planet ke planet yang lain untuk mencari penawar kepada tumbuhan Baobab yang meliar di Asteroid B-612. Kehidupannya berseorangan sebelum kemunculan bunga mawar. Namun, setelah putera tersebut mengembara, dia menyedari bahawa kasih sayangnya terhadap bunga mawar yang telah dijaga dengan rapi setelah sekian lama tidak pernah luntur malah kesunyiannya hanya terubat apabila bersama bunga mawar tersebut. Oleh itu, putera cilik berazam untuk pulang kembali ke Asteroid B-612, di mana bunga mawar yang disayanginya berada.

Menerusi animasi The Little Prince pula, watak kanak-kanak perempuan diperkenalkan sebagai seorang kanak-kanak yang dijaga oleh ibunya yang merupakan ibu tunggal. Bapanya tidak dipertontonkan namun menurut kanak-kanak tersebut, bapanya terlalu sibuk bekerja dan cuma mampu mengirimkan hadiah hari jadinya sahaja. Ibunya juga sibuk bekerja dan hanya tahu menentukan jadual hidupnya ataupun The Life Plan bagi memastikan dia menjadi seorang dewasa yang berjaya. Demi menuruti jadual hidup yang telah ditentukan oleh ibunya, kanak-kanak itu dilarang sama sekali menggunakan masa untuk berkawan kerana bagi ibunya, itu merupakan aktiviti yang membazirkan masa. Oleh itu, kanak-kanak perempuan tersebut menjadi sunyi dan seterusnya menjalinkan persahabatan dengan jirannya yang juga merupakan juruterbang (the Aviator) demi mengubati kesunyiannya.
Menurut penceritaan novel The Little Prince, juruterbang juga hidup berseorangan sehinggalah dia bertemu dengan putera cilik di padang pasir Sahara. Melalui novel The Little Prince, beliau menyatakan bahawa beliau hidup berseorangan kerana tidak minat bergaul dengan orang dewasa yang hanya berfikir bahawa pandangan mereka sentiasa betul.

“Then I would never talk to that person about boa constrictors, or primeval forests, or stars. I would bring myself down to his level. I would talk to him about bridge, and golf, and politics, and neckties. And the grown-up would be greatly pleased to have met such a sensible man. So I lived my life alone, without anyone that I could really talk to, until I had an accident with my plane in the Desert of Sahara, six years ago.”

Pengajaran

1. Lihatlah dunia dengan mata hati.

“And now here is my secret, a very simple secret: It is only with the heart that one can see rightly; what is essential is invisible to the eye.” – the Fox

Menerusi kisah The Little Prince ini, pembaca dan penonton akan tertarik dengan kebenaran kata-kata musang tersebut. Ini kerana, kita sememangnya tidak dapat menilai dengan baik melalui mata kasar. Namun melalui hati yang dipenuhi sifat kasih sayang dan memahami, kita akan mampu melihat dengan jelas dan membezakan di antara baik dan buruk dan di antara sesuatu yang benar-benar penting mahupun tidak dalam kehidupan kita.

Dengan erti kata lain, walaupun sesuatu ataupun seseorang itu tidak terlihat di hadapan mata, ianya tidak menjadi masalah jika kita mempercayai kewujudan mereka di dalam hati.

Seperti mana juruterbang percaya bahawa putera cilik itu selamat tiba di Asteroid B-612 dan sedang berada di samping bunga mawar kesayangannya. Seperti mana sang musang berjaya mententeramkan putera yang bersedih apabila mereka terpaksa berpisah. Seperti mana juga juruterbang meyakinkan kanak-kanak perempuan bahawa dia akan sentiasa ada bersama jika kanak-kanak tersebut memilih untuk melihat dengan mata hati.

“The stars are beautiful, because of a flower that cannot be seen.”

“What makes the desert beautiful,” said the little prince, “is that somewhere it hides a well . .”

Di samping itu juga, kadang kala kita tidak mampu melihat sesuatu dengan jelas kerana tidak menyedari kepentingannya. Kita hanya mampu melihat keindahan sesuatu peristiwa apabila kita menemui kepentingannya.

2. Perangai orang dewasa yang membawa kepada kemudaratan.

Pengembaraan putera cilik menerusi planet berbeza membawa pembaca dan penonton mengenali 7 karakter orang dewasa yang sememangnya mementingkan diri dan tidak pernah puas.

Planet 325: The King

‘To them, all men are subjects.’

Menerusi pertemuan putera cilik dengan seorang Raja, watak Raja tersebut diperkenalkan sebagai seorang yang berkuasa. Namun, sikap Raja yang berfikir bahawa dia sahaja yang paling berkuasa ke atas orang lain walaupun hakikatnya sebaliknya memaparkan sikap orang dewasa yang kita dapat lihat sesama masyarakat kita sendiri. Sikap orang dewasa yang mementingkan kuasa lebih dari segala-galanya membawa kepada peperangan dan kemudaratan yang lain.

Planet 326: The Conceited Man

‘For, to the conceited man, all other men are admirers.’

Beralih pada planet seterusnya, putera cilik berjumpa dengan seorang pemuda yang amat mementingkan dan dahagakan pujian. Pemuda tersebut juga berfikir bahawa dia lah manusia yang paling hebat dan kacak dan merasakan bahawa dia berhak dipuji oleh semua orang. Watak ini mempamerkan sikap orang dewasa yang meninggi diri dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan pujian dan perhatian orang lain.

Planet 327: The Tipplers/Drunkard

“Ashamed of drinking!”

Putera cilik berasa aneh apabila bertemu dengan seorang alkoholik di Planet Ketiga, di mana apabila ditanya tentang sebab dia meminum arak, dia menjawab bahawa dia ingin melupakan perasaan malunya kerana meminum arak. Jawapan yang tidak masuk akal itu memaparkan karakter orang dewasa yang hakikatnya seringkali tidak memahami logik perbuatan dan percakapan mereka sendiri. Perbuatan yang dilakukan tanpa berfikir dengan teliti terlebih dahulu juga merupakan sikap orang dewasa.

Planet 328: The Businessman.

“As for me, I am concerned with matters of consequence. There is no time for idle dreaming in my life.”

Di Planet seterusnya, putera cilik bertemu dengan seorang businessman yang terlalu khusyuk bekerja untuk mengejar kekayaan semata-mata. Baginya, segala kekayaannya tidak akan pernah cukup. Selagi mana di a mampu memiliki segala kekayaan di muka bumi, termasuklah bintang-bintang yang tidak mungkin dimiliki, selagi itu lah businessman itu tidak akan merasa kekayaannya mencukupi. Watak ini menggambarkan sikap orang dewasa yang terlalu mengejar kekayaan material tanpa mengambil kira kepentingan orang sekeliling.

Planet 329: The Lamplighter

“As the little prince watched him, he felt that he loved this lamplighter who was so faithful to his orders.”

Apabila tiba di Planet ini, putera cilik bertemu dengan seorang penjaga lampu yang terus menerus menyalakan dan memadamkan lampu, tanpa henti. Ini kerana, saiz planet yang begitu kecil menyebabkan kejadian siang dan malam yang silih berganti dalam masa yang begitu pantas. Oleh itu, si penyala lampu terpaksa bekerja berterusan tanpa rehat. Watak penyala lampu di Planet ini menggambarkan watak orang dewasa yang menurut perintah secara melulu.

Planet 330: The Geographer

“A geographer is a scholar who knows the location of all the seas, rivers, towns, mountains, and deserts.”

Putera cilik bertemu dengan seorang ahli Geografi di planet keenam. Ahli Geographer tersebut menyatakan bahawa dia seorang yang arif di dalam bidangnya. Namun apabila putera cilik bercerita tentang keunikan bunga mawar di Asteroid B-612, ahli geografi tersebut tidak berminat untuk mengambil tahu kerana baginya bunga-bungaan hanya lah bersifat sementara dan mudah berubah-ubah manakala pergunungan tidak mudah berubah dan bergerak. Watak ahli geografi yang hanya mementingkan apa yang diinginkan sahaja dan menepis segala kemungkinan lain menggambarkan karakter orang dewasa yang sering menekankan kepentingan yang diingini tanpa mengambil kira kepentingan lain yang dianggap kecil dan trivial.

Planet Earth

“The Earth is not just an ordinary planet! One can count, there, 111 kings (not forgetting, to be sure, the Negro kings among them), 7000 geographers, 900,000 businessmen, 7,500,000 tipplers, 311,000,000 conceited men–that is to say, about 2,000,000,000 grown-ups.”

Di Bumi, putera cilik melihat orang dewasa yang menaiki keretapi tanpa arah tuju yang tetap. Dia juga bertemu dengan seorang penjual yang menjual pil yang dicipta untuk menahan rasa dahaga, di mana sebutir pil mampu menahan dahaga selama seminggu. Pil itu mampu menjimatkan masa selama 53 minit/minggu yang digunakan bagi menghilangkan rasa dahaga. Namun, bagi putera cilik tersebut, dia lebih rela menggunakan masa 53 minit itu untuk berjalan ke arah punca air jernih sekali gus menggambarkan sikap orang dewasa yang malas dan hanya berharap mendapatkan sesuatu tanpa berusaha.

3. Kesetiaan Dalam Hubungan

“You are beautiful, but you are empty,” he went on. “One could not die for you. To be sure, an ordinary passerby would think that my rose looked just like you–the rose that belongs to me. But in herself alone she is more important than all the hundreds of you other roses: because it is she that I have watered; because it is she that I have put under the glass globe; because it is she that I have sheltered behind the screen; because it is for her that I have killed the caterpillars (except the two or three that we saved to become butterflies); because it is she that I have listened to, when she grumbled, or boasted, or ever sometimes when she said nothing. Because she is my rose." – The Little Prince
Apabila putera cilik bertemu dengan lambakan bunga mawar di bumi yang menyerupai bunga mawar kesayangannya, dia merasa tertipu dan sedih kerana menganggap bunga mawarnya sama sahaja seperti lambakan bunga mawar yang lain. Hakikatnya, persahabatan dan masa yang diluangkan bersama bunga mawarnya itu yang paling penting dan menjadi bukti keunikan bunga mawar kesayangannya di Asteroid B-612.

 “Men have forgotten this truth,” said the fox. “But you must not forget it. You become responsible, forever, for what you have tamed. You are responsible for your rose . . .”

Seringkali manusia terlupa bahawa kita bertanggungjawab ke atas setiap hubungan yang kita jalinkan di antara satu sama lain. Oleh itu, seharusnya kita menjaga dan menghargai hubungan yang telah terjalin dengan penuh kasih sayang baik hubungan kekeluargaan mahupun persahabatan.

4. Biarkan Kanak-Kanak Menjadi Kanak-Kanak

“The grown-ups’ response, this time, was to advise me to lay aside my drawings of boa constrictors, whether from the inside or the outside, and devote myself instead to geography, history, arithmetic, and grammar. That is why, at the age of six, I gave up what might have been a magnificent career as a painter. I had been disheartened by the failure of my Drawing Number One and my Drawing Number Two. Grown-ups never understand anything by themselves, and it is tiresome for children to be always and forever explaining things to them.”
Kanak-kanak terkenal dengan sikap yang sentiasa mempersoalkan segala ketidak-fahaman mereka, sikap ingin tahu yang menebal di samping imaginasi yang tinggi. Perspektif seorang kanak-kanak mungkin berbeza dengan perspektif seorang dewasa. Namun begitu, itu tidak bermakna bahawa kanak-kanak itu salah dan orang dewasa itu betul. Kadangkala, kita perlu melihat setiap sesuatu dari pandangan yang berbeza untuk memahami setiap perkara.

Malangnya, sikap orang dewasa yang acuh tidak acuh dalam melayani kerenah kanak-kanak dan memaksa pandangan mereka ke atas setiap sesuatu membantutkan tumbesaran kanak-kanak yang seharusnya membesar melihat dunia dengan cara dan kreativiti mereka yang tersendiri.

5. Kanak-Kanak Dalam Dewasa

“Growing up is not the problem. Forgetting is.”- The Aviator

Dalam kita menjadi dewasa, kita selalu terlupa bahawa kita juga pernah menjadi kanak-kanak suatu ketika dahulu. Kanak-kanak yang penuh dengan persoalan, kanak-kanak yang sentiasa mampu bermain gembira bersama rakan-rakan, kanak-kanak yang punya cita-cita dan impian.

Kita membesar dan meningkat dewasa menjadi manusia yang dibelenggu masalah dan sukar gembira. Kita hanya mampu menurut perintah orang atasan tanpa sebarang pertanyaan kerana pertanyaan telah menjadi sesuatu yang menjengkelkan. Adakah kita masih ingat tentang segala cita-cita dan impian semasa zaman persekolahan?

Adakah kita termasuk di kalangan the Kings, conceited men, drunkards, lamplighters, geographers dan businessmen yang hanya mementingkan kepentingan peribadi? Adakah seperti The Little Prince yang meningkat dewasa, kita terperangkap di dalam sebuah ‘planet’ di mana kewujudan kanak-kanak langsung tidak diiktiraf (semua menurut perintah tanpa sebarang persoalan), di mana tiada satu pun bintang (harapan) di angkasa kerana semuanya telah dipegang oleh businessman yang hanya mementingkan kekayaan semata-mata, dan yang paling parah, adakah kita telah lupa makna sebenar menjadi ‘a wonderful grown-up’, orang dewasa yang berguna?
Jika jawapan kita adalah Ya, kisah The Little Prince ini mampu memberi kesedaran sewajarnya pada kita. Kisah yang penuh pengajaran ini bukan sahaja akan membuka mata, hati dan minda kita, bahkan mampu membuatkan kita merasa sebak. Seperti mana kata-kata penulis yang berbunyi,

“One runs the risk of weeping a little if one allows himself to be tamed.”

References:

Antoine de Saint-Exupéry. The Little Prince, New York City: Reynal & Hitchcock, 1943.


Thursday, 28 September 2017

KHUTULUN @ KHULUTUN - JELITAWAN BESI BANGSA MONGGOL

Antara tamadun yang terhebat pernah dunia lihat ialah Tamadun Monggol, yang didirikan oleh puak berkuda daripada padang rumput Eurasia. Meskipun asalnya, mereka dari bangsa gasar yang selalu menyerang dan menhancurkan tamadun yang berjiran dengan mereka, tetapi ada helaian positif yang boleh dipelajari oleh bangsa ini – kedudukan wanita dalam hierkrari pemerintahan yang dikuasai oleh kebanyakan kaum lelaki.

Wanita Monggol tidak menerima penghinaan yang sering dilemparkan ke atas para wanita yang hidup sezaman dengan mereka. Mereka tidak ditindas sebagai makhluk yang lemah, tetapi budaya Monggol mengangkat mereka lebih tinggi daripada kebanyakan tamadun yang didirikan oleh bangsa yang wujud. Mereka diberikan penghormatan yang selayaknya dan banyak juga tokoh wanita yang lahir dalam kalangan bangsa mereka. Antara yang sering dibicarakan oleh ialah seorang wanita bernama Khutulun.
Hasil carian imej untuk khulutun
Gambar Sekadar Hiasan

Ini kisah tentang cicit kepada Genghis Khan, penakluk agung yang menyatukan seluruh bangsa Monggol. Ayahandanya iaitu Khaidu Khan ialah seorang pemerintah disebuah tanah yang terletak di Pergunungan Tian Shan dan sekitar wilayah Uzbekistan dan Kyrgyztan moden hari ini. Meskipun tidak dapat berjumpa dengan moyangnya, Khutulun mewarisi sifat gagah perkasa yang dimiliki oleh Genghis Khan sendiri. Khutulun yang namanya membawa maksud Bulan Cerah mungkin tidak semanis namanya.

Disebalik wajah jelita dan kemanisan nama, Khutulun adalah seorang wanita yang gagah perkasa. Dari kecil lagi, beliau dibesarkan sebagai seorang pahlawan. Khutulun diajarkan untuk menunggang kuda laksana semua anak lelaki monggol yang lain, belajar bagaimana untuk membidik anak panah setepat mungkin dan yang paling penting, wanita jelitawan bernama Khutulun ini turut diajarkan untuk bergusti. Khutulun angat dikenali dikalangan bangsanya sebagai seorang yang sangat ternama dalam arena pengustian.
Hasil carian imej untuk khulutun monggol
Gambar Sekadar Hiasan

Namun, hakikat disebalik kegagahan yang dimiliki oleh beliau, beliau tetap seorang wanita. Sampai usianya, ayah kepada Khutulun sedang mencari jodoh untuk dikahwinkan dengan Khutulun. Tetapi dibesarkan seperti anak lelaki Monggol yang berjiwa pahlawan yang lain, Khutulun memberi syarat kepada sesiapa yang bermimpi mahu menjadi suaminya. Mereka harus menewaskannya dalam sukan gusti barulah layak untuk berkongsi hidup dengannya. Tetapi kalau kalah ialah pengakhirannya, maka mereka harus membayar taruhan dengan memberikannya sepuluh ekor kuda.

Dipendekkan cerita, tawaran daripada Khutulun itu tersebar ke seluruh Monggol. Kejelitaan yang tiada tandingan yang dimiliki oleh gadis itu telah menarik perhatian para lelaki gagah. Namun, selepas beberapa ketika, tiada siapa yang mampu mencuri hati gadis itu. Bahkan, Marco Polo seorang pengembara Eropah ketika bertemu dengan Khutulun mengatakan bahawa jelitawan besi itu memiliki sekurang-kurangnya 10, 000 ekor kuda menandakan bahawa betapa banyaknya lelaki yang ditumbangkannya.
 Hasil carian imej untuk khulutun monggol
Gambar Sekadar Hiasan

Catatan Marco Polo tentang batang tubuh bernama Khutulun ini masih segar. Kononnya pada satu malam, dicatatkan bahawa seorang putera raja dari tanah asing menghadap Khan Khaidu, ayahandanya Khutulun. Putera tersebut dicatatkan sebagai seorang yang sangat kacak dan tampan. Tidak seperti lelaki lain, putera raja tersebut mempertaruhkan 1000 ekor kuda. Namun, pada malamnya si putera bertemu dengan Khutulun lalu mencuba untuk memujuk gadis itu agar kalah kepadanya keesokan harinya supaya dia boleh memiliki hati Khutulun. Namun, pengkhirannya seperti dijangka dan putera raja tersebut kalah ditangannya.

Namun, kisah bagaimana beliau menemui cinta sejatinya ialah ketika tercetusnya perang saudara yang melibatkan antara ayahandanya dan juga Kublai Khan pemerintah Dinasti Yuan, China. Dalam peperangan tersebut, Khutulun diamanahkan untuk memimpin salah satu sayap berkuda dalam tentera Khutulun. Namun bukan itu fokus ceritanya tetapi tentang bagaimana pada suatu malam, di mana Kublai Khan telah mengarahkan untuk seorang lelaki bernama Abtakul untuk menyelinap masuk ke kem Khaidu Khan untuk membunuhnya. Malangnya, Abtakul telah tertangkap.
Hasil carian imej untuk khulutun monggol
Gambar Sekadar Hiasan

Namun, disebalik dihukum mati, sebaliknya Khaidu Khan melantiknya menjadi orang kanannya kerana kagum dengan keberaniannya mempertahankan bondanya daripada turut dihukum bunuh. Abtakul dibebaskan daripada penjara. Sejak hari itu, Abtakul berperang bagi pihak Khaidu Khan sebelum tercedera dalam sebuah pertempuran. Ketika dia dibawa ke tempat perawatan, dia dan Khutulun bertemu lalu sama-sama jatuh cinta.

Perang saudara yang berlaku antara Kublai Khan dan Khaidu Khan akhirnya berakhir tanpa pemenang dikedua-dua belah pihak, sebaliknya kerugian nyawa, tenaga dan harta benda yang agak banyak. Tidak lama kemudian, Khaidu Khan pun mangkat lalu dia melantik Khutulun sebagai pengganti atau Khan yang baru. Namun, Khutulun menolak sebaliknya hanya mahu menjadi jeneral perang bagi puak Khaidu Khan dan berkhidmat sebagai orang kanan kepada Khan yang dilantik.
Hasil carian imej untuk khulutun monggol
Gambar Sekadar Hiasan

Namun, khidmat Khutulun sebagai jeneral dan komander perang tidak bertahan lama apabial 5 tahun kemudian, Khutulun meninggal dunia. Ada versi yang mengatakan bahawa dia telah dibunuh oleh musuh politiknya. Ada pula versi mengatakan bahawa dia tewas dalam medan perang.

Namun demikian, kisah Khutulun, seorang wanita yang gagah dan menongkah arus pada saat wanita lain didiskriminasi harus menjadi inspirasi kepada para wanita diluar sana bahawa menjadi seorang wanita bukanlah bermaksud anda menjadi makhluk yang lemah. Khutulun, seorang jelitawan dari padang rumput Eurasia telah membuktikannya…


Monday, 18 September 2017

WANITA SERIGALA JADIAN - THE URBAN LEGEND STORY

Image may contain: 1 person, text

1. 300 wanita serigala jadian dari Jülich bunuh 94 orang pada tahun 1591
Pada tahun 1591, satu laporan yang dicetak dari Augsburg, mengenai serangan serigala betina. Duchy of Jülich diserang oleh beratus2 ekor serigala betina. Cerita nya menyebut 300 orang wanita itu mampu bertukar menjadi serigala jadian Wolves of Jülich, dan mengganas diserata bandar. Menurut laporan serigala2 ini telah menyerang dan mengorbankan sekurang-kurangnya 94 orang beserta kuda tunggangan dan binatang ternakan. Serigala jadian ini akhirnya ditangkap namun jumlahnya hanya 85 orang sahaja. Mereka mengaku melakukan pembunuhan tersebut. Hukuman dibakar hidup2 dikhalayak ramai. Baki wanita2 serigala jadian itu tak dapat ditangkap kerana mereka telah lari ketakutan ketempat lain selepas rakan2 mereka ditangkap dan dihukum.
No automatic alt text available.

2. Wanita Argentina Bertukar menjadi serigala selepas diserang 
Di Argentina, sesetengah budaya dan kepercayaan karut mereka percaya anak ke7 yang lahir jika lelaki, bila besar nanti akan bertukar menjadi serigala jadian. Jika perempuan, akan bertukar menjadi ahli sihir. Jika serigala Argentina menyerang samada lelaki atau perempuan selalunya mereka akan mati menjadi korban, sedikit saja yang akan survive hidup bertukar menjadi serigala jadian. Cerita mengenai seekor serigala betina Argentina sangat terkenal zaman dahulu kerana dikatakan hidup apabila digigit serigala jantan. Sepatutnya jadi ahli sihir tapi dia survive terus jadi serigala jadian. Dikatakan serigala betina ni akhirnya ditembak mati oleh orang kampung. Kepalanya dipenggal. Badan dan kepalanya ditanam jauh dari kawasan perumahan.
No automatic alt text available.

3. Wanita Serigala Tlaxcala hisap darah kanak2 hingga kering
Menurut cerita masyarakat asli Tlaxcala, Mexico, mereka percaya kisah wanita serigala yang ganas yang mampu bertukar dan di gelar 'tlahuelpuchi'. Mereka merupakan penyihir juga berupaya menjadi vampire atau boleh juga menjelma sebagai seekor anjing, koyote, atau beberapa haiwan ganas lain selepas matahari terbenam. Ibu bapa amat takut dengan tlahuelpuchi ni kerana kanak-kanak adalah sasaran utama mereka. Kecuali jika kanak-kanak dilindungi dan dijampi serapah. Kanak2 sangat digemari oleh serigala betina ni. Jika dapat tlahuelpuchi mereka akan hisap darah kanak2 tersebut hingga kering dan makan hingga tinggal sisa tulang.
Image may contain: 1 person, text

4. Sumpahan terhadap wanita serigala Ireland abad ke 12
Kisah serigala betina yang susah nak mati femes di Ireland. Kejadian ni dikatakan berlaku pada abad ke-12. Dikatakan sepasang suami isteri ni disumpah menjadi serigala jadian. Sama2 jahat makan binatang ternakan kadang2 saja mereka bunuh orang. Selama hampir 7 tahun pasangan ni hidup sebagai serigala jadian. Tiba2 satu haritu siisteri jatuh sakit lama beberapa bulan tak mati2 walaupun dah kritikal. Si suami bimbang lalu meminta bantuan paderi bagi membuang segala sumpahan. Mujurlah paderi tu mampu buang segala sumpahan. Wanita itu sempat memohon keampunan.. kononnyalahh.. selepas itu barulah dia mati dengan senang dan aman. Oleh kerana takut terjadi perkara yang sama, si suami pun turut memohon keampunan dan berubat dengan paderi bagi membuang sumpahan tu.
No automatic alt text available.

5. SeKeluarga Werewolves Perancis Termasuk Dua Wanita Dibunuh Pada tahun 1598
Keluarga Gandillon St. Claude, Perancis, dikatakan keluarga serigala. Termasuk dua wanita yang tinggal dirumah mereka iaitu Antoinette dan Perrenette. Mereka dikatakan telah menyerang dan membunuh dua kanak-kanak pada tahun 1598. Beberapa saksi menyatakan mereka nampak wanita itu dan tanpa berlengah mereka ramai2 menyerang rumah Gandillon dan menangkap dan menyeret kesemuanya kemahkamah. Antoinette mengaku kesemua nya perlakuan jenayahnya.Dia juga menyatakan yang dia melakukan seks dengan syaitan yang berubah bentuk menjadi kambing. Kesemuanya dihukum dibakar dikhalayak ramai.
Image may contain: 1 person, standing and text

6. 'The Auvergne Werewolf' wanita serigala yang menyerang suami sendiri pada tahun 1558
Kisah tentang Auvergne Werewolf adalah cerita lagenda pada tahun 1558. Dikatakan seekor serigala humongous telah menyerang seorang pemburu di hutan di tengah Perancis. Semasa serangan itu, lelaki itu berjaya memotong salah satu tangan bahagian hadapan serigala itu. Apabila dia membawa balik ke rumah, dia dapati telah bertukar menjadi tangan manusia. Terdapat cincin perkahwinan dijari tu. Lelaki itu terkejut bila menerima panggilan yang isterinya ditangkap kerana menyerang orang dibandar. Mereka menyatakan isterinya serigala jadian yang bertukar menjadi manusia tapi tangan nya kudung.Oleh kerana rasa tertipu dan dikhianati, lelaki itu menunjukkan jari yang berjaya dipotongnya. Orang ramai menyeret wanita itu dan membakarnya dikhalayak ramai. Isterinya rupanya adalah ahli sihir yang mampu bertukar menjadi serigala.
Image may contain: 1 person, smiling, close-up

7. 'Nahuales' wanita serigala jadian menyerang penduduk kampung Oaxaca, Mexico
Budaya masyarakat asli Mexico mempunyai banyak cerita2 legenda serigala ni dan ada juga zaman moden ni mereka masih percaya serigala jadian.Contohnya cerita mengenai serigala yang femes adalah 'Chinantecos' yang tinggal di Oaxaca. Oleh kerana takut dan rasa terancam kepada kumpulan2 manusia lain mereka menukar nama kepada "nahuales" untuk gelaran werewolf betina kumpulan mereka. Nama ni adalah gabungan Nahuas dari Tlaxala.Wanita serigala jadian ini sangat mahir dalam bidang berubat dan sihir. Mereka juga mampu bertukar2 rupa namun serigala paling kerap. Malam mereka akan bertukar apabila bulan mengambang penuh.
Image may contain: 1 person, text

8. Wanita Serigala Armenian bunuh anak sendiri untuk dimakan
Di Armenia, sesetengah kepercayaan menyatakan jika melakukan dosa berat didunia lebih ngeri dari menghadapi seksa neraka. Mereka takut buat dosa didunia. Menurut mitos, wanita berdosa ni akan dikunjungi oleh roh atau semangat jahat yang memaksa mereka memakai kulit serigala yang dikatakan mengandungi sumpahan bertahun2 lamanya. Mereka akan bertukar menjadi serigala jadian hingga memaksa mereka makan daging manusia. Wanita-wanita yang disumpah ni akan bertukar menjadi serigala setiap malam. Keinginan mereka sangat kuat kepada manusia hingga mampu makan anak mereka sendiri. Selalunya mereka akan makan anak2 jiran kemudian anak2 sendiri sampai satu tahap yang paling jahat dan kritikal.
Image may contain: 1 person

9. Wanita Serigala Perancis ditangkap kerana 'kaki'nya
Menurut cerita2 serigala dalam buku yang ditulis oleh Jean de Nynauld, ada menceritakan tentang kisah serigala betina di Perancis semasa awal tahun 1600 an. Semasa serigala itu menyerang seorang tukang kayu dihutan pada suatu malam, tukang kayu tersebut berjaya mencapai kapak melepaskan diri dengan memotong kaki serigala betina tersebut. Serigala itu berjaya melepaskan diri. Namun kaki yang berjaya dipotong itu bertukar menjadi kaki manusia. Kecoh satu bandar apabila mereka mengaitkan kes itu dengan wanita tadi yang parah kerana kehilangan kaki. Namun apabila disoal, wanita itu menyatakan dia dirompak. Oleh kerana tiada bukti yang cukup, dia dtangkap dan dihukum dibakar dikhalayak ramai kerana mereka percaya kaki serigala itu kepunyaan wanita tadi.
Image may contain: one or more people

10. Wanita Serigala Liberia yang 'mengajar' suami pemalas
Cerita ni paling menghiburkan..😂 Kisah purba urban legen dari Liberia ini menceritakan kisah wanita juga isteri yang mampu bertukar menjadi serigala jadian. Ceritanya bermula apabila suaminya seorang yang pemalas nak keluar berkerja. Dia memaksa isterinya keluar cari rezki untuk mereka anak beranak. Isteri serigala jadian yang taat pada perintah suaminya tu mulanya sangat bodoh. Dia pun keluarlah mencari binatang buruan dihutan. Oleh kerana rasa dibebankan dengan suami yang tak guna tu jadi dia pun berhasrat menakutkan suaminya. Suatu hari semasa suaminya keluar dia menyerang suaminya tu sampai terbaring jantan tu. Dia menggigit kapak dan melemparkan kearah suaminya tu sebagai tanda kau pergi dari sini cari makanan sendiri boleh tak?? Oleh kerana ketakutan lelaki itu menjerit2 memanggil isterinya. Dia taktahu serigala tu isteri dia. Isterinya yang pandai berdrama tu akhirnya merayu dia tak sanggup keluar lagi takut dimakan serigala. Oleh kerana tiada pilihan lain lelaki itu pun terpaksa lah keluar berkerja cari rezki sendiri. Padan muka kau..haha
Image may contain: 1 person, smiling

11. Asaba pada kurun ke 19 adalah tempat wanita2 sihir dan serigala jadian
Di Asaba, yang kini adalah Nigeria, penduduk tempatan percaya bahawa hampir kesemua wanita2nya mempunyai kuasa sihir. Selain itu, legenda menyatakan bahawa ahli-ahli sihir wanita ni mampu bertukar2 rupa mereka. Namun bukan semua bertujuan jahat. Ada juga untuk kebaikan contohnya seorang ibu bertukar menjadi serigala bagi menakutkan anak2 mereka dari keluar rumah malam2. Selain itu menjaga kepentingan masing2 contohnya memelihara ladang mereka dari dicerobohi oleh pencuri.
Image may contain: 1 person

12. 2 wanita Serigala Liege yang dibakar hidup2 pada tahun 1610
Satu lagi cerita lagenda adalah mengenai 2 wanita yang dibakar hidup2 di Liege pada tahun 1610 kerana ilmu hitam. Mereka juga didapati mampu bertukar diri menjadi wanita serigala. Mereka mulanya menyerang haiwan namun kemudian menyerang dan membunuh serta memakan kanak2.
Mereka ditangkap dan diikat serta dibakar hidup2 dikhalayak ramai. Memang hukuman dibakar selalunya bagi wanita sihir tetapi sekiranya wanita mampu bertukar2 rupa mereka dianggap ahli sihir hukuman nya adalah sama dengan ahli sihir juga.
Image may contain: 1 person

13. Lubnan adalah bandar serigala pada Abad Ke-6 
Pada abad ke 6 dalam sejarah lama ada menceritakan yang Lubnan dahulu penuh dengan wanita serigala jadian. Banyak kampung2 diserang serigala dan ramai menjadi korban makanan mereka. Oleh kerana ianya berterusan semua wanita dikurung dan segera diubat dan dijampi oleh paderi. Amalan ritual salah dan menyimpang juga dibuang serta sihir2 tidak lagi diamalkan. Sejak itu barulah bandar itu aman dari serangan serigala.
Image may contain: 1 person