Wednesday 7 December 2011

:: kUrSuS & fEsTiVaL ::

salam..orang kata...'anything happens, life must go On'...dan begitulah yang aku buat skang ni...bulan Disember 2011 menyaksikan satu kesibukan yang luar biasa...memang luar biasa...rasanya macam tak sempat nak balik rumah disebabkan SIBUK ini...masalah peribadi...? biarlah...biarlah Allah swt menentukan...aku dah terlalu letih untuk memikirkannya... SO...jom cerita tentang kerja..kerja..dan kerja....hik hik hik...

..bermula pertengahan November..aku telah diminta untuk menyelaraskan sebuah kursus yang dinamakan Kursus Pemurnian Kerja dan Minda Positif.. perkara pertama, aku dapatkan tarikh kursus yang dipersetujui dari pihak ketua cawangan...setelah confirm tarikh tersebut...aku pun menguar²kan kepada pihak hotel untuk mendapatkan sebut harga @ 'quotation' untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk kursus selama 3 hari 2 malam ini... akhirnya...setelah memperolehi 5 quotation, aku menggunakan kuasa yang ada untuk memilih hotel ini...yang terletak di Port Dickson...N.Sembilan.
..kursus ni diadakan pada 2 - 4 Disember 2011 di AnCasa Allsuites Resort & SPA...peserta seramai 33 orang termasuk ketua cawangan ofis aku...objektif kursus...nak habiskan budget...bley...? hihihi....sebenarnya tujuan kursus ni diadakan adalah untuk membuat pembahagian semula tugas ekoran penamatan perkhidmatan 7 kakitangan kontrak (SPS)...itulah sebenarnya...di samping meraikan mereka yang 7 orang ni di majlis yang serba sederhana....
pemandangan dari bilik aku...cantik x...? sonok tau...masakan tidak...utk kursus ni aku bawa 5 orang anak² saudara aku...dari yg Form 4..smpailah yang sekolah tadika tu...sonok tengok diorg sonok....dari pagi smpai tengahari...dari tengahari smpai petang...sakan tul mandi pool.....hik hik hik....berkursus dan bercuti....2 in 1....pendekkan citer...kursus ni selesai pada 4hb (Ahad)..kebetulan pada tarikh tersebut adik sepupu aku kat kampung bertunang...yang ni aku tak puas hati sbb aku tak tahu...kunun² diorang nak wat surprise...katanya kenduri cukur jambul...tp tidak...hampess kan...?
Nota : banyak sebenarnya pic² aku dan rombongan mase kursus ni but aku masih x sempat nak upload kat sini mahu pun kat FB....hurmmmm

..hurmmmmm...balik kursus...aku kena selsema dan batuk²..hampir juga nak demam...tapi tetap datang keje sbb ada tugas penting yang menunggu...tugas yang aku buat ni bisa jadikan aku STRESS yang amat sangat...aku terpaksa peras pale hotak dan tenaga hanya kerana festival ini....
..waktu aku post kan entry ni..aku masih struggle nak siapkan tugasan yang diberi...alhamdulillah...ia hampir selesai...ESOK (8 Dis 2011) Festival Kesenian Kanak² Antarabangsa (FKKA) pun bermula..maka letaklah 'pen' untuk tugasan yang dah selesai sebelum event...angkat pula stuff baharu untuk tugasan SeMaSa event berlangsung.....huh! habis FKKA ni ape pulak ea...? tungguuuu!!!

..walau ape pun..aku sayangkan keje aku ni...aku layan sebaik mungkin keje yang aku sayang ni...aku dapat 2 manfaat....1; aku dapat kepuasan apabila hasil kerja diberi pengiktirafan dan dihargai & 2; GAJI ler...... hik hik hik




No comments:

Post a Comment