Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Monday, 1 July 2019

THROWBACK PELAKON MELAYU LAMA: PANDAI BERSILAT & PEGANG WATAK PRINCE HAMLET, MAK ENON PELAKON BANGSAWAN YANG BUKAN CALANG-CALANG!



Bagi penggemar filem Melayu klasik, Bagi penggemar filem Melayu klasik,  Bagi penggemar filem Melayu klasik, korang mesti familiar dengan seorang pelakon wanita berusia yang dipanggil Mak Enon. Mak Enon ni kalau dalam filem P. Ramlee kita hanya kenal dia dengan watak-watak kecil seperti pembantu rumah.

Tapi tahu tak korang sebenarnya Mak Enon ni sangat legend di zamannya dan dia pernah berlakon untuk teater bangsawan dengan pegang watak Prince Hamlet? Wow jangan pandang sebelah mata! 
SUMBER: WIKIPEDIA
Berikut perkongsian daripada Facebook Repair Gambar Lama mengenai kisah hidup Mak Enon.

Image result for corak kerawang kerawang kuning border png
Memulakan karier sebagai pelakon bangsawan pada tahun 1930-an dengan gaji $40 sebulan.

Mak Enon atau nama sebenarnya Amon @ Ainon Chik ni dilahirkan di Geylang Serai, Singapura pada tahun 1911. Ayahnya berdarah Bugis dan ibunya pula berketurunan Cina. Keluarganya berasal dari Kuching, Sarawak dan beliau merupakan anak bongsu daripada 4 adik beradik.

Sejak dari kecil lagi, Mak Enon memang minat dengan bangsawan. Pembabitannya dalam dunia seni bermula apabila dia jadi pelakon bangsawan pada tahun 30-an di Singapura dengan gaji sebanyak $40 sebulan. Time $40 kira banyaklah juga. Boleh jadi sama nisbah $400 sekarang!
SUMBER: FB

Mak Enon zaman muda. Sejak dari tu, Mak Enon bergerak aktif membuat persembahan di Indonesia iaitu di City Opera, Genani Star Opera dan panggung New World Hall. Malah dia juga pernah digelar Seri Panggung atau Primadona (gelaran terhebat seorang pelakon wanita) dan bersama-sama Kumpulan Royal Opera menjelajah ke Palembang, Sumatera dan Tanah Jawa.

Beliau juga aktif dalam bangsawan sekitar tahun 1930-an hingga 1960-an.

MAK ENON PERNAH TOLAK TAWARAN BERLAKON DENGAN P. RAMLEE!

Sebenarnya tak mudah P. Ramlee nak menarik Mak Enon ni masuk ke layar perak setelah beberapa kali dia menawarkan watak kepada primadona ini. Antara watak yang ditawarkan ialah penari joget.

Tapi Mak Enon sering tolak tawaran dengan alasan, “Anak Bangsawan tak tahu berlakon filem”. Malah tak cukup dengan tu, P. Ramlee jugak pernah tawarkan Mak Enon berlakon jadi ahli silat sebab dia tahu primadona ini pandai bersilat. Tapi akibat keras hati, permintaan tu ditolaknya jugak.
MAK ENON DALAM FILEM TUAN BESAR I SUMBER: IMDB

Pernah pegang Pernah pegang peranan sebagai Prince Hamlet untuk pementasan Inggeris

Menariknya tentang Mak Enon ni, walaupun dia seorang perempuan, pada tahun 1945 dia telah dipilih untuk pegang watak sebagai Prince Hamlet bagi drama pementasan Inggeris arahan Shariff Medan. Kemain watak Englishman tau! 
SUMBER: FB

Pementasan ini katanya dibuat atas permintaan British Military Administration (BMA).

Pada tahun 1966, Mak Enon, 45, telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru dan pada ketika tu, barulah terbuka hatinya nak berlakon filem di bawah arahan P. Ramlee. Mak Enon mula berlakon watak kecil dalam filem seperti:
MENJELANG USIA TUA - TERLIBAT DALAM PROGRAM TV & FESTIVAL FILEM DALAM SERTA LUAR NEGARA

Selain daripada terlibat dengan filem arahan P. Ramlee, Mak Enon juga berlakon dalam filem arahan pengarah lain seperti Keluarga Si Comat (1975), Sayang Anakku Sayang (1976), Panglima Badul (1978), Dayang Suhana (1978), Tuan Besar (1980) selain turut terbabit dalam filem arahan Othman Hafsham pada tahun 1983 iaitu Mekanik.
SUMBER: YOUTUBE

Mak Enon uga tak ketinggalan menjayakan pertunjukan pentas dan pelbagai program lain seperti drama TV. Beliau juga sering dibawa mengikuti rombongan artis menyertai beberapa festival filem dalam dan luar negara seperti Festival Filem Asia Pasifik di Kuala Lumpur pada 1982.

Mak Enon menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6 pagi pada April 1992 di sisi menantunya, Perani Pramount dan anaknya, Mala Satria Shariff berada di sisinya.

الفاتحة  buat Mak Enon.

Kredit: Lobak merah

SUMBER: Berita Steady


Thursday, 21 June 2018

SELAMAT TINGGAL AIDILFITRI

SINOPSIS SELAMAT TINGGAL AIDILFITRI 
Kisah pengorbanan seorang abang yang dibuang keluarganya masih berusaha demi adik-adiknya. Adi seorang abang berpewatakan lembut berkorban membesarkan adik-adiknya Adam dan Dhia sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke universiti dan berkerjaya. Mereka saling menyayangi sehingga satu hari Adam dan Dhia memperkenalkan bakal pasangan masing-masing.

Yup, begitulah sinopsis yang aku baca sebelum menonton telemovie ini. Rasa tertarik sangat nak menonton sbb aku memang dewasa dengan kisah² bertemakan 'agama','raya' dan 'aidilfitri' yang dizahirkan oleh Sutradara Rashid Sibir sebelum ini seperti Tanah Kubur, Pondok Buruk 1 & 2, Takbir Suci 1, 2 & 3, Ketupat Daun Kering, Quran Buruk dan banyak lagi... Keterujaan aku berdasarkan kisah² yang dipaparkan sebelum ini sangat memberi pengajaran. Jadi tanpa berlengah, aku pun 'download' ler citer ni kat Astro on Demand...

PEMBAWANGAN (ULASAN/KOMEN)

Tapi sebelum aku nak membawang pasal telemovie ni, ingin aku jelaskan yang aku bukanlah seorang pembikin drama atau filem...bukan juga student dalam bidang perfileman...jadi bawangan aku bukanlah dalam term teknikal atau artistik yang memerlukan seseorang yang berpengalaman dalam produksi drama atau filem... Bawangan aku, berdasarkan pandangan aku sebagai seorang penonton, peminat karya arahan Sutradara Rashid Sibir dan sebagai seseorang yang rapat dengan kehidupan dan suasana kampung yang marhaen.

Anyway...aku akan mulakan bawangan aku dengan pemeran watak dulu ea...
Image result for norlia ghani sebagai ibu
Norlia Ghani - memegang watak sebagai IBU (nama kalau tak siLap 'Mun'), ibu kepada 3 orang anak... Seorang lelaki, seorang perempuan dan seorang lagi 'confused'; 😕😛😅
Johari Said - sebagai Abg Adi - seorang lelaki lembut (kata mudahnya seorang pondan/ponen) yang sangat bertanggungjawab malah sering berkorban demi adik²...berbadan gemuk dan berkulit gelap...dan pakai wig...haha
Image result for zahiril adzim
Zahiril Adzim - sebagai Adam...anak kedua dalam keluarga ni...nampak penyayang namun kurang cerdik memperlihatkan kasih sayang dia tu, selfish dan fisherman...hahaha...


Image result for sharifah amani
Sharifah Amani - memegang watak sebagai Dhia, adik bongsu Adi dan Adam...berwajah mulus...cantik...agak naif dan lurus...penyayang...tp senang terpengaruh dan tak tetap pendirian...
Image result for ruminah sidek
Ruminah Sidek/Mak Mah - memegang watak sebagai Mak Esah (bukan Mak Esah si ratu mandrem ea...haha), kawan kepada Mak Mun (ibu tiga beradik ni tadi)...seorang yang prihatin, keibuan dan sahabat yang baik.

Ada dua lagi watak, tapi aku tak kenal siapa pelakonnya... Watak ANITA (kekasih kepada Adam) dan watak ANUAR (kekasih kepada Dhia)...
Permulaan kisah dalam telemovie ni macam biasa...kebahagiaan dalam sebuah keluarga...dapat dirasakan kasih sayang dalam diri Mak Mun, Adi, Adam dan Dhia... Namun kadang², apabila ia terlalu difokuskan...kemesraan dan kasih sayang tu nampak 'plastik'...tonjolkan sikit² udah ler kan...hurmmm...mungkin sbb watak Adi yang agak kaku dan mendatar tu penyebabnya ...
Pertengahan cerita, Adam dan Dhia masing² sibuk nak bawa pasangan depa ke rumah untuk dikenalkan kepada Mak Mun dan Adi... Sampailah satu ketika, Adam dan Dhia memperkenalkan mereka...and pada ketika itulah Anita (awek Adam) dan Anuar (pakwe Dhia) berkenalan dengan Mak Mun dan Adi... Disinilah konflik bermula apabila Anita dan Anuar tak selesa dengan Adi yang huduh, gemuk, hitam dan ponen... Malah, kedua² mereka ni risau pasal 'keturunan' Adam dan Dhia disebabkan ada abang seorang pondan... 
Adam dan Dhia telah diberi pilihan oleh pasangan masing² iaitu Anita dan Adam...sama ada memilih Adi atau mereka... haha... boleh plak camtu ea...dah tentu² la si Adi tu abang depa...boleh plak hangpa nak suh buat pilihan... 

Hurm...si Adam dan Dhia plak terpaksa ler ikut apa kata Anita and Anuar... Mereka meminta Adi untuk menghilangkan diri seketika sewaktu keluarga Anita dan Anuar datang merisik (mcm tu ler lebih kurang)... Permintaannya mudah je...'hilangkan diri seketika'...masa keluarga orang tu datang, Adi p la kedai ngeteh sekejap...p tengok wayang ka apa yang patut...asalkan tiada di rumah ketika itu... Pastu, lepaih depa sume balik...boleh la Adi balik... TETAPI...si Adi ni plak sewaktu dalam kandungan (mungkin) Mak Mun aktif berdrama...maka Adi pn berdrama lah...nak keluar dari umah kononnya...sbb adik² tak sayang dan perlukan dia lagi... 
Apekeheynya ko Yeop...? Tak faham ke permintaan adik² tu...? Bengong ke apa..? Hek eleh... Yang Mak Mun pun sama...cuba la jelaskan pada Adi tu...adik² minta keluar sekejap je...bukan berambus...bkn sbb adik² tak terima abg depa 'ponen' tapi keluarga pasangan depa tu yang geli-geleman dgn ponen ni... Ini tidak...Mak Mun pun turut berdrama...hadoi...x faham ke... Benda senang jadi susah...

Kat sinilah kisah 'drama' yang tak patut berlaku telah terjadi... Si Adi keluar dari umah dan tinggal entah kt mana... Mak Mun plak kemurungan tahap gaban sbb rindukan Adi... 
Adam bertegas dengan tindakan dia meminta Adi keluar sekejap...bukannya nak tengok drama si Adi... Macam biasalah...waktu tengah bercinta, mata hati biasanya jadi buta...hahaha...

Dah 3/4 cerita...keluarga Anita datang ke umah...tengah dok bersembang...tiba² Mak Mun jatuh pengsan...kalut la sekejap...dan waktu tu...Adi tengah mengendap juga sebab rindukan Mak Mun... 
Once Mak Mun pengsan tu...Adi pun apa lagi...terus menyerbu ke dalam rumah untuk menyelamatkan Mak Mun...(waktu menyerbu ke dalam umah, bergegar jugaklah umah tu...maklumlah kembar badak air berlari...hihi) Masa ni lah keluarga Anita terperanjat apabila mendapati Adi (si ponen saiz peti ais 2 pintu ni) merupakan abang kandung Adam dan Dhia... 

Logik akalnya...
1. Boleh pulak waktu kalut Mak Mun pengsan sebab kurang vitamin ni mak ayah Anita mempersoalkan siapa Adi...dan Adam plak sibuk nak halau Adi sedangkan waktu tu Adi tengah meriba Mak Mun... Hek eleh...x logik la bro...settle kan lah hal Mak Mun yang baru sedar daripada pengsan tu, pastu korang nak bergasak...bergasaklah...hadoi...

 
2. Anita ni anak orang kaya...muka confirm² dah kena cucuk botox...tapi mak ayah plak muka macam takde kena-mengena dengan Anita...muka mak macam baru keluar gua...ayah plak macam bomoh pembela saka...hek eleh...sekurang-kurangnya carilah yang lebih sepadan dengan Anita Botox tuk jadi mak ayah dia... (mungkin muka ASLI Anita pun macam depa la kot...tapi sebab dah cucuk  tang sana cucuk tang sini...botox tang sana...inject tang sini...so berubahla iras wajah Anita tu kan...hahaha)




3. Yang lagi kelakar...Anita dan keluarganya serta semua dalam insiden ni risau pasal keturunan...kononnya mereka akan dapat anak macam si Adi ponen ni... Yang korang beria² halau Adi keluar tu dah nape..? Bangang sangat ke sampai tak leh fikir, even korang halau atau bunuh Adi tu pn...Adam dan Dhia adalah keturunan yang sama... Hak tuih betullah...Korang ingat once dah halau or bunuh, terputuslah nasab keturunan tu...???
4. Waktu si Adam dan Mak Mun berkonfrontasi tentang si Adi...(lepaih Mak Mun sedar daripada pengsan ler...takkan waktu tengah pengsan...) Mak Mun membela si Adi...beria² nih menyebut tentang pengorbanan dan kasih sayang Adi pada adik²nya... Boleh pulak mak ayah Anita yang muka celaka mcm baru keluar gua puaka ni...buat 'memek muka'...alah...buat muka sinis dan sombong tu... Ko dah la datang umah orang, pastu ko plak buat muka sombong macam orang tengah mengemis kat ko plak ea... Sibuk plak ko nak sama menghalau si Adi... Tak masuk akal lah bro... Lain kali, bila datang umah orang...jaga perangai tu...tak suka...diamkan diri, simpan mana yang tak puas hati and pastu balik...Ko tak suka adik-beradik orang pun, apekehey nye ko plak nak menghalau orang...?? Alahai...paling mudah rasanya...once korang found out yang Adi tu abg si Adam dan Dhia, tarik tangan Anita Botox tu and terus balik...ni korang plak sibuk nak menghalau...lawak la part ni... Kaya tapi bodoh... Kt sini yang tak masuk akal...


5. Aku terfikir kat pale hotak, nape waktu ni tak de sorang pun yang bersuara ... "kalau Anita dan Anuar mahukan korang...depa kena terima seluruh ahLi keluarga korang...kat situlah dapat dilihat keihkhlasan depa mencintai korang" mungkin ada la yg bercakap macam tu...tp mungkin sekali lalu dan kurang penegasan...aku rasa...kalau ada yang bersuara macam tu dengan penegasan yang mampan...serba-sedikit akan beri kesedaran pada Adam dan Dhia...hurmmm

Habis part tu...apabila perbalahan ini semakin berpanjangan, masing² tak mahu mengalah...Adam dengan cinta hatinya...Dhia plak 50-50, mana² pun dia ok... Si Adi dengan drama dia...Mak Mun plak dengan kemurungan dia...Hadirlah Mak Esah ni nak membantu... Makanya si Adi ni dok la tinggal dengan Mak Esah...(yang rasanya sebelah umah Mak Mun je) hahaha... 
Oh lupa nk share...si Adi ada penyakit semput (athsma)..tahap apa tak pulak dapat dipastikan... in the same time...kaki Adi mengalami kecederaan (luka di tapak kaki yang berulat²) untuk memberikan kesan 'dramatik' dalam citer ni...hurmmm...the typical idea...
Anyway...hampir ke penghujung cerita...Perbalahan masih tidak selesai, Mak Mun ambil keputusan tinggal bersama Mak Esah (sementara je...dalam 2-3 hari) sebab Adi juga ada bersama... 
 
Atas nasihat dan teguran Mak Esah, Dhia meminta Adam memujuk Adi dan Mak Mun untuk balik...maklumlah selang sehari je lagi nak Raya... Adam ni plak berdegil dan ini membuatkan Dhia rasa sangat bersalah... Tapi Dhia tetap tak buat sebarang keputusan melainkan menyebelahi tindakan Adam tu... Naif sangat kan si Dhia ni...tapi dia comel...hehehe

MALAM RAYA tu di rumah Mak Esah, Mak Mun dan Adi bertakbir bersama² dan sebab nak bagi dramatik...Mak Mun meninggal dunia... Masa ni aku rasa nak menjerit je sbb tak puas hati...time ending je...MATI...time ending je...MATI...time MATI je...ending...hek eleh... Esoknya...Adam (yang macam tersedar tentang kesilapannya) mengajak Dhia ke umah Mak Esah untuk minta maaf kt Mak Mun dan Adi... Agak²nya korang leh jangka kan...?


Macam biasa...dua beradik ni sampai ke umah Mak Esah...tengok ramai jiran ada...berlari naik ke rumah...dan mendapati Mak Mun telah siap dikapankan... 


Sedih tak? Sedih tak? Macam kampit...sedih mendenyer... Malam Mak Mun meninggal dunia tu, takde sape ke yang boleh bgtau kat Adam dan Dhia??? Takde ke orang kampung yang boleh sampaikan??? Sedangkan sebelum ni Mak Esah boleh je datang ke umah depa untuk menegur dan menasihatkan Adam dan Dhia..!! Paling hanat pun...depa ni takde mobile phone ke...?? Takleh call? Text? Alamak ai...logik ler sikit...Rasanya sekalipun Mak Esah duk Kangar and Mak Mun duk Mersing...boleh je berita kematian tu diperoleh pada malam yang sama kan...??????


Sambung balik... Beria²Lah menangis si Dhia ni...Adam pun samalah...but then depa bangun dari jenazah Mak Mun, lalu pergi berjumpa Adi untuk meminta maaf... Hurmmm...rasanya Adam dan Dhia punya kesedihan waktu minta maaf dengan Adi ni lebih hebat waktu meratapi jenazah Mak Mun... Hadoi...padahal jenazah mak korang masih ada kat situ...boleh plak korang bersedu-sedan kat sudut lain...

Aku rasa...tuan pengarah kita Sutradara Rashid Sibir ni kena ubah skrip dan gaya drama/telemovie beliau ni...minta sangat...tolonglah lari dari ending yang cliche ni...KEMATIAN...takkan lah nak bagi pengajaran tu hanya dengan KEMATIAN...boleh x tuan pengarah wat citer ni Happy Ending...letih nak tengok sampai part last je...mesti ada yg mati... Hek eLeh... HiLang mood... SesekaLi wat la happy ending! 

Gambarkan babak Adam dan Dhia berjumpa pasangan depa tu...bagi kata dua kat Anita dan Anuar...sama ada nak terima depa atau tidak...Kalau nak...kenalah terima Mak Mun dan Adi sekali...kalau tak nak...putuslah hubungan... Beri gambaran yang Adam dan Dhia ni begitu menghargai hubungan kekeluargaan...

Lepas tu gambarkan Adam dan Dhia pergi ke rumah Mak Esah pada malam raya tu...mohon ampun dan maaf pada Mak Mun dan Adi...pastu bawa mereka balik ke rumah...ajaklah Mak Esah sekali... Gambarkanlah Mak Mun, Mak Esah, Adi, Adam and Dhia berkumpul pada malam raya...raya sesama....terapkan unsur kemaafan dan saling menerima... Konsep atau tema "air dicincang takkan putus" diangkat sebagai fokus utama...Mak, ayah dan adik-beradik takkan dapat dicari ganti...tetapi kalau hilang/mati isteri atau kekasih...lambat-laun akan ada pengganti (jgn nak temberang kata takde ea...)

Nk bg pengajaran tak semestinya dgn KEMATIAN...Nk bg pengajaran tak semestinya dgn KEMATIAN...Nk bg pengajaran tak semestinya dgn KEMATIAN...(3X AKU ULANG) ...banyak je senario lain yang boleh dibuat panduan... Hurm...harap pada masa akan datang, tuan sutradara larilah daripada tema KEMATIAN ni...dah terbiasa sangat... 

Begitulah serba-sedikit bawangan aku tentang telemovie ni... ENDING nya cukup menghampakan...aku rasa Zahiril Adzim dan Sharifah Amani pun tak selesa dengan ENDING citer ni... Anyway..tahniah jugaklah sbb ni cerita drama/telemovie/filem MELAYU pertama yang aku tonton setelah sekian lamanya berhenti layannnn drama/telemovie/filem MELAYU dalam lebih kurang 3-4 tahun...

Sekian!


















Thursday, 24 May 2018

HISHAMUDDIN RAIS : "MERAKAM SEJARAH - FAKTOR MAHATHIR"

Image result for hishamuddin rais
Anak semua bangsa, bangsa semua agama, warga Malaysia telah berjaya menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Ini satu kemenangan. Justeru saya wajib menulis untuk merakamkan detik-detik kemenangan ini.

Parti United Malays National Organisation (UMNO) yang ditubuh pada 11 Mei 1946 dan didukung oleh Inggeris akhirnya telah dapat ditumpaskan dan dinyahkan dari kuasa oleh gerakan anak semua bangsa - bangsa semua agama.

Saya amat gembira apabila melihat Najib dan Rosmah tidak melarikan diri pada 12 Mei 2018. Pesawat jet peribadi yang dikatakan dihantar dari Jakarta telah dikepung oleh anak anak muda di lapangan terbang Subang.

Saya akan dituduh munafik jika saya tidak mengakui betapa gembiranya saya apabila melihat Razak Baginda, Arul Kanda, Habibul Rahman dan puluhan orang-orang jahat suku sakat Najib yang didakwa cuba menghilangkan diri, atau mula menenggelamkan diri dari diketahui orang ramai.

Saya amat amat gembira bila musuh saya dalam kesusahan. Saya gembira bila musuh saya dalam kesakitan. Saya gembira bila musuh saya masuk ke dalam penjara. Jangan salah baca, pilihan raya ialah perang tanpa senjata. Perang bersenjata berlaku apabila politik undi mengundi gagal.

Kegembiraan dari saya ini bukan dendam. Saya tidak memiliki sifat dendam. Gembira melihat Najib masuk penjara bukan bermakna berdendam.

Pada hemat saya hidup membawa dendam pasti satu hidup yang amat berat - mengheret dendam ke hulu ke hilir. Hishamuddin Rais tidak berdendam. Hishamuddin Rais hanya gembira apabila Najib dan Rosmah masuk penjara. Amin.

Para pembaca akan menipu diri sendiri apabila tidak mengakui bahawa kita semuanya bergembira apabila Najib dan Rosmah ditangkap, didakwa dan akhirnya masuk penjara.
Kegembiraan yang lahir ini adalah watak dan ciri-ciri gerakan politik. Di mana-mana pun dalam dunia ini apabila berlalu perubahan sosial ciri yang sama berlaku. Apabila yang zalim dijatuhkan, ppabila yang jahat dapat ditewaskan, apabila penyamun dapat ditangkap, maka kegembiraan adalah jawapannya.

Ketika Czar Nicholas dibunuh dalam Revolusi Bolshevik pada tahun 1917 warga kota Moscow gembira. Ketika kepala Louise ke14 dipenggal kepalanya di Paris pada 21 Januari 1793, ramai warga kota Paris menari, bertandak dan menyanyi mabuk gembira.

Saya amat yakin warga Indonesia pasti gembira melihat Suharto jatuh pada tahun 1998. Saya amat yakin warga Iran gembira apabila melihat Shah Reza Pahlavi melarikan diri dari Tehran pada 16 Januari 1979.

Di Tanah Melayu semenjak Inggeris mengangkat United Malays National Organisation, semenjak gerombolan Ketuanan Melayu ini mengambil alih kuasa dari British, Tanah Melayu telah dilanggar malapetaka.

Pada Rabu, 9 Mei 2018, malapetaka atau nakba dalam bahasa Arab telah dinyahkan. Menyahkan Najib dan Rosmah bermakna warga Malaysia telah berjaya menyahkan malapetaka yang selama 60 tahun ini telah menghempap berat kehidupan anak semua bangsa di Tanah Melayu.

09 MEI 2018 MALAPETAKA TERCABUT

Rabu 9 Mei 2018 malapetaka tercabut. Malaysia menjadi ringan. Udara menjadi nyaman. Hidup menjadi aman. Tanah Melayu membuka sejarah baru. Sabah dan Sarawak membuka sejarah baru. Maka kita - anak semua bangsa di Malaysia berhak untuk terus bergembira.

Saya sering menulis bahawa detik sejarah itu juga memiliki sejarah dan latar. Saya juga pernah menulis untuk menolak dan mengenepikan pandangan yang sering mengatakan bahawa sejarah ditulis oleh orang yang menang.

Untuk saya sejarah ditulis oleh orang yang rajin menulis. Jika kita malas menulis walaupun menang ia tidak memiliki makna.

Saya telah merakamkan semua babak babak sebelum PRU14. Menolak pelbagai bentuk pandangan bodoh yang tak masuk akal. Dan mengajukan garis dan taktik untuk membawa pencerahan.

Dua bulan sebelum PRU14 saya membuat ramalan kemenangan.

Dalam masa yang sama saya juga ada menulis beberapa pandangan yang pada hari ini dilihat salah, pandangan yang silap, pandangan yang terbukti melanggar apa yang berlaku ada 9 Mei.

Pada hemat saya ini lumrah. Kerana mustahil saya dapat melihat kesemua hasil politik masa depan dengan jelas dan tuntas.
Walau apa pun akhirnya kita semua dapat melihat Najib dan Rosmah terkurung dalam rumah sendiri. Yang ini telah saya nujumkan berbulan bulan lebih awal.

Dalam suasana kegembiraan, ketika melihat kembali apa yang pernah saya tulis – yang tepat dan yang salah. Maka ada beberapa perkara yang wajib saya tuntaskan. Perkara yang wajib saya rakamkan untuk rujukan sejarah, babak-babak yang wajib diumumkan secara hitam putih untuk bahan sejarah.

Seratus tahun dari hari ini jika ada anak pelajar yang menggali sejarah kejatuhan United Malays National Orgnisation pada Rabu 9 Mei 2018, maka apa yang saya tulis ini akan menjadi bahan.

PERTAMA: Kemenangan PRU14 oleh Pakatan Harapan pada Rabu 9 Mei 2018 adalah kerana faktor Mahathir. Dalam BI - The Mahathir factor.
Mahathir adalah penyebab utama yang telah berjaya - mengumpul semua tenaga anak semua bangsa - untuk mengalahkan gerombolan Najib dan konco-konconya.

Jika di zaman REFORMASI dahulu faktor Anwar Ibrahim menjadi juragan dan jurumudi. Anwar menjadi ikon yang berjaya mengumpul gerakan jalan raya untuk menjatuhkan Mahathir.

Dalam PRU14 juragan dan jurumudi ialah Mahathir.

The Mahathir factor ini memerlukan kajian yang lebih rapi. Kenapa dan mengapa anak semua bangsa mahu beralih memilih Pakatan apabila Mahathir meneraju pucuk pimpinan.

LANGKAH BUNUH DIRI

Kajian ini penting untuk kita sesama kita terus bergembira.

Tiga bulan sebelum hari mengundi kita terdengar bagaimana kemungkinan DAP disingkir dari pendaftaran. Jabatan Pendaftaran telah memberi pelbagai masalah kepada DAP. Kemudian kita dengar pula BERSATU menghadapi perkara yang sama.

Segala jentera kerajaan - SPR, SPRM, PDRM, Peguam Negara, Mahkamah dan, dan, dan…telah digunakan untuk memupuk kekuatan kuasa dirinya.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) juga tidak ada bezanya. Ketika ini Jabatan Pendaftaran menjadi aparacik setia yang memperkukuh kuasa Najib dan Rosmah. Secara bijak pendaftaran parti BERSATU dibatalkan.
Sekali imbas langkah ini dilihat bijak. Tetapi sebenarnya ini adalah langkah membunuh diri. Kerana jawapan dari Mahathir menggegarkan politik Malaysia.

Tup-tup, langkah paling radikal telah diambil oleh empat parti gabungan Pakatan. Semua bersetuju untuk menggunakan satu logo.

Inilah bukti faktor Mahathir yang mungkin ramai terlepas pandang. Tetapi inilah pencapaian politik paling unggul dalam sejarah 60 tahun politik Malaysia. Fakta ini ialah: Penggunaan satu logo.

Menggunakan satu logo ini - persetujuan menggunakan satu logo ini - hanya dapat dilakukan bawah kepimpinan Mahathir. Saya yakin Anwar Ibrahim pun tidak ada keupayaan untuk menuntaskan perkara ini. Satu logo ini adalah faktor Mahathir yang membawa pukulan maut kepada Najib dan Rosmah.

KEDUA: Mahathir Muhamad sebagai agen komunikasi yang cukup baik. Ucapan ceramah Mahathir tidak beretorik. Tidak menaikkan semangat untuk turun ke jalan raya. Dalam ceramah si Mahathir tidak pernah bercerita yang dia kenal dengan Putin atau kenal Tony Blair. Atau pernah ke Universiti Havard. Atau pernah membaca buku itu dan ini.

Malah ceramah Mahathir agak mendatar. Tetapi Mahathir telah berjaya menyampaikan maklumat dengan cemerlang kepada orang ramai.

Mahathir TIDAK menggunakan perkataan yang besar-besar, yang susah untuk disebut. Dan susah untuk dieja. Mahathir TIDAK menggunakan perkataan Inggeris atau Arab. Dalam ceramah Mahathir tidak berselindung dengan ayat Quran atau hadis nabi untuk memperkukuh hujah.

Perkataan curi, samun , tipu senang difahami maknanya oleh mak cik dan pak cik Felda. Disinilah kejayaan Mahathir menterjemahkan konsep politik yang kompleks dengan penerangan yang senang untuk difahami.

Kepada Mahathir Najib ialah pencuri. Perkataan pencuri ini difahami oleh mak cik Felda. Berbeza dengan menggunakan perkataan kleptokrasi. Satu habuk pun orang tak faham. Dalam ceramah Mahathir memilih pencuri, lanun atau penyangak untuk menerangkan siapa si Najib ini.

KETIGA: Perubahan sosial akan berlaku apabila elit politik, elit ekonomi dan jentera daulah mula pecah.

CUKONG LARI DARI NAJIB

Sama ada cukong yang bernama Robert Kuok memberi dana kepada pembangkang atau tidak satu persoalan lain. Apa yang tersirat dari berita Robert Kuok (bawah) ialah gambaran tentang elit ekonomi, para cukong telah mula melarikan diri dari Najib. Ini adalah faktor Mahathir.
Kesampaian Rafidah Aziz dan Rais Yatim masuk ke dalam saf Mahathir adalah salah satu tanda bahawa elit politik juga telah pecah. Apabila Rais dan Rafidah dibuang dari parti maka jelas elit politik sedang beramuk.

Kemudian saf Mahatir di masuki oleh Daim Zainudin dan Syed Hamid Albar. Semua ini adalah faktor Mahathir yang berjaya memecahkan elit politik

Kemudian Mahathir menulis surat surat terbuka kepada PDRM, tentera laut, darat dan udara. Hanya Mahathir yang memiliki wibawa sedemikian. Hanya Mahathir yang berupaya menulis surat ini.

Apabila Laksamana Angkatan Laut menjawab dan menerangkan kepada anak semua bangsa bahawa angkatan tentera laut tidak menyebelahi parti sesiapa pun. Jawapan ini tidak membolehkan Najib melakukan huru-hara untuk mempertahan kuasa. Satu cabang tentera telah enggan jadi alat Najib.

Sebelum Mahathir menulis surat, seorang pemimpin tentera darat didakwa menyatakan soldadu menyokong kerajaan. Ini bermakna tentera darat akan mempertahankan Najib.

Perbuatan bangang ini telah ditibai oleh rakyat kiri dan kanan. Jeneral kaki bodek Najib ini terduduk dan membuat kenyataan baru.

Semua ini petanda yang jentera kerajaan tidak lagi menyebelahi Najib. Hanya PDRM yang tidak bersuara. Hingga ke saat kemenangan tercapai maka barulah ketua PDRM menerima hakikat bahawa Pakatan Harapan ialah kerajaan baru.

Dalam kita merayakan kemenangan ini. Dalam kita bergembira. Maka jangan lupa kita wajib terus berwaspada. Orang-orang jahat wajib terus diburu, ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Kalau di zaman kerajaan Melayu Melaka, orang jahat akan disula.

Saya tidak mencadangkan mereka disula kerana ini akan mengotorkan buluh.

Tetapi hakikatnya, meminta mereka disula ini tidak mungkin saya tulis satu bulan dahulu. Kini saya boleh menulis dengan hati terbuka kerana kemenangan yang telah dibawa oleh faktor Mahathir. END

NOTA:

HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.