SINOPSIS SELAMAT TINGGAL AIDILFITRI
Kisah pengorbanan seorang abang yang dibuang keluarganya masih berusaha demi adik-adiknya. Adi seorang abang berpewatakan lembut berkorban membesarkan adik-adiknya Adam dan Dhia sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke universiti dan berkerjaya. Mereka saling menyayangi sehingga satu hari Adam dan Dhia memperkenalkan bakal pasangan masing-masing.
Yup, begitulah sinopsis yang aku baca sebelum menonton telemovie ini. Rasa tertarik sangat nak menonton sbb aku memang dewasa dengan kisah² bertemakan 'agama','raya' dan 'aidilfitri' yang dizahirkan oleh Sutradara Rashid Sibir sebelum ini seperti Tanah Kubur, Pondok Buruk 1 & 2, Takbir Suci 1, 2 & 3, Ketupat Daun Kering, Quran Buruk dan banyak lagi... Keterujaan aku berdasarkan kisah² yang dipaparkan sebelum ini sangat memberi pengajaran. Jadi tanpa berlengah, aku pun 'download' ler citer ni kat Astro on Demand...
PEMBAWANGAN (ULASAN/KOMEN)
Tapi sebelum aku nak membawang pasal telemovie ni, ingin aku jelaskan yang aku bukanlah seorang pembikin drama atau filem...bukan juga student dalam bidang perfileman...jadi bawangan aku bukanlah dalam term teknikal atau artistik yang memerlukan seseorang yang berpengalaman dalam produksi drama atau filem... Bawangan aku, berdasarkan pandangan aku sebagai seorang penonton, peminat karya arahan Sutradara Rashid Sibir dan sebagai seseorang yang rapat dengan kehidupan dan suasana kampung yang marhaen.
Anyway...aku akan mulakan bawangan aku dengan pemeran watak dulu ea...
Norlia Ghani - memegang watak sebagai IBU (nama kalau tak siLap 'Mun'), ibu kepada 3 orang anak... Seorang lelaki, seorang perempuan dan seorang lagi 'confused'; 😕😛😅
Johari Said - sebagai Abg Adi - seorang lelaki lembut (kata mudahnya seorang pondan/ponen) yang sangat bertanggungjawab malah sering berkorban demi adik²...berbadan gemuk dan berkulit gelap...dan pakai wig...haha
Zahiril Adzim - sebagai Adam...anak kedua dalam keluarga ni...nampak penyayang namun kurang cerdik memperlihatkan kasih sayang dia tu, selfish dan fisherman...hahaha...
Sharifah Amani - memegang watak sebagai Dhia, adik bongsu Adi dan Adam...berwajah mulus...cantik...agak naif dan lurus...penyayang...tp senang terpengaruh dan tak tetap pendirian...
Ruminah Sidek/Mak Mah - memegang watak sebagai Mak Esah (bukan Mak Esah si ratu mandrem ea...haha), kawan kepada Mak Mun (ibu tiga beradik ni tadi)...seorang yang prihatin, keibuan dan sahabat yang baik.
Permulaan kisah dalam telemovie ni macam biasa...kebahagiaan dalam sebuah keluarga...dapat dirasakan kasih sayang dalam diri Mak Mun, Adi, Adam dan Dhia... Namun kadang², apabila ia terlalu difokuskan...kemesraan dan kasih sayang tu nampak 'plastik'...tonjolkan sikit² udah ler kan...hurmmm...mungkin sbb watak Adi yang agak kaku dan mendatar tu penyebabnya ...
Pertengahan cerita, Adam dan Dhia masing² sibuk nak bawa pasangan depa ke rumah untuk dikenalkan kepada Mak Mun dan Adi... Sampailah satu ketika, Adam dan Dhia memperkenalkan mereka...and pada ketika itulah Anita (awek Adam) dan Anuar (pakwe Dhia) berkenalan dengan Mak Mun dan Adi... Disinilah konflik bermula apabila Anita dan Anuar tak selesa dengan Adi yang huduh, gemuk, hitam dan ponen... Malah, kedua² mereka ni risau pasal 'keturunan' Adam dan Dhia disebabkan ada abang seorang pondan...
Adam dan Dhia telah diberi pilihan oleh pasangan masing² iaitu Anita dan Adam...sama ada memilih Adi atau mereka... haha... boleh plak camtu ea...dah tentu² la si Adi tu abang depa...boleh plak hangpa nak suh buat pilihan...
Hurm...si Adam dan Dhia plak terpaksa ler ikut apa kata Anita and Anuar... Mereka meminta Adi untuk menghilangkan diri seketika sewaktu keluarga Anita dan Anuar datang merisik (mcm tu ler lebih kurang)... Permintaannya mudah je...'hilangkan diri seketika'...masa keluarga orang tu datang, Adi p la kedai ngeteh sekejap...p tengok wayang ka apa yang patut...asalkan tiada di rumah ketika itu... Pastu, lepaih depa sume balik...boleh la Adi balik... TETAPI...si Adi ni plak sewaktu dalam kandungan (mungkin) Mak Mun aktif berdrama...maka Adi pn berdrama lah...nak keluar dari umah kononnya...sbb adik² tak sayang dan perlukan dia lagi...
Apekeheynya ko Yeop...? Tak faham ke permintaan adik² tu...? Bengong ke apa..? Hek eleh... Yang Mak Mun pun sama...cuba la jelaskan pada Adi tu...adik² minta keluar sekejap je...bukan berambus...bkn sbb adik² tak terima abg depa 'ponen' tapi keluarga pasangan depa tu yang geli-geleman dgn ponen ni... Ini tidak...Mak Mun pun turut berdrama...hadoi...x faham ke... Benda senang jadi susah...
Apekeheynya ko Yeop...? Tak faham ke permintaan adik² tu...? Bengong ke apa..? Hek eleh... Yang Mak Mun pun sama...cuba la jelaskan pada Adi tu...adik² minta keluar sekejap je...bukan berambus...bkn sbb adik² tak terima abg depa 'ponen' tapi keluarga pasangan depa tu yang geli-geleman dgn ponen ni... Ini tidak...Mak Mun pun turut berdrama...hadoi...x faham ke... Benda senang jadi susah...
Kat sinilah kisah 'drama' yang tak patut berlaku telah terjadi... Si Adi keluar dari umah dan tinggal entah kt mana... Mak Mun plak kemurungan tahap gaban sbb rindukan Adi...
Adam bertegas dengan tindakan dia meminta Adi keluar sekejap...bukannya nak tengok drama si Adi... Macam biasalah...waktu tengah bercinta, mata hati biasanya jadi buta...hahaha...
Adam bertegas dengan tindakan dia meminta Adi keluar sekejap...bukannya nak tengok drama si Adi... Macam biasalah...waktu tengah bercinta, mata hati biasanya jadi buta...hahaha...
Dah 3/4 cerita...keluarga Anita datang ke umah...tengah dok bersembang...tiba² Mak Mun jatuh pengsan...kalut la sekejap...dan waktu tu...Adi tengah mengendap juga sebab rindukan Mak Mun...
Once Mak Mun pengsan tu...Adi pun apa lagi...terus menyerbu ke dalam rumah untuk menyelamatkan Mak Mun...(waktu menyerbu ke dalam umah, bergegar jugaklah umah tu...maklumlah kembar badak air berlari...hihi) Masa ni lah keluarga Anita terperanjat apabila mendapati Adi (si ponen saiz peti ais 2 pintu ni) merupakan abang kandung Adam dan Dhia...
Once Mak Mun pengsan tu...Adi pun apa lagi...terus menyerbu ke dalam rumah untuk menyelamatkan Mak Mun...(waktu menyerbu ke dalam umah, bergegar jugaklah umah tu...maklumlah kembar badak air berlari...hihi) Masa ni lah keluarga Anita terperanjat apabila mendapati Adi (si ponen saiz peti ais 2 pintu ni) merupakan abang kandung Adam dan Dhia...
Logik akalnya...
1. Boleh pulak waktu kalut Mak Mun pengsan sebab kurang vitamin ni mak ayah Anita mempersoalkan siapa Adi...dan Adam plak sibuk nak halau Adi sedangkan waktu tu Adi tengah meriba Mak Mun... Hek eleh...x logik la bro...settle kan lah hal Mak Mun yang baru sedar daripada pengsan tu, pastu korang nak bergasak...bergasaklah...hadoi...
2. Anita ni anak orang kaya...muka confirm² dah kena cucuk botox...tapi mak ayah plak muka macam takde kena-mengena dengan Anita...muka mak macam baru keluar gua...ayah plak macam bomoh pembela saka...hek eleh...sekurang-kurangnya carilah yang lebih sepadan dengan Anita Botox tuk jadi mak ayah dia... (mungkin muka ASLI Anita pun macam depa la kot...tapi sebab dah cucuk tang sana cucuk tang sini...botox tang sana...inject tang sini...so berubahla iras wajah Anita tu kan...hahaha)
4. Waktu si Adam dan Mak Mun berkonfrontasi tentang si Adi...(lepaih Mak Mun sedar daripada pengsan ler...takkan waktu tengah pengsan...) Mak Mun membela si Adi...beria² nih menyebut tentang pengorbanan dan kasih sayang Adi pada adik²nya... Boleh pulak mak ayah Anita yang muka celaka mcm baru keluar gua puaka ni...buat 'memek muka'...alah...buat muka sinis dan sombong tu... Ko dah la datang umah orang, pastu ko plak buat muka sombong macam orang tengah mengemis kat ko plak ea... Sibuk plak ko nak sama menghalau si Adi... Tak masuk akal lah bro... Lain kali, bila datang umah orang...jaga perangai tu...tak suka...diamkan diri, simpan mana yang tak puas hati and pastu balik...Ko tak suka adik-beradik orang pun, apekehey nye ko plak nak menghalau orang...?? Alahai...paling mudah rasanya...once korang found out yang Adi tu abg si Adam dan Dhia, tarik tangan Anita Botox tu and terus balik...ni korang plak sibuk nak menghalau...lawak la part ni... Kaya tapi bodoh... Kt sini yang tak masuk akal...
Habis part tu...apabila perbalahan ini semakin berpanjangan, masing² tak mahu mengalah...Adam dengan cinta hatinya...Dhia plak 50-50, mana² pun dia ok... Si Adi dengan drama dia...Mak Mun plak dengan kemurungan dia...Hadirlah Mak Esah ni nak membantu... Makanya si Adi ni dok la tinggal dengan Mak Esah...(yang rasanya sebelah umah Mak Mun je) hahaha...
Oh lupa nk share...si Adi ada penyakit semput (athsma)..tahap apa tak pulak dapat dipastikan... in the same time...kaki Adi mengalami kecederaan (luka di tapak kaki yang berulat²) untuk memberikan kesan 'dramatik' dalam citer ni...hurmmm...the typical idea...
Oh lupa nk share...si Adi ada penyakit semput (athsma)..tahap apa tak pulak dapat dipastikan... in the same time...kaki Adi mengalami kecederaan (luka di tapak kaki yang berulat²) untuk memberikan kesan 'dramatik' dalam citer ni...hurmmm...the typical idea...
Anyway...hampir ke penghujung cerita...Perbalahan masih tidak selesai, Mak Mun ambil keputusan tinggal bersama Mak Esah (sementara je...dalam 2-3 hari) sebab Adi juga ada bersama...
Atas nasihat dan teguran Mak Esah, Dhia meminta Adam memujuk Adi dan Mak Mun untuk balik...maklumlah selang sehari je lagi nak Raya... Adam ni plak berdegil dan ini membuatkan Dhia rasa sangat bersalah... Tapi Dhia tetap tak buat sebarang keputusan melainkan menyebelahi tindakan Adam tu... Naif sangat kan si Dhia ni...tapi dia comel...hehehe
Atas nasihat dan teguran Mak Esah, Dhia meminta Adam memujuk Adi dan Mak Mun untuk balik...maklumlah selang sehari je lagi nak Raya... Adam ni plak berdegil dan ini membuatkan Dhia rasa sangat bersalah... Tapi Dhia tetap tak buat sebarang keputusan melainkan menyebelahi tindakan Adam tu... Naif sangat kan si Dhia ni...tapi dia comel...hehehe
MALAM RAYA tu di rumah Mak Esah, Mak Mun dan Adi bertakbir bersama² dan sebab nak bagi dramatik...Mak Mun meninggal dunia... Masa ni aku rasa nak menjerit je sbb tak puas hati...time ending je...MATI...time ending je...MATI...time MATI je...ending...hek eleh... Esoknya...Adam (yang macam tersedar tentang kesilapannya) mengajak Dhia ke umah Mak Esah untuk minta maaf kt Mak Mun dan Adi... Agak²nya korang leh jangka kan...?
Macam biasa...dua beradik ni sampai ke umah Mak Esah...tengok ramai jiran ada...berlari naik ke rumah...dan mendapati Mak Mun telah siap dikapankan...
Aku rasa...tuan pengarah kita Sutradara Rashid Sibir ni kena ubah skrip dan gaya drama/telemovie beliau ni...minta sangat...tolonglah lari dari ending yang cliche ni...KEMATIAN...takkan lah nak bagi pengajaran tu hanya dengan KEMATIAN...boleh x tuan pengarah wat citer ni Happy Ending...letih nak tengok sampai part last je...mesti ada yg mati... Hek eLeh... HiLang mood... SesekaLi wat la happy ending!
Gambarkan babak Adam dan Dhia berjumpa pasangan depa tu...bagi kata dua kat Anita dan Anuar...sama ada nak terima depa atau tidak...Kalau nak...kenalah terima Mak Mun dan Adi sekali...kalau tak nak...putuslah hubungan... Beri gambaran yang Adam dan Dhia ni begitu menghargai hubungan kekeluargaan...
Lepas tu gambarkan Adam dan Dhia pergi ke rumah Mak Esah pada malam raya tu...mohon ampun dan maaf pada Mak Mun dan Adi...pastu bawa mereka balik ke rumah...ajaklah Mak Esah sekali... Gambarkanlah Mak Mun, Mak Esah, Adi, Adam and Dhia berkumpul pada malam raya...raya sesama....terapkan unsur kemaafan dan saling menerima... Konsep atau tema "air dicincang takkan putus" diangkat sebagai fokus utama...Mak, ayah dan adik-beradik takkan dapat dicari ganti...tetapi kalau hilang/mati isteri atau kekasih...lambat-laun akan ada pengganti (jgn nak temberang kata takde ea...)
Nk bg pengajaran tak semestinya dgn KEMATIAN...Nk bg pengajaran tak semestinya dgn KEMATIAN...Nk bg pengajaran tak semestinya dgn KEMATIAN...(3X AKU ULANG) ...banyak je senario lain yang boleh dibuat panduan... Hurm...harap pada masa akan datang, tuan sutradara larilah daripada tema KEMATIAN ni...dah terbiasa sangat...
Begitulah serba-sedikit bawangan aku tentang telemovie ni... ENDING nya cukup menghampakan...aku rasa Zahiril Adzim dan Sharifah Amani pun tak selesa dengan ENDING citer ni... Anyway..tahniah jugaklah sbb ni cerita drama/telemovie/filem MELAYU pertama yang aku tonton setelah sekian lamanya berhenti layannnn drama/telemovie/filem MELAYU dalam lebih kurang 3-4 tahun...
Sekian!
No comments:
Post a Comment